dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/nov_2019.pdf · 2021. 1. 14. · Persidangan...
Transcript of dun.terengganu.gov.mydun.terengganu.gov.my/files/LINK/nov_2019.pdf · 2021. 1. 14. · Persidangan...
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
1
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA
PADA PUKUL 9.30 PAGI
HADIR:
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA
Dato‟ Haji Yahaya bin Ali, DPMT., PJC.
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU
Dato‟ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, SSMZ.
WAKIL RHU RENDANG
Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, SMZ.
WAKIL PAKA
Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak, SMT.
WAKIL BUKIT TUNGGAL
Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah, SMT.
WAKIL BUKIT PAYONG
Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, AMZ.
WAKIL JABI
Yang Berhormat Dato‟ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG
Yang Berhormat Ariffin bin Deraman
WAKIL ALUR LIMBAT
Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat, PJK.
WAKIL CUKAI
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
2
Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah
WAKIL WAKAF MEMPELAM
Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh, PJK.
WAKIL KUALA BERANG
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman
WAKIL KOTA PUTERA
Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim
WAKIL TEPOH
Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
WAKIL BATU BUROK
Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik
WAKIL SURA
Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim
WAKIL BULUH GADING
Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun
WAKIL MANIR
Yang Berhormat Haji Alias bin Harun
WAKIL RANTAU ABANG
Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong
WAKIL PENGKALAN BERANGAN
Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed
WAKIL BANDAR
Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim
WAKIL AIR PUTIH
Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim
WAKIL AJIL
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
3
Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili
WAKIL KEMASIK
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor
WAKIL WANITA
Yang Berhormat Dato‟ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.
WAKIL KIJAL
Yang Berhormat Dato‟ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR
Yang Berhormat Dato‟ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.
WAKIL TELEMONG
Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.
WAKIL HULU BESUT
Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, KMN.,AMZ.,PPN.
WAKIL BUKIT BESI
Yang Berhormat Dato‟ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.
WAKIL JERTIH
Yang Berhormat Dato‟ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.
WAKIL LANGKAP
Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.
WAKIL BATU RAKIT
Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.
WAKIL KUALA BESUT
Yang Berhormat Dato‟ Abd. Halim bin Jusoh,
WAKIL PERMAISURI
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
4
HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI
KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Dato‟ Haji Mohd Zahari bin Md Azahar, DPMT.,PJK.
YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI
Dato‟ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.
YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
Dato‟ Haji Zainal Abidin bin Hussin, DPMT.,PJK.,BLB.
SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI
Encik Zulkifly bin Isa, AMZ., PJK.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
5
PUKUL 9.30 PAGI
SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu‟alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato‟
Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara pertama dalam Tertib
Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh Yang Berhormat Dato‟ Yang Di-Pertua
Dewan.
DOA
Dibaca oleh Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua Dewan.
UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ YANG DI-PERTUA DEWAN
Assalamu‟alaikum warahmatullahi ta‟ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri
Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang
Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang saya
hormati sekalian.
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita rafakkan kesyukuran kita kepada Allah
Subhanahu Wa Ta‟ala kerana dengan limpah taufik dan inayahNya kita dapat
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Ahli Badan Legislatif di dalam Dewan yang
mulia ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih serta
mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam Sidang kali ini selama
lima hari bermula pada hari ini hingga hari khamis iaitu Mesyuarat Kali Ketiga, Penggal
Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat belas.
Sidang pada kali ini sangat penting kerana ia melibatkan perancangan masa depan
Negeri kita iaitu melalui pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu bagi tahun 2020
yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
6
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pihak pentadbiran Dewan telah menerima hanya satu
sahaja Rang Undang-Undang iaitu Enakmen Perbekalan 2020 untuk dibentang, dibahas
dan insya-Allah akan diluluskan di dalam sesi persidangan kali ini. Selain itu, pihak
Dewan juga menerima dua usul iaitu Usul Pembangunan 2020 dan Usul Perbekalan Air
2020. Saya menyeru semua pihak dapat bekerjasama dengan pihak Kerajaan supaya
lebih banyak Rang Undang-Undang dapat dibentangkan pada setiap kali Persidangan
Dewan dalam tempoh yang lebih singkat terutamanya yang melibatkan kepentingan
majoriti rakyat.
Pada sidang kali ini, saya berharap semua pihak dapat memberi kerjasama agar
Persidangan kita dapat berjalan dengan lancar dan menjadikannya sebagai Persidangan
yang terbaik. Dalam erti kata lain, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat akan
mengambil bahagian secara aktif sama ada dalam perbahasan Rang Undang-Undang
mahupun usul-usul selain dari soalan-soalan yang dikemukakan.
Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan
oleh Pejabat Yang di-Pertua Dewan sewaktu di luar waktu Persidangan. Sebagaimana
amalan yang dilaksanakan oleh negara-negara luar, Yang di-Pertua Dewan bersama
anggota Badan Legislatif yang lain turun padang bagi melawat Agensi-agensi Kerajaan
sama ada Negeri dan Persekutuan. Setakat ini lapan (8) Agensi Kerajaan telah dilawati
termasuk Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Mahkamah
Syariah, Syarikat Air Terengganu (SATU), Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan
Usahawan dan MAIDAM. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh Jabatan dan Agensi-agensi
berkenaan.
Pendekatan ini diambil bagi memahami perjalanan dan fungsi-fungsi yang dimainkan oleh
agensi berkenaan dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas secara „first hand‟
terutamanya berkaitan isu-isu yang menyentuh kepentingan orang ramai. Ini juga adalah
sebahagian dari proses semak dan imbang (check and balance).
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa
Terpilih Pengurusan Dewan yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini telah mengadakan
beberapa siri mesyuarat dan laporan awal jawatankuasa ini dibentangkan di atas meja
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
7
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Selaras dengan terma rujukan yang diluluskan,
jawatankuasa ini mengupas pelbagai perkara termasuklah meneliti perkara-perkara
berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri Terengganu dari sudut perundangan, isu
pentadbiran, amalan lalu dan semasa serta isu-isu sekitarnya.
Dalam hubungan itu, Jawatankuasa ini juga berhasrat untuk mengemukakan cadangan
bagi membuat penambahbaikan kepada Dewan Undangan Terengganu sebagai Badan
Legislatif di negeri ini. Hal ini termasuklah menjalankan kajian rintis bagi Semakan
Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Oleh yang demikian, sebuah laporan lengkap akan dikemukakan apabila sampai masanya
nanti, insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selaku Ahli Badan Legislatif, saya suka untuk
mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat agar sentiasa cakna dan tidak
memandang ringan tentang perkembangan pesat dalam dunia ICT pada hari ini. Kita
perlu bergerak seiring, bahkan proaktif dengan kemajuan dalam teknologi ICT khususnya
cabaran 'Industrial Revolution' atau IR 4.0 dalam semua sektor sama ada dalam sektor
badan-badan awam atau swasta.
Untuk makluman, satu pembaharuan lagi telah dibuat oleh pihak pentadbiran Dewan
mulai Sidang kali ini iaitu pendaftaran kehadiran bagi ketua-ketua jabatan melalui QR
Code. Tujuan penggunaan QR Code ini adalah untuk mempertingkatkan dari segi urusan
pendaftaran melalui Sidang DUN. Arahan Penggunaan (Manual Procedure) QR Code ada
dipaparkan di lobi dan juga di tempat duduk ketua-ketua jabatan. QR Code ini juga
perlulah diimbas pada setiap sesi sebelah pagi dan juga sebelah petang. Sehubungan
dengan itu, saya menasihatkan semua Ketua Jabatan atau wakilnya agar tidak gagal
untuk menghadirkan diri pada setiap sesi Sidang Dewan Undangan Negeri bagi
membantu urusan pihak Kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya suka
mengingatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa menjadikan Peraturan-Peraturan
Dan Perintah Tetap Dewan (Standing Orders) sebagai panduan demi menjaga
keharmonian dan kemuliaan Dewan ini.
Saya juga berharap tempoh masa Persidangan kali ini selama lima hari dapat memberi
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
8
keselesaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan seterusnya peluang ini dapat
digunakan sebaik-baiknya untuk membawa suara rakyat dan kepentingan masa depan
Negeri Terengganu yang kita cintai ini. Gunakanlah masa dengan bijaksana apabila diberi
peluang di samping turut meraikan masa Ahli-ahli Yang Berhormat lain.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan
Undangan Negeri kita semacam tidak ada lagi Pembangkang dengan perkembangan
semasa ini, ini tidak bermakna Dewan Undangan Negeri kita akan menjadi sepi dan tidak
ada lagi suara-suara untuk mengingatkan Kerajaan. Sesungguhnya tanggungjawab kita
kepada Allah Subhanahu Wa Ta‟ala dan kepentingan serta keutamaan rakyat mengatasi
tanggungjawab kita kepada mana-mana pihak yang lain. Apa yang penting Persidangan
kita mestilah berjalan dalam suasana adab yang baik dan mengikut Peraturan-Peraturan
Tetap Dewan.
Saya akan cuba untuk menyelesaikan semua Tertib Pekerjaan Dewan sebelum tengah
hari pada hari Khamis, 28 November untuk memberi laluan kepada Program Kejohanan
Memanah di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, dulu kita menembak dan kali ini kita
memanah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ini pada sebelah
petang yang akan berlangsung di Stadium Negeri.
Akhir kalam, Selamat Bersidang, Siru„ala Barakatillah. Wabilahi taufik wal hidayah.
Wassalamu‟alaikum warahmatullahi ta‟ala wabarakatuh.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
9
KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara seterusnya dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah KERTAS-
KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kertas-Kertas Kerja dan Laporan-Laporan yang
dibentangkan ialah:
1 Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan Tahun 2020.
(D.U.N. Bil.8/2019)
2 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Tahun 2020.
(D.U.N. Bil.9/2019)
3 Anggaran Bekalan Air Negeri Tahun 2020.
(D.U.N. Bil.10/2019)
4 Penyata Kewangan Negeri Terengganu Tahun 2018.
(D.U.N. Bil.11/2019)
5 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu.
(D.U.N. Bil.12/2019)
6 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Perbandaran
Kemaman.
(D.U.N. Bil.13/2019)
7 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Perbandaran Dungun.
(D.U.N. Bil.14/2019)
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
10
8 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Daerah Besut.
(D.U.N. Bil.15/2019)
9 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Daerah Hulu
Terengganu.
(D.U.N. Bil.16/2019)
10 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Daerah Marang.
(D.U.N. Bil.17/2019)
11 Penyata Kewangan Tahun 2018 Majlis Daerah Setiu.
(D.U.N. Bil.18/2019)
12 Penyata Tahunan Tahun 2018 Suruhanjaya Perkhidmatan
Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.19/2019)
13 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Tahun 2018
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.20/2019)
14 Penyata Kewangan Tahun 2018 Yayasan Terengganu.
(D.U.N. Bil.21/2019)
15 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Tahun 2018
Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.22/2019)
16 Penyata Kewangan Tahun 2018 Yayasan Pembangunan
Keluarga Terengganu.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
11
(D.U.N. Bil.23/2019)
17 Penyata Kewangan Tahun 2018 Yayasan Islam Terengganu.
(D.U.N. Bil.24/2019)
18 Laporan Ketua Audit Negara Berkait Pengurusan Aktiviti/
Kewangan Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat
Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2018 Siri 1.
(D.U.N. Bil.25/2019)
19 Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri
Terengganu Berkenaan Laporan Ketua Audit Negara
Mengenai Kira-Kira Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2014 dan 31 Disember
2015.
(D.U.N. Bil.26/2019)
20 Laporan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan
Undangan Negeri Terengganu Berkenaan Kajian
Penambahbaikan Dewan Undangan Negeri
(D.U.N. Bil.27/2019)
(Dibentang Atas Meja)
21 Laporan Ketua Audit Negara Berkait Penyata Kewangan
Kerajaan Negeri dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri
Terengganu Tahun 2018
(D.U.N. Bil.28/2019)
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
12
SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut ialah Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis:
(1) Soalan-Soalan Bertulis.
(2) Soalan-Soalan Lisan.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Jawapan kepada Soalan-soalan Bertulis
yang telah diberi notis dan telah dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian ialah soalan-soalan daripada:
1 Yang Berhormat Wakil Tepoh 2 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut 3 Yang Berhormat Wakil Batu Burok 4 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi 5 Yang Berhormat Wakil Sura 6 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut 7 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading 8 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang 9 Yang Berhormat Wakil Bandar 10 Yang Berhormat Wakil Air Putih 11 Yang Berhormat Wakil Kemasik 12 Yang Berhormat Wakil Wanita
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
13
SOALAN-SOALAN LISAN
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada Soalan-Soalan
Lisan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-
Soalan Lisan pada 24 November 2019 adalah sebagaimana berikut:
1 Yang Berhormat Wakil Tepoh
2 Yang Berhormat Wakil Batu Burok
3 Yang Berhormat Wakil Kijal
4 Yang Berhormat Wakil Sura
5 Yang Berhormat Wakil Seberang Takir
6 Yang Berhormat Wakil Buluh Gading
7 Yang Berhormat Wakil Manir
8 Yang Berhormat Wakil Hulu Besut
9 Yang Berhormat Wakil Rantau Abang
10 Yang Berhormat Wakil Bukit Besi
11 Yang Berhormat Wakil Pengkalan Berangan
12 Yang Berhormat Wakil Jertih
13 Yang Berhormat Wakil Bandar
14 Yang Berhormat Wakil Air Putih
15 Yang Berhormat Wakil Batu Rakit
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
14
16 Yang Berhormat Wakil Ajil
17 Yang Berhormat Wakil Kuala Besut
18 Yang Berhormat Wakil Kemasik
19 Yang Berhormat Wakil Wanita
Sebelum saya benarkan Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan, saya nak
peringatkan ada soalan-soalan yang saya nampak hampir sama ataupun saling berkait
di antara satu sama lain, jadi saya mencadangkan kepada Wakil Kerajaan boleh
menjawab soalan-soalan seumpama ini sekali gus bagi menjimatkan masa. Dan insya-
Allah, saya akan mempertimbangkan lebihan soalan-soalan tambahan.
Sementara itu, saya juga nak umumkan Sidang Dewan Undangan Negeri kita turut
dihadiri oleh Pemerhati-Pemerhati termasuk;
۰ Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Negeri Selangor dan juga
Penasihat Ekonomi Negeri Terengganu.
۰ Ahli Parlimen Setiu
۰ Y.B. Senator Dato‟ Haji Hussain Awang
۰ Y.B. Senator Nuridah Salleh
۰ Khairunissa‟
۰
۰
۰
۰
Majlis Tindakan DUN Sura
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Alur Limbat
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Burok
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kemasik
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil
۰
۰
۰
۰
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Terengganu
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Buluh Gading
Petronas Pantai Timur
Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu
۰ Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
15
۰
۰
۰
۰
۰
Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT)
ADUN Belia Terengganu
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut
۰ Pejabat ADUN Wanita.
Bagi pihak Persidangan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua Pemerhati-
pemerhati kita pada hari ini.
Sekarang saya mempersilakan Wakil Tepoh untuk mengemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Assalamu‟alaikum warahmahtulahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua,
soalan saya nombor 1 -
Pohon dinyatakan jumlah projek yang menggunakan
konsep Bayaran Bertangguh dan Bayaran Secara
Berjadual yang perlu dilunaskan oleh pihak Kerajaan
Negeri pada tahun ini dan tahun 2020?
YANG BERHORMAT DR. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat
Dato‟ Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar, Yang
Berhormat-yang berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan, Pemerhati
dan Sidang Media sekalian serta muslimin-muslimat. Soalan nombor satu dari ADUN
Tepoh berbunyi, pohon dinyatakan jumlah projek yang menggunakan konsep Bayaran
Bertangguh dan Bayaran Secara Berjadual yang perlu dilunaskan oleh pihak Kerajaan
Negeri pada tahun 2020, maknanya tahun depan.
Terlebih dahulu saya ucap tahniah kepada Ketua BBC kita pada pagi ini dan juga kepada
semua Ahli BBC saya nampak segak dan smart sekalilah. Untuk makluman kita,
jawapannya ialah untuk Bayaran Tertangguh untuk projek tahun depan ialah sebanyak
dua projek dan empat projek untuk Bayaran Secara Berjadual.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
16
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama, pohon
diperincikan dua projek yang menggunakan Bayaran Tertangguh dan empat projek yang
menggunakan konsep Bayaran Secara Berjadual dan berapakah jumlah bayaran bagi
setiap satu projek ini untuk tahun 2020? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.
Sebenarnya kita ada enam projek keseluruhan.
1. Bayaran Tertangguh
BIL NAMA PROJEK KOS PROJEK (RM)
1 Projek Membina Sistem Bekalan Air Kuala
Terengganu Utara
RM1,305 juta
2 Projek Membaikpulih Dan Menaiktaraf Loji
Rawatan Air Di Bukit Sah, Kemaman
RM686 juta
2. Bayaran Berjadual
BIL NAMA PROJEK KOS PROJEK (RM)
1 Pembangunan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala
Nerus
RM600 juta
2 Pembangunan Muara Sungai Terengganu RM90 juta
3 Pembinaan Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri
Terengganu
RM95.50 juta
4 Cadangan Membentuk Dan Membina Dan
Menyiapkan Pembangunan Di Bandar Baru Kijal.
RM189 juta
Saya bacakan juga berkaitan dengan impak kewangan pada tahun hadapan. Projek
Kuala Terengganu Utara melibatkan RM108.82 juta dan di Kemaman berjumlah
RM129.63 juta dan tahun hadapan kita kena bayar Cukai GST sebanyak RM5.12 juta
pasal projek ini hak lama dah.
So, Projek Schedule Payment tahun hadapan kita kena bayar untuk Pembangunan Di
Kuala Nerus sebanyak RM70 juta. Muara Sungai Terengganu RM21.20 juta. Bangunan
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
17
Atlet RM24.71 juta dan di Bandar Baru Kijal RM44 juta. Keseluruhan kita kena bayar
RM403.48 juta. So, kita rasa dengan hutang yang besar ini lebih kurang RM400 juta
memanglah menjadi satu beban yang besar kepada Kerajaan Negeri kerana kita jangka
tahun hadapan pendapatan kita, kita agak dalam RM1.6 bilion sahaja. Hutang sahaja
dah RM400 juta bermakna 25% daripada pendapatan kita, kita kena bayar hutang yang
wajib kita bayar. Inilah yang menjadi permasalahan kepada kita dan keseluruhan rakyat
Negeri Terengganu.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, di antara projek yang dinyatakan ini, saya ingin merujuk
kepada Projek Loji Air Kuala Terengganu Utara. Difahamkan berlaku Tempoh Lanjutan
Masa buat kontraktor berkenaan, adakah dengan EOT yang telah diberikan oleh pihak
Kerajaan ini, mampu ataupun membolehkan pengurangan bayaran terhadap pihak
kontraktor daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih.
