Dasar ICTict.upsi.edu.my/images/UPP/DasarICTv7.pdf · BAB 6 Dasar Penggunaan Internet/Intranet 6.1...
-
Upload
nguyenthien -
Category
Documents
-
view
222 -
download
0
Transcript of Dasar ICTict.upsi.edu.my/images/UPP/DasarICTv7.pdf · BAB 6 Dasar Penggunaan Internet/Intranet 6.1...
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Versi 7
Pusat ICT, UPSI JULAI 2018
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KANDUNGAN MS
BAB 1 Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
1.1 Tujuan Dasar 1
1.2 Objektif Dasar 1
1.3 Skop Dasar
1.3.1 Sumber
1.3.2 Pengguna
1
1
1.4 Definisi 2
1.5 Dasar Am 5
1.6 Pelanggaran Dasar 6
1.7 Pematuhan Dasar / Garis Panduan / Akta ICT Peringkat Kebangsaan 6
1.8 Penyelenggaraan Dasar 7
BAB 2 Dasar Pengurusan ICT
2.1 Tujuan Dasar 8
2.2 Skop Dasar 8
2.3 Pengurusan Organisasi
2.3.1 Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti
2.3.2 Peranan Pusat ICT
2.3.3 Peranan Unit ICT di setiap PTj utama
2.3.4 Peranan Jawatankuasa Pemandu ICT
8
9
9
10
2.4 Dasar Pembangunan ICT
2.4.1 Perancangan ICT
2.4.2 Perolehan ICT
2.4.3 Instalasi dan Penyelenggaraan
2.4.4 Naiktaraf atau Pelupusan
2.4.5 Pembangunan Sumber Manusia
2.4.6 Keselamatan ICT
11
11
11
11
12
12
BAB 3 Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT
3.1 Tujuan Dasar 13
3.2 Skop Dasar 13
3.3 Dasar Perisian dan Aplikasi
3.3.1 Hakmilik
3.3.2 Perolehan
3.3.3 Tanggungjawab Pengguna
13
14
14
3.4 Dasar Perkakasan
3.4.1 Hakmilik
3.4.2 Perolehan Perkakasan
3.4.3 Pengagihan Perkakasan
3.4.4 Kehilangan/Kerosakan Perkakasan
3.4.5 Peminjaman Perkakasan
15
15
16
17
17
3.4.5 Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan
3.4.6 Pelupusan Perkakasan
3.4.7 Tanggungjawab Pengguna
18
18
19
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KANDUNGAN MS
BAB 4 Dasar Rangkaian ICT
4.1 Tujuan Dasar 20
4.2 Skop Dasar 20
4.3 Dasar Perkakasan Server
4.3.1 Hakmilik
4.3.2 Perolehan
4.3.3 Konfigurasi dan Operasi
20
20
21
4.4 Dasar Rangkaian UPSINet
4.4.1 Hakmilik
4.4.2 Perolehan
4.4.3 Kemudahan Rangkaian UPSINet
4.4.4 Penyambungan Rangkaian
22
22
22
23
BAB 5 Dasar Makmal Komputer
5.1 Tujuan Dasar 24
5.2 Skop Dasar 24
5.3 Dasar Penggunaan Makmal 24
5.4 Dasar Tempahan Makmal 25
5.5 Pelanggaran Peraturan 25
BAB 6 Dasar Penggunaan Internet/Intranet
6.1 Tujuan Dasar 26
6.2 Skop Dasar 26
6.3 Dasar Emel
6.3.1 Dasar Am
6.3.2 Dasar Khusus
26
27
6.4 Dasar Pembangunan Laman Web 28
6.5 Dasar Capaian Internet/Intranet 29
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KANDUNGAN MS
BAB 7 DASAR SISTEM APLIKASI UNIVERSITI
7.1 Tujuan Dasar 31
7.2 Skop Dasar 31
7.3 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit
7.3.1 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit oleh Pentdbir ICT
7.3.2 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit oleh Pengguna
31
32
7.4 Pemantauan Data dalam Rangkaian 33
7.5
BAB 8
Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi
7.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit/Peribadi
7.5.2 Had Penggunaan Maklumat Peribadi
7.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi
Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat
33
36
37
8.1 Tujuan Dasar 38
8.2 Skop Dasar 38
8.3 Dasar Capaian Maklumat Sulit 38
8.4 Dasar Pemantauan Data Dalam Rangkaian 38
8.5 Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi
8.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi
8.5.2 Had-Had Penggunaan
8.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi
40
42
43
BAB 9 Dasar Keselamatan ICT 44
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 1 - DASAR UMUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menerangkan secara umum dasar penggunaan sumber-sumber Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan diterima pakai
sebagai Dasar Umum. Mana-mana dasar terperinci untuk setiap sumber yang disenarai adalah
mengatasi Dasar Umum ini.
1.2 Objektif Dasar
Penggunaan ICT oleh warga UPSI dan pihak-pihak lain merupakan suatu peranan penting dalam
mencapai misi dan visi UPSI. Dasar ini bertujuan memastikan :
i. kewujudan dan peranan dasar-dasar ICT UPSI;
ii. kemudahan ICT digunakan secara bijaksana mengikut dasar yang ditetapkan;
iii. tanggungjawab pengguna dimaklumkan;
iv. kerosakan, kemusnahan dan penyalahgunaan ICT dapat diminimumkan; dan
v. Penyediaan perkhidmatan, peralatan dan sokongan projek pembangunan ICT dalam
membantu operasi pengurusan universiti.
1.3 Skop Dasar
1.3.1 Sumber
Sumber-sumber yang tersenarai di dalam dokumen, juga sumber-sumber yang tidak
tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh Jawatankuasa E-Universiti (JKEU)
adalah juga tertakluk kepada dasar ini.
1.3.2 Pengguna
Semua pengguna adalah tertakluk kepada dasar ini. Sesiapa yang tidak diberi kebenaran
adalah dianggap sebagai penceroboh, dan boleh diambil tindakan yang sesuai mengikut
kesalahan yang dilakukan, sebagaimana yang disebut dalam Dasar ICT, UPSI.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 1
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.4 Definisi
Definisi-definisi berikut digunakan dalam Penyataan Dasar yang berkaitan dengan penggunaan
kemudahan ICT UPSI:
Pernyataan Definisi
1. “UPSI” atau
“Universiti”
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Pelajar Seseorang yang mendaftar sesuatu program akademik (sama ada penuh atau
separuh masa atau siswazah) di UPSI dan statusnya masihaktif.
3. Staf Seseorang yang dilantik oleh UPSI untuk sesuatu jawatan sama ada secara
tetap, sambilan, sementara atau kontrak dan masih berkhidmat dengan UPSI
4. PTj semua jabatan, fakulti, pusat dan unit di UPSI
5. Kemudahan
ICT
Ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada sistem komputer peribadi, terminal,
sistem komputer, peralatan komunikasi, rangkaian komunikasi, perisian
komputer, dokumentasi bantuan, pembekalan, peralatan storan, kemudahan
sokongan dan sumber tenaga. Kemudahan terhad kepada kemudahan yang
dibeli, disewa, dipajak, dimiliki atau dipinjamkan kepada UPSI. Ia termasuk
semua kemudahan yang disediakan oleh UPSI secara terpusat dan yang
disediakan melalui PTj
6. Perisian Aturcara atau program yang digunakan untuk melaksanakan tugas tertentu oleh
computer seperti perisian automasi pejabat, grafik dan sebagainya.
7. Aplikasi Aturcara atau program yang dibangunkan untuk melaksanakan tugas tertentu
oleh komputer seperti Sistem Maklumat Kewangan, Sistem Maklumat Akademik
dan sebagainya
8. Perkakasan Peralatan dan komponen ICT seperti komputer, notebook, tablet, smartphone,
pencetak dan sebagainya.
9. Komputer
server
Komputer yang mempunyai keupayaan tinggi yangmemberi perkhidmatan
berpusat.
10. Peralatan
rangkaian
Peralatan dan komponen yang digunakan dalamsistem rangkaian seperti
switch, hub, router, access point (AP) dan sebagainya
11. Pengguna/
pihak-pihak
lain
Seseorang atau kumpulan orang yang dibenarkan menggunakan kemudahan
ICT UPSI
12. Tugas-tugas
dalaman
Tugas-tugas yang menyokong fungsi-fungsi UPSI dalam pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran.
13. Tugas-tugas
luar
Tugas-tugas selain dari tugas dalaman
14. Maklumat
Peribadi
Merujuk kepada data atau maklumat tentang seseorang individu, termasuk
nama, tarikh lahir dan sebagainya; yang mana data-data ini boleh digunakan
untuk mengenali seseorang individu contohnya nombor kad pengenalan,
nombor kakitangan dansebagainya
15. Pengurus merujuk kepada seseorang yang dilantik dan diberi kuasa (authority) oleh
Universiti untuk mengendali, mengurus, menyelenggara dan menjaga
kerahsiaan dan keselamatan maklumat Universiti.
16. Tuan punya
maklumat
seseorang individu yang boleh dikenal pasti melalui maklumat peribadi yang ada
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 2
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pernyataan Definisi
17. Akaun
Pengguna
had capaian dan ruang storan yang telah diperuntukkan kepada setiap
pengguna yang sah dalam sesuatu sistem atau sumber ICT. Setiap
pengguna dikenalpasti melalui penggunaan identitipengguna
18. “maklumat
rahsia” atau
“sulit” dalam
dokumen
segala bentukdata sama ada teks, grafik, audio, animasi dalam pelbagai
format sama ada yang
bolehdicernasepertiteksataupundalamformatbinariyangterdapatdalamakaun
pengguna. Maklumat ini juga boleh dicapai semasa dalam medium
penghantaran (transmisi) seperti data e-mel dalam talian atau dalam
simpanan fail sementara
19. “aktiviti” atau
“kegiatan sulit”
atau “rahsia
pengguna”
arahan-arahan yang dilaksanakan (run) atau ‘keystrokes’ yang ditaip
semasa pengguna berinteraksi dengan sumber IT yang disediakan
olehUPSI.
