eng-nov2005-1 (5).pdf

11
KACUKAN BAHASA REGIONAL SEMPADAN SELATAN THAILAND: PRODUK KONTAK BAHASA ANTARA PENUTUR MELAYU DAN THAI 1 Paitoon M. Chaiyanara Universiti Teknologi Nanyang, Singapura 1. PENDAHULUAN 1 Di Selatan Thailand, bahasa Melayu dapat diiktirafkan sebagai bahasa regional sempadan (marginal regional language). Fenomena seperti percanpuran bahasa (language mixing), alih bahasa (language switching), peminjaman bahasa (linguistic borrowing) dan gangguan bahasa (linguistic interference) masing-masing mempengaruhi kedua-dua bahasa antara satu sama lain. Kontak bahasa sedemikian telah mencetus- kan perubahan bahasa dalam masyarakat berkenaan dan akhirnya telah menghasilkan bahasa kacukan Melayu dan Thai di Selatan Thailand. Didapati dua dimensi perubahan iaitu dimensi lencongan bahasa (linguistic divergence) dan dimensi pertembungan bahasa (linguistic convergence) berlaku ke atas dua bahasa tersebut. Fenomena lencongan dan pertembungan bahasa tersebut telah menjejas saling pengertian (mutual intelligibility) struktur bahasa antara penutur di Selatan Thailand dan penutur di Utara Malaysia. Dengan kenyataan di atas, kertas kerja ini akan membincangkan struktur bahasa kacukan di Selatan Thailand yang memberi tumpuan kepada sistem bunyi dan perbendaharaan kata akibat 1 Kertas kerja untuk “Seminar Kacukan Bahasa dan Bahasa Kacukan di Malaysia” anjuran bersama Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi (BMBATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang & Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 17 September 2005 bertempat di Dewan Kuliah A/Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. kepelbagaian, pergeseran dan perkembangan bahasa berkenaan. 2. HIERARKHI BAHASA DI THAILAND Berdasarkan hieraki sosial, bahasa ibunda di negara Thailand dapat di bahagikan kepada 7 jenis iaitu (i) bahasa Thai standard, (ii) bahasa regional (regional languages), (iii) bahasa regional sempadan (marginal regional languages), (iv) bahasa anjakan (displaced languages), (v) bahasa pekan dan bandar (languages of towns and cities), (vi) bahasa sempadan (marginal languages) dan (vii) bahasa dalam lingkungan (enclave languages). Secara ringkas, ketujuh-tujuh bahasa ibunda tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:- 2.1 Bahasa Thai Standard Bahasa Thai standard merupakan bahasa yang paling penting dalam masyarakat Thai. Ia berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ibu kota, bahasa pendidikan dan bahasa kesusasteraan. Kebanyakan orang Thai dapat memahami bahasa Thai standard. Dengan ini, ia juga berfungsi sebagai bahasa lingua franca antara kaum di Negara Thai dan dianggap sebagai bahasa tinggi (prestige language) yang dapat dihierarki ke tahap yang paling tinggi di Negara tersebut. 2.2 Dialek Regional Dialek regional merupakan dialek yang ciri-cirinya dibatasi oleh daerah atau BAHASA THAI KACUKAN DIALEK MELAYU PATANI Universitas Sumatera Utara

Transcript of eng-nov2005-1 (5).pdf

Page 1: eng-nov2005-1 (5).pdf

KACUKAN BAHASA REGIONAL SEMPADAN SELATAN THAILAND: PRODUK KONTAK BAHASA ANTARA PENUTUR MELAYU DAN THAI1

Paitoon M. Chaiyanara

Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

1. PENDAHULUAN1

Di Selatan Thailand, bahasa Melayu

dapat diiktirafkan sebagai bahasa regional sempadan (marginal regional language). Fenomena seperti percanpuran bahasa (language mixing), alih bahasa (language switching), peminjaman bahasa (linguistic borrowing) dan gangguan bahasa (linguistic interference) masing-masing mempengaruhi kedua-dua bahasa antara satu sama lain. Kontak bahasa sedemikian telah mencetus-kan perubahan bahasa dalam masyarakat berkenaan dan akhirnya telah menghasilkan bahasa kacukan Melayu dan Thai di Selatan Thailand. Didapati dua dimensi perubahan iaitu dimensi lencongan bahasa (linguistic divergence) dan dimensi pertembungan bahasa (linguistic convergence) berlaku ke atas dua bahasa tersebut. Fenomena lencongan dan pertembungan bahasa tersebut telah menjejas saling pengertian (mutual intelligibility) struktur bahasa antara penutur di Selatan Thailand dan penutur di Utara Malaysia. Dengan kenyataan di atas, kertas kerja ini akan membincangkan struktur bahasa kacukan di Selatan Thailand yang memberi tumpuan kepada sistem bunyi dan perbendaharaan kata akibat

1 Kertas kerja untuk “Seminar Kacukan Bahasa dan Bahasa Kacukan di Malaysia” anjuran bersama Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi (BMBATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang & Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 17 September 2005 bertempat di Dewan Kuliah A/Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

kepelbagaian, pergeseran dan perkembangan bahasa berkenaan.

