DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan...

20
DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA MINERALS AND GEOSCIENCE DEPARTMENT MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA MINISTRY OF NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT MALAYSIA

Transcript of DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan...

Page 1: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

1

DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK JABATAN MINERAL DAN

GEOSAINS MALAYSIA

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA M I N E R A L S A N D G E O S C I E N C E D E P A R T M E N T M A L A Y S I A

K E M E N T E R I A N S U M B E R A S L I D A N A L A M S E K I T A R M A L A Y S I A M I N I S T R Y O F N A T U R A L R E S O U R C E S A N D E N V I R O N M E N T M A L A Y S I A

Page 2: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

KANDUNGAN

1. Pengenalan ……… 1

2. Objektif ……… 1

3. Tafsiran ……… 2

4. Harta Intelek ……… 3

5. Dasar Pengkomersialan ……… 4

5.1. Dasar Paten ……… 4

5.2. Dasar Hakcipta ……… 4

5.3. Dasar Harta Nyata Penyelidikan ……… 5

6. Hak Harta Intelek ………. 5

7. Jenis-jenis Harta Intelek ………. 6

7.1. Paten ………. 6

7.2. Hakcipta ………. 7

7.3. Reka Bentuk Perindustrian ………. 8

7.4. Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ………. 8

7.5 Cap Dagangan atau Perkhidmatan ………. 9

7.6 Petunjuk Geografi ………. 9

8. Pemilikan Hak Harta Intelek ………. 10

9. Pengurusan Hak Harta Intelek ………. 12

10. Pengagihan Pendapatan ………. 14

11. Pemberian Insentif kepada Rekacipta atau Pencipta ……… 15

12. Hak Moral dan Isu Etika ……… .16

13. Tarikh Kuatkuasa ………. 17

14. Rujukan ............ 17

Page 3: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

1

DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Dasar ini bertepatan dengan hasrat kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE) yang memfokus kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan ilmu

pengetahuan. Susulan itu, Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Jabatan Mineral dan

Geosains Malaysia (JMG) dikemukakan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan

terutama Pusat Penyelidikan Mineral menjalankan atau menghasilkan harta intelek yang

berpotensi untuk dikomersialkan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Dasar ini memberi perlindungan dan pengiktirafan serta ganjaran kepada rekacipta atau

pencipta agar teknologi baru yang diketengahkan dapat memberi faedah kepada kedua-

dua pihak iaitu negara dan pencipta. Seterusnya dapat melahirkan lebih ramai

penyelidik yang inovatif dan kreatif.

Dasar pengkomersialan harta intelek ini selepas ini disebut sebagai “dasar” diwujudkan

bagi menyediakan garis panduan pengurusan berkaitan pengkomersialan harta intelek

milik JMG secara lebih komprehensif termasuk tatacara pengagihan pendapatan

pengkomersialan dan insentif kepada pencipta.

2.0 Objektif

Objektif dasar pengkomersialan JMG berkaitan dengan harta intelek adalah seperti

berikut:

2.1. Untuk mengukuhkan satu rangka kerja bagi mengawal selia pemilikan

(ownership) harta intelek yang ada hubungan dengan kerja rundingan dan

perkhidmatan, pemilikan dan pengurusan harta intelek, inovasi, pemindahan dan

pengeksploitasian yang dijalankan oleh penyelidik JMG.

2.2. Untuk melindungi harta intelek selari dengan dasar NRE; Ministry of Natural

Resources and Environment Intellectual Property and Commercialisation Policy,

Page 4: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

2

2013. Ini adalah merupakan dasar yang berhubungkait dengan pengkomersialan

harta intelek yang dibiayai oleh peruntukan kerajaan.

2.3 Untuk menyediakan insentif dan imbuhan serta pengiktirafan kepada penyelidik

yang terlibat dalam aktiviti pembangunan dan penggunaan harta intelek dalam

pelbagai bidang R&D.

2.4 Untuk memberi galakan dan pulangan yang wajar kepada JMG dan penyelidik

dalam memberi perkhidmatan dan rundingan. Seterusnya dapat mewujudkan

suasana selesa dalam memberi perlindungan kepada harta intelek.

3.0 Tafsiran

Istilah yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai makna yang spesifik

sebagaimana dijelaskan dalam bahagian ini.

‘Dasar’ bermaksud dasar pengkomersialan harta intelek hasil penyelidikan dan

pembangunan yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

‘Harta Intelek’ bermaksud semua bentuk harta intelek yang dilindungi oleh undang-

undang Malaysia atau undang-undang lain tentang harta intelek termasuk paten,

hakcipta, rekabentuk perindustrian, cap dagangan, petunjuk geografi, reka bentuk susun

atur litar bersepadu, pengetahuan dan maklumat sulit.

‘Jawatankuasa Pengkomersialan Harta Intelek’ bermaksud jawatankuasa yang

dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JMG atau Pengarah PPM-JMG dan dianggotai

sekurang-kurangnya seramai enam (6) orang ahli di kalangan kakitangan JMG.

‘Pengkomersialan’ bermaksud menjual, menyerahkan hak, melesenkan,

memfrancaiskan, memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana

pendapatan kewangan yang lain.

‘Pencipta’ bermaksud pencipta atau pengarang harta intelek.

Page 5: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

3

‘Rekacipta’ bermaksud idea yang membenarkan penyelesaian teknikal untuk

permasalahan tertentu dipraktikkan dalam bidang teknologi dan boleh berkaitan dengan

sesuatu produk atau proses.

‘Pelajar’ bermaksud pelajar yang berdaftar dengan mana-mana institusi pendidikan atau

yang seumpamanya telah ditempatkan di JMG untuk tujuan akademik atau penyelidikan

apa-apa perkara yang dianggap keperluan pelajar bagi tempoh yang ditetapkan di JMG.

‘Kakitangan’ bermaksud mana-mana orang yang bekerja di JMG secara tetap, separuh

masa atau kontrak termasuk kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional atau

kumpulan pelaksana.

‘Pelawat’ bermaksud seseorang yang dijemput secara rasmi oleh JMG untuk tujuan

penyelidikan atau apa-apa perkara yang dianggap keperluan pelawat bagi tempoh yang

ditetapkan di JMG.

‘Ganjaran’ bermaksud pemberian sagu hati yang diberikan kepada penjawat awam

dalam apa-apa bentuk yang mempunyai nilai wang daripada pengkomersialan harta

intelek.

‘Know-how’ bermaksud sebarang kaedah, teknik, proses, penemuan, inovasi,

spesifikasi, resipi, formula, rekabentuk, pelan, dokumentasi, lakaran dan lain-lain

maklumat teknikal.

4.0 Harta Intelek

Bagi maksud dasar, harta intelek termasuk sebarang hak milik yang termaktub seperti:

4.1. Paten dan perbaharuan utiliti seperti yang ditakrifkan dalam Akta Paten 1983;

4.2. Hakcipta dan perlindungannya yang diberi berasaskan kepada Akta Hakcipta

1987;

4.3. Cap dagangan dan perlindungannya yang diberikan dalam Akta Cap Dagangan

1976 dan di bawah undang-undang lazim bagi kelirupaan (passing off);

Page 6: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

4

4.4. Rekabentuk perindustrian dan perlindungannya yang diberikan di bawah Akta

Rekabentuk Perindustrian 1996;

4.5. Perlindungan bagi maklumat sulit dan rahsia perniagaan/ dagangan;

4.6 Petunjuk geografi yang diberi berasaskan kepada Akta Petunjuk Geografi 2000;

4.7 Rekabentuk susun atur litar bersepadu yang diberikan di dalam Akta Rekabentuk

Susunatur Litar Bersepadu 2000.

5.0 Dasar Pengkomersialan

Keperluan Dasar adalah untuk memastikan panduan dan peraturan ini dapat dipatuhi

serta dilaksanakan dengan sebaiknya serta memerlukan beberapa dasar yang

disediakan terlebih dahulu, di antaranya ialah:

5.1. Dasar Paten

5.1.1. Dasar ini menetapkan bahawa semua rekacipta yang berpotensi sama

ada diilhamkan atau yang telah diubahsuai untuk digunakan sama ada

sepenuhnya ataupun sebahagiannya oleh kakitangan JMG dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ataupun dengan

menggunakan sumber-sumber JMG dalam kadar masa enam (6) bulan

dari tarikh ciptaan.

