e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ......
Transcript of e-FM - science.utm.my · Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah ......
e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M
e-FM18.04
S h a z i r a w a t i
T o k I t a m
S i s K e k w a t
H a z z i r a h
H a n g S e e P h e n g
Taufiq
Z a r i n a
fauzi
Sekiranya anda
mempunyai artikel
menarik yang ingin
dikongsikan, sila emel-
kan kepada:
SIDANG
REDAKSI
e-FM
Dr. Imran Ullah, graduan doktor falsafah di bawah seliaan PM Dr. Sharidan
Shafie telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor dalam Majlis
Konvokesyen UTM ke-60. Dr. Imran yang menjalankan kajian dalam bidang
mekanik bendalir telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam tempoh
kurang daripada tiga tahun. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan
tahniah kepada Dr. Imran Ullah dan PM Dr. Sharidan atas kejayaan yang
cemerlang ini.
Majlis Konvokesyen UTM ke-60 yang berlangsung pada 28-29 April 2018 ini
turut menyaksikan seramai 27 graduan daripada Jabatan Sains Matematik,
Fakulti Sains, UTM telah menerima ijazah masing-masing. Daripada jumlah
berkenaan, 11 orang graduan adalah daripada Doctor of Philosophy, 4 gradu-
an Master of Science (Mathematics), 6 graduan Master of Science
(Specialization: Mathematics), 1 graduan Master of Science (Specialization: En-
gineering Maths), 2 graduan Bachelor of Science (Mathematics) dan 3 gradu-
an Bachelor of Science (Industrial Mathematics).
Seramai 11 orang mahasiswa program SSCE JSM dengan diiringi oleh dua orang pensyarah telah menjalan-
kan program Global Outreach selama tujuh hari ke Don Mariano Marcos Memorial State University, Philip-
pines. Kita ikuti catatan perjalanan mereka sepanjang berada di sana.
Pada 31 Mac 2018 sehingga 7 April 2018, delegasi dari
Jabatan Sains Matematik yang terdiri daripada 11 orang
pelajar 2SSCE dan dua orang pensyarah pengiring iaitu
PM Dr. Normah Maan dan Dr. Nur Arina Bazilah Aziz te-
lah menyertai Program Global Outreach ke Don Mariano
Marcos Memorial State University-South La Union Cam-
pus (DMMMSU-SLUC), Agoo, Filipina. Program ini ada-
lah lanjutan daripada aktiviti yang dicadangkan di dalam
Letter of Cooperation (LoC) yang telah ditandatangani
semasa University President Forum (UPF) 2017 di antara
UTM dan DMMMSU.
Sepanjang tempoh delegasi UTM di sana, Prof. Milagros,
Ketua Projek Khas dan Jaringan DMMMSU dan Prof.
Delia, Ketua Jabatan Matematik telah merancang pel-
bagai aktiviti termasuk lawatan ke tempat-tempat
menarik berdekatan La Union, sesi kolokium penyelidi-
kan, persembahan kebudayaan serta perbincangan bagi
mengadakan Memorandum of Agreement (MoA).
Antara bandar yang dilawati ialah Bandar Vigan, Baguio
dan Manila. Di Bandar Vigan, tarikan utama yang ter-
dapat disini ialah The Heritage Village, di mana deretan
bangunan lama yang dibina disini pada era Ko-
lonial Sepanyol masih dikekalkan. Disebabkan
nilai sejarah ini, Bandar Vigan telah dinobatkan sebagai New 7 Wonders
Cities of the World pada 2015. Baguio pula merupakan kawasan tanah
tinggi yang menjadi salah satu tarikan pelancong. Di sini pelancong dapat
memetik strawberi dan sayur-sayuran yang ditanam di satu kawasan
ladang. Tarikan lain yang ter-
dapat di Baguio adalah Philip-
pine Military Academy (PMA)
iaitu satu institusi latihan ke-
tenteraan bagi pasukan tentera
Filipina.
Keesokan harinya, delegasi
UTM telah dibawa bertemu
Prof. Raquel, Dekan Kolej Seni
dan Sains dan Prof. Floribeth,
Canselor DMMMSU-SLUC un-
tuk sesi suai-kenal sebelum sesi
kolokium penyelidikan bermula. Kemudian kami dibawa ke dewan untuk
sesi kolokium bagi berkongsi aktiviti penyelidikan yang telah dijalankan
oleh staf dan pelajar UTM serta DMMMSU-SLUC. Tiga wakil daripada UTM
Bantay Bell Tower
1/5
2/5
dan tiga wakil daripada DMMMSU telah membentangkan hasil
penyelidikan masing-masing. Sebelah petangnya, kedua-dua
universiti telah membuat persembahan kebudayaan. Pelajar UTM
telah mempersembahkan dikir barat dan pertunjukan fesyen pa-
kaian kebangsaan Malaysia manakala pelajar DMMMSU mem-
persembahkan nyanyian, tarian serta muzikal angklung.
Persembahan dikir barat telah mendapat sambutan yang meng-
galakkan dan pelajar DMMMSU telah meminta agar diadakan
persembahan kali kedua. Sebagai penutup, kedua-dua wakil
pelajar bagi setiap universiti berkongsi pengalaman mereka bela-
jar di universiti masing-masing.
Untuk agenda se-
terusnya, delegasi UTM
telah dibawa ke kampus
utara DMMMSU di Bac-
notan bagi bertemu Pres-
iden DMMMSU, Atty.
Benjamin bagi
berbincang mengenai
Memorandum of Agree-
ment (MoA). Antara aktiviti yang dicadangkan untuk MoA ini
adalah untuk mengadakan program joint-degree, anjuran per-
sidangan bersama, program pertukaran pelajar, dan penyeliaan
bersama untuk Projek Sarjana Muda. Kami juga dibawa ke kam-
pus tengah DMMMSU di San Fernando untuk bertemu Dr. Pau-
lito, Canselor DMMMSU-MLUC.
Pada hari terakhir di Agoo, pelajar UTM diberikan peluang untuk
menyertai kelas pelajar DMMMSU-SLUC. Mereka dibawa me-
nyertai kelas English, Pembolehubah Kompleks, dan Analisis Ber-
nombor. Di dalam kelas Analisis Bernombor, pelajar telah diajar
menggunakan perisian Silab untuk menyelesaikan sistem persa-
maan linear menggunakan kaedah Gauss-Seidel.
Terdapat pelbagai
pengalaman baru
yang dilalui oleh dele-
gasi daripada UTM
seperti perjalanan
yang jauh, belajar un-
tuk bertoleransi, kesu-
karan mencari ma-
kanan halal dan keti-
adaan tempat solat
sepanjang perjalanan.
Tetapi semua cabaran tersebut seolah-olah hilang apabila melihat
layanan yang diberikan oleh pihak DMMMSU-SLUC terhadap
delegasi UTM. Terserlah keikhlasan mereka dalam dalam meneri-
ma kedatangan delegasi UTM ke tempat mereka dan ini benar-
benar membuatkan kami berasa terharu. Pengalaman berharga
ini juga telah berjaya membina hubungan antarabangsa di antara
dua universiti dalam perkongsian ilmu dan budaya di kalangan
pelajar dan staf kedua-dua universiti. Selain itu, ia juga telah
membuka mata dan minda pelajar UTM tentang budaya pem-
belajaran dan penyelidikan yang berbeza daripada UTM.
Diharapkan program mobiliti sebegini dapat diteruskan dalam
usaha untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan
dan seimbang.
NABA
Cahaya mata. Dr. Syarifah Zyurina Nordin telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 22 April 2018 di Hospital Shah
Alam. Tahniah diucapkan.
Lantikan Task Force Program STEM Cuti Sekolah, Fakulti Sains. Tarikh kuat kuasa: 11 April 2018 sehingga selesai. Staf terlibat: Dr.
Zaiton Mat Isa (Ketua), Dr. Niki Anis Ab Karim, dan Dr. Hang See Pheng.
PM. Dr. Yudariah Mohammad Yusof telah menghadiri bengkel Training of Trainers in OBE-SCL for MOHE Afghanistan Champions
pada 1 hingga 16 April 2018, bertempat di Bilik Seminar, PRZS.
Dr. Fuaada Mohd Siam telah menghadiri Kursus Auditor Akademik Dalaman UTM pada 3 April 2018 di Rumah Alumni UTM.
Persembahan dikir barat
Perbincangan Memorandum of Agree-
ment (MoA)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Susah juga jadi ahli statistik dalam musim pili-
hanraya. Kerap saja Tok Itam dihujani dengan
soalan ‘Siapa bakal menang’ daripada kawan-
kawan, saudara mara dan pelajar-pelajar de-
wasa. Kalau yang bertanding itu dua parti dan
setiap kawasan parlimen itu serupa, mudah saja
Tok Itam buat ramalan. Guna saja taburan Bino-
mial dengan andaian setiap kawasan parlimen
itu sama cirinya dan kadar pengundi memilih
sesuatu parti seperti macam pilihanraya dahulu, lalu dapatlah
kebarangkalian sesuatu parti itu menang.
Tetapi setiap kawasan parlimen itu unik dari segi saiz, bilangan
pengundinya dan kecenderungan undi mereka. Tambahan lagi
dengan terdapat kira-kira 170 kerusi parlimen ditandingi tiga
penjuru maka model Binomial bukan model yang sesuai. Model
multinomial pun tidak sesuai kerana kecenderungan pengundi
berbeza dari kawasan parlimen ke kawasan parlimen yang lain.
Sila rujuk modul Engineering Statistics atau mana-mana buku
statistik untuk mengetahui lanjut mengenai taburan Binomial dan
multinomial.
Jadi apa jawapan Tok Itam kepada soalan ‘Siapa bakal menang?’
Dengan pertandingan tiga penjuru itu mungkin sudah memper-
lihatkan siapa yang bakal menang. Apa-apa pun, keputusannya
nanti adalah pilihan pengundi. Selamat mengundi.
Tok Itam
3/5
4IR SERIES
Challenges of 4th Industrial Revolution
The industrial revolutions which were started in order to enhance
industrial workers’ conditions since 18th century has been a cru-
cial element in shaping the world that we are living today. Rapid
changes in the current Fourth Industrial Revolution (4IR) are for-
cing us to be vigorous in order to harmonize with contemporary
transformations. There is no doubt that the synergy of digital,
physical and biological systems which has been embedded in this
4IR leads to many benefits. However, there are some challenges
that we need to tackle to make sure that we will not threaten our
well-being while exploiting the opportunities offered by this 4IR.
Artificial Intelligence (AI) is one of the key components in the 4IR.
One of the challenges in handling the AI is to control the com-
plexity of AI software especially in the high-stakes roles such as
controlling automobile, surgical robots and weapon systems. An
accident involving a self-drive car in Arizona is one of the sign
that more efforts are needed in strengthening the existing tech-
nology. Another challenge of AI is their vulnerability to cyberat-
tack. Although cyberattack seems to be very common and trivial,
cyberattack on AI can be destructive since AI is currently used in
critical tasks.
Another challenge that we have to face is to ensure that the e-
thics of innovations are taken seriously and responsibly. With
numerous recent technologies where genome editing and ‘mind-
reading’ technology is not only available in sci-fi films but co-
ming to real life, human-right might be harmed without these
ethics. In addition, threats to transparency and accountability are
also worsen in this new era. The questions are, who will be the
one taking care about this, and how?
Several discussions on the challenges of 4IR highlighted educa-
tion system as one way to encounter the challenges. Education
and training systems should not be static anymore as the busi-
ness models in all other sectors are shifting drastically. Explicitly,
the role of education system seems to be in the production of
highly skilled workforce to cater the industry needs. However,
the educators or academia actually have tougher challenge which
is to make sure that the future generations are not only excellent
workers but also outstanding as humans. This is very important
in order to avoid illegitimate exploitations of all technologies and
innovations. Hence, the reinforcement of soft skills in the current
education system to complement learning and thinking skills is
one of the best approach. As said by Aristotle, educating the
mind without educating the heart is no education at all.
References:
1. https://www.weforum.org/agenda/2017/12/5-challenges-
facing-civil-society-in-the-fourth-industrial-revolution/
2. http://www.brinknews.com/stepping-up-to-the-challenges-
of-the-fourth-industrial-revolution/
Next Series : Mathematics in 4IR
Prepared by: Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim & Dr. Hang See Pheng
“Technology is not an exogenous force over which we have no
control. We are not constrained by a binary choice between
‘accept and live with it’ and ‘reject and live without it’. Instead,
take dramatic technological change as an invitation to reflect
about who we are and how we see the world.”
Klaus Schwab
Founder of the World Economic Forum
Tarikh: 2 April 2018. Tempat: Makmal Kompu-
ter UTM CIAM. Staf terlibat: Prof. Dr. Zainal
Abd. Aziz, Dr. Arifah Bahar dan Pn. Noraslinda
Mohd Ismail
Statistical Modeling Research Group Aca-demic Writing Workshop
Tarikh: 6-7 April 2018. Tempat: SMKA Segamat. Staf
terlibat: Dr. Hazzirah Izzati Mat Hassim dan En. Mu-
hamad Najib bin Zakaria
Promosi STEM di Minggu Sains Negara
Tarikh: 27 April 2018. Tempat: Dataran Fakulti Sains.
Staf terlibat: Dr. Muhammad Fauzee Hamdan, Dr.
Anati Ali, dan Dr. Haliza Abd. Rahman
Revive to Survive (FYE Tahun 1)
AKTIVITI BERGAMBAR
4/5
Sudah minggu ke 12 kuliah. Hanya berbaki
dua minggu sahaja sebelum peperiksaan
akhir semester. Bagi pelajar tahun 1, mere-
ka bukan lagi freshies. Yang tahun 4 dan
tiada subjek ulangan, bermakna sebelah
kaki sudah ‘grad’. Diharapkan pemikiran
juga semakin matang dan serius untuk
melakar halatuju selepas ini. Betul-betul
merdeka dalam erti kata tidak perlu
sesiapa menegur, mengambil tahu atau
peduli dengan prestasi akademik masing-
masing. Segala peluang telah dibuka sebe-
lum ini untuk menambah sebanyak mung-
kin pengalaman dalam kampus sebagai
seorang mahasiswa agar dapat memper-
siapkan diri dalam menghadapi cabaran di
luar sana.
Satu cabaran bagi pelajar tahun akhir ada-
lah Projek Sarjana Muda (PSM). Projek ini
benar-benar menguji kemahiran pelajar
dalam menghadapi cabaran untuk mener-
oka pengetahuan baru. Dalam penerokaan
pengetahuan baru, segala yang dipelajari
dan juga pengalaman dalam penyelesaian
masalah sepanjang bergelar mahasiswa
UTM akan diguna pakai. Di sinilah pelajar
belajar untuk membuat keputusan. Jika
sesuatu permasalahan dianggap remeh
kerana percaya ‘mesti lecturer akan to-
long’, maka kesannya mungkin akan me-
makan diri. Ada yang sambil lewa se-
dangkan projek ini dibuat dalam 2 se-
mester. Jika buntu sekalipun, pastikan ada
usaha dan tindakan susulan. Bukan hanya
menunggu untuk disuruh. Kemahiran
bekerja sendiri perlu ada dan bukan hanya
mengharap pada bantuan dan talian hayat
yang ada sahaja tanpa usaha.
Sis juga kecewa dengan sikap sesetengah
pelajar. Dateline setiap peringkat projek ini
telah pun dihebahkan dan sepatutnya da-
lam pengetahuan setiap pelajar yang se-
dang melaksanakan PSM ini. Bukan hanya
bergantung kepada penyelia semata. Ya,
dulu mungkin ada yang masih bersimpati
tetapi pelajar kini seolah tiada sensitiviti
terhadap pentingnya untuk struggle dalam
menyiapkan projek ini. Sebaliknya penyelia
yang cukup berdebar dan risau dengan
dateline. Dari awal semester 1 lagi sudah
diingatkan, tetapi begitulah. Sekali
‘diketuk’, sekali jalan, selepas itu, diam
semula. Masuk ke semester 2 diingatkan
lagi, tetapi ada yang datang dengan masa-
lah yang sama seperti di semester 1.
Seorang yang berjaya bukan atas sebab dia
pandai semata-mata terhadap sesuatu
perkara, sebaliknya adalah usaha dan tin-
dakan yang dibuat.
Sis punya pengalaman dengan pelbagai
peringkat pelajar. Ada yang kurang mahir
tetapi berani mengambil risiko. Oleh sebab
tidak berapa mahir dengan sesuatu yang
perlu dalam projek PSM nya, dia berusaha
gigih. Bukan last minute. Pelajar ini punya
latar belakang yang sederhana. Sudah ke-
matian bapa dan segalanya ditanggung
oleh ibu dan kakaknya. Jadi dia sehabis
daya usaha untuk grad on time dan sudah
ada matlamat selepas grad.
Ada juga yang pandai dan berkemahiran
tetapi sayangnya mempunyai sikap sambil
lewa. Punya masalah, tetapi tidak punya
tindakan segera untuk overcome the prob-
lem.
Sis sering mengingatkan pelajar-pelajar
bahawa PSM ini umpama latihan untuk
membentuk pelajar pandai bekerja sendiri.
Explore ilmu yang tidak diajar atau extend
dari apa yang dipelajari sebelum ini.
Penyelia tidak punya jawapan yang pasti,
kerana inilah penerokaan ilmu. Begitulah
juga nanti di alam pekerjaan, kita akan
membuat sesuatu yang bukan kita pernah
belajar pun semasa di kampus. Jadi, kita
perlu mencari solusinya. Semua ini kema-
hiran. Kemahiran menyelesaikan masalah.
Bukan pendam, sorok, dan biarkan.
Perbincangan demi perbincangan dengan
orang yang berpengalaman dan arif sangat
membantu. Itulah proses yang sepatutnya
berlaku dalam PSM. Datang berbincang
dengan penyelia. Selitkan masa untuk ber-
temu dengan penyelia. Letakkan dateline
untuk setiap task dalam projek kita. Cukup
masa, jika masih tidak berjaya, datang dan
berbincang. Jika sesibuk macam mana pun,
kena urus masa dengan baik. Antara ciri
orang yang berjaya juga adalah mereka
yang boleh menguruskan masa dengan
baik.
Apapun, semuanya atas pelajar. Jika ama-
ran telah diberi tetapi tiada tindakan susu-
lan, apa pun tidak berguna. Apa pun yang
berlaku natijah atas ketidakbijaksanaan
yang dibuat, kenalah tanggung sendiri.
Diharapkan tidaklah menyalahkan penyelia
semata. Mungkin juga pelajar tidak rasa
PSM ini cabaran dalam diri sendiri
sebenarnya. Bagaimana nak buang sifat
malas, sifat suka bertangguh, sikap sambil
lewa kerana ini merupakan cabaran
terbesar diri kita sendiri. Tiada siapa boleh
mengubahnya melainkan diri sendiri.
Jadi, fikirlah. Yang nak grad pun adalah
pelajar. Tekanan ada di mana-mana. Tapi
percayalah tekanan jika di fikir secara posi-
tif sebenarnya merupakan pendorong un-
tuk kita terus melangkah.
Good luck semua!
ISMI-ICTAS18
International Seminar on Mathematics in Industry & International Conference on Theoretical and Applied Statistics 2018.
Kuala Lumpur, 4-6 September 2018
Abstract Deadline: 15 May 2018
Details at: https://science.utm.my/ismi-ictas-2018/
__________________________________________________________
SKSM 2018
26th National Symposium on Mathematical Science 2018
Kota Kinabalu, Sabah, 28-29 November 2018
Abstract Deadline: 28 May 2018
Details at: http://www.ums.edu.my/fssa/index.php/en/sksm26
Call For Papers
e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM 5/5
Assalamualaikum wbt,…
Alhamdulillah kurang lebih dua minggu lagi umat Islam akan
menyambut kedatangan bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan
kebaikan bagi mereka. Bulan yang dilimpahkan oleh Allah SWT
peluang untuk menjana pahala yang berganda-ganda, bulan yang
mendidik kesabaran dan nafsu. Bulan yang digelar penghulu sekal-
ian bulan yang di dalamnya ada ibadah puasa selama sebulan
penuh, zakat fitrah, solat terawih, lailatul qadar, nuzul al-quran,
tadarus al-quran, sedekah, qiamullail dan lain-lain lagi.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:
Rasulullah SAW bersabda bahawa:
Antara kelebihan bulan ramadhan ialah pahala amalan yang dil-
akukan pada bulan ramadhan akan digandakan Allah SWT. Amalan
sunat akan diberi pahala seperti mana amalan fardhu manakala
amalan fardhu akan digandakan pahalanya sebanyak 70 kali ganda.
Bau busuk yang keluar daripada mulut orang yang berpuasa wangi
seperti kasturi disisi Allah SWT, tidurnya seorang yang berpuasa
disiang hari bulan ramadhan dianggap ibadah.
Syaitan-syaitan yang jahat akan dirantai dan diikat sepanjang bulan
ramadhan. Tetapi mungkin ada persoalan yang timbul kenapa da-
lam bulan ramadhan masih lagi berlaku maksiat. Contoh: masih ada
orang yang minum arak, pergi ke pusat-pusat hiburan, berkhalwat,
berlaku pembunuhan dan bermacam lagi dosa dan kemungkaran
walaupun syaitan telah diikat…? Antara penjelasan ulama ialah sela-
ma 11 bulan seseorang itu telah ditarbiyah oleh nafsu dan syaitan
maka dirinya telah sebati dengan amalan tersebut dan walaupun
syaitan telah diikat maka 1 bulan tersebut tidak memberi apa-apa
makna atau kesan yang baik terhadap individu tersebut. Moga Allah
SWT melindungi kita.
Ulama terdahulu sangat menggunakan peluang beramal yang
didapati sepanjang Ramadhan.
Imam Ahmad semenjak hari pertama ramadhan akan beriktikaf di
dalam masjid dengan menghidupkan amalan dengan memperban-
yakkan tasbih, istighfar memuji Allah SWT dan memohon keam-
punan daripadaNya. Beliau sentiasa memperbaharui wudhu’ dan
banyak menghabiskan waktu di dalam masjid ketika ramadhan.
Siapa yang tidak maklum dengan amalan Imam As Syafie sewaktu
Ramadhan…? Beliau menggandakan amalan dengan membaca al
Quran sebanyak 2 kali khatam sehari sebagaimana Al-Khatib al-
Baghdadi dalam kitab Tarikh Baghdad, dilaporkan daripada al-Rabi’
bin Sulaiman, beliau berkata:
“Adapun Muhammad bin Idris al-Shafie mengkhatamkan 60 kali al-
Quran dalam sebulan Ramadhan di dalam solatnya”.
Sebagai seorang Imam Mazhab bertaraf mujtahid yang hidupnya
penuh dengan karamah dan keberkatan, ianya boleh berlaku
dengan izin Allah SWT.
Kita yang penuh kekurangan ini, sekurang-kurangnya berazamlah
untuk paling sedikit SEKALI khatam al-Quran di sepanjang rama-
dhan…iaitu dengan membaca 2 helai setiap kali selepas solat lima
waktu. Bayangkan jika membaca al-Quran 1 huruf itu mendapat 10
hasanah apatah lagi dengan sebanyak kurang lebih 1 027 000 huruf
didarabkan dengan pahala 1 amalan fardhu x 10 hasanah…tidak
terkira ganjaran yang Allah SWT sediakan, belum lagi termasuk gan-
jaran amalan lain apatah lagi jika amalan itu terkena tepat pula pa-
da waktu LAILATULQADAR. Seorang yang beribadat di malam
lailatulqadar menyamai beramal 1000 bulan yang hampir kepada 83
tahun beribadat. SUBHANALLAH Maha Pemurah Allah SWT Yang
Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang kepada hamba-
hambaNya.
Selain membaca al-Quran, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan
dalam bulan ramadhan. 7 amalan sunnah yang dianjurkan di bulan
ramadhan:
Bersahur
Memperbanyakkan doa
Bersedekah/memberi makan kepada orang yang ber-
buka
Menyegerakan berbuka
Saling mengingatkan kepada kebaikan
Menahan kemarahan
Menghidupkan 2/3 malam
Mafthum sabda Baginda SAW:
“Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan
orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-
sama aku” (HR at-Tirmidzi)
Kita juga mesti mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara
yang merosakkan pahala puasa dan pahala amalan kebaikan yang
lain supaya amalan kita tidak sia-sia yakni “kantung amalan tidak
bocor”.
Mafthum hadith Nabi SAW:
“Enam perkara yang boleh melebur amal kebaikan: sibuk mencari
keburukan/aib orang lain, keras hati, terlalu cinta dunia, sedikit rasa
malu, panjang angan-angan, dan kezaliman yang tidak pernah ber-
henti,” (HR Ad Dailami dari Adi bin Hatim)
Moga Allah SWT memberi hidayah dan taufik kepada kita semua
untuk memperbanyakkan dan memperbaiki kualiti amalan kita serta
memelihara amalan kita daripada menjadi sia-sia. Moga Allah SWT
membantu kita, insyaaAllah. Wallahualam bissawab.
Bulan Ramadhan Kembali Lagi…Kelebihan dan Pengisian
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-
orang yang terdahulu daripada daripada kamu, mudah-
mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan
Ramadhan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun
itu adalah ramadhan”
(HR At Thabarani, Inbu Khuzimah, dan Al-Baihaqi dari Abu
Mas’ud al-Ghifari)