Definisi Pencemaran
-
date post
10-Apr-2016 -
Category
Documents
-
view
51 -
download
1
description
Transcript of Definisi Pencemaran
DEFINISI
PENCEMARAN ALAM
Definisi PencemaranPencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu
benda atau perkara yang tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang
positif. Perkara tercemar tersebut akan memberikan kesan-kesan yang buruk
kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak ditangani.
Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : pencemaran alam sekitar,
pencemaran budaya dan pencemaran bahasa. Pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah,
pencemaran radioaktif, pencemaran bunyi, pencemaran haba/ terma dan
pencemaran visual.
Topik yang saya pilih adalah Pencemaran Air
Faktor-faktor Pencemaran air
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan
buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan
ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah
organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di
dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat
kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang
utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan
bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.
Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak
dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan
agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air.
Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair
yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang
menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu,
penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak
mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah
permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-
haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam
mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan
tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Apabila minyak ini bercampur
dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di
laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan
radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang
mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai
dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam
sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga
menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesan dan Akibat Pencemaran air
Kesan kepada kesihatan
Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada
manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh
menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan
masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf.
Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun
serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom.
Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf,
gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak
normal yang bahaya.
Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara
penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk
mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai
bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara
dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan
yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini
dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit,
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Kesan kepada Hidupan Akuatik
Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami
pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut,
sungai, muara, tasik dan air dari tanah.
Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada
alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang
menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara
mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan
kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air
dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang
dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.
Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu
akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di
antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit
adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.
Kesan Kepada Tumbuhan Biomas
Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan
pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan
rumpai air dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.
Kesan kepada Tanah Basah
Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup
dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia
ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan
daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada
kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur
daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.
Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada
pencemaran air:
1. Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain.
2. Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma.
3. Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut.
4. Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius.
5. Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada alam sekitar.
6. Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam kilang yang memberikan kesan kepada air.
7. Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius.
8. Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.
Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran air
Antara cara - cara untuk mengatasi krisis pencemaran air ini ialah dengan :
1. Menyediakan Tangki Takungan Bawah Tanah Yang Dirawat
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya
tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu
disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan
bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia
sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang
supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama
kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu
dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di
kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
2. Pemasangan Perangkap Sampah
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,
adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat
strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap
juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
3. Penyelenggaraan Sistem Perparitan Berkala
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem
perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya
dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah
sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak
terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
4. Kempen kesedaran melalui iklan TV
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap
'tidak apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV
mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa
memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap masa.
5. Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang
lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat
majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan
merata tempat.Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan
tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat
strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak
melimpah.
6. Pendidikan
Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat,cara
tang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu
kerana dapat membentuk sikap positif dalam diri terhadap alam
sekitar.Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal
pada peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR).Selain itu,pada peringkat menengah pula perlu
diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM),khususnya dalam matapelajaran sains seperti
Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pusat pengajian tinggi
yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai kursus
Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Dengan adanya
kesedaran pada seseorang individu ,mereka akan sedar betapa
pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang mungkin timbul
akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar.