Dasar Kebudayaan Kebangsaan

27
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia!" Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama! Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masya¬rakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar- dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama. Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu. Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan nega¬ra itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rak¬yat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk sema- ngat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk negeri

Transcript of Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Page 1: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan KebangsaanKebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia!" Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama!

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule". Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Masya¬rakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama.

Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan, tetapi ciri-ciri kebudayaan yang pokok harus ditonjolkan supaya dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan nega¬ra itu belum sempurna jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara itu terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rak¬yat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk sema-ngat kebangsaan Malaysia demi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk negeri ini sejak zaman Portugis, Belanda hinggalah ke zaman Inggeris. Akhirnya pada tahun 1957 Malaysia telah mencapai ke¬merdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sebagai se-buah negara bererti ia Malaysia mempunyai satu bangsa Malaysia hasil daripada permuafakatan antara penduduk peribumi dengan berbagai-bagai golongan imigran yang berhijrah ke negara ini.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan permuafakatan te¬lah diadakan di antara rakyat negeri ini untuk mewujudkan suatu bentuk perlembagaan yang akan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara ini. Hasil daripada persetujuan itu terguballah per¬lembagaan Malaysia. Walaupun perlembagaan Malaysia tidak menjelaskan tentang corak kebudayaan, namun kita mendapati beberapa garis kasar tentang corak kebudayaan negara

Page 2: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN TERAS PERPADUAN MALAYSIAMohd Hilmi Ramli Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 

Politik di Malaysia telah menjadi satu segmen yang paling diminati. Hari ini gosip politik sepert skandal, rasuah, salah guna kuasa, mengejar kuasa dan sebagainya menjadi ‘makanan’ rutin rakyat Malaysia. Apatah lagi dengan kemudahan internet, menyuburkan lagi medium rakyat untuk bercakap apa sahaja yang berkaitan politik dalam tulisan blog ataupun perbincangan maya. Apa sahaja, tidak kira benar atau tidak, fitnah atau bukan, semua boleh diulas dalam blog. Kerana itu gosip politik lebih diminati dan ke hadapan berbanding gosip artis. 

Namun demikian, dalam sibuk kita bicara politik, ramai yang lari daripada landasan perbincangan sebenar isu semasa politik. Kotak pemikiran kita tidak dipagari oleh sebuah kerangka kefahaman yang kukuh dan kekal. Isu- isu politik, sama ada melibatkan ahli politik kerajaan atau pembangkang, termasuk pengulas amatur atau profesional hanya melibatkan isu yang ‘fragile’, ataupun tidak ada titik permulaan perbincangan (point of departure). Perbincangan dan debat mereka akhirnya mengumpulkan silang sengketa perdebatan yang tidak menemui jalan keluar. 

Persoalan ke mana Malaysia mahu dibawa juga menimbulkan kekeliruan besar ramai di kalangan kita. Isu sentral seperti Bahasa Melayu tidak dilihat sebagai wacana penting mengikat perpaduan dan keharmonian masyarakat. 

Kerana itu, Muhammad Iqbal, ahli falsafah tersohor ada mengatakan, ‘Jika mahu maju, lihat ke belakang’. Ini bukan ayat anti klimaks untuk mengahlang kita menuju ke sebuah negara moden dan maju. 

Akan tetapi, untuk kita terus maju, sejarah di belakang harus menjadi landasan. Dalam isu kekeliruan tentang kerangka negara Malaysia, sudah termaktub dan dipersetujui bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 harus menjadi kerangka bersama kepada semua rakyat Malaysia. DKK merupakan satu dasar kebangsaan yang disusun dengan persetujuan semua pemimpin mewakili kaum utama di Malaysia, bertujuan mengikat rakyat Malaysia kepada satu dasar yang sama. 

Page 3: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

DKK menggariskan tiga perkara penting, iaitu “(1) Berteraskan kepada Kebudayaan rakyat asal rantau ini. Ini merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, singapura, Thailand dan Kampuchia serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan- persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu- Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai- nilai keperibadiannya. 

Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan satu teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. 

(2) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.

Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. 

(3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur

Page 4: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.” (Kementerian Belia dan Sukan 1973) 

Berapa ramai di kalangan generasi muda yang menyedari hakikat ini? Berapa ramai masyarakat berbilang kaum di negara ini menghayati dasar ini? 

Hakikatnya jika dibuat bancian, tidak keterlaluan dikatakan majoriti yang tidak tahu, ataupun sudah lupa. Makanya, DKK ini harus digali semula dan diberi nafas yang segar. 

Dengan memahami hakikat objektif DKK ini, sebenarnya sudah menyelesaikan pelbagai silang sengketa perdebatan semasa yang berlaku. Dalam membicarakan perpaduan rakyat Malaysia, mekanisme yang terkandung ialah dengan penggunanaan Bahasa Melayu. Namun demikian, pelbagai usaha telah dibuat untuk tidak mengangkat martabat Bahasa Melayu. ‘Pelacuran’ Bahasa Melayu seperti menukar pengajian matematik dan sains kepada Bahasa Inggeris merupakan korban besar Bahasa Melayu. Penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia tanpa perbincangan pakar bahasa juga menunjukkan kekeliruan kita. 