2. HIERARKHI BAHASA DI

THAILAND

Berdasarkan hieraki sosial, bahasa ibunda di negara Thailand dapat di bahagikan kepada 7 jenis iaitu (i) bahasa Thai standard, (ii) bahasa regional (regional languages), (iii) bahasa regional sempadan (marginal regional languages), (iv) bahasa anjakan (displaced languages), (v) bahasa pekan dan bandar (languages of towns and cities), (vi) bahasa sempadan (marginal languages) dan (vii) bahasa dalam lingkungan (enclave languages). Secara ringkas, ketujuh-tujuh bahasa ibunda tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:-

2.1 Bahasa Thai Standard

Bahasa Thai standard merupakan bahasa yang paling penting dalam masyarakat Thai. Ia berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ibu kota, bahasa pendidikan dan bahasa kesusasteraan. Kebanyakan orang Thai dapat memahami bahasa Thai standard. Dengan ini, ia juga berfungsi sebagai bahasa lingua franca antara kaum di Negara Thai dan dianggap sebagai bahasa tinggi (prestige language) yang dapat dihierarki ke tahap yang paling tinggi di Negara tersebut. 2.2 Dialek Regional

Dialek regional merupakan dialek yang ciri-cirinya dibatasi oleh daerah atau

BAHASA THAI KACUKAN DIALEK MELAYU PATANI

Universitas Sumatera Utara

Page 2: eng-nov2005-1 (5).pdf

bahagian geografi tertentu. Dialek regional di Thailand dapat dibahagikan kepada 4 dialek iaitu (i) dialek Utara yang dikenali sebagai bahasa Kham Muang, (ii) dialek Barat Daya yang dikenali sebagai bahasa Isan/ Bahasa Lao, (iii) Dialek Thai Selatan yang dikenali sebagai bahasa Tai atau bahasa Pak Tai dan (iv) dialek Thai Pertengahan yang dikenali sebagai bahasa Thai Pertengahan.

Keempat-empat dialek tesebut mempunyai banyak penutur, bahkan dijadikan lingua franca bahagian-bahagian tertentu di Thailand. Dialek regional ini dianggap penting bagi regional. Ia juga dijadikan sebagai bahasa kesusasteraan tempatan di Thailand. 2.3 Bahasa Regional Sempadan

Bahasa regional sempadan merupakan bahasa penting bagi regional tertentu. Penutur bahasa regional tersebut bermastautin di antara sempadan Thai dan Negara jiran. Jumlah penutur bahasa regional sempadan lebih kurang daripada bahasa regional. Didapati 4 bahasa regional sempadan di Thailand iaitu (i) bahasa Khmer, (ii) bahasa Melayu, (iii) bahasa Chan (Thai Yai) dan (iv) bahasa Karen. 2.4 Bahasa Anjakan

Bahasa anjakan di Thailand merupakan bahasa yang penuturnya berpindah dari luar dan pada akhirnya mereka menetap di Negara Thai. Bahasa tersebut berbeza dengan bahasa regional yang mereka mastautin. Kebanyakan bahasa anjakan yang didapati di Thailand terdiri daripada bahasa

yang diturun dari keluarga bahasa Tai seperti bahasa Phu Tai yang dituturkan di bahagian barat daya, bahasa Tai Lue di bahagian Utara dan bahasa Lao Song di bahagian pertengahan Thailand. 2.5 Bahasa Bandar

Bahasa bandar merupakan bahasa yang digunakan di kawasan Bandar atau pekan dan tidak didapati di daerah perdalaman. Bahasa Bandar di Thailand terdiri dari dialek-dialek Cina tertentu seperti dialek Kwangtung, dialek Taeciu, dialek Hakka, dialek Hainan dan sebagainya. 2.6 Bahasa Sempadan

Bahasa sempadan merupakan bahasa yang penuturnya berintersaksi dengan Negara sempadan. Bahasa tersebut digunakan khusus bagi kumpulan-kumpulan tertentu seperti bahasa Kui di bahagian barat daya Thailand (Isan), bahasa Mon di utara dan pertengahan Thailand, bahasa orang gunung yang terdiri dari bahasa Mong, Yao, Lisoe, Iko dan sebagainya.

2.7 Bahasa Dalam Lingkungan

Bahasa dalam lingkungan dimaksudkan sebagai bahasa yang dilingkungi oleh bahasa lain seperti bahasa Oral Lawoi di Selatan Thailand, Bahasa Nyakur di Bahagian Barat Daya atau Pertengahan dan bahasa Lawa dan Mal di bahagian Utara Thailand.

Hierarki bahasa yang tersebut di atas dapat dipaparkan dalam diagram yang berikut:

Diagram 1: Hierarki Bahasa Di Thailand

B. Thai Standard

Dialek Reginal

B. Reginal Sempadan

B. Anjakan

B. Bandar

B. Sempadan

B. Dalam Lingkaran

Universitas Sumatera Utara

Page 3: eng-nov2005-1 (5).pdf

3. BAHASA REGIONAL SEMPADAN DI THAILAND

Bahasa Thai dan dialek Melayu Patani merupakan dua dialek bahasa yang geografi linguistIknya bertindihan di antara satu sama lain. Dilihat dari sudut penguasaan politik dan perhubungan dialek, didapati bahasa Thai dianggap sebagai bahasa suprastratum manakala dialek Melayu Patani adalah dialek substratum yang dipertuturkan di Negara Thai, khususnya di bahagian selatan. Kedua-dua bahasa tersebut diturunkan daripada keluarga bahasa yang berlainan. Bahasa Thai diturunkan daripada keluarga bahasa Tai2 (Tai language family) sedangkan dialek Melayu Patani diturunkan daripada keluarga bahasa Austronesia. Didapati ada dua faktor yang paling ketara sekali yang menyebabkan kedua-dua bahasa tersebut kelihatan jauh berbeza iaitu (i) kebanyakan kata-kata bahasa Thai terdiri daripada kata ekasuku sedangkan kata-kata Melayu Patani terdiri daripada kata dwisuku; (ii) kata-kata bahasa Thai memiliki fitur nada yang membezakan makna dalam sesuatu kata, sedangkan kata-kata Melayu Patani tidak memakai fitur tersebut sebagai pembeza makna.

