DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI...
Transcript of DASAR JKR 29201-0009-18 PENYELIDIKAN DAN INOVASI...
PENYELIDIKAN DAN INOVASIDASARJ A B ATA N K E R J A R AYA M A L A Y S I A
JKR 29201-0009-18
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN
DAN TEKNOLOGI JKR
Hakmilik © JKR Malaysia 2018
DASAR PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
JKR MALAYSIA
2018
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN
TEKNOLOGI JKR
(CREaTE)
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 1
KANDUNGAN
DAFTAR KATA TAKRIFAN .................................................................................................. 2
SINGKATAN.......................................................................................................................... 4
1. PENDAHULUAN .................................................................................................................... 5
2. OBJEKTIF.............................................................................................................................. 5
3. SKOP ................................................................................................................................... 6
4. TANGGUNGJAWAB .............................................................................................................. 6
5. DOKUMEN RUJUKAN ........................................................................................................... 7
6. PENYATAAN DASAR DAN PENJELASAN ................................................................................. 7
6.1. Keperluan untuk Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan .................................. 7
6.2. Strategi Pelaksanaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi .................................................... 8
6.3. Hasil Penyelidikan dan Petunjuk Prestasi..................................................................... 10
6.4. Etika Penyelidikan ...................................................................................................... 11
6.5. Hak Harta Intelek ........................................................................................................ 11
6.6. Pembangunan Bidang Penyelidikan dan Inovasi .......................................................... 11
6.7. Pengurusan Penyelidikan JKR ...................................................................................... 11
6.8. Institut Kepakaran Penyelidikan .................................................................................. 12
7. EDISI/VERSI ....................................................................................................................... 12
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 2
DAFTAR KATA TAKRIFAN
Terma dan Definisi
(a) Harta Intelek bermaksud apa-apa karya, ciptaan, rekaan dan maklumat sulit
termasuk rahsia perdagangan yang dilindungi oleh undang-undang negara
Malaysia yang merangkumi penemuan yang boleh dipatenkan, hakcipta,
rekabentuk, dan cap dagangan.
(b) Hibrid bermaksud integrasi atau penyatuan.
(c) Inovasi bermaksud suatu pembaharuan atau perubahan untuk menghasilkan
produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan menyampaikan nilai baharu kepada
pelanggan. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang memberi manfaat
nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai
inovasi
(d) Jabatan bermaksud Jabatan Kerja Raya Malaysia.
(e) Kreativiti bermaksud kebolehupayaan untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu yang baharu serta unik dalam menyelesaikan masalah dan
menambah baik penyampaian perkhidmatan Jabatan. Idea dan insiatif bitara ini
akan diterjemahkan melalui kemahiran imaginasi, keupayaan berfikir secara kritis
dan analitikal untuk dimanfaatkan kepada Jabatan dan Kerajaan.
(f) Pengkomersialan bermaksud aktiviti penjanaan pendapatan melalui idea yang
dihasilkan dalam bentuk produk, perkhidmatan, proses, teknologi dan sistem
organisasi yang dipasarkan dengan kaedah penjualan, pelesenan, penyerahan
hak, pengembangan (spin-off), pengilangan, usaha sama dan/atau francais.
(g) Penyelidik bermaksud staf JKR dan rakan kolaborasi yang menjalankan
penyelidikan.
(h) Penyelidikan bermaksud satu aktiviti penyiasatan yang dijalankan secara
sistematik untuk mendapatkan fakta dan mengumpulkan maklumat sesuatu
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 3
subjek untuk tujuan pengembangan ilmu pengetahuan atau penemuan ilmu
baharu. Penyelidikan merangkumi aktiviti merangka metodologi yang sistematik,
analisa data secara tepat dan berintegriti, dan komitmen terhadap penerbitan hasil
dapatan penyelidikan.
(i) Perundingan bermaksud satu aktiviti yang melibatkan seorang atau sekumpulan
orang untuk memberikan khidmat kepakaran atau kemahiran kepada pihak yang
memerlukan, samada dengan mendapat bayaran atau tanpa bayaran.