20. Pentadbir
Rangkaian
pegawai yang bertanggungjawab mengurus, mengawal, memantau dan
menyelenggara operasi dan keselamatan rangkaian UPSINet
21. UPSINET infrastruktur rangkaian ICT UPSI yang terdiri daripada rangkaian tulang
belakang (backbone), rangkaian kawasan setempat (LAN) dan
perkhidmatan wayarles
22. Persekitaran
awam
perkhidmatan awan yang dilanggan oleh UPSI daripada Penyedia
Perkhidmatan Awan (cloudprovider)
23. Jawatankuasa
Keselamatan
ICT
Jawatankuasa Computer Emergency Response Team (CERT)UPSI
24. ICT Information and Communication Technology
25. MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan
PerdanaMenteri
26 PdP Pembelajaran Dan Pengajaran
27. CIO Ketua Pegawai Maklumat
28. ICTSO Merujuk kepada Pegawai yang dilantik oleh CIO
29 Ketua PTj Individu yang mengetuai Pusat Tanggungjawab(PTj)
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 3
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pernyataan Definisi
30. LAN Local Area Network
Rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang
kecil.
31. WAN Wide Area Network
Rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya
digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada
lokasi yang berbeza (negeri, negara dan benua) . WAN dalam skop
UPSI adalah sambungan kepada rangkaian internet.
32. MAN Metropolitan Area Network
Rangkaian komputer yang meliputi suatu kawasan geografi
yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh
LAN untuk menghubungkan kesemua kampus UPSI.
33. Internet Internet adalah sistem rangkaian komunikasi global. Ia merangkumi
infrastruktur perkakasan dan perisian yang menyediakan
sambungan rangkaian global di antara komputer. Internet dalam
skop UPSI adalah servis rangkaian yang membolehkan pengguna
mengakses sumber maklumat di seluruh dunia secara atas talian.
34. Intranet Merujuk kepada jaringan rangkaian dalaman yang
menghubungkan komputer di dalam sesebuah organisasi dan
hanya boleh dicapai oleh staf atau mana-mana pihak yang
dibenarkan. Intranet dalam skop UPSI adalah servis rangkaian
yang membolehkan pengguna mengakses sumber maklumat di
dalam kampus UPSI secara atas talian.
35. VPN Virtual Private Network - Rangkaian Persendirian Maya
Servis rangkaian yang menggunakan infrastruktur telekomunikasi
awam seperti Internet bagi membolehkan pengguna yang berada
di luar kampus mendapat capaian UPSInet dan menggunakan
rangkaian tersebut dalam keadaan selamat.
36. Public IP Alamat IP yang dikhaskan untuk kegunaan rangkaian luar seperti
WAN (internet).
37. Private IP Alamat IP yang dikhaskan untuk rangkaian dalaman seperti LAN
dan MAN dan tidak di sebarkan ke internet.
38. DKICT Dasar Keselamatan ICT
39. INFOSTRUKTUR sumber informasi yang diolah melalui suatu proses didalam sistem informasi.
40. INFRASTRUKTUR Merangkumi perkakasan, perisian dan perlesenan
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 4
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.5 Dasar Am
i. Universiti bertanggungjawab menyediakan kemudahan ICT bagi kegunaan staf akademik,
pentadbiran, sokongan dan pelajar bagi menyokong fungsi Universiti.
ii. Semua kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh UPSI adalah hak mutlak
UPSI. Pengguna berdaftar diberikan keistimewaan untuk menggunakan kemudahan
tersebut berdasarkan keperluan tugas dan bukannya hak yang diberikan kepada
pengguna. UPSI berhak menarik balik kebenaran dan/atau kemudahan yang diberikan
pada bila-bila masa tanpa notis.
iii. Kemudahan ICT yang disediakan oleh UPSI hanya boleh digunakan untuk tujuan yang
berkaitan dengan fungsi UPSI. Penggunaan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi
UPSI adalah tidak dibenarkan, seperti untuk tujuan peribadi, komersil dan politik.
iv. Pengguna yang menggunakan peralatan ICT peribadi yang dibenarkan di dalam kampus
juga tertakluk kepada dasar ini. Sebarang penggunaan adalah tertakluk kepada undang-
undang dan dasar UPSI, negeri dan negara. UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang penyalahgunaan yang dilakukan oleh pengguna.
v. Setiap pengguna mesti mematuhi Dasar ICT yang ditetapkan selaras dengan hasrat UPSI
mewujud pengguna yang beretika dan menghormati pengguna yang lain.
vi. Universiti bertanggungjawab memastikan pelaksanaan Dasar ICT dan syarat-syarat yang
berkaitan dengan pengguna dan kod etika diamalkan selaras dengan kemudahan-
kemudahan di bawah kawalan Universiti.
vii. Ketua-ketua PTj bertanggungjawab memastikan Dasar ICT diamalkan selaras dengan
kemudahan-kemudahan di bawah kawalan dan pengurusannya.
viii. Dasar ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. UPSI berhak
meminda, membatal, menghad dan menambah mana-mana Dasar mengikut kesesuaian
dan keperluan semasa.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 5
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.6 Pelanggaran Dasar
i. Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pengguna akan dikenakan tindakan
berdasarkan kepada jenis pelanggaran dan keadaan semasa pelanggaran.
ii. Sebarang aduan tentang pelanggaran Dasar hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Tatatertib boleh melantik Jawatankuasa Penyiasat
untuk meneliti laporan dan boleh membuat keputusan sama ada siasatan terperinci perlu
dilaksanakan.
iii. Tindakan pembetulan segera yang bersesuaian akan diambil oleh Pusat ICT sekiranya berlaku
pelanggaran dasar dan peraturan; dan
iv. Tindakan atau penalti yang boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib adalah
penggantungan penggunaan kemudahan ICT. Lain-lain tindakan atau penalti boleh diambil
oleh Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan untuk staf atau Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni) untuk pelajar dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.
1.7 Pematuhan Dasar / Garis Panduan / Akta ICT Peringkat Kebangsaan
Dasar ini tidak terhad kepada kandungan dokumen ini, malah ia turut mencakupi serta
menerimapakai dasar-dasar/garis panduan/akta ICT peringkat kebangsaan yang dikuatkuasakan
seperti berikut :
i. Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi
Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 2009 yang dikeluarkan oleh
MAMPU;
ii. Arahan Teknologi Maklumat 2007 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
iii. Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680) yang dikeluarkan oleh MAMPU;
iv. Dasar Keselamatan ICT Kerajaan berdasarkan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 yang
dikeluarkan oleh MAMPU;
v. Garis Panduan Malaysian Civil Service Link (MCSL) dan Laman Web Kerajaan
berdasarkan Pekeliling Am Bil.1 tahun 2000 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
vi. Garis Panduan Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-agensi Kerajaan Dalam
Bidang Teknologi Maklumat berdasarkan Pekeliling Am Bil. 6 tahun 1999 yang dikeluarkan
oleh MAMPU;
vii. Penubuhan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) berdasarkan Pekeliling Am Bil.
2 Tahun 1999 yang dikeluarkan oleh MAMPU;
viii. Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan ICT (ICT) melalui Pekeliling Am Bil.1 Tahun
2001 yang dikeluarkan oleh MAMPU; dan
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 6
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ix. Undang-undang Siber (Cyber Law) yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah program
MSC Bill of Guarantees yang terdiri daripada akta-akta berikut:
Tandatangan Digital 1997
Hakcipta (amendment) 1997
Jenayah Komputer 1997
Tele-medicine 1997
Komunikasi dan Multimedia 1998
Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Personal Data Protection Act 2010
1.8 Penyelenggaraan Dasar
Dasar ICT UPSI adalah tertakluk kepada semakan selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi,
prosedur, perundangan dan kepentingan organisasi. Penyelenggaraan Dasar ICT UPSI adalah
tertakluk kepada syarat seperti di bawah:
i. Mengkaji dan menyemak dokumen sokongan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti dan
membuat perubahan yang diperlukan;
ii. Mengemukakan cadangan pindaan untuk persetujuan kepada Jawatankuasa E-Universiti
UPSI;
iii. Memaklumkan sebarang perubahan kepada semua pengguna; dan
iv. Mempertimbangkan pendapat dari pakar mengikut kesesuaian di dalam proses
penyemakan semula dasar.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 1 : Dasar Umum Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 7 Julai 2018 7
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 2 - DASAR PENGURUSAN ICT
2.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menerangkan secara umum aspek pengurusan organisasi dan pembangunan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
2.2 Skop Dasar
Skop dasar melibatkan:
i. aspek pengurusan organisasi ICT yang mempunyai kuasa dan kepakaran untuk
merancang, melaksana dan mengurus keperluan ICT Universiti menerusi strategi-strategi
yang ditetapkan; dan
ii. aspek pembangunan ICT bagi merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara
keperluan ICT Universiti menerusi strategi-strategi yang ditetapkan.
2.3 Pengurusan Organisasi
2.3.1 Penubuhan Jawatankuasa E-Universiti
i. Menubuhkan jawatankuasa untuk menggubal dasar, arah tuju dan matlamat ICT
Universiti.
ii. Melulus perancangan projek ICT Universiti.
iii. Pengerusi Jawatankuasa ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
iv. Jawatankuasa dianggotai oleh :
a. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
b. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
c. Pendaftar
d. Bendahari
e. Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda
f. Ketua Pustakawan
g. Dekan Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif
h. Dekan Fakulti Sains Dan Matematik
i. Dekan Institut Pengajian Siswazah
j. Pengarah, Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI)
k. Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
l. Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC)
m. Pengarah, Bahagian Perancangan Korporat (BPK)
n. Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 2 : Dasar Pengurusan ICT 7 Julai 2018 8
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
o. Ketua Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
p. Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia
q. Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Akademik
r. Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Govenan
s. Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman
t. Ketua Bahagian Audit Dalam
u. Urusetia yang dilantik – Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Maklumat, Pusat
ICT dan Penolong Pendaftar Kanan, Pusat ICT
v. Keahlian yang dilantik mengikut keperluan semasa tertakluk kepada statut
Universiti.
v. Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.
vi. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat secara berkala sekurang-kurangnya dua
(2) kali setahun.
