Edward De Bono
-
Upload
cikgu-nazarinanawawi -
Category
Education
-
view
6.174 -
download
1
Transcript of Edward De Bono
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
1. PENGENALAN
1.1 KONSEP PERKEMBANGAN DAN KECERDASAN KANAK-KANAK
Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang
dihadapi oleh individu yang berubah mengikut peredaran masa.Namun pelbagai
pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri,
salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah da Joy N. Samuel dalam buku
Perkembangan kanak-kanak, yang menyatakan perkembangan adalah perubahan
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru
yang berlainan dari sifat yang lebih awal.Berbanding Santrock (2008), baginya
perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir
hayat.Kesimpulannya , perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan
yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula
semenjak percambahan dan kematangan melibatkan aspek –aspek fizikal, emosi,
mental dan sosial.
Menurut pendapat Piaget(1950) kecerdasan pula, bermaksud kebolehan individu
berfikir atau menaakul dalam usaha menyesuaikan diri dengan persekitaran manakala
menurut Weschler (1975) kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami
alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya
menghadapi cabaran hidup.
Edward De Bono (1993) telah mengunakan pendekatan ‘CoRT Thinking Proggrame’
dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.Teori ini
bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur
dan kebolehan diri kanak-kanak.Menurutnya lagi, kreativiti seseorang individu wujud
di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri.
[1]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
2. BIOGRAFI TOKOH :DR. EDWARD DE BONO
2.1
Edward De Bono dilahirkan pada 19 Mei 1933 di negara
Malta.Beliau merupakan seorang ahli psikologi,penulis, pencipta dan
konsultan.Beliau telah berkahwan dan mempunyai du aorang cahaya mata.Beliau
belajar di St.Edward’s College di Malta selepas perang Dunia ke 11.Selepas itu beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti malta dalam
bidang perubatan.Selepas itu, beliau ,menerima biasiswa Rhodes dan berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat MA dalam bidang psikologi dan fisiologi di
Universiti Oxford.Beliau juga turut memperolehi PhD dan D.Phill dalam bidang
perubatan dari Universiti Cambridge.Selain itu, beliau juga turut menerima anugerah
lain seperti anugerah D. Des degree (Doctor of Design) dari Royal Melbourne Institut
of technology dan LL.D degree dari Universiti Dundee.
2.2 KERJAYA DR.EDWARD DE BONO
Dr.Edward De Bono merupakan pensyarah bagi Universiti Malta, Universiti Dublin
dan University of Central England.Pada Julai 1969,Edward De Bono telah
mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT).Beliau telah menghabiskan masa
selama 30 tahun untuk mengajar kaedah pemikiran sistematik meliputi semua sektor
seperti sektor kerajaan, swasta, korporat, organisasi dan sebagainya.Beliau telah
menulis 45 buah buku yang telah diterjemahkan kepada 27 bahasa dunia.Beliau juga
turut menghasilkan dua rancangan bersiri di televisyen.Antara karya beliau dalam
bidang sains pemikiran adalah:
CoRT Thingking 1 hingga 6
I’m Right you are Wrong :From This to the new Ranaissance
Atlas of management Thingking
[2]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
The CoRT Thingking Skill Programme.
Lateral Thinkingreativity Step by Step
Handbook of Positive Revolution
Dan lain-lain
3. PEMERINGKATAN PEMIKIRAN EDWARD DE BONO
Alat-alat berfikir menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu mampu
untuk berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan
pelbagai masalah .Dalam kemahiran berfikir terdapat, alat-alat yang boleh digunakan
untuk berfikir.Penggunaan alat-alat berfikir ini dapat membantu dalam perkembangan
dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini. Edward De Bono telah
memperkenalkan Program CoRT(Cognitive Research Trust) yang dibahagikan
kepada 6 bahagian utama iaitu:
[3]
ALAT Cort
2
ORGANISASI PROSES BERFIKIR
4
PEMIKIRAN KREATIF
3.
