Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

17
8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 1/17 1 Definisi, Pengertian & Takrifan Motivasi Oleh Taidin Suhaimin "Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukan bagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan MOTIVASI. Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami. 1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.  Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. 2. Motivasi Sebagai Pendorong Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.  Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:  2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan. (Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).  

Transcript of Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

Page 1: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 1/17

1

Definisi, Pengertian & Takrifan Motivasi Oleh Taidin Suhaimin 

"Kemampuan adalah apa yang anda boleh lakukan. Motivasi menentukan apa yang anda lakukan. Sikap pula menentukanbagaimana baik anda lakukannya." - Lou Holtz

Perkataan MOTIVASI sejak akhir kurun kedua puluh sudah menjadi sesuatu yang lumrah.Namun kini, masih ramai yang kurang faham tentang apa yang dimaksudkan dengan

perkataan MOTIVASI.

Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih

mudah difahami. 

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan 

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION".Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberitamenulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab

atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau

pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utamabaginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada

secara negatif atau positif.

 

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:

1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif. 

2. Motivasi Sebagai Pendorong 

Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau

cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malahbagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan

lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negarauntuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau

hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorangitu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.

 

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa: 

2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga

yang diinginkan. 

(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama). 

Page 2: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 2/17

2

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan 

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap

kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jikaapa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau

kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai. 

Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa: 

3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.

4. Motivasi Sebagai Stimulator Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut: 

Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah

berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadisuami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat demikian. Itulah

sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila adahalangan yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara

atas sebab halangan undang-undang. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."

Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:

4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan

terhadap sesuatu yang benar-benar diingini. 

Taidin Suhaimin sedang mengendalikan Program Motivasi untuk DewanBandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 2-3 Jun 2009.

5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian 

Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasa

kanak-kanak dahulu. Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut beradadi tempat gelap, sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya terutamanya

pada tahun-tahun 60an dan 70an ialah apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia,

Page 3: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 3/17

3

pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah ada orang yang tidak tidur atau

berjaga sampai pagi, selama tujuh hari. Amalan ini dipanggil "modtudau". 

Suatu hari, ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "hantu bangkit "

di tempat kelahiran saya (Kundasang, Ranau, Sabah - Kini Kundasang adalah sebuah pusat  peranginan yang terkenal di rantau ini ). Kerana minat "modtudau" , saya tidak melepaskan

peluang untuk "modtudau" bersama.

Rumah kami jaraknya lebih kurang 500 meter dari

rumah jiran kami itu yang ada kematian. Apabilamalam semakin larut, saya mula rasa mengantuk.

Tiba-tiba saya rasa nak balik rumah sangat.Waktu itu bekalan elektrik belum ada. Kerana

takut terjumpa hantu, saya telah cuba mencari  jika ada sesiapa yang nak balik rumah mereka

agar dapat menemani saya pulang, tetapi,nampaknya tak ada seorangpun yang nak balik. (Kundasang - Terletak Di Bawah Kaki Gunung

Kinabalu - Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara -13,455 Kaki)

Yang nak balik, sudah balik awal. Yang tak nak balik rumah, ada yang sudah tidur ataslantai. Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulang kerana saya pergi

ke rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjemput. Ibu bapa saya puntak tahu. Ingatkan nak pergi sekejap sahaja.

Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumah oranglain, dan takut pula dimarahi ibu bapa, saya terus

memberanikan diri balik seorang diri. Mula-mula jalan, OK - (takut juga tetapi masih terkawal).

Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba saya terasa

macam ada sesuatu di sebelah kiri saya - sepertilembaga hitam besar.

Kinabalu Pine Resort, Kg. Sinisian, Kundasang,Ranau, Sabah, Malaysia

Saya terus sangat terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipaskudung - sekuat-kuatnya menyelamatkan diri ... badan dan mukapun rasa amat pucat dan

sejuk, bulu romapun naik! Taaakut sangat! Sampai rumah - dalam keadaan amat seram,saya berteriak.. AMAAAAAAAK IWANGAII ILO NONGOBOOONNN (Bahasa Ibunda saya) atau

MAAAK BUKA PINTUUUUU!!!. Terdengar suara ketakutan dari saya, mak saya cepat-cepatbuka pintu! Mungkin masih berjaga - dan tak dapat tidur kerana risau tentang diri saya.

Oleh kerana terlalu takut dan tercungap-cungap, ibu saya yang mungkin tadinya risau danmarah, cepat-cepat mententeramkan saya.