2.3.2 Peranan Pusat ICT
i. Membangun dan menyelenggarakan infrastruktur ICT UPSI ke tahap yang
optimum dalam memastikan mutu perkhidmatan ICT dapat digunakan oleh staf
dan pelajar pada tahap maksimum;
ii. Pusat ICT bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, mengurus,
memantau dan menyelenggara projek-projek ICT Universiti.
iii. Pusat diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Maklumat (CIO).
iv. Pusat mesti mempunyai staf yang mempunyai kepakaran ICT yang secukupnya.
v. Pusat perlu mempunyai staf pentadbiran dan sokongan yang secukupnya.
vi. Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dilantik menganggotai Jawatankuasa Eksekutif
atau Senat.
vii. Sentiasa mempertingkatkan penggunaan sumber-sumber(kewangan, staf,
peralatan dan sebagainya) bagi memastikan berada dalam tahap yang optimum.
2.3.3 Peranan Unit ICT di PTj Utama
i. Unit ICT PTj mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat dan atau Penolong
Pegawai Sistem Maklumat.
ii. Unit ini bertanggungjawab ke atas perkhidmatan ICT di PTj masing-masing.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 2 : Dasar Pengurusan ICT 7 Julai 2018 9
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2.3.4 Peranan Jawatankuasa Pemandu ICT
i. Menubuhkan jawatankuasa untuk merancang, mengenal pasti dan mencadangkan
sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi
melaksanakan arah tuju/strategi agensi, meluluskan projek ICT agensi
berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah
serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan dan lain-lain bidang
tugas yang berkaitan.
ii. Pengerusi Jawatankuasa ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
iii. Jawatankuasa dianggotai oleh :
a. Bendahari
b. Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan & Harta Benda
c. Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional
d. Dekan Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif
e. Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) Fakulti Seni Komputeran &
Industri Kreatif
f. Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT
g. Timbalan Ketua Pegawai Maklumat (Govenan & Strategik),Pusat ICT
h. Timbalan Ketua Pegawai Maklumat (Infostruktur),Pusat ICT
i. Timbalan Ketua Pegawai Maklumat (Infrastruktur),Pusat ICT
j. Timbalan Ketua Pegawai Maklumat (Teknikal & Operasi),Pusat ICT
iv. Penolong Pendaftar Pusat ICT ialah sekretariat bagi Jawatankuasa ini.
v. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali
setahun atau mengikut keperluan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 2 : Dasar Pengurusan ICT 7 Julai 2018 10
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2.4 Dasar Pembangunan ICT
2.4.1 Perancangan ICT
i. Perancangan hendaklah memenuhi fungsi dan keperluan Universiti dalam
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pentadbiran dan
pengurusan Universiti.
ii. Perancangan hendaklah selaras dengan agenda ICT Negara.
iii. Perancangan hendaklah mematuhi Dasar, Peraturan dan Garis Panduan yang
ditentukan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
2.4.2 Perolehan ICT
i. Semua perolehan hendaklah mematuhi Dasar Perolehan serta Kewangan
Universiti dan Kerajaan kecuali bagi kes-kes tertentu dengan mendapat
perakuan/kelulusan Bendahari.
ii. Perolehan hendaklah memenuhi spesifikasi dengan mendapat perakuan
Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.
iii. Wakil Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT hendaklah menjadi ahli Jawatankuasa
Penilaian Teknikal PTj.
iv. Semua perisian aplikasi dan perisian sistem hendaklah mempunyai lesen yang
sah.
v. Pengesahan penerimaan perolehan perkakasan ICT hendaklah dilakukan oleh
wakil yang dilantik oleh Pusat ICT.
vi. Semua pembangunan atau perolehan sistem aplikasi hendaklah dibuat melalui
Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT bagi menjamin keseragaman, keserasian dan
keselamatan sistem.
2.4.3 Instalasi dan Penyelenggaraan
i. Semua instalasi atau pemasangan perkakasan dan/atau perisian dilakukan di
bawah penyeliaan Pusat ICT/PTj yang berkaitan.
ii. PTj hendaklah memastikan peralatan ICT diselenggara sewajarnya.
2.4.4 Naiktaraf atau Pelupusan
i. Semua naik taraf perkakasan dan perisian hendaklah mendapat kelulusan
Jawatankuasa Teknikal Pusat ICT.
ii. Perkakasan yang tidak berkeupayaan dan/atau tidak sesuai untuk
dinaiktaraf/diperbaiki/tidak ekonomik untuk dibaiki boleh dicadang untuk
pelupusan mengikut Prosedur Pelupusan Universiti.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 2 : Dasar Pengurusan ICT 7 Julai 2018 11
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2.4.5 Pembangunan Sumber Manusia
i. Merancang keperluan sumber manusia yang secukupnya bagi menyokong
perkhidmatan ICT Universiti.
ii. Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal ICT.
iii. Merancang, menyedia dan melaksana pelan pembangunan sumber manusia bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas ICT serta penggunaan aplikasi
ICT Universiti.
2.4.6 Keselamatan ICT
Semua pengguna hendaklah mematuhi :
i. Dasar ICT UPSI (Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi dan Perkakasan ICT);
ii. Dasar ICT UPSI (Bab 9 : Dasar Keselamatan ICT);
iii. Garis Paduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam(Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005).
iv. Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan
(Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000); yang dikeluarkan oleh MAMPU
v. Dasar Keselamatan ICT MAMPU JPM (versi 5.3); dan
vi. Akta / Undang-Undang berkenaan yang digubal oleh Kerajaan Malaysia.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 2 : Dasar Pengurusan ICT 7 Julai 2018 12
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 3 - DASAR PERISIAN, APLIKASI DAN PERKAKASAN ICT
3.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menentukan tanggungjawab pengguna dan pihak UPSI di dalam perkara-perkara yang
berhubung dengan perisian, aplikasi danperkakasanICT Universiti.
3.2 Skop Dasar
Skop dasar melibatkan :
i. semua perisian Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam simpanan
pengguna tidak kira di mana perisian itu berada;
ii. semua aplikasi Universiti yang dibangun atau diperolehi atau berada di dalam simpanan
pengguna tidak kira di mana aplikasi itu berada; dan
iii. semua perkakasan Universiti yang dimiliki atau diguna atau berada di dalam simpanan
pengguna tidak kira di mana perkakasan itu berada.
3.3 Dasar Perisian dan Aplikasi
3.3.1 Hakmilik
i. Semua perisian dan aplikasi yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI untuk
tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi
hakmilik UPSI.
ii. Semua perisian dan aplikasi yang dibangunkan menggunakan kemudahan UPSI
termasuk tetapi tidak terhad oleh staf atau pelajar UPSI untuk tujuan pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik UPSI.
iii. Bagi perisian dan aplikasi yang dibangunkan, maklumat tentang semua pengarang
/ pencipta mestilah dikekalkan.
iv. Semua perisian dan aplikasi hakmilik UPSI tidak dibenarkan dijual, disewa,
dilesenkan semula, dipinjam, disalin semula, disebar atau diberi kepada sesiapa
atau entiti tanpa kebenaran Universiti.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 13
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.3.2 Perolehan
i. Semua perolehan perisian dan aplikasi hendaklah mengikut prosidur perolehan
Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii. Semua perolehan perisian untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran
(mengikut kesesuaian) hendaklah menggunakan versi terkini dan pelesenan
akademik(education license) atau enterprise (volume license).
iii. Penggunaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan yang
ditetapkan oleh pihak Universiti, pembekal atau pembangun perisian.
iv. UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perolehan dan
penggunaan perisian tanpa lesen yang dilakukan oleh pengguna.
v. UPSI akan melaksanakan peningkatan dan naiktaraf perisian dan aplikasi bagi
memastikan versi yang terkini digunapakai (mengikut kesesuaian).
vi. UPSI akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi aplikasi yang
memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang sesuai.
vii. UPSI menggalakkan penggunaan dan pembangunan aplikasi dan perisian
berasaskan sumber terbuka (open source) dan General Public License.
3.3.3 Tanggungjawab pengguna
i. Semua pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk membaca, memahami
dan mematuhi peraturan dan pelesenan bagi setiap perisian yang digunakan.
ii. Semua pengguna tidak dibenarkan memindah turun, membuat instalasi dan
mengguna perisian yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan
kepada komputer dan rangkaian UPSINet misalnya perisian P2P (peer to peer)
Internet seperti Bittorrent, Utorrent, Aries, Deluge, Vuze dan sebagainya
iii. Semua pengguna tidak dibenarkan menyebar sebarang perisian berlesen secara
tidak sah. UPSI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan yang
dilakukan oleh pengguna.
iv. Sebarang bentuk perisian permainan komputer tidak dibenarkan dipasang di
semua perkakasan ICT hak milik UPSI kecuali untuk tujuan akademik dan
penyelidikan tertakluk kepada kelulusan daripada Ketua PTj.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 14
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.4 Dasar Perkakasan
3.4.1 Hakmilik
i. Semua perkakasan yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI atau semua
perkakasan yang dicipta atau dipasang mengguna peruntukan dan kemudahan
Universiti termasuk tetapi tidak terhad kepada staf atau pelajar UPSI adalah
menjadi hakmilik UPSI.
ii. Bagi perkakasan yang dicipta, maklumat tentang semua pencipta mestilah
dikekalkan.
iii. Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam, disebar
atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran Universiti.
iv. Perkakasan yang diperuntukkan merupakan hakmilik UPSI dan UPSI berhak
mengambil balik perkakasan tersebut apabila diperlukan.