Asmah (1985:124) tidak menggolongkan dialek Melayu Patani sebagai salah satu daripada dialek-dialek Melayu Semenanjung. Nama dialek tersebut disebut sebagai dialek Melayu Thailand. Ini mendorongkan saya berfikir bahawa di mana letaknya dialek Patani dalam salasilah dialek-dialek Melayu di Nusantara ini. Adakah ia bervariasi dengan dialek Melayu lain? Berdasarkan fonologi, perbendaharaan kata, morfologi dan sintaksis, ada kemungkinan besar yang dialek Patani ini pada masa dahulu bervariasi dengan dialek Kelantan. Ini kerana setelah saya menyemak

2 Bahasa-bahasa yang diturunkan daripada keluarga ini dipertuturkan di kawasan Asia Tenggara. Keluarga Bahasa Tai pada mulanya digolongkan ke dalam Keluarga Sino-Tebet oleh ahli bahasa. Setelah kajian terhadap bahasa-bahasa Tai lebih berleluasa didapati kesamaan yang ada di antara bahasa-bahasa Tai dan bahasa-bahasa Sino-Tibet adalah disebabkan proses peminjaman sahaja. Maka dewasa ini bahasa-bahasa Tai tidak lagi dianggap sebagai salah satu rumpun daripada keluarga bahasa Sino-Tibet.

sistem fonologinya, ternyata tidak ada perbezaan di antara dialek Patani dan dialek Kelantan. Dilihat dari segi leksikostatistik pula didapati kedua-dua dialek tersebut memakai kata seasal3 yang persis sama. Selanjutnya ditinjau dari segi morfologi dan sintaksis, maka ternyata sekali tidak ada keunikan-keunikan tertentu yang boleh membezakan kedua-dua dialek ini. Ini persis dengan peribahasa yang disebut “sebagai pinang di belah dua4” Penutur yang sebelah Kelantan kemudian dijajah oleh Inggeris dan yang sebelah Patani dijajah oleh kerajaan Thai. Justeru inilah dua dialek yang berakar umbi daripada benih yang sama dipisahkan. Pengaruh kedua-dua jajahan tersebut hanya mampu membezakan perkembangan perbendaharaan kata sahaja. Yang di sebelah negeri Kelantan, kata-kata Inggeris diserapkan ke dalam dialeknya manakala yang di sebelah negeri Patani didapati kata-kata Thai diserapkan ke dalam dialeknya. Penyerapan perbendaharaan kata asing tersebut akhirnya menjadi perbatasan sistem komunikasi antara warga negeri Kelantan dan warga negeri Patani. Contoh asas yang paling jelas sekali dapat dilihat dari penggunaan perbendaharaan kata dalam bidang pendidikan. Jika warga Kelantan menyebut kata nama “institusi pengajian tinggi” sebagai [juniversiti] maka warga Patani akan menyebutnya sebagai [maha:withjalaj], jika warga Kelantan menyebut kata nama “sukatan pelajaran” sebagai [kurikulum] maka warga Patani akan menyebutnya sebagai [laksu:t], jika warga Kelantan menyebut alat tulis sebagai [pensil] maka warga Patani akan menyebutnya sebagai [dinsç:]5 walhal pada suatu ketika, mereka sama-sama memanggil nama tersebut sebagai [kalE] (kalam).

3 Saya gunakan gabungan kata leksikostatistik yang disediakan oleh Swadesh (1955) dan Gudschinsky (1956) 4 Sengaja saya memilih peribahasa yang terdiri daripada unsur perkataan “pinang” kerana dianggap pinang sebagai salah satu simbul budi pekerti orang-orang Melayu. Walaupun mereka dipisahkan oleh penguasaan politik akan tetapi budi pekerti di antara mereka masih serupa. 5 Sebelum dipengaruh bahasa asing berkenaan, sama ada dialek Kelantan mahupun dialek Patani perkataan [kalE] “kalam” pernah digunakan untuk kata “pensil”

Universitas Sumatera Utara

Page 4: eng-nov2005-1 (5).pdf

Dengan ini terdapat beribu-ribu kata lagi yang tidak perlu saya berpanjang lebar di sini.

Perkembangan kosa kata di antara Dialek Patani dan Dialek Kelantan menghadapi persimpangan yang berbeza arah. Disebabkan dialek Kelantan mengalami perkembangan yang setanding dengan dialek Melayu lain di Semenanjung Tanah Melayu, maka perkembangan kosa katanya berselari dengan perkembangan bahasa Melayu Standard, manakala dialek Patani yang setelah secara total penuturnya diperintah oleh kerajaan Thai (sekitar tahun 1902) maka semakin sukar bagi penutur Patani untuk mengadaptasikan kosa kata supaya dapat digunakan semasa bertembung dengan penutur Melayu dialek lain. Berdasarkan penghematan saya, didapati beberapa kata leksikon yang mereka tidak sedari bahawa kebanyakan penutur dialek lain tidak memahami akan maksudnya. Di antara contoh kata-kata tersebut ialah kata [kEhE /] “keluarkan makanan dari dalam mulut, [lEmE /] “tilam”, [gçdE] “pukul”, [pEkoN] “melontar”, [kute] “cubit”, [bμlEmE] “banyak (benda yg tidak tersusun rapi)”, [kçsE /] “kacau”, [tçho/] “buang”, [lEgE] “tong minyak”, [lçmç] “sapu”

Persis dengan persoalan istilah “bahasa Indonesia” dan “bahasa Melayu” kedua-duanya pada asalnya merujuk kepada bahasa yang sama, istilah “dialek Kelantan” dan “dialek Patani” juga merujuk kepada dialek yang sama. Kerana ini, mungkin menyebabkan Asmah sama sekali mengabaikan perbincangan dialek Patani, sama ada dalam buku “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu” mahupun dalam buku “Susur Galur Bahasa Melayu”.