Untuk Projek Kuala Terengganu Utara iaitu pembinaan beberapa hal-hal yang berkaitan
dengan keperluan air di Kuala Terengganu, khususnya. Projek ini kita perlu bayar selama
12 tahun sebanyak RM108.82 juta setahun, cuma tahun depan kita kena bayar tax, jadi
kita lihat di tapak, bahawa projek ini siap sekitar 40%, yang mana, memanglah dia akan
mintak EOT (Extension of Time), kita akan insya-Allah bagi extension of time itu kerana
ada beberapa permasalahan di tapak dan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat
dari Tepoh tadi iaitu kita nak bincang balik, supaya oleh kerana projek ini terpaksa
dipanjangkan waktunya untuk disiapkan. Jadi cadangannya supaya kita bayarpun,
bayarannya boleh dikurangkan bukanlah RM1,305.84 juta mungkin boleh dikurangkan
kepada angka yang lebih kecil. So ini kita akan bincanglah dari masa ke semasa, insya-
Allah kita akan dapat angka-angka yang tersebut. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat, saya pindah
dan jemput Yang Berhormat wakil daripada…
YANG BERHORMAT DATO‟ HAJI SABRI BIN MOHD NOR (Wakil Langkap): Yang di-Pertua
boleh bagi satu soalan lagi, soalan tambahan saya nak tahu berapa projek yang mengikut
jadual, maksudnya projek yang deliver project dan projek yang ahead, berapa … terima
kasih.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
18
YANG BERHORMAT DR. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih
ADUN Langkap, berkaitan dengan projek air ini, kedua-dua projek iaitu berkaitan projek
deffered payment tadi, Kuala Terengganu Utara pun lewat disiapkan dan di Kemaman
pun lewat. Di Kemaman itu sepatutnya, saya lawat baru-baru ini diberitahu, insya-Allah
bulan 3 tahun 2020 akan siap, dan sekarang ini kita lihat 90% lebih sudah siap. So
kedua-dua projek tersebut memang ada kelewatan.
YANG BERHORMAT DATO‟ DI-PERTUA: Terima kasih, okey last-last…
YANG BERHORMAT DATO‟ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Boleh tambah lagi
Dato‟ Yang di-Pertua?
YANG BERHORMAT DATO‟ DI-PERTUA: Sila.. yang last…
YANG BERHORMAT DATO‟ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Terima kasih Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut
daripada Yang Berhormat EXCO. Tadi dimaklumkan bahawa kita mempunyai banyak
projek-projek yang terpaksa ditanggung oleh pihak Kerajaan dan sekaligus ianya
membebankan Kerajaan. Tapi pada pandangan saya, saya nak tanya Yang Berhormat
EXCO dan juga pihak Kerajaan projek-projek yang dimaklumkan tadi, contohnya Projek
Air di Kuala Nerus, Projek Pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus, Projek Muara Sungai
dan juga Projek Air di Kemaman, kita faham bahawa ini merupakan satu beban pada
pihak Kerajaan pada hari ini dan dulu pun kita tahu bahawa ini merupakan satu beban
yang sangat besar pada Kerajaan. Bukan sahaja kita tidak anggap Kerajaan belah sana
ke belah sini ke kalau kita memerintah, gitu juga membebankan juga. Tapi saya nak tahu
bahawa apakah projek-projek ini merupakan satu kepentingan kepada rakyat Negeri
Terengganu, itu sahaja saya nak tahu, terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat.
YANG BERHORMAT DR. HAJI MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima kasih
ADUN Telemong, kawasan saya tu, beginilah masa kita memerintah, PAS memerintah
tahun 1999 sehingga 2004, waktu itu tidak ada bentuk peseng macam ini, iaitu pinjam
dulu sebagaimana hari ini, bahawa orang muda hari ini keluar Universiti nak kerja tidak
dapat, dia buat pinjaman kereta, pinjaman perumahan akhirnya kadang-kadang tidak
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
19
dapat nak bayar, akhirnya jadi muflis. So masa kita memerintah dahulu tidak ada peseng
berhutang dengan bank ke ataupun dengan kontraktor sehinggalah perkara ini berlaku
pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 dan saya dapat maklumat, bandar, kita kata
Bandar Baru Kuala Berang pun hendak dipinjam wang untuk nak bina berkaitan dengan
pejabat-pejabat pentadbiran baru, dewan baru dan masjid baru. So, kita rasa walaupun
kita ada kepentingan untuk rakyat, tetapi tabiat meminjam dengan secara besaran yang
tidak mampu kita nak bayar, inilah yang boleh merosakkan kita dan rakyat itu sendiri.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih Yang Berhormat, saya
persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Burok.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di- Pertua soalan saya nombor 1 -
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan
Negeri bagi menambah hasil tangkapan nelayan bot kecil
(nelayan pesisir pantai)?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Menteri Besar, Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, tuan-tuan dan puan-
puan yang dihormati sekalian. Soalan Yang Berhormat Batu Burok berkaitan dengan
langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambahkan pendapatan
nelayan pesisir pantai di Negeri Terengganu.
Dato‟ Yang di-Pertua, maklum balas langsung daripada masyarakat nelayan kita,
membolehkan kita mengenalpasti apakah punca-punca yang menyebabkan merosotnya
pendapatan kepada nelayan pesisir pantai dan dengan maklumat yang lengkap ini,
membolehkan kita menyusun langkah dan tindakan yang tepat untuk menanganinya. Isu
utama yang dihadapi oleh nelayan pesisir pantai kita ialah kekurangan sumber ikan dan
hasil laut yang lain, dalam kawasan tangkapan nelayan pantai Zon A, 5 batu nautika
daripada pantai. Sepanjang jajaran pantai Negeri Terengganu sejauh 245 kilometer lebih
kurang, kawasan tangkapan nelayan pantai Zon A ini, telah berada pada Kod Amaran
Warna Merah, dengan makna sumber hasil perikanan kita sudah sangat kritikal kerana
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
20
itulah kita fokuskan kepada Program Memperkayakan Sumber Perikanan dengan
memperbanyakkan program labuh tukun dan labuh unjam.
Setakat tahun 2018 dan 2019, kita telah melabuhkan tukun konkrit yang beratnya di
antara 8 hingga 15 tan memadai setiap satu bongkah tukun di Perairan Kuala Besut,
Perairan Merang di kawasan laut Bidong dan juga Perairan Pulau Nerus, dalam masa
yang sama kita sokong lagi program melabuhkan tukun ini dengan mengadakan Program
Unjam Komuniti bersama dengan komuniti nelayan setempat dan di antaranya kita telah
menyempurnakan program labuh unjam di Pantai Benting Lintang di Besut, Pantai Rhu
Sepuluh di Setiu, Pantai Marang dan juga di Paka di Dungun. Berbaki satu lagi program
labuh unjam untuk tahun ini, insya-Allah di Perairan Pulau Redang sebelum daripada kita
menutup kalendar program memperkayakan sumber perikanan. Dalam masa yang sama
kita juga memanfaatkan bot-bot nelayan asing yang telah dilucuthak oleh mahkamah
untuk ditenggelamkan bagi dijadikan tukun, yang terbaru, kita telah menenggelamkan
sebanyak lima buah bot nelayan asing yang telah dilucuthak oleh mahkamah di kawasan
Perairan Pulau Kapas. Program memperkayakan sumber perikanan ini, kita akan teruskan
lagi pada tahun yang akan datang, dan insya-Allah akan ada tambahan satu lagi jenis
tukun yang dinamakan Rig To Reef dengan makna kita nak manfaatkan pelantar-pelantar
minyak yang telah habis tempoh perkhidmatannya yang telah dinyahtauliah untuk kita
labuhkan bagi dijadikan tukun.
Isu kedua Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua ialah isu pencerobohan sama ada
pecerobohan daripada nelayan asing atau pencerobohan nelayan pukat tunda Zon B ke
dalam kawasan tangkapan nelayan Zon A, sama ada pukat tunda tempatan atau pukat
tunda daripada bot-bot negeri-negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang yang
menceroboh ke dalam kawasan tangkapan nelayan Zon A Terengganu. Tugas
penguatkuasaan bukanlah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, tetapi kita bertindak
sebagai perantara dengan Kerajaan Persekutuan kerana yang menjadi mangsa ialah
nelayan kita dan nelayan kita dengan jajaran pantai yang panjang dan terbuka
menjadikan mereka ialah yang paling berisiko terdedah kepada bahaya pencerobohan,
kerana itu kita telah tekankan berkali-kali dalam perbincangan, dalam mesyuarat dengan
pihak Kerajaan Persekutuan supaya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat
dalam penguatkuasaan di laut disatukan di bawah satu operasi secara besar-besaran
dengan satu pengarahan sepaya semua aset dan kelengkapan boleh dimanfaatkan secara
yang paling optimum dan alhamdulillah Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Ops-
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
21
Naga yang menggabungkan APMM, TLDM, Polis Marin, Jabatan Laut dan juga Jabatan
Perikanan dan kita boleh nampak bagaimana keberkesanan dan jumlah bot-bot nelayan
asing yang ditahan meningkat dengan mendadak.