Kerana itu DKK digagaskan untuk mengikat rasa kebersamaan semua rakyat Malaysia dalam satu ikatan perpaduan, iaitu Bahasa Melayu. Kredibiliti dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa penting tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. 

Apatah lagi dalam situasi politik semasa, ada kecenderungan untuk tidak menjadikan DKK sebagai kerangka bertindak dan membuat keputusan. Ramai yang obses dengan semangat baru politik semasa, akhirnya menganut faham ‘dekontruksisme’ ; iaitu pemikiran merombak secara total

Page 5: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

perkara asas. 

Apa sahaja yang ada kepentingan politik, semuanya boleh dilakukan. Tidak kira sama ada wajar atau tidak mengorbankan prinsip yang sedia ada. Contoh terdekat ialah mengorbankan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajian matematik dan sains. 

Pemikiran ini juga tidak ubah seperti Machivellian, yang menghalalkan apa sahaja cara, asalkan matlamat tercapai. Tuntutan golongan minoriti yang tidak berasas dilayan seenak mungkin, dengan terus mengorbankan prinsip yang sudah mendasar. Dalam konteks politik, ahli politiklah yang banyak melakukan perbuatan ‘Machivellian’ ini. 

Oleh itu, falsafah politik berteraskan kerangka DKK harus menjadi landasan bertolak pemikiran politik yang baru. DKK seharusnya diwacanakan kembali di semua peringkat golongan, dari menteri sehingga rakyat biasa. Kita khuatir, jika fenomena politik ala Machivellia terus bermaharajalela, akhirnya negara kita tidak akan menemui jalan keluar. 

Prof Naquib Al Attas mengibaratkan kita nanti seperti Tuhan Greek, Sisyphus, yang kerjanya menolak batu sehingga ke satu puncak bukit yang tinggi, kemudian membiarkan batu itu jatuh. Kemudian, sekali lagi menolak batu ke atas bukit yang sama dan membiarkan batu itu jatuh. Makanya, berulang- ulanglah perbuatannya. 

Kita hakikatnya sudah menemui jalan kebenaran untuk memantapkan masa depan Malaysia ini berdasarkan DKK. Jika kita berterusan berdebat dan bersilang sengketa tanpa kerangka DKK, ibarat Tuhan Greek Sisyphus. Kita akan penat berterusan mencari kebenaran, walhal kebenaran sudah termaktub dalam DKK. Sudah jumpa kebenaran, kemudian rungkaikan balik, kemudian jumpa balik kebenaran, rungkaikan balik.

Page 6: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam

proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk

dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi

dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua

lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. 

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,

proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi

supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan

kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan

bangsa dan ketahanan negara. 

Rasional 

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara

membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini

nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan

identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

 

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta

perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan

serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya

sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan,

penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas

rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. 

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang

ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

Page 7: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta

Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah

merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini

merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak

zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu

yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh

persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu -

Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan

nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang

identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang

menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat

asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan

teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan

sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan

penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang

kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab,

Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam

pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini

adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan

prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan

kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan -

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses

pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan

usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi

unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan

kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah

dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres

Kebudayaan Kebangsaan 1971. 

Page 8: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah

penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang

demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan

untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-

asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,

pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing

dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai

jentera pembangunan yang berkesan;

Page 9: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan

dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain

juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-

kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan

berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. 

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan

matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan

penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian

dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai

melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara

sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis

Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan

kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang

lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan

harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-

pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan

peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat

organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-

projek kebudayaan. 

Penutup

Page 10: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara

Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang

mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam

membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan

identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah

rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang

luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana

dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan

kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan

mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan

memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara

yang merdeka dan bermaruah.

Page 11: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1.0 Pengertian Dan Konsep Budaya

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di

sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira

kaum, bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang

membawa pengertian :

                                i.            Budhi (Sanskrit)  : kecergasan fikiran dan akal

                              ii.            Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran  dalam menangani

sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut

                            iii.            Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

                             iv.            Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu

menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara

bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang

bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

[wp-like-locker]

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

                                i.            membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

                              ii.            memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,

spiritual dan mental

‘Culture’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan

sesuatu.  Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan

boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Page 12: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara

fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup

yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi

ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their attitudes,

values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts and activity.

Nik Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa

mengerakkan jiwa”.

Mohd Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual

dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat

menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat

penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan

bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan

orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang.

Budaya merupakan warisan sosial  manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku

yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah

laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya  di sekolah yang

disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik untuk

berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarkat juga akan

mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan

pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan

Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai

lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam

kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia,

budaya meliputi  setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang

Page 13: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam,

kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang

mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. Budaya

adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah,

moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati

untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua

masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di

Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup

sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui

kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat

yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan

perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut

definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada

kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan

budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, Taylor dan

Budds  turut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas

dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia.

Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi c

ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan

perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras

dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia

tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama.