Berpatah balik kepada persoalan kedudukan dialek Patani dalam salasilah dialek-dialek Nusantara, agak sukar untuk menentukan bahawa antara dialek Kelantan dan dialek Patani itu, yang mana merupakan dialek induk dan yang mana merupakan subdialek daripadanya atau kedua-duanya merupakan subdialek daripada dialek yang sementara ini saya namakan sebagai “*dialek Patani-Kelantan” atau “*dialek Kelantan-Patani”. Walau bagaimanapun penentuan ini

tidak boleh dinyatakan sewenang-wenangnya. Kajian persejarahan dialek perlu diadakan untuk mencari penyelesaian dalam menentukan salasilah dialek-dialek Melayu yang boleh meyakinkan.

Walaupun geografi linguistik dialek Melayu Patani bertindih dengan geografi politik Thai dan bertaraf sebagai dialek substratum jika dibandingkan dengan bahasa Thai standard, tetapi jika dilihat kedudukannya dengan dialek tempatan lain, dialek Melayu Patani masih memperlihatkan sebagai dialek suprastratum yang diterima oleh masyarakat tempatan yang bukan keturunan Melayu. Yang paling nyata sekali dalam fenomena ini ialah pengaruh dalam sistem perhitungan yang terdapat dalam dialek Thai Pitthen6. Di beberapa daerah pedalaman di wilayah Pattani orang-orang Thai Pitthen, apabila mereka menghitung sesuatu, dalam perniagaan seringkali mereka mencampur-adukkan antara bilangan dalam dialek mereka dan bilangan dalam dialek Patani. Bilangan “58” misalnya, terkadang disebut sebagai # limç puloh pE:t #. Gabungan bilangan tersebut terdiri daripada dua kata dialek Melayu Patani dan satu kata dialek Thai Pak Tai. Unsur-unsur menarik seperti ini sedang menunggu sarjana bahasa untuk melanjutkan penyelidikan secara mendalam.

Disebabkan sistem pendidikan nasional Thai menitikberatkan penggunaan bahasa Thai standard, maka semakin banyak penutur jati Melayu Patani dapat menguasai bahasa Thai dengan baik, bahkan banyak pula kata-kata Thai terserap ke dalam bahasa ibundanya sebagai kata pinjaman. Dewasa ini bukan sahaja bunyi-bunyi konsonan dan vokal yang diujar sebulat-bulat bunyi mengikut sistem fonologi bahasa Thai, malahan unsur-unsur lain yang menjadi sebahagain daripada ciri distingtif dalam bahasa Thai seperti unsur panjang-pendek dan unsur nada dalam bahasa Thai ikut dilafazkan dengan sempurna. Kesempurnaan sedemikian inilah yang

6 Dialek Thai Pitthen merupakan subdialek Pak Tai yang dituturkan dibeberapa kawasan di wilayah Pattani. Penutur tersebut bergaulrapat dengan penutur Melayu Patani.

Universitas Sumatera Utara

Page 5: eng-nov2005-1 (5).pdf

menyebabkan unsur panjang-pendek dan nada leksikal Thai mulai diserapkan dalam dialek Melayu Patani.

Berdasarkan sejarah penaklukan sempadan, bahasa regional sempadan selatan Thailand diwarisi oleh bahasa Melayu. Bahasa tersebut dapat dibahagikan kepada dua dialek iaitu dialek Patani dan dialek Satul. Dialek Patani merupakan dialek regional perbatasan antara wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dengan negeri Kelantan, manakala dialek Satul merupakan dialek regional perbatasan antara wilayah Satul di selatan Thailand dengan negeri Kedah di utara Malaysia. Melalui kontak bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Thai yang kedudukan hierarki sosialnya tertinggi didapati struktur bahasa regional sepadan tersebut telah mengalami perubahan. Perubahan tersebut disifatkan sebagai perubahan divergensi yang menyimpang dari dialek-dialek Melayu yang lain sehingga sifat saling memahami di antara satu sama lain (matual intelligibility) hampir luput daripadanya. Di antara penyebab perubahan bahasa secara divergensi tersebut ialah (i) faktor sosial, ekonomi dan politik, (ii) faktor pengguna bahasa, dan (iii) faktor dalaman bahasa. Semua punca perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:-

3.1 Faktor Sosial, Ekonomi dan Politik

Keadaan sosial, ekonomi dan politik yang berubah pesat merupakan faktor utama menyebabkan bahasa regional sempadan mengalami perubahan secara besar-besaran. Faktor utama tersebut dapat dibahagikan kepada 4 punca iaitu:-

3.1.1 Perhubungan dengan Penutur Thai

Asli Apabila penutur Melayu selatan

Thailand berhubungan dengan penutur asing, khususnya penutur Thai asli yang mempunyai ciri-ciri budaya dan adat yang jauh berbeza, maka penambahan kosa kata boleh berlaku. Yang paling jelas ialah penyerapan kata-kata Thai ke dalam sistem perbendaharaan kata Melayu. Kata-kata yang digunakan untuk memanggil sesuatu benda atau perbuatan yang terkait dengan

budaya Thai ternyata banyak diserapkan secara langsung. Dilihat dari sudut fonologi didapati fitur-fitur tertentu seperti fitur aspirasi dan fitur nada walaupun sifatnya tidak fonemik dalam bahasa Melayu tetapi ia dapat dikesan dengan jelas di dalam dialek Melayu Patani. Penambahan fitur-fitur bunyi tersebut dapat memperlihatkan ciri-ciri khusus yang didapati di dalam bahasa regional sempadan tersebut.

3.1.2 Perpindahan Tempat

Dalam abad-20 didapati penutur-penutur Melayu di selatan Thailand mulai berpindah dari selatan Thailand ke bahagian-bahagian lain, khusus di bahagian pusat atau pertengahan. Ini menyebabkan inti ayat dalam tuturan di antara mereka mulai dicampur aduk dengan kata-kata Thai. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati setiap ayat mempunyai kata-kata atau istilah yang berasal daripada bahasa Thai, bahkan tidak terdapat sebarang ayat sederhana yang tidak diselit oleh kata-kata asing tersebut.

3.1.3 Kemajuan Teknologi

Setelah segala teknologi berkembang pesat, didapati penutur Melayu juga memerlukan istilah baru dalam sistem komunikasi mereka. Cara yang paling pantas dan lebih berpengaruh dan cepat difahami oleh masyarakat ialah pemakaian istilah yang tersedia ada di dalam bahasa Thai. Kata “thoratat” misalnya digunakan untuk kata “televisyen”

3.1.4 Nilai Dalam Masyarakat

Nilai dalam masyarakat yang dijadikan landasan dalam sesuatu zaman juga dijadikan penyebab bahasa Melayu di selatan Thailand berubah. Kata-kata Melayu yang pernah dipakai pada zaman silam boleh dipadankan dengan kata-kata Thai. Kata “masyarakat” sendiri misalnya, seringkali digantikan dengan kata “sangkom”.

3.2 Faktor dari Pengguna Bahasa

Bahasa juga merupakan indeks sosial yang boleh memperlihatkan kedudukan, pekerjaan, pendidikan bahkan lapisan sosial.

Universitas Sumatera Utara

Page 6: eng-nov2005-1 (5).pdf

Bahasa digunakan oleh pengguna bahasa untuk dijadikan batu loncatan ke tahap yang dihasratkan. Dengan kata lain, jika penetur ingin mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi, maka ia akan berusaha menggunakan bahasa yang lebih tinggi mengikut hierarkinya untuk memperlihatkan taraf yang diiktiraf dalam masyarakat Thai. Dengan inilah maka gaya dan laras bahasa Melayu asalnya bergeser menjadi beza dari asalnya.

3.3 Faktor Dalaman Bahasa

Dalam bahasa sendiri tersedia dengan dasar-dasar yang boleh dijadikan pendorong bahasa untuk berubah. Dasar kelancaran artikulasi (ease of articulation principle), dasar pengurangan kemampuan (principle of least effort) misalnya. 4. PERUBAHAN DALAM

PERBENDAHARAAN KATA Di antara perubahan yang mungkin

berlaku ke atas sesuatu bahasa, sama ada dari segi bunyi, tatabahasa dan perbendaraan kata didapati perubahanan yang paling ketara sekali ialah perubahan perbendahaan kata. Ini disebabkan perubahan tersebut mudah berlaku dalam masa yang sangat singkat. Kosa kata atau istilah-istilah tertentu boleh berubah secara bebas daripada kata-kata yang lain. Manakala pemantapan bagi sesuatu perubahan dari sudut bunyi dan tatabahasa mengambil masa yang cukup lama bahkan berabad-abad.

Perubahan perbendaharaan kata dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu (i) perubahan yang berkemungkinan menjejaskan jumlah kosa kata dan (ii) perubahan yang tidak menjejaskan jumlah kosa kata. Bagi perubahan perbendaharaan jenis kedua ialah perubahan makna perkataan dalam bentuk-bentuk tertentu. Kedua-dua jenis perubahan dapat dijelaskan seperti berikut:-

4.1 Perubahan Terjejas Jumlah Kosa Kata

Perubahan yang berkemungkinan menjejaskan jumlah kosa kata dalam bahasa Melayu di selatan Thailand dapat

dipecahkan kepada pelenyapan kosa kata, penerbitan kata baru dan peminjaman kata-kata asing. 4.1.1 Pelenyapan Kosa Kata

Pelenyapan kosa kata dimaksudkan sebagai satu proses pengguguran kata dalam bahasa sehingga pengguna bahasa generasi seterusnya tidak kenali kata-kata yang suatu ketika pernah dipakai oleh generasi sebelumnya. Pelenyapan kosa kata boleh berlaku kerana benda, nilai atau cara hidup yang pernah diamali oleh masyarakat sebelumnya tidak diteruskan oleh masyarakat seterusnya. Kata “upeh”, “kaeng ssehe”, “kaeng sseba”, “sianya”, “cepu”, dan sebagainya.

Salah satu punca penyelapan kosa kata bahasa Melayu di Selatan Thailand ialah peminjaman kata-kata Thai yang maksudnya persis sama dengan kata asal sehingga kata-kata asli lenyap dalam masyarakat disebabkan dasar bahasa itu sendiri yang berpegang pada konsep “satu bentuk satu makna”. Di antara kata-kata yang berkemungkinan lenyap ialah “perlu” diambil alih oleh kata “campen”, “rumah sakit” diambil alih oleh kata “roong pyabaan”, “guru” diambil alih oleh kata “khruu”, “kerja rumah” diambil alih oleh “kaan baan”, “kalam” diambil alih oleh kata “din so”, “buku” diambil alih oleh “nangsue” dan sebagainya. Perubahan dalam bentuk ini sangat ketara sehingga dalam sesuatu ayat akan kita dapati kata-kata pinjaman dari bahasa Thai lebih daripada 50%. 4.1.2 Penerbitan Kata Baru

Setelah perkembangan teknologi makin leluasa sehingga ciptaan-ciptaan baru serta pemikiran berbagai dalam masyarakat semakin bertambah pesat, maka masyarakat memerlukan kata-kata baru untuk digunakan bagi ciptaan-ciptaan yang berhadapan dengannya.