3.4.2 Perolehan Perkakasan
i. Semua perolehan perkakasan hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti,
garis panduan perolehan hijau kerajaan dan Dasar Keselamatan ICT Universiti.
ii. Spesifikasi perkakasan hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Pusat
ICT bagi memastikan piawaian dan keseragaman dari segi teknologi dan
keperluan semasa.
iii. Setiap perolehan perkakasan dimaklumkan kepada Pusat ICT untuk pengesahan
spesifikasi perolehan. PTj yang berkaitan perlu menguruskan pendaftaran
aset/inventori Universiti.
iv. Pusat ICT akan memasang perisian antivirus dan automasi pejabat untuk
keselamatan dan pengajaran & pembelajaran (P&P), penyelidikan dan
pentadbiran.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 15
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.4.3 Pengagihan Perkakasan
i. Semua pengagihan perkakasan hendaklah mengikut prosidur dan atau kelulusan
Universiti.
ii. Staf Akademik – layak mendapat satu (1) unit komputer/notebook atau elaun
kemudahan komputer/notebook ( tertakluk kepada garis panduan elaun
kemudahan komputer/notebook ) untuk setiap seorang. Kemudahan perkakasan
daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj. Peruntukan
adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban tugas dan
kesediaan (availability) perkakasan.
iii. Staf Akademik – layak mendapat satu (1) unit komputer/notebook atau elaun
kemudahan komputer/notebook ( tertakluk kepada garis panduan elaun
kemudahan komputer/notebook ) untuk setiap seorang. Kemudahan perkakasan
daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj. Peruntukan
adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan jawatan, beban tugas dan
kesediaan (availability) perkakasan.
iv. Staf Pengurusan dan Profesional – layak mendapat satu (1) unit
komputer/notebook atau elaun kemudahan komputer/notebook (tertakluk kepada
garis panduan elaun kemudahan komputer/notebook ) untuk setiap seorang.
Kemudahan perkakasan daripada sumber-sumber lain tertakluk kepada kelulusan
Ketua PTj. Peruntukan adalah berasaskan perakuan ketua PTj, kekananan
jawatan, beban tugas dan kesediaan peralatan.
v. Staf kategori lain – layak diberi komputer berdasarkan keperluan kerja yang
ditentukan oleh Ketua PTj. Sebarang permohonan individu atau berkumpulan
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT
dengan mendapat perakuan Ketua PTj.
vi. Staf yang tamat perkhidmatan(bersara atau meletak jawatan) , bercuti sabatikal
atau bercuti belajar, dan dipinjamkan ke organisasi luar perlu memaklum dan
memulang perkakasan di bawah tanggungjawabnya kepada Pusat ICT selewat-
lewatnya satu (1) minggu sebelum tarikh berkaitan atau yang ditetapkan oleh
Pendaftar.
vii. Staf yang meninggal dunia, waris perlu memaklum dan memulang perkakasan di
bawah tanggungjawabnya kepada Pusat ICT.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 16
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.4.4 Kehilangan/Kerosakan Perkakasan
i. Staf perlu mengganti atau membayar kos perkakasan atau membaikpulih
sekiranya berlaku kerosakan atau kecuaian ke atas perkakasan di bawah
tanggungjawabnya.
ii. Staf yang telah menghilangkan perkakasan Universiti perlu mengisi Borang
Laporan Awal (B/P-129) kepada Universiti mengikut prosedur Kehilangan
Perkakasan Universiti.
iii. Staf yang sedang disiasat atas kehilangan komputer atau notebook Universiti tidak
layak menerima/meminjam kemudahan komputer atau notebook serta elaun
kemudahan komputer/notebook Universiti sehingga keputusan siasatan
diputuskan.
3.4.5 Peminjaman Perkakasan ICT
i. Semua peminjaman perkakasan ICT hendaklah mengikut prosidur Universiti.
ii. Setiap PTj yang menyediakan peminjaman perkakasan ICT perlu merekod
maklumat berkaitan peminjaman dan pemulangan.
iii. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang
dipinjam.
iv. Peminjam perlu melapor dengan segera secara bertulis sekiranya berlaku
kerosakan atau kehilangan perkakasan yang dipinjam kepada Ketua PTj
berkenaan untuk diambil tindakan yang sesuai.
v. Peminjam perlu memulangkan perkakasan yang dipinjam dalam keadaan baik,
berfungsi dan dalam set lengkap pada tarikh dan masa pemulangan yang
ditetapkan.
vi. Peminjam perlu mengganti atau membayar kos perkakasan atau kos baikpulih
sekiranya berlaku kerosakan ke atas perkakasan yang dipinjam.
vii. Tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua PTj berkenaan.
viii. PTj perlu memberi peringatan pemulangan kepada peminjam yang melebihi
tempoh pinjaman.
ix. Peminjam daripada kalangan pelajar hendaklah melalui pensyarah atau pegawai
Universiti. Perkakasan tersebut adalah di bawah tanggungjawab pensyarah atau
pegawai berkenaan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 17
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.4.6 Baik Pulih dan Penyelenggaraan Perkakasan
i. Semua baik pulih dan penyelenggaraan perkakasan hendaklah mengikut prosidur
Universiti.
ii. Bagi kerosakan perkakasan PTj dikehendaki membuat aduan kepada Pusat ICT
melalui saluran aduan yang disediakan (Sistem Pengurusan Aduan Online atau
telefon).
Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, PTj pemilik perkakasan dikehendaki
menghubungi pembekal untuk tujuan pembaikan. Sekiranya telah tamat tempoh
jaminan, urusan pembaikan akan diuruskan sepenuhnya oleh Pusat ICT.
iii. Pusat ICT menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan untuk
komputer, notebook dan tablet untuk semua PTj minimum satu (1) kali setahun
(mengikut kesesuaian).
iv. Universiti bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bagi
perkakasan yang memerlukan kepakaran khusus mengikut tempoh yang sesuai.
3.4.7 Pelupusan Perkakasan
i. Semua perkakasan yang didapati tidak sesuai dinaik taraf atau tidak ekonomik
untuk dibaiki hendaklah dicadang dilupuskan mengikut prosidur Pelupusan
Universiti.
ii. Bagi perkakasan yang ingin dilupuskan, Pusat ICT akan membuat semakan dan
perakuan pelupusan dan pemilik perkakasan perlu mengisi borang perakuan
pelupusan (PEP) yang diperakukan oleh dua (2) orang pegawai ICT dan
permohonan pelupusan dihantar ke Jabatan Bendahari mengikut prosidur
Pelupusan Universiti. ***
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 18
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
3.4.8 Tanggungjawab Pengguna
i. Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun perkakasan yang
bukan berada di bawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil
tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri perkakasan atau komponen-
komponennya.
ii. Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah menjadi
tanggungjawab bersama semua pengguna terbabit. Sebarang perkongsian perlu
mempunyai syarat dan peraturan yang dipersetujui ahli (pengguna).
iii. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang
diperuntukkan oleh Universiti.
iv. Pengguna hendaklah membuat aduan kepada Pusat ICT sekiranya perkakasan
tersebut rosak atau tidak berfungsi untuk tujuan pembaikan.
v. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara bertulis kepada
Universiti sekiranya perkakasan ICT tersebut hilang atau dicuri dan membuat
laporan mengikut peraturan Universiti.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 3 : Dasar Perisian, Aplikasi Dan Perkakasan ICT 7 Julai 2018 19
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 4 - DASAR RANGKAIAN ICT
4.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menentukan penyediaan, penggunaan dan pengoperasian komputer server,
perkhidmatan Rangkaian UPSINet dan penyambungan infrastruktur rangkaian.
4.2 Skop Dasar
Skop dasar adalah merangkumi :
i. Komputer Server
Merangkumi semua sistem komputer server (perkakasan dan perisian) yang diperolehi
atau disediakan untuk pengguna yang dibenarkan. Ini termasuk dan tidak terhad kepada
server aplikasi, server rangkaian, server virtual dan server.
ii. Perkhidmatan Rangkaian UPSINet
Merangkumi semua sumber rangkaian, termasuk tetapi tidak terhad kepada peralatan
rangkaian seperti hubs, switches, routers dan access point, perisian aplikasi rangkaian
seperti emeldan penggunaan alamat IP.
iii. Penyambungan Telefon IP Phone
Penyambungan talian telefon yang disediakan adalah IP Phone.
4.3 Dasar Perkakasan Server
4.3.1 Hakmilik
i. Semua komputer server yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah
menjadi hakmilik UPSI.
ii. Komputer server yang digunakan secara sewaan adalah menjadi hakmilik pihak
pembekal (penyedia perkhidmatan).
4.3.2 Perolehan
i. Semua perolehan hendaklah mengikut prosidur perolehan Universiti.
ii. Spesifikasi komputer server hendaklah diperakukan oleh Pusat ICT bagi
memastikan piawaian dan keseragaman dari segi teknologi dan keperluan
semasa.
iii. Setiap perolehan komputer server dirujuk kepada Pusat ICT untuk pengesahan
spesifikasi perolehan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 4 : Dasar Rangkaian ICT 7 Julai 2018 20
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
4.3.3 Konfigurasi dan Operasi
i. PTj/staf/pelajar yang perlu menggunakan alamat IP yang tetap/statik untuk
komputer server perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pusat
ICT.
ii. Alamat IP tidak dibenarkan diubah sama sekali kecuali setelah mendapat
kelulusan Ketua Pegawai Maklumat Pusat ICT.
iii. Komputer server yang perlu diakses dari luar UPSINet (Internet) boleh
mendapatkan alamat IP global yang tetap daripada pihak Pusat ICT.
iv. Komputer server yang digunakan untuk tujuan pengujian dan penyelidikan
keselamatan rangkaian (seperti ujian penembusan dan serangan penafian
perkhidmatan) perlu berada di dalam rangkaian persendirian yang terpisah
daripada UPSINet iaitu melalui penggunaan talian Internet yang berasingan.
v. Komputer server yang digunakan oleh pelajar untuk tujuan PdP perlu mendapat
kelulusan daripada pihak penyelia projek / Dekan terlebih dahulu sebelum
dipertimbangkan oleh Pusat ICT.
vi. Sebarang penggunaan komputer server untuk tujuan peribadi, permainan (game)
dan komersil di dalam rangkaian UPSINet adalah tidak dibenarkan.
vii. Login dan kata laluan untuk id root dan super-user adalah di bawah kawalan dan
tanggungjawab pentadbir komputer server atau pemilik aplikasi sepenuhnya.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 4 : Dasar Rangkaian ICT 7 Julai 2018 21
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
4.4 Dasar Rangkaian UPSINet
4.4.1 Hakmilik
i. Semua peralatan rangkaian yang diperolehi untuk atau bagi pihak UPSI adalah
menjadi hakmilik UPSI.
