file · Web viewMatlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan...
Transcript of file · Web viewMatlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan...
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PERKEMBANGANPEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 3
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3
Cetakan 2014
© Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara puntanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, LembagaPeperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KANDUNGAN
BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
PERKARA
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
MATLAMAT MATA PELAJARAN
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
TAFSIRAN
KERANGKA STANDARD PRESTASI
PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
PEMETAAN
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
MUKA SURAT
1
2
3
3
4
5
6
7
8
9
0
PENDAHULUANMata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,KemahiranTeknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Matapelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuandan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikuttahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatifdijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologidan komponen elektif iaitu KemahiranTeknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumattentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagimata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yangberteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT MATA PELAJARANMatlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomiserta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARANOM1
OM2
OM3OM4
OM5
OM6
OM7
OM8
OM9
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan sepertikayu, papan lapis dan bahan komposit.
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.
Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin.
Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.
Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. )
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yangdikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1OP2
OP3
OP4
OP5
OP6
OP7
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). LembagaPeperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
4
TAFSIRAN
o
o
o
o
o
o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuanpelaporan individu.
Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
6 Boleh Buat dengan BeradabTahu Faham Mithali
5 Boleh Buat dengan BeradabTahu Faham Terpuji
4 Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu Faham Boleh Buat
2 Tahu Faham
1 Tahu
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
BAND PENYATAAN STANDARD
6(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3(Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiranteknikal serta perniagaan dan keusahawanan.
2(Tahu dan Faham)
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.
1(Tahu)
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dankeusahawanan.
PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
7
BIDANG TAJUK BAND
REKA
BENTUKDAN
TEKNOLOGI
1. Reka Cipta
B1B2B3B4B5B6
2. Elektrik
B1B2B3B4B5B6
3. Elektronik
B1B2B3B4B5B6
4. Tempat Kediaman
B1B2B3B4B5B6
PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK
8
KEMAHIRAN
TEKNIKAL
5. Elektronik (elektif)
B1B2B3B4B5B6
6. Enjin
B1B2B3B4B5B6
7. Konsumerisme
B1B2B3B4B5B6
9
PANDUAN PERKEMBANGANPEMBELAJARAN MURID
KHB KEMAHIRAN TEKNIKALTINGKATAN 3
10
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKABENTUK
DANTEKNOLOGI
1. Reka cipta B1 Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek denganmenyenaraikan tiga jenis bahan.
B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek denganmenyenaraikan tiga jenis bahan dari segi kesesuaian penggunaannya.
B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan1menghasilkan projek reka cipta .
B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara1sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur .
B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara1berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha .
B6Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatifdan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai
1 1tambah dan membimbing .reka cipta1
prosedur1
daya usaha1
nilai tambah1
membimbing1
: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada.: Membuat projek berdasarkan lakaran.: Menyelesaikan masalah.: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.: (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
11
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKABENTUK
DANTEKNOLOGI
2. Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj
B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan cara mengira kospenggunaan tenaga elektrik.
B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan1mengira kos penggunaan tenaga elektrik.
B4Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secarasistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut
2prosedur .
B5Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secaraberinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya
2usaha .
B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara1berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dan membimbing .
mengira1
prosedur2
daya usaha2
: Menggunakan dua kadar tarif.: Kaedah yang betul.: Pengiraan yang tepat.
12
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
BENTUKDAN
TEKNOLOGI
3. Asas Elektronik B11
Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga jenis komponenelektronik.
B21
Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponenelektronik dari segi fungsinya.
B3Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik denganmembentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen danmemateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.
B4Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secarasistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut
3prosedur .
B5Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secaraberinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik
3dengan daya usaha .
B6Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secaraberinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dan
1membimbing .Komponen1
prosedur3
daya usaha3
: Komponen yang dipelajari di tingkatan tiga: (i) Kaedah yang betul
(ii) Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul.: Sempurna;(i) Pematerian kemas(ii) Pematerian kukuh(iii) Kekutuban betul(iv) Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan
13
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
BENTUKDAN
TEKNOLOGI
4. Tempat kediamanB1 Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan dua jenis
pembersihan.
B2 Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenispembersihan.
B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediamandengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman.
B4Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediamandengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman mengikut
4prosedur
B5Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediamandengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dengan daya
4usaha
B6Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediamandengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dan
1membimbing .prosedur4
daya usaha4
: Alat atau agen pencuci yang betul: Hasil kerja bersih dan kemas
14
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
KEMAHIRANTEKNIKAL
5. Elektronik (elektif)B1 Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan susunan nombor pin IC
pemasa 555 dan tiga bahagian utama binaan geganti.
B2 Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan IC dan geganti dari segifungsinya.
B3Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik denganmenghasilkan projek elektronik yang mengandungi komponen geganti dan IC555.
B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara3sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur .
B5Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secaraberinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya
3usaha .
B6Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secaraberinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dan
1membimbing
15
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
KEMAHIRANTEKNIKAL
6. Enjin B1 Menyatakan tentang enjin dengan mengenal pasti nama bahagian luar,bahagian dalam enjin dan alatan tangan.
B2 Menyatakan tentang enjin dengan mengenal pasti nama bahagian luar,bahagian dalam enjin dan alatan tangan dari segi fungsinya.
B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membukadan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin.
B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membuka2dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin mengikut prosedur .
B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin dengan membuka5dan memasang semula mana-mana bahagian luar enjin dengan daya usaha .
B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang enjin membuka dan1memasang semula mana-mana bahagian luar enjin dan membimbing .
daya usaha5 : (i) Hasil kerja betul(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.
16
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
KEMAHIRANTEKNIKAL
7. Konsumerisme B1 Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak penggunadan dua tanggungjawab pengguna.
B2 Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak penggunadan dua tanggungjawab pengguna dari segi kepentingannya.
B3 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti tanggungjawabpengeluar dan penyelewengan pengeluar.
B4 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti bentuk dan caramembuat aduan terhadap penyelewengan pengeluar.
B5 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti peruntukanundang-undang yang menjaga hak pengguna.
B6 Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti peruntukan1undang-undang yang menjaga hak pengguna dan membimbing .
17
Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11,Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lpe-mel : [email protected]
18