5.1.2. Hakmilik rekaciptaan tersebut hendaklah diberikan kepada JMG tertakluk

kepada apa-apa terma dan perjanjian tanpa mengambil kira punca

pembiayaan kerja tersebut sekiranya ada.

5.1.3. Pencipta boleh memohon kepada Jawatankuasa Pengkomersialan

Harta Intelek untuk meletakkan rekaciptaan mereka di domain awam

(public domain) sekiranya mereka yakin ini adalah cara yang terbaik ke

arah pemindahan teknologi dan dengan berbuat demikian ia tidak

Page 7: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

5

melanggar sebarang syarat dalam apa-apa perjanjian yang menyokong

atau menaja kerja-kerja tersebut atau pun yang berkaitan dengannya.

5.2. Dasar Hakcipta

JMG menetapkan bahawa semua hak milik hakcipta ilmiah (scholarly copyright)

ataupun hasil-hasil artistik, tidak kira dalam apa bentuk pengekspresiannya

adalah kepunyaan penciptanya, melainkan dalam kes-kes tertentu di mana

peruntukan undang-undang ataupun perjanjian pembiayaan memerlukan

sebaliknya yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengkomersialan Harta

Intelek.

5.3. Dasar Harta Nyata Penyelidikan (Tangible Research Property Policy)

5.3.1 Dasar ini berkaitan dengan harta atau perkara nyata yang dihasilkan

semasa pelaksanaan projek-projek penyelidikan. Harta-harta tersebut

termasuk:

5.3.1.1. Lukisan kejuruteraan (Engineeering drawing);

5.3.1.2. Perisian komputer (Computer software);

5.3.1.3. Pangkalan data komputer (Computer databases);

5.3.1.4 Peralatan prototaip (Prototype devices);

5.3.1.5 Reka bentuk susun atur litar bersepadu (Layout designs of

integrated circuit);

5.3.1.6 Peralatan; dan

5.3.1.7 Data kajian.

5.3.2. Pertukaran segera dan terbuka harta nyata penyelidikan semasa

pelaksanaan projek dengan pihak luar adalah dibenarkan hanya setelah

Page 8: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

6

mendapat kelulusan Ketua Pengarah JMG atau Pengarah Pusat

Penyelidikan Mineral, JMG.

6.0 Hak Harta Intelek

6.1. Harta Intelek adalah semua jenis perkara yang dilindungi di bawah akta dan

undang-undang yang dinyatakan di bawah perenggan 4.1. hingga 4.7 dalam

dasar ini. Ia terdiri daripada pemikiran manusia, seperti idea, rekacipta,

rekabentuk, lakaran, lukisan, penulisan dan muzik. Takrifannya merangkumi

program komputer, rekabentuk susun atur litar bersepadu dan pangkalan data.

6.2. Hak adalah hak-hak terkawal mengikut undang-undang khusus yang

membolehkan pemilik harta intelek melaksanakan kawalan eksklusif ke atas

pengeksploitasian hak-hak tersebut dengan tujuan untuk memperolehi

keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pengkomersialan.

7.0 Jenis-Jenis Harta Intelek

7.1. Paten

7.1.1. Paten adalah hak ekslusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan

terhadap suatu rekacipta sama ada ia suatu produk atau suatu proses.

Rekacipta adalah suatu idea pencipta yang membolehkan

penggunaannya untuk penyelesaian teknikal kepada sesuatu masalah

tertentu. Paten diperuntukkan di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-

Peraturan Paten 1986.

7.1.2. Perbaharuan utiliti adalah hak ekslusif yang diberikan terhadap sesuatu

rekacipta kecil (minor) yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta

sebagaimana yang diperlukan untuk memperolehi paten.

Page 9: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

7

7.1.3. Sesuatu rekacipta dianggap baru sekiranya:

7.1.3.1. Tidak didahului oleh ciptaan seni terdahulu;

7.1.3.2. Masih belum dizahirkan kepada awam di mana-mana pun;

7.1.3.3. Mempunyai langkah merekacipta yang tidak ketara kepada

seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di

dalam bidang teknologi rekacipta tersebut; dan

7.1.3.4. Boleh digunapakai oleh industri, bermaksud boleh dibuat atau

diguna dalam sebarang jenis industri.

