EDU 3102 - PKK (KKP)
-
Upload
aaronjimjames -
Category
Documents
-
view
310 -
download
0
Transcript of EDU 3102 - PKK (KKP)
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
1/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
10 FITRAH MANUSIA
1.1 PENGERTIAN FITRAH MANUSIA
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga fitrah bererti sifat semulajadi, bakat atau
pembawaan seseorang. Perkataan fitrah berasal dari perkataan Bahasa Arab yang
bererti sifat, asal kejadian, kesucian dan bakat. Setiap manusia yang dilahirkan
mempunyai keunikkan tersendiri, anugerah yang tidak ternilai daipada Pencipta-
Nya. Keunikkan menusia meliputi seluruh bidang kehidupan - daripada aspek
ekonomi, sosial, pedidikan, agama, budaya dan sebagainya. Sehubungan itu setiap
individu di muka bumi ini mempunyai bakat semulajadi yang dianggap sebagaianugerah, yang perlu disalurkan kearah kesejaheraan kehidupan di dunia dan
akhirat. Ini bermakna manusia berkemampuan untuk mengembangkan potensi yang
ada dalam diri ke tahap yang maksima. Menurut Rogers (1951), manusia
berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Oleh itu manusia sentiasa berusaha
kearah penyempurnaan diri.
Menurut Dr. Montessori, semua manusia ada kecenderungan. Tanpa mengira
budaya, bangsa atau tempat tinggal, semua manusia mengikut hukum yang sama
bagi mengerakkan mereka untuk menunjukkan tingkahlaku yang sama. Semua
manusia terdorong untuk berkomunikasi, bersosialisasi, meneroka, berdikari,
bekerja, memberi perhatian, mengawal diri, mengekalkan keamanan dan mencapai
kesempurnaan. Manusia juga berkecenderungan untuk menunjukkan sikap kasih
sayang dan ambil berat terhadap mahkluk lain di dunia ini.
Menurut Dr. Montessori lagi, semua kecenderungan ini wujud dalam diri
seseorang individu pada semua peringkat hidupnya. Tetapi, pada peringkat umur
tertentu ada kecenderungan yang lebih ketara dari yang lain. Tahap kecenderungan
ini berbeza antara individu. Kecenderungan ini menggerakkan perkembangan
manusia dan mengarahkankan kita untuk sama ada mengambil sesuatu tindakan
atau tidak. Peluang pengalaman terhadap kecenderungan yang wujud dalam diri
kanak-kanak akan membantu membina keyakinan diri, keupayaan menumpu
perhatian, imej kendiri yang positif, kawalan diri setra keupayaan membuat
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
2/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
keputusan dan menyesuaikan diri. Halangan kepada kecenderungan ini akan
menyebabkan kanak-kanak menunjukkan sikap marah, kurang kawalan atau
perasaan malu yang berlebihan.
1.2 FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA
Menurut perspektif agama, agama telah menyediakan satu model atau blueprint
untuk diri dan masyarakat dalam pembentukkan nilai dan amalan. Ia memberi
struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia
unutk hidup bersama dan bersosial. Agama juga memberi kepuasan emosi kepada
penganutnya. Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberiketenangan dan harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran. (Halizah Hamzah,
2008).
Setiap inidividu akan berusaha untuk memberi makna kepada kehidupanny.
Usaha kea ah ini bergantung kepada tahap perkembangan individu tersebut, budaya
serta kepercayaan keagamaannya. Konsep ketuhanan merupan satu aspek luas
namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran. Sekiranya ajaran dan
amalan keagamaan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seseorang, ia boleh
melahirkan manusia yang sempurna.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka
bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia
dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan
manusia dengan segala ciptaannya. Menurut Ragib Al Isfahami ( dalam Fikiran
Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk menegetahui agama
yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971)
yang mengatakan setiap insane wajib mengenalai Allah s.w.t yang merupakan fitrah
manusia dalam usaha engenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al Ghazali
(1971) turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia
iaitu unsur roh dan jasad.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
3/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dari segi perspektif Islam, orang Islam meyakini terdapat banyak surah di
dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati
kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah
(turab). Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk
kepada beberapa ayat yang bersesuaian. Peringkat pertama ialah Peringkat Sari
pati Tanah. Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa
penyaringan debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan sari pati tanah
(sullat min n) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah
satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang
digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasasebagaimana yang manusia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan
kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain
dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluknya dan
Dia sebagai Khliqnya. Menurut Dr. Maurice Bucaille (2002) dalam bukunya The
Bible, The Qur'an and Science, beliau menghuraikan dengan merujuk kepada Surah
al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu sari pati
sperma atau yang dipanggil secara saintifik sebagai spermatozoa . Oleh itu beliau
melihat sari pati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama
pelbagai komponen lain yang merangkumi sari pati tanah dan sari pati air yang
menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.
Peringkat kedua ialah peringkat tanah melekat. Pada peringkat ini dikenali
sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya
mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini
keadaan tanah melekat atau menempel di antara satu sama lain. Manakala selepas
itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga
menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan
dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat.
Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun
sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
4/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Seterusnya ialah peringkat ketiga iaitu peringkat tanah berbau. Mengikut
tafsiran Dr. Maurice Bucaille diertikan sebagai lumpur atau tanah organik dan tidak
tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna
hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di
antara tanah dan air telah berlaku.
Peringkat keempat juga dikenali sebagai peringkat tanah keras. Perkataan ini
membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek
fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan
yang keras. Ab Hasan al-Tibris menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras,
ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di
udara seperti suara besi yang dipukul angin. Peringkat ini menunjukkan bahawa
masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada
peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari
aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang
diterangkan sebelum ini.
Peringkat kelima ialah peringkat peniupan roh dan ini menunjukkan proses
penciptaan manusia pertama (Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya
telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Dalam kitab Qiss al-Ambiy
penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan
dengan amat jelas yang mana dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri
Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar
Adam untuk memuji Allah iaitu ( ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki
bahagian matanya, Adam telah dapat melihat dengan jelas buah-buah yang terdapat
di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam inginmakan dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin
menjangkau buah tersebut.
Manakala Menurut agama Kristian, manusia diciptakan menurut rupa Tuhan.
Manusia diciptakan dari debu tanah (ketika itulah Tuhan Allah membentuk manusia
itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup-Kejadian 2:7) dan manusia
pertama yang dicipta oleh Tuhan ialah Adam (maka, Allah menciptakan manusia itu
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
5/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
menurut gambarnya, menurut gambar Allah diciptakannya dia; laki-laki dan
perempuan diciptakannya mereka-Kejadian 1: 27).
Adam ialah manusia lelaki pertama yang dicipta. Tuhan melihat penciptaan Adam
tidak begitu sempurna dan tidak begitu lengkap tanpa kehadiran pasangannya. Lalu,
Tuhan mencipta pasangan Adam iaitu Hawa (tidak baik jika manusia itu seorang diri
sahaja, aku akan menjadikan seorang penolong baginya, yang sepadan dengan
dia- Kejadian 2: 18). Hawa ialah manusia perempuan yang pertama dicipta. Hawa
dicipta dari salah satu tulang rusuk Adam. Dengan ini, penciptaan manusia sudah
lengkap.
Menurut kepercayaan Kristian lagi, manusia ini lahir dengan dosa warisan
iaitu yang dibawa oleh Adam dan Hawa. Oleh sebab itu, tujuan manusia lahir ialah
untuk hidup dan memperbaiki dan bertaubat daripada dosa warisan tersebut. Selain
itu, fitrah manusia adalah cenderung melakukan dosa. Tambahan lagi manusia ini
dikatakan mempunyai nafsu yang kuat yang harus dikawal agar tidak
memudaratkan.
Walaupun manusia ini lahir dengan banyak sifat buruk, namun ada juga sifat
baik semula jadi yang ada pada manusia menurut pandangan agama Kristian.
Antaranya ialah, manusia lahir ke dunia dengan satu sifat semula jadi iaitu tahu
membezakan yang mana baik dan buruk. Manusia juga sentiasa mengasihi antara
satu sama lain.
Kemudian, dari perspektif Buddha, Immanuel Kant dan La Place pada abad ke-
19, menyatakan teori kabut atau teori nebula tentang alam semesta. Teorinya
disempurnakan oleh van Wizzacker (1944) dan G.P. Kuiper (1951). Menurut teori ini,
kabut gas dan debu terdiri dari helium dan hidrogen. Bahan kabut ini hilang ke
dalam jaga raya dan sisanya terus mendingin disebabkan pendinginan maka terus
menyusut dan mulai berputar. Proses ini berubah bentuk menjadi bulat pipih dan
akhirnya menjadi seperti cakram. Selama menyusut dan berputar, bahan di bagian
luar tertinggal. Bahan ini merupakan pembentuk planet-planet, termasuk
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
6/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
planet bumi. Intinya menjadi matahari. Menurut teori ini, "alamjagad raya terdapat
banyak sekali tata surya."
Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak
unik. Di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang
muncul dan hancur (kiamat). Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak
seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk
tertentu. Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca
bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk
tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang
bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa.
Setelah sekian lama, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya
seperti madu tawon bumi. Makhluk-makhluk serakah mulai mencicipi tanah itu, dan
menginginkan sari tersebut. Makhluk-makhluk yang lain juga mengikuti. Akibat
kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka hilang, dan muncullah matahari, bulan,
bintang, dan komet-komet. Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat
dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka
makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah yang bentuk tubuhnya
yang tidak baik. Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan
dari tanah. Sementara mereka sombong dan bongkak, tumbuhan ini lenyap dan
muncul sebagai tumbuhan menjalar.
Akhir sekali iaitu dari perspektif Hindu pula dalam dharma manusia (Peraturan
moral) adalah tambahan dan khusus. Tanpa laki-laki dharma tidak lebih baik dari
binatang. Menurut Shankaracharya, dharma ini adalah dua jenis iaitu pravritti-lakshana dan nivritti-lakshana. Mengikut dharma Pravritti, seseorang manusia
melakukan tindakan untuk kenikmatan (kama) dan pengambilalihan kekayaan
(artha). Dharma nivritti-lakshana pula menegaskan bahawa manusia akan ditandai
dengan penolakan dari semua keinginan duniawi dan tindakan egois, dan beralih
untuk berlatih rohani untuk mencapai pembebasan.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
7/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa
Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai
keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran,
kematian dan kelahiran semula (samsara) yang mana sistem ini bergantung dengan
amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan
seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk
mencapai penyatuan antara Atman(roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau
Tuhan). Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui
tiga sifatnya iaitu Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah
dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa.Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan
berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang
beragama Hindu.
1.3 FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSEKTIF BIOLOGI
Menurut ahli sosiobiologi, tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan-arahan
gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolusi. Menurut
teori ini, interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan
kecenderungan untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, bersikap
altruitik atau tidak, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan, pengalamandan pengaruh budaya yang mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen
dalam diri manusia. Maka, fitrah manusia daripada perspektif biologi
memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran, yang
menyumbang kepada pembentukkan personaliti dan tingkahlaku seseorang.
(Halizah Hamzah, 2008)
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
8/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Ada beberapa petunjuk dalam kehidupan harian yang menampakkan
pengaruh baka dalam sifat semulajadi manusia. Kita dapat melihat bahawa sifat-sifat
tertentu individu kadang kala spesifik kepada suatu kaum atau masyarakat. Misalnya
sifat fizikal seperti ketinggian atau bentuk badan. Selain itu keupayaan dalam
sesuatu bidang misalnya berlari. Sesetengah sifat yang sama juga dapat dilihat
dalam pertalian saudara, mencadangkan bahawa sifat semulajadi ini juga
dipengaruhi oleh faktor keturunan.
Fitrah kejadian menusia juga mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh
seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:
Kognitif tahap kecerdasan seseorang
Fizikal warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya
Emosi temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Sifat semulajadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia
untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia mencapai kemajuan
sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya. Persekitaran turut
menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada
aspek berikut;
Latarbelakang keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi
perbezaan individu. Oleh itu menjadi tanggungjawab ibu bapa unutk mendidik
dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul bagi membantu
perkembangan tumbesaran yang sempurna. Ini termasuk suasana isi rumah
yang mesra dan ponuh kasih sayang, serta makanan yang berzat dan
seimbang.
Pengaruh rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan
potensi diri individu. Ini kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi
kecerdasan dapat membantu membentuk keperibadian positif.
Kebudayaan dan kepercayaan masayarakat menyumbang kepada
pembentukkan falsafah hidup yang berbeza. Ini turut melahirkan perbezaan
cara hidup. Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertnaggunjawab, rajin
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
9/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
berusaha, bermoral, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai kerohanian
yang tinggi.
Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ia merujuk
kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, televisyen, radio dan internet.
Guru dan sekolah turut menyumbang kepada perbazaan individu. Ini kerana
guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan melahirkan murid yang berilmu, berketerampilan,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
2.0 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada atahun 1896.
Beliau terkenal dengan bapa pasikologi kanak-kanak. Dalam
menyatakan perkembangan kognitif, beliau banyak membuat
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
10/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui
interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua pengetahuan kana-
kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan dengan memberi interpretasi
tentang aksi tersebut. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik terhadap
perkembangan beliau mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.
Konsep asas Piaget
Piaget (1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan
secara positif unutk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi,
mereka mengenali dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi, merekamengenali sesuatu objek melalui skema. Dengan kata lain, skema ialah satu struktur
kognitif dan struktur kognitif yang berkumpul lebih dari satu akan membentuk
skemata. Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi
bermaksud individu mencantum skemata yang sedia ada untuk membentuk skemata
baru yang kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata-semata semasa
menemui sesuatu objek, maklumat dan pengalaman baru melalui asimilasi dan
akomodasi.
Proses asimilasi ialah satu proses di mana pengetahuan baru yang diterima
oleh kanak-kanak dimasukkan ke dlaam skema pemikiran yang ada dalam kanak-
kanak. Proses ini ada kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan lepas. Sebagai
contoh, guru menerangkan tentang burung-burung yang boleh terbang kepada
murid-murid. Maklumat ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema
pemikiran kanak-kanak yang mungkin sudah mempelajari tentang haiwan-haiwan
lain.
Manakala proses akomodasi ialah satu proses di mana kanak-kanak terpaksa
membuat perubahan dan modifikasi kepada skema pemikiran yang sedia ada
kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan dengan skema pemikiran
yang lama.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
11/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Sebagai contoh, guru memberitahu meuridnya bahawa ayam dan itik
termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak boleh terbang. Murid terpaksa
memodifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum ini iaitu
seperti semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian
kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang. Piaget menyatakan
bahawa proses akomodasi dan asimilasi berfungsi bersama . sebagai kesimpulanya
proses asimilasi menggunakan skema pemikiran untuk membuat sesuatu yang
sudah diketahui dan proses akomodasi merupakan cara baru untuk membuat
sesuatu. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang
dikemukakan oleh Piaget. Piaget (1960) menyatakan bahawa peringkat-peringkatperkembangan tidak perlu diterangkan melalui faktor baka dan persekitaran.
Peringkat Sensori Motor (lahir hingga ke umur 2 tahun)
Perkembangan pada peringkat awal iaitu pada peringkat umur bayi, mereka belajar
melalui interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contohnya, bayi belajar
dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigitnya.
Disamping itu mereka dapat memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan
pendengaran bunyi. Diperingkat umut dua tahun, bayi memperoleh kepercayaan
tentang pengekalan objek, iaitu ia sedar. Objek itu akan terus wujud walaupun objek
itu tidak dapat dilihat atau disentuh.
Selain dari itu mereka dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi
sesuatu tingkah laku secara pelaziman, misalnya tindakan menghisap ibu jari. Di
samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang mereka tidak pernak lakukan
sebelum ini. Mereka belajar semua perlakuan tersebut melalui pemerhatianterhadap perlakuan orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuh.
Dari sudut pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting unutk proses
pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang
abstrak. Kesimpulannya, pembelajaran bergantung epada pengalaman sensori dan
motor iaitu dengan menggengam, menghisap, mendengar dan lain-lain. Bayi akan
berinteraksi dengan objek-objek dalam persekitarannya.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
12/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peringkat Praoperasi (umur 2 hingga 7 tahun)
praoparasi bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapatmenguasai kebolehan memproses pemikiran mengikut peraturan-peratiran yang
logik. Walau bagaimanapun kanak-kanak mula mempraktikkan kemahiran yan gbaru
diperoleh dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapot dilihat dari
safat pemikiran, simbolik melalui permainan olok-olok, animism dan egosentrik.
Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai
pengalaman hidup.
Sebagai contohnya, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak,berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini
juga disebut sebagai permaianan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya
kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan
tetapi ia masih belum lagi membezakan antara sifat-sifta benda hidup dengan benda
bukan hidup. Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan
pokok boleh berfikir seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animism.
Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan
diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai
egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrik terlau memusatkan kepada
kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain.
Sesungguhnya, pada permulaan peningkat praoprasi, kanak-kanak
menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka bleh
mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi
bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain, kanak-kanak tidakboleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang
sempurna. Ini adalahdisebabkan kanak-kanak di peringkat ini:
Kurang fleksibiti dalam susunan pemikiran kanak-kanak.
Mempunyai penaakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat
kesimpulan yang tepat.
Tidak boleh mamahami perubahan yang dinamik.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
13/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kurang kemampuan untuk mengklasifikasikan sesuatu secara hieraki.
Oleh kerana kanak-kanak di sekolah tadika atau di tahap awal sekolah rendahmempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah
pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh
sebab itulah, guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentuk
lakonan drama. Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan berkerjasama
dalam pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar perlu digunakan untuk
membantu pengajaran guru. Adalah diingat, guru mengurangkan arahan pengajaran
dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar (demonstrate)
kerana ia lebih bermakna.
Peringkat Operasi yang Konkrit (7 hingga 11 tahun)
Di peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi fleksibel, dapat berfikir
mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun.
Sungguhpun begitu, diperingkat ini kanak-kanak hanya berjaya melaksanakan
kebolehan logik ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Ini
dapat dilihat apabila kanak-kanak memperolehi konsep keabadian atas kuantiti
sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Misalnya jika
dua biji bola plastisin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama ditunjukkan
kepada kanak-kanak pada peringkat praoperasi, mereka akan menyatakan bola-
bola itu mengandungi plastisin yang sama banayk. Akan tetapi apabila salah sebiji
bola itu diuli menjadi bentuk bujur. Kanak-kanak itu akan menyatakan kuantiti
sekarang tidak sama dengan bola bulat yang sama lagi. Bahkan bentuk baru itu
telah mengaburi fikiran tentang bola itu.
Tetapi, di peringkat akhir operasi yang konkrit kanak-kanak mereka tidak
mudah terkeliru dengan masalah seperti ini. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar
bahawa kuantiti plastisin itu kekal sama walaupun bentuknya berubah-ubah.
Terdapat pengekalan kuatiti plastisin itu dalam ingatan sungguhpun berlaku
perubahan yang ketara pada bola itu. Perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat
dilihat dari segi kemajuan dalam kebolehan mereka untuk mengelaskan objek. Di
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
14/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
peringkat awal, kanak-kanak hanya boleh mengelaskan obkjek berdasarkan satu
perspektif yang tertentu. Umpamanya, mereka dapat dapat memerhatikan
perbezaan pada masa yang sama atau persamaan pada masa yang lain, tetapi
mereka sukar mengenal pasti kedua-dua perbezaan dan persamaan yng wujud
pada masa yang sama. Sebenarnya kebolehan pengelasan kanak-kanak sering
digunakan oleh guru sebagai satu pendekatan, misalnya untuk memberi latihan
yang berkaitan dengan pengelasan dalam bentuk kertas latihan, bacaan dan
mengikut peraturan.
Peringkat Operasi Formal (dari umur 12 tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka bukan lagi kanak-kanak tetapi dikenali sebagai remaja.
Piaget berpendapat mereka sebanarnya dpat berfikir secara logik, termasuklah
pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat
hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak itu meramalkan apa
yang mungkin berlaku daripada apa yang akan berlaku.
Oleh kerana pemikiran operasi formal sanggup membuat penaakulan
terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea,
kebenaran dan pemikiran saintifik. Ia juga menguasai kebolehan unutk
menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran. Bahkan pelajar dapat menerima idea abstrak seperti tenaga, graviti,
demokrasi dan sebagainya. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan
kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar di peringkat sekolah menengah digalakkan
mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
15/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.2 TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL - ERIK ERIKSON
Erik Erikson (1968) merupakan seorang penuntut Freud
dan beliau telah menegaskan pengaruh sosial dan budaya
atas pembentukkan personaliti seorang itu. Erikson
menyarankan lapan peringkat perkembangan manusia di
sepanjang hayat. Setiap peringkat dipengaruhi oleh dua
faktor yang bertentangan iaitu daripada layanan dan
pengalaman yang diterima oleh seseorang itu dan kejayaan
di lama sesuatu peringkat membolehkan seseorang itu
mencapai kejayaan di dalam peringkat yang berikutnya.
Setiap peringkat saling berkait antara satu sama lain.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis
perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai
matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang inidividu.
Teori Psikologi Erikson adalah berdasarkan lima prinsip utama:
i. Setiap individu mempunyai peperluan asas yang sama.
ii. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
iii. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya
inidividu dpaat berfungsi dengan naik dalam tahap berikutnya.
iv. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap yang berikutnya.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
16/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peringat 1: Asas Kepercayaan Lawan Asas Ketidakpercayaan (dari lahir
hingga 1 tahun)
Cabaran pertama dalam peringkat ini adalah unutk membina asas kepercayaan
dengan persekitaran. Pada tahap ini bayi mula membentuk perasaan percaya atau
tidak percaya. Bayi seorang bayi asas kepercayaan ini akan timbul sekiranya dia
mendapat jagaan yang sempurna secara berterusan oleh penjaganya terutaman
ibunya. Sekiranya seorang bayi tidak diberi penjagaan yamg sepatutnya atau
ibubapa lambat dalam memenuhi permintaannya, tidak mencukupi dan tidak
berterusan: seperti penyusuan tidak dijaga, lampin tidak bertukar atau tidak dibelai
apabila perlu, Erikson percaya bayi tersebut akan timbul rasa tidak percaya kepada
orang lain yang akan membawa kepada ketakutan dan berprasangka. Bayi tersebut
akan selalu berasa bimbang dan curiga terhadap orang-orang di sekitarnya.
Cara asuhan ibubapa mempengaruhi kepercayaan kanak-kanak. Walaupaun
begitu, ibubapa tidak perlu memberi asuhan yang melampau sempurna seperti
menurut segala kehendak anak. Keadaan ini akan menyebabkan bayi cenderung
untuk sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan terlalu mempercayai orang-
orang di sekelilingnya. Menurut Erikson, asuhan yang seimbang dan kekal akan
menanam perasaan percayakan diri sendiri dan ketahanan dalam mengahadapai
cabaran hidup apabila dewasa.
Peringkat 2: Autonomi Lawan Keraguan (1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti tanpa bantuan iaitu dia ingin mempunyai
autonomi ke atas perlakuannya. Mereka sudah mula mencuba melakukan sesuatu
perkara sendiri. Contoh: ingin cuba makan dan minum sendiri dan sudah boleh
dilatih ke bilik air. Pada tahp ini, mereka mempunyai keinginan untuk melakukan
sesuatu secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Ini adalah permulaan
pembentukkan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang memberi sokongan untuk berdikari dan meneroka
perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
17/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
peluang akan mula merasa ragu-ragu terhadap kebolehan diri. Kawalan yang ketat
dan kerap memberi dendaan terhadap kesalahan yang dilakukan akan menjadikan
kanak-kanak tersebut takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.
Peringkat 3: Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (4 hingga 5 tahun)
Kanak-kanak pada peringkat ini terdedah kepada persekitaran. Mereka akan
meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran abru. Mereka mula
berinteraksi dan mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu bagi
memenuhi naluri inigin tahu mereka. Mereka suka bertanya dan meminta penjelasan
tentang peristiwa dan situasi yang dilalui. Kanak-kanak akan cuba untuk lebihberdikari. Adakalnya mereka akan cuba melakukan sesuatu yang tidak sesuai
dengan usia mereka. Contoh: ingin menolong ibu mereka memasak di dapur.
Ibubapa perlu memberikan peluang yang bersesuian dengan kanak-kanak.
Sokongan dan peluang yang diberikan oleh orang dewasa akan menggalakkan
inisiatif dalam diri kanak-kanak. Ibubapa perlu menghargai hasil kerja kanak-kanak.
Ibu bapa yang suka mengkritik atau mengenakan denda pada tingkahlaku
kanak-kanak yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu akan menimbulkan
perasaan bersalah pada diri kanak-kanak tersebut. Mereka akan kurang inisiatif
untuk mencuba sesuatu aktiviti. Situasi ini akan menyebabkan kanak-kanak ini akan
mengasingkan diri dan akan menimbulkan rasa takut serta kurang yakin untuk
mencuba sesuatu kemahiran yang baru.
