dasar luar
Transcript of dasar luar
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
KANDUNGAN
1.0 DEFINASI 1
2.0 CIRI-CIRI DASAR LUAR2.1 Dasar Itu Mestilah Dasar Yang BOLEH DIPERCAYAI2.2 Dasar mestilah dasar yang MENYEDARKAN2.3 Dasar yang KONSISTEN dan KOHEREN
2
3.0 OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA 3.1 Pengiktirafan 3.2 Keselamatan 3.3 Kerjasama Dua Hala
3
4.0 PRINSIP ASAS DAN FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA4.1 Tidak Campur tangan dalam hal ehwal negara lain4.2 Menghormati Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara Lain4.3 Kekayaan Yang Agak Menarik4.4 Komitmen Yang Tinggi Sebagai Anggota Dalam Komanwel4.5 Menjalinkan Hubungan Yang Erat Dengan Negara-Negara Islam
4
5.0 FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA 5.1 Sejarah 5.2 Ekonomi 5.3 Politik5.4 Geografi5.5 Demografi
8
6.0 MATLAMAT DASAR LUAR6.1 Keselamatan6.2 Pasaran Dan Kemakmuran6.3 Pengembangan Wilayah6.4 Mempertahan Dan Menyebarkan Edeologi6.5 Keamanan
11
7.0 PROSES PEMBENTUKAN DASAR LUAR7.1 Pemilihan Matlamat7.2 Pemilihan dan Pelaksanaan Kaedah yang Sesuai7.3 Menilai Kemampuan
13
8.0 KESIMPULAN 14
- 0 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
SOALAN:-
Hubungan Antara Sebuah Negara Dengan Negara Yang Lain Dijalankan Menerusi
Pengwujudan Dasar Luar Negara. Berdasarkan Kepada Kenyataan Ini, Bincangkan
Matlamat Dasar Luar Negara Dan Huraikan Proses Pembentukan Dasar Luar Negara .
DASAR LUAR NEGARA
1.0 DEFINISI
Terdapat banyak definisi atau pendapat yang diutarakan oleh penulis berkenaan Dasar Luar
Malaysia. Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan
semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar
dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu:-
i) Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan
ii) Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan).
Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani perhubungan
antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat
dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan
strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama
antara negara.
Selain itu, Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, “dasar luar dapat diertikan sebagai
matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha
berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan negara
lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran
sesebuah negara”. Akhir sekali, definisi yang dikeluarkan oleh OUM adalah, Dasar luar
negara merangkumi matlamat, perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara
- 1 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
sehubungan dengan negara-negara lain. Dasar luar negara mengutamakan aspek tindakan
yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan di luar bidang
kuasanya.
Berdasarkan kepada beberapa definisi yang dikemukan oleh penulis di atas, dapatlah
rumuskan bahawa dasar luar merupakan satu dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh
Malaysia bertujuan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar bagi tujuan
mewujudkan dan mengekalkan keselamatan, kedamaian, keharmonian serta kesejahteraan
dari aspek ekonomi, politik, sosial dan lain-lain isu yang mempunyai kepentingan-
kepentingan bersama.
2.0 CIRI-CIRI DASAR LUAR MALAYSIA
Pada asasnya, dasar luar Malaysia mempunyai tiga kriteria berikut: 2.1 Dasar Itu Mestilah Dasar Yang BOLEH DIPERCAYAI
Ia meraih kepercayaan dan keyakinan negara lain. Sehubungan itu, dasar itu perlu berasaskan
prinsip tertentu yang diterima di peringkat antarabangsa. Ia mestilah berfungsi untuk
kepentingan terbaik negara dan sentiasa menjadi anggota komuniti antarabangsa yang
bertanggungjawab.
2.2 Dasar mestilah dasar yang MENYEDARKAN Ia menjaga kepentingan rakyat melebihi segala-galanya. Ia mestilah menyebabkan Malaysia
diiktiraf dan dikagumi di peringkat antarabangsa selain membolehkan warga Malaysia
menjadi warga dunia yang baik.