Seterusnya Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, di antara isu juga yang dihadapi oleh
nelayan pesisir pantai kita yang mengehadkan sumber pendapatan mereka ialah
kekurangan penggunaan peralatan moden seperti SONAR dan GPS yang boleh
dimanfaatkan untuk mengesan lokasi unjam, lokasi tukun di mana terdapatnya banyak
sumber perikanan. Kekurangan ini adalah masalah utamanya kerana masalah dana,
kerana itu kita telah membuka ruang kepada nelayan kita untuk memanfaatkan Skim
Bantuan Modal Tani yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 29 Januari yang
lepas untuk dimanfaatkan bagi pembelian alat-alat ini dalam bentuk pinjaman mudah
tanpa faedah, dalam masa yang sama Jabatan Perikanan, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Perikanan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bentuk hands-on
bagi memahirkan nelayan kita dengan penggunaan teknologi moden yang kita harapkan
dengan penggunaan teknologi moden ini akan bantu meningkatkan pendapatan mereka
termasuk juga kursus-kursus yang kita anjurkan ialah kursus untuk memahirkan nelayan-
nelayan pesisir pantai khususnya keluarga mereka terlibat dalam Industri Kecil dan
Sederhana yang berasaskan kepada sektor perikanan.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, kita juga mempunyai masalah
berkaitan dengan fasiliti pendaratan yang perlu diperbaiki supaya pendaratan hasil
tangkapan laut kita boleh dikendalikan dengan baik dan penyimpanan ikan boleh dibuat
secara bersepadu dan moden bagi kita mengurangkan risiko kehilangan selepas
tangkapan (post harvest losses) dengan izin dan kita di Negeri Terengganu ada satu
pelabuhan perikanan, tujuh kompleks perikanan dan juga 15 jeti pendaratan. Kerajaan
Negeri pada tahun ini, telah melaksanakan 2 program untuk kita meningkatkan beberapa
fasiliti di jeti-jeti pendaratan dan kompleks perikanan, di antaranya kita sedang membina
rumah sejuk beku (Cool Room) dengan izin dan juga tempat baiki bot (Slip Way) bagi
kegunaan nelayan Marang yang telah dimulakan projek pembinaannya dan kita
jangkakan insya-Allah akan disiapkan menjelang awal tahun hadapan.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, kalau boleh ringkaskan
sikit sebab kita ada masa satu jam sahaja untuk soalan-soalan lisan, mungkin boleh
masukkan dalam ucapan penggulungan nanti.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
22
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Sebab soalan umum, Dato‟
Yang di-Pertua…
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang kelima ialah pasal
nelayan supaya kita pendekkan rantaian pengeluaran daripada nelayan terus kepada
pengguna, nelayan boleh dapat margin harga yang lebih baik dalam masa yang sama
pengguna boleh dapat hasil laut yang segar dengan harga yang lebih rendah. Bagi tahun
2019 kita telah menubuhkan 7 pasar nelayan yang melibatkan seramai 84 orang peserta
dan yang akhir sekali kita juga menekankan soal kebajikan nelayan supaya mereka boleh
hidup dengan lebih selesa terutamanya dalam masalah perumahan. Bagi tahun 2019
Kerajaan Negeri telah dalam proses untuk melaksanakan projek perumahan penempatan
semula nelayan dan kita telah menyiapkan kerja-kerja tanah untuk projek perumahan
bagi penempatan semula nelayan di Benting Lintang di Besut, di Seberang Penarik di
Setiu dan juga di Pulau Sekepeng, di Kemaman dengan kos daripada Kerajaan Negeri dan
kos pembinaan rumah akan ditampung dengan dana daripada Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia. Terima kasih Dato‟ Yang di-Pertua.
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu Burok): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, soalan tambahan nombor satu, pertamanya, terima
kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan dan menyatakan
dengan terperinci langkah-langkah dan kaedah-kaedah yang diambil untuk membantu
dan menolong nelayan kecil di pesisir pantai. Soalan tambahan saya ialah sebagaimana
yang kita maklum setiap kali tibanya musim tengkujuh sudah tentu ia akan menjejaskan
nelayan-nelayan kecil ini yang melibatkan tidak kurang daripada 2,000 orang nelayan
kecil di seluruh Negeri Terengganu, dan salah satu aktiviti dan cara yang mereka ambil
ialah melalui aktiviti pukat tunda bagi Zon A dan kita mengetahui bahawa di sana ada
sedikit masalah yang melibatkan kelulusan ataupun lesen daripada Kerajaan Pusat.
Soalannya ialah apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
mengatasi masalah ini.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato‟ Yang
di-Pertua, pukat tunda musim tengkujuh ada satu jenis lesen khas yang diberikan
kebenaran untuk nelayan Zon B menangkap hasil laut menggunakan pukat tunda dalam
kawasan tangkapan nelayan Zon A dalam musim tengkujuh di antara bulan Disember
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
23
hingga bulan Februari khususnya untuk menangkap udang. Sebenarnya di pihak Kerajaan
Negeri bersama dengan Jabatan Perikanan di atas beberapa jusfikasi kita memberikan
sokongan kepada semua permohonan daripada nelayan Terengganu untuk mendapatkan
lesen pukat tunda musim tengkujuh ini, tetapi kelulusannya tertakluk kepada ibu Pejabat
Perikanan di Putrajaya, jusfikasi kita kerana hasil udang ini hanyalah mari ke kawasan
pesisir pantai kita khususnya pesisir pantai Negeri Terengganu kerana beberapa faktor
perubahan arus dan ombak, jadi hasil udang ini ada macam rezeki yang datang ke tepi
pantai, kita rasa tidak wajar kalau sekiranya kita sekat dia daripada dijadikan sumber
rezeki nelayan kita, dalam masa yang sama ada beberapa garis panduan yang ketat
supaya penggunaan pukat tunda ini, dia tidak memusnahkan sumber dan sama juga bagi
tahun ni Pejabat Perikanan bersama dengan Kerajaan Negeri sekali lagi memberikan
sokongan kepada permohonan supaya isu-isu berbangkit pada tahun lepas tidak lagi
berulang pada tahun ni. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Sila..
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut):
Terima kasih Yang Dato‟ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, difahamkan sekarang ini,
Jabatan Laut ataupun dulu dipanggil Jabatan Laut ataupun sekarang ini dipanggil Taman
Laut Malaysia sekarang ini diletakkan di bawah Jabatan Perikanan dan kita semua sedia
maklum bahawa antara tugas Taman Laut ini juga mengurus, memelihara dan
melindungi biodiversiti marin dan juga memelihara habitat marin yang rosak dan juga
pelbagai lagi hidupan marin. Jadi apakah perancangan ataupun langkah-langkah pihak
Kerajaan Negeri dalam usaha memperhebatkan lagi dan memperbanyakkan lagi sumber
marin. Macamana Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perikanan dan mengambil peluang
bila tengok Taman Laut ini sama-sama dengan Perikanan dan untuk memperkayakan lagi
hasil sumber marin di Negeri Terengganu, terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih atas
keprihatinan Yang Berhormat Kuala Besut terhadap isu sumber hasil marin kita, kita di
Negeri Terengganu ada sebanyak 13 buah pulau, majoriti daripada pulau ini telah
digazettekan sebagai Taman Laut dan di antara ciri Taman Laut ini 1 batu nautika di
sekeliling pulau dikira sebagai zon larangan tangkapan untuk apa saja jenis peralatan
menangkap ikan supaya ia menjadi satu tempat pembiakan dan menjadi satu tempat
untuk sumber perikanan yang dikayakan dan penguatkuasaan alhamdulillah berlaku
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
24
dengan cara berkala dan kita yakin kita boleh minimakan dari segi pencerobohan kepada
kawasan-kawasan Taman Laut kita.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih, saya persilakan seterusnya
soalan dari Yang Berhormat ADUN Kijal.
YANG BERHORMAT DATO‟ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabaratuh. Yang Berhormat Dato‟
Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama-
Berapakah Hasil Petroleum dan Gas yang dibayar kepada
Kerajaan Negeri Terengganu sehingga akhir September
2019.
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabaratuh. Dato‟ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat soalan satu
daripada ADUN Kijal adalah mengenai berapakah hasil petroleum dan gas yang dibayar
kepada Kerajaan Negeri Terengganu sehingga akhir September 2019. Sebelum saya
menjawab soalan ini saya ada satu pantun.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Sila Yang Amat Berhormat
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR:
Babi berenang dari Kalimantan
Gajah berlawan rumput sengsara
Terima kasih di atas soalan
Kini saya aturkan bicara
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, jumlah hasil petroleum dan gas yang dibayar kepada
Kerajaan Negeri Terengganu sehingga akhir September 2019 ialah berjumlah
RM1,277,132,808.00. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, soalan tambahan, pihak manakah yang membayar
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
25
sejumlah RM1.2 juta hasil minyak royalti. Pihak yang membayar, Kementerian Kewangan
atau Petronas?
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan
tambahan, pihak yang membuat pembayaran itu adalah daripada MOF (Kementerian
Kewangan).
YANG BERHORMAT DATO‟ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dato‟ Yang
di-Pertua, dulu diwar-warkan bahawa Kerajaan Pusat telah membayar royalti kepada
Kerajaan Negeri di mana ramai Wakil-Wakil Rakyat menyatakan Kerajaan telah menerima
royalti, malahan ada banner-banner yang naik merata tempat “terima kasih kerana dapat
berjuang mengembalikan royalti”. Tapi kalaulah MOF masih membayar bermakna royalti
belum dikembalikan. Ini bermakna masih lagi Dana Khas. Mohon penjelasan Dato‟ Yang
di-Pertua.
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Memang dalam surat
pembayaran yang dibuat pada kali terakhir iaitu pada 18 September 2019 ianya disebut
sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau (DKKP) dan ini adalah pemberian kedua
bagi tahun 2019 yang berjumlah RM516,842,803.00 Pun begitu ada kekeliruan
sebenarnya, saya rasa bagi pihak Kerajaan Pusat sendiri kerana dalam Mesyuarat Majlis
Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu
Majlis Kewangan Negara, mesyuarat yang pertama selepas PRU Yang Ke-14 pada 7 Jun
2018 ianya disebut sebagai Wang Tunai Petroleum tetapi apabila dibuat pembayaran
kadangkala digunakan terma DKKP atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan dan
kadangkala juga digunakan istilah Wang Tunai Petroleum. Jadi setakat ini begitu reply
daripada Kerajaan Pusat.
