Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

8
DOA MAJLIS RASMI ِ م يَ حَ ّ ر ل اِ نَ مْ حَ ّ ر ل اِ َ ّ اِ مْ سِ ب، َ ن يِ لَ سْ رُ مْ ل اَ وِ اءَ يِ # بْ % نَ ْ الِ % فَ رْ , شَ ى اَ لَ عُ مَ لَ ّ س ل اَ وُ 5 ةَ لَ ّ ص ل اَ ، وَ ن يِ مَ ل اَ عْ ل اَ ّ بَ رِ َ ّ ِ ُ دْ مَ حْ ل اَ ن يِ عَ مْ حَ اِ هِ بْ حَ صَ وِ هِ لَ ى اَ لَ عَ وSegala puji bagi Allah SWT., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian. Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu kami dapat menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil Tahun 2010. Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamiid Kami memohon kepadaMu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan sifat rahman dan rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredaan dan hidayahMu. Disaat ini juga kami rafakkan tangan kehambaan, mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan modal insan. Ya Allah Ya Arhamarahimiin Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan mengembeling tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

Transcript of Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

Page 1: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

DOA MAJLIS RASMI

� َح�يِم َح َم�ِن� الَّر� �ِه� الَّر� � الَّل ِم �ْس ِب�اِء� �ي ِب �ْن ِف� اَأْل َّر� �ْش �ُم� َع�َّل�ى َأ َال �ُة� َو�الْس� ، َو�الَّص�َال �َم�يِن� َع�ال َّب� ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل ال

، �يِن� َّل َس� َم�َّر َو�ال�ْج َم�َع�يِن� �ِه� َأ ِب �ِه� َو�َص�َح �ل َو�َع�َّل�ى َأ

Segala puji bagi Allah SWT., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Karim Ya WadudKami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu kami dapat menjayakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil Tahun 2010.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya HamiidKami memohon kepadaMu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan sifat rahman dan rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredaan dan hidayahMu.

Disaat ini juga kami rafakkan tangan kehambaan, mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan modal insan.

Ya Allah Ya ArhamarahimiinJadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur.

Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan mengembeling tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

�ًة+ َن ُة� َح�ْس� �ِخ�َّر� �ًة+ َو�ِف�ي اَأْل َن �ا َح�ْس� ي �ا ِف�ي الُد1ْن �َن �ِت �ا َأ �َن ِب َر��اَر� �ا َع�َذ�اَّب� الَن َو�ِق�َن

�ِه� �ل �ا ُم�َح�َم�ُد5، َو� َع�َّل�ى َأ 7ُد�ْن ي �ِه� َع�َّل�ى َس� َو�َص�َّل�ى الَّل�ْج َم�َع�يِن� �ِه� َأ ِب َو�َص�َح

�َم�يِن� َع�ال َّب7 ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل َو�ال

Page 2: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

DOA MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SKMK 2010

� َح�يِم َح َم�ِن� الَّر� �ِه� الَّر� � الَّل ِم �ْس ِب�اِء� �ي ِب �ْن ِف� اَأْل َّر� �ْش �ُم� َع�َّل�ى َأ َال �ُة� َو�الْس� ، َو�الَّص�َال �َم�يِن� َع�ال َّب� ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل ال

، �يِن� َّل َس� َم�َّر �ْج َم�َع�يِن� َو�ال �ِه� َأ ِب �ِه� َو�َص�َح �ل َو�َع�َّل�ى َأ

Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerahMu kepada kami. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hambaMu yang beriman, bertakwa, berilmu berakhlak mulia sejahtera di dunia dan di akhirat.

Allahuma Yazalzalali- walikramSempena Majlis Hari Anugeraqh Pelajar Cemerlang Peringkat Sekolah yang kami adakan pada hari ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepadaMu Ya Allah.

Allahuma Ya-Akra mal akraminKami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal, yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman. Khususnya terhadap warga sekolah kami yang menganjurkan majlis ini . Selamatkan lah anak-anak didik kami. Curahkanlah rahmat dan hidayamu kepada mereka. Jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambamu yang beriman dan bertakwa.

Allahuma Yamaliki-yau middinPeliharakanlah kami daripada segala bala bencana. Pandulah kami ke jalan yang benar, adil dan saksama. Kekalkanlah ya Allah , perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran kami di SK Merotai Kecil .