(j) Revolusi Industri 4.0 bermaksud satu perubahan teknologi automasi yang
berkonsepkan Cyber Physical Systems, Artificial Intelligence (AI), dan Internet of
Things (IoT) seiring dengan transformasi digital.
(k) Staf bermaksud mana-mana individu yang berkhidmat di dalam kumpulan
Pengurusan dan Profesional, dan pelaksana.
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 4
SINGKATAN
BIPPK Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan
BOS Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru
CREaTE Centre of Excellence for Engineering and Technology JKR atau Pusat
Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR
CTI-PCI Cepat, Tepat, Integriti – Productivity, Creativity and Innovation
JKI Jawatankuasa Kerja Inovasi
JKPP Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan
JKR Jabatan Kerja Raya Malaysia
JPI Jawatankuasa Pemandu Inovasi
JTKP Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Projek Penyelidikan
KIK Kumpulan Inovatif dan Kreatif
KPPiC/B/N Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan / Bahagian / Negeri
MCY Malaysian Commercialisation Year
MOSTI Ministry of Science, Technology and Innovation atau Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 5
1. PENDAHULUAN
Dasar Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) merupakan
satu dokumen rangka kerja untuk pembangunan penyelidikan yang berinovatif
dan inovasi di JKR dalam usaha untuk menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi
yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dokumen Dasar
Penyelidikan dan Inovasi ini menjelaskan halatuju, prinsip dan strategi
pelaksanaan projek penyelidikan yang seragam dan usaha-usaha inovasi yang
kreatif dan dinamik untuk dijadikan panduan warga JKR.
JKR komited dalam menyokong semua aktiviti penyelidikan, pembangunan
kejuruteraan dan teknologi (selepas daripada ini dipanggil penyelidikan dan
pembangunan) untuk kesejahteraan rakyat dan negara serta peningkatan kualiti
kehidupan melalui penemuan, perkongsian dan aplikasi hasil penyelidikan selaras
dengan visi dan misi, serta kerangka strategik JKR.
Selaras dengan perkembangan semasa perkhidmatan awam, inovasi yang
dihasilkan oleh JKR hendaklah berkonsepkan Cepat, Tepat, Integriti –Productivity,
Creativity and Innovation (CTI–PCI). Di samping itu, ianya hendaklah menyokong
Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy (BOS), prinsip Inovasi Nilai (Value
Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA), berfokuskan
kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang
memenuhi aspirasi dan harapan jabatan yang berimpak tinggi selaras dengan
konsep Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dan Revolusi Industri
4.0 (IR 4.0).
2. OBJEKTIF
Tujuan utama Dasar Penyelidikan dan Inovasi ini disediakan adalah untuk menjadi
garis panduan kepada JKR, dan staf yang mengurus dan melaksanakan program
dan aktiviti penyelidikan, rekacipta dan pembangunan yang berinovatif dan kreatif.
Dasar ini juga menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam
melaksanakan dan membudayakan penyelidikan dan pembangunan, serta inovasi
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 6
di JKR. Selaras dengan itu, objektif Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR adalah
untuk:
i) Memacu JKR untuk menjadi sebuah institusi bertaraf dunia dalam
penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan, dan inovasi melalui
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE);
ii) Membudaya penyelidikan yang berinovatif dan kreatif ke arah
organisasi yang inovatif sebagaimana yang digariskan di dalam
kerangka strategik JKR;
iii) Mempertingkat penyelidikan kolaboratif antara disiplin dan pelbagai
bidang kejuruteraan di dalam dan luar negara;
iv) Mempergiat jalinan kolaboratif dengan institusi pengajian tinggi, agensi
kerajaan, dan industri; dan
v) Mengadaptasi dan memanfaatkan keberhasilan inovasi penciptaan dan
penambahbaikan berteraskan teknologi yang berpotensi dan aplikasi
kejuruteraan.
3. SKOP
Dasar ini merangkumi semua proses yang berkaitan dengan perlaksanaan dan
pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan jabatan.
4. TANGGUNGJAWAB
Pengarah Kanan, dan Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan
Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan
Teknologi JKR (CREaTE) bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Kerja Raya
dalam memastikan dasar ini dipatuhi dan dilaksanakan.
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 7
5. DOKUMEN RUJUKAN
Dokumen berikut hendaklah dibaca bersekali dengan dasar ini tetapi tidak terhad
kepada:
(a) Pelan Strategik JKR yang terkini;
(b) Manual for Carrying out Research Works in JKR;
(c) Research Integrity and Governance Code of Practice;
(d) Procedures for Dealing with Allegations of Misconduct in Research;
(e) Intellectual Property Commercialisation Policy for Research &
Development (R&D) Projects Funded by The Government of
Malaysia, MOSTI yang terkini; dan
(f) Undang-undang, Akta, pekeliling, arahan dan peraturan lain terkini
yang berkuatkuasa.
6. PENYATAAN DASAR DAN PENJELASAN
JKR perlu menjalankan usaha dan mengambil pendekatan yang komprehensif
untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga
JKR untuk kesejahteraan rakyat dan negara serta peningkatan kualiti kehidupan.
Ini selaras dengan aspirasi JKR dan visi CREaTE untuk menjadi sebuah institusi
yang bertaraf dunia dalam penyelidikan dan pembangunan; inovasi, penerbitan
dan pemberi perkhidmatan perundingan kejuruteraan.
6.1. Keperluan untuk Melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan
Demi usaha untuk mencapai visi CREaTE bagi menjadi institusi bertaraf dunia
dalam penyelidikan dan pembangunan, JKR akan mengambil langkah-langkah
berikut:
i) Menggalakkan warga JKR untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan
penerbitan hasil penyelidikan mereka;
ii) Semua penyelidik layak memohon dana penyelidikan untuk membiaya
aktiviti penyelidikan mereka;
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 8
iii) Menjalankan penyelidikan sebagai satu keperluan bagi mencari
penyelesaian kepada isu jabatan dan negara, dan peningkatan ilmu
dan kepakaran warga JKR;
iv) Menjalankan penyelidikan yang kreatif dan berinovatif yang berimpak
tinggi kepada negara;
v) Cawangan-cawangan mengemukakan isu-isu teknikal dan
kejuruteraan kepada CREaTE untuk tujuan kajian/penyelidikan;
vi) Memantau secara berterusan petunjuk prestasi projek penyelidikan;
vii) Semua ketua jabatan perlu menyokong staf mereka yang berpotensi
dan menunjukkan kecenderungan untuk melaksanakan aktiviti
penyelidikan; dan
viii) Mana-mana staf yang berhasrat untuk menjalankan penyelidikan,
hendaklah melaksanakannya secara sepenuh masa dan ditempatkan
secara hakiki di CREaTE.
