DBKLGaris Panduan Jalan dan Perparitan 2014.pdf

download DBKLGaris Panduan Jalan dan Perparitan 2014.pdf

If you can't read please download the document

description

DBKLGaris Panduan Jalan dan Perparitan 2014.pdf

Transcript of DBKLGaris Panduan Jalan dan Perparitan 2014.pdf

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 1

    GARIS PANDUAN

    JALAN DAN PERPARITAN

    WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    2014

    JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN

    1.0 TUJUAN

    1.1 Garis Panduan Jalan Dan Perparitan 2014 ini disediakan bertujuan untuk menyeragamkan semua kehendak-kehendak DBKL semasa memproses Pelan Jalan Dan Perparitan.

    1.2 Panduan kepada Jurutera Perunding dan Pemaju untuk merekabentuk dan menyediakan Pelan Jalan Dan Perparitan serta menjadi panduan kepada kakitangan teknikal DBKL untuk memproses dan meluluskan Pelan Jalan Dan Perparitan.

    1.3 Garispanduan ini juga adalah untuk memperjelaskan maksud yang terkandung dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 berhubung dengan kehendak teknikal jalan dan Perparitan

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2

    2.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL JALAN DAN

    PERPARITAN

    2.1 Jalan dan parit bersempadanan dengan tapak pembangunan yang dimajukan hendaklah dibina (jika tiada) atau dinaik taraf jalan dan parit sekiranya sediada.

    2.2 Jalan dan parit hendaklah disambung ke jalan dan parit yang sediada.

    2.3 Rekabentuk rezab jalan hendaklah mematuhi hairaki Kelebaran Rezab Jalan DBKL iaitu mengikut piawaian lebar 40, 50, 66, 80,100 dan 132.

    2.4 Cadangan jalan dan perparitan yang melibatkan kawasan LLM atau rezab TNB hendaklah memperolehi persetujuan terlebih dahulu dari agensi terlibat.

    2.5 Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) di laluan siarkaki hendaklah disediakan.

    2.6 Penutup sump dan longkang dalam kawasan siarkaki hendaklah menggunakan PCC Slab (JPIF/STD/004 SYIT 20 - 24).

    2.7 Rekabentuk untuk Rezab Jalan 40 hingga 132 DBKL hendaklah berdasarkan Jadual 2.7.1 dan 2.8.1 seperti berikut:

    Jadual 2.7.1 : Dimensi Pelan Keratan Jalan

    Rezab Jalan Lebar

    Median Lebar Jalan

    Kawasan Hijau +Siarkaki + Slab Longkang

    (Rujuk Pelan Piawaian JPIF 2014)

    40 0

    (12192mm) -

    24 0

    (7315mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 58 DAN 59

    50 0

    (15240mm) -

    20 0 /28 0

    (6100mm-8534mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 60 DAN 61

    66 0

    (20117mm) -

    40 0

    (12192mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 62

    80 0

    (24384mm)

    8 0

    (2438mm)

    2 x 22 0

    2 x (6706mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 63

    100 0

    (30480mm)

    15 0

    (4572mm)

    2 x 24 0

    2 x (7315mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 64

    132 0

    (40233mm)

    15 0

    (4572mm)

    2 x 36 0

    2 x (10972mm)

    JPIF/STD/0023 SYIT 65

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 3

    Jadual 2.8.1: Ketebalan minima Crusher Run dan Premix hendaklah berdasarkan jadual berikut.

    Rezab Jalan

    Lebar Jalan

    (carriageway)

    Sand Bedding

    (mm)

    Crusher Run

    (mm)

    Binder Course

    (mm)

    Wearing Course

    (mm)

    20 14 50 300 40 50

    40 24 50 300 50 50

    50 20/28 50 300 50 50

    66 40 100 450 50 60

    80 2 x 22 100 450 50 60

    100 2 x 24 100 450 50 60

    132 2 x 36 100 450 50 60

    2.9 Cul-de-sac hendaklah diturap sepenuhnya iaitu dari longkang ke longkang. Siarkaki tidak perlu dicadangkan disini.

    2.10 Acceleration lane / Deceleration lane yang mencukupi hendaklah dicadangkan dan dihubungkan dengan jalan sedia ada. Butir-butir bagi tanda-tanda jalan (Road Marking) untuk Acceleration lane / Deceleration lane tersebut hendaklah mengikut piawaian semasa yang diiktiraf seperti Arahan Teknik Jalan yang telah dikeluarkan oleh pihak JKR.