- 2 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
2.3 Dasar yang KONSISTEN dan KOHEREN
Ia menjadikan Malaysia rakan yang boleh diterima dan boleh dipercayai dalam hal ehwal
antara negara. Ia mestilah mampu menjadikan Malaysia jenama yang disukai dalam
hubungan antarabangsa.
3.0 OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
3.1 Pengiktirafan
Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh negara
lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran
sendiri. Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan
kepada rakyat.
3.2 Keselamatan
Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu wujud
sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar
pada bila-bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan.
3.3 Kerjasama Dua Hala
Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat
kerjasama di kalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama.
Lew Hee Man, et. Al (2005) pula menyenaraikan beberapa objektif dan matlamat dasar luar
Malaysia, iaitu:
i. Menjamin keselamatan rakyat dan Negara,
ii. Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara,
- 3 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
iii. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi dan
iv. Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Selain itu terdapat beberapa objektif dasar luar Malaysia, yang pernah dikemukakan, di
antaranya ialah:
i. Kepentingan pengujudan kedamaian dan keharmonian adalah penting dan ini
terpancar dalam dasar luar Malaysia yang merupakan kesinambungan kepada dasar dalam
negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, keharmonian,
kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan-kepentingan negara dan persekitaran.
ii. Kebanyakan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras
bagimembantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk seberapa
ramai pelabur-pelabur asing.
Meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi matlamat dan objektif yang dinyatakan oleh
penulis di atas, kita dapat rumuskan bahawa objektif dasar luar yang paling utama adalah
sama, iaitu ke arah menjaga kedamaian, keharmonian dan mengekalkan kepentingan
Malaysia di arena antarabangsa seterusnya berusaha memakmurkan negara jiran.
4.0 PRINSIP ASAS DAN FAKTOR-FAKTOR DALAM PEMBEMBENTUKAN
DASAR LUAR MALAYSIA
4.1 Tidak Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Negara Lain
Malaysia mempunyai beberapa prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam
membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah,
pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain,
terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Dalam hal ini, Malaysia mendokong prinsip
- 4 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational). Prinsip ini
terbukti dengan pendirian Malaysia untuk menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan
mana-mana negara lain dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari
negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Sebagai contoh menyertai Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alligned Movment (NAM) pada tahun 1970.
4.2 Menghormati Kemerdekaan Dan Kedaulatan Sesebuah Negara
Prinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini,
Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup
dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan. Dalam hal ini, Malaysia telah
memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui
penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D.
Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo, Afrika (Zaire) pada
tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana . Malaysia juga memberikan sokongan
terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk
mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju
sahaja.
4.3 Kekayaan Yang Agak Menarik
Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan
keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses.
Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun
- 5 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh
mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.
4.4 Komitmen Yang Tinggi Dalam Penglibatan Sebagai Anggota Komanwel
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan
Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam
penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan
rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.
4.5 Menjalinkan Hubungan Yang Erat Dengan Negara-Negara Islam
Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan
peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah
memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai
salah satu asas hubungan luarnya.
Huraian yang diberikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada prinsip yang dijadikan
asas dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini kerana dasar luar tidak berbentuk statik. Ia
sentiasa berubah mengikut dasar yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin semasa.
Di samping mengamalkan dasar berkecuali, Malaysia mempunyai beberapa
prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan
dasar luarnya. Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah Negara kita terletak dalam
kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara
yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik
- 6 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah
penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya
berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta
barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan
permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomidan politik negara.
Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara
dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah
memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB2
melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO. Malaysia
juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan
Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini
memihak kepada negara maju sahaja.
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan
Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam
penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan
rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.
Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia
telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah
memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
- 7 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama
OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan
negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.
5.0 FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.
5.1 Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan
negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu.
Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah
terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara
yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman
komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini
menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia
mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama,
Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai
keupayaan pertahanan.
- 8 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
5.2 Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan
ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha
memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara
negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin
hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan
pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil
bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan
ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-
an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-
negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia
menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga
negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
5.3 Faktor Politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar
Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh
- 9 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
5.4 Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan
bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
5.5 Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-
negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar
negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-
masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika
Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan
negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh
kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat
mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.
- 10 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
6.0 MATLAMAT DASAR LUAR
Dasar luar negara lahir daripada matlamat-matlamat yang bersifat nasional. Walaupun
kesemua matlamat tersebut agak berbeza antara satu negara dengan negara yang lain, namun
demikian, kebanyakkan matlamat umumnya tersebut boleh diklasifikasikan kepada lima
perkara utama seperti berikut:-
6.1 Keselamatan
Satu daripada matlamat utama negara yang mana kerananya, semua matlamat lain mungkin
terpaksa dikorbankan ialah keselamatan. Keselamatan mempunyai dua aspek iaitu; pertama,
memelihara hak perundangan dan kuasa sesebuah negara untuk memerintah; manakala
kedua, ialah membentuk dan menguruskan hal-ehwal negara di mana ia akan menjadikan
negara tersebut bebas dari sebarang ancaman ketakutan untuk masa depan dan
kemerdekaannya. Sebenarnya, tiada istilah ‘keselamatan mutlak’ atau kebebasan sepenuhnya
dari ketakutan. Oleh yang demikian kebanyakkan negara terutamanya pemimpinnya akan
berusaha memikirkan bagaimana untuk mewujudkan keselamatan mengikut kemampuan
masing-masing.
6.2 Pasaran dan Kemakmuran
Setiap negara mempunyai matlamat untuk mengekal dan memperbaiki taraf hidup
warganegaranya. Dalam konteks dasar luar, matlamat ini mempengaruhi banyak perkara
termasuk tariff, perjanjian perdagangan, kadar pertukaran matawang, memberi atau
menerima bantuan ekonomi dan lain-lain.
6.3 Pengembangan Wilayah
Sesetengah diplomat seringkali mengatakan bahawa negara mereka memerlukan wilayah
yang lebih luas. Hari ini kebanyakkan negara mengamalkan dasar ‘expansionist’ (atau
imperialist) kerana beberapa sebab seperti untuk mendapat kelebihan ekonomi hasil daripada
- 11 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
penguasaan sumber-sumber baru dan pembukaan pasaran baru, untuk menyediakan ruang
kehidupan yang lebih banyak kepada rakyat, dan untuk merealisasikan hasrat untuk
memerintah.
6.4 Mempertahan dan Menyebarkan Ideologi
Sarjana sains politik telah lama membincangkan tentang peranan sebenar matlamat politik
dan ekonomi dari satu sudut dan juga sifat-sifat moral yang ideal dalam proses pembentukan
dasar luar. Sesetengah penganalisis seperti Hans J. Morgenthau dan George F. Kennan
berpendapat bahawa matlamat sebenar dasar luar sesebuah negara sebenarnya ialah untuk
mempertahan dan mempromosi kepentingan negara (Griffiths, 1999: 21-40). Walau
bagaimanapun, terdapat juga pendapat yang bertentangan dari sarjana seperti Frank
Tannenbaum dan Malcolm Moos berpendapat bahawa matlamat utama dasar luar negara bagi
sebuah negara demokratik ialah untuk mempromosi nilai-nilai moral berikut seperti
kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia untuk manfaat manusia sejagat.
6.5 Keamanan
Menilai daripada pendapat umum dan apa yang diperkatakan oleh ramai pemimpin dunia,
hampir seluruh negara dan masyarakat dunia inginkan keamanan dan menolak peperangan
yan disifatkan sebagai jahat dan mengutuk mereka yang menyebabkan peperangan berlaku
sebagai pengganas atau penjenayah. Deklarasi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu telah
menyatakan bahawa tujuan utama organisasi tersebut ialah untuk mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia, yang mengkehendaki ahli-ahlinya menyelesaikan segala bentuk
pertikaian menerusi cara yang aman dan membuka keahlian kepada semua negara yang
cintakan keamanan sejagat
- 12 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
- 13 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
- 14 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
- 15 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
- 16 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
ini tidak akan membenarkan mana–mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
- 17 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear.
Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara–negara anggota
ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama
serantau melalui dasar berbaik–baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui
peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
7.0 PROSES PEMBENTUKAN DASAR LUAR
Proses pembuatan dasar luar negara membabitkan sekurang-kurangnya tiga pilihan iaitu
7.1 Pemilihan Matlamat
Menetapkan apa yang sepatutnya dijadikan objektif umum negara dalam politik antarabangsa
dan objektif-objektif tertentu dalam keadaan-keadaan tertentu. Namun demikian,
sebagaimana yang kita sedia maklum, pilihan ini seringkali membabitkan pengorbanan
sesuatu matlamat yang dikategorikan sebagai kurang penting demi mencapai matlamat yang
lebih penting dan utama.
7.2 Pemilihan dan Pelaksanaan Kaedah yang Sesuai
Memilih dan melaksanakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.
Pemilihan dilakukan keatas setiap kaedah yang ada dan mengambil kaedah yang paling
sesuai dengan keaadaan serta kehendak kerajaan.
7.3 Menilai Kemampuan
Dua pilihan yang pertama tadi mesti dipengaruhi oleh keputusan pembuat dasar yang melihat
sama ada negara tersebut mampu atau tidak mampu untuk bertindak ke atas sebuah negara
yang lain berdasarkan kepada kemampuan satu sama lain.
- 18 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
8.0 KESIMPULAN
Prinsip dasar luar negara kita mampu bertahan apabila diuji masa. Malah, pegangan teguh
kita terhadap prinsip ini, disertai dengan dasar luar negara yang konsisten, memantapkan
kredibiliti Malaysia di mata dunia. Inisiatif Malaysia di pelbagai forum serantau dan
antarabangsa meletakkan negara dalam peta dunia. Kemakmuran ekonomi dan kestabilan
politik yang meningkat membolehkan Malaysia mewujudkan bidangnya sendiri di peringkat
antarabangsa.Hadirnya dirasai membolehkan Malaysia menunjukkan usaha yang dibuat
supaya pengaruhnya dalam menentukan agenda antarabangsa. Disebabkan kurang bergantung
pada pertolongan dan bantuan luar, Malaysia boleh menyuarakan isu yang tidak dapat
disuarakan oleh negara membangun lain kerana bimbangkan balasan yang akan diterima
daripada kuasa besar dunia, terutamanya Barat.
Sejajar dengan sikap berkecuali kita berpegang kepada pendekatan berbaik-baik dengan
negara-negara sahabat sambil bersedia menjalin hubungan dengan mana-mana negara yang
sudi bekerjasama dengan kita tanpa mengira latar belakang negara berkenaan. Malaysia
mewujudkan suasana harmoni dan “welcoming” untuk semua. Jika ada masalah, pendekatan
yang digunakan oleh Malaysia ialah melalui perundingan atau meja bulat. Malaysia menolak
perdebatan apatah lagi kekerasan serta paksaan. Negara sanggup berunding berpuluh-puluh
kali untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi negara tidak sanggup kehilangan rakan kerana
kekasaran. Pendekatan ini akhirnya menguntungkan Malaysia kerana telah menarik ramai
pelabur asing dari pelbagai negara untuk melabur modal di negara ini kerana mereka yakin
pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Dengan keadaan politik yang stabil, asas
ekonomi yang kukuh, kepimpinan yang dinamik, rakyat yang ramah dan rekod-rekod yang
bersih, pelabur lebih yakin dengan negara ini.
- 19 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
RUJUKAN
Asrar Omar dan Zulhilmi Paidi (2003), Hubungan Luar Antarabangsa,
PTS Publications.
Ibrahim Saad (1990 ) Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal
Publications Sdn Bhd.
K.Ramanathan (2002), Asas Sains Politik (Edisi Kedua),
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Robiah Sidin (1994) Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
- 20 -
GFPA 1013 Pengantar Sains Politik PLK-UUM
- 21 -