Peringkat 4: Industri Lawan Rasa Rendah Diri (6 hingga 11 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan sekolahrendah. Guru dan rakan sebaya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas
perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini. Pemikiran mereka mula mencapai
operasi konkrit dan mereka berupaya membuat transformasi dan pertalian antara
dua situasi yang berkaitan dan mula berfikir dengan logik.
Tugasan utama dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan
industri. Istilah industry membawa kepada kejayaan dalam melaksanakan sesuatu
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
18/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak diajar sesuatu kemahiran dan tugasan, mereka akan cuba
melakukannya dengan penuh minat. Kemahiran yang diperoleh dalam peringkat ini
berkisar kepada kemahiran yang diperoleh daripada alam persekolahan. Guru dan
ibubapa perlu sentiasa membantu dan membimbing kanak-kanak dalam mencapai
kemahiran-kemahiran yang mereka patut capai pada peringkat ini.
Kakak-kanak yang berjaya dalam peringkat ini akan memperoleh rasa yakin pada
kebolehan diri sendiri. Mereka akan yakin pada kebolehan diri sendiri. Mereka akan
berusaha dan mampu untuk memperolehi kemahiran yang diajar. Sebaliknya kanak-
kanak yang sentiasa dimarahi dan dikritik pada peringkat ini akan merasa rendah diri
dan tiada berkeupayaan bukan sahaja terhadap pencapaiaan akademik tetapi juga
dalam hubungan sosial dengan individu dipersekitaran mereka.
Peringkat 5: Identiti Lawan Kekeliruan Identiti (12 hingga 18 tahun)
Menurut Erikson, pada peringkat ini, remaja akan mencari identiti diri dan cuba
mencari jawapan kepada persoalan Siapa saya?. Remaja pada peringkat ini muka
membina personaliti diri. Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana
meraka berbeza dengan orang lain. Pada peringkat ini juga mereka harus
menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran
(ibubapa, guru, rakan sebaya).
Dalam mencari identiti diri mereka meniru identiti orang lain di persekitaran.
Menurut Erikson, remaja yang berjaya melepasi krisis di peringkat ini akan berjayamembina identiti diri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mereka
yang gagal akan mengalami kecelaruan identiti, rasa tidak selamat dan ragu-ragu
tentang peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat.
Peringkat 6: Keintiman Lawan Keasingan (18 hingga 35 tahun)
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
19/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Krisis utama dalam peringkat ini adalah untuk membentuk hubungan intim melalui
perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Mereka mula memikirkan soal
teman hidup, percintaan yang akan membawa kepada perkhawinan. Individu pada
peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan
anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan
terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.
Peringkat 7: Generatif Lawan Kekakuan (35 hingga 65 tahun)
Inidividu yang berjaya pada peringkat ini dilihat sebagai seorang yang kreatif dan
produktif. Mereka berjaya membina kerjaya yang mantap di samping keluarga yngbahagia. Individu ini berupaya menjaga anak-anak dengan baik dan membina
hubungan mesra dengan pasangannya. Mereka boleh memberi sumbangan kepada
masyarakat dan generasi yang akna datang. Kehidupan mereka menjadi lebih
bermakna sekiranya anak-anak mereka dapat dididik menjadi insane yang berguan
dan menghomati ibubapa. Mereka yang gagal akan lebih bersikap mementingkan
diri sendiri.
Peringkat 8: Integriti Lawan Kekecewaan (65 tahun keatas)
Merupakan peringkat yang paling akhir dalam kehidupan individu. Pada peringkat ini
seseorang individu telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya.
Mereka akan mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupannya
selama ini. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan
bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan
melepasi krisis-krisis perkembangan akan membawa kepada kedukaan dan
kekecewaan di hari tua.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
20/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.3 TEORI KEMATANGAN ARNOLD LUCIUS GESELL
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mempercayai bahawa
baka adalah faktor yan paling penting dalam
menentukan perkembangan kanak-kanak. Ini bererti
kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-
kanak sampai ke titik dan peringkat kematangan yang
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
21/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
tertentu. Gesell (1949) juga menyatakan bahawa faktor kematangan adalah faktor
yang paling penting dalam proses pembelajaran.
Gesell (1949) percaya bahawa corak perkembangan seseorang dikawal olah
faktor kematangan. Ini bermakana selagi otak, tisu dan saraf anggota badan kanak-
kanak tidak bersedia, maka tidaklah berguna mengajar mereka sesuatu kemahiran
yang tertentu. Ada kanak-kanak yang akan berjalan dengan lambat dan ada yang
cepat, kebolehan akan muncul apabila kematangan kanak-kanak dicapai. Seorang
kanak-kanak, melalui proses kawalan kendiri, akan memberi isyarat bahawa dia
akan memulakan satu peringkat yang baru, seperti bercakap dan berjalan. Beliau
juga menyentuh mengenai prinsip perkembnagan di mana perkembangan kanak-
kanak melalui peringkat-peringkat yang tertentu. Setiap kali seoang kanak-kanak
memasuki satu peringkat perkembangan yang baharu, dia akan menunjukkan
tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu mempelajari kemahiran koordinasi
fizikal, temperamen, sahsiah dan intelektual.
Selanjutnya, Gesell (1949) menyatakan bahawa setiap kanak-kanak adalah
unik dan perkembagan tidak boleh dipaksa. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh membuat
jangkaan yang tinggi dan perlu menikmati proses pertumbuhan kanak-kanak
mereka. Dalam penulisan beliau, dinyatakan bahawa lima tahun yang pertama
adalah paling penting dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau juga telah
membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat seprti berikut:
Peringkat Pertama (0 hingga 1 tahun)
Pada peringkat umur ini, kematangan emosi berlaku ada umur satu bulan kerana
bayi dapat menghasilkan tangisan yang berlainan untuk menyatakan kehendak-
hendaknya yang berlainan seperti tangisan yang lapar berlainan dengan tangisan
yang meminta perhatian. Selain dari itu, kematangan emosi yang menyebabkan bayi
mengukir senyuman dan ketawa apabila orang dewasa berinteraksi dengannya
berlaku pada ketika ini. Apabila berumur empat bulan, kematangan koordinasi fizikal
akan muncul dimana bayi dapat melakukan pengerakan mata untuk mengikuti objek
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
22/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
yang bergerak. Semasa berumur enam bulan sehingga 12 bulan, bayi akan dapat
menunjukkan kematangan fizikal yang berikut:
Dapat menggengam objek.
Dapat duduk, merangkak dan menyusun objek.
Dapat berdiri dengan memegang sesuatu.
Semasa bayi, Gesell (1949) merumuskan bahawa perkembangan yang berlaku
adalah mengikut mekanisme kawalan kendiri dan akan dicapai menurut satu jadual
yang tetap.
Peringkat Kedua (1 hingga 2 tahun)
Peringkat ini, kanak-kanak masih lagi dalam kategori bayi di mana kemantangan
fizikal dan mental meningkat kerana bayi di peringkat ini mulai menggunakan
ungkapan bahasa dan perkataan yang mudah. Mereka juga dapat menurut arahan
yang mudah dan dapat melihat perbezaan emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Terdapat juga bayi yang menunjukkan kematangan fizikal yang lebih cepat dan
boleh berjalan dan berlari diakhir peringkat ini.
Peringkat Ketiga (2 hingga 3 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak menunjukkan sikap berdikari karana dapat
melakukan tugas-tugas yang mudah dengan sendiri seperti makan, pakai kasut dan
sebagainya. Kematangan fizikal memuncak lagi dan koordinasi proses berjalan dan
berlari meningkat. Di peringkat ini juga, kematangan mental meningkat kerana
kanak-kanak dapat menggunakan ayat-ayat yang mudah.
Peringkat keempat (3 hingga 4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai koordinasi dan kematangan fizikal
dimana mereka sangat bersedia untuk melibatkan diri dalam aktiviti permaianan dan
berupaya untuk berbasikal. Mereka juga dpaat melaksanakan tugasan atau arahan
yang mudah kerana ingin mendapat perhatian dan pujian dariapda ibubapa.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
23/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peringkat kelima (4 hingga 5 tahun)
Pada peringkat ini penyesuaian sosial adalah penting kerana kanak-kanak mulaberinteraksi dengan kawan-kawan lain selain dariapda ibu bapa. Kemahiran
penyesuaian sosial akan meningkat lagi di tadika atau prasekolah. Ketika ini
kematangan mental mereka adalah tinggi dan mereka akan mengemukakan banyak
soalan dan ibu bapa mesti sabar dalam proses menjawab soalan-soalan ini.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
24/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.4 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST
Robert J. Havighurst (1952) merupakan ahli psikologi yang telah
banyak mengkaji tentang perkembangan remaja dan proses
pendidikan mereka. Havighurst menyatakan bahawa aspek
persekitaran lebih penting dalam perkembangan seseorang
individu. Aspek persekitaran merangkumi:
(a) Nilai-nilai dan norma masyarakat
(b) Budaya masyarakat
(c) Faktor biologi baka dan kematangan
(d) Faktor sosial kawan, keluarga dan masyarakat
(e) Faktor psikologi - keperluan untuk afektif, kasih sayang, dipunyai dan
sebagainya.
