d JouRNeY oF mY LiFe.pdf
-
Upload
reenreen93 -
Category
Documents
-
view
246 -
download
0
Transcript of d JouRNeY oF mY LiFe.pdf
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 1/12
mostly about myself
d JouRNeY oF mY LiFe
Monday, July 12, 2010
PKU 3106: JENIS-JENISPENTAKSIRAN
3.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas
boleh dikategorikan kepada:
i. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas
ii. Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku
iii. Pentaksiran Kemahiran Lisan
iv. Pentaksiran Kemahiran Bacaan
v. Pentaksiran Kemahiran Menulis
vi. Pentaksiran Kemahiran Matematik
3.1 Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran
Asas
Berdasarkan definisi kepada pentaksiran di
bahagian 1.1, pentaksiran kemahiran
pembelajaran asas boleh didefinisikan
sebagai satu proses mengumpulan maklumat
yang bertujuan untuk membuat keputusan di
mana keputusan yang dibuat adalah
berdasarkan maklumat yang tertentu dan
bukannya dibuat dengan sewenang-
wenangnya.
Kemahiran yang terlibat dalam pentaksiran
pembelajaran asas ini adalah kemahiran
pengamatan. Pengamatan boleh diertikan
sebagai satu kemahiran yang boleh
dikembang dan dipelajari. Manakala
berdasarkan Janet W. Learner (1971) di dalam
bukunya iaitu Children with Learning Disability
menyatakan bahawa pengamatan adalah:
“ satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca
SnFr
View my complete profile
About Me
▼ 2010 (6)
▼ July (6)
PKU 3106:JENIS-JENISPENTAKSIRAN
PKU 3106:PERLAKSANAANPENTAKSIRAN
PKU 3106:CARAPENGUMPULANMAKLUMATPENTAKSIRAN
PKU 3106:CIRI-CIRIPENTAKSIRANYANGBAIK
PKU 3106:KEPENTINGANPENTAKSIRAN
PKU 3106:DEFINISIPENTAKSIRAN
Blog Archive
Join this sitew ith Google FriendConnect
Members (4)
Already a member? Sign in
Followers
0 More Next Blog» Create Blog Sign In
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 2/12
Posted by SnFr at 7:46 AM No comments:
indera dengan bantuan kuasa intelek”.
Seterusnya, menurut Ruth Strang dalam
bukunya iaitu Reading Diagnosis and
Renediation pula berpendapat bahawa
pengamatan merupakan satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan.
Beliau juga menyatakan bahawa proses ini
merupakan proses yang penting dalam
pembelajaran kanak-kanak terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh mereka.
Selain itu, terdapat juga beberapa pendidik
memahami bahawa pengamatan berkait rapat
dengan pemikiran manusia dan boleh
berkembang serta dipelajari.
Pengamatan mempunyai beberapa komponen
iaitu diskriminasi penglihatan, ingatan
penglihatan, diskriminasi pendengaran,
ingatan pendengaran serta sensori motor.
Manakala dari aspek kemahiran pengamatan
pula, terdapat 15 pembahagian kemahiran
pengamatan iaitu diskriminasi yang sama,
diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz,
ingat kembali, orientasi kedudukan, kekalan,
keabadian bentuk, turutan, melengkapkan dan
menyudahkan, rajah latar belakang dan
bertindih, koordinasi motor mata dan tangan,
pertalian jarak atau ruang, mazing atau
mencari jalan keluar, mencari gambar
tersembunyi, menyalin dan akhir sekali gambar
bersiri.
Komponen pengamatan penglihatan dariaspek diskriminasi bermaksud kebolehanmembezakan bentuk, saiz, warna, huruf,nombor dan perkataan.
Recommend this on Google
PKU 3106:PERLAKSANAANPENTAKSIRAN
2.5 Perlaksanaan Pentaksiran
Bagi melaksanakan pentaksiran yang baik
perancangan perlu ada dari awal lagi. Oleh itu
perkara yang perlu diambil kira adalah dengan
menentukan tujuan pentaksiran sama ada
formatif atau sumatif, menilai kemahiran
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 3/12
teknikal atau kemahiran generik, menguji
kefahaman atau menguji aplikasi konsep.
Perkara kedua adalah dengan memikirkan apa
yang hendak dinilai seterusnya diikiti dengan
kaedah penaksiran apa yang digunakan.
Setelah menetapkan kaedah pentaksiran,
syarat-syarat lain untuk lulus juga perlu
dinyatakan. Perkara yang seterusnya adalah
dengan menyatakan tarikh-tarikh penting
pentaksiran akan dijalankan dalam
perancangan pengajaran dan akhir sekali
menyatakan penalty bagi tugasan yang lewat
dihantar.
Berdasarkan pernyataan yang telah
dinyatakan sebelum ini, dalam melaksanakan
sesuatu pentaksiran, seseorang itu perlu
merancang pentaksirannya dengan sempurna.
Guru yang ingin melakukan pentaksiran itu
perlu mengetahui sebelum, semasa dan
selepas pentaksiran itu dijalankan. Pelan
tindakan pentaksiran seperti rajah di bawah
kebiasaanya disarankan kepada guru-guru
atau mana-mana individu yang ingin
melaksanakan pentaksiran.
Bagi petak yang pertama iaitu merancang
pentaksiran, tindakan-tindakan yang diambil
amatlah penting dengan mengkaji sukatan
pelajaran terlebih dahulu. Tindakan ini penting
bagi mendapatkan maklumat yang tepat
tentang kandungan kurikulum yang akan diuji
terutama sekali dalam aspek kandungan
sesuatu topik, kompleksiti topk dan masa
pengajaran topik berkenaan. Selain itu, guru
juga perlu menentukan Hasil Pembelajaran
bagi topik yang dipilih dengan merujuk kepada
taksonomi objektif pembelajaran berkenaan.
Seterusnya berdasarkan objektif tersebut, guru
perlu pula menetapkan jenis soalan ujian yang
sesuai bagi tahap pencapaian murid dan
menetapkan sekali bilangan soalan ujian yang
perlu mencakupi skop kandungan setiap topik.
Dalam langkah yang kedua, pelbagai bentuk
instrumen pentaksiran boleh dibuat.
Kebiasaannya, ujian objektif, ujian subjektif dan
ujian amali menjadi bentuk instrumen
pentaksiran yang kerap digunakan oleh guru.
Namun prinsip utama pembinaan item ujian
perlu menjadi panduan dalam proses ini.
Arahan mestilah ringkas dan mudah difahami
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 4/12
serta menggunakan bahasa yang tepat. Item
ujian mestilah menguji secara spesifik
kandungan topik yang diuji dan memerlukan
respons dalam pengiraan selain daripada
perlu menyatakan unit dan ketepatan ukuran
yang dikendaki.
Perlaksanaan pentaksiran melibatkan
penggunaan pelbagai kaedah dan instrumen
untuk mendapatkan maklumat bagi
menentukan tahap pencapaian murid.
Kebiasaannya, pentaksiran dilaksanakan
dalam tiga bentuk iaitu pemerhatian,
pentaksiran lisan dan pentaksiran penulisan.
Pentaksiran secara pemerhatian sesuai
digunakan semasa menaksir aspek-aspek
yang sukar dikesan secara lisan atau pun
penulisan. Misalnya seperti kemahiran literasi
komputer, kemahiran kinestetik dan kemahiran
manipulatif. Manakala pentaksiran secara lisan
diaplikasikan bagi menaksir kebolehan pelajar
mengingat dan memahami konsep, kemahiran
mendengar, dan kemahiran lisan bahasa. Dan
pentaksiran secara penulisan pula dijalan
secara meluas untuk menguji penguasaan
kemahiran bahasa, dan kemahiran intelek
pelajar.
Langkah yang keempat pula adalah merekod.
Seperti mana yang telah diterangkan dalam
bahagian pengenalan, merekod merupakan
aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan dengan kebolehan, perkembangan
atau kemajuan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Langkah ini penting dalam
menentukan langkah-langkah yang seterusnya
iaitu menganalisis maklumat.