7.1.4. Seksyen 13 Akta Paten 1983 menyenaraikan perkara-perkara yang tidak

boleh dipatenkan. Antaranya adalah:

7.1.4.1. Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;

7.1.4.2. Kepelbagaian tumbuhan atau haiwan atau proses-proses

asasi biologi untuk pembiakan haiwan dan tumbuhan;

7.1.4.3. Skim, peraturan atau kaedah untuk berniaga, atau semata-

mata melakukan lakonan mental atau permainan; dan

7.1.4.4. Kaedah diagnostik.

7.1.5. Akta Paten 1983 memberi tempoh perlindungan selama dua puluh (20)

tahun dari tarikh pemfailan permohonan untuk satu-satu rekacipta.

Perbaharuan utiliti pula dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan

dan boleh dilanjutkan ke tempoh 5+5 tahun lagi tertakluk kepada

penggunaan. Pemilik satu-satu paten mempunyai hak ekslusif untuk:

7.1.5.1. Mengeksploit rekacipta yang telah diluluskan paten;

7.1.5.2. Menyerah atau memberikan paten berkenaan; dan

7.1.5.3. Membuat kontrak-kontrak pelesenan.

Page 10: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

8

7.2. Hakcipta

7.2.1 Akta Hakcipta 1987 memberi perlindungan ekslusif kepada pemilik karya

bagi satu tempoh yang ditetapkan. Perlindungan diberikan tanpa

mengambilkira kualiti dan tujuan karya tersebut diilhamkan.

7.2.2 Di Malaysia, perlindungan hak cipta tidak memerlukan pendaftaran.

Sesuatu karya dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi

syarat-syarat berikut:

7.2.2.1 Telah berusaha dengan secukupnya untuk menjadikan karya

berkenaan bersifat asli;

7.2.2.2 Karya berkenaan telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam

bentuk bahan;

7.2.2.3 Penciptanya adalah orang yang berkelayakan atau karyanya

telah dihasilkan di Malaysia atau karyanya mula-mula

diterbitkan di Malaysia; dan

7.2.2.4 Hakcipta karya-karya sastera, muzik dan seni wujud selama

hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Bagi

karya-karya lain, tempoh perlindungan karya-karya tersebut

ialah 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikutan

dengan tahun karya-karya berkenaan mula diterbitkan.

7.3. Reka Bentuk Perindustrian

7.3.1. Rekabentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan

yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara

perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barangan siap, merupakan ciri

yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata mengikut Seksyen

3, Akta Rekabentuk Perindustrian 1996.

7.3.2. Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan

sesuatu barang atau produk. Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga

(3) dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua (2) dimensi.

Page 11: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

9

Ciri-ciri 3 atau 2 dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada

suatu barang siap dikehendaki melalui kaedah perindustrian. Ciri-ciri

tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barangan

atau produk berkenaan.

7.3.3 Secara amnya perlindungan untuk reka bentuk perindustrian yang

didaftar ialah maksimum 15 tahun dan boleh diperbaharui setiap 5 tahun.

7.4. Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan

7.4.1. Rahsia dagangan ialah istilah perundangan yang merujuk kepada

sebarang maklumat, yang secara umumnya tidak diketahui atau

diperolehi dan berupaya memberi kelebihan persaingan kepada

pemiliknya.

7.4.2. Aspek yang amat penting bagi perlindungan jenis ini ialah kerahsiaan.

Perlindungan tersebut sah laku selagi rahsia dagangan tersebut

dikekalkan. Untuk memastikan perlindungan tersebut dapat dikekalkan

semasa rahsia dagangan tersebut diguna, amatlah perlu untuk mengikat

individu-individu yang mempunyai akses kepada rahsia tersebut dengan

perjanjian kontrak untuk tidak mendedahkannya dengan Perjanjian

Kerahsiaan atau pun Perjanjian Non Disclosure.

7.5 Cap Dagangan atau Perkhidmatan

7.5.1 Cap dagangan atau cap perkhidmatan adalah merupakan tanda yang

dapat membezakan barangan atau perkhidmatan seorang pengeluar

dengan peniaga yang lain. Cap dagangan boleh terdiri daripada

perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada

unsur-unsur tersebut.