INTERAKSI ARGUMEN
PEMIKIRAN KRITIS
5.
MAKLUMAT DAN PERASAAN
6.
TINDAKAN
1
KELUASAN PERSEPSI
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
3.1 CoRT I(Keluasan)
CoRT I merupakan asas kepada Program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan
pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.Dalam CoRT I terdapat
tujuh alat berfikir yang dapat membantu seseorang memperluaskan daya persepsi. Alat-
alat tersebut adalah::
3.2 PMI (Plus,Minus,Insteresting)
PMI (Plus,Minus,Insteresting), bermaksud BAIK,BURUK dan
MENARIK.sesuatu yang kita fikirkan tentang sebarang peraturan, keputusan dan
[4]
PMI
PERANCANGAN
KEPUTUSAN
PERATURAN
TINDAKAN
OPV
CAF
AGOAPC
C & S
FIP
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
rancangan dilihat dari tiga perspektif.Kita jarang memikirkan sesuatu berdasarkan
tiga perspektif ini. Apa yang kita fikirkan hanya satu perspektif iaitu yang BAIK
sahaja.Manakala BURUK dan MENARIK amat jarang difikirkan.
Kaedah :Berdasarkan maksud PMI murid-murid boleh memberi idea-idea
berbentuk logik atau tidak logik.Senaraikan idea tersebut dengan merangkumi ketiga-
tiga nilai seperti :
PLUS - BAIK
MINUS - BURUK
INTERESTING - MENARIK
3.3 CAF
CAF (Consider All Factor) bermaksud ‘mempertimbangkan faktor-faktor
lain.CAF boleh menjadikan persepsi kita lebih luas dan telus.Kita tidak sekadar
memfokuskan hanya kepada faktor-faktor yang berdekatan dengan kita, tetapi juga
terhadap perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial.Hal ini sangat penting
kepada semua pihak.Tujuan untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan
menyeluruh.Mengelak daripada terlupa faktor penting.
Kaedah : Murid-murid senaraikan seberapa banyak yang mungkin idea
tentang sesuatu perkara .Idea-idea yang disarankan itu perlulah difikirkan daripada
pelbagai sudut dan perspektif.Tegasnya, sesuatu peraturan yang hendak
dibentuk,dirombak dan digubal perlu mengambil kira semua faktor yang sesuai
dengan peraturan tersebut dan ia merangkumi faktor-faktor seperti:
Agama
Kepercayaan, etika dan nilai
Ekonomi dan Politik
Sosiobudaya
Sains Teknologi.
[5]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
3.4 C & S
C & S (Consequence and sequal) bermaksud “kesan dan akibat’ berdasarkan
suatu jangka masa.Idea yang berkualiti adalah idea yang tepat dengan kos risiko yang
rendah mengikut tempoh masa.C & S membuka persepsi kita seluas-luasnya dan
dalam masa yang sama meneroka setakat mana idea kita boleh bertahan.Sesuatu idea
itu berkolerasi dengan risiko dan tempoh masa.
Mengenal pasti kesan dan akibat mengikut jangka masa, sangat penting dalam
membuat sesuatu rancangan, keputusan dan peraturan.Paling penting dapat bertahan
dalam tempoh masa yang panjang dan mendatangkan kesan dan akibat yang sangat
positif.
Kaedah :Berdasarkan maksud C & S senaraikan seberapa banyak yang
mungkin idea tentang kesan dan akibat sesuatu peraturan, rancangan,keputusan dan
sebagainya.Ia juga sangat penting mempunyai prinsip-prinsip berikut.
Kesan yang dijangkakan akan berlaku perlu jelas.
Kesan membawa kebaikan untuk semua.
Kesan yang mengandungi risiko
Kesannya tidak bercanggah mengikut jangka masa.