YANG BERHORMAT DATO‟ SERI DR. HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, perjanjian kita adalah dengan Petronas yang menerima
royalti atau hasil petroleum, minyak dan gas di Terengganu. Tetapi kalau masih lagi
dibayar oleh Kementerian Kewangan ia bermakna bukan royalti. Adakah, saya tak tahu
sama ada Menteri Kewangan tak patuhi kehendak Perdana Menteri ataupun sebaliknya.
Ini yang berlaku Dato‟ Yang di-Pertua. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Ya.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
26
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih pada respon
daripada Yang Berhormat. Apa yang berlaku di Putrajaya di antara pihak Yang
Berhormat Menteri dan Kabinet serta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah di
luar pengetahuan kita. Apapun kita berharap agar apa jua masalah yang timbul di
kalangan pihak-pihak di Putrajaya itu tidak memberi kesan kepada kita dan Kerajaan
Negeri senantiasa mencari jalan bagaimana untuk memastikan wang royalti itu tetap
kembali ke Negeri Terengganu dan kita juga walaupun Ahli-ahli Yang Berhormat ada
membaca bahawa pihak Menteri Hal Ehwal Ekonomi ada membuat tweet baru-baru ini
pada 30 Oktober 2019 juga jawapan di Dewan Rakyat bahawa pembayaran terus wang
petroleum ini kepada akaun Kerajaan Negeri oleh Petronas akan bermula pada tahun
2020. Kita juga hanya menerima daripada laporan akhbar dan juga tweet daripada
Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga jawapan kepada soalan di Dewan Rakyat. Pihak
Kerajaan Negeri belum lagi menerima apa-apa makluman dari segi surat ataupun apa-
apa Pekeliling daripada pihak Putrajaya dalam hal ini, kita masih menunggu. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang
saya persilakan Wakil Sura untuk kemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua. Soalan
saya yang pertama-
Apakah bentuk insentif yang ditawarkan oleh pihak
Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju perumahan untuk
merancakkan lagi pembinaan rumah mampu milik kepada
rakyat?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam
sejahtera. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato‟ Seri Menteri
Besar, Barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan dan Pemerhati sekelian.
Soalan yang dikemukakan oleh ADUN Sura boleh digabungkan dengan soalan-soalan
daripada Buluh Gading dan Wakil Manir. Untuk makluman Pemerhati sekalian, Wakil Sura
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
27
ingin tahu apakah bentuk insentif yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada
pemaju-pemaju perumahan untuk merancakkan lagi pembinaan rumah mampu milik
kepada rakyat Negeri Terengganu khususnya sementara Wakil Manir ingin tahu
berapakah bilangan Projek Perumahan Mampu Milik yang sedang diusahakan dan Wakil
daripada Buluh Gading pula ingin tahu setelah diperkenalkan dasar perumahan baharu
negeri, berapa buahkah syarikat pemaju yang berminat untuk menyambut tawaran
tersebut dalam merancakkan pembinaan rumah untuk rakyat. Semuanya berkisar soalan
berkaitan dengan dasar baharu Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu. Dasar yang kita
perbaharui daripada dasar yang diluluskan tahun 2017, antaranya apa yang kita tambah
baik, saya tidak kata dasar dahulu itu tidak baik sepenuhnya, cuma kita menambahbaik
kerana kita menerima banyak rungutan daripada pemaju yang mereka tidak berdaya
maju ataupun tidak mendapat keuntungan bila mereka membina Rumah Mampu Milik
ataupun mereka terpaksa memberi cross subsidi yang begitu besar sehingga keuntungan
daripada projek komersil mereka tidak dapat menampung kekurangan tersebut.
Kelmarin kita telah membuat satu dasar;
1. Memilih cadangan tapak yang akan kita berikan kepada pemaju swasta, untuk
Rumah Mampu Milik ini tapak yang kos infrastrukturnya yang minima. Kita ada
banyak pilihan tanah-tanah, ada yang dalam lembah dan sebagainya tetapi kita
pilih untuk yang pemaju berminat untuk membuat Rumah Mampu Milik, tanah
yang dekat dengan jalan utama dan tidak perlu menambun begitu banyak.
2. Kadar kelulusan fi kebenaran merancang (KM), yang lebih rendah berbanding
dengan jenis rumah yang biasa.
3. Kebenaran mula kerja awal untuk ground beam tanpa melibatkan perubahan
susun atur bangunan.
4. Dikecualikan penyediaan kemudahan sistem pengumpulan air hujan (SPAH) bagi
Rumah Mampu Milik jenis A sahaja.
5. Dikecualikan syarat pemasangan kemudahan komunikasi.
6. Permohonan pertimbangan pelan ke Jabatan Pusat Setempat (OSC) didahulukan
ataupun dipercepatkan di semua PBT.
7. Nama-nama pemohon berjaya akan diberikan kepada pihak pemaju lebih awal
iaitu setelah kemajuan projek 25%, supaya tidak berlaku kelewatan pihak pemaju
menerima bayaran dari pihak bank-bank pembiaya.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
28
Dan yang menarik dalam dasar baru kita ini ialah, kita telah memberikan suatu
keistimewaan lot tapak Rumah Mampu Milik jenis A hanya dengan premium RM1,000.00
sahaja dan tidak ada apa-apa sumbangan lain daripada pemaju kepada pihak Kerajaan
sama ada Lembaga Tabung Amanah Warisan dan sebagainya dan juga harga jualan
dinaikkan daripada RM68,000.00 sebelum ini kepada RM80,000.00. Ini untuk
mengurangkan kos subsidi yang terpaksa ditanggung oleh pihak pemaju, tetapi ditambah
dengan membina garaj. Garaj ataupun porch di setiap Rumah Mampu Milik, kalau kita tak
binapun, dia bina juga, yang dibina dengan cara yang tidak teratur akan menyakitkan
mata memandang rumah yang bila siap nanti. Itu antara galakan ataupun inisiatif,
insentif yang kita bagikan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik jenis A. Kalau saya
baca panjang lagi, tak apa, padan situ dulu. Saya nak jawab pula soalan yang berkaitan
dengan daripada Buluh Gading, ditanya berapa syarikat setakat ini setelah diperkenalkan
dasar baharu ini, lima buah syarikat telah mengemukakan proposal masing-masing dan
sebahagian telah kita luluskan dan ada dalam proses untuk kita bawa ke MMKN iaitu
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan. Sementara menjawab soalan daripada
Manir, berapa bilangan projek, ini tadi bilangan syarikat, sekarang bilangan projek Rumah
Mampu Milik yang sedang diusahakan. Bilangan projek yang sedang diusahakan adalah
sebanyak 8 projek buat masa ini di seluruh Negeri Terengganu. Terima kasih Yang di-
Pertua.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan tambahan
pertama, Yang Berhormat Yang di-Pertua, daripada 5 buah syarikat yang dinyatakan tadi,
bolehkah pihak Kerajaan menyatakan syarikat mana dan di daerah mana cadangan
pembinaan tersebut dan apakah status sehingga kini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Terima kasih
Wakil Sura. Setakat ini bilangan nama syarikat yang telah bawa proposal kepada kita, 3
di Kemaman, iaitu Tulangis Sdn. Bhd., Brandlink Sdn. Bhd., KZ Berkat Sdn. Bhd. dan 1
lagi Wanland Metro Sdn. Bhd. dan juga Prima Wahyu Sdn. Bhd. Untuk progresnya setakat
ini 4 projek telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu 3 di Kemaman
iaitu di Mak Lagam, Tulangis, Brandlink, KZ Berkat. Wanland telah diluluskan terlebih
dahulu dan telah memulakan projek mereka di Bukit Cina, Hulu Besut. Yang dalam
cadangan lagi, adalah antaranya ialah di Cadangan Pembangunan Rumah Bercampur di
kawasan Dendong, Mukim Tembila Daerah Besut, di Kampung Putrajaya, Setiu, Hulu
Telemong, Daerah Hulu Terengganu dan di Kampung Tok Dor, Besut. Itulah antara
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
29
syarikat-syarikat dan juga projek-projek yang sedang berjalannya adalah yang saya sebut
di Hulu Besut, Bukit Cina sudah berjalan, baru berjalanlah, progres pun tak berapa
banyak lagi tapi yang tiga lagi telah diluluskan, dia belum mula lagi. Itu di Kemaman,
yang lain dalam proses kita nak membawa kepada MMKN untuk diluluskan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Dato‟ Yang
di-Pertua, saya ada satu soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato‟
Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat EXCO ada sebut antara insentif yang diberikan
kepada pemaju ialah kadar kelulusan fi kebenaran merancang yang rendah kepada jenis
perumahan yang lain. Boleh Yang Berhormat EXCO menjelaskan dengan lebih lanjut dan
bagaimana jika dibandingkan dengan sebelum daripada ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Sebelum ini kita
menerima banyak rungutan daripada pemaju bahawa untuk mendapatkan kelulusan
MMKN ini memakan masa yang begitu lama, sampai ada yang setahun, dua tahun dan
sebagainya. Maka dengan insentif baru ini, kita memendekkan tempoh kelulusan ini
mengikut bilangan projek. Saya minta maaflah, dulu saya dah jawab dalam Dewan
tentang berapa tempoh untuk berapa unit rumah, berapa masa yang diperlukan. Ada
yang sebelum sebulan, kurang daripada sebulan diluluskan, ada yang sampai 42 hari dan
kalau projek yang besar sampai setahun. Itu sudah, saya ingat soalan, saya tidak ada
kertas itu pada hari ini, tetapi sekarang sudah dijawab keputusan yang lalu antara
perkara-perkara yang kita nak percepatkan supaya Kebenaran Merancang dapat
dipercepatkan dan projek boleh dimulakan dengan segera. Juga ada kita pertimbangkan
juga dalam kes kebenaran merancang ini ialah harga ataupun kadar fi yang kita luluskan
supaya memudahkan pihak pemaju menjelaskannya. Cuma saya minta maaf berapa
harga yang sebenarnya tidak dapat diberi pada masa ini. Kalau perlu saya boleh bagi
notis, insya-Allah.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Sekarang saya jemput
Wakil Buluh Gading.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
30
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua. Soalan
saya, soalan pertama-
Bagaimanakah Persediaan Kontijen Terengganu Untuk
Mengekalkan Kejuaraan SUKMA 2020 di Johor Darul
Takzim?