Havighurst (1952) telah memperkenalkan perkembangan tugas-tugas atau
fungsi-fungsi yang lahir pada satu masa kehidupan seseorang. Jika seseorang
individu dapat mencapai tugas-tugas dia akan berasa berjaya dan gembira. Jika
seseorang individu tidak dapat mencapai perkembangan, dia akan berasa sedih dan
kecewa. Beberapa contoh tugas-tugas perkembangan adalah seperti berikut:
(a) Berjalan
(b) Berlari
(c) Dapat bezakan apa yang betul dan salah,
(d) Dapat bezakan peranan jantina yang berlainan.
Havighurst juga menyatakan bahawa kegagalan dalam mencapai tugas
perkembangan yang awal akan menjejaskan tugas-tugas perkembangan yang
berikutnya. Dalam setiap tugas perkembangan, seseorang akan dapat melakukan
fungsi pada pada satu masa yang ditetapkan mengikut satu norma atau set nilai
yang tertentu. Havighurst menyatakan bahawa tugas perkembagan hanya perlu
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
25/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
dipelajari sekali sahaja. Havighurst telah membahagikan peringkat perkembangan
kepada enam peringkat:
Peringkat Bayi Dan Awal Kanak-Kanak (Lahir Hingga 2 Tahun)
Bayi dan kanak-kanak di peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang
dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuh mereka, sistem deria dan fungsi motor
mereka beransur matang dan ini membolehkan mereka mencapai tugas-tugasperkembangan yang asas seperti makan, minum, kawalan tandas dan bercakap.
Biasanya, mereka akan mencapai tugas perkembangan berjalan dan umur 9 hingga
15 bulan dan bersedia untuk makan makanan pepejal pada umur lima bulan,
mereka akan mula bercakap apabila urat saraf dan alat-alat pertuturan bersedia.
Pada umur 20 hingga 24 bulan, kanak-kanak berkeupayaan untuk menyambung
perkataan menjadi suku kata.
Peringkat Pertengahan Kanak-kanak toddlerhood (2 hingga 3 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakkan seperti turun
naik tangga, menyuap makanan sendiri, naik kereta, duduk atas kerusi dan
sebagainya. Mereka berkeupayaan untuk berinterkasi dengan orang lain selain
daripada keluarga dengan bahasa yang mudah dan berkebolehan unutk melafazkan
emosi kepada orang lain. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi seperti
menjadikan pisang sebagai telefon, roda dan tayar sebagai steering kereta.
Kadangkala mereka bercakap sendirian dan bermain sendiri serta membayangkan
personaliti mereka dalam situasi yang ibu bapa mereka suka. Ketika ini juga, kanak-
kanak akan belajar buang air kecil dan air besar dengan kawalan baik.
Peringkat Prasekolah (4 hingga 6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak menyedari bahawa wujudnya perbezaan jantina
dan mereka berperanan mengikut jantina. Misalnya kanak-kanak perempuan akan
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
26/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
meniru ibunya memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Ketika ini mereka
juga menyedari bahawa kewujudan orang lain selain daripada keluraganya iaitu
rakan sebaya dan mereka akan bermain dengan rakan sebaya mereka. Dari
interaksi dengan rakan sebaya mereka belajar bertolak ansur, membezakan apa
yang betul/salah dan sebagainya.
Peringkat Sekolah Rendah (6 hingga 12 tahun)
Menurut Havighurt pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai kemahiran untuk
melibatkan diri dalm permainan kerana perkembangan fizikal, iaitu tulang dan otot,
sudah bersedia unutk aktiviti ini. Mereka juga dapat mencapai tugas-tugas
perkembangan membaca, menulis dan mengira. Kemahiran-kemahiran ini akan
memuncak pada umur 12 tahun.
Havighurst menyatakan bahawa kanak-kanak kelas pertengahan lebih cepat
memebaca kerana mendapat galakan dan didikan daripada ibu bapa. Satu lagu
tugas perkembangan yang dicapai pada peringkat ini ialh perkembangan kendiri
yang positif. Ini merangkumi aspek-aspek menjaga kebersihan diri, berdikari dan
membentuk konsep kendiri yang positif. Kanak-kanak pada peringkat ini juga
berjaya membuat keputusan yang dapat menyelesaikan masalah-maslah kehidupan
seharian. Mereka membentuk taraf moral yang baik dan belajar memurnikan nilai-
nilai yang dipelajari di rumah dan di sekolah. Tugas-tugas perkembangan yang
dicapai dan aspek penyesuaian sosial adlah seperti berikut:
(a) Bertolak ansur, tolong menolong dan hormat-menghormati.
(b) Perbezaan peranan kantina dan menyesuiakan diri tingkah laku dengan
peranan jantina mereka.
(c) Posotof terhadap interaksi sosial dan menghirmati ekbebasan dan hak-hak
asasi manusia.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
27/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(d) Cuba berdikari dan mencapai kebebasan diri dengan menerima kekuatan dan
kelemahan kendiri.
Peringkat Awal Remaja (12 hingga 18 tahun)
Pada peringkat ini, seseorang itu akan mencapai akil baligh dan menyedari tentang
perubahan bentuk badan yang berlaku pada pereka. Mereka bukan lagi kanak-
kanak dan golongan dikenali sebagai remaja. Ada remaja yang bangga dengan
tubuh badan mereka sebaliknya ada juga yang cuba melindunginya. Dari aspek
perkembangan emosi, remaja mengalami ketidakstabilan emosi dan ingin dirinya
oleh orang lain. Ketidakstabilan emosi menyebabkan seseorang itu mudah merajuk,melenting dan sebagainya. Dari aspek penyesuaian sosial, mereka akan
membentuk perhubungan yang lebih matang dengan rakan sebaya. Mereka juga
lebih bersedia mendengar dan menerima pendpaat orang lain. Pada peringkat ini,
remaja akan tertarik kepada rakan sebaya yang berlawanan jantina, lelaki akan lebih
berminat pada perempuan.
Peringkat Akhir Remaja (18 hingga 22 tahun)
Remaja pada peringkat ini akan mencuba mendapat otonomi daripada ibu bapa
mereka. Mereka juga berusaha untuk membentuk identiti mengikut jantina mereka.
Melalui interaksi sosial, remaja akan menerapkan dan mematuhi nilai moral dalam
masyarakat. Dari aspek kebebasan ekonomi, remaja ingin memasuki alam
kebebasan dan memikir kerjaya yang boleh diceburi mereka dan memeperoleh
pendapatan sendiri. Di sini mereka akan membuat perancangan untuk kerjaya
mereka. Dari aspek penyuburan emosi, remaja bersifat lebih bertanggungjawab dan
ingin diterima oleh masyarakat. Kesedaran mereka terhadap perkara-perkara yang
baru menjadi lebih mantap dan baik. Remaja yang bertanggunjawab akan memiliki
satu set nilai dan sistem etika akan menjadi panduan bagi setiap tingkah laku.
Remaja yang gagal membentuk sistem etika akan menghadapi masalah
penyesuaian.
Peringkat Awal Dewasa (22 hingga 34 tahun)
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
28/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pada peringkat ini, seseorang akan mencari individu lain yang akan menjadi
pasangan hidup dan ada yang akan merancang untuk memulakan kerjaya mereka.
Seseorang itu akan bergiat dalam profession atau kerjaya yang diceburi dan ingin
mencapai kejayaan yang tinggi. Mereka juga akan mencari kumpulan-kumpulan
sosial yang mempunyai sistem etika dan nilai-nilai yang sama. Gaya hidup yang
lebih mantap dengan rasa bertanggungjawab mula dipupuk dan individu memikirkan
tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Peringkat Pertengahan Dewasa (35 hingga 60 tahun)
Pada peringkat ini, tugas perkembangan yang sangat sesuai penting dalamperingkat ini ialah membesarkan anak-anak dengan penuh tanggungjawab dan
didikan yang positif. Ibu bapa perlu mengekalkan perhubungan yang positif dan
bersifat penyayang kerana mereka menjadi role-model untuk anak-anak mereka.