3.5AGO(Aims Goals, Objectives)
AGO(Aims Goals, Objectives)bermaksud ‘tujuan, matlamat dan
objektif.Persepsi kita bergantung kepada apa yang kita fikir dan hendak lakukan. Ia
sangat sensitive terhadap saranan.Jika kita ingin membuat sesuatu perancangan,
peraturan,dan keputusan,persepsi akan membawa kita kepada satu paradigma yang
kita inginkan.Tujuan, matlamat dan objektif yang hendak dicapai mestilah jelas dan
konkrit.Kita mestilah mengambil kira banyak faktor dalaman serta faktor luaran.
Kaedah: Berdasarkan maksud AGO senaraikan seberapa banyak tujuan,
matlamat dan objektif yang mungkin tentang sesuatu tindakan, rancangan dan
penyelesaian.Idea-idea yang disarankan itu perlu difikirkan dari pelbagai sudut dan
[6]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
perspektif.Sesuatu tindakan , keputusan dan penyelesaian itu perlu mengambil kira
tujuan, matlamat, dan objektif yang mempunyai cirri-ciri berikut:
Jelas dan tidak kabur
Bersifat khusus atau tidak umum
Realistik dan boleh diukur
Tindakan dan pelan bertindak yang komprehensif.
3.6 FIP (First Important Priorities)
FIP (First Important Priorities) bermaksud ‘keutamaan yang paling penting’
FIP boleh bersifat individu atau berkumpulan.Ramai daripada kita tidak dapat
mengenal pasti keutamaan yang paling penting tidak disenarai pendekkan.Sebaliknya
perkara yang tidak mustahak diberi tumpuan.Akibatnya objektif tidak akan tercapai.
Kaedah : Berdasarkan maksud FIP senaraikan seberapa banyak perkara,
faktor, objektif dan akibat dan kemudian pilih yang paling utama.Idea yang
disarankan itu hendaklah difikirkan dari pelbagai sudut dan perspektif.Selain itu, FIP
boleh digunakan bersama-sama dengan AGO, CAF dan C & S.Antara prinsip penting
FIP ialah:
FIP mestilah jelas dan tepat
FIP yang dibuat mestilah berdasarkan pertimbangan yang tidak berat sebelah.
Ambil perhatian terhadap FIP umum dan khusus.
3.7APC (Alternatives, Passibilities, Choices)
APC (Alternatives, Passibilities, Choices) ialah ‘alternatif, kemungkinan’ dan
pilihan’ yang dapat dibuat dan diramalkan berpunca daripada sesuatu keputusan,
peraturan dan rancangan yang dijalankan.Kita jarang sekali mengambil kira pelbagai
alternative, kemungkinan dan pilihan boleh membawa kesan dan risiko yang bukan
sedikit kepada kita.Lazimnya kita mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil
satu langkah yang telah kita gunakan.Kita takut pada perubahan kerana mungkin
[7]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
memberi tekanan dan pelbagai kemungkinan yang negetif. Ia suatu tanggapan yang
salah dan perlu diperbetulkan.
Kaedah: Berdasarkan maksud APC senaraikan seberapa banyak altenatif,
kemungkinan dan pilihan.Idea yang difikirkan perlu dari pelbagai sudut.Sesuatu
tindakan ,keputusan dan penyelesaian perlu mengambil APC agar ia membuahkan
hasil semaksimum mungkin. Antara prinsip penting APC ialah:
Lihat sesuatu perkara dari pelbagai dimensi
Pastikan APC yang terbaik
Pilih APC berdasarkan faktor-faktor semasa dan yang akan datang.
3.8 OPV(Other Point of View)
OPV(Other Point of View) ialah ‘pandangan pihak lain’.Kita hidup dalam
dunia yang beraneka ragam manusia.Oleh itu, kemungkinan sesuatu peraturan,
keputusan dan rancangan yang dibuat mestilah mendapat persetujuan pihak lain.Inilah
satu sifat pembentukan kesatuan fikiran dan ukhwah yang sangat dituntut dalam
Islam.Kita perlu menggerakkan persepsi dalam pelbagai hala agar ia dapat member
kepuasan kepada semua pihak.