    2.11 Kerb di persimpangan dua jalan utama hendaklah menggunakan horizontal curve 35 kaki radius.

    2.12 Aras laras cadangan jalan baru hendaklah diselaraskan dengan jalan sediada dan disahkan dengan perkataan The finished level of the proposed roads and platform levels proposed are such that it will permit connection to adjoining existing or future roads di dalam pelan.

    2.13 Garisan sempadan mesti ditunjukkan didalam setiap gambarajah dan pelan keratan rentas.

    2.14 Pelan-pelan keratan rentas / keratan memanjang untuk kerja-kerja jalan dan perparitan perlu dikemukakan.

    2.15 Semua bebendul konkrit jalan yang dicadangkan hendaklah menggunakan jenis Extruded Kerb dan mengikut piawaian DBKL (JPIF/STD/002 SYIT 1 - 11).

    2.16 Catch pit tepi jalan disediakan bersama Galvanised Steel Grating bersaiz 610mm x 250mm pada sela 6meter (JPIF/STD/002 SYIT 3).

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 4

    2.17 Outlet pipe hendaklah dibina daripada paip konkrit 225mm dengan disalut konkrit 100mm disekelilingnya dan di tempatkan pada sela 6m atau pada tempat-tempat yang difikirkan bersesuaian dengan cerun 1:40 bersama dengan pemasangan catch pit (JPIF/STD/002 SYIT 3).

    2.18 Bagi cadangan jalan dan perparitan yang melibatkan LLM / TNB / SYABAS / IWK, kelulusan/persetujuan daripada pihak tersebut hendaklah diperolehi oleh Juruperunding.

    2.19 Siarkaki berpermukaan jenis concrete (wire brush / broom finish) atau seumpama dengannya hendaklah dicadangkan di dalam semua sekim pembangunan baru dan butir-butir binaannya hendaklah dikemukakan.

    2.20 Kesemua cadangan sump untuk siarkaki hendaklah ditutupi dengan menggunakan Precast Compressed Concrete Slab (PCC Slab), bersaiz 600mm x 395mm x 2 no bersama dengan cast-in-situ slab (JPIF/STD/004 SYIT 20 - 24).

    2.21 Siarkaki disediakan lubang pemeriksaan dengan PCC Slab bersaiz 600mm x 395mm x 1no (minimum) pada sela 6meter (JPIF/STD/004 SYIT 20 - 24).

    2.22 Kemudahan (OKU) hendaklah disediakan di atas siarkaki baru mengikut MS 1331 : 2003 (contohnya Guiding Block, Drop Kerb dan lain-lain) (JPIF/STD/002 SYIT 10 - 11).

    2.23 Guardrails / Pagar Keselamatan (Anti Climb G.I guardrails) yang bersesuaian hendaklah diadakan dikedua-dua belah jalan yang dibina di atas tambak (embankment) dan kawasan yang beza ketinggian melebihi 1 meter (JPIF/STD/005 SYIT 25).

    2.24 Cadangan untuk kerja-kerja didalam rezab parit / sungai dan lencongan saliran (sekiranya ada) hendaklah ditunjukkan didalam pelan dan yang berasingan dan ditunjukkan dengan jelas.

    2.25 Longkang tepi jalan baru hendaklah dibina di bahagian luar lot mengikut garisan sempadan dan hendaklah dapat dihubungkan ke sistem yang sedia ada.

    2.26 Saiz minima cadangan pipe culvert adalah bergarispusat 900mm dan disahkan dengan pengiraan Juruperunding (JPIF/STD/007 SYIT 28).

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 5

    2.27 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah berada di atas concrete haunching dan hendaklah diplaster dengan simen mortar setebal (19mm) tebal. Sila tunjukkan dalam gambarajah keratan rentas (JPIF/STD/006 SYIT 26 & JPIF/STD/020 SYIT 49).

    2.28 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah dibina kepada ketinggian maksima 36(1050mm) dan ditambah menjadi 13(350mm) bagi ketinggian melebihi 36(1050mm) tetapi tidak melebihi 50(1500mm) (JPIF/STD/006 SYIT 26 & JPIF/STD/020 SYIT 49).

