Edisi 5/2013

16
1 1 MUKA SURAT 5 LAWATAN AUDIT PANEL PRA AUDIT PENSIJILAN 5S m/s : 2 m/s : 6 USAHASAMA BERSAMA PERODUA MANUFACTURING SDN. BHD. PROGRAM LAWATAN MENAIKI ELEKTRIC TRAIN SET (ETS-KTMB) DARI KUALA KUBU BHARU KE IPOH & MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR. m/s :8 m/s 13 PROGRAM HARI KELUARGA JPS KUALA SELANGOR

Transcript of Edisi 5/2013

Page 1: Edisi 5/2013

1

1

MUKA SURAT 5

LAWATAN AUDIT

PANEL PRA AUDIT PENSIJILAN 5S

m/s : 2

m/s : 6

USAHASAMA BERSAMA PERODUA MANUFACTURING SDN. BHD.

PROGRAM LAWATAN MENAIKI ELEKTRIC TRAIN SET (ETS-KTMB) DARI KUALA KUBU BHARU KE IPOH & MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR.

m/s :8 m/s 13

PROGRAM HARI KELUARGA JPS KUALA SELANGOR

Page 2: Edisi 5/2013

2

2

P ada 23 Disember 2013 pihak

AUDIT MPC telah melawat ke

JPS Negeri Selangor untuk

melaksanakan Pra Audit Pensijilan 5S.

Panel Audit telah membuat pemer-

hatian di seluruh ibu pejabat JPS untuk

mengenalpasti aktiviti 5S yang telah

dijalankan. Tujuan pelaksanaan 5S ini

diadakan adalah untuk memperolehi

Sijil Pengauditan Amalan 5S daripada

MPC dan mewujudkan persekitaran

kerja yang bersih, selamat, kemas,

ceria dan sistematik.

P ada 18 November 2013, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Task Force untuk penyusunan semula fail-fail lama mengi-

kut tahun.Bahagian Khidmat Pengurusan akan menghantar fail-fail lama ke ARKIB Negara untuk dilupuskan. Penyusunan semula fail adalah secara berperingkat dan mengambil masa selama anggaran tiga bulan.

Page 3: Edisi 5/2013

3

3

P ada 16 & 19 Disember 2013

bertempat di Bilik Mesyuarat Melati,

Bahagian Khidmat Pengurusan telah

mengadakan perbincangan kerja penyusu-

nan semula struktur organisasi Jabatan

Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk

melaksanakan pengukuhan perjawatan dan

penyusunan semula struktur organisasi JPS.

P ada 20 Disember 2013 , Puan Norazlin Bt Abdul

Wahab ( Penolong Pegawai Teknologi Maklumat -

BICT) telah menamatkan perkhidmatan beliau di JPS

Selangor dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan beliau

bersama pasangan tercinta Encik Mohd Faisal Bin Mohd Yusoff

pada bulan November 2013. Selamat menempuh alam

rumahtangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah wa

rahmah hingga ke jannah. Selamat juga bertugas di tempat baru

dan menempuh pengalaman baru. JPS Selangor mengucapkan

ribuan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Page 4: Edisi 5/2013

4

4

P ada 19 Oktober 2013 -Kelab Sukan, Kebajikan

dan Sosial JPS Hulu Langat menganjurkan

program riadah dan jati diri buat kalangan

kakitangan. Berjalan kaki menyusuri sejauh 4 km dan

melintasi 6 laluan Sungai Chiling untuk sampai ke air

terjun iaitu lokasi terakhir pengunjung ke sana memberi

pengalaman baru buat kami dalam ekpedisi ke Sungai

Chiling di Daerah Kuala Kubu Bharu. Seramai 25 ka-

kitangan JPS Hulu Langat yang menyertai program ini.

Dalam program ini kami diuji dengan kekuatan fizikal dan

juga mental. Kami sangat teruja dengan keindahan

ekosistem alam semulajadi.

P 24 November 2013 - Bertempat di Ampang Bowl Metro

Point Kajang, seramai 20 keluarga yang terdiri dari

suami isteri kakitangan JPS Hulu Langat telah menyertai

Kejohanan Tenpin Boling 2013 yang telah dianjurkan oleh Kelab

Sukan, Kebajikan dan Sosial JPS Hulu Langat. Format pertand-

ingan kali ini dijalankan secara berpasangan (suami isteri) pada

sessi pagi dan terbuka serta berpasukan antara daerah pada sesi

petang. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu juara berpasan-

gan, juara perseorangan lelaki dan perempuan. Pada sesi petang

sebanyak 7 daerah dan ibu pejabat terlibat dalam kejohanan kali

ini. Kejohanan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk merapatkan

silaturahim antara keluarga JPS Hulu Langat serta mencungkil

bakat-bakat baru dalam bidang sukan Tenpin Boling. Ia juga dapat

menilai prestasi setiap pemain pelapis yang bertanding. Juara bagi

kategori kumpulan dimenangi oleh JPS Selangor dengan memba-

wa pulang piala pusingan.

