Definisi orang berakal
Click here to load reader
-
Upload
moinah-pakusiam -
Category
Education
-
view
2.572 -
download
1
Transcript of Definisi orang berakal
Rangkap 1:- Orang berakal sangat mulia amalan anbia dan aulia sesiapa mengikuti akan bahagia.
Rangkap 2:- Jikalau melihat kekejaman maka dicari jalan penyelesaian.
Rangkap 3:- Segala perkara harus menggunakan ilmu pengetahuan dan perlunya mengasihi sahabat tetapi tidak mengasihi orang jahat takut akhirnya menjadi kebiasaan.
Rangkap 4:- Sebagai tanda orang berakal perintah syarak tidak pernah dibantah, sebaliknya menjauhi sikap tamak dan sentiasa bertawakal, serta berasa hiba kerana dunia tidak kekal.
Rangkap 5:- Jika dikasihi pemerintah tidak akan menunjuk-nunjuk dan pemerintah tidak akan menyombong dengan pekerja ,malah menganggap mereka seperti sahabat.
Rangkap 6:- Apabila semakin disayangi oleh pemerintah, maka akan semakin beringat segala sahabat dan mahu sentiasa merendah diri dan kekal berkhidmat.
Rangkap 7:- Orang yang sentiasa kasihkan ilmu dan suka membaca tanpa berasa jemu dengan membuat kupasan supaya tidak wujud sebarang kebuntuan.
Tema- Segala perkara yang dilakukan adalah berdasarkan akal fikiran.
Persoalan- Persoalan ketajaman fikiran.- perlu mengasihi sahabat.- Mematuhi perintah Tuhan.
Anafora- Pengulangan di awal baris pada rangkap kelima dalam baris kedua dan ketiga.
“Tiadalah ia melanja-lanja”“Tiadalah menyombong pada pekerja”
Sinkope- “Ibunya tahu dunia tak kekal”
Kepatuhan- Penyair menyarankan kita mengikuti tingkah laku anbia dan aula.
Kasih Sayang- Sikap mengasihi para sahabat.
Rendah diri- Perlunya sikap rendah diri kepada rakan.
Kerajinan- rajin membaca untuk memudahkan kita menyelesaikan segala perkara yang berlaku.
Kita harus membetulkan kesalahan yang dilihat.
Kita perlu mematuhi hukum syarak.
Kita harus menjauhi perasaan tamak dan perlu bertawakal.
Kita jangan bersikap sombong.
Kita hendaklah sentiasa membaca.