diversatechfertilizer.com · Web viewDengan pengalaman dan kepakaran yang ada, membolehkan DTSB...
Transcript of diversatechfertilizer.com · Web viewDengan pengalaman dan kepakaran yang ada, membolehkan DTSB...
KILANG BAJA DIVERSATECH
1.0 PENGENALAN
Diversatech (M) Sdn. Bhd. (DTSB) didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada
9 Disember 1998 bermula dengan mengeluarkan baja foliar secara kecil-
kecilan, seterusnya pembuatan baja mikronutrien dan akhirnya pengilang baja
NPK lepas terkawal pertama di Malaysia bagi meningkatkan hasil tanaman
tropika khususnya tanaman kelapa sawit. Setelah hampir empat belas tahun
menceburi sektor pengeluaran baja ini, Diversatech mula mengambil langkah
ke hadapan dengan menetapkan piawaian baru bagi pencapaian korporat,
produk berkualiti tinggi, servis analisis tanah dan tumbuhan serta khidmat
agronomi dan pembajaan bagi mencapai piawaian syarikat antarabangsa.
Penglibatan saintis-saintis perunding terkemuka (iaitu pemenang Anugerah
Akademik Negara 2007) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) telah
membawa pendekatan yang inovatif dan berpengetahuan luas serta aplikasi
teknologi dari luar negara mampu mencapai kehendak dan kepuasan
perladangan di masa hadapan dalam pengeluaran baja yang berteknologi
tinggi untuk industri tanaman sawit dan getah. Sokongan Unit R&D yang
diketuai oleh Dr. Syed Omar Syed Rastan (mantan, Timbalan Dekan, Fakulti
Pertanian, UPM) dan pakar runding berpengalaman UPM, Prof. Madya Dr.
Ahmad Husni Mohd Hanif, di mana kumulatif pengalaman mereka berdua
melebihi 50 tahun telah memberi impak yang amat besar kepada kredibiliti
syarikat DTSB terhadap penerimaan baja AJIB® NPK oleh pengusaha
ladang-ladang besar negara.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, membolehkan DTSB terus
maju kehadapan dengan membina sebuah kilang Baja Sebatian dan Baja
Lepas Terkawal (Controlled-release Fertilizer) di Pelabuhan Klang Utara,
Selangor. Kilang milik penuh syarikat Bumiputera ini merupakan kilang
pertama baja lepas terkawal dibangunkan di Malaysia dan telah mula
beroperasi sejak 9 September 2009. Kilang ini mampu mengeluarkan Baja
Lepas Terkawal sebanyak 60,000 mt setahun (iaitu bersamaan dengan
85,000 mt/tahun baja konvensional). Kilang ini juga boleh mengeluarkan baja
kompaun NPK berbentuk butiran bagi pasaran biasa.
1
KILANG BAJA DIVERSATECH
2.0 OBJEKTIF
2.1 UmumMewujudkan kerjasama di antara RISDA dan Diversatech (M) Sdn Bhd.
(DTSB) di mana pihak RISDA diberi hak membeli syer yang akan ditentukan
bersama dalam kilang pengeluaran baja lepas terkawal (Controlled-Release
Fertilizer) berkapasiti 60,000 metrik tan setahun. Selain itu pihak RISDA
diberi hak memiliki sehingga 50% daripada pengeluaran baja dengan jenama
sendiri untuk ladang-ladang milik RISDA, manakala baki 50% lagi akan
dipasarkan oleh DTSB untuk dipasarkan ke ladang-ladang klien sedia ada.
2.2 Khusus
2.2.1 Pihak RISDA berpeluang menggunakan lesen (patent) pengeluaran baja lepas terkawal ini untuk meningkatkan saiz pengeluaran kilang sehingga 125,000 mt mengikut keperluan pasaran dari masa ke semasa.
2.2.2 Ladang-ladang milik RISDA boleh mendapat bekalan baja yang berkualiti tinggi dengan kos yang efektif.
2.2.3 Kilang ini berupaya mengeluarkan baja lepas terkawal ataupun baja kompaun biasa mengikut keperluan permintaan ladang.
2.2.4 Ladang-ladang milik RISDA juga dapat mengurangkan kos pembajaan jika menggunakan baja lepas terkawal sehingga 40% atau lebih.
2.2.5 Kilang ini juga mempunyai pensijilan ISO-9001 (Quality Management Sys), ISO-14001 (Env. Management Sys), dan ISO 18001 (Safety Management Sys).
2.2.6 Kilang baja ini juga akan dapat menjana satu lagi sumber pendapatan yang mampan kepada pihak RISDA
2.2.7 Menjana peluang pekerjaan kepada penduduk rakyat Malaysia.
2
KILANG BAJA DIVERSATECH
3.0 LATARBELAKANG KILANG
Kertas Cadangan ini dikemukakan kepada pihak RISDA bagi
menjalinkan rakan niaga pintar dengan syarikat Diversatech (M)
Sdn. Bhd. (DTSB) bagi menjana keuntungan bersama melalui
usahasama dalam kilang baja lepas terkawal milik DTSB.
Diversatech (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan
pada 9 Disember, 1998 yang mempunyai sebuah kilang Baja
Lepas Terkawal (Controlled-release Fertilizer, CRF) dan baja
sebatian granular di Pelabuhan Klang Utara, Selangor. Kilang ini
merupakan kilang baja lepas terkawal yang pertama dibangunkan
di Malaysia menggunakan teknologi Agglomerasi dan Salut Polimer
dari Jerman dan kilang ini dapat mengeluarkan baja samada
berbentuk “briquette” (nuget) atau “granular” mengikut keperluan
ladang. Selain itu, baja lepas terkawal ini dapat mengurangkan
kuantiti penggunaan baja di ladang sebanyak 40% berbanding
penggunaan baja biasa (straight) bagi tanaman sawit dan getah.
Selain itu, baja ini juga berpotensi mengurangkan jangkitan
penyakit Ganoderma dan penyakit akar bagi kedua-dua tanaman
ini.
Baja AJIB® NPK berteknologi salut polimer ini telah didaftarkan
paten dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2010
sebagai Baja Lepas Terkawal (CRF) bagi mengurangkan
kehilangan nutrien akibat hujan lebat melalui proses larutlesap (PI
2010003922) dan sebagai Komposisi baja untuk mengawal
penyakit Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921), sila rujuk
Lampiran 1
3
KILANG BAJA DIVERSATECH
3.1 APAKAH BAJA LEPAS TERKAWAL?
Baja Lepas Terkawal (Controlled-Release Fertilizer atau CRF)
adalah sejenis baja di mana perlepasan nutrien kepada tanah
adalah terkawal mengikut masa yang ditetapkan iaitu 3 bulan, 6
bulan atau 12 bulan. Pembebasan nutrien ini hendaklah selari
dengan keperluan nutrient mengikut fisiologi sesuatu jenis
tanaman. Keadaan ini akan dapat mengelakkan pembaziran
nutrient melalui kehilangan oleh larutlesap ataupun larian
permukaan akibat hujan lebat. Teknologi baja ini juga akan
meningkatkan serapan nutrient kedalam tanaman dengan lebih
efektif dan efisien.
Baja Lepas Terkawal (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) ini
juga lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro yang
diperlukan untuk tanaman sawit dan getah dan diformulasikan
secara khusus untuk tanah tropika. Baja jenis terkawal yang
mengandungi nutrient-nutrien lengkap ini adalah yang pertama
dibangunkan di Malaysia melalui penyelidikan oleh saintis-saintis
dari UPM dengan menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu
melalui kaedah Agglomerasi yang disaluti dengan Polimer bagi
meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien, mengurangkan proses
larutlesap nutrient sehingga 40%, serta meningkatkan hasil
tanaman sawit. Gabungan agglomerasi polimer ini telah dapat
mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan sehingga 40%.
4
KILANG BAJA DIVERSATECH
3.2 KEBERKESANAN
Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari
bekalan baja-baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara
berasingan iaitu diberi pada masa yang berlainan akan
mengakibatkan berlakunya kejadian “law of minimum” iaitu hasil
sesuatu tanaman akan dihadkan oleh nutrien yang tidak mencukupi
pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh berlaku kerana setiap
pusingan baja tunggal yang diberi mempunyai interval antara 1-2
bulan. Jarak yang lama ini boleh mengakibatkan nutrien yang
diberi lebih awal itu akan kehilangan terlebih dahulu melalui proses
larutlesap dan larian permukaan. Pemberian nutrien-nutrien secara
serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja lepas terkawal
seperti AJIB® akan mengurangkan insiden berlakunya “law of
minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini
adalah kerana nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak
secara berasingan tetapi secara bersama, oleh itu respon
maksimum dari pemberian sesuatu baja itu dari segi hasil dan
ketahanan pokok terhadap penyakit hanya akan berlaku apabila
nutrien-nutrien ini semuanya berada dalam keadaan seimbang
mengikut keperluan fisiologi sesuatu jenis tanaman.
Inovasi formulasi baja AJIB® ini telah berjaya meningkatkan hasil
berat tandan segar (BTS) sehingga 30 % melalui kajian saintifik
selama lebih 8 tahun yang dijalankan dengan UPM terhadap
ladang-ladang terpilih (Gambar 1 dan Rajah 1). Sumber kenaikan
hasil BTS adalah dikaitkan rapat dengan pertambahan bilangan
tandan setiap pokok dan juga berat setiap tandan.
5
KILANG BAJA DIVERSATECH
Gambar 2. Kajian di Ladang palong milik RISDA 2002-2008..
Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja AJIB® NPK dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).
30 %
Baja AJIB® NPK
Baja Tunggal NPK (T13)
6
KILANG BAJA DIVERSATECH
Gambar 3. Pokok yang di menggunakan formulasi Baja Kamila mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil (En. Ahmad Bin Sidek, Peladang Jaya).
Gambar 4. Proses agglomerasi boleh menghasilkan baja berbentuk granule
ataupun briquette dalam berbagai-bagai gred dan saiz baja dengan mudah dan
kos penghasilan yang efektif.
7
KILANG BAJA DIVERSATECH
Baja AJIB® NPK lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette”
dengan mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah
100% larut dalam air tetapi kandungan nutrien dilepaskan secara
terkawal iaitu dalam tempoh kurang 2 bulan. Kadar perlepasan
nutrien ini adalah selari dengan keperluan fisiologi pokok sawit bagi
memberi masa yang cukup untuk pengambilan nutrien oleh
tanaman melalui proses transpirasi. Kajian saintifik menunjukkan
jika jumlah hujan yang turun dalam 1-2 hari sekitar 35 - 85 mm,
hampir semua baja tunggal (straight fertilizer) atau baja sebatian
akan habis larut ataupun dibawa arus melalui larian permukaan. Ini
menyebabkan kerugian yang tinggi kerana hanya kurang dari 50%
sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.
Melalui Teknologi Agglomerasi Polimer dari German, baja AJIB®
NPK ini berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan
nutrient dari larian permukaan kerana disaluti oleh jaringan polimer
yang bersifat ”hydrophobic” iaitu nyah air yang melarutkan
kandungan nutrien baja ini secara terkawal (Rajah 2).
8
KILANG BAJA DIVERSATECH
Baja AJIB® NPK juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien
mikro (B, Cu, Mn, dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan
spesifikasi tanah tropika. Nutrien-nutrien mikro ini berupaya
mengaktifkan lebih 80 ”Enzymes” untuk menggalakkan proses
photsynthesis yang efisien serta pembentukan tandan (bunga
betina) dan debunga (pollen) yang subur dan aktif.
Di antara keunggulan baja AJIB® NPK pada tanaman sawit ialah:
i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman
ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis
iii. Meningkatkan kesuburan pollen (debunga).
iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit
v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)
vi. Mengandungi mikronutrien (Cu, Zn, B, Mn, Mo) untuk
meningkatkan imuniti pokok dari serangan oleh penyakit seperti
ganoderma.
vii. Menambahkan pendapatan ladang.
Gambar 5. Kumpulan saintis pakar runding dari UPM dan France yang terlibat dalam pembinaan kilang baja lepas terkawal DTSB di Northport, Klang pada 7 Feb 2009.
9
KILANG BAJA DIVERSATECH
3.3 BAJA AJIB® NPK BERPOTENSI MENGURANGKAN SERANGAN PENYAKIT GANODERMA PADA TANAMAN SAWIT
Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih
yang terkandung dalam baja AJIB® NPK bukan sahaja
meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tetapi juga boleh
meningkatkan proses lignifikasi dalam batang dan akar pokok
sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah satu cara tindakbalas
semulajadi biokimia dalam pokok bagi meningkatkan ketahanan
mekanikal oleh tisu tanaman dari serangan kulat dan penyakit.
Gambar 6. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.
Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam
tanaman ialah lignin yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin
menambahkan kekuatan pada dinding sel secara mekanikal dan ini
10
KILANG BAJA DIVERSATECH
mengurangkan serangan patogen terhadap tisu tanaman.
Beberapa nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam Baja AJIB®
NPK berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam
kebanyakan tanaman bagi mengurangkan potensi serangan
ganoderma.
Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok
sawit yang mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai
langkah untuk mengurangkan infestasi penyakit Ganoderma.
Beberapa nutrien mikro seperti yang terdapat dalam baja AJIB®
NPK berupaya meningkatkan biosintesis lignin dalam tanaman dan
unsur-unsur ini adalah seperti Cu, Mn dan B (Marschner, 1995;
Fairhurst dan Hardter, 2003; Datnoff et al., 2007). Kandungan
lignin ini akan membentuk seperti perisai disekeliling saluran xylem
bagi mengurangkan serangan hypa kulat ganoderma.
Ekoran itu, baja AJIB® NPK berteknologi salut polimer ini telah
didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun
2010 sebagai sebagai Komposisi baja untuk mencegah penyakit
Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921).
11
KILANG BAJA DIVERSATECH
3.4 KAEDAH APLIKASI DAN CIRI-CIRI BAJA AJIB® NPK
Cara-cara Membaja AJIB® NPK 10:6:20:2 + 5% Micronutrients
Baja AJIB® NPK CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah sejenis baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja ini sekiranya ditabur di atas tanah ianya akan larut dengan air secara perlahan iaitu nutrient akan dilepaskan dalam tempoh kurang dari 60 hari atau dengan anggaran hujan 400 mm yang mana terdahulu. Contoh spesifikasi baja AJIB® NPK CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) untuk tanah mineral bagi tanaman sawit ada disertakan pada mukasurat 14.
Jadual 1. Kadar penggunaan baja AJIB® NPK bagi sasaran hasil BTS 25 t/ha
Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok/Tahun
1 Tahun 0.6 kg x 2 kali setahun 1.20 kg
2 Tahun 1.5 kg x 2 kali setahun 3.0 kg
3 Tahun 1.8 kg x 2 kali setahun 3.6 kg
4-5 Tahun 2.5 kg x 2 kali setahun 5.0 kg
> 6 Tahun 3.0 kg x 2 kali setahun 6.0 kg
A) Pokok 1-5 TahunBagi kawasan tanah yang rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan menabur baja AJIB® NPK mengikut Jadual 1 disekeliling bawah kanopi iaitu 5 kaki dari pangkal pokok.
Jika kawasan berbukit dan curam atau kawasan mudah banjir membaja hendaklah dilakukan dengan kaedah menanam iaitu dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
12
KILANG BAJA DIVERSATECH
B) Pokok > 6 Tahun atau apabila Pelepah mula bertemu.
Membaja boleh dilakukan dengan menabur di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan rata dan landai iaitu 5-6 kaki dari pangkal pokok sawit . Jika sangat curam dan kawasan mudah banjir, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
Gambar 7. Unit penyelidikan R&D di makmal DTSB di ketuai oleh Prof. Madya Dr. Syed Omar Bin Syed Rastan.
13
KILANG BAJA DIVERSATECH
AJIB® NPK CRF FERTILIZER (For Mineral Soils)10 : 6 : 20 : 2 + 5% Micronutrients + 8% Sulphur
Nitrogen (N) 10 %Phosphorus (P2O5) (Water Soluble) 6 %Potassium (K2O) 20 %Magnesium (MgO) 2 % Sulphur (S) 8 %Boron (B2O3) 0.5%Copper (CuO) 0.1%Zinc (ZnO) 0.1%Manganese (MnO) 0.1%Others Micronutrients (Mo, Fe, Cl) 4.2%
Size : Approximately 8.5 g per nuggetColor : Light blueMoisture : < 2%Free flow (Product Shelve Life): 5 yearspH : 6.0All nutrients shown above are water soluble
TECHNICAL DATA SHEET
GUARANTEED CHEMICAL ANALYSIS
PHYSICAL PROPERTIES
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-8926835127-2-B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
14
KILANG BAJA DIVERSATECH
4.0 KERJASAMA DI ANTARA PIHAK RISDA DAN DIVERSATECH
4.1 Bentuk Kerjasama
Pihak RISDA yang mempunyai keupayaan kewangan yang kuat serta
ladang sawit yang luas untuk kegunaan baja bermutu tinggi
berkerjasama dengan Diversatech berkongsi kepakaran dalam
teknologi baja dan pengalaman membina kilang baja lepas terkawal
(Controlled-Released Fertilizer). Pihak RISDA iaitu melalui anak-anak
syarikat milik RISDA diberi hak membeli syer dalam kilang pengeluaran
baja lepas terkawal (Controlled-Release Fertilizer) berkapasiti 60,000
metrik tan setahun (iaitu bersamaan dengan 85,000 mt/tahun baja
konvensional). Selain itu pihak RISDA diberi hak membeli 50%
daripada pengeluaran baja untuk ladang sendiri, manakala baki 50%
lagi akan dijual kepada Diversatech Fertilizer untuk dipasarkan ke
ladang-ladang klien sedia ada Di Malaysia dan di luar negara.
4.2 Hak Eksklusif Pemasaran Baja oleh Diversatech Fertilizer
Pihak kilang usahasama bersetuju memberi hak eksklusif kepada
Diversatech Fertilizer Sdn Bhd (DFSB) untuk menjual keseluruhan baki
pengeluaran tahunan Kilang kepada pasaran luar setelah ditolak
penggunaan sendiri di ladang-ladang milik RISDA. Pihak kilang akan
menjual baki lebihan pengeluaran baja berkenaan kepada DFSB
dengan margin yang akan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Sebarang perubahan terhadap bahan mentah yang mengakibatkan
margin berkenaan tidak lagi releven perlu mendapat persetujuan
bersama mengikut harga pasaran.
DFSB dikehendaki membeli dan menjual baja lepas terkawal
(Controlled-Released Fertilizer) yang dikeluarkan oleh kilang baja milik
syarikat usahasama ini ke pasaran luar dari Ladang milik RISDA.
15
KILANG BAJA DIVERSATECH
4.3 Milikan Ekuiti
Pihak RISDA dibenarkan memiliki syer sehingga 70% ekuiti kilang, dan
jika ini berlaku bermakna pihak RISDA berkuasa penuh untuk
mentadbir dan mengurus kilang pengeluaran baja ini.
Contoh Baja Lepas Terkawal berbentuk ‘nugget’ bersaiz 8g dan 15g dari kilang
Diversatech Fertilizer.
16
KILANG BAJA DIVERSATECH
5.0 STRATEGI PEMASARAN5.1 Pasaran Dalaman
Pemasaran Dalaman didefinasikan sebagai penggunaan baja lepas
terkawal ataupun baja sebatian ini untuk kegunaan ladang-ladang milik
pihak RISDA. Pihak kami menganggarkan pihak RISDA memerlukan
lebih 30,000 mt baja bagi memenuhi keperluan baja tahunan untuk
keluasan tersebut. Pada tahun pertama sahaja pengeluaran kilang ini
boleh menampung sebahagian besar keperluan baja keseluruhan
ladang milik RISDA.
Pakar runding UPM sedang meneliti kualiti unit mesin yang sebahagianya diperolehi dalam negeri.
17
KILANG BAJA DIVERSATECH
5.2 Pasaran Luaran
Sebanyak 30,000 mt daripada jumlah pengeluaran itu akan digunakan
untuk ladang milik RISDA. Baki 30,000 mt baja berkenaan akan dijual
kepada DFSB untuk pasaran klien sediada di Malaysia dan diluar
negara (Indonesia dan Thailand).
Diversatech Fertilizer Sdn. Bhd. telah mempunyai beberapa pelanggan
yang telah menggunakan produk keluarannya seperti TDM, LKPP,
Felda Plantation, ASPA, Ladang Sg. Terah, YPJ Plantation, UM
Plantation, Ladang-ladang milikan pertubuhan peladang dan
sebagainya. Oleh yang demikian, DFSB berpotensi tinggi untuk
memasarkan baja keluaran kilang ini kelak ke ladang-ladang sedia
ada.
Unit kilang yang telah siap di bina pada ogos 2009.
18
KILANG BAJA DIVERSATECH
6.0 Harga Tawaran
6.1 Harga Tawaran Pembelian Syer 70% Ekuiti DTSB
Berdasarkan penilaian perniagaan Diversatech (M) Sdn. Bhd. (DTSB)
yang telah dibuat oleh Siva & Associates, Chartered Accountants pada
1 Jun 2011, berpandukan kaedah future earning, nilai 100% saham
biasa DTSB ialah RM 78.5 juta (Dokumen penilaian terhadap DTSB
disertakan, m.s. 29). Dengan rasa penuh tanggungjawab serta
hubungan lama dan baik dengan pihak RISDA, maka pihak DTSB
bersedia untuk menawarkan saham DTSB dengan nilai yang akan
dirundingkan bersama.