    2.29 Longkang tepi jalan hendaklah dicadangkan dari jenis 12(300mm) Half Round Glaze Ware(HRGW) (JPIF/STD/006 SYIT 26).

    2.30 Tebal konkrit asas longkang hendaklah sekurang-kurangnya 6(150mm) tebal.

    2.31 Semua longkang tepi jalan yang dibina baru dan yang sedia ada terbuka hendaklah ditutupkan dengan cast-in-situ slab setebal 4(100mm) (min) (JPIF/STD/006 SYIT 26).

    2.32 Cadangan laluan utiliti hendaklah ditunjukkan dengan jelas dalam pelan tapak dan pelan keratan dan ianya hendaklah selaras dengan pelan piawaian jabatan ini (Rujuk nombor lukisan JPIF/STD/0023 SYIT 60 hingga SYIT

    65). Sebarang laluan utiliti tidak dibenarkan berada dalam kawasan laluan jalan (carriageway)

    2.33 Pelan berasingan yang bertindih dengan pelan tapak hendaklah menunjukkan Sistem Papan Tanda, Sistem Tanda Garisan serta peraltan keselamatan jalanraya dan perabot jalan. Semua cadangan mestilah mematuhi pelan dan syarat piawaian DBKL dan dikembalikan bersama-sama pelan jalan dan perparitan.

    2.34 Lokasi kedudukan tiang lampu jalan, lampu isyarat, feeder pillar controller box dan jenis-jenis sistem yang dicadangkan. Cadangan struktur tidak menghalang laluan pejalankaki dan merujuk pelan Nombor Lukisan JPIF/STD/0023 Syit 66.

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 6

    3.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL PEMBETUNG

    PINTU MASUK (JPIF/STD/009 SYIT 30)

    3.1 Dinding batu-bata berukuran 9(225mm) tebal hendaklah dibina kepada ketinggian maksima 36(1050mm) dan ditambah menjadi 13(350mm) bagi ketinggian melebihi 36(1050mm) tetapi tidak melebihi 50(1500mm).

    3.2 Bahagian jalan masuk yang menghubungkan slab culvert pintu masuk dan jalan sedia ada hendaklah dibina daripada 3(75mm) premix diatas 12(300mm) batu crusher run.

    3.3 Bahagian teratas slab culvert pintu masuk hendaklah dibina rata dan separas dengan bahagian jalan dalam rezab jalan.

    3.4 Perunding dikehendaki mengesahkan dan menyatakan sama ada buir-butir culvert pintu masuk yang diberikan adalah mewakili satu atau kesemua culvert pintu masuk atau tidak. Butir binaan untuk setiap culvert pintu masuk hendaklah dapat dirujukkan.

    3.5 Dinding batu-bata 9(225mm) tebal hendaklah di atas concrete haunching dan hendaklah di plaster dengan simen mortar setebal (19mm) tebal. Sila tunjukkan dalam gambarajah keratan rentas.

    3.6 Tebal minima slab culvert pintu masuk ialah 6(150mm) tebal. Kelebaran slab perlu setakat melepasi lebar perparitan sahaja.

    3.7 Zink Galvanised Steel Grating with hinge sahaja hendaklah di cadangkan dengan saiz minima 450mm x 610mm dan hendaklah di tempatkan di tengah-tengah culvert pintu masuk. Hot-dipped grating tidak dibenarkan (JPIF/STD/003 SYIT 12 -13).

    3.8 Pelan-pelan keratan rentas / keratan memanjang untuk kerja-kerja pembentung pintu masuk perlu dikemukakan.

    3.9 Panjang wing-wall hendaklah tidak melebihi lebar span culvert pintu masuk.

    3.10 Panjang culvert pintu masuk hendaklah dicadangkan di antara 120(3600mm) hingga 200(6100mm) panjang bagi pembangunan kediaman; dan maksima 30(9144mm) panjang bagi pembangunan stesen minyak.