Kaedah: Berdasarkan maksud OPC senaraikan seberapa banyak
pandangan/pendapat orang tentang sesuatu tindakan dan keputusan yang belum,
sedang dan akan diambil.Idea yang disarankan perlulah difikirkan dari pelbagai sudut
dan perspektif.Antara prinsip OPC ialah:
Mengambil kira pendapat dan pandangan umum
Pendidikan ,lokasi penempatan, taraf pekerjaan kawan-kawan
Mengambil kira pandangankeseluruhan organisasi.
Mengambil kira pandangansensiviti agama.
4.CoRT 2(Organisasi Proses Berfikir)
4.1 Menyedari
Mengenal pasti keadaan
[8]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
4.2 Menganalisa
Pelajar berfikir dengan lebih efektif.
3.3Compare
Menggunakan perbandingan untuk memahami situasi.
4.4Select
Memilih perkara yang betul
4.5Mencari jalan lain
4.6Mantap semula
Apakah perkara utama diperlukan.
4.7Teratur
Menganjurkan sebarang aktiviti
4.8Fokus
Melihat aspek-aspek yang berbeza
4.9Memperkukuh
Apakah yang telah dicapai setakat ini.
4.10Rundingan
Membuat kesimpulan.
[9]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
5. CoRT 3(Interaksi,Argumen,Pemikiran Kritis)
Tujuan Cort 3 adalah untuk menggalakkan murid-murid untuk mendengar apa yang diperkatakan dan untuk menilai . Mereka juga digalakkan untuk mengambil pendekatan yang konstruktif untuk menyelesaikan hujah.
Antara alat dalam CoRT 3 adalah :
4.1 EBS (Examine Both Sides)
EBS bermaksud teliti kedua-dua belah pihak.Sekiranya berlaku perbalahan murid dikehendaki meneliti dan menilai supaya tidak membuat keputusan secara tidak betul.
5.2 Keterangan
Dalam membuat sebarang keputusan murid dapat membezakan samada pendapat atau fakta yang betul.
5.3 Keterangan –Nilai
Amalan dalam membuat penilaian.Tidak semua bukti betul.
5.4 Menjadi Hal -1
Terdapat dua cara iaitu meneliti idea itu sendiri,implikasi dan kesan dan merujuk kepada fakta.
5.5 Menjadi Hak -2
Dua cara lain sebagai hak iaitu menggunakan nama dan label.
5.6 Salah -1
Keterlaluan, generasi palsu,mengambil perkara yang keterlaluan.Hanya sebagian daripada situasi.
5.7 Menjadi Salah 2
Kesilapan
5.8 Hasil
Apa yang telah dicapai pada akhir hujah.
[10]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
6. CoRT 4(Pemikiran Kreatif)
CoRT 4 dicipta oleh Edward De Bono, bagi memudahkan kita menggunakan daya
fikir untuk menerbitkan idea-idea secara bebas.Alat-alat CoRT 4 akan memandu kita
agar tidak rigit dan bersahaja dalam menerbitkan apa jua idea yang terlintas
difikiran.Selain itu, alat CoRT 4 ini boleh digunakan secara serentak daripada
kombinasi yang sesuai dan relevan.Penggunaan alat ini juga banyak bergantung pada
isu, masalah,benda,perkara dan diri kita.Antara alat-alat yang terdapat dalam CoRT 4
adalah:
6.1 YA, TIDAK dan PO
YA, TIDAK dan PO adalah perkataan yang bersifat kritis dan kreatif. Sesuatu
fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK.Ia telah mantap dan
kukuh.Tidak dapat diubah dan dipinda. Namun begitu, PO ialah suku kata keramat
yang boleh menggerakkan pemikiran kreatif.Dengan menggunakan PO, kita akan
meneroka pelbagai kemungkinan .YA dan TIDAK merupakan perkataan yang
membawa implikasi sesuatu benda, perkara, peristiwa dan konsep sama ada ia benar
atau salah.Sesuatu itu dikatakan benar jika ia sejajar dengan data dan fakta, dan ia
dikatakan salah sekiranya bertentangan dengan data dan fakta.Dengan kata lain, kita
boleh menangguhkan penilaian, sebaliknya membuat pilihan sama ada benar atau
salah.