6.2 Apakah Kelebihan Dalam Memperolehi Ekuiti DTSB
6.2.1 Mempunyai kilang sendiri berkapasiti 60,000 mt dengan
mempunyai peluang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran
baja sehingga 125,000 mt setahun. Pemasangan mesin baja
lepas terkawal ini hanya mengambil masa 1 tahun sahaja. Oleh
itu jika terdapat permintaan dari pasaran sedia ada di Malaysia
dan Indonesia yang berjumlah lebih 26,000,000 mt setahun,
dengan mudah untuk membina kilang penambahan
pengeluaran.
6.2.2 Mempunyai Makmal penyelidikan baja (pertama di Malaysia)
dan khidmat kepakaran agronomi sendiri.
6.2.3 Dapatkan mengeluarkan baja yang dipatent untuk mencegah
penyakit Ganoderma yang amat diperlukan oleh industri sawit
dirantau asia tenggara.
19
KILANG BAJA DIVERSATECH
6.2.4 Mengeluarkan baja lepas terkawal yang hanya perlu di applikasi
diladang 2 kali setahun, ini akan membantu kepada inovasi
pengurangan tenaga buruh yang amat kritikal pada masa ini.
6.2.5 Selain itu pihak DTSB juga mempunyai teknologi sedia ada
untuk pengeluaran baja foliar, baja organik, baja mikronutien,
dan baja kompaun mengikut keperluan pasaran jika diperlukan.
Sebahagian daripada produk-produk ini telahpun memenangi
anugerah dan mempunyai data hasil penggunaannya.
6.2.6 Mempuyai staf-staf yang jujur dan berpengalaman.
6.2.7 Kemampanan DTSB adalah amat cerah kerana hampir 14 tahun
berada dipasaran serta tidak mempunyai liability yang tinggi.
6.2.8 Mendapat sokongan dari pakar-pakar saintis tersohor UPM
secara berterusan kerana DTSB mempunyai hubungan strategik
dengan pihak Universiti Putra Malaysia.
6.2.9 Mempunyai teknologi (dipaten) yang terkini dan sangat
bersesuaian dengan perkembangan indutri sawit Negara iaitu
dapat mengurangkan penggunaan baja secara fizikal sebanyak
40% (Paten: PI 2010003922), pembajaan hanya 2 kali setahun
untuk mengurangkan tenaga buruh, dan komposisi baja untuk
mencegah penyakit Ganoderma (Paten: PI 2010003921).
20
KILANG BAJA DIVERSATECH
7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penilaian perniagaan DTSB yang telah dibuat oleh Siva & Associates,
Chartered Accountants pada 1 Jun 2011, berpandukan kaedah future earning, nilai
100% saham biasa DTSB ialah RM 78.5 juta (Dokumen penilaian terhadap DTSB
disertakan, m.s. 29). Dengan rasa penuh tanggungjawab serta hubungan lama dan
baik dengan pihak RISDA, pihak DTSB bersedia untuk menawarkan saham
mengikut perbincangan yang akan diadakan selanjutnya.
Secara keseluruhannya, DTSB yakin bahawa kerjasama ini akan membawa banyak
faedah dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini perlu di
realisasikan bagi membawa manfaat yang besar bukan sahaja kepada RISDA dan
DTSB, bahkan juga kepada industri baja sawit Negara. Keupayaan kewangan
RISDA digabungkan dengan kepakaran luas dan pengalaman pemasaran DTSB
akan memperlihatkan syarikat usahasama ini bakal menjadi salah satu pengeluaran
baja yang terulung dengan berteknologi beralaf baru di rantau Asia Tenggara.
DTSB berharap agar kertas cadangan menjadi rakan niaga ini mendapat perhatian
dan pertimbangan yang sewajarnya serta kelulusan dari pihak pengurusan RISDA.
Pihak DTSB juga sedia berbincang apa-apa permasalahan bagi merialisasikan
usahasama ini untuk kepentingan bersama demi untuk mencapai ketahap yang lebih
cemerlang. Semoga usahasama ini mendapat keberkatan serta kerahmatan dari
Allah s.w.t. Ameen.
DIVERSATECH (M) SDN. BHD.Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
30 Julai, 2012
21
KILANG BAJA DIVERSATECH
RUJUKAN:
Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.
ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang Selangor.
Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable yield.
Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.
Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.
22