    3.11 Tebal konkrit asas longkang hendaklah sekurang-kurangnya 6 (150mm) tebal.

    3.12 Garisan sempadan mesti ditunjukkan di dalam setiap gambarajah keratan rentas.

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 7

    3.13 Bagi setiap permohonan/pembangunan; yuran pemeriksaan tapak bagi kerja-kerja Jalan dan Perparitan hendaklah dibayar dengan menggunakan Bank Deraf atas nama `Bendahari Bandaraya berdasarkan jadual berikut:

    Jadual 3.13.1 : Perkiraan yuran pemeriksaan Jalan dan Perparitan

    SAIZ PEMBANGUNAN

    (mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Unit Pusat Setempat OSC)

    YURAN YANG DIKENAKAN (RM)

    KECIL TIADA BAYARAN

    SEDERHANA 500

    BESAR 2000

    4.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN JALAN DAN PERPARITAN (TERMASUK PELAN PEMBENTUNG PINTU MASUK)

    4.1 Kemukakan tiga (3) salinan pelan ke JPIF melalui OSC DBKL yang terdiri dari Pelan Lokasi, Pelan Tapak, Pelan Keratan Jalan, Pelan Pengurusan Lalulintas, Pelan Laluan Utiliti termasuk Pelan-pelan butiran siarkaki, longkang, kerb, scupper drain, papantanda jalan, papantanda arah dan butiran lain yang berkaitan jalan dan perparitan

    Kesemua pelan-pelan ini hendaklah mematuhi semua kehendak syarat teknikal jalan dan perparitan yang dinyatakan pada para 2.0 dan 3.0 termasuk menjelaskan yuran pemeriksaan mengikut Jadual 3.13.1 diatas.

    4.2 Senaskah perkiraan rekabentuk perparitan dan yang berkaitan dengan cadangan jalan dan perparitan hendaklah dikemukakan bersama semasa membuat permohonan

    4.3 Borang JPIF 1 dan 3 yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Jurutera Perunding hendaklah dikemukakan bersama-sama Pelan Jalan dan Perparitan

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 8

    5.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN LAMPU JALAN

    5.1 Pelan cadangan lampu jalan boleh dikemukakan/(superimposed) bersama-sama Pelan tapak Jalan dan Perparitan(atau pelan yang berasingan) dan dikemukakan secara serentak pada satu masa untuk diluluskan oleh JPIF.

    Didalam hal ini semua kehendak syarat teknikal lampu jalan yang dinyatakan dalam Garispanduan Lampu Jalan dan Lampu Hiasan Pejalankaki 2014 hendaklah dipatuhi dan ditunjukkan dalam pelan berkenaan.

    6.0 PEMERIKSAAN INTERIM

    6.1 Memandangkan Pemeriksaan Interim dijalankan sendiri oleh pihak Jurutera Perunding, maka ujian yang perlu dilakukan adalah seperti berikut;

    6.1.2 Pemeriksaan Crusher Run

    - Ujian ketebalan dilakukan bagi mematuhi syarat ketebalan minima mengikut Jadual 2.8.1 di atas (Rujuk contoh gambar).

    - Ujian California Bearing Ratio (CBR) dilakukan bagi menentukan nilai kekuatan Crusher Run tersebut. Ujian tersebut perlu

    dilakukan oleh pihak makmal yang bertauliah (Rujuk contoh gambar). Nilai CBR yang diperlukan adalah nilai yang terbesar (80%) yang diperolehi pada ketelusan 2.5mm dan 5.0mm daripada graf. Ujian tersebut perlu merujuk kepada BS 1377 : Part9 : 1990.

    6.1.3 Pemeriksaan Premix

    - Ujian Coring dilakukan bagi mematuhi syarat ketebalan minima mengikut Jadual 2.8.1 di atas (Rujuk contoh gambar). Ujian tersebut perlu merujuk kepada BS 598 : Part 104 : 1989.

    7.0 PERMOHONAN SURAT SOKONGAN CCC (BORANG G17)

    7.1 Borang JPIF 5 dan 6 yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Jurutera Perunding hendaklah dikemukakan bersama-sama Pelan Terbina Jalan dan Perparitan, Laporan Bergambar Ujian Ketebalan Crusher Run, Ujian CBR dan Ujian Coring daripada pihak makmal yang bertauliah.

  • GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 2014

    GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN 9

    Slope 1:12

    Parit tepi jalan Tacktiles

    Kawasan Pejalan Kaki Bebas Halangan

    Kawasan Hijau

    Tiang Lampu Jalan Feeder Pillar

    Zebra Crossing

    Kerb separas dengan paras jalan

    PELAN SUSUNATUR PERSIMPANGAN MENUNJUKKAN LOKASI PERABUT JALAN DAN TANDA JALAN

    Papantanda nama jalan

  • MukaSurat1/2

    BORANG JPIF 1 (dahulunya BORANG JKA 1)

    Pindaan April 2014

    DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR

    Borang Pengemukaan Pelan Dari Perunding Dan Pengesahan Dari Pemilik/Pemaju

    Pengarah,JabatanPerancanganInfrastrukturSaya/kamidenganinimengemukakancadanganbagikerjakerjauntukprojeksepertiberikut:TajukProjekSelaras .dengantajukdiataspelan/ .PerintahPembangunan/ ............permohonanOSC .Kerjakerja:*KerjaTanah/Jalan&Perparitan/PembentungPintuMasuk/LampuJalan ...No.Lukisan ... .............. ..Saya/kami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala rekabentuk dan perjalanan kerjakerjatersebut.Tandatangan(JuruteraPerunding/Arkitek :/PelukisPelan)NamaPenandatangan :Tarikh :SilJuruteraProfesionaljikaboranginidikemukakanolehJuruteraPerundingNama&Alamat ..........................lengkapdengan .poskodJurutera .Perunding/Arkitek .*Batalyangmanatidakberkaitan

  • MukaSurat2/2

    BORANG JPIF 1 (dahulunya BORANG JKA 1)

    Pindaan April 2014

    DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR

    Borang Pengemukaan Pelan Dari Perunding Dan Pengesahan Dari Pemilik/Pemaju

    Pengarah,JabatanPerancanganInfrastrukturSaya/kamipemilik/pemajuprojekyang tersebutdimukasurat1dengan inimengesahkanbahawaJurutera Perunding/Arkitek tersebut dilantik untuk mengemukakan pelanpelan bagi pihaksaya/kami.Saya/kamidenganiniberjanjisepertiberikut:

    1. Nama dan alamat lengkap Jurutera Perunding/Akitek yang bertanggungjawab untukmenyeliakerjakerjaakandikemukakankepadatuankerjakerjadimulakanditapak.

    2. Saya/kami mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan

    UndangUndangKecilTanah(WilayahPersekutuan,KualaLumpur)1988.

    3. Pegawaipegawai dari Jabatan tuan berhak untuk memasuki pada bilabila masa yangmunasabah untuk memeriksa kerja setor bahanbahan binaan dan tapak di mana kerjatersebutdijalankan.

    4. Saya/kami secara bersamasama dan berasingan dengan Jurutera Perunding/Akitek

    bertanggungjawabkeataskerosakanhartabendadanlainlainakibatdarikerjapembinaantersebut.

    Tandatangan(Pemilik/Pemaju) :NamaPenandatangan :....Tarikh :.Nama&Alamat ..........................lengkapdengan .poskodPemilik/ .Pemaju .PERHATIAN1. Kegagalan pihak tuan mengisikan borang ini dengan butirbutir lengkap dan tepat akan

    melambatkanproseskelulusanpelanyangdikemukakanolehpihaktuan.

    2. Pastikan penandatangan bagi pihak Pemilik/Jurutera Perunding/Arkitek di dalam borang iniadalahsama/selarasdiataspelanpelan.

  • MukaSurat1/2

    BORANG JPIF 3

    DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

    JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR

    Pengesahan Perlantikan Jurutera Perunding

    Pengarah,JabatanPerancanganInfrastrukturSaya/kami dengan ini mengesahkan bahawa saya/kami telah dilantik sebagai Jurutera Perunding yang bertanggungjawab bagi menyelia kerja - kerja pembinaan bagi projek tersebut di bawah ini. TajukProjekSelaras .dengantajukdiataspelan/ .PerintahPembangunan/ ............permohonanOSC .Kerjakerja:*KerjaTanah/Jalan&Perparitan/PembentungPintuMasuk/LampuJalanTandatangan(JuruteraPerunding) :NamaPenandatangan :Tarikh :SilJuruteraProfesionaljikaboranginidikemukakanolehJuruteraPerundingNama&Alamat ..........................lengkapdengan .poskodJurutera .Perunding .*Batalyangmanatidakberkaitan

