BM-52S BM-52HS BM-52S 3,800 6,650 2,300 200V 1.5kw —7) BM ...
EAduan User Manual BM Individu
description
Transcript of EAduan User Manual BM Individu
MANUAL PENGGUNA – PENGGUNA INDIVIDU
SISTEM ADUAN PELANGGAN
VERSI 1.0.0
JABATAN BELAKAN AIR PAHANG
Tingkat 9-10, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan, Pahang
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
1
ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN ........................................................................................................................................ 2
2 CIRI-CIRI DAN FUNGSI SISTEM .............................................................................................................. 3
3 DAFTAR MASUK .................................................................................................................................... 9
4 ADUAN ................................................................................................................................................ 11
ADUAN BARU ...................................................................................................................................... 11
SENARAI ADUAN ................................................................................................................................. 12
SEMAKAN ADUAN ............................................................................................................................... 13
5 BANTUAN ............................................................................................................................................ 14
PANDUAN PENGGUNA ....................................................................................................................... 14
MAKLUMBALAS ................................................................................................................................... 14
LAMAN WEB JABATAN BEKALAN AIR PAHANG .................................................................................. 15
6 PROFIL PENGGUNA ............................................................................................................................. 16
7 LOG KELUAR ........................................................................................................................................ 16
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
2
1 PENGENALAN
SISTEM ADUAN PELANGGAN (E-ADUAN) merupakan aplikasi web yang dibangunkan untuk sistem aduan
berpusat bagi Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAPHG). Ianya merupakan suatu sistem yang membolehkan
pelanggan-pelanggan JBAPHG berkomunikasi dan membuat sebarang aduan berkenaan perkhidmatan
yang disediakan oleh JBAPHG. Sistem ini mesra pengguna dan mudah digunakan. Melalui sistem ini, para
pelanggan boleh membuat aduan, melihat status aduan yang telah dikemukakan serta melihat berita-
berita terkini yang berkaitan oleh JBAPHG. Manual ini akan memberi panduan tentang cara
menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam system E-ADUAN ini. Sistem ini boleh diakses melalui
lawan web berikut: http://eaduan.my-sands.com/index.php?_m=login
Rajah 1 - Contoh Skrin Sistem Aduan Pelanggan JBAPHG
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
3
2 CIRI-CIRI DAN FUNGSI SISTEM
Rajah 2 menunjukkan laman untuk login bagi sistem aduan pelanggan JBAPHG. Pengguna yang berdaftar
boleh log masuk ke sistem dengan memasukkan ID pengguna serta kata laluan di ruang yang disediakan.
Rajah 2 – Laman Login Sistem Aduan Pelanggan
Melalui laman ini, pengguna boleh melakukan perkara-perkara yang berikut tanpa perlu log masuk:
1. DAFTAR – Fungsi ini membolehkan pengguna membuat pendaftaran. Pengguna boleh memilih
ID pengguna serta kata laluan sendiri. Pengguna yang berdaftar boleh menggunakan fungsi-
fungsi lain yang terdapat dalam sistem ini. Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Daripada laman login, klik
DAFTAR. Borang
pendaftaran online akan
dipaparkan.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
4
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
2 Pilih kategori pelanggan
daripada senarai drop down,
kemudian klik HANTAR.
3 Taipkan butir-butir seperti
yang dikehendaki. Bantuan
turut diberikan
menggunakan tool tip
disebelah kanan ruangan
borang semasa anda
mengisikan butir-butir
tersebut. Klik PADAM untuk
memadamkan kesemua
butir-butir yang telah anda
masukkan. Klik HANTAR
apabila sudah siap.
4 Setelah anda klik HANTAR,
sistem akan memaparkan
butir-butir diri yang telah
anda masukkan tadi. Klik
DAFTAR untuk membuat
pengesahan. Klik EDIT
sekiranya anda ingin
membuat sebarang
perubahan sebelum
membuat pengesahan.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
5
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
5 Apabila pendaftaran anda
berjaya, sistem akan
memaparkan mesej
pengesahan. Klik TUTUP
untuk menutup paparan ini.
2. EMEL KATA LALUAN – Sekiranya pengguna berdaftar terlupa kata laluan, fungsi ini akan
membolehkan pengguna meminta kata laluan baru. Langkah-langkah yang perlu dilakukan
adalah seperti yang berikut:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Daripada laman login, klik
EMEL KATA LALUAN. Borang
online akan dipaparkan.
2 Taipkan ID pengguna serta
alamat email anda, kemudian
klik HANTAR.
3 Kata laluan yang baru akan
dihantar ke email anda.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
6
3. ADUAN TANPA LOGIN – Tanpa log masuk ke dalam sistem, pengguna boleh membuat aduan
melalui pautan ini. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Daripada laman login, klik
ADUAN TANPA LOGIN.
Borang online akan
dipaparkan.
2 Taipkan butir-butir aduan
seperti yang dikehendaki.
Pilih butir-butir jenis laporan,
kategori masalah serta
daerah daripada senarai drop
down. Klik PADAM untuk
memadamkan kesemua
butiran yagn telah anda
masukkan. Klik HANTAR
apabila anda sudah selesai.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
7
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
3 Setelah anda klik pada
butang hantar, sistem akan
memaparkan kesemua
butiran aduan anda tadi.
Terma dan syarat turut
dinystakan di bahagian
bawah butiran aduan. Klik
KEMBALI untuk membuat
perubahan pada butiran
aduan anda. Klik HANTAR
sekiranya anda telah berpuas
hati.
4 Apabila aduan anda telah
dihantar, sistem akan
memaparkan mesej untuk
mengesahkan penerimaan
aduan. Nombor rujukan
aduan juga turut diberikan
untuk tujuan semakan. Klik
DAFTAR sekiranya anda ingin
menjadi pelanggan berdaftar.
Klik CETAK untuk mencetak
nombor rujukan ini. Klik
TUTUP untuk menutup
paparan ini.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
8
4. SEMAK ADUAN – Pautan ini membolehkan pengguna membuat semakan terhadap status aduan
yang telah dibuat tanpa perlu log masuk ke sistem. Jadual di bawah menerangkan langkah-
langkah untuk membuat semakan aduan.
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Daripada laman login, klik
SEMAK ADUAN. Ruangan
carian akan dipaparkan.
2 Taipkan nombor rujukan
aduan anda dan klik CARI
ADUAN untuk memulakan
carian.
3 Sistem akan memaparkan
butiran aduan yang anda
cari beserta status berkaitan
tindakan oleh pihak JBAPHG.
Klik CETAK untuk mencetak
butiran ini. Klik KEMBALI
untuk membuat carian baru.
Klik TUTUP untuk menutup
paparan ini.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
9
5. BANTUAN – Pautan ini memberikan panduan penggunaan sistem aduan pelanggan ini. Klik pada
BANTUAN daripada laman login. Pengguna akan dipaparkan dengan manual pengguna sistem.
3 DAFTAR MASUK
Sebagai pengguna berdaftar, apabila anda mendaftar masuk, laman web seperti berikut akan
dipaparkan:
Rajah 3 – Laman Utama Pengguna Berdaftar
Apabila pengguna mendaftar masuk, pengguna akan dapat melihat senarai aduan yang telah dibuat (jika
ada). Di bahagian kiri skrin, pengguna akan dapat melihat maklumat ringkas profil pengguna serta
senarai berita terkini oleh JBAPHG. Di bahagian atas skrin terdapat menu berikut:
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
10
1. ADUAN – Fungsi-fungsi seperti membuat aduan baru, melihat senarai aduan serta membuat
semakan ke atas aduan yang telah dibuat boleh didapati di menu ADUAN.
Rajah 4 - Senarai Menu ADUAN
2. BANTUAN – Menu BANTUAN menyediakan pautan kepada laman web JBAP, borang online
untuk membuat maklumbalas serta panduan untuk pengguna.
Rajah 5 - Senarai Menu BANTUAN
3. PROFILE – Memaparkan maklumat diri pengguna seperti yang telah didaftarkan. Pengguna
boleh mengemaskini maklumat diri di ruangan PROFILE ini.
4. KELUAR – Apabila pengguna klik pada menu ini, pengguna akan keluar daripada sistem.
Seksyen yang seterusnya akan menerangkan langkah-langkah yang lebih lanjut bagi menu ADUAN,
BANTUAN serta PROFILE.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
11
4 ADUAN
ADUAN BARU Untuk membuat aduan baru, ikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Klik ADUAN BARU pada menu
ADUAN. Borang aduan online
akan dipaparkan.
2 Taipkan butir-butir aduan di
ruangan yang disediakan dan
pilih maklumat Jenis aduan,
Definisi masalah serta Daerah
daripada senarai drop down.
Setelah selesai mengisi borang,
klik butang SETERUSNYA. Klik
PADAM untuk membuat
perubahan.
3 Setelah anda klik pada butang
SETERUSNYA, sistem akan
memaparkan maklumat yang
telah anda isikan tadi untuk
pengesahan. Klik HANTAR untuk
mengesahkan maklumat
tersebut. Klik KEMBALI sekiranya
anda ingin membuat sebarang
perubahan.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
12
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
4 Setelah anda klik HANTAR, sistem
akan memaparkan nombor
rujuan aduan bagi tujuan
semakan. Aduan ini akan
disenaraikan dalam senarai
aduan anda. Klik pada pautan
CETAK LAMAN INI untuk
mencetak nombor rujukan ini.
SENARAI ADUAN Sekiranya anda pernah membuat aduan melalui sistem ini, and boleh melihat senarai aduan-aduan anda
dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Klik SENARAI ADUAN pada menu
ADUAN. Senarai aduan akan
dipaparkan.
2 Untuk melihat butir-butir sesuatu
aduan, klik pada ikon di
bahagian kanan senarai aduan.
3 Maklumat terperinci laporan
anda akan dipaparkan. Sekiranya
terdapat sebarang tindakan yang
telah diambil oleh JBAPHG, ianya
akan disenaraikan di bahagian
bawah maklumat aduan tersebut.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
13
SEMAKAN ADUAN Semakan aduan akan membolehkan anda mencari sebarang aduan yang telah dibuat oleh diri anda
sendiri atau pun oleh pengguna yang lain. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan
aduan:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Klik SEMAKAN pada menu
ADUAN. Ruangan carian akan
dipaparkan.
2 Anda boleh mencari maklumat
aduan menggunakan nombor
rujukan aduan, nombor kad
pengenalan atau pun ID
pengguna. Taipkan di ruangan
yang disediakan, kemudian klik
pada butang CARI ADUAN.
3 Sekiranya anda menggunakan
nombor rujukan aduan, butiran
aduan tersebut akan dipaparkan.
Sekiranya anda mencari
menggunakan nombor kad
pengenalan atau ID pengguna,
senarai aduan yang telah dibuat
oleh pengguna tersebut akan
dipaparkan. Klik pada ikon
untuk melihat butiran aduan. Klik
CETAK untuk mencetak butiran
aduan tersebut. Klik kembali
untuk membuat carian yang
baru.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
14
5 BANTUAN
PANDUAN PENGGUNA Seksyen ini memberikan panduan untuk menggunakan sistem aduan pelanggan ini. Klik PANDUAN
PENGGUNA pada menu BANTUAN untuk melihat panduan penggunaan sistem ini.
Rajah 6 - Menu Panduan Pengguna
MAKLUMBALAS Pengguna-pengguna berdaftar sistem ini boleh membuat sebarang maklumbalas yang berkaitan dengan
JBAPHG melalui menu maklumbalas. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Klik MAKLUMBALAS pada menu
BANTUAN.
2 Borang online untuk membuat
maklumbalas akan dipaparkan.
3 Daripada borang yang
dipaparkan, pilih kategori
maklumbalas daripada senarai
drop down. Taipkan tajuk serta
keterangan di ruangan yang
disediakan. Klik HANTAR untuk
menghantar maklumbalas anda.
Klik PADAM untuk membuat
perubahan.
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
15
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
4 Setelah anda klik pada HANTAR,
sistem akan memaparkan mesej
seperti contoh skrin di sebelah
sebagai mengesahkan
penerimaan maklumbalas
tersebut.
LAMAN WEB JABATAN BEKALAN AIR PAHANG Sekiranya pengguna ingin melawat laman web Jabatan Bekalan Air Pahang, Klik pada WEB JBAP pada
menu BANTUAN. Laman web JBAPHG akan dipaparkan.
Rajah 7 – Pautan ke Laman Web JBAPHG
Rajah 8 - Contoh Laman Web JBAPHG
MANUAL PENGGUNA SISTEM ADUAN PELANGGAN JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
16
6 PROFIL PENGGUNA
Pengguna berdaftar boleh mengemaskini maklumat diri melalui menu PROFILE. Berikut adalah langkah –
langkah untuk mengemaskini profile diri anda:
LANGKAH ARAHAN CONTOH SKRIN
1 Klik PROFILE pada menu.
2 Isikan butiran yang ingin anda
kemaskini di ruangan yang
disediakan. Anda boleh memuat
naik (upload) gambar. Klik butang
BROWSE untuk memuat naik
gambar anda. Untuk mengubah
kata laluan, isikan kata laluan
yang baru di kedua-dua ruangan.
Setelah anda selesai melakukan
pengemaskinian maklumat diri,
klik KEMASKINI. Klik BATAL
sekiranya anda ingin
membatalkan perubahan yang
dilakukan.
7 LOG KELUAR
Untuk log keluar daripada sistem, klik pada KELUAR daripada menu.
Rajah 9 - Klik Pada KELUAR Untuk Log Keluar Daripada Sistem.