Individual dalam peringkat pertengahan dewasa juga perlu memikirkan cara-cara
yang berfaedah unutk mengisi masa lapang. Setiap inidividu akan melalui satu lagi
tugas perkembangan yang penting pada akhir peringkat ini iaitu menyesuaikan diri
dengan perubahan diri dengan perubahan fisiologikal akibat umur tua.
Peringkat Lewat Dewasa (60 hingga 75 tahun)
Pada peringkat ini, individu akan melalui tugas perkembangan yang penting iaitu
penyesuaian dengan usia ayng semakin tua dan tenaga fizikal yang semakin
berkurangan. Ramai individu di peringkat ini pun membuat penyesuaian emosi
terhadap hakikat bahawa suami atau isteri akan meninggal dunia. Penyelesaian juga
terpaksa dibuat terhadap sumber pendapatan yang semakin berkurangan.
Keperluan untuk membuat perkhidmatan sosial dan menunaikan tanggungjawab
sivik adalah mendadak pada peringkat ini. Individu yang berjaya pada peringkat ini
ialah mereka yang berpuas hati dengan apa yang diperolehi atau bersyukur atas
takdir Tuhan.
Peringkat Tua (75 tahun keatas)
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
29/56
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
30/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
menentukan arah tujuan kehidupanya. Freud percaya bahawa dalam diri manusia
terdapat tiga alam kesedaran, iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak
sedar.
Alam sedar ialah bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan
ingatan. Pada alam sedar ini, manusia menyedari dan boleh mengingati apa yang
telah dan sedang dilakukannya.
Pada alam pra-sedar, manusia biasanya sukar menyedari sesuatu yang sudah
berlaku, tetapi boleh mengingatinya semula sekirnya diberi tumpuan dan renungan
yang bersungguh-sungguh. Alam ini termasuklah pengalaman, ingatan persepsi danperasaan.
Alam tidak sedarpula merupakan bahagian yang terbesar dalam fikiran manusia.
Ia merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Ia mengandungi
kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya, manusia akan bertindak dan
mewujudkan tingkah laku yang sukar diterima oleh orang ramai. Menurut Freud,
ingatan tentang peristiwa lalu disimpan secara tidak sedar dan dipengaruhi oleh
faktor jantina. Jika terdapat gangguan, terutama tentang seksual akan memeberi
kesan terhadap kehidupan remaja dan dewasa.
Seterusnya, Freud percaya bahawa perkembangan personallti manusia terdiri dari
tiga elemen yang utama, iaitu id, ego dan superego.
Id ialah komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak kita
dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula jadi, satu elemen
yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu
gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur,
tidak rasional dan penuh dengan oreintasi berkehendakkan kepuasan.
Ego ialah komponen psikologikal yang mengutamakan reality dan pemikiran logik.
Ego berbeza denagn id. Ego todak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
31/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh
dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut
keadaan.
Superego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku
psikoanalisis. Superego lebih menyerupai ahi nurani atau conscience seseorang
individu. Ia mengawal ego dan id. Superego ialah bahagian personaliti bermoral dan
boleh berkembang secara beransur-ansur oleh pengaruh persekitarannya. Ia
melambangkan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak
patut dilakukan. Ia berfungsi mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat
dan penawaran ganjaran untuk tingkah laku baik dan hukuman untuk tingkah laku
buruk.
Menurut Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi
perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman-pengalaman yang berkaitan
dengan trauma dan konflik pada awal kanak-kanak mempunyai kesan jangka
panjang yang akan menyebabkan seseorang itu akan dikawal oleh sejenis daya
secara senyap. Daya ini secara perlahan-lahan akan mengundang perlakuan-
perlakuan yang akan dipamerkan semasa seseorang itu bergaul dalam masyarakat.
Daya ini juga akan menyebabkan seseorang itu dapat menyesuaikan diri dengan
kenalan-kenalan yang didampingi (Kassin, 1998).
Menurut Freud, proses perkembangan seseorang inidividu itu telah ditentukan.Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral,
anal, falik, latensi dan genital. Jadual dibawah menunjukkan oeringkat
perkembangan inidividu mengikut teori Freud.
Umur Peringkat
0-18 bulan Oral
2-4 tahun Anal
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
32/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
4-6 tahun Falik
6-12 tahun Latensi
12 tahun keatas Genitial
Setiap peringkat akan berlaku secara berurutan dan perkembangan yang berlaku
dalam setiap peringkat tersebut akan memberi kesan yang besar kepada
pembentukan personaliti seseorang.
1. Peringkat oral. Kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi adalah
keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.
Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh seorang bayi. Mengikut fahaman
psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma bela
diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang pasif, optimis dan ingin
mengetahui.
2. Peringkat anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan
berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang
semula jadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi
melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis
berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila
meningkat dewasa.
3. Peringkat falik. Mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan
permulaan berkembangnya kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks
oedipus berlaku pada kanak- kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik
kepada ibunya. Penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan
kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas terhadap
sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak- kanak
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
33/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada
ibu atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual
yang berkembang dalam diri seorang individu.
4. Peringkat Latensi. Pada umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual
terpendam. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau
bagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri
kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan
berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.
5. Peringkat genital. Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh,
kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula
perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri
menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan
dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu.
Individu mula dengan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula
dengan penarikan interaksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan
penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalkan dan bermula dengan
peringkat kedewasaan.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
34/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.6 RUMUSAN BERDASARKAN ARTIKEL JEFFREY DAHMER
Jeffrey Dahmer adalah contoh individu yang kurang bernasib baik dalam menjalaniproses perkembangan dari kanak-kanak hingga dewasa. Sejak kecil lagi dia telah
melalui banyak permasalahan yang mengakibatkan proses perkembangannya
terjejas akibat kepincangan persekitarannya. Sebagai kanak-kanak yang mendapat
tempias daripada pertengkaran kedua ibubapanya yang berakhir dengan penceraian
menyebabkan kehidupan Dahmer terumbang-ambing dan tidak stabil.
Dahmer tidak mendapat perhatian yang baik daripada ibubapanya, ibunya
yang lebih menyayangi adiknya dan ayahnya tidak mempedulikannya, oleh ituDahmer terpaksa menjalani kehidupan tanpa kasih sayang yang mencukupi. Faktor
yang menjadikan kehidupan kanak-kanak Dahmer lebih buruk ialah gangguan
seksual daripada budak lelaki yang lebih tua darinya membawa impak negatif yang
besar dan menjadi igauan buruk sepanjang hidupnya.
Menurut teori kognitif Piaget, beliau merumuskan semua pengetahuan kanak-
kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan memberi interpretasi tentang
aksi tersebut. Dahmer yang telah didedahkan dengan keganasan daripada
pergaduhan ibubapanya telah mengasimilasikan perbuatan bertengkar dan
melakukannya kepada orang lain. Skema pemikirannya yang bertengkar untuk
mendapatkan kehendak sendiri mungkin disebabkan kepincangan dalam peringkat
perkembangan intelek ketika dia masih kanak-kanak.
Menurut teori psikososial Erikson, beliau menyatakan peringkat
perkembangan dipengaruhi oleh dua faktor yang bertentangan iaitu layanan dan
pengalaman yang diterima oleh seseorang dan kejayaan di dalam sesuatu
peringkat. Dahmer yang menerima layanan yang tidak baik serta mendapat
pengalaman buruk menyebabkan dia gagal dalam setiap peringkat perkembangan.
Hubungan bersama ibubapa yang tidak baik menyebabkan ketidakpercayaan timbul,
perkembangan fizikal yang tidak diberi perhatian menyebabkan rasa ragu-ragu
terhadap keupayaan diri dan menjadi mangsa gangguan seksual kerana gagal
mempertahankan diri. Terpaksa berdikari tetapi merasakan kegagalan dalam
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
35/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu membawa rasa rendah diri dan tiada
keupayaan. Dahmer mungkin gagal dalam kemahiran sosial, mencari pekerjaan
justeru membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.
Menurut teori tugas perkembangan Havighurst, beliau menyatakan bahawa
aspek persekitaran lebih penting dalam perkembangan seseorang individu. Dalam
kes Dahmer, dia telah didedahkan dengan aksi-aksi pergaduhan sejak kecil lagi,
oleh itu dia menganggap keganasan adalah satu cara untuk memuaskan
kehendaknya. Masyarakat di sekitarnya mungkin mengalami kepincangan dalam
nilai-nilai murni sehingga ada pembuli yang menggunakan unsur seksual. Secara
psikologinya Dahmer kurang mendapat keperluan untuk afektif, kasih sayang dan
dipunyai lalu keganasan sudah sebati dalam dirinya.