Itulah salah satu daripada pengalaman-pengalaman saya semasa kanak-kanak yang sayatak dapat lupakan; kerana teringin sangat nak balik rumah, dalam keadaan takut-takut pun

tetap nak pulang rumah, akhirnya memberanikan juga balik seorang diri walaupun dalam

keadaan gelap.

Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah; apabila kita

betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadiperkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian,

kerajinan dan ketekunan akan timbul. 

Page 4: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 4/17

4

Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa: 

5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan,keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang

benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.

(Definisi kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).

Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi  

Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa,

apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianyatidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini

kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, iaakan berpuas hati dan tidak lagi menjadi

perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadisesuatu yang mendorong atau memotivasikan

dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya. Pusat Latihan Telekom di Kundasang, Ranau,Sabah, Malaysia

Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya

menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagaipemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman;

cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudahmemiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya?

Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni;misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus

dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten. 

Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A

  satisfied need, in actuality still has its motivational functions. Themotivational functions shall be: to nurture and sustain what is or are being possessed or hold 

 so long as they are needed. 

Semoga definisi-definisi motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak

membantu anda dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau ertiperkataan motivasi.

P1

Terima Kasih. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah.

Bagaimana Memotivasi Diri Anda 

Oleh Taidin Suhaimin 

Page 5: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 5/17

5

"Waktu saya budak-budak dahulu, setiap 10 perkara yang saya buat, 9 gagal. Saya tidak

mahu menjadi seorang yang gagal. Sebab itu, saya berusaha 10 kali ganda daripada

biasa." – George Bernard Shaw

Artikel ini menjelaskan bagaimana anda boleh memantapkan motivasi diri anda khususnya

tatkala anda terasakan "kesesatan" hala tuju kehidupan, kurang keyakinan diri atau kurangpasti tentang apa yang patut anda lakukan. 

Saya berharap setelah anda membaca artikel saya tentang Pengertian, Definisi & Takrifan 

Motivasi anda kini lebih faham maksud MOTIVASI. Artikel tersebut telah saya fikirkan dan

tuliskan pada sekitar bulan Oktober 2003.

Alhamdullillah, Allah masih lanjutkan usia saya dan kini saya dengan besar hati ingin pulamengutarakan saranan saya tentang bagaimana anda boleh memotivasikan atau

meningkatkan lagi motivasi diri anda.

Bagaimana Memotivasi Diri Anda 

1. Bina Matlamat yang Jelas, Tumpu dan Fokuskan Usaha untuk

Mencapainya 

Seperti yang telah saya jelaskan, perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan

Bahasa Inggeris - "MOTIVATION" yang mana perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga

telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksudTUJUAN. Oleh itu, tidak dapat anda tolak bahawa kunci utama yang memotivasikan diri kita

dalam apa keadaan sekali pun adalah TUJUAN atau MOTIF anda. Atau, dalam kata-kata

yang lebih mantap; matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda.

Ini bererti, jika anda sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam

kehidupan anda, anda dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan

serta mengarah tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda.

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, akan seolah-seolah meniti

kehidupannya seperti berjalan dalam kegelapan yang tidak pasti akan ke mana sampainya. 

Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang anda ingin sekali capai atau miliki

dalam kehidupan anda dengan jelas. Matlamat anda itu akan menjadi kompas dan

pendorong kehidupan anda.

Fokuskanlah segala perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai matlamat, wawasan,

aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu. 

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-

tindakannya sama ada secara negatif atau positif." - Taidin Suhaimin 

"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utamaseseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan." -

Taidin Suhaimin 

2. Tanamkan dan Pegang Falsafah bahawa untuk Berjaya Kita Mesti

Benar-Benar Serius, Dedikasi dan Usaha Sungguh-Sungguh 

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahapkesungguhan seseorang itu berusaha. Ketekunan atau sikap tidak kenal putus asa

sebenarnya adalah terhasil daripada kemantapan dan kejelasan matlamat anda. Lagi

Page 6: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 6/17

6

penting atau besar ertinya sesuatu yang anda hasratkan, akan lebih terdorong danbersungguh-sungguhlah anda berusaha. Secara tidak anda sedari atau sedari, matlamat

anda yang sangat jelas itu disokong pula oleh pegangan hidup yang berlandaskan "kalautidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" akan memberi peringatan dan dorongan

kuat kepada anda berusaha bersungguh-sungguh. Ini kerana, anda percaya bahawa hanyadengan cara itu sahajalah anda boleh mencapai kejayaan. Ini dengan sendirinya pula akan

meningkatkan darjah atau tahap kesungguhan, semangat atau motivasi diri anda untukberusaha lebih gigih terutamanya dalam suasana di mana anda mendepani cabaran kuat. 

"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,

berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat." - Taidin Suhaimin 

"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap

sesuatu yang benar-benar diingini." - Taidin Suhaimin

3. Tanamkan Semangat Berani & Keyakinan Diri yang Tinggi 

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang itu menjadi lemah ialah apabila timbul

ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin biasanya akan kalahsebelumpun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mesti berani. "Berani kerana benar, takut 

kerana salah." - "Alang-alang menyeluk pekesam, biar sampai ke pangkal lengan. - "Alang-alang berusaha, biarlah berusaha betul-betul."  harus menjadi pegangan anda. Anda

mestilah tanamkan keberanian positif pada diri anda. Anda mestilah mempunyai sikapberani melakukan apa sahaja yang anda patut buat tetapi takut melakukannya untuk

mencapai kejayaan.

Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah tahu benar-benar apa yang anda haruslakukan untuk mengatasi ketakutan atau mencapai kejayaan. Ini bererti, anda hendaklah

mempunyai perancangan dan pelan tindakan mantap yang bertindak sebagai rangka

panduan, penguat fikiran dan hati anda serta tindakan anda dalam menangani apa jugacabaran, halangan yang anda hadapi. 

Penutup 

Saya yakin dengan berpandukan kepada tiga perkara di atas, anda akan sentiasa dapatmemantapkan lagi motivasi diri anda khususnya tatkala mood atau semangat anda menjadi

lemah. 

Oleh itu, mantapkanlah matlamat hidup anda. Fokuskanlah usaha dan tenaga anda untukmencapai matlamat-matlamat anda itu. Berusahalah dengan penuh ketekunan, dedikasi

serta kesungguhan. Yakinlah bahawa anda sebenarnya BOLEH. Katakanlah kepada dirianda, SAYA BOLEH! seberapa kerap yang boleh. Jangan sekali-kali ragu-ragu melakukan

apa yang mesti anda lakukan demi mencapai kejayaan (di Dunia & Akhirat). 

Insya-Allah. Semoga Sukses Selalu. 

Ikhlas dari saya 

Taidin Suhaimin 

Dkemaskini pada: 25 Februari 2010. 

P.S. 

Artikel di atas mungkin masih terdapat beberapa kesilapan nahu. InsyaAllah akan saya

perbaiki dari semasa ke semasa. 

Page 7: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 7/17

7

7 Ciri Cemerlang Orang

(Pemimpin / Usahawan) yang Positif 

Oleh Taidin Suhaimin 

"Waktu saya budak-budak dahulu, setiap 10 perkara yang saya buat, 9 gagal. Saya tidak 

mahu menjadi seorang yang gagal. Sebab itu, saya berusaha 10 kali ganda daripadabiasa." – George Bernard Shaw 

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang

orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif. 

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat 

Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh

keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan.

Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur

lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai! 

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi

banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe" ,

semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea,beliau keluar pula dengan idea (pencetus penyelesaian masalah) yang mengejutkan! Itulah

yang amat kita kagumi mengenai YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersifat semakin

tercabar, semakin gagah!

Dunia amat mengkagumi keperibadian dan idea-idea beliau. Dunia juga amatmengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran tajam Dr. Mahathir.

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan 

Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang

positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!

Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek

di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek

untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.

Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk;

banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa; ramai orang yang hilangharapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari

peluang dalam kekemelutan itu. Ia telah nampak suatu peluang. Ia sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal

tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera AmerikaSyarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-

kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dan minyak yang

diperdagangkan.

Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain

lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan. 

Page 8: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 8/17

8

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh 

Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah bahawa kalau tidak dipecahkan ruyungmanakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat

yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.

Seperti pesanan Paul Getty; untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu / mesti

membuat dua perkara ini:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR

Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN!  

4. Tidak Menyalahkan Keadaan 

Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapatkekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk

kebaikan kepada dirinya serta orang lain. 

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan olehrakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah

seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting olehorang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-

rakannya yang selalu mengejek-ejeknya bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telahbelajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi

Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya, serta ejekan-

ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

5. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri 

Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin

hanya dinilai sebagai sederhana saja sepuluh tahun akan datang. Oleh kerana itu, orangyang positif tidak henti-henti mencari jalan dengan bersungguh-sungguh untuk membaiki

kehidupannya.

Selaras dengan itu, Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat adaberkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia

buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."  

6. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain 

Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnyadengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman

tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orangmengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain,

kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita. 

Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Iatelah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat

Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa iaberkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan

beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan AmerikaSyarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik

rancangannya tadi.

Page 9: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 9/17

9

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasarpentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya,

akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah dalam keadaan yang mengaibkan. 

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Merekabukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda

terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika inidapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi

sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yangmesti diberi layanan yang cemerlang dan kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-

wakil rakyat).

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh 

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap berputus asa. Orang positif memandangsesuatu kegagalan itu di sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik

dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapateruknya mereka jatuh, akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha

mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan.

Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon

keredaanNya. Insya-Allah. 

Penulis: Taidin Suhaimin 

Dikemaskini pada 23 Februari 2010. 

Pengertian, Kepentingan & Keajaiban

Keyakinan Diri Oleh Taidin Suhaimin 

"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekaldalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pengertian Keyakinan 

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialahkepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala

cabaran yang dihadapi dengan jayanya. 

Kepentingan Membina Keyakinan Diri 

Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak

dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri andaserta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan

Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki: 

• Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya 

• Keyakinan terhadap diri sendiri 

Page 10: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 10/17

10

• Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain 

• Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri 

Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri 

• Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup 

• Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap 

• Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan 

• Kurang kemahiran dan persediaan 

• Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif, hala tuju yang tidak

menentu atau tidak jelas, atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis 

• Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)

• Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas 

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri 

  Kurang senyum   Risau dan kelihatan risau 

  Gugup dan kelihatan gugup 

  Kurang berinteraksi 

  Malas bekerja atau berusaha 

  Selekeh dan cincai 

  Bersikap meminta-minta 

  Mudah putus asa 

  Suka gossip dan mengumpat 

  Defensif dan cepat marah 

  Mudah atau suka berbohong 

Keajaiban Keyakinan Diri 

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan

cemerlang.

Kisah Keyakinan Diri  Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia

telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancisuntuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera

Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-seranganserta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah

merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan

memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris. 

 Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan

keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa iatelah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala

tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguhkental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera

Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedangmenghadapi kebuntuan dan kemelut itu!

Page 11: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 11/17

11

Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkansemangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan  Joan of 

 Arc , mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas danmenggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta

keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKANtentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah

mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiarantentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar! 

Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri! 

Orleans, 1429 

This battle of the hundred years war might also be known as 'How

the English were beaten by a small girl'. The English, afterwinning at Agincourt in 1415, were in possession of large portions of 

Northern France including Paris. The English conquest of France

seemed inevitable and so they began the siege of Orleans, the citybeing a 'gateway' to southern regions. The legend of Joan of Arc wasborn when a young 17 year old maid took upon herself the task of 

leading a French reprieve of Orleans.

Accounts of Joan and the events that lead to her appointment as theleader of an army are littered with myth and religious overtones, she

was seen as an angel or a saviour from heaven, men could notunderstand how she was able to command such respect and loyalty

from the troops.A medieval

portrait of Joan

of Arc.

She led a relief force, with food and supplies, to Orleans and, once there, led an attack

against the English camps outside of the city. Guerrilla style tactics were used, smallattacks in different locations, splitting up the English forces and making them more

vulnerable. Soon the English siege was broken despite the fact that they had

outnumbered the French defenders. 

An English relief force was defeated almost to a man despite also outnumbering the

French led by Joan. Accounts of the battle once again speak of the French beingsupported by angels and having a divine leadership. These victories, combined with

subsequent liberation of several French towns and cities by Joan, led to Joan of Arc beingforever remembered as a heroine of France, her name and legend being equated with

that of a saint or holy leader. She was captured and burned at the stake by the English in

1430. 

Spurious counter argument... 

Joan of Arc never lived to enjoy her victories, we killed her. 

The fact that the leader of an army was eventually murdered cannot wipe out the

victories that the army had. The English were defeated soundly at Orleans.

Artkel ini dipetik dari: British Military Defeat 

Lagi tentang: Joan of Arc 

Page 12: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 12/17

12

 

7 Langkah untuk 

Mencapai Matlamat & Kejayaan 

Oleh Taidin Suhaimin 

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan

menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat

dan kejayaan yang anda inginkan. 

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina

suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti

berikut: 

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin 

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan

keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dankebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya.

Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangatpada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika

anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan

bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah. 

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda 

TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akanmenjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING,

kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan

berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. 

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda 

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira

dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. 

4. Buat Perancangan 

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan

keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yanganda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda

anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa:

Page 13: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 13/17

13

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas danmenjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma

Gandhi: Seseorang itu

6. Tangani Halangan 

1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. 

2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk

mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat ataubadan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan

menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENALPUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan

segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yanganda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap

sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akanmencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Untuk Berjaya,

 Anda MESTI Buat 2 Perkara! Oleh Taidin Suhaimin 

"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapakita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala

Lumpur - Perhimpunan Agung MIC ke-42

Matlamat jitu merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang

pendorong, agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaandan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih. Itulah di

antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire Amerika Syarikat.

Menurutnya, untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR

Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! 

Nasihat dan saranan ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat

berjaya dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan

pengalamannya sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawahhinggalah menjadi seorang billionaire minyak.

Sebelum mencapai kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amatmencabar. Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi

menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti putus asa.Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan sahaja

usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya tetap utuh. 

Page 14: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 14/17

14

Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianyamelibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan

semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agakprimitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan, serta keberanian,

usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar

kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.

Beliau juga telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak

dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi juga adalah

selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau. 

Daripada cebisan kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:

• Kejayaan tidak akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.

• Untuk mencapai kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan

usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa. 

Rahsia Kejayaan:

Pengurusan Masa Cemerlang 

Oleh Taidin Suhaimin 

Firman Allah (Maksud):

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, danmereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

"Maaf, saya sudah lambat ............................................"  

"Jika saya masih ada masa sedikit lagi............................."  

"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja....."  

Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas?

Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran

atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa? 

Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlahmasa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan.

Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa

sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia.

Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya?

Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" menyatakanbahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat,

nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah

penting. Katanya: 

"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak 

suka melakukan." 

Page 15: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 15/17

15

Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjayasentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa

menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah,mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan

maksimum. 

PRINSIP 20/80 

Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkanoleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini

 juga dikenali sebagai Prinsip Pareto. 

Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar(optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita,

kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atautugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan /

kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting

atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.

Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda

akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat

berkesan, cemerlang dan gemilang! InsyaAllah. 

Sabda Rasululah SAW:

"Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untukdia berdoa kepada Allah SWT, waktu dia bermuhasabah dirinya, waktu untuknya

memikirkan ciptaan Allah dan waktu untuk dia mencari keperluan makanan danminuman."

Pepatah Cina:

"Berlambat-lambat itu pencuri masa."

Page 16: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 16/17

16

TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah dan fasilitator profesional dari Sabah,

Malaysia dalam bidang pembangunan diri, kepimpinan, pengurusan dan komunikasi yang

berpengalaman di peringkat antarabangsa. 

Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi

di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei serta di Timur Tengah telahmengikuti program-program latihan dan pembangunan diri dalam sesi-sesi ceramah,

seminar-seminar, persidangan-persidangan dan kursus-kursus yang beliau kendalikan.

Beliau pernah menyampaikan siri-siri ceramah motivasi menerusi TV1, RTM dalamRancangan Inspirasi Pagi dan Radio Malaysia Sabah dalam Rancangan Motivasi Pagi. 

Graduan Sains Pengurusan (Pemasaran) dari Lancaster University, United Kingdom; danDiploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Encik Taidin Suhaimin

mengkhusus dalam bidang-bidang berikut: 

• Motivasi & Pembangunan Diri 

• Kepimpinan & Pengurusan 

Komunikasi & Perhubungan Pelanggan

Beliau yang mengendalikan program-program latihan dan pembangunan sumber

manusia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris merupakan penulis buku-buku

yang berjodol: 

•  Awakening The GIANT In You! 

• Membangunkan GERGASI Dalam Diri Anda 

• How to Speak Confidently & Effectively in Front of Audience 

• Effective Leadership, Management & Supervisory Skills 

• Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan 

Merupakan Pengasas, Pengerusi dan Ketua Juruperunding UGMC, beliau mempunyai

lebih 29 tahun pengalaman kerja termasuk lebih 17 tahun sebagai perunding serta

penceramah motivasi dan pembangunan diri. 

Misi beliau adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kejayaan diri peserta-peserta program-program beliau dengan menyajikan maklumat dalam suasana yang

membangunkan minda, saling bantu-membantu serta menyeronokkan.

Page 17: Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

8/9/2019 Definisi Pengertian Takrifan Motivasi

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-pengertian-takrifan-motivasi 17/17

17

Taidin Suhaimin in a Stress Management Training

Programme at The Regional Training Centre for PublicAdministration Asia-Middle East Dialogue, based at the

Institute of Administrative Development (IAD) in Doha,

Qatar, 25-28 May 2009.