�ًة+ َن ُة� َح�ْس� �ِخ�َّر� �ًة+ َو�ِف�ي اَأْل َن �ا َح�ْس� ي �ا ِف�ي الُد1ْن �َن �ِت �ا َأ �َن ِب َر��اَر� �ا َع�َذ�اَّب� الَن َو�ِق�َن

Page 3: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

�ِه� �ل �ا ُم�َح�َم�ُد5، َو� َع�َّل�ى َأ 7ُد�ْن ي �ِه� َع�َّل�ى َس� َو�َص�َّل�ى الَّل�ْج َم�َع�يِن� �ِه� َأ ِب َو�َص�َح

�َم�يِن� َع�ال َّب7 ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل َو�ال

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

� َح�يِم َح َم�ِن� الَّر� �ِه� الَّر� � الَّل ِم �ْس ِب�اِء� �ي ِب �ْن ِف� اَأْل َّر� �ْش �ُم� َع�َّل�ى َأ َال �ُة� َو�الْس� ، َو�الَّص�َال �َم�يِن� َع�ال َّب� ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل ال

�يِن� َّل َس� َم�َّر ،َو�ال�ْج َم�َع�يِن� �ِه� َأ ِب �ِه� َو�َص�َح �ل َو�َع�َّل�ى َأ

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (…......................................................................................................................................................)

.

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Page 4: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

DOA MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ SKMK 2011

� َح�يِم َح َم�ِن� الَّر� �ِه� الَّر� � الَّل ِم �ْس ِب�اِء� �ي ِب �ْن ِف� اَأْل َّر� �ْش �ُم� َع�َّل�ى َأ َال �ُة� َو�الْس� ، َو�الَّص�َال �َم�يِن� َع�ال َّب� ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل ال

، �يِن� َّل َس� َم�َّر �ْج َم�َع�يِن� َو�ال �ِه� َأ ِب �ِه� َو�َص�َح �ل َو�َع�َّل�ى َأ

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya Tuhan kami, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerahMu kepada kami. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah kami sebagai hambaMu yang beriman, bertakwa, berilmu berakhlak mulia sejahtera di dunia dan di akhirat.

Allahuma Yazalzalali- walikramSempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah yang kami adakan pada hari ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepadaMu Ya Allah.

Allahuma Ya-Akra mal akraminKami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal, yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman. Selamatkan lah anak-anak didik kami. Curahkanlah rahmat dan hidayamu kepada mereka. Jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambamu yang beriman dan bertakwa.

Allahuma Yamaliki-yau middinPeliharakanlah kami daripada segala bala bencana. Pandulah kami ke jalan yang benar, adil dan saksama. Kekalkanlah ya Allah , perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran kami di SK Merotai Kecil .

Page 5: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

�ًة+ َن ُة� َح�ْس� �ِخ�َّر� �ًة+ َو�ِف�ي اَأْل َن �ا َح�ْس� ي �ا ِف�ي الُد1ْن �َن �ِت �ا َأ �َن ِب َر��اَر� �ا َع�َذ�اَّب� الَن َو�ِق�َن

�ِه� �ل �ا ُم�َح�َم�ُد5، َو� َع�َّل�ى َأ 7ُد�ْن ي �ِه� َع�َّل�ى َس� َو�َص�َّل�ى الَّل�ْج َم�َع�يِن� �ِه� َأ ِب َو�َص�َح

�َم�يِن� َع�ال َّب7 ال �ِه� َر� �َّل َح�َم ُد� ل َو�ال

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj bersama umat Islam seluruh dunia. Sambutan ini sememangnya dinantikan oleh seluruh umat islam kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab pada tahun ke- 11 selepas kenabian Rasullah SAW ini adalah dua misi perjalanan hebat sebagai anugerah kemuliaan dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah SAW sebagai bukti kekuasaan Allah SWT sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 1 yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang yang memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil al-Haram (Makkah) ke Masjidil Al-Aqsa (Palestin) yang kami berkati sekelilingnya sebagai tanda kekuasaan kami.”

Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah SWT telah memperlihatkan kepimpinan baginda SAW menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya yang lain, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah kepada keseluruhan manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum,    bangsa yang telah menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi    sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. Manakala isu Palestin   merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela rakyat Palestin dari kekejaman Rejim Israel.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj ini ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, Kefardhuan ibadah solat ini mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi muslim dan tunggak kekuatan umat Islam. Keperibadian unggul muslim akan melahirkan   semangat perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara. Tanpanya, maka individu muslim akan lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang ada.

Dalam konteks negara, berahmatkan peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniiti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program

Page 6: Doa Majlis Rasmi Di Sekolah

Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi dari pelbagai bidang. Ini bagi membuktikan kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang berganda dan luar biasa.

Begitulah hebatnya hikmah dan peringatan yang boleh disingkap menerusi mukjizat Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ini. Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama. Mengakhiri perutusan ini, saya dan keluarga mengucapkan Salam Israk dan Mikraj kepada semua umat Islam Malaysia di mana jua berada.

Sekian Wassalam.