4.4.2 Perolehan
i. Semua perolehan peralatan rangkaian hendaklah mengikut prosidur perolehan
Universiti.
ii. Perolehan peralatan rangkaian seperti switch dan access point (AP) wayarles oleh
PTj adalah tidak dibenarkan kecuali setelah diperakukan oleh Pusat ICT.
iii. Spesifikasi peralatan rangkaian hendaklah diperakukan oleh Pusat ICT bagi
memastikan piawaian, keselamatan dan keseragaman dari segi teknologi dan
keperluan semasa.
4.4.3 Kemudahan Rangkaian UPSINet
i. Pengguna tidak dibenarkan dalam apa bentuk sekali pun mengganggu lain-lain
pengguna UPSINet, Internet dan sebarang rangkaian yang lain termasuk tetapi
tidak terhad kepada menghantar maklumat rambang(SPAM) secara emel atau
mesej dalam talian (online).
ii. Pengguna tidak boleh memberi sumber rangkaian di bawah jagaannya termasuk
tetapi tidak terhad kepada nod rangkaian dan katalaluan wayarles untuk diguna
oleh orang lain walaupun kepada pelajar atau kakitangan UPSI tanpa mendapat
kelulusan pentadbir rangkaian.
iii. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang
dilakukannya termasuk tetapi tidak terhad kepada stesen kerja, komputer peribadi,
tablet atau smartphone yang melibatkan atau melalui UPSINet termasuk akses ke
Internet dan rangkaian-rangkaian yang lain.
iv. Mana-mana komputer yang menjadi sumber ancaman atau penyebaran virus akan
disekat capaiannya ke UPSINet. sehingga komputer tersebut disahkan bebas dari
ancaman virus.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 4 : Dasar Rangkaian ICT 7 Julai 2018 22
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
4.4.4 Penyambungan Rangkaian
i. Kelulusan daripada Pusat ICT perlu diperolehi untuk pembelian peralatan
rangkaian dan penyambungan ke UPSINet. Konfigurasi penyambungan
hendaklah dibuat oleh pembekal bertauliah di bawah pengawasan dan kawalan
pentadbir rangkaian Pusat ICT.
ii. Sebarang penyambungan rangkaian ke UPSINet yang tidak mendapat kebenaran
dari Pusat ICT adalah menyalahi peraturan dan Pusat ICT berhak memutuskan
penyambungan tersebut. Tindakan susulan boleh diambil ke atas pengguna atas
nasihat Universiti.
iii. Penyambungan Rangkaian Setempat (LAN) dan Rangkaian Luas (WAN) tidak
boleh dilakukan oleh pengguna tanpa mendapat kelulusan daripada Universiti.
iv. Setiap bangunan baru yang akan dibina perlu memasukkan keperluan infrastruktur
rangkaian yang ditentukan bersama oleh pengguna, Pusat ICT dan Jabatan
Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB). Kos pemasangan
infrastruktur rangkaian perlu dimasukkan dalam kos peruntukan pembinaan
bangunan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 4 : Dasar Rangkaian ICT 7 Julai 2018 23
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 5 - DASAR MAKMAL KOMPUTER
5.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menerangkan penguatkuasaan penggunaan makmal-makmal komputer di UPSI yang
digariskan sebagai panduan umum untuk setiap pentadbir makmal komputer di PTj. Setiap
makmal boleh mempunyai peraturan khusus untuk pengguna masing-masing.
5.2 Skop Dasar
Setiap pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan makmal yang ditetapkan oleh
pentadbir makmal masing-masing. Sebarang pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan adalah
tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT.
5.3 Dasar Penggunaan Makmal
i. Penggunaan makmal komputer adalah tertakluk kepada aktiviti Universiti sahaja.
ii. Setiap PTj hendaklah menyedia, memaklum dan menguatkuasa peraturan penggunaan
makmal komputer masing-masing kepada pengguna.
iii. Peraturan makmal yang digubal hendaklah melarang pengguna melakukan perkara-
perkara berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada :
a. makan dan minum;
b. menghisap rokok;
c. membuat bising termasuk tetapi tidak terhad kepada berbual, berbincang, memasang
dan mendengar muzik;
d. mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun, termasuk menimbulkan rasa
aib, marah dan tidak selesa;
e. berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan;
f. menukar kedudukan komputer dan peranti;
g. menukar konfigurasi komputer;
h. menambah atau membuang sebarang perisian;
i. menyimpan atau memindah turun maklumat atau data ke dalam cakera keras
komputer;
j. membawa keluar sebarang peralatan dari makmal; dan
k. mencuri peranti dan perkakasan komputer.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 5 : Dasar Makmal Komputer 7 Julai 2018 24
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
iv. Pengguna hendaklah mendapat kebenaran pentadbir makmal untuk memasang perisian
ke dalam komputer.
v. Pengguna hendaklah mematuhi sebarang arahan tambahan dari pentadbir makmal yang
bertugas.
vi. Pengguna hendaklah berpakaian mengikut Etika Pakaian Universiti yang dikuatkuasakan.
5.4 Dasar Tempahan Makmal
Semua penggunaan komputer di dalam makmal (sama ada yang disambung ke UPSINet atau
tidak) mesti direkodkan ke dalam buku log atau sistem yang dikuatkuasakan. Rekod tersebut
hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya maklumat berikut:
Tarikh
Nama Pengguna
Nombor Matrik / Nombor Staf / No Kad Pengenalan
Masa mula penggunaan
Masa tamat penggunaan
Tandatangan pengguna (jika manual)
Buku log (sama ada berbentuk digital atau manual) perlu disimpan dengan baik sekurang-
kurangnya untuk tempoh empat (4) tahun bagi tujuan rujukan jika diperlukan. ** En. Wira perlu
dapatkan tempoh pd MAMPU
5.5 Pelanggaran Peraturan
Pengguna yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh diambil tindakan tegas, termasuk
tetapi tidak terhad kepada :
i. Dilarang masuk menggunakan peralatan di dalam makmal;
ii. Ditarik balik kemudahan akaun pengguna (jika ada);
iii. Bertanggungjawab mengganti atau membayar kos peralatan yang dicuri, hilang atau rosak
atas kecuaian semasa penggunaan; dan
iv. Dihadapkan ke Lembaga Disiplin / Tatatertib.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 5 : Dasar Makmal Komputer 7 Julai 2018 25
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 6 - DASAR PENGGUNAAN INTERNET/INTRANET
6.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menentukan penggunaan perkhidmatan Internet/Intranet oleh pengguna bersesuaian
seperti mana yang dikehendaki oleh UPSI. Dasar ini juga bertujuan melahirkan pengguna Internet
yang beretika selaras dengan fungsi UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan yang bitara.
6.2 Skop Dasar
Skop dasar adalah merangkumi :
i. penggunaan kemudahan emel UPSI dan bukan UPSI. Dasar ini terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu Dasar Am dan Dasar Khusus Emel;
ii. pembangunan laman web di UPSI, sama ada dibangunkan secara berpusat (oleh
Pengurus Laman Web UPSI menggunakan pelayan web utama) atau secara berasingan
oleh PTj; dan
iii. penggunaan Internet / Intranet termasuk tetapi tidak terhad kepada capaian sistem aplikasi
Universiti, portal Universiti, laman web, pemindahan data atau maklumat dan perbincangan
melalui list group atau chat room.
6.3 Dasar Emel
6.3.1 Dasar Am
i. Aktiviti spamming atau mail-bombing dan penyebaran emel dengan kandungan
tidak beretika (seperti lucah, ugutan, perkauman dan gangguan) kepada individu,
mailing list atau discussion group sama ada di dalam rangkaian UPSINet atau ke
Internet adalah tidak dibenarkan.
ii. UPSI berhak memasang sebarang jenis perisian atau perkakasan penapisan emel
dan virus (email filter and anti virus) yang difikirkan sesuai dan boleh
menggunakannya untuk mencegah, menapis menyekat atau menghapuskan
mana-mana emel yang disyaki mengandungi virus atau berunsur spamming
daripada memasuki ke dalam server, stesen kerja atau rangkaian UPSINet dan
keluar daripada server, stesen kerja atau UPSINet.
iii. UPSI tidak bertanggungjawab terhadap pengguna yang menjadi penghantar
(sender) atau penerima (receiver) kepada sebarang emel yang berunsur
spamming atau penyebaran emel dengan kandungan tidak beretika.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 6 : Dasar Penggunaan Internet/Intranet 7 Julai 2018 26
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
iv. UPSI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau
sebarang kesan lain kepada maklumat, aplikasi, data, kotak emel atau fail yang
disimpan oleh pengguna di dalam stesen kerja atau server akibat daripada
penggunaan perkhidmatan emel.
v. Sistem emel yang disediakan oleh Universiti berupaya menyediakan kemudahan
penukaran kata laluan secara berkala (dicadangkan dibuat setiap enam (6) bulan
oleh pengguna) bagi mengelak pencerobohan akaun. Capaian sistem emel
dihadkan kepada tujuh (7) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun pengguna akan
disekat.