PO dan Batu Loncatan ialah alat yang digunakan untuk meneroka idea yang
asli dan baru.Alat ini membawa kita ke alam fantasi dan imaginasi dengan hasrat
untuk mengubah paradigm yang baru dalam pelbagai bidang.batu loncatan akan
digunakan untuk melonjakkan PO ke suatu kawasan baru yang lebih aktif dan
produktif.Berbeza dengan YA dan TIDAK, PO merupakan suku kata yang membawa
pergertian yang lebih luas iaitu ‘supposition, poetry dan hipotises. PO digunakan
sebagai batu loncatan untuk menerbitkan idea baru yang provokatif..PO digunakan
sebagai alasan untuk keluar daripada idea lama seperti:
Sesuatu idea diterbalikkan maksudnya
Sesuatu idea diperbesarkan.
[11]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
Sesuatu idea dipinda maksudnya
Sesuatu idea khayalan dan tidak logik.
6.2 Input Rawak
Input Rawak adalah alat yang menggunakan sama ada kata nama, kata sifat
atau kata kerja untuk menerbitkan idea yang kreatif. Kata-kata yang dipilih
merupakan kata-kata yang tidak ada kaitan langsung dengan sesuatu masalah dan
keputusan yang hendak dibuat.Ia boleh dipilih menerusi berbagai-bagai cara seperti
menggunakan kamus , keratan akhbar dan sebagainya.
Input rawak bermaksud mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan sama
sekali secara rawak untuk menerbitkan idea yang baru. Input rawak mengandungi
suku kata PO ditengah-tengah dan diapait sekurang-kurang oleh dua perkataan yang
berbeza makna.
6.3 Mencabar Konsep
Mencabar konsep merupakan satu alat yang kita gunakan untuk memberi
wajah baru kepada sebarang benda, perkara, peraturan dan sebagainya.Ia berkaitan
dengan pelbagai konsep di sekiling kita.Kejayaan sesuatu perubahan itu bergantung
kepada faktor lain. Mungkin dengan mengubah konsep lama pada konsep baru, Ia
mendapat sambutan yang luar biasa dengan serta merta.Ada kalanya ia berlaku
sebaliknya, iaitu mendapat tentangan dan kritikan hebat.
Mencabar konsep bermaksud konsep klasik/tradisi/lama diubah kepada satu
kerangka yang baru berdasarkan perubahan persekitaran yang baru.Konsep yang
bersifat tipikal dan stereotaip perlu diberi dimensi baru agar ia lebih sesuai dengan
norma, etika dan sosiobudaya semasa.Namun begitu tidak semua konsep-konsep
klasik/tradisi yang boleh diubah sewenang-wenangnya.
[12]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
6.4 Idea Dominan
Alat yang digunakan untuk mengenal pasti idea dominan.Boleh dikatakan idea
dominan merupakan tulang belakang sesuatu perkara, benda, peristiwa dan
rancangan.
6.5 Kombinasi
Alat yang digunakan untuk mencantum beberapa elemen dan struktur yang berbeza
fungsi, saiz dan kegunaan ke dalam satu kombinasi yang berfungsi dengan lebih baik
dan dinamik.yang kemudiannya akan menjelma satu produk baru.
6.6 Mengasingkan Kelemahan
Alat yang digunakan untuk melihat kekurangan, kecacatan dan kelemahan yang
terdapat pada sesuatu benda, kerja, produk, prosedur dan sebagainya.Apa yang
penting adalah mengakui kelemahan dan kekurangan yanmg terdapat pada diri,
keluarga, negara dan sebagainya dan bersedia untuk menerima pandangan orang lain
untuk membaiki kelemahan tersebut.
6.7 Mendefinisikan Masalah
Alat yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu permasalahan yang
sebenar.Sebelum kita menyelesaikan masalah , kita hendaklah tahu apakah
masalahnya terlebih dahulu.
6.8 Keperluan
Alat yang diguna untuk mengenalpasti keperluan-keperluan dalam sesuatu
perkara.Dengan alat ini kita dapat tentukan mana yang penting dan tidak.
6.9 Penilaian
Alat ini digunakan untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara samada
berfungsi, berkesan, menyakinkan dan sebagainya.Dengan alat ini kita boleh
mengesan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kebaikan.kepada kita.
[13]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
7. CoRT 5(Maklumat dan Perasaan
7.1 FI & FO
Analisis maklumat dan penilaian kesempurnaannya.
7.2 FQ & SQ
Penggunaan soalan-soalan yang mahir
7.3 CS & CC
Petunjuk, potongan dan implikasi
7.4 CO & FCO
Lompatan palsu, kesimpulan palsu dan lain-lain kegunaan yang tidak betul.
7.5 SG & BG
Penggunaan meneka apabila maklumat tidak lengkap
7.6 BP & BO
Kredibiliti.
7.7 RM-H & RM-S
Gantian biasa untuk streotaip ,pemikiran peribadi
7.8 EM & EG
Cara emosi yang terlibat dalam pemikiran
7.9 VH & VL
Nilai menentukan pemikiran dan penerimaan keputusan.
7.10 SF & CF
Apakah pemikiran ?
[14]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
8. CoRT 6(Tindakan)
8.1 T
Perkara pertama dalam pemikiran.Mengarahkan perhatian kepada perkara tertentu
yang menjadi subjek pemikiran.
8.2Kembangkan
Setelah memilih sasaran langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan atasnya .
8.3 Kontrak
Langkah ketiga adalah untuk mengecilkan pemikiran.
8.4TEC
Amalan dalam mentakrifkan sasaran, meneroka subjek.
8.5Tujuan
Bukan sahaja jelas tentang tujuan sebenar pemikiran.
8.6INPUT
Keadaan , tempat kejadian, tetapan maklumat yang ada serta factor-faktor yang boleh
dipertimbangkan.
8.7PENYELESAIAN
Penyelesaian alternative termasuk yang paling jelas,tradisional dan baru.
8.8PILIHAN
Proses keputusan. Memilih antara penyelesaian yang alternative.
[15]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
8.9OPERASI
Operasi pelaksanaan menjalankan melalui keputusan pemikiran.Menetapkan langkah-
langkah tindakan khusus yang akan membawa hasil yang diigini.
8.10 TEC-Pisco
Digunakan untuk mentakrif dan menghuraikan setiap lima peringkat daripada
Pisco.
9. PANDANGAN TOKOH TENTANG EDWARD DE BONO.
Menurut George Gallup,pemula Pol Gallup menyatakan bahawa kerja Edward De Bono
boleh menjadi perkara yang terbaik di dunia hari ini.Menurut John Naisbitt, Pengarang
Megatrends, Ia adalah satu fungsi yang jelas pendekatan bahawa kursus pemikiran beliau
berfungsi dengan baik dengan kanak-kanak sekolah.Manakala, menurut Phillip L.Smith,
Presiden ,Ketua Makanan Corporation pula, kita semua memegang andaian sebelum ini
untuk membuat kesimpulan tentang masa depan.Edward De Bono mengajar kita untuk
mencabar andaian itu dan membangunkan penyelesaian kreatif .