Bagi menentukan tahap pencapaian
seseorang murid, analisis maklumat amat
penting, prosedur analisis maklumat
pentaksiran untuk tujuan formatif adalah
berbeza dengan pentaksiran untuk tujuan
sumatif. Pentaksiran tujuan formatif
merumuskan skor item ujian murid menjadi
skor kriteria. Skor kriteria ini didapati dengan
membuat perbandingan skor ujian pelajar
dengan “cut-off”. Perbandingan ini penting
dalam mengetahui sama ada murid tersebut
sudah atau belum menguasai topik berkenaan.
Pentaksiran tujuan sumatif pula merangkumi
penggunaan statistik asas seperti ukuran
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 5/12
Posted by SnFr at 4:46 AM No comments:
minimum. Perkara ini boleh menentukan
kedudukan pencapaian murid berkenaan
secara perbandingan dengan murid yang lain.
Langkah yang terakhir adalah dengan
mengambil tindakan susulan. Tindakan ini
melibatkan aktiviti pemulihan, pengayaan, dan
pengukuhan. Selain itu, tindakan ini haruslah
diberi secara serta merta sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Maka,
disarankan bahawa guru merancang dengan
berstruktur dan sistematik bagi
mengaplikasikan tindakan ini.
Maka, bagi memperjelaskan
penerangan di atas, penaksiran kemahiran
menulis telah dipilih bagi tujuan berikut. Namun,
sebelum mengetahui contoh pentaksiran
tersebut, penerangan tentang kemahiran yang
terlibat bagi kemahiran menulis dan kemahiran
yang lain akan dijelaskan dengan lebih
mendalam terlebih dahulu.
Recommend this on Google
PKU 3106: CARAPENGUMPULANMAKLUMATPENTAKSIRAN
2.4 Cara Pengumpulan Maklumat
Pentaksiran
Kanak-kanak kategori Pendidikan Khas
terutamanya kategori masalah pembelajaran
kelihatan seperti kanak-kanak normal dari segi
fizikalnya. Maka antara cara untuk mengesan
masalah pembelajaran mereka adalah melalui
beberapa kaedah iaitu sama ada melalui
pemerhatian, rekod atau laporan, sampel kerja,
ujian, temu bual, atau pun analisis.
Pemerhatian merupakan kaedah yang paling
digemari dan mudah dipraktikkan. Kaedah ini
boleh dilakukan secara langsung mahu pun
tidak langsung. Menurut Haidi (2009) terdapat
tiga teknik pemerhatian yang sesuai
dilaksanakan. Teknik pertama iaitu
pemerhatian dengan senarai semak, diikuti
dengan pemerhatian di luar bilik darjah dan
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 6/12
yang ketiga adalah pemerhatian tingkah laku.
Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksankan
dalam situasi spesifik, pelbagai seting, serta
berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi
yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu
masa yang tertentu misalnya seperti semasa
waktu rehat. Manakala bagi pemerhatian
dalam pelbagai seting pula boleh dilakukan
pada persekitaran atau tempat yang berbeza.
Begitu juga dengan pemerhatian yang berbeza
sepanjang hari yang boleh dilaksanakan pada
waktu pagi, petang dan malam.
Bagi kaedah dengan menggunakan rekod atau
laporan pula dapat dilihat melalui rekod profil
murid, rekod anekdot atau pun buku laporan
prestasi murid. Melalui rekod yang berkaitan
dengan murid tersebut secara tidak langsung
dapat membantu guru menilai secara jangka
panjang dan memberi maklumat tentang
pencapaian murid dalam semua mata
pelajaran. Selain itu, guru juga dapat
mengetahui tahap kesihatan dan minat murid.
Seterusnya adalah dengan menggunakan
sampel kerja. Sampel kerja ini kebiasaannya
boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru
untuk membuat analisis sampel kerja. Hal
demikian kerana untuk mengetahui kelebihan
dan kekurangan murid dalam mata pelajaran
yang dipelajari.
Selain itu, kaedah menemu bual juga
merupakan salah satu kaedah yang sering
digunakan untuk menaksir masalah seseorang
individu. Bagi mendapatkan maklumat,
perbincangan atau temu bual boleh dilakukan
sama ada dengan guru darjah, ibu bapa, rakan
sebaya atau individu yang mengenalinya
dengan baik.
Manakala bagi kaedah dengan menggunakan
bentuk ujian, terdapat beberapa jenis ujian
yang boleh digunakan. Antaranya adalah ujian
rujukan kriteria atau ujian rujukan norma. Ujian
rujukan kriteria bertujuan untuk mengumpul
sama ada kemahiran yang telah diajar boleh
dianggap sebagai telah dikuasai murid. Ujian
rujukan norma pula adalah ujian yang
membandingkan prestasi murid dalam sesuatu
ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang
telah mengambil ujian yang sama.
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 7/12
Posted by SnFr at 4:44 AM No comments:
Seterusnya adalah melalui analisis. Terdapat
dua analisis iaitu analisis tugasan dan analisis
ralat. Kedua-dua analisis ini adalah berbeza
kerana analisis tugasan melibatkan satu siri
kemahiran kecil yang perlu dilakukan oleh
murid dengan jayanya. Manakala analisis ralat
pula berkaitan dengan petunjuk tentang
kemahiran yang masih belum dikuasainya iaitu
apabila murid kerap melakukan kesilapan bagi
sesuatu kemahiran yang belum dikuasainya.
Recommend this on Google
PKU 3106: CIRI-CIRIPENTAKSIRAN YANG BAIK
2.3 Ciri Pentaksiran yang Baik
Berdasarkan artikel yang dikemukakan oleh
Haidi (2009), ciri pentaksiran yang baik adalah
pentaksiran yang menarik dari segi ilutrasi,
bentuk dan saiz tuilisan yang mudah difahami
dan boleh dibaca. Maka, beliau telah
menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri
pentaksiran yang baik iaitu:
i. Mempunyai arahan yang ringkas, jelas dan
mudah difahami
ii. Mempunyai gambar yang jelas dan terang
iii. Jenis tulisan yang dicadangkan adalah
‘century gothic’
iv. Saiz tulisan adalah 14
v. Mempunyai contoh sebagai rujukan murid
vi. Setiap satu set pentaksiran mempunyai satu
kemahiran sahaja
vii. Tidak digalakkan mencampur-adukkan
pelbagai kemahiran
Selain itu, ada pula sesetengah individu
yang berpendapat bahawa ciri pentaksiran
yang perlulah mempunyai skor yang tinggi
darjah kesahan serta darjah
kebolehpercayaan. Di samping itu, ciri
pentaksiran yang baik juga perlulah
merangkumi empat komponen ini iaitu
keobjektifan, kebolehtadbiran,
kemudahtafsiran serta menyeluruh.
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 8/12
Posted by SnFr at 4:43 AM No comments:
Keobjektifan yang baik adalah apabila
ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa
skrip jawapan. Kebolehtadbiran pula adalah
kelicinan dan kerja-kerja susulan yang
dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah. Bagi kemudahtafsiran
pula menyatakan bahawa maklumat tentang
calon berdasarkan skor, mendrikiminasikan
calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu
ujian dan pentaksiran. Dan komponen terakhir
iaitu menyeluruh menyatakan bahawa ia perlu
mengandungi soalan-soalan yang mewakili
semua objektif yang penting.
Recommend this on Google
PKU 3106: KEPENTINGANPENTAKSIRAN
2.2 Kepentingan atau Tujuan Pentaksiran
Perlaksanaan proses pentaksiran amatlah
penting dan sebagai seorang bakal guru,
pengetahuan tentang pentaksiran amatlah
diperlukan. Hal ini kerana melalui pentaksiran:
a. guru dapat mengetahui kekuatan
dan kelemahan pembelajaran
pelajar.
b. dapat membantu guru dalam
memberi dan menetapkan
penggredan
c. dapat memantau kemajuan murid
d. menentukan keberkesanan
pengajaran
e. mempengaruhi penerimaan pihak
awam terhadap keberkesanan
pendidikan
f. menilai guru dan pendidik
g. menjelaskan niat dan hasrat
pengajaran dan pembelajaran
Manakala berdasarkan Klein (2000),
tujuan pentaksiran boleh dibahagikan dalam
tiga kategori. Kategori-kategori tersebut
adalah pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning), pentaksiran
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 9/12
Posted by SnFr at 4:39 AM No comments:
sebagai pembelajaran (assessment as
learning) dan pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment for learning).
Pentaksiran untuk pembelajaran adalah untuk
para pendidik yang bertujuan untuk
memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Bagi
pentaksiran sebagai pembelajaran pula adalah
lebih kepada murid tersebut di mana memberi
fokus terhadap peranan mereka sebagai
penghubung di antara pentaksiran dan
pembelajaran. Dan akhirnya, pentaksiran
kepada pembelajaran pula adalah berbentuk
sumatif dan digunakan untuk memastikan apa
yang diketahui dan apa yang boleh dilakukan
oleh murid.
Manakala, berdasarkan pendapat yang
dikemukan oleh Pierangelo, R & Giuliani.G
(2006), tujuan pentaksiran adalah sebagai
pemeriksaan dan pengenalpastian (screening
and identification). Selain itu, mereka juga
menyatakan bahawa tujuan pentaksiran adalah
untuk kelayakan dan diagnosis (eligibility and
diagnosis), penempatan dan perkembangan
RPI (IEP Development and placement), serta
dalam perancangan pengajaran (Instructional
planning) dan juga penilaian (evaluation).
Recommend this on Google
PKU 3106: DEFINISIPENTAKSIRAN
2.0 PENGENALAN
2.1 Definisi Pentaksiran, Penilaian,
Pengukuran dan Pengujian
Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan
Latin yang membawa maksud “duduk
bersama” dengan pelajar dan mengesahkan
respon adalah sama dengan apa yang
dimaksudkan.
Dari segi definisinya pula, pentaksiran
merupakan proses pengumpulan,
menterjemah, merekod, dan menggunakan
maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan (David Lambert dan David
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 10/12
Lines, 2000).
Manakala menurut Gearheart (1990),
pentaksiran adalah proses pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu
maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian keputusan
ditempatkan dan cadangan penempatan.
Selain itu, berdasarkan pendapat yang
dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978),
penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk
mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk membuat keputusan.
Seterusnya, Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2000) pula telah memberikan
maksud terhadap penaksiran dalam
pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Kesimpulannya, pentaksiran boleh
diertikan sebagai proses pengumpulan
maklumat yang melibatkan aktiviti
menterjemah, merekod serta menghuraikan
maklumat yang berkaitan dengan
pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan
tertentu.
Berikutnya pula adalah berkaitan
dengan penilaian. Menurut Stufflebeam (1971),
penilaian adalah proses membuat
pertimbangan atau keputusan dalam
memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi
sesuatu benda atau perkara. Beliau juga turut
menyatakan bahawa penilaian ini boleh
dianggap sebagai “process delineating” iaitu
mencari dan memberikan maklumat yang
berguna dalam mempertimbangkan alternatif-
alternatif keputusan. Popham (1975) turut
memberikan pandangan berkaitan dengan
penilaian. Beliau menyatakan penilaian yang
sistematik perlu mempunyai satu tafsiran
tentang nilai fenomena pendidikan. Manakala
Gay (1985) pula berpendapat bahawa:
“Penilaian boleh diertikan sebagai
proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 11/12
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Posted by SnFr at 4:31 AM No comments:
objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai”.
Definisi bagi pengukuran pula adalah
suatu proses untuk mendapatkan penjelasan
secara numerik (melalui angka) tentang
sebanyak mana individu/pelajar mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan
alat tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran
ialah proses menentukan sejauh mana
seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Pengujian dapat dianggap sebagai
proses penyerahan set soalan yang piawai
yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar. Menurut
Cronbach (1970):
“Ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu
dan menjelaskannya dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori”.
Recommend this on Google
4/19/2015 d JouRNeY oF mY LiFe
http://snfr-siti-edu.blogspot.com/ 12/12
April 2015
Su M Tu W Th F Sa
Daily Calendar
Awesome Inc. template. Powered by Blogger.