DIARI HARIAN 2015.doc
-
Upload
jia-chyi-tan -
Category
Documents
-
view
255 -
download
6
description
Transcript of DIARI HARIAN 2015.doc
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERISEMESTER 3 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 28/1/2015
MASA: 8.00-10.00 PAGICATATAN
Interaksi diadakan di bilik kuliah xxx. Sebelum interaksi dimulakan, salinan jadual 3 bagi kursus Unit Beruniform 1 (WAJ3101), dasar pertubuhan dan undang-undang bahagian pasukan pandu puteri tunas serta lagu-lagu pandu puteri telah diedarkan kepada kepada semua guru pelatih. Selepas itu, kumpulan cempaka pun mula membentangkan tajuk kumpulan mereka iaitu Sejarah Pandu Puteri. Selepas pensyarah memberi komen berkaitan dengan pembentangan kumpulan cempaka, maka mulanya sesi menyanyi lagu pandu puteri tunas serta lagu kumpulan masing-masing disertai dengan pegerakan yang telah ditentukan. Sesi menyanyi tamat pada 9:30 pagi dan diteruskan dengan hafalan ikra pandu puteri.
REFLEKSI: Perbentangan harus ditambahbaik dan bukan setakatnya membaca maklumat yang ada pada slaid sahaja. IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 2/7/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pada hari interaksi kedua, belajar cara ikatan dan simpulan dengan menggunakan tali. Sebaik sahaja interaksi bermula, pensyarah memberi sedikit keterangan tentang ikatan dan simpulan. Pensyarah menjelaskan jenis-jenis tali dan penjagaan tali serta cara membuat ikatan dan simpuilan juga kegunaannya. Beliau menunjukkan beberapa contoh ikatan dan simpulan. Selepas penerangan pensyarah, pelajar membuat ikatan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan tali. Enam orang dalam kumpulan siantan mengagihkan jenis ikatan supaya dapat menyiapkan semua jenis ikatan. Seorang membuat dua jenis ikatan. Walaupun, kami sentiasa tolong menolong antara satu sama lain apabila kawan memerlukan pertolongan. Kerjasama antara kumpulan menjayakan matlamat kami iaitu kami Berjaya membuat 11 jenis ikatan yang ada pada nota.
REFLEKSI: Pelajar membuat ikatan dan simpulan secara berkumpulan.IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 9/7/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pelajar menunjukkan ikatan dan simpulan yang kami sudah siapkan kepada pensyarah. Pensyarah bimbingan menyemak dan membetulkan beberapa ikatan. Pada interaksi ketiga ini, pelajar belajar tentang kemahiran kraf perkhemahan, ujuan dan faedah membuat gejet serta jenis-jenis gejet dan kegunaanya. Pensyarah memberi keterangan tentang pembinaan gajet dengan menggunakan beberapa contoh gajet yang pernah dibuat oleh kadet pandu puteri yang lain di tapak perkhemahan. Selepas itu, setiap kumpulan diberi batang kayu panjang dan tali. Kami dikehendaki membuat sekurang-kurangnya tiga gajet. Justeru, kumpulan saya membuat empat gajet iaitu, gajet meja makan, gajet rak kasut, gajet dapur dan gajet penyimpanan alatan dan bahan dapur.
REFLEKSI: Mengaplikasikan kemahiran simpulan dan ikatan sebelumnya untuk membina gajet dengan betul.IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 16/7/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pelajar menyerahkan gajet-gajet kumpulan kami kepada pensyarah untuk dinilai. Interaksi hari ini bermula dengan penerangan guru tentang ikhtiar hidup. Kami beredar ke pulau khor untuk menlaksanakan pertandingan masakan rimba alam. Kami disuruh menyediakan dan membawa bahan yang diperlukan untuk memasak menu yang dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.
REFLEKSI: Menyediakan masakan rimba berdasarkan menu yang diberikan dalam kumpulanIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 23/7/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pelajar telah belajar tentang pengurusan dan persiapan perkhemahan pada interaksi hari ini. Pensyarah memberi penerangan tentang konsep perkhemahan, tujuan perkhemahan, jenis perkhemahan dan pemilihan tempat. Kami disuruh untuk mencari maklumat daripada beberapa sumbar dan mengumpulkan bahan tentang perancangan dan persiapan awal, aspek keselamatan dan kemudahan asas. Kami dingatkan bahawa perkhemahan bersepadu badan unit beruniform adalah wajib diikuti. Kami juga diberi pendedahan awal berkaitan dengan perkhemahan.
REFLEKSI: Mencari maklumat daripada beberapa sumber, perlu untuk menyediakan diri pelajar untuk mengikuti perkhemahan yang akan dilaksanakan pada bulan September nanti dari segi fizikal dan mental dari sekarang supaya semua berjalan lancar.IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 13/8/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pada interaksi ini, Pelajar belajar tentang Kebudayaan Kadet Pandu Puteri.
Kami menyanyiakan lagu-lagu pandu puteri dan lagu pertubuhan. Selain itu, kami seronok bermain beberapa permainan. Pensyarah berbincang tentang Malam Kebudayaan. Kadet pandu puteri haruslah menunjukkan visi dan misi kadet pandu puteri dalam mana-mana persembahan.
REFLEKSI: Berlatih kebudayaan untuk persiapan perkhemahanIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 20/8/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pada interaksi ini, kami sepatutnya belajar tentang pengembaraan tetapi kami peserta perkhemahan bersepadu wajib WAJ3111 disuruh berkumpul di dewan kuliah A untuk taklimat perkhemahan. Jadi, pengembaraan terpaksa ditunda. Walaupun, kami diberi sedikit penerangan tentang pengembaraan dan pandu ronda oleh En Nik Zaidi secara ringkas.
REFLEKSI: Maklumat tentang mencari tujuan, peraturan, persediaan, prosedur pengembaraan, membaca peta topo dan kegunaan serta mengesan tanda & Simbol. IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 27/8/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Pada interaksi ini, kami belajar tentang khidmat komuniti. Kami diterangkan oleh pensyarah bahawa komponen teras khidmat masyarakat merupakan komponen yang baru diperkenalkan yang menjadi sebahagian daripada kursus kokurikulum. Pelajar yang mengambil kursus kokurikulum wajib menyelesaikan komponen tersebut sepanjang kursus dijalankan. Pensyarah memberi banyak penerangan tentang khidmat komuniti ini dan tujuannya dengan memberi pelbagai contoh. Saya difahamkan bahawa program BIG fasa ke-4 yang akan kami mengikuti pada bulan November nanti adalah di bawah khidmat komuniti iaitu program anak angkat. Menurut pensyarah, setiap ahli kadet pandu puteri sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.
REFLEKSI: Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu kuliah seperti gotong-royong, mengunjungi anak yatim dan anak angkat. Khidmat komuniti ini digalakkan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BADAN BERUNIFORM PANDU PUTERI
SEMESTER 4 AMBILAN JAN 2013DIARI HARIANTARIKH : 8-11/9/2014
MASA: 8.00-10.00 PAGI
CATATAN
Kami kadet pandu puteri bersama badan beruniform yan lain mengikuti perkhemahan bersepadu pada 8 September sehingga 11 September. Sepanjang perkhemahan ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran. Kami mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang dirancang seperti pertolongan cemas, masakan rimba, ronda pandu arah, kawad kaki, pengembaraan, pendirian khemah, pembinaan gajet, malam kebudayaan dan gotong-royong. Saya melampirkan tentative program perkhemahan di belakang diari ini. Kami telah mendapat hadiah dalam beberapa pertandingan dan secra keseluruhan kami mendapat tempat keempat.
REFLEKSI: Pembinaan khemah, pembinaan gajet, ronda pandu arah, kawad kaki, pengembaraan dan gotong-royong. Jadual Aktiviti Kem Bersepadu Unit Beruniform IPGKTAA 2014
(8, 9, 10 dan 11 September 2014)
Tarikh Masa Perkara / AktivitiTindakan
8 September 20148.00 - 10.00 a.m.Perjalanan ke tapak perkhemahan
10.00 10.30 a.m.Taklimat perkhemahan
10.30 12.30 a.m.Pengurusuan penginapan
Mendirikan khemah
Membahagi kumpulan
12.30 2.30 p.m.Makan tengah hari / Solat
2.30 4.30 p.mLatihan aktiviti pertolongan cemas
4.30 5.00 p.m.Minum petang
5.00 7.00 p.m.Pertandingan pertolongan cemas
7.00 9.00 p.m.- Pengurusan diri
- Makan malam
- Solat
9.00 11.00 p.m.LDK 1(Perbincangan dalam kumpulan)
11.00 5.00 a.m.Pengurusan diri & Istirehat
5.00 7.00 a.m.Solat & Sesi Moral / Senaman Aerobik
9 September 2014
7.00 8.00 a.m.Sarapan pagi
8.00 10.00 a.m.Latihan aktiviti Ronda pandu arah
10.00 12.00 a.m.Pertandingan Ronda pandu arah
12.00 2.00 p.m.Makan tengah hari
2.00 4.00 p.m.Latihan Kawad kaki
4.00 4.30 p.m.Minum petang
4.30 6.30 p.m. Pertandingan Kawad kaki
6.30 9.00 p.m.- Pengurusan diri
- Makan malam
- Solat
9.00 11.00 p.m.LDK 2 (Perbincangan dalam kumpulan)
11.00 5.00 p.m.Pengurusan diri & Istirehat
10 September 20145.00 7.00 a.m.Solat & Sesi Moral / Senaman Aerobik
7.00 8.00 a.m.Sarapan pagi
8.00 9.00 a.m.Taklimat aktiviti Masakan rimba
9.00 11.00 a.m.Pertandingan Masakan rimba
11.00 2.00 p.m.Makan tengah hari
2.00 5.30 p.m.Pengembaraan
5.30 6.00 p.m. Minum petang
6.00 8.00 p.m. - Pengurusan diri
- Makan malam
- Solat
8.00 9.00 p.m.Persiapan malam kebudayaan
9.00 11.00 p.m. Malam kebudayaan
11.00 5.00 a.m.Pengurusan diri & Istirehat
11 September 20145.00 7.00 a.m.Solat & Sesi Moral / Senaman Aerobik
7.00 8.00 a.m.Sarapan pagi
8.00 10.00 a.m.Penilaian tapak perkhemahan
10.00 11.30 a.m.- Gotong royong tapak perkhemahan
- Khidmat masyarakat
11.30 12.00 p.m.Persiapan majlis penutup
12.00 1.00 p.m.Majlis penutup
1.00 2.30 p.m.Makan tengah hari
2.30 5.30 p.m. Perjalanan balik ke IPG