Page 5: Edisi 5/2013

5

5

P ada tanggal 04hb Oktober 2013

permohonan Jabatan Pengairan Dan Saliran

Daerah Hulu Selangor bagi menubuhkan

kelab telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran

Pertubuhan Malaysia. Kelab tersebut dikenali

sebagai Kelab Rekreasi Dan Kebajikan JPS Daerah

Hulu Selangor dengan nama singkatan KERIS.

K elab Rekreasi Dan Kebajikan

JPS Daerah Hulu Selangor

(KERIS) telah mengadakan

mesyuarat buat julung kalinya diadakan

pada 18hb Oktober 2013. Tujuan

mesyuarat diadakan bagi memaklumkan

kepada semua ahli tentang kelulusan

penubuhan kelab tersebut serta

memperkenalkan Barisan Ahli

Jawatankuasa Kelab yang telah dilantik

pada mesyuarat yang lalu.

Page 6: Edisi 5/2013

6

6

P ada 30hb Oktober 2013 satu mesyuarat

Rancangan Tebatan Banjir bersama Ketua

Penolong Pengarah Kanan Ir. Haji Ahmad

Bin Darus dari JPS Malaysia telah diadakan di Bilik

Mesyuarat JPS Daerah Hulu Selangor bagi

membincangkan lokasi-lokasi kolam takungan yang

telah dicadangkan bagi mengatasi masalah banjir

yang sering berlaku di sekitar Mukim Batang Kali

serta mengadakan

lawatan ke lokasi

kolam yang

dicadangkan.

J abatan Pengairan Dan

Saliran Daerah Hulu

Selangor dan Perodua

Manufacturing Sdn Bhd telah

mengadakan lawatan pada 30hb

Oktober 2013 ke Alur Lempah

Sungai Selangor, Sungai Kalong dan

Kawasan Rekreasi Telaga Tujuh

Serendah adalah susulan daripada

perbincangan yang telah diadakan

sebelum ini bagi menjalinkan satu

hubungan usahasama

mengindahkan serta menjaga

kebersihan sungai-sungai di Daerah

Hulu Selangor.

Page 7: Edisi 5/2013

7

7

J Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah

menganjurkan ceramah bertajuk “Kerja Sebagai Satu Ibadah” yang

diadakan pada 27hb November 2013. Ceramah telah disampaikan

oleh Tuan Haji Aluwi Bin Parman Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian

Dan Ruju’ Orang Islam, dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Seramai

hampir 100 orang peserta yang hadir terdiri daripada kakitngan JPS Dearah di

Negeri Selangor serta

kakitangan dari Agensi/

Jabatan Daerah Hulu

Selangor.

P ihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu

Selangor mengucap Selamat menyambut

ulangtahun kelahiran kepada :-

i) En. Mohd Rosli Bin Daini (05 Oktober 1970)

ii) En. Shahrizal Bin Shah Budin (09 Oktober 1980)

iii) Pn. Siti Murni Bt. Mohd Salleh (10 Oktober 1978)

iv) En. Adzuan Bin Anuar (26 Oktober 1981)

v) En. Mohd Khairul Rizal Bin Azli ( 26 Oktober 1987)

vi) YM Raja Azman Shah Bin Raja Abdul Rahman

(29 Oktober 1970 )

i) Pn. Suzilawati Bt. Mohamed Nor (04 November 1976 )

ii) Pn. Azidah Bt. Ab. Aziz (13 November 1963 )

iii) En. Zainal Abidin Bin Alias (19 November 1969 )

iv) En. Mohd Zaidi Bin Mat Som (06 Disember 1963 )

v) En. Muhammad Norhaizar Bin Hairaman (17 Disember

1983 )

Semoga semuanya sihat, bahagia di dunia serta di akhirat, dan

dipermudahkan dalam segala urusan ataupun kerja serta

dilindungi dibawah rahmat ALLAH SWT.

