doa-rasmi
-
Upload
kyleruwlz-fizrd -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of doa-rasmi
-
Buku Panduan Doa Majlis Rasmi Sekolah
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan
perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua.
Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan kami
terlupa. Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami
dan janganlah Engkau persulitkan.
Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan ketaatan
kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
.
Panitia PI.SKKD/06 3