5. BENTUK KACUKAN BAHASA REGIONAL SEMPADAN THAILAND

Universitas Sumatera Utara

Page 7: eng-nov2005-1 (5).pdf

Penerapan kata-kata Thai yang berleluasa dalam dialek Melayu Patani di Thailand sehingga tabungan perbendaharaan kata telah terlimpah dengan kata-kata asing tersebut belum dapat dirumuskan bahawa dialek Melayu Patani telah tergolong ke dalam golongan bahasa kacukan. Fenamena sedemikian tidak berbeza dengan penerapan kata-kata Sanskrit, Arab dan Inggeris yang didapati di dalam bahasa Melayu standard. Yang harus diperlihatkan ialah apakah kata-kata tugas dalam bahasa Thai telah memain peranan dalam pembentukan ayat dalam dialek Melayu Patani? Kiranya pengaruh kata tugas dalam bahasa Thai mengakibatkan penggantian kata-kata di sampingnya, maka kita boleh beranggapan bahawa variasi-variasi tertentu dialek Melayu Patani adalah bahasa kacukan. Kata-kata tugas yang dimaksudkan di sini terdiri dari kata-kata seperti kata kerja bantu, kata sifat, kata nafi, kata penghubung, kata tanya dan sebagainya. Peranan kata-kata tersebut dapat diperlihatkan seperti huraian yang berikut:- 5.1 Kata Kerja Bantu

Kata kerja bantu yang dimaksudkan di sini ialah kata kerja aspek yang terdiri daripada kata sudah, telah, pernah, sedang, masih, tengah, belum dan akan dan kata kerja modalitas yang terdiri daripada kata mahu, hendak, boleh, dapat, mesti, wajib, harus, mungkin, enggan dan perlu. Kedua-dua jenis kata kerja bantu tersebut didapati kebanyakan telah dipadankan dengan kata kerja bantu asli bahasa Thai. Dalam perbualan harian sering kali kita dapati kata sudah digantikan dengan kata [lE@:w], kata sedang diganti dengan kata [kamlaN], kata belum digantikan dengan kata [yaN mai]. Ini dapat dilihat dalam frasa dan ayat yang berikut:

Variasi Asal

//belum tidur// #dijç b´loN tido#

//sedang tidur// #dijç t´Nç)h tido#

//mesti terkoyak// #kaproN jç paka tu misti caƒe/# Variasi Kacukan

//yaN mai nç:n// #dijç yaN mai nç:n# //kamlaN nç:n// #ade/ kamlaN nç:n# //toN kha $:d// #kaproN thi jç sa$i tu toN kha$:d#

5.2 Kata Penghubung

Dalam perbualan umum jarang dapati kata penghubung setara seperti kata “dan” dipakai. Kata tersebut biasanya dipadankan dengan kata “dengan” iaitu [d´Na)]. Sepatutnya kata tersebut boleh dipadankan dengan bentuk dialek [dE]. Kata [dE] dalam dialek regional sempadan bermaksud “sempat”. Ini mungkin dijadikan alasan yang kata tersebut tidak dipakai untuk maksud kata penghubung “dan”. Kata [dE] di atas sebenarnya adalah kata pinjaman daripada bahasa Thai [than] yang telah diadaptasikan mengikut sistem bunyi Melayu. Di antara lain, kata penghubung setara “tetapi” juga sering kali didapati diambil-alih oleh kata Thai iaitu “[tE$:]. Ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:- Ayat Asal: #biniN¯ç) bae/ saNa)/ tapi laki¯ç) tç/ pulç/# “Isterinya sangat baik tetapi tidak pula dengan suaminya”

Ayat Kacukan: #biniN¯ç) bae/ saNa)/ tE $: phu&:a¯ç) ma: le:j#

Kata penghubung “atau” juga kerap

kali didapati digantikan dengan kata Thai

Universitas Sumatera Utara

Page 8: eng-nov2005-1 (5).pdf

[rμ&:]. Ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: Ayat Asal: # dEmç) nç/ minuN /ae panah ata(wç) /ae s´jo/# “Anda mahu minum air panas atau air sejuk” Ayat Kacukan: #dEmç) nç/ minuN /ae panah rμ&: na:m yen# Kata penghubung setara “manakala” mulai kurang produktif dalam perbualan umum. Kata tersebut sering kali digantikan dengan kata penghubung Thai yang sama maksud dengannya iaitu kata [nai khna$/ thi @:]. Ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:- Ayat Asal: #ade?¯ç) do/ bbasoh piNE mançkalç abE ¯ç) do/ tE Nç)/ TV# “Ádiknya sedang mencuci pinggang manakala abangnya sedang menonton televisyen.” Ayat Kacukan: # ade?¯ç) do/ bbasoh piNE nai khna$/ thi @: abE ¯ç) do/ tE Nç)/ thoratath# Dalam perkembangan mutakhir didapati kata penghubung syarat atau pengandaian yang terdiri daripada “andaikata”, “seandainya” dan “sekiranya” sukar dipertahankan. Kata-kata tesebut kerap kali digantikan dengan kata-kata Thai yang sama makna dengannya. Ini juga dapat dilihat dalam contoh yang berikut:- Ayat Asal: #dijç tç/ se gi s´kiƒç¯ç ade/¯ç tç/ k´le/ lagi# “Dia tak mahu pergi sekiranya adiknya belum pulang” Ayat Kacukan # dijç tç/ se gi tha: ha$:k wa: ade/¯ç yaN mai krab /i$:k# 5.3 Kata Wacana Kata wacana yang berfungsi sebagai pengait butir-butir wacana supaya bentuk

perbualan memperlihatkan satu kesatuan (cohesion) seperti kata “bermula”, “maka”, “iaitu” dan sebagainya didapati kurang produktif. Ini disebabkan kebanyakan telah digantikan dengan kata wacana Thai. Kata “bermula” yang menunjukan peralihan kepada judul yang hendak diberi tumpuan digantikan dengan kata [r´:mton]. Ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: Ayat asal: #b´mulç k´rç/E tu daƒipadç kata-kata tuhE wuju/¯ç bukE daƒI mahk´lo/” “Bermula Qur’an itu daripada Kalam tuhan adanya bukan daripada makhluk” Ayat kacukan: # r´ ^:mton kur/a:n tu daƒipadç katç-katç tuhE mai chai ca$:k mahk´lo/# 6. KESIMPULAN

