Modul Ppg Edu 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
edu 3083
-
Upload
syakir-maarif-bin-mastor -
Category
Documents
-
view
26 -
download
0
description
Transcript of edu 3083
1.0 PENGENALAN
Guru merupakan profesion yang sungguh mencabar kerana tugas guru begitu banyak dan
tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, terdapat banyak transformasi pendidikan
yang telah dilaksanakan. Segala perubahan yang dilakukan adalah untuk mencapai aspirasi
negara yang ingin melahirkan raktyat minda kelas pertama. YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun
Razak memandang serius dalam perkembangan pendidikan. Menurut beliau mengenai
transformasi pendidikan:
"Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran globa yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri negara memerlukan tarnformasi sistem pendidikan yang menyeluruh"
(Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)
Setiap perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan pasti seiring dengan dasar-dasar
pendidikan yang baharu. Mantan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mewujudkan 11 anjakan transformasi sistem pendidikan dalam PPPM 2013-2015. Antaranya
ialah:
1. Anjakan 1:Menyediakan Kesemerataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf
Antarabangsa
2. Anjakan 2: Memastikan Setiap Murid Profesion Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa
Inggeris
3. Anjakan 3: Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai
4. Anjakan 4: Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan
5. Anjakan 5: Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di Tempatkan Setiap Sekolah
6. Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian
Khusus Berasaskan Keperluan
7. Anjakan 7: Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia
8. Anjakan 8: Mentransformasi Kebolehupayaan Dan Kapasiti Penyampaian Kementerian
9. Anjakan 9: Berkerjasama Dengan Ibubapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Secara Meluas
10. Anjakan 10: Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
11. Anjakan 11: Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung
Anjakan 5 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah sama
ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tujuannya ialah untuk melahirkan guru-guru
yang fleksibel dengan tugas-tugas guru pada masa kini. Hal ini, Pengoperasian yang berkualiti
mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberhasilan murid. Profesion guru merupakan
bidang kerja yang mencabar kerana mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah terpaksa
menangani masalah murid nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak
untuk diselesaikan (Kamaruzaman 2007). Tema Hari Guru 2015 "Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak" menunjukkan guru bukan sahaja mempunyai beban tugas mengajar
malah juga terlibat dalam membina karekter serta mengembangkan bakat murid secara
menyeluruh sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini juga bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejateraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"
(Sumber : Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Di samping itu, keadaan ekonomi yang tidak menentu juga mempergaruhi profesion guru.
keadaan ini menyebabkan guru mula melakukan aktiviti berniaga di sekolah dan kerja sambilan.
Senario ini, tidak boleh dipandang ringan kerana jika keadaan ini berterusan maka akan
memberi kesan jangka panjang pada prestasi kerja dan murid.
Berkhidmat sebagai penjawat awam mempunyai kod etika tertentu. Profesion guru juga tidak
terlepas dengan kod etika guru. Dengan adanya kod etika maka guru akan lebih jelas tentang
peraturan dan etika sebagai guru atau penjawat awam yang berkhidmat di sektor pendidikan.
2.0 ETIKA PROFESION KEGURUAN
Etika ialah satu sistem dasar akhlak, tingkah laku atau kesusilaan yang perlu ada bagi setiap
individu (Dewan Bahasa & Pustaka, 2005). Menurut perspektif Islam, etika ialah merujuk
tingkah laku yang benar berlandaskan Al-Quran dan taqwa kepada Allah. Etika profesional pula
merujuk kepada satu garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktivti dan
displin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua perkara yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesional dalam
masyarakat.
2.1 KETIDAKPATUHAN ETIKA KEGURUAN
Sikap guru yang mengabaikan tugas atau tidak menjalankan amanah dengan baik merupakan
sikap yang melanggar etika keguruan. Akauntabiliti guru ialah tanggungjawab guru terhadap
sesuatu atau profesion keguruan. Tanggungjawabnya merangkumi akauntabiliti guru terhadap
profesion, masyarakat dan negara (Nordin, 2011). Guru perlu bertanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kukurikulum yang telah disediakan
kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan selaras dengan falasah
pendidikan guru iaitu:
“Guru yang berperketi mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyajung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik dan berdisplin”
(Sumber : Falasafah Pendidikan Guru)
2.1.1 Berniaga Di Sekolah
Perniaga ialah merujuk kepada individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan
kepada pengguna. Perniagaan pula merupakan aktiviti jual beli barang atau perkhidmatan
bagi mendapat keuntungan (Rosli et.al. 2004). Namun aktiviti berniaga di sekolah dalam
waktu bekerja yang dijalankan oleh para guru adalah melanggar etika keguruan. Hal ini
demikian, guru-guru akan mula mengabaikan kerja-kerja mengajar atau pengkeranian.