7.5.2 Pendaftaran sesuatu cap dagangan atau cap perkhidmatan memberi

pemilik penggunaan cap tersebut secara ekslusif dengan barangan atau

perkhidmatan tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat, perubahan,

Page 12: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

10

pindaan dan juga had yang ditentukan oleh pendaftar. Tempoh

perlindungan dan juga had yang diberikan di bawah Akta Cap Dagangan

1976 ialah sepuluh (10) tahun dari tarikh pendaftaran dan boleh

diperbaharui selepas tempoh tersebut bagi tempoh masa yang tiada had.

7.5.3 Sekiranya satu-satu cap dagangan digunakan tanpa didaftar,

perlindungan terhadap kegunaannya tanpa kebenaran pemilik boleh

diperolehi pada peraturan berkaitan dengan kelirupaan (passing off),

rekabentuk atau hakcipta.

7.6 Petunjuk Geografi

7.6.1 Petunjuk geografi didefinisikan sebagai satu petunjuk yang memberitahu

para pengguna bahawa sesuatu barangan itu dihasilkan di sesuatu

kawasan atau tempat tertentu dan mempunyai ciri yang tersendiri yang

berkait rapat dengan tempat pengeluaran atau geografinya. Akta

Petunjuk Geografi 2000 membenarkan pendaftaran petunjuk geografi.

7.6.2 Pendaftaran petunjuk georafi mengambil masa di antara lapan (8) hingga

sembilan (9) bulan sekiranya sesuatu permohonan untuk pendaftarannya

mematuhi kehendak akta dan tidak bertentangan dengan ketenteraman

awam atau prinsip moral dan tiada bangkangan difailkan atau tiada

rayuan dibuat di mahkamah tinggi.

8.0 Pemilikan Hak Harta Intelek

8.1. Di bawah dasar ini, JMG akan mendakwa dan menuntut hak pemilikan dan

kepentingan ke atas semua hasil harta intelek yang boleh dilindungi. Harta

intelek akan difailkan dengan nama JMG. Selaku pemilik Hak Harta Intelek (HHI),

JMG bertanggungjawab untuk mengambil segala tindakan yang perlu dalam

menguatkuasakan HHI termasuk memulakan tindakan perundangan ke atas

sebarang pelanggaran HHI.

Page 13: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

11

8.2. Tuntutan Hakmilik

JMG dengan terang dan jelas mendakwa dan menuntut hak ke atas semua hasil

harta intelek (paten, hakcipta, cap dagangan dan perkhidmatan, harta nyata

penyelidikan, rahsia dagangan, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi)

yang diilhamkan oleh kakitangan semasa perkhidmatannya dengan JMG,

walaupun harta intelek tersebut dijana ataupun disempurnakan di luar JMG.

8.3. JMG akan mendakwa dan menuntut pemilikan dan kepentingan HHI di mana:

8.3.1. Penjanaan harta intelek melibatkan penggunaan besar sumber dan/ atau

perkhidmatan JMG. JMG tidak mentakrifkan penggunaan sumber-sumber

yang lazim diperolehi seperti peralatan pejabat, komputer, perpustakaan

dan lain-lain penggunaan sumber-sumber maklumat sebagai

penggunaan besar sumber-sumber JMG;

8.3.2. Harta intelek berkenaan merupakan sebahagian daripada harta intelek

yang telah dijana oleh seorang kakitangan, sepasukan kakitangan atau

sesiapa pun yang telah mengguna sumber-sumber JMG sama ada

beliau/ mereka merupakan kakitangan tetap, kontrak, sementara ataupun

kakitangan pelawat dan pelajar; dan

8.3.3. Harta intelek yang dijana adalah hasil daripada satu projek khusus di

mana pembiayaannya telah disediakan ataupun diperuntukkan oleh JMG.

8.4. Kursus-kursus yang telah dibangunkan dan dikendalikan oleh kakitangan JMG

adalah milik JMG. Sebarang kursus yang dirakamkan dengan sebarang media

adalah hakmilik JMG dan tidak boleh diedarkan tanpa kebenaran jabatan.

Keizinan menyeluruh menggunakan bahan tersebut diberikan bagi tujuan melatih

kakitangan JMG dan lain-lain tujuan yang ditetapkan oleh JMG.