Page 14: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia.

Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan

berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan  budaya (cultural barrier)

antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu

ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak

keperibadian kebangsaan yang dapat  memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan

cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199)

kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia

yang bersepadu.

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua

lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum sempurna sekiranya

rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara

daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat

negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk

kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan

kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi  mewujudkan

perpaduan dan kestabilan di dalam negara.

Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan

dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan

3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan  (DKK) telah digubal dalam tahun  1971 iaitu pada

tanggal 16 -20 Ogos 1971.  Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan

yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971).

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara

membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini

nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan

identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan

sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun

Page 15: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat

pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan

pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-

unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip

yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

a.      Kebudayaan Kebangsaan  Malaysia hendaklah berteraskan  kepada  kebudayaan rakyat

asal rantau  ini.

b.      Unsur  kebudayaan  lain  yang  sesuai  dan  wajar  boleh  diterima  menjadi  unsur 

kebudayaan  kebangsaan.

c. e=’font: 7.0pt “Times New Roman”;’>      Islam  menjadi  unsur  yang penting  dalam

pembentukan  kebudayaan  kebangsaan. 

Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia

akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai

dasar kebudayaan kebangsaan.

4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam usaha

untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk pribumi dengan

kaum yang lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras dan berperanan

penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan. Prinsip-prinsip berkenaan ialah:

4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini

Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina,

Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik (Polynesia,

Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian daripada pusat

perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia  merupakan pusat pecambahan,

perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman berzaman. Malahan

pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun melayu. Paling

membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan bahasa melayu

sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

Page 16: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang

bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain daripada faktor

kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai

keperibadiannya. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan

Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.

“Rantau” membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan.

Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu,

Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan

sebagai rakyat asal rantau ini.

Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas

ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu rumpun

bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini secara

tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.

4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima

Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui

proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba

Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat

setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi

pelbagai budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti

budaya cina, india arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima

dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak

wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan

kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada

Islam sebagai agama rasmi negara khasnya

Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun begitu

masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.

Prinsip ini  memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai

dan wajar memanglah telah lama diamalkan.  Masyarakat pribumi telah banyak menerima

unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di

Page 17: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sabah Sarawak.  Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi

terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai

contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di

antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat

pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu

tempatan.

>4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses

pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak dan

berperibadi mulia. Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia dalam

mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal.

Justeru itu, Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di

samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam yang telah sedia diterima pakai

oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam

kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya.

Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan

diterima oleh Perlembagaan.  Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam

pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala

unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status

kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan

ciri-ciri atau nilai universal Islam.

Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha

untuk menerapkan nilai-nilai Islam.  Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan

penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971

5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka

amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan

Page 18: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah

bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

a.      Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.

b.      Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan

kebangsaan.

c.      Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang

dengan pembangunan sosioekonomi

6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif

            Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan  memahami bahawa

budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata

dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya.

Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku

dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran

aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan

bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat

dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-

kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya

diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya.

            Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui

aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai

pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri,

khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama

dengan badan-badan antarabangsa

            Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan  Pelancongan, penglibatan

pihak lain juga adalah penting  dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah

Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri,

badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan

            Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan

berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam

pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak swasta dan

Page 19: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana  badan-badan ini

berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat

organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek

kebudayaan

            Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui

beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui

bidang-bidang seperti berikut:

a.      Pendidikan:

      Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu

bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah

sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu

melaksanakan dasar ini

b.      Media massa:

      Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu

Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga

menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.

c.      Sukan:

      Melalui  penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.

Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui

strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan

kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama

penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Selain

daripada itu,objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya

melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

            Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang

berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu kesenian

7.0 CABARAN YANG DIHADAPI

Page 20: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

            Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia

belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia

sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat  dan meminta hak yang lebih luas

untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula

terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan

menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk

kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik

masing-masing.

            Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat

merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh

teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang

negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.

Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin

dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-

kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk

menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni

persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan

pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan

ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan

tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini.

Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai

tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya

perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan

tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi

sebagaimana dahulu lagi.

Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan

sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih

diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari

perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai

tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti

Page 21: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan

perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan

keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada

hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat

perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat

dihayati bersama oleh generasi akan datang.

Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini

dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin

diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis

mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan

budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan

orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam

pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.

8.0 Kesimpulan

            Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi

negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum

yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam

membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti

negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan

tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan

dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan

keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan

kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat

persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian

kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

            Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh

kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan

rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu menggambarkan

keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun rakyat Malaysia berbeza

agama dan pegangan masing masing.

Page 22: Dasar Kebudayaan Kebangsaan

            Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih

makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati.

[/wp-like-locker]

Rujukan

Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005).

Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia: KUALA LUMPUR: Ministry of Culture,

Arts and Heritage of Malaysia

Sidang Pengarang.( 2003). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) .

Kuala Lumpur. Penerbit Femina

Diambil dari http://kebudayaan.kpkk.gov.my,   pada  10 November 2010