6.3.2 Dasar Khusus
i. Kemudahan emel disediakan dan diberi kepada semua staf dan pelajar UPSI yang
berdaftar. Kemudahan emel juga boleh disedia kepada organisasi atau persatuan
rasmi UPSI melalui permohonan kepada Pusat ICT.
ii. Seseorang pengguna individu tidak dibenarkan untuk memohon dan /atau memiliki
lebih daripada satu akaun atau alamat emel UPSI pada satu-satu masa.
iii. Setiap alamat emel yang disediakan adalah untuk kegunaan individu atau
organisasi/persatuan berkenaan sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pihak lain
sama ada secara kebenaran atau tanpa kebenaran.
iv. Pengguna dilarang menggunakan kemudahan emel untuk sebarang aktiviti yang
tidak dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang Universiti dan negara.
v. Semua pengguna yang diberi kemudahan emel UPSI tidak dibenarkan mengguna
emel luar (seperti hotmail, yahoo dan lain-lain) untuk tujuan rasmi. Pentadbir
Rangkaian berhak menghalang penggunaan emel tersebut jika didapati
memudarat dan membebankan rangkaian UPSINet.
vi. Di dalam kes sistem tergendala (rosak), pihak pentadbir emel hanya
bertanggungjawab untuk memulihkan kembali (restore) maklumat akaun
pengguna dan bukannya kandungan/kotak emel (mailbox) pengguna.
vii. Dari semasa ke semasa atas sebab-sebab keperluan audit, keselamatan dan
penggunaan, pentadbir emel dengan kelulusan Universiti berhak memeriksa dan
melihat isi kandungan emel dan ruang storan pengguna-pengguna. Universiti
tidak menjamin kerahsiaan kandungan emel terpelihara sepanjang masa.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 6 : Dasar Penggunaan Internet/Intranet 7 Julai 2018 27
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
viii. UPSI boleh menamatkan kemudahan akaun emel yang telah diberikan kepada staf
dan pelajar atas sebab-sebab berikut :
a. staf telah tamat atau ditamatkan perkhidmatan dengan UPSI secara rasmi;
b. pelajar telah tamat pengajian atau ditamatkan pengajiannya di UPSI secara
rasmi;
c. persatuan yang telah dibubar secara rasmi oleh Universiti;
d. permintaan dari staf atau pelajar sendiri untuk menamatkan perkhidmatan
tersebut; dan
e. staf atau pelajar yang tidak bersetuju atau melanggar syarat-syarat di dalam
Dasar Am dan Dasar Khusus Emel.
6.4 Dasar Pembangunan Laman Web
i. Universiti menyediakan tapak untuk laman web rasmi PTj/Persatuan atau aktiviti rasmi
sahaja.
ii. Ketua PTj / persatuan / organisasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua
kandungan dan keselamatan laman web masing-masing. Pihak Universiti tidak akan
bertanggungjawab terhadap kandungan dan sebarang penyalahgunaan hakcipta yang
dilakukan. Universiti boleh menghadkan atau memansuhkan akses kepada tapak laman
web tersebut.
iii. Semua laman web PTj mesti mempunyai hubungan (link) dengan laman utama UPSI.
Universiti berhak menukar atau mengubahsuai kandungan laman web atas kepentingan
Universiti.
iv. Universiti berhak menentukan perisian pembangunan laman web bagi tujuan
mengoptimumkan penggunaan dan keselamatan.
v. Laman web peribadi yang berbentuk ilmiah adalah dibenarkan tetapi perlu mendapat
kelulusan Universiti. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan
dan sebarang penyalahgunaan hakcipta yang dilakukan oleh PTj atau individu.
vi. Kandungan laman web mesti dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa lain perlu mendapat kelulusan daripada Universiti.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 6 : Dasar Penggunaan Internet/Intranet 7 Julai 2018 28
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
vii. Kandungan laman web hendaklah tidak mengandungi maklumat atau terdedah kepada
kemasukan maklumat yang menyalahi undang-undang / peraturan UPSI, negeri dan
negara termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berbentuk keganasan, lucah,
hasutan dan yang boleh menimbul atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak
dan kebencian.
viii. Semua laman web PTj/ peribadi / persatuan yang dibangunkan sendiri perlu dimaklumkan
kepada Jawatankuasa Laman Web Universiti dan mematuhi panduan yang ditetapkan.
ix. Fail-fail yang bukan untuk tujuan rasmi akan dibuang secara automatik tanpa sebarang
notis sekiranya dijumpai dalam server UPSI.
6.5 Dasar Capaian Internet / Intranet
i. Universiti berhak menyedia dan memasang perisian penapisan isi kandungan Internet /
Intranet.
ii. Laman-laman web yang boleh dilayari, dilanggan dan diguna adalah berbentuk akademik
dan pengetahuan. Laman web yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh
menimbul atau membawa kepada keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian adalah
tidak dibenarkan sama sekali, kecuali mendapat keizinan daripada Ketua Pegawai
Maklumat (CIO) Pusat ICT melalui sokongan ketua jabatan bagi tujuan akademik,
penyelidikan atau pentadbiran.
iii. Capaian laman web yang berbentuk sosial, hiburan, leisure,game online, radio online dan
video streaming yang membebankan rangkaian UPSINet tidak dibenarkan di waktu pejabat
kecuali untuk tujuan akademik, penyelidikan atau pentadbiran.
iv. Melayari internet tanpa tujuan atau meninggalkan capaian Internet unattended adalah
amat tidak beretika dan tidak digalakkan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan
rangkaian UPSINet.
v. Universiti berhak menapis, menghalang dan menegah penggunaan mana-mana laman
web yang dianggap tidak sesuai.
vi. Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh laman web mana-mana jabatan,
organisasi atau negara.
vii. Pengguna dilarang memasuk, menyalin, menciplak, mencetak dan menyebarkan
maklumat daripada Internet yang menyalahi undang-undang negara.
viii. Universiti berhak mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan Internet termasuk tetapi
tidak terhad kepada hacking.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 6 : Dasar Penggunaan Internet/Intranet 7 Julai 2018 29
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ix. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan sumber ICT UPSI untuk mendapat atau cuba
mendapat capaian tidak sah (unauthorised) kepada mana-mana sistem komputer sama
ada di dalam atau di luar UPSI. Ini termasuk membantu, mendorong, menyembunyikan
percubaan untuk mencapai sistem-sistem komputer tersebut atau mencapai sumber ICT
UPSI dengan menggunakan identiti pengguna yang lain.
x. Pengguna tidak dibenar mencapai atau cuba mencapai sumber elektronik (data, paparan,
keystrokes, fail atau media storan) dalam sebarang bentuk yang dimiliki oleh pengguna
yang lain tanpa mendapat kebenaran/kelulusan pengguna terbabit terlebih dahulu. Ini
termasuk membaca, menyalin, menukar, merosak atau memadam data, program dan
perisian. Penggunaan penganalisis rangkaian (network analyzer) atau pengintip (sniffer)
adalah dilarang.
xi. Pengguna yang mencapai sesuatu perkhidmatan yang perlu dibayar (contohnya
pangkalan data online komersil), hendaklah bertanggungjawab ke atas segala bayaran
yang dikenakan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 6 : Dasar Penggunaan Internet/Intranet 7 Julai 2018 30
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 7 – DASAR SISTEM APLIKASI UNIVERSITI
7.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menyatakan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan penggunaan kemudahan ICT di
UPSI seperti berikut :
i. melindungi kepentingan pengguna utama ICT apabila berlaku kejadian pelanggaran atau
pencabulan Dasar Keselamatan ICT;
ii. memelihara dan melindungi maklumat peribadi yang dimiliki UPSI;
iii. menyokong usaha UPSI untuk menjaga kepentingan "stakeholder";
iv. menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pentadbir ICT yang melibatkan capaian
data, maklumat, atau kegiatan pengguna yang diklasifikasikan sebagai rahsia atau sulit.
7.2 Skop Dasar
Skop dasar ini meliputi tanggungjawab pengguna dan UPSI yang berkaitan capaian data/maklumat
rahsia atau sulit.
Nota : Bagaimanapun data/maklumat peribadi yang diambil untuk memudahkan seseorang
individu berhubung, seperti alamat yang disediakan oleh seseorang individu adalah tidak
termasuk dalam Dasar ini.
7.3 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit
7.3.1 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit oleh Pentadbir ICT
i. Pentadbir ICT berkuasa untuk mencapai, merekod, atau memantau data, maklumat atau
kegiatan pengguna dari semasa ke semasa sebagai rutin pemantauan keselamatan ICT.
Maklumat-maklumat yang direkodkan ini akan digunakan untuk tujuan penjagaan
keselamatan ICT. Contohnya, arahan dalam sistem komputer server UNIX seperti last,
syslogd, acctcom, pacct yang berfungsi merekod aktiviti pengguna untuk tujuan
pengauditan.
ii. Pentadbir ICT mempunyai kuasa tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
pihak Universiti untuk memantau kegiatan dan aktiviti pengguna yang melanggar Dasar
Keselamatan ICT. Segala maklumat yang direkodkan boleh digunakan sebagai bukti.
Sekiranya pelanggaran Dasar Keselamatan ICT tersebut serius seperti menggunakan
identiti pengguna lain untuk mencuri data atau merosakkan sumber ICT, maka bukti-bukti
yang dikumpul akan dimajukan kepada Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 31
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
iii. Pentadbir ICT boleh membuat salinan sama ada dalam bentuk bercetak atau digital
kesemua atau sebahagian kandungan akaun pengguna sebagai pemeliharaan bukti.
Pentadbir ICT dengan kebenaran Universiti boleh mencapai maklumat atau data sulit atau
rahsia pengguna seperti emel atau fail-fail yang tersimpan dalam akaunnya.
iv. Pentadbir ICT yang berpindah atau bertukar PTj perlu memaklumkan kepada Pusat ICT /
pemilik sistem bagi membolehkan pelaksanaan sekatan terhadap akses data atau
maklumat sedia ada di PTj asal untuk mengelakkan berlakunya capaian tanpa kebenaran.
v. Pentadbir ICT yang cuti belajar, cuti sabatikal, cuti tanpa gaji, dipinjamkan ke organisasi
luar akan dilucutkan kuasa sebagai pentadbir ICT bagi mengelakkan berlakunya capaian
tanpa kebenaran.
7.3.2 Capaian Data/Maklumat Rahsia atau Sulit oleh Pengguna
i. Pengguna ditegah menyimpan, menyebar atau menyalahguna data atau maklumat
sensitif, rahsia atau sulit Universiti.
ii. Sekiranya pengguna berpindah atau bertukar PTj, sekatan terhadap akses data atau
maklumat sedia ada di PTj asal akan digugurkan secara automatik bagi mengelakkan
berlakunya capaian tanpa kebenaran.
iii. Pengguna diberi jaminan bahawa selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas,
data/maklumat rahsia atau sulit yang terdapat dalam akaun pengguna tidak akan dicapai
oleh sesiapa pun. Sekiranya ada individu atau pengguna lain mencapai data atau
maklumat pengguna lain tanpa kebenaran, maka individu tersebut (pengguna biasa atau
pentadbir sistem) telah melanggar ini.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 32
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
7.4 Pemantauan Data dalam Rangkaian
i. Pentadbir rangkaian berkuasa untuk memantau dan merekodkan data yang berada dalam
rangkaian sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan keselamatan sumber ICT.