Menurut teori psikoseksual Freud, apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak
akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Pengalaman-
pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan konflik pada awal kanak-kanak
mempunyai kesan jangka panjang. Teori ini tepat menjelaskan bahawa gangguan
seksual yang dialamai oleh Dahmer telah menyebabkan trauma sepanjang
hidupnya. Trauma yang dialaminya menyebabkan emosi Dahmer terganggu dan
menyebabkan dia melepaskan tekanannya dengan keganasan.
Kesimpulannya, Dahmer telah gagal dalam setiap peringkat perkembangan
disebabkan oleh pelbagai faktor luaran. Dahmer juga sepatutnya mempunyai sosio
emosi yang seimbang kerana sekiranya Dahmer dapat menguasai perkembangan
ini. Maka dia pasti akan berjaya untuk mengawal tekanan perasaan yang
dihadapinya agar tidak mengganggu tumpuan dan pemikiran. Dahmer jugaseterusnya dapat menjaga perhubungannya dengan orang lain dan boleh bersosial
dengan baik.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
36/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.7 RUMUSAN BERDASARKAN ARTIKEL ALICE WALKER
Alice Walker adalah contoh individu yang bernasib baik dan berjaya dalam setiap
peringkat perkembangan. Walker yang baru berusia 8 tahun menghadapi
permasalahan pada awalnya yang mana kakaknya menggunakan senapang
menembak mata kirinya sehingga dia telah menjadi buta. Berdasarkan peristiwa
yang ngeri ini, kita dapat tahu bahawa Walker telah menghadapi konflik dalam
perkembangan fizikalnya yang mana dia telah menjadi buta.
Menurut teori kematangan Gesell, peringkat kematangan Walker ketika itu
sudah mampu memanipulasi otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah
mencukupi untuknya menulis dengan kemas, belajar bermain alat-alat muzik dan
sebagainya. Walaupun keadaannya yang buta, kognitifnya matang dan dia boleh
menggunakan kelebihannya yang lain untuk meneruskan hasratnya untuk menjadi
penulis penyair tanpa melihat kekurangan yang ada pada dirinya. Dia akhirnya
berjaya menjadi penulis penyair.
Teori Piaget dapat menjelaskan bahawa bagaimana Walker menggunakan
perkembangan kognitifnya untuk berfikir secara kritis. Hal ini disebabkan, walaupundia sudah menjadi buta namun dia tetap kuat semangat untuk meneruskan hidup
dan perjuangannya untuk menjadi orang yang berjaya sebagai seorang penulis
penyair. Walker dapat menggunakan kognitifnya untuk cuba memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitarannya.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
37/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Selain itu. Alice juga bijak mengurus emosinya walaupun dia tahu bahawa
betapa kejamnya kakaknya itu menembak mata kirinya dengan sengaja. Walaupun
perkara itu sudah terjadi dan Wlaker dapat mengawal emosinya dengan baik.
walaupun ada perasaan marah dan kesakitan dalam dirinya. Ini juga mungkin
disebabkan pengaruh ibu bapa yang mengambil berat dan memberi perhatian
kepadanya.
Dalam artikel ini, kita juga dapat melihat bagaimana teori perkembanganHavighurst dan teori psikososial Erikson menjelaskan bahawa faktor
persekitarannya yang menyokong dia. Ibu bapanya menghantar Alice ke hospital
setelah seminggu kejadian matanya ditembak, ia bukanlah disebabkan tidak
dipedulikan akan tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai kenderaan.
Namun, sifat penyayang yang ada pada ibu bapanya telah membawanya ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. Alice semestinya sudah dapat melihat
bagaimana ibu dan bapanya mengambil berat akan keadaannya pada ketika itu.
Tambahan lagi, perkembangan moral juga ada pada Alice Walker . Alice Walker
mempunyai tahap moral yang baik kerana dia tidak mengambil tindakan untuk
membalas balik perbuatan kakaknya terhadapnya.
Kesimpulannya, Walker berjaya dalam setiap peringkat perkembangannya
walaupun menghadapi konflik yang meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya.Sokongan moral, perhatian dan kasih sayang daripada individu di sekitarnya
membantu Walker menangani konflik serta membolehkan dia berjaya dalam
hidupnya.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
38/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
3.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlau jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya, bayi yang baru lahir tidak
dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu
tahun, dia mula berupaya menyebut satu atau dua perkataan. Dari keadaan tidak
boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, nyatalah kanak-
kanak ini telah mengalami perkembangan.
Berikut ialah beberapa pendapat tentang apakah perkembanagn manusia:
Eggan dan Kauchak (1997)
the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting
from a combination of learning, experience and maturation.
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara
kuantitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani,
moral dan sosial.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
39/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif,
tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga
akhir hayat organisma.
3.1 PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
Woolfolk dan Margetts (2007) mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam
saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalm saizbahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.
Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada
satu peringkat ke peringkat yang lain.
Ciri-ciri pertumbuhan
Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.
Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.
Saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. Pertambahan saiz otak
memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan
mengingatkan. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan asek kognitif dan fizikal.
Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan
ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
40/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kadar pertumbuhan berbeza dariapda individu ke individu dan ia berlaku
peringkat demi peringkat.
3.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.
Perkembangan ialah perubahan kualititif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dilihat dariapda sifat baru yang berlainan daripada percambahan
yang lebih awal.
Ciri-ciri perkembangan
Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku
adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
Perubahan adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah
tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek,
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
41/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengkaitkan huruf dengan
objek, mengenal perkataan dan mengkaitkan denganya objek.
Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan
melaliui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan merujuk
kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik.
Ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.
3.3 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN
Prinsip asas perkembangan menjelaskan beberapa prinsip yang mendasari proses
perkembangan kanak-kanak iaitu pertama, proses perkembangan berlaku
mengikut aturan. Contohnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan
seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.
Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Seterusnya ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
42/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke
otot-otot halus.
Prinsip seterusnya ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses
yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-
kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya
sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya, setengah
kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya bolehberjalan pada 18 bulan, ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada
perbezaan di anatra yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip perkembangan adalah hasil daripada interaksi di antara kematangan
dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam
seserang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudiannya berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan,
proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia
hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
3.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
Faktor-faktor yang menpengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua
faktor, iaitu faktorendogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu).
Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam
kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen merupakan faktor keturunan atau
faktor pembawaan. Individu terjadi apabila bertemunya ovum dari ibu dan sperma
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
43/56
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
44/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kesihatan ibu. Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan
makanan yang seimbang dan mengurangkan penggunakan gula dan garam untuk
mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi serta preaklamsia
(Shryock, 1991)
Dadah dan Alkohol. Ibu yang hamil menggelakkan daripada mengambil dadah.
Jika tidak, bayi yang lahir akan cacat atau terencat akal. Pengambilan dadah seperti
herion, kokein dan metadon juga boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus.
Pengambilan alkohol pula akan menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol
syndrome, iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak
dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan sebagainya.
Merokok. Jika ibu mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan
oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan
meningkatkan kandungan karbon dalam hemoglobin ibu. Keadaan ini megurangkan
pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan
oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilitan kepala yang
kurang (Miller, 1986).
Faktor Rh darah. Apabila perempuan yang berdarah Rh negatif berkhawin dengan
lelaki berdarah Rh positif, biasanya anak yang dilahirkan adalh berdarah Rh positif.
Semasa hamil, ibu yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang
berupaya untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan
memasuki darah ibunya. Pada kehamilan pertama, tiada apa-apa yang serius
berlaku. Tetapi pada kehamilan yang kedua dan ketiga, mungkin terdapat antibodi
yang cukup dalam darah ibu dan is akan memusnahkan sel darah fetus sehinggamengakibatkan anaemia (penyakit kurang sel darah merah). Sekiranya ibu tidak
mendapatkan rawatan, dia mungkin akan mempunyai seorang anak sahaja dan
mengalami keguguran pada kehamilan yang kedua dan ketiga secara sengaja atau
tidak.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
45/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kesan X-ray. Kajian menunjukkan kesan X-Ray pada ibu mengandung boleh
menyebabkan kecacatan pada fetus yang dikandungnya. Selain itu, sinaran laser
(untuk rawatan kanser) dan radioaktif juga boleh menyebabkan kecacatan bayi.
Emosi ibu. Emosi seperti marah, kebimbangan dan kecemasan akan merangsang
penghasilan hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir
ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan
oksigen pada janin.