Persis perkembangan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang telah dijadikan bahasa kebangsaan di beberapa Negara di Asia Tenggara. Pada tahap perkembangan awal, yakni bermula dari pengaruh Sriwijaya sehingga dewasa kini, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia juga banyak menyerapkan kata-kata asing sehingga hampir kesemua tutur kata yang dapat dikesan dari pengguna bahasa tersebut tidak dapat menghindari dari pemakaian kata asing yang telah disebatikan dalam perbendaharaan kosa kata bahasa mereka. Fenomena penyerapan seperti yang berlaku berdekad-dekat ini juga berlaku ke atas dialek Melayu Patani. Berdasarkan hakikat suprastratum dan substratum, perbezaan perkembangan bahasa Melayu/Indonesia yang dituturkan di Negara Indonesia dan Malaysia dengan Negara Thailand terletak pada hierarki bahasa itu sendiri. Di Indonesia dan Malaysia sepertimana kita semua maklum bahawa bahasa Indonesia dan bahasa Malayu terletak di tingkat hierarki yang paling tinggi, bahkan dijadikan bahasa rasmi negera, sedangkan bahasa Melayu di Thailand terletak pada tahap bahasa reginal sempadan sahaja. Pengarauh bahasa Thai yang bersifat suprastratum bukan sahaja

Universitas Sumatera Utara

Page 9: eng-nov2005-1 (5).pdf

menyerapkan kata-kata Thai ke tahap bahasa regional tersebut, bahkan kata-kata tugas seperti kata bantu, kata penghubung, kata wacana dan sebagainya ikut memainkan peranan terpenting dalam tutur bicara sehingga berjaya mengambil-alih kata-kata tugas asli dalam dialek Melayu Patani. Ini berlaku khususnya ke atas penutur dialek Melayu yang tidak lagi mempelajari bahasa Melayu di bangku sekolah. Penyerapan kata-kata tugas seperti mana telah dibincangkan dalam bahagian 5 di atas merupakan produk kontak bahasa antara penutur Melayu dan penetur bahasa Thai. Produk tersebut dapat dianggap faktor utama yang menyebabkan munculnya kacukan bahasa regional sempadan di selatan Thailand. Gejala ini jika dibiarkan berpanjangan tanpa perlindungan daripada kemusnahan gramatisan secara terancang, maka dapat diramalkan bahawa dalam abad-abad yang akan datang dialek Melayu Patani akan diambil-alih oleh bahasa kacukan Melayu Patani sepenuhnya pada suatu hari nanti.

Berdasarkan sejarah perancangan bahasa di Thailand, pelestarian bahasa Melayu Patani tak mungkin dapat dilakukan oleh pihak perancangan bahasa dalaman. Sumbangan dari negara seperti Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka), Indonesia (Pusat Bahasa) dan Brunie (Dewan bahasa dan Pustaka Brunei) masih diperlukan. BIBLIOGRAFI

Brown, J., 1985. From Ancient Thai to Modern Dialects and Others Writings on Historical Thai Linguistics. Bangkok: White Lotus Co., Ltd.

Haas, Mary R. 1964. Thai – English Student’s Dictionary. California: Stanford University Press.

Harris, J.G. and Chamberlain J.R. (Ed.) 1975. Studies in Tai Linguistics in Honor of William J. Gedney. Bangkok: Cebtral Institute of English Language Office of State Universities, Bangkok.

Kanjana Nakhsakul. (1974). Rabob Siang Phasa Thai (ter: Sistem Bunyi Bahasa Thai). Bangkok: Chulalongkorn University Press.

Paitoon M. Chaiyana. (1982). Kata-kata Sanskrit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Satu Kajian Perbandingan Dari Segi Fonologi. Tesis Ph.D University Malaya.

Paitoon M. Chaiyanara. (1983). Perlambangan Huruf-huruf Thai dalam Dialek Melayu Patani. Kertas kerja Seminar Fonologi Melayu, Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 –30 Oktober 1983.

Paitoon M. Chaiyanara (ed.).Ancangan Pengajian Melayu di Malaysia, Singapura dan Selatan Thai.(Proactive movement on Malay Studies in Malaysia, Singapore and Sourthern Thailand) Singapura: Kasatuan Guru-guru Melayu Singapura. 2001(174 pages)

Paitoon M. Chaiyanara.Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Phonetics and Malay Phonology). Singapore: Wespac Consult Centre.2001. (190 pages)

Paitoon M. Chaiyanara. Kajian Bahasa Austroasia ( Studies in Austroasiatic Language) . Renoor Network Hatyai: Songkla. 1999.(52 pages)

Paitoon M. Chaiyanara (ed.). Ancangan Pembingkas Berdaya Cipta Dalam Pengajian Melayu (Proactive and Creativity in Malay Studies) Prince Of Songkla University and Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura. 1999.(219 pages)

Paitoon M. Chaiyanara (ed.). Pengajian Bahasa Melayu Ancangan Pembingkas Berdaya Cipta (Malay studies toward Creativity). Prince Of Songkla University and Singapore Malay Teachers’ Union.1999.(306 pages)

Paitoon M. Chaiyanara. Fonologi Dialek Melayu Selatan Thailand (The Phonology of Southern Thai Malay dialect). Prine of Songkla University: Pattani, Thailand. 1978 (205 pages)

Paitoon M. Chaiyanara. Kamus Bahasa Thai - Dialek Pattani (Thai- Pattani Malay Dialect Dictionary). Odeon Store:Bangkok, Thailand. 1978. (677 pages)

Universitas Sumatera Utara

Page 10: eng-nov2005-1 (5).pdf

PAITOON M. CHAIYANARA. “HAMBATAN STRUKTUR BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR THAI”. IN PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING. KUALA LUMPUR: INSTITUTE OF LANGUAGE AND MALAY LITERATURE, MALAYSIA. 2003. (34-51)

Paitoon M. Chaiyanara. “Lama-waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut Di Perairan Myanmar dan Thailand” (Time-depth separation between Pattani Dialect and Sea Gypsy Dialect in the Myanmar and Thailand territorial waters). in Pengajian Melayu Ancangan Pembingkas Berdaya Cipta. Prince Of Songkla University and Singapore Malay Teachers’Union.1999. (1-48).