Peralatan rangkaian seperti router atau sistem komputer server yang menggunakan
perisian-perisian tertentu mampu merekodkan data dalam rangkaian. Jaminan diberikan
bahawa data yang direkodkan tidak akan didedahkan melainkan jika berlaku kejadian
pelanggaran Dasar Keselamatan ICT.
ii. Sekiranya pentadbir rangkaian mengesyaki pengguna melanggar Dasar Keselamatan ICT,
maka pentadbir rangkaian mempunyai mandat tanpa mendapat kebenaran Universiti untuk
memantau dan merekodkan data dalam talian yang melibatkan aktiviti pengguna dengan
lebih teliti. Data ini akan digunakan sebagai bahan bukti untuk proses pengauditan yang
akan dilakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
iii. Jaminan adalah diberikan kepada pengguna bahawa selain daripada perkara-perkara
yang dinyatakan di atas, adalah menjadi kesalahan jika pengguna (pentadbir ICT atau
pengguna) memantau atau merekodkan data yang berada dalam rangkaian.
iv. Pentadbir rangkaian berkuasa untuk menjalankan penilaian tahap keselamatan, mengesan
kelemahan sistem ICT, melaksanakan tindakan pengukuhan dan memantau
keberkesanan kawalan pengukuhan secara berkala/berjadual.
7.5 Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi
7.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi
i. Pemohon maklumat yang menggunakan maklumat peribadi seseorang mestilah
menyatakan tujuannya dengan jelas dan nyata seperti berikut :
a. apabila maklumat peribadi diambil daripada seseorang individu itu, maklumat
itu mestilah diberikan oleh pemilik maklumat tersebut dan bukan daripada
orang lain; dan
b. pemberi maklumat hendaklah diberitahu / dimaklum untuk mengesahkan
(tandatangan) sesuatu maklumat yang telah diberikan.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 33
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ii. Kaedah Pengambilan Data
a. Maklumat peribadi diambil berpandukan dasar, peraturan atau undang-
undang yang dibenarkan.
b. Maklumat peribadi tidak boleh diambil tanpa kebenaran atau tujuan yang jelas.
c. Maklumat peribadi yang terdapat di laman web atau portal UPSI adalah atas
tanggungjawab pentadbir laman web/portal tersebut. Universiti tidak
bertanggungjawab ke atas kejituan maklumat peribadi yang disedia oleh PTj.
iii. Larangan Terhadap Pengambilan Maklumat Sensitif
Maklumat yang dinyatakan di bawah tidak boleh diambil, digunakan atau
dihebahkan. Walau bagaimanapun jika maklumat diambil dengan mendapat
kebenaran pemberi maklumat untuk mengambil, mengguna, menghebah ataupun
untuk tujuan prosedur di dalam mahkamah, maka maklumat ini tidak termasuk di
dalam dasar ini iaitu :
bangsa
asal keluarga
agama, pandangan politik, ideologi atau pun keahlian sesuatu persatuan
maklumat kesihatan, rawatan yang diambil
Nota :
Semua maklumat yang sensitif hendaklah dinyatakan dengan jelas tujuan
penggunaan data tersebut semasa permohonan mendapat maklumat
dilakukan.
Maklumat kesihatan hanya boleh diambil oleh Pegawai Perubatan yang
bertauliah yang menguruskan pesakit-pesakit.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 34
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
iv. Maklumat Sulit / Peribadi Yang Boleh Diambil Daripada Pemilik Maklumat
Maklumat peribadi berikut ataupun yang bersamaan dengannya boleh diambil :
a. nama
b. gelaran
c. PTj
d. nombor telefon rasmi
e. alamat
f. e-mel
Nota :
Tujuan pengambilan dan penggunaan maklumat atau data hendaklah
dimaklumkan kepada pemberi maklumat jika maklumat tersebut perlu
dihebahkan untuk tujuan tertentu;
Hak untuk meminta capaian kepada maklumat peribadi pemberi maklumat dan
hak untuk mengubah apa-apa perubahan ataupun pembetulan jika terdapat
kesalahan hendaklah dinyatakan.
v. Had-Had Pengambilan Maklumat Selain Daripada Pemberi Maklumat (Bukan
Pemilik Maklumat)
Bagi kes di mana maklumat diambil daripada pihak ketiga, pemilik maklumat
hendaklah dimaklumkan tentang maklumat yang diambil dan tujuan penggunaan
maklumat tersebut. Apabila maklumat yang diberi oleh seseorang kepada
seseorang yang lain dengan izin pemilik maklumat, perkara berikut hendaklah
diikuti :
a. Tujuan pengambilan maklumat;
b. Jenis maklumat yang diambil; dan
c. Tanggungjawab untuk memastikan maklumat dijaga atau disimpan dengan
baik.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 35
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
7.5.2 Had Penggunaan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi mestilah digunakan untuk tujuan yang telah dinyatakan ketika maklumat
itu diperolehi daripada pemberi maklumat dalam skop yang dibenarkan oleh Universiti.
i. Had-had Penggunaan Maklumat Untuk Tujuan Yang Diperlukan
Penggunaan maklumat peribadi yang telah diambil mestilah mengikut syarat-
syarat berikut :
a. pemilik maklumat telah memberi kebenaran menggunakan maklumat tersebut;
b. maklumat boleh digunakan pemilik maklumat bagi pengesahan sesuatu
kontrak;
c. maklumat boleh digunakan untuk tujuan mahkamah atau perundangan; dan
d. maklumat boleh digunakan untuk melindungi pemilik maklumat dalam semua
perkara.
Nota :
Dalam menyediakan perlindungan yang efektif berkaitan maklumat peribadi
seseorang, maklumat peribadi tidak boleh digunakan selain daripada syarat-syarat
yang dijelaskan di atas.
ii. Penggunaan Maklumat Peribadi Untuk Tujuan Selain Daripada Yang Dinyatakan
Ketika Maklumat Itu Diperolehi
Apabila maklumat peribadi digunakan selain daripada tujuan asal ketika maklumat
itu diambil, kebenaran daripada pemilik maklumat mestilah diperolehi dengan
kaedah yang dinyatakan dalam Kaedah Pengambilan Data. Pemilik maklumat
mempunyai hak untuk tidak memberi keizinan penggunaan maklumat tersebut.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 36
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
7.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi
i. Universiti bertanggungjawab memastikan ketepatan maklumat peribadi semasa
dalam simpanan dan sentiasa dikemaskini untuk tujuan yang diperlukan.
Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan jika maklumat tersebut diperlukan oleh
pihak UPSI. Dalam kes pemberi maklumat telah tamat perkhidmatan, pelajar
berhenti atau telah bergraduat, beliau tidak dimestikan untuk mengemaskini
maklumat tersebut kecuali apabila diperlukan oleh UPSI.
ii. Universti bertanggungjawab menjamin keselamatan maklumat yang disimpan.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil sama ada secara teknikal ataupun
organisasi untuk mengelakkan maklumat dicapai secara tidak sah, dirosak,
diubah, hilang dan sebagainya.
iii. Data dienkrip sekiranya disimpan dalam media elektronik untuk penghantaran
secara rangkaian.
iv. Universiti bertanggungjawab menjamin kerahsiaan maklumat peribadi. Individu
yang bertanggungjawab menyimpan, mengumpul atau memproses data mestilah
memastikan maklumat peribadi tidak disebarkan kepada pihak lain, selain
daripada mereka yang mempunyai hak untuk mengetahui maklumat tersebut.
v. Permintaan untuk mencapai maklumat peribadi oleh pemilik maklumat untuk
tujuan pengesahan (verification) mestilah diberi untuk satu tempoh yang
berpatutan. Jika terdapat kesilapan maklumat ketika diperiksa oleh pemilik
maklumat, penerima maklumat tersebut hendaklah diberitahu.
vi. Bantahan terhadap penggunaan maklumat peribadi oleh pemilik maklumat
hendaklah diterima. Walau bagaimanapun jika maklumat peribadi itu digunakan
untuk tujuan pengesahan ataupun atas keperluan undang-undang UPSI, negeri
atau negara, maka hak bantahan tersebut tidak dibenarkan.
vii. Pengurus maklumat mestilah memahami dan mengikuti Dasar ini, dan
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pemberi maklumat tentang Dasar
ini.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 7 : Dasar Sistem Aplikasi Universiti 7 Julai 2018 37
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 8 - DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT
8.1 Tujuan Dasar
Dasar ini menyatakan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan penggunaan kemudahan ICT di
UPSI seperti berikut :
v. melindungi kepentingan pengguna utama ICT apabila berlaku kejadian pelanggaran atau
pencabulan Dasar Keselamatan ICT;
vi. memelihara dan melindungi maklumat peribadi yang dimiliki UPSI;
vii. menyokong usaha UPSI untuk menjaga kepentingan "stakeholder";
viii. menerangkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pentadbir operasi yang melibatkan
capaian data, maklumat, atau kegiatan pengguna yang diklasifikasikan sebagai rahsia atau
sulit.
8.2 Skop Dasar
Skop dasar ini meliputi tanggungjawab pengguna dan UPSI yang berkaitan capaian maklumat sulit.
Nota : Bagaimanapun maklumat peribadi yang diambil untuk memudahkan seseorang individu
berhubung, seperti alamat yang disediakan oleh seseorang individu adalah tidak termasuk
dalam Dasar ini.
8.3 Dasar Capaian Maklumat Sulit
vi. Pengguna ditegah menyimpan data atau maklumat sensitif, rahsia atau sulit Universiti
tanpa kebenaran.
vii. Pentadbir sistem berkuasa untuk mencapai, merekod, atau memantau data, maklumat
atau kegiatan pengguna dari semasa ke semasa sebagai rutin pemantauan keselamatan
ICT. Maklumat-maklumat yang direkodkan ini akan digunakan untuk tujuan penjagaan
keselamatan ICT. Contohnya, arahan dalam sistem komputer server UNIX seperti last,
syslogd, acctcom, pacct yang berfungsi merekod aktiviti pengguna untuk tujuan
pengauditan.
viii. Pentadbir sistem mempunyai kuasa tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
pihak Universiti untuk memantau kegiatan dan aktiviti pengguna yang melanggar Dasar
Keselamatan ICT. Segala maklumat yang direkodkan boleh digunakan sebagai bukti.
Sekiranya pelanggaran Dasar KeselamatanICT tersebut serius seperti menggunakan
identiti pengguna lain untuk mencuri data atau merosakkan sumber ICT, maka bukti-bukti
yang dikumpul akan dimajukan kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT UPSI.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 38
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ix. Pentadbir operasi boleh membuat salinan sama ada dalam bentuk bercetak atau digital
kesemua atau sebahagian kandungan akaun pengguna sebagai pemeliharaan bukti.
Pentadbir sistem dengan kebenaran Universiti boleh mencapai maklumat atau data sulit
atau rahsia pengguna seperti emel atau fail-fail yang tersimpan dalam akaunnya.
x. Pengguna diberi jaminan bahawa selain daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas,
data, maklumat rahsia atau sulit yang terdapat dalam akaun pengguna tidak akan dicapai
oleh sesiapa pun. Sekiranya ada individu atau pengguna lain mencapai data atau
maklumat pengguna lain tanpa kebenaran, maka individu tersebut (pengguna biasa atau
pentadbir sistem) telah melanggar Dasar Capaian Teknologi Maklumat.
8.4 Dasar Pemantauan Data dalam Rangkaian
vi. Pentadbir sistem berkuasa untuk memantau dan merekodkan datayang berada dalam
rangkaian sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan keselamatan sumber ICT.
Peralatan rangkaian seperti router atau sistem komputer server yang menggunakan
perisian-perisian tertentu mampu merekodkan data dalam rangkaian. Jaminan diberikan
bahawa data yang direkodkan tidak akan didedahkan melainkan jika berlaku kejadian
pelanggaran Dasar Keselamatan ICT.
vii. Sama seperti kes capaian maklumat di atas sekiranya pentadbir sistem mengesyaki
pengguna melanggar Dasar Keselamatan ICT, maka pentadbir sistem mempunyai mandat
tanpa mendapat kebenaran Universiti untuk memantau dan merekodkan data- dalam talian
yang melibatkan aktiviti pengguna dengan lebih teliti. Data ini akan digunakan sebagai
bahan bukti untuk proses pengauditan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa
Keselamatan ICT.
viii. Jaminan adalah diberikan kepada pengguna bahawa selain daripada perkara-perkara
yang dinyatakan di atas, adalah menjadi kesalahan jika pengguna (pentadbir sistem atau
pengguna biasa) memantau atau merekodkan data yang berada dalam rangkaian.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 39
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.5 Dasar Pengurusan Maklumat Sulit/Peribadi
8.5.1 Pengambilan Maklumat Sulit / Peribadi
Pengurus yang menggunakan maklumat peribadi seseorang mestilah menyatakan
tujuannya dengan jelas dan nyata seperti berikut :
a. apabila maklumat peribadi diambil daripada seseorang individu itu, maklumat itu
mestilah diberikan oleh tuan punya maklumat tersebut dan bukan daripada orang lain;
dan
b. pemberi maklumat hendaklah diberitahu / dimaklum untuk mengesahkan
(tandatangan) sesuatu maklumat yang telah diberikan.
i. Kaedah Pengambilan Data
c. Maklumat peribadi diambil berpandukan dasar, peraturan atau undang-
undang yang dibenarkan.
d. Maklumat peribadi tidak boleh diambil tanpa kebenaran atau tujuan yang jelas.
e. Maklumat peribadi yang terdapat di laman web atau portal UPSI adalah atas
tanggungjawab penyedia laman web/portal tersebut. Universiti tidak
bertanggungjawab ke atas kejituan maklumat peribadi yang disedia oleh PTj.
ii. Larangan Terhadap Pengambilan Maklumat Sensitif
Maklumat yang dinyatakan di bawah tidak boleh diambil, digunakan atau
dihebahkan. Walau bagaimanapun jika maklumat diambil dengan mendapat
kebenaran pemberi maklumat untuk mengambil, mengguna, menghebah ataupun
untuk tujuan prosidur di dalam mahkamah, maka maklumat ini tidak termasuk di
dalam Dasar ini iaitu :
bangsa
asal keluarga
agama, pandangan politik, ideologi atau pun keahlian sesuatu persatuan
maklumat kesihatan, rawatan yang diambil
Nota :
Semua maklumat yang sensitif hendaklah dinyatakan dengan jelas tujuan
penggunaan data tersebut semasa permohonan mendapat maklumat
dilakukan.
Maklumat kesihatan hanya boleh diambil oleh Pegawai Perubatan yang
bertauliah yang menguruskan pesakit-pesakit.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 40
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
iii. Maklumat Sulit / Peribadi Yang Boleh Diambil Daripada Tuan Punya Maklumat
Maklumat peribadi berikut ataupun yang bersamaan dengannya boleh diambil :
nama
gelaran
PTj
nombor telefon rasmi
alamat
e-mel
Nota :
Tujuan pengambilan dan penggunaan maklumat atau data hendaklah
dimaklumkan kepada pemberi maklumat jika maklumat tersebut perlu
dihebahkan untuk tujuan tertentu;
Hak untuk meminta capaian kepada maklumat peribadi pemberi maklumat dan
hak untuk mengubah apa-apa perubahan ataupun pembetulan jika terdapat
kesalahan hendaklah dinyatakan.
iv. Had-Had Pengambilan Selain Daripada Pemberi Maklumat (Bukan Tuan Punya
Maklumat)
Bagi kes di mana maklumat diambil daripada pihak ketiga, tuan punya maklumat
hendaklah dimaklumkan tentang maklumat yang diambil dan tujuan penggunaan
maklumat tersebut. Apabila maklumat yang diberi oleh seseorang kepada
seseorang yang lain dengan izin pemberi maklumat, perkara berikut hendaklah
diikuti :
Tujuan pengambilan maklumat;
Jenis maklumat yang diambil; dan
Tanggungjawab untuk memastikan maklumat dijaga atau disimpan dengan
baik.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 41
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.5.2 Had-Had Penggunaan
Maklumat peribadi mestilah digunakan untuk tujuan yang telah dinyatakan ketika maklumat
itu diperolehi daripada pemberi maklumat dalam skop yang dibenarkan oleh Universiti.
i. Had-had Penggunaan Untuk Tujuan Yang Diperlukan
Penggunaan maklumat peribadi yang telah diambil mestilah mengikut syarat-
syarat berikut :
e. tuan punya maklumat telah memberi kebenaran menggunakan maklumat
tersebut;
f. maklumat boleh digunakan tuan punya maklumat bagi pengesahan sesuatu
kontrak;
g. maklumat boleh digunakan untuk tujuan mahkamah atau perundangan; dan
h. maklumat boleh digunakan untuk melindungi tuan punya maklumat dalam
semua perkara.
Nota :
Dalam menyediakan perlindungan yang efektif berkaitan maklumat peribadi
seseorang, maklumat peribadi tidak boleh digunakan selain daripada syarat-syarat
yang dijelaskan di atas.
ii. Penggunaan Maklumat Peribadi Untuk Tujuan Selain Daripada Yang Dinyatakan
Ketika Maklumat Itu Diperolehi
Apabila maklumat peribadi digunakan selain daripada tujuan asal ketika maklumat
itu diambil, kebenaran daripada tuan punya maklumat mestilah diperolehi dengan
kaedah yang dinyatakan dalam Kaedah Pengambilan Data. Tuan punya
maklumat mempunyai hak untuk tidak memberi keizinan penggunaan maklumat
tersebut.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 42
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
8.5.3 Penyelenggaraan Maklumat Sulit / Peribadi
viii. Universiti bertanggungjawab memastikan ketepatan maklumat peribadi semasa
dalam simpanan dan sentiasa dikemaskini untuk tujuan yang diperlukan.
Kemaskini maklumat hanya perlu dilakukan jika maklumat tersebut diperlukan oleh
pihak UPSI. Dalam kes pemberi maklumat telah tamat perkhidmatan, pelajar
berhenti atau telah bergraduat, beliau tidak dimestikan untuk mengemaskini
maklumat tersebut kecuali apabila diperlukan oleh UPSI.
ix. Universti bertanggungjawab menjamin keselamatan maklumat yang disimpan.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil sama ada secara teknikal ataupun
organisasi untuk mengelakkan maklumat dicapai secara tidak sah, dirosak,
diubah, hilang dan sebagainya.
x. Data dienkrip sekiranya disimpan dalam media elektronik untuk penghantaran
secara rangkaian.
xi. Universiti bertanggungjawab menjamin kerahsiaan maklumat peribadi. Individu
yang bertanggungjawab menyimpan, mengumpul atau memproses data mestilah
memastikan maklumat peribadi tidak disebarkan kepada pihak lain, selain
daripada mereka yang mempunyai hak untuk mengetahui maklumat tersebut.
xii. Permintaan untuk mencapai maklumat peribadi oleh tuan punya maklumat untuk
tujuan pengesahan (verification) mestilah diberi untuk satu tempoh yang
berpatutan. Jika terdapat kesilapan maklumat ketika diperiksa oleh tuan punya
maklumat, penerima maklumat tersebut hendaklah diberitahu.
xiii. Bantahan terhadap penggunaan maklumat peribadi oleh tuan punya maklumat
hendaklah diterima. Walau bagaimanapun jika maklumat peribadi itu digunakan
untuk tujuan pengesahan ataupun atas keperluan undang-undang UPSI, negeri
atau negara, maka hak bantahan tersebut tidak dibenarkan.
xiv. Pengurus maklumat mestilah memahami dan mengikuti Dasar ini, dan
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pemberi maklumat tentang Dasar
ini.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 8 : Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat 7 Julai 2018 43
DASAR ICT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BAB 9 - DASAR KESELAMATAN ICT
Rujuk Dasar Keselamatan ICT UPSI yang terkini.
DOKUMEN VERSI TARIKH MUKA SURAT
Bab 9 : Dasar Kesalamatan ICT 7 Julai 2018 44