Umur ibu. Umur ibu yang mengandung ada berkaitan dengan risiko kematian janin
(Kessner, 1973). Semakin muda umur ibu, semakin tinggi mengalami keguguran,anak tidak cukup bulan atau kematian anak. Ibu yang berumur antara 20 hingga 35
tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak (Jas Laile Suzana
Jaafar, 1996). Ibu yang berumur 40 tahun pula akan mungkin mengalami
keabnormalan kromosom dan melahirkan bayi monggoloid atau sindrom down.
Keabnormalan baka menghasilkan anak sindrom Turner dan sindrom Kleinfelter.
Umur ayah juga mempengaruhi bayi yang dilahirkan. Semakin tinggi umur ayah,
semakin tinggi risiko berlakunya mutasi pada sperma yang boleh menyebabkan
kelahiran bayi sindrom Down.
Teratogenik dan Penyakit Ibu. Tetatogen ialah sebarang bahan yang
menyebabkan perubahan dalam kod genetik menyebabkan keabnormalan. Ia
adalah bahan dalam persekitaran dan bukan gen yang diwarisi daripada ibu atau
ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubella dan bahan
kimia seperti kortison dan tahlidomida.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
46/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Contohnya,pengalaman-pegalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah.
Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting dalam pertumbuhan dan
tumbesaran kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru lahir
adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan membekalkan antibodi
yang diperlukan oleh bayi.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukkan sahsiah
anak-anak mereka. Menurut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah otoriti,
iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan
yang perlu diikuti. Ini kerana cara otoriti dapat membentuk anak yang berdikari,
berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan
orientasi pencapaian.
Rakan sebaya mempengaruhi inidividu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain
daripada adik-beradiknya. Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka yang
sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui
rakan sebaya, individu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam
masyarakat. Individu belajar untuk menghormati hak individu lain, bekerjasama,
mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberikannya,
mematuhi peraturan kumpulan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam
kumpulan. Individu mempelajari kemahiran tersebut berperingkat-peringkat dan
melalui permainan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002).
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas lingkugannya seperti rakan
sebaya, rakan lain umur dan jantina, guru dan sebagainya. Disekolah individu boleh
mempelajari tentang norma dan peraturan dalam kumpulan yang besar, hampir
sama dengan masyarakat. Individu dapat belajar tentang nilai-nilai moral dengan
lebih mendalam dan cara bergaul delam masyarakat. Individu akan memenuhi
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
47/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
kehendak masyarakat dengan mengamalkan tingkah laku yang baik dan
mengetepikan yang buruk.
Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
manusia dari segi pemeblajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini
termasuklah sisitem moral dan nilai serta wold view seseorang. Secaranya amnya,
tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu Bandar, luar Bandar dan
pinggir Bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih
terbuka fikirannya, potomistil, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti inginmelanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di luar
kawasan luar bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan
individu yang lain dan mementingkan nilai-nilai murni. Inidividu di kawasan bandar
adalah lebih individualistik berbanding dengan individu kawasan luar bandar.
Media Elektronik dan Sebaran Am. Pada masa kini, perhubungan adalah tidak
terbatas dengan kewujudan komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan
berkomunikasi melalui internet. Dengan kata lain, manusia adalah lebih maju dalam
perhubungan dan maklumat. Seorang individu boleh terpengaruh dengan media
elektronik ini seperti cara pergaulan, berpakaian, pemakanan dan sebagainya.
Pusat Ibadat. Kanak-kanak yang tinggal dekat dengan tempat ibadat akan terdedah
kepada falsafah, ajaran-ajaran cara hidup dalam pembentukan nilai moral,
pergaulan dan sebagainya. Misalnya, individu yang tinggal di Kelantan, yang
dikenali sebagai serambi Mekah, sangat kuat berpegang kepada agama Islam,
melarang sama sekali remaja berjudi atau minum arak.
Persekitaran Dunia. Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang berlaku di
seluruh dunia telah menyedarkan kita unutk mewujudkan keamanan di seluruh
dunia. Hasilnya, ialah individu dan rakan sebaya yang prhatin mengutp derma untuk
membantu mereka. Ini bermana, nilai inidividu tekah meningkat ke tahap yang lebih
tinggi dalam skala penaakulan moral Kohlberg.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
48/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
4.0 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN
UNTUK MEMBENTUK PERKEMBANGAN YANG SIHAT DI KALANGAN ANAK-
ANAK
Pengambilan Pemakanan
Ibu bapa sebolehnya menyediakan pemakanan yang seimbang dan sihat kepada
anak-anak mereka. Kanak-kanak seharusnya mengambil pemakanan yang
seimbang bagi meningkatkan perkembangan mereka dari aspek fizikal, kognitif dan
sebagainya. Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi perkembangan seseorang
individu. Sekiranya pelajar mendapatkan pemakanan yang baik dan sihat, makan
tahap penerimaan dalam pembelajaran juga mudah dan tinggi. Namun, terdapat
segelintir kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mempunyai tahap ekonomi
yang rendah, oleh itu, pelajar tersebut mungkin sekali tidak akan memperoleh
makanan yang berzat. Oleh yang demikian, pihak sekolah juga boleh membantu
golongan pelajar sedemikian dengan memberikan bantuan RMT iaitu Rancangan
Makanan Tambahan yang diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga yang
tidak berkemampuan. Dengan adanya bantuan tersebut, maka perkembangan
seseorang kanak-kanak pun akan terjamin dan tidak terbantut begitu sahaja.
Pemakanan yang baik akan memberikan tenaga kepada pelajar untuk belajar tidak
kiralah di sekolah mahupun di rumah.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
49/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peranan ibu bapa
Ibu bapa seharusnya memberikan asuhan yang baik sejak anak-anak mereka kecillagi. Dengan adanya asuhan yang baik kepada kanak-kanak, maka kanak-kanak
akan berasa disayangi, yakin dan ada perasaan selamat bersama ibu bapa penjaga.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah mengambil perhatian akan keadaaan anak-anak
mereka, misalnya apabila anak-anak mereka menghadapi masalah dalam
pembelajaran. Ibu bapa sepatutnya memberikan dorongan yang membina kepada
kanak-kanak agar mereka akan berasa dihargai. Secara tidak langsung ia dapat
membantu memperkembangkan perkembangan emosi kanak-kanak.
Ibu bapa juga sepatutnya mengenal pasti kebolehan anak-anak mereka
kerana menurut Howard Gardner, kecerdasan bukan hanya dalam akademik, ia
boleh merangkumi bidang lain seperti muzik, spatial, linguistik dan sebagainya. Di
sini ibu bapa dapat membantu perkembangan sosio emosi anak-anak mereka
dengan baik. Dengan adanya komunikasi antara ibu bapa dengan kanak-kanak, ia
boleh membantu kanak-kanak bagi menangani perasaan malu, bersalah, sedih dan
marah. Ibu bapa juga seharusnya gunakan bahasa yang mudah dan senang
digunakan. Semasa bercakap dengan kanak-kanak sedikit demi sedikit tambahkan
perbendaharaan kata dan modelkan gaya bahasa yang betul. Hal ini dapat
membantu kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan bahasa.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
50/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peranan Rakan Sebaya
Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak
individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi
remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada
kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan
mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan
mereka.Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 )
menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha
merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan
pemikiran ibubapa mereka.
Pengaruh rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan dan potensi
diri individu. Hal ini disebabkan oleh rakan sebaya yang baik akhlak dan tinggi
kecerdasan dapat membantu membentuk keperibadian positif. Oleh itu,
pelajar-pelajar pada hari ini sangat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang
negatif. Misalnya, merokok, mengambil dadah, merempit dan sebagainya. Apabila
pelajar tidak bijak memilih kawan, maka pelajar akan dipengaruhi. Pelajar-pelajar
akan menghadapi masalah sosial apabila mereka salah memilih rakan sebaya.
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
51/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peranan Guru dan Sekolah
Guru dan sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu kerana guru yang
penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
melahirkan murid yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.
Guru dan pihak sekolah seharusnya membaiki prestasi persekolahan murid-
murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan
sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas
dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka
menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan
bebas. Selain itu, para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri
dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah
digalakkan lebih suka memberi dari menerima.
Perkara ini akan membantu mereka dalam perkembangan sosial yang
dijalinkan dengan orang lain. Tahap kognitif mereka juga akan berkembang dengan
-
8/6/2019 EDU 3102 - PKK (KKP)
52/56
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
baik. Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih
meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan