Dhiya Ur Ramadhan Salam Eidul Fitri daripada warga ACIS ...€¦ · Rasulullah shallallahu 'alaihi...
Transcript of Dhiya Ur Ramadhan Salam Eidul Fitri daripada warga ACIS ...€¦ · Rasulullah shallallahu 'alaihi...
Salam Ramadhan dan
Salam Eidul Fitri daripada
warga ACIS UiTMCTKD
Untuk semua
Catatan
EDISI JUN 2018 BIL. 6/2018
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM CAWANGAN TERENGGANU
SURA HUJUNG, 23000
QALAM
Penasihat
Dr. Azarudin Awang
Editor
Nor Adila Mohd Noor
Sidang Redaksi
Ruhaizah Abd. Ghani
Che Norzila Sulong
Bulan Penghayatan Ad-Deen (Edisi ke2)
Dhiya Ur Ramadhan Edisi 2
SALAM MAWADAH WA RAHMAH BUAT
Warga UiTMCTKD yang diingati sekelian.. Sama-sama hayati secebis
coretan di akhir Ramadhan ini;
BERPISAH DENGAN RAMADHAN 2018/1439H
Hari hari terakhir Ramadhan adalah malam-malam tangis sedih bagi hamba
hamba Nya swt, mereka sangat sedih berpisah dengan Ramadhan, Lalu
merintih :
Selamat berpisah wahai Bulan Sujud..,
Selamat berpisah wahai Bulan Puasa,
Selamat berpisah wahai Bulan Taubat,
Selamat berpisah wahai Bulan Ahlul Badr,
Selamat berpisah wahai Bulan Fatah Makkah,
Selamat berpisah wahai Bulan Nuzulul Qur'an,
Selamat berpisah wahai Bulan Sabar,
Selamat berpisah wahai Bulan Syukur,
Selamat berpisah wahai Bulan pengampunan,
Selamat berpisah wahai Bulan Rahmat Nya swt,
Selamat berpisah wahai Bulan Pelepasan dari api neraka,
Disebutkan dalam Shahihain sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa puasa bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari
(Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Secara kesimpulannya, Islam adalah agama fitrah. Asas
kepada fitrah ini ialah saling ambil tahu, saling berkongsi dan
saling membahu. Berulang kali Allah SWT dan Rasulullah SAW
menyarankan, agar umat Islam bersifat bahu-membahu di antara
satu sama lain. Bahkan Allah SWT menegaskan, semua umat
Islam itu adalah bersaudara (Al-Hujurat: 10). Nabi Muhammad
SAW turut menukilkan bahawa setiap muslim itu ibarat satu
bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang
lainnya sebagaimana eratnya genggaman jari-jemari (Hadis Ri-
wayat Bukhari dan Muslim). Oleh itu, kedatangan Ramadan Al-
Mubarak inilah masanya kita menunjukkan tingginya hemah kita
sebagai seorang muslim. Muslim yang menyantuni sesama
saudaranya dengan keikhlasan dan kepatuhan kepada agama.
Nukilan Oleh
Nor Adila Mohd Noor Pensyarah ACIS
UiTMCTKD
Dan dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad hasan disebutkan: "Dan
(dosanya) yang Kemudian. "
"Barangsiapa mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar, kerana iman dan
mengharap pahala dari Allah nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,
dan barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman
dan mengharap pahala dari (Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang
telah lalu." An-Nasa'i menambahkan: "Diampuni dosanya, baik yang telah lalu
mahupun yang datang belakangan. "
Ampunan dosa tergantung pada terjaganya sesuatu yang harus dijaga seper-
ti melaksanakan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan segala yang haram.
Ulama berpendapat bahawa ampunan dosa tersebut hanya berlaku pada dosa
-dosa kecil, hal itu berdasarkan hadits riwayat Muslim, bahwasanya Nabi
sallallahu 'alihi wasallam bersabda:
"Solat lima waktu, Jumaat sampai dengan Jumaat berikutnya dan Ramadhan
sampai Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara
waktu-waktu tersebut, selama dosa-dosa besar ditinggalkan. "
Seringkali kita diajukan dengan persoalan bagaimana kedudukan
tentang orang yang berpuasa tetapi meninggakan solat.
Barangsiapa berpuasa tapi meninggalkan solat, bererti ia mening-
galkan rukun terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid.
Puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya, selama ia mening-
galkan solat. Sebab solat adalah tiang agama, di atasnyalah agama
tertegak. Dan orang yang meninggalkan solat hukumnya adalah
kafir. Orang kafir tidak diterima amalnya. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda :
"Perjanjian antara kami dan mereka adalah solat, barangsiapa
meninggalkannya maka dia telah kafir. " (HR. Ahmad dan Para
penulis kitab Sunan dari hadits Buraidah radhiallahu 'anhu ) At-
Tirmidzi berkata : Hadits hasan shahih, Al-Hakim dan Adz-
Dzahabi menshahihkannya.
Jabir radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: (Batas) antara seseorang dengan kekafiran ada-
lah meninggalkan solat." (HR. Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi
dan Ibnu Majah).
Tentang keputusanNya terhadap orang-orang kafir, Allah berfir-
man : "Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu
Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
"(AlFurqaan: 23).
Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan
miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah di-
wajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup.
Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan
makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli
keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.
Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang
bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat
fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba da-
lam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan
rasa rendah diri dan saling berkongsi.
Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan za-
kat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada uca-
pan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta un-
tuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Ri-
wayat Abu Daud).
Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Keme-
nangan seseorang terhadap musuh utama dalam hidupnya iaitu
nafsu dan syaitan. Sembahyang itu adalah sebesar-besar atau sea-
gung-agung projek yang menjamin kekayaan manusia paling uta-
ma. Yakni sembahyang dapat membina dan menebalkan rasa-rasa
yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa keham-
baan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan
memusnahkan nafsu yang jahat yang menjadikan manusia paling
berguna pada manusia yang lain. Kalau bukan sembahyang
apakah langkah lain untuk manusia memperolehi modal-modal
hidup rohaniah yang amat diperlukan itu?
Baca Quran yang dijiwai sepenuhnya juga akan menemukan kha-
bar gembira, ada amaran, suri teladan, kesedaran dan keinsafan.
Pemikiran yang agung, global dan praktikal hanya oleh Al-Quran.
Ibadah tambahan lainnya akan jadi ringan untuk dilaksanakan dan
akan membuahkan akhlak yang luar biasa.
Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan.
Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, iaitu orang yang ber-
puasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu
berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika
menatap wajah Allah SWT di dalam syurga (mafhum daripada
hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad).
Maksudnya, berbagai amal kebajikan yang mereka lakukan
dengan tidak kerana Allah, nescaya Kami hapus pahalanya,
bahkan Kami menjadikannya sebagai debu yang berterbangan.
Demikian pula halnya dengan meninggalkan solat berjamaah atau
mengakhirkan solat dari waktunya. Perbuatan tersebut merupakan
maksiat dan dikena ancaman yang keras. Allah Ta'ala berfirman:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu) orang-
orang yang lalai dari solat."(Al-Maa'un: 4-5).
Maksudnya, mereka lalai dari solat sehingga waktunya berlalu.
Kalau Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidak mengizinkan solat di
rumah kepada orang buta yang tidak mendapatkan orang yang
menuntunnya ke masjid, bagaimana pula halnya dengan orang
yang pandangannya tajam dan sihat yang tidak memiliki uzur?
Berpuasa tetapi dengan meninggalkan solat atau tidak berjamaah
merupakan petanda yang jelas bahawa ia tidak berpuasa kerana
mentaati perintah Tuhannya. Jika tidak demikian, kenapa ia
meninggalkan kewajipan yang utama (solat)? Padahal kewajipan-
kewajipan itu merupakan satu rangkaian utuh yang tidak terpisah-
pisah serta bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain.
Qiam atau solat malam di bulan Ramadhan sangat dituntut
oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalil yang berikut;
“Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan
kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diam-
puni dosa-dosanya yang telah lalu. “. (Hadits Muttafaq Alaih)
S.A.W menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda “Sungguh,
Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan
aku sunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan
puasa dan solat malam pada bulan itu karena iman dan
mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat
ketika dilahirkan ibunya.‟ (HR. An-Nasa’i )
Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah
mu„akkadah (ditekankan), dituntutkan oleh Rasulullah S.A.W
beliau menganjurkan serta menyarankan kepada kaum muslimin
serta diamalkan juga oleh Khulafa‟ Rasyidin dan para sahabat
dan tabi‟in. Seharusnya seorang muslim sentiasa mengerjakan
solat tarawih pada bulan Ramadhan dan solat malam pada
sepuluh malam terakhir untuk mendapatkan Lailatul Qadar.
Sebab itulah ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah muja-
hadah terhadap nafsu. Yakni usaha-usaha memaksa diri sendiri untuk
melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nva. Mujaha-
dah ialah sanggup menyeksa diri sendiri dalam usaha untuk
menunaikan perintah-perintah Allah kerana kebaikan yang diperinta-
hkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri.
Terdapat tiga pemangkin yang Allah sediakan untuk mendorong mu-
jahadah ini di bulan Ramadhan iaitu:
1. Puasa yang dihayati
2. Sembahyang yang khusyuk
3. Baca Quran yang dijiwai
Puasa yang dihayati akan menjadi pendorong atau pemangkin muja-
hadah melawan hawa nafsu kerana puasa itu akan menimbulkan
keinsafan, kesedaran, rasa timbang rasa, rasa lemah dan rasa hamba
seorang hamba Allah. Orang yang berpuasa dapat menangisi golon-
gan susah dan miskin. Orang miskin terus lapar tanpa tahu pasti bila
waktu berbuka. Buruh-buruh terus letih sampai bila-bila tanpa tahu
bila sebenarnya mereka boleh rehat dan holiday. Bilamana rasa-rasa
itu menguasai diri seseorang, pasti ia akan membunuh nafsu-nafsu
yang suka kepada kejahatan dan melanggar perintah Tuhan seperti
rasa tamak dan sombong orang kaya terhadap orang miskin.
Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar
untuk berjaya dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri
kepada manusia. Manusia perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan
besar mereka. Nelayan mengharungi gelombang laut, petani melawan
panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan melahirkan anak, bapa
tercabar dalam melakukan tanggungjawab pada keluarga, guru ber-
hadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan
dengan 1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan.
Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan
yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana
ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu melepasi
halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Keta-
qwaan adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia
menjadi sesempurna manusia. Tanpa taqwa, harta, pangkat tidak men-
jamin manusia dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusi-
aannya. Orang kaya, berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan
hawa nafsu akan menjadi sejahat jahat manusia sedangkan dengan ta-
qwa, orang miskin pun boleh menjadi mulia apalagi kalau orang kaya
yang bertaqwa!
Keutamaan Qiamullail (solat malam) disyariatkan pada setiap
malam sepanjang tahun. Keutamaannya besar dan pahalanya
banyak.
Firman Allah Ta’ala “Lambung mereka jauh dan tempat tidurnya
“(Maksudnya mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur,
untuk mengejakan solat malam), sedang mereka berdo’a kepada
Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menaf-
kahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
“(As-Sajdah: 16).
Ini merupakan sanjungan dan pujian dari Allah bagi orang-orang
yang mendirikan solat tahajjud di malam hari. Dan sanjungan
Allah kepada kaum lainnya dengan firman-Nya “Mereka sedikit
sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka
memohon ampun (kepada Allah).“
(Adz-Dzaariyaat:17-18).
Sesungguhnya, solat malam mendekatkan diri manusia kepada
Allah dan menghapuskan kesalahan, menjaga diri dan dosa dan
mengusir penyakit dari tubuh.
Dan sabda Nabi S.A.W “Sebaik-baik solat setelah fardhu adalah
solat malam. “(HR. Muslim).
BERIBADAH DAN BERDOA PADA LAILATUL QADR
Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah R.A,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beriba-
dah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan
keredhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang ter-
dahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu’anha oleh Ahmad, Ibnu
Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:
“Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda
seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu,
apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar
Nabi SAW: “Katakanlah:
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pemaaf dan suka
memaafkan, maka maafkanlah daku ini
SUNNAT MENGINTAI LAILATUL QADR
Disunnatkan mencari lailatul Qadr itu pada malam-malam yang
ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi
SAW amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah R.A berkata: “Bahawa Rasulullah SAW, apabila
telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan,
diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya
dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
DI MALAM MANA BERLAKUNYA LAILATUL QADR?
Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan mal-
am yang mulia ini.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam
kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah
malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua
puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua
puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah
-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang
terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya
Lailatul Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu
Umar radhiAllahu’anhu katanya telah bersabda Rasulullah
SAW: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada
malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan
kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan
ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang
lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.