Page 8: Edisi 5/2013

8

8

J abatan Pengairan Dan Saliran

Daerah Hulu Selangor telah

menghantar wakil untuk mengikuti

program tersebut yang dianjurkan oleh Unit

Infrastruktur Majlis Daerah Hulu Selangor

turut disertai oleh Yang Dipertua Majlis

Daerah serta Orang Besar Daerah Hulu

Selangor yang bersama-sama menaiki

Pengangkutan Awam tersebut yang

bermula dari Stesen Komuter Kuala Kubu

Bharu hingga Ke Ipoh pada 12hb November

2013 dan pulang pada 13hb November

2013. Tujuan program tersebut dianjurkan adalah

untuk memberi peluang kepada Ahli Mensyuarat

Jawatankuasa Infrastruktur merasai perjalanan dari

Kuala Kubu Bharu ke Ipoh menaiki pengangkutan

awam Elektric Train Set (ETS-KTMB) yang hanya

mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Selain itu

juga Mesyuarat Infrastruktur turut diadakan di Ipoh,

Perak.

J abatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor

telah menghantar pasukan bagi menyertai Pertandingan

Bowling dan Sepak Takraw bagi merebut Piala YDP

Majlis Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan pada 16hb

November 2013 – 17hb November 2013.TAHNIAH!!! kepada

Pasukan Sepak Takraw yang telah mendapat tempat Naib Juara

daripada 8 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.

Kepada Pasukan Bowling walaupun gagal membawa sebarang

hadiah, tetapi semangat yang telah ditunjukkan semua pemain

sangat cemerlang tahniah diucapkan.

Page 9: Edisi 5/2013

9

9

K elab Rekreasi Dan Kebajikan JPS Daerah Hulu

Selangor telah menganjurkan Kejohanan Golf

Maksak Daerah Hulu Selangor 2013 Pusingan

Akhir pada 01hb Disember 2013. Kejohanan tersebut

merupakan kesinambungan daripada Kejohanan yang

telah dianjurkan oleh 3 Agensi/Jabatan iaitu Pejabat Tanah

Daerah (PTHS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

serta Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Selangor (JKR)

sebelum ini dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah

Hulu Selangor merupakan Jabatan yang menjadi

penganjur terakhir kejohanan

tersebut pada tahun 2013.

Seramai 20 pemain golf yang

menyertai pertandingan

tersebut termasuk ketua-ketua

jabatan. Hadiah dibahagikan

kepada 2 iaitu Gross dan Nett.

P ada 03hb Disember 2013 Kelab Rekreasi dan Kebajikan

JPS Daerah Hulu Selangor (KERIS) telah mengadakan

upacara perasmian kelab yang telah dirasmikan oleh

Timbalan Pengarah (Operasi) Puan Marenawati Binti Abd. Malek

yang diadakan di Refreshing Spring Resort Kalumpang.

Page 10: Edisi 5/2013

10

10

B engkel penulisan

buku log latihan

dan kursus ini

telah disampaikan oleh SV

Kalaiselvam A/L Velayudan

(Jurutera Gombak) pada

7hb Oktober 2013 (Selasa).

P ertandingan bowling pegawai dan kakitangan JPS Gombak telah diadakan pada 29hb Oktober

2013 di Selayang Mall. Semangat kerjasama berpasukan di kalangan kakitangan dapat dipupuk

ketika pertandingan ini diadakan.

Page 11: Edisi 5/2013

11

11

S atu program Ibadah Qurban

sempena Hari Raya

Aidiladha telah dianjurkan

oleh JPSSB pada 17 & 18 hb Oktober 2013 di bawah anjuran

Biro Pembangunan Ummah. Bertempat di Dewan JPSSB Jalan

Sungai Limau. Ibadah Qurban ini telah dijalankan pada sebelah

petang pada 17hb Oktober 2013. Ibadah ini dijalankan secara

bergotong-royong oleh kakitangan dan pegawai JPSSB.

Sebanyak 1 ekor lembu telah dikorbankan. Semua daging dan

tulang lembu tadi akan dimasak untuk jamuan makan. Pada

pagi 18hb Oktober 2013 satu ceramah mengenai ibadah

Qurban telah disampaikan oleh Ustaz Haji Miswan Bin Jumat.

P ada 13hb November 2013, JPS Daerah

Sabak Bernam telah menjadi tuan rumah

kepada perhimpunan pagi bagi agensi-

agensi kerajaan Daerah Sabak Bernam. Majlis dimu-

lakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Husaini Bin

Yusak dan diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Negeri

Selangor dan Jayakan Perkhidmatan Sempurna yang

dinyanyikan oleh pasukan Koir JPSSB.

Bacaan ikrar telah dibaca oleh Tuan Haji Azhar Bin

Sulaiman. Acara seterusnya ialah pengenalan diri

bagi pegawai atau kakitangan baru dari agensi kera-

jaan yang lain. Tuan Jurutera JPSSB turut memberi

ucapan.Perhimpunan diakhiri dengan jamuan makan.

Page 12: Edisi 5/2013

12

12

P ada 28hb November 2013 satu majlis wacana minda

dan majlis jasamu dikenang telah diadakan di Dewan

Seri Bernam. Majlis dimulakan dengan ceramah

motivasi wacana minda yang disampaikan oleh Mudir Ustaz

Muhammad Ashraf Suarin Al Muqri. Ceramah yang

diberikan adalah mengenai kasih sayang antara keluarga &

orang sekeliling. Diikuti dengan Majlis Jasamu Dikenang

yang dimulai dengan ucapan dari Jurutera Daerah JPSSB.

Persembahan 'slide' bergambar bagi setiap pegawai dan

kakitangan yang dirai dipersembahkan untuk tontonan

ramai dan diikuti dengan ucapan dari pegawai dan ka-

kitangan yang dirai. Antara yang dirai ialah pegawai dan ka-

kitangan yang bersara dan yang bertukar ke jabatan lain. Turut

dijemput hadir waris dari kakitangan JPSSB yang telah mening-

gal dunia. Setiap pegawai dan kakitangan yang dirai diberi

cenderahati.

S atu sesi bergambar di pejabat

stor mekanikal telah dijalankan.

Tujuan diadakan sesi bergam-

bar ini adalah untuk kenang-kenangan

sebelum pejabat Stor in diruntuhkan dan

pejabat stor akan dipindahkan ke Jalan

Parit 1 Timor.

Page 13: Edisi 5/2013

13

13

P ada 16hb. November 2013 JPS

Daerah Kuala Selangor dengan

kerjasama Kelab Sukan Dan Ke-

bajikan JPS K.Selangor / Tg Karang telah

mengadakan program hari keluarga ber-

tempat di Geleri JPS Terusan Utama, Tg

Karang. Seramai 350 orang kakitangan ber-

sama keluarga telah hadir untuk memeriah

dan menjayakan program tersebut.

Dalam ucapan perasmian oleh Tuan Ju-

rutera Daerah selaku YDP Kelab Sukan

dan Kebajikan JPS K.Selangor / Tg Karang,

mengucapkan terima kasih kepada semua

kakitangan yang telah sama –sama men-

jayakan program pada hari ini. Bertemakan

‘Back to basic’, terdapat 23 acara diadakan

termasuk tarian poco-poco, sukanika pa-

dang, sukanika air, pertandingan memasak

dan melukis untuk kanak-kanak. Sebelum

hari berlangsung program tersebut, aktiviti

menghias rumah mengikut kumpulan telah

diadakan dan ramai kakitangan telah turut

sama menjayakannya.

Diatas kejayaan penganjuran program ini,

Tuan Jurutera Daerah menyarankan pro-

gram seumpama ini diadakan lebih kerap

lagi bagi memupuk hubungan siratulrahim

yang lebih erat antara kakitangan dan

keluarga.

Page 14: Edisi 5/2013

14

14

J PS Daerah Kuala Selangor telah

menghantar pasukannya ke Negeri

Sembilan untuk menyertai

pertandingan kayak dalam Program Kenaboi

International River Challenger 2013 di Jelebu,

Negeri Sembilan. JPS Daerah Petaling turut

sama menghantar peserta untuk acara terse-

but. Program tersebut berlangsung pada 23

dan 24 November 2013 yang lalu. Dua

pasukan telah menyertai acara kayak ‘Tertutup

JPS Malaysia’. Pasukan Kayak JPS Selangor

A dan JPS Selangor B.

Pasukan kayak Selangor A yang dianggotai oleh En Mohd Hazam, En Razak Kasah dan Hairi Saud telah

mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sementara Pasukan kayak Selangor B pula telah

dapat menamatkan pertandingan dengan jarak 38 km yang bermula dari Kg. Poam Mukin Chennah dan

tamat di Dataran Kenaboi Kg. Sg Buluh, Sg Durian dan menerima sijil penyertaan dan penghargaan.

Keputusan keseluruhan, tempat

pertama JPS Negeri Sembilan A,

kedua JPS Selangor A dan Ketiga

JPS Negeri Sembilan B.

Tahniah diucapkan diatas kejayaan

yang dicapai.

Page 15: Edisi 5/2013

15

15

Page 16: Edisi 5/2013

16

16