8.5. Hakmilik semua harta intelek yang dibangunkan dalam melaksanakan atau

selaras dengan kajian yang ditaja ataupun perjanjian lain di mana JMG adalah di

satu pihak, akan ditentukan mengikut terma-terma tajaan ataupun perjanjian

tersebut. Sekiranya tidak terdapat sebarang terma yang menetapkan hakmilik

secara khusus, HHI tersebut akan menjadi hak milik JMG.

Page 14: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

12

8.6. Individu-individu yang tidak dibolehkan mengguna sumber-sumber JMG

termasuk kemudahan-kemudahan, kakitangan, peralatan ataupun sebarang

maklumat sulit untuk aktiviti pakar-rundingan atau pun sebarang aktiviti lain

dengan bertujuan semata-mata untuk keuntungan peribadi.

8.7. Pencipta mesti bekerjasama dan membantu JMG dalam setiap fasa proses

pendaftaran dan akan menyerahkan harta intelek tersebut kepada JMG.

8.8. Dalam kes-kes di mana JMG mempunyai hak milik dan minat di dalam sesuatu

rekacipta tetapi sama ada tidak mendaftarkan hak harta intelek dalam masa satu

(1) tahun atau gagal untuk membuat sebarang penetapan yang positif ke arah

minat harta intelek tersebut dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh

pemakluman, perkara tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Pengkomersialan

Harta Intelek untuk memutuskan perkara tersebut.

8.9. JMG akan memastikan di mana sesuai pencipta bersama diperakui sebagai

yang mengilhamkan rekacipta berkenaan dan disenaraikan sebagai pencipta

bersama di dalam permohonan paten yang berkaitan atau lain-lain proses

dokumentasi yang berkaitan.

8.10. Sekiranya terdapat sebarang syarat yang bertentangan di dalam dasar ini,

semua kontrak dan peraturan yang wujud pada masa penerimaan dasar di

antara JMG dan kerajaan, perbadanan dan organisasi luar lain dan yang

berhubungkait dengan HHI di mana JMG mempunyai kepentingan akan kekal

dikuatkuasakan dengan sepenuhnya termasuk mana yang pemilikan HHI

diberikan kepada pihak ketiga.

9.0 Pengurusan Hak Harta Intelek

9.1. Satu Jawatankuasa Pengkomersialan Harta Intelek (JPHI) ditubuhkan daripada

sekurang-kurangnya enam (6) orang ahli yang dilantik dan dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah JMG (KP) atau Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, JMG

ditubuhkan. KP mempunyai kuasa melantik ahli jawatankuasa dan beliau boleh

menurunkan kuasa kepada Pengarah PPM untuk melantik ahli jawatankuasa di

Page 15: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

13

peringkat PPM. Di peringkat JMG, KP akan mempengerusikan Mesyuarat

Pengkomersialan Harta Intelek. Di peringkat PPM pula, pengerusi

mencadangkan Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan atau wakilnya

dilantik sebagai setiausaha jawatankuasa manakala ahli-ahli jawatankuasa pula

terdiri daripada ketua cawangan atau pegawai penyelidik yang mana aktiviti

cawangan atau projek R&D berpotensi untuk dikomersialkan.

9.2 Fungsi-fungsi JPHI adalah untuk:

9.2.1. Mengawasi pelaksanaan dasar ini;

9.2.2. Mengurus dan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi

HHI yang dimiliki oleh JMG;

9.2.3 Menasihat JMG dalam semua perkara yang berkaitan dengan HHI,

termasuk penilaian risiko, pengkomersialan dan pengeksploitasian HHI;

9.2.4 Menyebar dan menjelaskan dasar ini kepada kakitangan JMG, penuntut

dan pelawat JMG;

9.2.5 Membantu JMG dalam penyelesaian pertikaian berkaitan dengan HHI

atau berbangkit dari pelaksanaan dasar ini;

9.2.6 Mengkaji semula dan memperakukan, apabila perlu, pindaan kepada

dasar ini;

9.2.7. Melantik jawatankuasa kecil atau ahli sebagaimana yang perlu untuk

membantu JMG atau JPHI dalam penilaian teknikal atau penilaian risiko

atau pengkomersialan atau pengeksploitasian HHI milik JMG; dan

9.2.8. Menjalankan semua perkara lain yang perlu untuk pelaksanaan dasar ini.

9.3. Segala harta intelek yang direkacipta, dihasilkan, dibangunkan atau diwujudkan

oleh kakitangan di mana JMG mendakwa atau menuntut milik, kepentingan atau

hak lain, kakitangan dikehendaki melaporkan kewujudannya secara bertulis

kepada JPHI.

9.4. JPHI boleh mengesyor, setelah mengambilkira laporan, penilaian dan

pertimbangan kewangan lain, sama ada JMG perlu mengeksploitasikan harta

intelek yang telah diterima.

Page 16: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

14

9.5. JPHI boleh menasihati pencipta untuk menangguhkan sebarang penerbitan atau

pengumuman sesuatu harta intelek sekiranya harta intelek yang berkenaan

adalah satu rekacipta atau rekabentuk yang berpotensi untuk dipatenkan

sehingga keputusan diambil sama ada untuk mengeksploitasikan HI berkenaan.

9.6. JPHI, selepas mengambilkira semua pertimbangan akan mempunyai budi bicara

mutlak memutuskan untuk:

9.6.1. Mendaftar atau melindungi harta intelek secara rasmi di atas nama JMG

dalam negara atau negara lain yang difikirkan perlu; atau

9.6.2. Menjual atau menamatkan perlindungan harta intelek dengan cara yang

difikirkan wajar; atau

9.6.3. Menyerah harta intelek kepada pencipta sebagaimana yang berkenaan di

atas syarat-syarat keadaan yang dikenakan; atau

9.6.4. Membuat keputusan yang patut bagi kepentingan JMG.

9.7. JPHI memutuskan untuk mengkomersial atau mengeksploitasi harta intelek.

Oleh yang demikian, JPHI akan memastikan bahawa semua tindakan yang perlu

dan wajar diambil untuk melaksanakan keputusan ini. Antaranya adalah seperti

berikut:

9.7.1. Mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk perlindungan dan

pengurusan harta intelek secara rasmi;

9.7.2. Mengenalpasti bakal pemegang lesen/ rakan niaga; dan

9.7.3. Menyerah kuasa hak-hak kepada pihak ketiga.

9.8. JMG memutuskan untuk melibatkan dalam pengkomersialan atau

pengeksploitasian harta intelek. Sehubungan itu:

9.8.1. JMG akan bertanggungjawab, tertakluk kepada perenggan 10.2 di bawah,

untuk semua kos dan perbelanjaan berhubungan dengan pendaftaran,

perlindungan, penyelenggaraan, pemasaran dan pengurusan HHI;

9.8.2. Kakitangan JMG atau pelawat perlu menyediakan semua bantuan

munasabah di dalam proses pengkomersialan atau pengeksploitasian.

Page 17: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

15

Selain itu, mereka mesti menyediakan maklumat yang diminta dengan

kadar segera, menghadiri mesyuarat dengan bakal pemegang lesen dan

menasihatkan tentang perkembangan selanjutnya; dan

9.8.3 Kakitangan JMG dibenarkan memegang ekuiti dalam sesebuah syarikat

yang menggunakan teknologi hasil penyelidikan JMG.

10. Pengagihan Pendapatan

10.1. Pengagihan pendapatan dibuat apabila JMG memperolehi sebarang pendapatan

daripada pengkomersialan atau pengeksploitasian harta intelek, dan kecuali

dipersetujui, pendapatan ini sama ada dalam bentuk jumlah langsung atau

bayaran berkala akan diagihkan mengikut perenggan 10.2.