Paitoon M. Chaiyanara. “Pemantapan Dialek-dialek Austronesia di Myanmar dan Selatan Thailand” (Stabalization of Austronesian Dialects in Myanmar and Southern Thailand), in Dewan Bahasa. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kula Lumpur: December 1997, 21:1088-1108.

Paitoon M. Chaiyanara “Keluarga Bahasa Austroasia” (Austroasiatic Famaly Language), in Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: June1997, 14: 534-547.

Paitoon M. Chaiyanara. “Kepelbagaian Bahasa dalam Masyarakat Asian Tenggara” (Languages in Southeast Asia Society). International Seminar : Toward the Bright Future of Japanese and Asean Cultures. Organized by Negeri Surabaya University, Indonesia. (6 -8 December 2004).

Paitoon M. Chaiyanara. “Refleks Onset & Koda Dialek Gibsi Laut di Asia Tenggara” (Sea Gybsy onset and Kode in South East Asia). Persidangan Linguistik ASEAN II . Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Organized by University of Brunei Darussalam, Brunie. (28-30 Oktober 2002)

Paitoon M. Chaiyanara. “Bahasa Sino-Tibet di Negara China dan Pengaruhnya dalam Bahasa Melayu” ( Sino-Tibetan Language in China dan its influnce in Malay language). Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Ke-2, Beijing. China. Organized by Peking University. (7-14 Oktober 2002)

Paitoon M. Chaiyanara. “Tradisi dan Kesinambungan Perbendaharaan Kata dalam Bahasa Indonesia, Melayu dan Thai” (Tradition in vocabulary compilation in Indonesian, Malay and Thai languages) Kolukium Bahasa dan Pemikiran Melayu. Organized by Prince of Songkla University and Department of Language and Literature, Ministry of Education, Malaysia. (4-7 May 2002)

Paitoon M. Chaiyanara. “Transfonologisasi Nada Leksikal Thai dalam Dialek Melayu Patani” (Transfonologization of Thai lexical tones in Pattani Malay dialect). First International Conference of Linguistik ASEAN. National University of Malaysia. Bangi, Selangor. (14-16 November 2000)

Paitoon M. Chaiyanara. “Pemantapan Jati Diri Dialek Melayu-Tambralingga di Thailand” (Malay Tamblalingga dialect indensity in Thailand). International Seminar of New Malay milineum. Organized by Mara Technological University, Shah Alam, Selangor, Malaysia (25-27 September 2000)

Paitoon M. Chaiyanara. “Kecendekiaan Warga Patani dalam Standardisasi Bahasa Ibunda dan Bahasa Kebangsaan” (Scholahrly inclination of Malay Pattani citizen in standardization of mother tongue and

Universitas Sumatera Utara

Page 11: eng-nov2005-1 (5).pdf

national language). Dialogue North VIII, Organized GAPENA Malaysia and Prince of Songkla University, Thailand. (1-4 Desember 1999)

Paitoon M. Chaiyanara. “Lama-waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut Di Perairan Myanmar dan Thailand” (Time-depth separation between Pattani Dialect and Sea Gypsy Dialect in the Myanmar and Thailand territorial waters). International Conference On Malay Studies. Organized by Prince of Songkla University, Hatyai-Pattani Thailand (23 – 25 June 1999)

Paitoon M. Chaiyanara. 1998. “Pengaruh Sistem Tulisan dalam Penentuan Sebutan Baku Bagi Bahasa Melayu dan Thai: Satu Perbandingan Fonemik” (The influence of writing system in the standardization decision making of Thai and Malay language: A Phonemics constrastive Studeis). Malay World Studies International Conference. Organized University of Malaya. Kulala Lumpur, Malaysia (28 – 30 August 1998)

Paitoon M. Chaiyanara. “Pemantapan Dialek-dialek Austronesia di Myanmar dan Selatan Thai” (Stabalization of Austronesian Dialects in Myanmar and Southern Thailand), Seminar on Austronesian Dialects in Nusantara. Organized by University of Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan. (26-29 August 1996).

Paitoon M. Chaiyanara. “Pengenalan Pendidikan Bahasa Thai dalam Masyarakat Perbandaran” (Introduction to Thai Language Education in Metropolitan Society) . 5Th Temasik Seminar. Organized by Malay Teachers’ Union, Singapore, Mandarin Hotel, Singapore, (8 July 1995).

Paitoon M. Chaiyanara. “Pengkajian Bahasa Keluarga Austroasiatik” (Studies in Austroasiatic Language). Seminar on Histery of Malay Language. Organized by University of Malaya, Kuala Lumpur, (21-23 August 1989).

Paitoon M. Chaiyanara. “Penubuhan

Persatuan Bahasa dan Persuratan Melayu” (The Formation of language association ang Malay literary organization). Seminar on Malay Language, Organized by Prince of Songkla University, Thailand. (14 July 1984).

Paitoon M. Chaiyanara. “Perlambangan Huruf-huruf Thai dalam Dialek Melayu” (Thai scripts symbol in Malay Dialect) .Seminar on Malay Phonology, Organized by Department of Language and Literature, Ministry of Education, Malaysia (28-30 October 1983).

Uppakitsilapasarn, Praya. 1918. Lak Phasa Thai (Ter: Nahu Bahasa Thai). Bangkok : Thai Wattana Phanich.

Universitas Sumatera Utara