6.2. Strategi Pelaksanaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi
Strategi yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i) Menyediakan persekitaran penyelidikan yang kondusif;
ii) Membudaya dan meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan staf
jabatan;
iii) Menggalakkan penyelidikan dan inovasi horizon baru yang merentas
disiplin;
iv) Menyediakan dan menyenggara infrastruktur dan kemudahan asas
bagi penyelidikan;
v) Berusaha menyediakan sumber manusia yang mencukupi dan terlatih
untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan memberikan penekanan
kepada penggunaan sumber secara optimum;
vi) Menggalakkan penyelidikan secara dalaman;
vii) Memperkasa dan memperluas pembangunan penyelidikan dan inovasi
di peringkat jabatan;
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 9
viii) Menggalakkan aktiviti kolaboratif atau jaringan kerjasama dengan
Institusi Pengajian Tinggi, agensi kerajaan lain, dan/atau industri, di
dalam dan luar negara, untuk tujuan penyelidikan dan inovasi;
ix) Mengenalpasti dan menyokong perkembangan kepakaran dalam niche
area dan penerokaan bidang kepakaran baharu untuk dijadikan
kekuatan bidang kepakaran bagi JKR;
x) Berusaha mempelawa penyelidik yang dikenali dan berwibawa di
peringkat nasional dan antarabangsa untuk menjalankan penyelidikan
di CREaTE;
xi) Menubuhkan institut kepakaran penyelidikan sebagai peneraju
sesuatu niche area, dan memastikan keahlian pegawai dan
kakitangan di dalam institut kepakaran penyelidikan tersebut;
xii) Merancang strategi untuk memastikan peningkatan bilangan
penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi;
xiii) Membangunkan kolaboratif global yang dapat memanfaatkan
pengetahuan baharu dan teknologi terkini;
xiv) Memanfaat dan mengadaptasi teknologi/kombinasi teknologi di
bawah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) di dalam aktiviti penyelidikan dan
pembangunan kejuruteraan, dan inovasi;
xv) Merancang dan melaksanakan sistem penganugerahan untuk
menggalakkan kecemerlangan di dalam penyelidikan dan
pembangunan kejuruteraan, dan inovasi;
xvi) Menyediakan platform bagi perkongsian penemuan atau dapatan
penyelidikan oleh penyelidik dalam jabatan dan yang dilaksanakan
secara kolaboratif;
xvii) Mengadakan bengkel/seminar/persidangan bertujuan memberi
pendedahan kepada staf JKR berkaitan penyelidikan dan
pembangunan kejuruteraan; dan
xviii) Pengadaptasian dan pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi
jabatan.
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 10
6.3. Hasil Penyelidikan dan Petunjuk Prestasi
Hasil penyelidikan dan petunjuk prestasi adalah seperti berikut:
i) Bilangan pakar yang diiktiraf di dalam pelbagai bidang kejuruteraan di
dalam JKR;
ii) Penerbitan dalam bentuk jurnal, buku karya asli, bab dalam buku, dan
prosiding;
iii) Kertas kerja atau kertas pembentangan dalam persidangan, seminar
dan bengkel di peringkat jabatan, nasional dan antarabangsa;
iv) Laporan penyelidikan yang menyumbang kepada penambahbaikan
sistem penyampaian jabatan, atau strategi jabatan, atau polisi
kerajaan;
v) Pengiktirafan, di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, yang
diterima bagi hasil penyelidikan dan inovasi;
vi) Pengiktirafan kepakaran penyelidik seperti pelantikan sebagai panel
pakar, panel penasihat, khidmat perundingan, penyunting jurnal, dan
sebagainya;
vii) Dana penyelidikan daripada sumber awam, swasta, dan luar negara;
viii) Hak harta intelek dan dokumentasi dalam bentuk paten, hakcipta
(copyright), rekabentuk perindustrian, dan cap dagangan;
ix) Produk atau idea penyelidikan yang dipaten, diiktiraf, atau
dikomersilkan;
x) Produk yang diadaptasi di dalam jabatan dan yang diketengahkan di
bawah program pengkomersialan seperti program kebolehsuaian
Malaysian Commercialisation Year (MCY);
xi) Program pembudayaan inovasi dan kolaborasi inovasi;
xii) Laporan kajian/projek perundingan yang memenuhi terma rujukan
dan diperakukan oleh pelanggan;
xiii) Penyeliaan bersama calon pascasiswazah; dan
xiv) Lain-lain yang berkaitan.
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 11
6.4. Etika Penyelidikan
Semua penyelidik, sama ada staf JKR dan/atau rakan kolaboratif perlu mematuhi
keperluan yang digariskan di dalam buku Research Integrity and Governance
Code of Practice, dan Procedures for Dealing with Allegations of Misconduct in
Research.
6.5. Hak Harta Intelek
Kaedah yang digunakan untuk melindungi hak harta intelek adalah seperti yang
telah digariskan di dalam Intellectual Property Commercialisation Policy for
Research & Development (R&D) Projects Funded by The Government of
Malaysia, MOSTI edisi terkini, undang-undang, akta, pekeliling dan surat
pekeliling, arahan dan peraturan terkini yang berkuatkuasa.