Antara contoh aktiviti berniaga di sekolah ialah menjadi ejen-ejen syarikat insurans,
telekomunikasi, Multi Level Marketing (MLM), menjual barangan dan makanan serta
sebagainya. Menjalankan aktiviti sampingan didalam waktu kerja memerlukan individu yang
mahir dari segi pengurusan masa, emosi dan urusan kerja. Namun keadaan ini jika
dibiarkan akan memberi imej yang tidak profesional dan mencemarkan tanggapan
masyrakat terhadap guru (Mohd, 2001). Kepedulian guru terhadap murid juga akan
berkurangan kerana target utama guru untuk ke sekolah sudah berubah. Menurut Fuller
(dalam Nordin 2011) menyatakan kepedulian guru dipecahkan kepada 3 peringkat iaitu
penyempurnaan diri, tugas-tugas pengajaran dan impak pengajaran.
I. Kepedulian Dari Segi Penyempurnaan Diri
Guru haruslah pandai untuk mengurus kehidupan seharian sama ada dari segi
kewangan, emosi, keluarga, dan masyarakat. Hal ini demikian, guru yang gagal
dalam mengurus urusan diri akan memberi kesan pada prestasi murid dan
perkembangan diri dalam sektor perkerjaan.
II. Kepedulian Terhadap Tugas Pengajaran
Guru yang terlibat dalam aktiviti perniagaan di sekolah akan menyebabkan guru
kurang memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru
juga akan kurang menambahbaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta
menggunakan kaedah pengajaran yang kurang efektif. Perkara ini berlaku kerana
tumpuan dan kepedulian guru terhadap tugas mula berkurangan kerana guru
terjebak dengan aktiviti berniaga di sekolah.
III. Kepedulian Terhadap Impak Pengajaran
Setiap murid mempunyai aras kognitif yang berbeza mengikut latar belakang
keluarga murid. Persoalannya, bagaimana guru ingin mengenalpasti aras kognitif
murid jika guru sibuk melakukan aktiviti berniaga di sekolah. Bagi mengenalpasti
aras kognitif murid, guru perlu menjalankan beberapa ujian ke atas murid sebelum
membuat keputusan untuk menggunakan gaya pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Hal ini kerana, setiap kelas perlu mempunyai pendekatan pengajaran
yang berbeza bagi mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan yang kurang
efesien akan memberi impak yang besar pada prestasi, minat dan bakat murid.
Ini jelas aktiviti berniaga di sekolah akan memberi kesan terhadap prestasi murid. Hal ini
demikian, guru mula hilang tumpuan dalam pengajaran dan objektif utama untuk hadir ke
sekolah. Pengajaran dan pembelajaran guru juga tidak akan berkembang secara meluas
dan kreatif kerana hanya tertumpu pada skop yang ditetapkan oleh sukatan dan
kementerian.
Keadaan ini jika dibiarkan tanpa tindakan oleh pihak pentadbir sekolah akan memberi kesan
kepada murid. Berniaga di sekolah adalah aktiviti melanggar kod etika perguruan dan
Perintah Am. Guru yang ghairah berniaga sampai lupa akan tanggungjawab yang sebenar
adalah perkara yang tidak patut berlaku. Pihak pentadbir sekolah perlu mengambil tindakan
segera sebelum pihak luar seperti Pengawai Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan
Negara (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah. Sekolah
adalah tempat gerbang ilmu pada murid-murid dan bukan pasaraya bagi guru-guru untuk
berniaga.
2.2.2 KERJA SAMBILAN
Guru merupakan tonggak utama dalam mendidik murid-murid di sekolah. Komitmen guru
adalah menjadi salah satu perkara yang penting dalam menentukan kejayaan perubahan
sesuatu dasar dan agenda pendidikan yang dirancang. Hal in kerana, tanggungjawab guru
tidak sekadar berada di sekolah, malah pada bila-bila masa pun. Selain menjalankan tugas
P&P, bidang guru juga turut merangkumi pelbagai perkara berkaitan dengan bidang
pengurusan akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, kebajikan
murid, mesyuarat dan kursus-kursus Pembangunan Transformasi Malaysia (PTM) dan
seumpamanya Burnham 2012 dalam (Mohd et. al, 2014).