10.2. Selepas potongan semua kos dan perbelanjaan berkenaan dengan

pembangunan, pendaftaran, perlindungan, penyelenggaraan, pemasaran dan

pengurusan HHI termasuk sebarang kos langsung dan kos tidak langsung yang

berkaitan dengan pengkomersialan atau pengeksploitasian HHI. Pendapatan

bagi setiap satu harta intelek akan diagihkan seperti yang ditetapkan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 30 Tahun

2009: Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) Yang Dibiayai oleh Kerajaan. Pengagihan adalah

seperti berikut:

Pengagihan Pendapatan

Pencipta JMG

RM250,000.00 yang pertama

80% 20%

RM250,000.00 ke RM1,000,000.00

60% 40%

RM1,000,000.00 ke RM2,500,000.00

50% 50%

Page 18: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

16

RM2,500,000.00 dan ke atas

40% 60%

10.3. Hanya pencipta atau kumpulan pencipta yang merupakan kakitangan JMG yang

sedang berkhidmat ataupun yang telah bersara layak menerima agihan

pendapatan dari hasil pengkomersialan harta intelek mereka. Hak untuk

menerima agihan pendapatan yang tidak dikumpul atau sebarang bayaran

berkala akan terhapus sebaik sahaja pencipta atau ahli kumpulan pencipta

meletak jawatan, dipecat atau ditamatkan perkhidmatan.

11.0 Pemberian Insentif kepada Pencipta/ Perekabentuk Industri

11.1 Untuk memberi galakan dan penghargaan kepada para penyelidik dan pencipta

terhadap rekacipta yang kreatif dan inovatif, pembayaran insentif dalam bentuk

sekali bayaran (one off) akan diberikan mengikut pengagihan seperti berikut:

a) Apabila pendedahan rekacipta - RM500.00

b) Apabila pemfailan paten - RM5,000.00

c) Apabila perolehan geran paten - RM10,000.00

11.2 Pencipta, dalam apa-apa permohonan untuk dana, hendaklah membuat

peruntukan yang wajar bagi insentif di atas.

11.3 Pencipta, dalam kes bahagian penyelidikan hendaklah menubuhkan suatu

Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek untuk menilai merit pendedahan harta

intelek.

11.4 Jika pencipta seorang individu, penilaian pendedahan harta intelek dan

pengagihan insentif hendaklah dilaksanakan oleh JMG yang mengeluarkan dana.

11.5 Dalam keadaan di mana terdapat satu atau lebih pencipta, insentif-insentif akan

diagihkan mengikut perjanjian bertulis daripada pencipta ataupun berdasarkan

kepada pencipta yang dinamakan dalam borang pendedahan rekacipta.

Page 19: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

17

12.0 Hak Moral dan Isu Etika

12.1. JMG memperakui hak-hak moral pencipta harta intelek. JMG akan mengambil

setiap langkah yang munasabah untuk memastikan pencipta diperakui sebagai

pengilham atau perekacipta harta intelek berkenaan. JMG akan juga mengambil

langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan sebarang perubahan atau

modifikasi kepada hasil kerja berkenaan tidak akan memberi kesan buruk

kepada reputasi pencipta harta intelek.

12.2. Semua kakitangan JMG akan memastikan segala tindakan munasabah diambil

untuk memastikan tiada pelanggaran isu etika atau garis panduan JMG

mengenai hak-hak moral pencipta harta intelek, penyumbangan, penyimpanan

data dan kerahsiaan, pengendalian penyelidikan yang beretika dan selamat,

pemalsuan data dan penciplakan semasa merekacipta, membangun dan

menghasilkan sebarang harta intelek.

13.0 Tarikh Kuatkuasa

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG ini berkuatkuasa mulai 22 Januari 2016.

Rujukan:

1) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 30 Tahun 2009: Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Hasil

Penyelidikan dan Pembangunan Yang Dibiayai Oleh Kerajaan.

2) Ministry of Natural Resources and Environment Intellectual Property and

Commercialisation Policy: Draft 2013.

3) Pekeliling Ketua Pengarah Bil.6 tahun 2008: Garis Panduan Pengurusan Harta Intelek

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

4) Deraf Dasar Harta Intelek FRIM, 2007.

Page 20: DASAR PENGKOMERSIALAN HARTA INTELEK … Maklumat Sulit dan Rahsia Dagangan ... pengetahuan dan maklumat sulit. ... memasarkan atau menggunakan harta intelek untuk tujuan menjana pendapatan

Dasar Pengkomersialan Harta Intelek JMG

18

5) Intellectual Property Commercialisation Policy For Research & Development Projects

Funded by The Government of Malaysia. Ministry of Science, Technology and

Innovation Malaysia (MOSTI), 2009.

6) Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia (Tambahan),

2012.

7) Maklumat Am Mengenai Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),

2008.