6.6. Pembangunan Bidang Penyelidikan dan Inovasi
JKR beriltizam untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan kejuruteraan dan
teknologi yang berinovatif dan bertaraf dunia. Dalam usaha untuk mencapai
aspirasi tersebut JKR akan menggunakan sumber kepakaran dalam bidang sedia
ada, meneroka bidang kepakaran baharu, dan menubuhkan institut kepakaran
penyelidikan berinovatif.
6.7. Pengurusan Penyelidikan JKR
Pengurusan projek penyelidikan JKR di CREaTE berazam untuk menguruskan
semua projek penyelidikan dengan cemerlang, telus dan berintegriti mengikut
semua peraturan dan arahan terkini yang berkuatkuasa bagi memastikan agar
JKR mampu mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan yang
unggul, berinovatif dan bertaraf dunia. Pengurusan ini terdiri daripada:
(a) Seksyen Penyelidikan dan Pengurusan Teknikal;
(b) Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Projek Penyelidikan (JTKP);
(c) Jawatankuasa Kelulusan Projek Penyelidikan (JKPP);
(d) Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI); dan
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 12
(e) Jawatankuasa Kerja Inovasi (JKI).
6.8. Institut Kepakaran Penyelidikan
Penubuhan institut kepakaran penyelidikan di CREaTE akan dicadangkan, dari
semasa ke semasa, bagi meningkatkan profil penyelidikan dalam bidang sedia
ada dan/atau bidang penyelidikan yang bernaung di bawah niche area yang telah
dikenalpasti oleh CREaTE. Ini akan dapat membantu mempromosi CREaTE
dalam bidang penyelidikan yang diketahui akan meningkatkan prestasi dan
reputasi CREaTE sebagai pusat penyelidikan yang unggul, berinovatif dan
bertaraf dunia. Institut ini akan menjalin kerjasama teknikal dengan rakan dari
institusi pengajian tinggi, awam dan swasta, industri, agensi kerajaan lain, dan
istitusi penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Di antara ciri-ciri
institut ini ialah sebuah pusat kecemerlangan yang:
1. Mendukung dasar dan strategi penyelidikan jabatan dan negara;
2. Menunjukkan prestasi penyelidikan yang berkualiti tinggi;
3. Menitikberatkan kelestarian dalam pelaksanaan projek penyelidikan,
dan kewangan;
4. Mendapat sokongan dan kelulusan Pengurusan Tertinggi CREaTE dan
JKR; dan
5. Memanfaat teknologi canggih atau cutting-edge technology dalam
pelaksanaan projek penyelidikan.
7. EDISI/VERSI
Bilangan 1 Tahun 2018.
Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR Malaysia
Hakmilik © JKR Malaysia 2018 13
PENGHARGAAN
1. Ir. Abdul Mutalif bin Abdul Hameed Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK)
2. Ir. Dr. Sherliza binti Zaini Sooria Jurutera Awam Penguasa Kanan
3. Ir. Nor Azman bin Ismail Jurutera Awam Penguasa Kanan
4. Ahmad Izzuddin bin Osman Salleh Jurutera Awam Penguasa Kanan
5. Abd Khalid bin Che Din Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan
6. Ir. Nizar bin Othman Jurutera Elektrik Penguasa Kanan
7. Ir. Fithry bin Mohd Amir Jurutera Mekanikal Penguasa
8. Ir. Nik Ibrahim bin Nik Abdullah Jurutera Elektrik Penguasa
9. Md Razip bin Ishhak Juruukur Bahan Penguasa
10. Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman Arkitek Penguasa
11. Azhar bin Mohamed Juruukur Bahan Penguasa
12. Ir. Romziah binti Azit Jurutera Awam Kanan
13. Shahril bin Azizi Jurutera Mekanikal
14. Mohd Zakuan bin Zabri Jurutera Mekanikal
15. Aiman Darlina Akmar binti Rahman Arkitek
BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR
(CREaTE)
OPTION 3