  • MukaSurat2/2

    BORANG JPIF 3

    DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR

    Pengesahan Perlantikan Jurutera Perunding

    Pengarah,JabatanPerancanganInfrastrukturSaya / kami pemilik / pemaju projek tersebut di muka surat 1 mengesahkan bahawa Jurutera Perunding tersebut telah dilantik untuk bertanggungjawab bagi menyelia kerja-kerja pembinaan projek tersebut. Saya / kami dengan ini berjanji seperti berikut: 1. Pegawai-pegawai dari Jabatan tuan berhak untuk memasuki pada bila-bila masa yang munasabah untuk memeriksa kerja-kerja dan bahan-bahan binaan ditapak di mana kerja tersebut dijalankan. 2. Saya / Kami secara bersama-sama dan berasingan dengan Jurutera Perunding akan bertanggungjawab ke atas kerosakan harta benda dan lain-lain akibat dari kerja pembinaan tersebut. Tandatangan(Pemilik/Pemaju) :NamaPenandatangan :....Tarikh :.Nama&Alamat ..........................lengkapdengan .poskodPemilik/ .Pemaju .PERHATIAN1. Kegagalan pihak tuan mengisikan borang ini dengan butirbutir lengkap dan tepat akan

    melambatkanproseskelulusanpelanyangdikemukakanolehpihaktuan.

    2. Pastikan penandatangan bagi pihak Pemilik/Jurutera Perunding di dalam borang ini adalahsama/selarasdiataspelanpelan.

  • BORANGJPIF5

    PENGESAHANSIAPKERJAOLEHJURUTERAPERUNDING

    Pengarah,

    JabatanPerancanganInfrastruktur

    Saya dengan inimemberi notis bahawa kerjakerja pembinaan bagi projek tersebut di bawah ini

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    telahsiapsepenuhnya.

    2.Sayamengesahkanbahawasayatelahmengawasikerjakerjapembinaandanpenyiapanprojekdi

    atas dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya kerjakerja tersebut adalah mengikut

    kelulusan pelan, spesifikasi dan syarat yang di bawahnya apaapa pelan, spesifikasi dan pindaan,

    dengannya jika ada, telah diluluskan dan saya dengan inimengambil tanggungjawab penuh bagi

    kerjakerjatersebut.

    3. Saya mengesahkan bahawa semua kerosakan kepada hartanah bersebelahan, jalan raya,longkang, laluan pejalan kaki dan dan lainlain telah dibaikpulih dengan baik dan tapak itu telahdibersihkan dalam keadaan yang memuaskan. Saya mengesahkan bahawa semua item yangdisenaraikandalamSenaraiSemakSokonganCCCtelahsiapsepenuhnya.

    4.Sayadengan inimengemukakandua(2)salinanpelanterbinabersertadua(2)salinan 'softcopy'

    pelanterbinayangsamasepertiberikutbersiri

    __________________________________________________________________________________

    sebagairekoddandenganinisayamengesahkanbahawasemuabutirbutirsepertiyangdinyatakan

    dalampelanterbinatersebutadalahbenar.

    __________________________________________

    Tandatangan(Jurutera)

    Nama&AlamatlengkapJuruteraPerunding

    __________________________________________

    __________________________________________

    __________________________________________

    Sil

    Jurutera

    Perunding

  • MukaSurat1/2

    BORANGJPIF6

    SENARAISEMAKSOKONGANCCC

    Pengarah,

    JabatanPerancanganInfrastruktur

    No.Fail :JPIF/

    TajukPembangunan :_____________________________________________________________

    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Bil Item Ya Tidak CatatanA JALAN,PERPARITAN&LAMPUJALAN 1 Semuajalanyangdibinamengikutpelanyangdiluluskan 2 Semua perparitan yang dibina mengikut pelan yang