10. KESIMPULAN
Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses
biologi, kognitif dan sosiol-emosi(Santrock(2008).CoRT Thinking Proggrame sesuai
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Kemahiran kognitif merupakan kebolehan
individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara yang berlaku
di persekitaran masing-masing.Ia melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan,mengkategori,merancang,menaakul,menyelesaikanmasalah,mencipta,berimaginsi
dan lain-lain.Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang
individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Contoh dalam
[16]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
Cort 4 alat yang berkaitan dengan aktiviti berimaginasi ialah PO dan Batu Loncatan di
mana alat ini digunakan untuk meneroka idea yang asli dan baru.Alat ini membawa kita
ke alam fantasi dan imaginasi dengan hasrat untuk mengubah paradigm yang baru dalam
pelbagai bidang.batu loncatan akan digunakan untuk melonjakkan PO ke suatu kawasan
baru yang lebih aktif dan produktif.Berbeza dengan YA dan TIDAK, PO merupakan suku
kata yang membawa pergertian yang lebih luas iaitu ‘supposition, poetry dan hipotises.
PO digunakan sebagai batu loncatan untuk menerbitkan idea baru yang provokatif..PO
digunakan sebagai alasan untuk keluar daripada idea lama seperti:
Sesuatu idea diterbalikkan maksudnya
Sesuatu idea diperbesarkan.
Sesuatu idea dipinda maksudnya.
Selain itu, pemikiran kreatif dalam CoRT 4 pula, memfokus kepada usaha membantu dan
membentuk kanak-kanak meningkatkan pemikiran dan daya kreativiti diri.Berfikir kreatif
akan mendedahkan hidup dengan pelbagai peluang, ruang, dimensi dan perspektif baru
dan asli.CoRT 4 adalah suatu teknik permainan minda yang mudah dan menarik.Hasil
daripada permainan ini akan terbit idea yang kreatif dikalangan kanak-kanak.Menurut
Ainon dan Abdullah(1999), apabila kita berfikir dengan menggunakan stail yang kreatif,
matlamat berfikir adalah untuk menerbitkan pelbagai persepsi,konsep,idea,cara dan
sebagainya.
Pada awal 1980an,Robert Sternberg pula telah membentuk teori ‘Triarchic’
kecerdasan yang meliputi konsep pemerosesan maklumat.Teori ini menjelaskan
kecerdasan pemikiran dan tingkahlaku terdiri daripada tiga aspek yang saling
mempergaruhi iaitu proses kognitif, pengalaman dan persekitaran konstekstual.Mengikut
teori ini, proses kognitif terdiri daripada kecerdasan analitik iaitu,pemerolehan ilmu,
penyelesaian masalah, membuat perkaitan dan menilai.Sehubungan dengan itu , alat yang
sesuai digunakan untuk teori kecerdasan ini ialah CoRT 4 contohnya proses kognitif
penyelesaian masalah .Alat yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu permasalahan
yang sebenar.Sebelum kita menyelesaikan masalah , kita hendaklah tahu apakah
[17]
[ ] Perkembangan dan Kecerdasan Pemikiran Kanak-kanak.
masalahnya terlebih dahulu.kedua, keperluan atau membuat perkaitan. Alat ini diguna
untuk mengenalpasti keperluan-keperluan dalam sesuatu perkara.Dengan alat ini kita
dapat tentukan mana yang penting dan tidak .Seterusnya proses kognitif penilaian Alat ini
dapat digunakan untuk membuat analisis terhadap sesuatu perkara samada berfungsi,
berkesan, menyakinkan dan sebagainya.Dengan alat ini kita boleh mengesan unsur-unsur
yang boleh mendatangkan kebaikan.kepada kita.
Dalam membina perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak pada masa kini maka
amatlah sesuai Program CoRT(Cognitive Research Trust) oleh Edward De Bono ini
diperkenalkan.
[18]