YANG BERHORMAT HAJI WAN SUKAIRI BIN WAN ABDULLAH (Wakil Wakaf Mempelam):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Buluh Gading.
Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat MMKN dan
seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah sekelian. Ketua-ketua Jabatan dan
Pemerhati dan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian. Soalan daripada
Buluh Gading berkenaan dengan persediaan Kontijen Terengganu bagi mengekalkan
kejuaraan SUKMA 2020 yang akan diadakan di Johor Darul Takzim. Untuk pengetahuan
Ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir dalam sidang DUN pada pagi ini, Kerajaan
Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telahpun membuat persiapan
awal bagi menghadapi SUKMA 2020 di Johor Darul Takzim nanti sebaik sahaja selepas
daripada selesai SUKMA 2018 di Perak sebelum daripada ini. Dan ianya bermula dengan
satu program penyediaan pelan tradisasi yang telahpun dianjurkan pada 30 November
hingga 2 Disember 2018 yang lalu yang melibatkan seramai 100 orang pakar, jurulatih
termasuk pegawai-pegawai sukan daripada 24 jenis sukan yang dipertandingkan dengan
diselia oleh seorang pakar yang kita jemput daripada UiTM dan di dalam program
tersebut mereka telahpun menyediakan satu Program Latihan Berstruktur yang
melibatkan semua komponen latihan. Di antaranya berkenaan dengan latihan fizikal,
latihan kemahiran, pendedahan pertandingan, latihan-latihan pendek dengan pasukan-
pasukan yang lain, kem-kem motivasi dan juga pengelolaan pertandingan yang diadakan
bertujuan untuk mencukupkan bilangan pertandingan yang diperlukan. Dan untuk
membuktikan kesungguhan Kerajaan bagi mengekalkan kejuaraan SUKMA 2020 nanti,
Majlis Sukan Negeri Terengganu juga telah melancarkan satu tagline yang baru, khusus
untuk persiapan ini iaitulah 2020 Victory Mission yang telahpun dilancarkan pada 09 April
2019 yang lalu bersempena dengan Anugerah Majlis Sukan Negeri Terengganu yang
telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. Dan di dalam
program penyediaan atlet dan kontijen Negeri Terengganu untuk SUKMA 2020 nanti juga,
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
31
kita telah menggabungkan di antara strategi-strategi lama yang telahpun terbukti
keberkesanannya sewaktu kita muncul juara keseluruhan dan juga dengan strategi-
strategi yang baru untuk memberikan impak yang tinggi bagi persiapan kali ini bagi
menghadapi SUKMA 2020 yang kita jangkakan akan lebih mencabar berbanding 2018.
Dan strategi-strategi ini kita rumuskan dalam enam kunci utama;
i. Pemilihan atlet yang tepat
ii. Komitmen dan penyediaan program latihan yang menyakinkan
iii. Komponen latihan yang lengkap
iv. Latihan yang berkesan
v. Ujian dan penilaian berterusan
vi. Sistem dan pelaksanaan pemantauan yang berkesan.
Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading): Yang Berhormat
Dato‟ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Apakah asas utama yang
digunapakai oleh pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam penyediaan atlet yang
tepat sebagaimana yang disebutkan tadi, penyediaan atlet SUKMA yang tepat bagi
merealisasikan kemenangan SUKMA 2020 di Johor nanti dan bolehkah Yang Berhormat
EXCO menjelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan penyediaan
program latihan yang meyakinkan sepertimana yang disebutkan tadi. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI WAN SUKAIRI BIN WAN ABDULLAH (Wakil Wakaf Mempelam):
Terima kasih Yang Berhormat Buluh Gading. Seperti yang telahpun saya maklumkan
bahawa di antara strategi yang kita gunakan untuk menghadapi SUKMA 2020 nanti
adalah pemilihan atlet yang tepat. Untuk pengetahuan Dato‟ Yang di-Pertua dan semua
Ahli-ahli Yang Berhormat, asas utama yang kita ambil untuk memilih atlet-atlet ini, kita
gabungkan dalam tiga kumpulan yang utama. Yang pertamanya iaitulah kumpulan atlet
sasaran pingat untuk SUKMA 2020, yang keduanya kumpulan atlet muda yang bakal
menyertai SUKMA 2020 nanti dan insya-Allah bakal menyumbang pingat untuk 2020 dan
juga untuk 2022 yang akan datang seterusnya kumpulan junior yang baru, yang kita
telahpun kenalpasti untuk juga masukkan mereka dalam SUKMA kali ini untuk diberikan
pendedahan seterusnya untuk membekalkan mereka dengan SUKMA 2024 yang akan
datang ini. Dan antara strategi lain yang kita gunakan untuk pemilihan atlet ini iaitulah
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
32
mengenalpasti semua atlet daripada semua daerah yang ada dan pelaksanaan program
Kejohanan SUTERA 2019 yang lalu adalah di antara apa yang telahpun kita lakukan untuk
mengenalpasti atlet-atlet yang mewakili daerah-daerah untuk diserap masuk dalam
SUKMA yang akan datang ini. Seterusnya atlet yang kita juga berikan penekanan iaitulah
atlet yang mempunyai ketahanan diri dan juga daya juang yang tinggi yang sanggup
memberikan komitmen yang sepenuhnya. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya terpaksa hadkan masa.
Saya nak jemput terus kepada Wakil Manir. Kita kesuntukan masa, Wakil Manir untuk
kemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, soalan saya nombor
1-
Apakah usaha Kerajaan bagi memulihkan GLC yang
berprestasi rendah?
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Assalamu‟alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada ADUN Manir di atas soalan mengenai
apakah usaha Kerajaan bagi memulihkan GLC yang berprestasi rendah. Jawapannya
agak Panjang sebenarnya, saya cuba akan ringkaskan kepada perkara-perkara yang
mustahak secara umum. Inisiatif yang telah dilakukan oleh Terengganu Inc. bagi
memulihkan GLC yang berprestasi rendah di bawah Kumpulan Terengganu Inc.,
antaranya adalah;
1. Pelaksanaan Group Business Plan and Budget dengan izin Kumpulan Terengganu
Inc. yang merupakan inisiatif tahunan bagi menilai strategi dan pelan tindakan
setiap anak syarikat di bawah Terengganu Inc., agar prestasi kewangannya
adalah selari dan sejajar dengan matlamat yang telah digariskan oleh Kumpulan
Terengganu Inc.
2. Pelaksanaan Kajian Prestasi Separuh Penggal (Mid Year Review Performance)
dengan izin bagi setiap anak syarikat bagi memastikan prestasi berada di atas
landasan yang betul.
3. Pelaksanaan Corporate Exercise seperti Re-Alignment Exercise dengan izin yang
melibatkan penstrukturan semula, penggabungan dan pengambilalihan syarikat.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
33
Selain daripada itu, Recovery Plan dengan izin dilaksanakan bagi memastikan
pemulihan prestasi kewangan anak syarikat yang mengalami masalah aliran tunai
dan kerugian yang berterusan.
4. Penekanan dalam tadbir urus korporat yang baik atau Good Corporate
Governance dengan izin dalam pentadbiran syarikat.
5. Menitikberatkan amalan Hi-Performance Culture dengan izin di peringkat
Kumpulan Terengganu Inc. dan yang seterusnya,
6. Pemantauan secara berterusan melalui Business Recovery Committee (BRC) yang
merupakan inisiatif dalaman pengurusan Terengganu Inc. bagi menambahnilai
dan merangka strategi pemulihan bagi syarikat yang mengalami masalah aliran
tunai dan kerugian yang berterusan.
Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat Dato‟ Yang
di-Pertua, melihat kepada jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita
dapat melihat bagaimana audit yang dilakukan ke atas GLC-GLC Kerajaan yang mungkin
disifatkan sebagai kurang berdaya saing, kita mengharapkan GLC-GLC ini dapat
dipulihkan agar peluang-peluang pekerjaaan atau pekerjaan-pekerjaan yang sedia ada
dapat dipertahankan dan ditambah dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan
datang. Soalan saya di antaranya, apakah Kerajaan bercadang untuk melakukan suntikan
modal tambahan kepada GLC-GLC tersebut jika sekiranya dapat diihat adanya mutu
perkembangan yang baik ke atas GLC-GLC tersebut kerana dengan modal yang terhad,
kita melihat GLC-GLC walaupun berdaya saing, mungkin akan mengalami, lambat
dipulihkan, dengan modal yang kurang itu, yang menyebabkan GLC-GLC ini, mungkin
kurang berdaya saing walaupun dia ada potensi. Terima kasih.