Sebagai seorang manusia, guru tetap memerlukan masa yang ada untuk diluangkan bagi
mengurus hal ehwal peribadi sama seperti individu lain (Mohamad 2004). Tugas peribadi
seperti urusan keluarga, penglibatan dengan sebarang aktiviti kebajikan masyarakat dan
kerja sambilan. Perkara ini berlaku kerana ia merupakan inisiatif individu tersebut untuk
menambahkan pendapatan dengan melakukan kerja sambilan.
Kerja sambilan ialah merupakan istilah yang dipetik dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu
‘moonlighting’ yang mana perkataan asalnya ialah ‘moonlight’. Istilah ini juga membawa
maksud seseorang yang mempunyai perkerjaan kedua di mana kebiasaanya dilakukan
secara rahsia sebagai tambahan perkerjaan utamanya (Kamus Oxford 2011).
Di Malaysia, guru yang ingin berkerja secara sambilan perlu membuat pemohonan dan
tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Namun kelulusan ini hanya akan diluluskan jika
guru menjalankan kerja sambilan ini diluar waktu bekerja serta haruslah tidak menjejaskan
tugas-tugas sekolah. Walaubagaimanapun, kerja sambilan ini hanya akan memberi manfaat
kepada golongan yang terlibat sahaja. Menurut Parham & Gordon 2011 (dalam Mohd &
Norasmah 2014) menyatakan, perkerjaan sambilan dapat memberi pelbagai kesan kepada
guru. Antara kesanya ialah pengajaran dan pembelajaran yang kurang produktif, kualiti
pengajaran guru terjejas, hubungan kerjasama antara guru terjejas dan produktiviti guru
juga akan berkurangan. Laporan Berita Harian Malaysia (4 Januari 2010) juga ada
mendedahkan, guru yang terlibat dengan kerja sambilan hingga mengabaikan tugas
sebenar di sekolah semata-mata ingin mengejar pendapatan lumayan diakui wujud sebagai
kes terpencil. Dalam laporan tersebut, tindakan segelintir guru yang mencari pendapatan
tambahan itu dianggap seperti ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. Jika keadaan ini
berterusan ia akan merosakkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah
komitmen terhadap bidang tugas masing-masing.
Kajian-kajian lepas ada menunjukkan bahawa kerja sambilan dalam kalangan guru boleh
menimbulkan pelbagai kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pengurusan
sekolah terutamanya dalam urusan P&P guru. Komitmen yang kurang terhadap kerja hakiki
boleh menyebabkan guru kurang produktiviti dan kualiti kerjanya juga merosot. Hal ini
kerana, profesion guru bukan sahaja di dalam bilik darjah semata-mata malah ia lebih dari
itu. Selain itu, skop pengajaran dan pembelajaran guru juga tidak terhad dan tidak hanya
berpadukan buku teks secara berterusan. Guru perlu menjalankan kajian penyelidikan bagi
memantapkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat mencapai objektif
pembelajaran dan menerima ilmu dengan lebih jelas.
Walaubagaimanapun tidak semua guru yang terlibat dalam kerja sambilan tidak mampu
memberi komitmen yang padu terhadap kerja. Hal ini kerana, kajian yang dijalankan oleh
Mohd Suhaimi dan Norasmah Othman (2014) yang merupakan penyelidik UKM yang
menjalankan penyelidikan terhadap 370 guru tentang aktiviti kerja sampingan dan kesan ke
atas komitmen guru ada menyatakan bahawa aktiviti kerja sambilan dengan kesan
komitmen guru adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa guru mampu untuk memberi
tumpuan kepada tugas hakiki dan kerja sambilan.
RUJUKAN
Nordin, T. (2011). Asas Kempimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Dicapai pada Ogos 13, 2015, dari http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-3_isu-isu-etika-guru.pdf
Kamaruzaman, K. (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jurnal
Kemanusiaan. 10, 1-15.
Mohd, S. M. N & Norasmah, O. (2014). Aktiviti Kerja Sampingan Dan Kesan Ke Atas
Komitmen Guru Bekerja Sampingan Mengikut Persepsi Guru. Jurnal Pendidikan. 3, 31-36.
Rosli, I., Abu, Z. I.,Salomah, A., Ramli, B. & Nizarudin, A. K. (2004). Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 2. Melaka: Dasar Cetak.
Abdul, R. A. (2003). Kajian Kes Di Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Dicapai pada
Ogos 13, 2015, dari http://www.academia.edu/1614484/PENGURUSAN
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.