    diluluskan

    3 Semuaunitpratuang,lantaikonkrit,invert,kerb,danlainlaindibinamengikutpelanyangdiluluskan

    4 Semuapaiputilitidibawah jalan rayadan laluanpejalankakitelahditanamdengansempurna

    5 Semua kerosakan jalan raya, hartanah bersebelahan,longkangdan laluanpejalankakitelahdibaikpulihdengansempurna

    6 Semua lurang telah disediakan dengan penutup dansearasdenganpermukaanjalanraya

    7 Semua kawasan hijau telah ditanam dengan rumputsecararapat

    8 Semualaluanpejalankakitelahdisiapkansepenuhnyadansegala halangan, sisa binaan dan lainlain telahdikeluarkan

    9 Semualongkangscuppertelahdibersihkan 10 Semua dinding longkang telah dibina sehingga paras

    laluanpejalankaki/sidetabledan/ataulotbersebelahan

    11 Tiadapilibombaterletakdalamlaluanjalanraya 12 Semuajalandanparittelahdibersihkandaripadakelodak,

    sisabinaandanlainlain

    13 Semua pokok yang ditanam adalah jauh daripada lampujalan

    14 Lorong Perkhidmatan (10 kaki lebar) telah diturap dansemuakerosakantelahdibaikpulih

    15 PembentungPintuMasukdibina ratadan searasdengantepijalanraya

    16 Halangan kemalangan telah didirikan pada akhir culdesacdantempattempatyangdirasakanperlu

    17 Papantandanamajalantelahdidirikan 18 Semua lampu jalan telah dipasang, berfungsi dan

    pencahayaanmemuaskan

  • MukaSurat2/2

    BORANGJPIF6

    Bil Item Ya Tidak CatatanB KERJATANAH 1 Semua struktur tembok penahan telah dibina

    mengikutpelandanspesifikasiyangdiluluskan

    2 Semuaceruntelahditanamrumputsecararapat 3 Cutoff longkangtelahdisediakanpadasemuabermsdan

    sisabinaandibersihkan

    4 Semuakelodak/hakisantelahdibaikpulih 5 Semuaweepholestelahdibersihkan 6 Semua saliran, longkang dan lainlain yang berlumpur

    telahdibersihkan.

    7 Semua perangkap kelodak telah ditimbus atau jikadigunakan untuk fasa pembangunan seterusnya, makaianyaperludiselenggaradenganmemuaskan

    8 Semua interlocking concrete paver yang telahdibinabagitujuansebagaiaksessementaraketapakbinatelah dibuka dan jalan raya tersebut telah dibaikpulihsepertisediakala

    __________________________________________

    Tandatangan(Jurutera)

    Nama&AlamatlengkapJuruteraPerunding

    __________________________________________

    __________________________________________

    __________________________________________

    Tarikh:

    Nota:

    JikaTIDAK,isikanruanganCATATANuntukpenjelasanselanjutnya.

    Sil

    Jurutera

    Perunding

  • Contoh GambarUjian Ketebalan Untuk Crusher Run

    (Ketebalan Crusher Run Rujuk Garis Panduan Jalan Dan Perparitan)

    Page 1

  • Contoh GambarUjian CBR Untuk Crusher Run

    (Nilai CBR 80%)

    Page 1

  • Contoh GambarUjian Coring Untuk Premix

    (Ketebalan Premix Rujuk Garis Panduan Jalan Dan Perparitan)

    Page 1

    4 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 20144 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 20144 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 20144 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 20144 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 20144 GARIS PANDUAN JALAN PERPARITAN 2014a) BORANG BARU JPIF 1c) BORANG BARU JPIF 3combined_document_22

    Ujian Ketebalan [Compatibility Mode]Ujian CBR [Compatibility Mode]Ujian Coring [Compatibility Mode]Standard Jalan Dan Perparitan1: Cover Page2: List ContentsPage 3Page 4Page 5Page 6Page 7Page 8Page 9Page 10Page 11Page 12Page 13Page 14Page 15Page 16Page 17Page 18Page 19Page 20Page 21Page 22Page 23Page 24Page 25Page 26Page 27Page 28Page 29Page 30Page 31Page 32Page 33Page 34Page 35Page 36Page 37Page 38Page 39Page 40Page 41Page 42Page 43Page 44Page 45Page 46Page 47Page 48Page 49Page 50Page 51Page 52Page 53Page 54Page 55Page 56Page 57Page 58Page 59

    Borang JPIF 5Borang JPIF 6

    Borang JPIF 1Borang JPIF 3Borang JPIF 5Borang JPIF 6