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Terima kasih di atas soalan
tambahan. Memang Kerajaan Negeri menyedari kepentingan anak-anak syarikat di bawah
Terengganu Inc. untuk berdaya saing dan mencapai prestasi ekonomi yang terbaik
kerana dalam masa yang sama ianya akan boleh menyumbang kepada Kerajaan Negeri
dan kepentingan rakyat Negeri. Walaupun begitu, proses ini akan mengambil sedikit
masa kerana kita belum membuat beberapa Re-Alignment Process dengan izin dan juga
restructuring sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Pengkategorian yang dibuat
terhadap anak-anak syarikat ini juga membantu sebenarnya, bagaimana untuk kita
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
34
menangani masalah-masalah yang ada itu mengikut kumpulan atau segmen kekuatan
atau kelemahan anak-anak syarikat ini dan persoalan sama ada suntikan daripada
Kerajaan kepada anak-anak syarikat ini dalam bentuk Capital Expenditure atau CAPEX
ataupun Operation Expenditure ataupun OPEX ini adalah bergantung kepada setakat
mana kita boleh berjaya untuk memulihkan kedudukan syarikat-syarikat ini. Walaupun
sebenarnya kita tidak nafikan bahawa ada anak-anak syarikat ini yang perlu mengalami
suntikan sama ada yang terutamanya dari segi capital expenditure ataupun CAPEX untuk
membolehkan ianya berdaya saing di pasaran luar. Ianya tidak akan dijadikan sebagai
suatu peraturan umum bahawa kita akan mesti untuk melakukan suntikan, tetapi kita
akan tengok satu persatu ataupun case to case basis dengan izin terhadap keperluan
kewangan anak-anak syarikat ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya walaupun dah agak
lewat, saya pergi terus kepada soalan yang terakhir, saya nak jemput Wakil Hulu Besut.
Wakil Hulu Besut, sila. Soalan ini soalan yang terakhir.
YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang Berhormat Yang
di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1 -
Apakah Program Baru Bagi Membantu Penjaja Dan Peniaga
Kecil di Terengganu?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN ABD RAHMAN (Wakil Kota Putera):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Dato‟ Seri Menteri Besar, Rakan-rakan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli
yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi-agensi Negeri dan Persekutuan, Wakil-
wakil Media dan Pemerhati serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekelian.
Assalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan daripada Yang Berhormat Hulu
Besut, berbunyi apakah program baru yang membantu penjaja dan peniaga kecil di
Negeri Terengganu. Alhamdulillah pada tahun 2019, program baru yang khusus kepada
penjaja dan peniaga kecil ialah Dana Usahawan Industri Mikro Terengganu atau
ringkasannya DUIT, iaitu program gerai maju dan bantuan perniagaan kepada peniaga-
peniaga kecil. Bantuan ini berbentuk geran dan maksima peruntukannya, jumlahnya
adalah sebanyak RM5,000.00 berdasar kepada penelitian pihak kami untuk memastikan
jumlah tersebut daripada RM1,000.00 ke RM5,000.00 berdasar kepada perniagaan
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
35
mereka. Pihak kerajaan juga memperkenalkan di dalam bulan Ramadan baru ini, iaitu
satu skim pinjaman khas Bazar Ramadan (short term loan) dengan izin bagi membantu
penjaja dan peniaga kecil membeli bahan mentah dan produk jualan mereka dan insya-
Allah program ini akan dilanjutkan pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, soalan yang dijawab oleh
Yang Berhormat tadi gabung sekali dengan soalan daripada Batu Burok pada
25 haribulan sekali gus ke?
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN ABD RAHMAN (Wakil Kota Putera):
Ya betul.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Okey, sila…
YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Soalan tambahan
sayanya semenjak daripada selepas Pilihanraya, saya perhatikan penjaja kecil kita,
peniaga, pada sayalah tempat-tempat yang boleh menjejaskan imej Terengganu.
Contohnya makin ramai meniaga di tempat traffic light, di depan bank. Ini
menampakkan seolah-olah penjaja ataupun penjaja kecil di Terengganu tidak sejahtera di
dalam perniagaan mereka. Jadi apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri supaya
dilihat rakyat Terengganu ini lebih sejahtera.
YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN ABD RAHMAN (Wakil Kota Putera):
Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Soalan yang dikemukakan pada
pengakhiran sidang lepas, saya rasa soalan yang lebih kurang sama berkenaan dengan
penjaja di traffic light dan pada waktu itu, saya telah menjawab bahawa pandangan itu
berdasar kepada daripada sudut mana kita melihat dan sepertimana persoalan dulu juga,
menyebut bahawa kelihatan macam tidak terurus, kembali kepada mengikuti peniaga-
peniaga di negara-negara jiran seumpamanya. Jadi pihak Kerajaan telah mengambil
inisiatif perkara tersebut dan dalam jawapan saya pada ketika itu, kalau Yang Berhormat
ingat, saya mengatakan bahawa saya melihat perkara ini satu usaha yang kreatif kepada
peniaga-peniaga kecil kita yang mencari pendapatan, approach dia tu pergi kepada
pelanggan, bukan menanti pelanggan datang kepada mereka dan hasilnya alhamdulillah,
memang bila saya dan agensi kita bertemu dengan mereka, pendapatannya memang
baik. Cuma apabila kita di peringkat Kerajaan ingin membuat perkara itu secara legal,
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
36
pihak kita telah dinasihatkan untuk tidak membenarkan kerana peraturan di peringkat
Persekutuan, adalah mana-mana, tidak membenarkan sebarang aktiviti penjualan dan
pembelian di traffic light dan persimpangan-persimpangan jalan kepada peniaga-peniaga
dan pemandu-pemandu kenderaan.
Jadi atas nasihat itu, pihak Kerajaan Negeri telahpun memanggil semua pengusaha-
pengusaha yang terlibat di lampu isyarat, persimpangan jalan ini dan kita memaklumkan
bahawa larangan tersebut dan atas pertimbangan kita, daripada 15 Ogos kita panggil
mereka dan kita bagi tempoh sehingga 31 Oktober 2019 untuk mereka menjalankan
aktiviti-aktiviti mereka, kerana permintaan mereka, mereka sudah beli banyak stok dan
ada pengusaha-pengusaha ataupun penjual-penjual, dia nak cari alternatif baru untuk
menjalankan pendapatan, mencari pendapatan mereka. Jadi pihak Kerajaan sudah
bersetuju untuk beri tempoh sehingga 31 Oktober baru ini, untuk aktiviti tersebut dan
selepas daripada itu, insya-Allah kita akan buat penguatkuasaan kepada mereka-mereka
ini, jika sekiranya masih ada lagi yang melanggar peraturan baru yang pihak Kerajaan
kemukakan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Yang Amat Berhormat Dato‟
Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, saya berhasrat, ada apa Yang
Berhormat.
USUL DI BAWAH PERKARA 30
PERKARA-PERKARA YANG MUSTAHAK BAGI ORANG RAMAI
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua, saya mohon persidangan ini ditangguhkan Di Bawah
Perkara 30.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat sila baca dulu tajuk yang
dikatakan Usul Di Bawah Perkara 30 yang mustahak bagi orang ramai.
YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan): Usul Di Bawah
Perkara 30, Perkara-Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai. Dato‟ Yang di-Pertua,
saya Sulaiman bin Sulong, Wakil Pengkalan Berangan, memohon untuk membentangkan
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
37
satu Usul Di Bawah Fasal 30 yang mencakupi kepentingan umum untuk dibahaskan
dalam sidang Dewan Yang Mulia pada hari ini iaitu Usul Membantah Usaha
Menggabungkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia
Terengganu (UMT). Dato‟ Yang di-Pertua, saya menyeru serta memohon keprihatinan
seluruh Ahli Dewan atas semangat kepentingan Negeri Terengganu Darul Iman
khususnya dalam aspek pendidikan agar Dewan Undangan Negeri Terengganu
mengambil maklum usaha penggabungan dua buah Universiti di negeri ini. Gabungan ini
tentu sekali akan memberi kesan yang besar dan berantai kepada kepentingan rakyat
Terengganu.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Saya ingat cukup dulu Yang Berhormat,
saya cuma nak tajuk sahaja tadi, minta Bentara ambil cadangan Usul berkenaan kepada
saya.
[Bentara Dewan memungut Kertas Usul daritypada Yang Berhormat Wakil
Pengkalan Berangan dan menyerahkannya kepada Yang Berhormat Dato’
Yang di-Pertua Dewan.]
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, saya akan meneliti dahulu
Usul ini, Di Bawah Perkara 30, perkara yang mustahak kepada orang ramai dan saya
akan beri jawapan selepas rehat nanti. Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar,
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan sementara Sidang Dewan ini dan
disambung pula pada pukul 11.20 pagi.
DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.55 PAGI.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
38
PUKUL 11.30 PAGI
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu‟alaikum warahmatullahi ta‟ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
mesyuarat disambung semula. Sebelum rehat tadi saya ada menerima satu Usul Di
Bawah Perkara 30 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan bagi
membincangkan perkara-perkara yang mustahak bagi orang ramai daripada Yang
Berhormat Wakil Pengkalan Berangan. Setelah saya meneliti usul tersebut, saya dapati
memang usul ini adalah usul tertentu, mustahak bagi orang ramai, tetapi saya
berpendapat bahawa usul ini tidak perlu disegerakan jadi saya mengambil keputusan
untuk menolak usul tersebut. Sila Setiausaha.
USUL-USUL YANG TELAH DIBERI NOTIS
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan ialah Usul-Usul
Yang Telah Diberi Notis.
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang Berhormat
Dato‟ Yang di-Pertua:
“Saya mohon membawa cadangan menurut Fasal 16(3)
Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan
Undangan Negeri untuk mendahulukan pembawaan Rang
Undang-undang, Enakmen Perbekalan 2020 daripada perkara-
perkara lain”.
YANG BERHORMAT DATO‟ YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri
Besar, Ahli-ahli Berhormat sekalian, satu cadangan menurut Fasal 16(3) Peraturan-
Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri untuk mendahulukan
pembawaan Rang Undang-Undang daripada perkara-perkara lain telah diterima.
Sekarang saya kemukakan kepada undian.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
39
CADANGAN SUPAYA MENDAHULUKAN PEMBAWAAN RANG UNDANG-
UNDANG DARIPADA PERKARA-PERKARA LAIN YANG DITETAPKAN
DI DALAM TERTIB PEKERJAAN DEWAN KEMUDIAN DIUNDI DAN
DIPERSETUJUI DENGAN SEBULAT SUARA.
USUL INI DITERIMA.
RANG UNDANG-UNDANG
ENAKMEN PERBEKALAN 2020
SETIAUSAHA DEWAN: Perkara yang didahulukan ialah Rang Undang-Undang.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato‟ Seri Menteri Besar mengemukakan Rang
Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020, bacaan kali yang pertama.
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua,
saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan
bagi tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi
tahun itu, dibaca bagi kali yang pertama.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Yang
Berhormat Dato‟ Yang di-Pertua saya mohon menyokong cadangan itu.
RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN BAGI
MENGGUNAKAN SEJUMLAH WANG DARIPADA KUMPULAN
WANG YANG DISATUKAN UNTUK PERKHIDMATAN BAGI
TAHUN 2020 DAN BAGI MEMPERUNTUKKAN JUMLAH WANG
ITU UNTUK PERKHIDMATAN BAGI TAHUN ITU, BACAAN KALI
YANG KEDUA.
Bacaan Kali Yang Kedua
YANG AMAT BERHORMAT DATO‟ SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Dato‟ Yang
di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
40
Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk
perkhidmatan bagi tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk
perkhidmatan bagi tahun itu, dibaca bagi kali yang kedua.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dato‟ Yang
di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian;
PENDAHULUAN
1. Marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta‟ala
atas nikmat dan inayah yang telah dicurahkan kepada kita semua. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Seterusnya kepada para sahabat baginda, para tabi‟in dan mereka yang telah
berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kita mengecapi kemanisannya pada
hari ini.
2. Marilah kita menitipkan doa setulus keikhlasan kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul
Iman serta segala jajahan takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah
Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Semoga Allah meluaskan kerahmatan,
keberkatan dan petunjuk untuk terus menaungi Negeri Terengganu Darul Iman
yang dikasihi ini.
3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, para
pegawai dan kakitangan kerajaan serta para tetamu yang berada di dalam Dewan
Undangan Negeri yang mulia ini. Tidak dilupakan juga kepada seluruh rakyat yang
turut menyaksikan secara langsung di atas talian untuk bersama-sama mengikuti
pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu Tahun 2020.
4. Sebagai pembuka bicara, marilah kita sama-sama menghayati tugas kita di bumi
yang indah ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta‟ala dalam Surah Al-
Baqarah ayat ke-30:
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
41
َوإِْذ قَاَل َربَُّل ِنْهَمََلئَِكِة إِوِّي َجاِعٌم فِي اْْلَْرِض َخِهيفَةً
ُس نََل َماَء َووَْحُه وَُسبُِّح بَِحْمِدَك َووُقَدِّ قَانُىا أَتَْجعَُم فِيَها َمْه يُْفِسدُ فِيَها َويَْسِفُل اندِّ
قَاَل إِوِّي أَْعهَُم َما ََل تَْعهَُمىنَ
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu
dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
yang kamu tidak mengetahuinya.”
Dato‟ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Menanam anggur di Daerah Marang,
Pemandangan indah udaranya nyaman,
Minta sabar dan minta bertenang,
Belanjawan 2020 saya bentangkan.
5. Sesungguhnya Negeri Terengganu Darul Iman ini telah dikurniakan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta‟ala dengan pelbagai khazanah alam di darat dan di lautan.
Segenap pemberian yang dianugerahkan ini mesti digembleng selari dengan
kehendak-Nya supaya seluruh manusia dan makhluk yang lain merasai
kemakmurannya. Justeru, KERAJAAN dan RAKYAT mestilah menggalas
tanggungjawab secara bersama.
6. MASA HADAPAN Negeri Terengganu yang mahu kita lakarkan di atas kanvas
kehidupan adalah indah sekali. Rakyat yang menjiwai hidup bertuhan, menghayati
amalan keagamaan. Rakyat yang merasa aman, bebas daripada kesengsaraan.
Rakyat yang mengikat tali persaudaraan, benci kepada perpecahan. Rakyat yang
mencintai ilmu dan pendidikan, menghindari kejahilan. Rakyat yang bersyukur
dengan kecukupan, menjauhi kekufuran. Rakyat yang sihat tubuh badan,
menghijaukan persekitaran.
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
42
7. Saya sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta‟ala agar memberi taufik dan
hidayah kepada kita semua, seluruh rakyat Negeri Terengganu untuk menjayakan
peta perancangan ini. Insya-Allah.
Dato‟ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
8. Saya mohon untuk membentangkan di Dewan ini Enakmen Perbekalan Tahun 2020
bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk
membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perkhidmatan dan Pembangunan Negeri pada
tahun 2020. Pembentangan lengkap dan perincian peruntukan Belanjawan 2020 ini
terkandung dalam Buku Belanjawan Terengganu Tahun 2020.
9. Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif sedia ada yang telah dan sedang
dilaksanakan, dengan melakukan perubahan untuk disesuaikan dengan kekangan
kewangan negeri yang memuncak pada tahun 2020. Manakala pembentangan pada
hari ini memfokuskan kepada sebahagian perkara-perkara baharu dan tertentu
yang ingin dilaksanakan pada tahun 2020.
10. Belanjawan Negeri Terengganu 2020 dirangka berasaskan kepada perancangan
negeri dan kepentingan rakyat, di mana Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif
menganjurkan bengkel Cadangan Belanjawan Rakyat Terengganu (CBRT) di setiap
daerah dan melancarkan laman sesawang e-CBRT. Ini merupakan saluran penting
bagi mengumpul cadangan daripada semua pemegang taruh (stakeholders) yang
berkaitan.
11. Susulan itu, sebanyak 1,367 cadangan telah diperhalusi dalam Retreat Belanjawan
2020 Negeri Terengganu bersama dengan agensi-agensi kerajaan dan
diterjemahkan mengikut keutamaan dalam belanjawan kali ini. Hasilnya, 132
cadangan telah dipilih untuk dilaksanakan dalam Belanjawan 2020 Negeri
Terengganu.
PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI
Dato‟ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
43
12. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berada pada tahap yang
sederhana sekitar 3.2% pada Suku Kedua tahun 2019. Ia dipengaruhi oleh
kelembapan ekonomi beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat (2.3%),
Jepun (1.2%), Kesatuan Eropah (1.1%) dan United Kingdom (1.2%). Perang
perdagangan Amerika Syarikat yang menghadapi krisis bersama Iran dan China,
ketidaktentuan gerakan Brexit yang masih berterusan dan krisis hutang Argentina
dengan International Monetary Fund menyebabkan ekonomi global akan
berhadapan dengan „serious risk recession‟ dengan izin yang pertama sejak 10
tahun yang lalu.
13. Namun, indikator ekonomi negara menunjukkan Malaysia masih berdaya tahan dan
dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.7% pada tahun 2019.
Penggunaan swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan. Sementara itu,
pertumbuhan ekonomi Terengganu juga berada pada kadar yang perlahan iaitu
2.5% pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, KDNK per kapita bagi Negeri
Terengganu telah meningkat daripada RM29,855 pada tahun 2018 kepada
RM30,216 pada tahun 2019.
14. Kerajaan Negeri memikul bebanan kewangan yang agak besar setelah Jemaah
Menteri membuat keputusan drastik dengan memotong 25% amaun Bayaran Tunai
Petroleum (BTP) mulai tahun 2019 sebagai pembayaran semula hutang Kerajaan
Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Walaupun tindakan secara paksa ini telah
menyusutkan hutang Kerajaan Negeri Terengganu pada nilai RM425 juta, tetapi
ianya telah memberikan tekanan terhadap kedudukan kewangan negeri. Tambahan
pula, kaedah pembayaran paksa ini akan melibatkan baki hutang yang belum cukup
tempoh matang pembayarannya oleh Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama,
Kerajaan Negeri juga mempunyai komitmen wajib bagi pembayaran tertangguh dan
berjadual berjumlah RM403.48 juta sepanjang tahun 2020. Insya-Allah, kesukaran
yang akan kita semua hadapi tahun 2020 ini akan berkurang pada tahun 2021 nanti
setelah semua bayaran hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan
sepenuhnya selesai pada tahun 2020 ini.
15. Komitmen wajib ini melibatkan dua (2) projek keutamaan daripada pembayaran
tertangguh (deferred payment) dengan izin iaitu Kerja-Kerja Membaik Pulih dan
-
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 24 November 2019
44
Menaik Taraf Loji Rawatan Air di Bukit Sah, Kemaman dan Skim Bekalan Air Kuala
Tere