cth asgmnt dahagi
-
Upload
dennis-underwood -
Category
Documents
-
view
651 -
download
5
Transcript of cth asgmnt dahagi
Soalan 4: Dahagi 1857 merupakan peristiwa penting dalam sejarah India. Setakat manakah ia dilihat sebagai satu kebangkitan masyarakat tempatan menentang British.
Salah satu peristiwa di dalam sejarah India abad kesembilan belas yang sering
diperbincangkan adalah mengenai kebangkitan yang berlaku pada tahun 1857. peristiwa-
peristiwa yang berlaku dalam tahun itu telah dikemukakan oleh sesetengah penulis
sebagai langkah kebangsaan pertama yang menggulingkan pemerintahan British dan juga
sebagai contoh pertama nasionalisme di India. Sementara itu, terdapat juga penulis-
penulis lain menganggapnya sebagai ’ api terakhir zaman lampau’ iaitu percubaan
terakhir pleh kaum feudal India bagi mengembalikan kekuasaan silam mereka.1 Dilihat
daripada mana aspek sekalipun, ’dahagi’ tahun 1857 itu merupakan satu titik pemisahan
dalam sejarah India, sama ada ianya dianggap berakhirnya satu zaman atau permulaan
zaman lain. Maka setiap langkah penentangan penjajah ataupun perbincangan
nasionalisme haruslah dimulakan dengan titik ini iaitu dahagi India kerana ia merupakan
asal usul pergerakan nasionalisme India.
Sebelum meneruskan perbincangan dengan lebih jauh dan mengetahui setakat
mana dahagi di India mempengaruhi kebangkitan penduduk tempatan selepas itu, eloklah
kita mengetahui serba sedikit tentang peistiwa dahagi itu sendiri.2 Dahagi India meletus
pada 10 mei 1857 apabila supai atau sipahi atau sepoy di Meerut menyerang, membunuh
pegawai British dan membakar kediaman mereka. Pada pagi 11 mei1857, tentera sipahi
Meerut menyeberangi Jamuna, membakar rumah Tol dan memasuki Delhi. Seterusnya
1 Neil Ryan, “ Pemberontakan Tahun 1857 ”, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms. 12 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, ” Dahagi 1857 ”, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 278
mereka bergerak ke Kota Merah ( Red Fort). Melalui pintu Raj Ghat mereka memasuki
Istana dan menghadap Maharaja Moghul, Bahadur Shah II lalu menuntut supaya
maharaja menjadi ketua mereka.dengan itu, mereka mengisytiharkan Maharaja Bahadur
Shah II sebagai Maharaja Hindustan ( Shahenshah- e- Hindustan).
Kemudiannya, tentera Sipahi menawan dan mengawal bandar Delhi. Dalam
serangan ini, Simon Fraser, ejen politik dan beberapa orang pegawai British telah
terbunuh. Mereka juga membuat kerosakan di sekitar bandar dan menduduki pejabat am
British.pengisytiharan dibuat di Delhi sambil membuat kenyataan bahawa British telah
membuat rancangan jahat dimana mereka menuduh British telah mengganggu ugat
kedudukan agama dan telah memeksa rakyat tempatan memeluk agama Kristian.
3Kebangkitan di Meerut dan penawanan Delhi adalah permulaan tersebarnya
dahagi keseluruh utara India., termasuklah India tengah dan India Barat. Walaupun
begitu, keadaan di India Selatan agak tenang, manakala Punjab dan Bengal hanya
menerima kesan yang hanya sedikit. Peristiwa dahagi terus merebak ke kawasan lain di
dalam negeri iaitu di Kanpur, Benares, Lucknow, Bareilly, Allahabad, Jhansi dan juga
Jagdishpur. Di Kanpur, Nana Saheb telah dipilih sebagai pemimpin dahagi.4 Pasukan
dibawah Nana Saheb menyerang dan mengepung benteng pertahanan British pada 2 Jun
1857. Setelah gagal bertahan dan mendapat jaminan Nana Saheb yang mereka tadak akan
diganggu ketika dalam perjalanan ke Allahabad, tentera British menyerah kepada Nana
Saheb pada 27 Jun 1857. tentera British ini bersama keluarga nereka ditembak oleh 3 Bipan Chandra, “ The First Major Challenge: The Revolt of 1857 “, India’s Struggle For Independence 1857- 1947, London, 1989, ms. 314 Sanjay Yadav, “ The War Of 1857”, The Indian Mutiny of 1857: Why Britain succed and the Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 (199 ), 2, Hanassowitz Verlag, Germany, ms. 140
pasukan Nana Saheb ketika menaiki sampan. Seramai 125 orang, termasuk kanak- kanak
dan wanita terkorban. Hanya empat orang sahaja yang selamat daripada serangan ini.
Manakala pasukan British dibawah pimpinan Kolonel Neill dan Jeneral Havelock yang
dihantar untuk membantu pasukan ini hanya tiba sehari selepas pembunuhan itu berlaku.
5Kebangkitan di Lucknow dipimpin oleh Begum Hazrat Mahal. Kebangkitan
meletus di situ pada 30 Mei 1857. mereka menyerang markas tentera British di bawah
pimpinan Sir Henry Lawrence. Henry Lawrence terbunuh dalam pertempuran ini,
manakala tempatnya diambil alih oleh Bridiger Inglis. Pasukan British bertahan sehingga
bantuan daripada Outram dan Haveloch tiba. Namun begitu, Lucknow hanya dapat
ditawan semula pada 21 Mei 1858, apabila pasukan British dibawah pimpinan Sir Collin
Campbell datang membantu. Colin Campbell mendapat bantuan daripada pasukan
Guekha dibawah pimpinan Jang Bahadur. Pasukan Colin Campbell juga dapat mengatasi
kebangkitan di Bareilly, Rohilkhand. Gerakan tentangan di Bihar pula diketuai oleh
Kunwar Singh iaitu beliau adalah seorang tuan tanah (zamindar).
Pasukan british bertindak balas ke atas dahagi dan berjaya menawan semula
Bihar, Allahabad dan juga Benares. Seterusnya pasukan British berjaya menguasai
semula Delhi pada 20 September 1857 setelah mengambil masa yang panjang untuk
bertempur. Dalam pertempuran ini, ramai nyawa terkorban. Maharaja Bahadus Shah II
telah ditangkap. Namun begitu Delhi ditawan semula oleh pasukan dahagi pada 2
November 1857. pasukan tentera British dibawah pimpinan Sir Colin Campbell
menyerang semula Delhi dan menawannya pada 6 Disember 1857. Kebangkitan yang
5 David Hutchinson, “ The Burning Fuse “, Annal of the Indian Rebellion, London 1974, ms. 18
berlaku di Qudh juga dapat diatasi oleh pasukan British. Pada Disember 1857, Sir Colin
campbell berjaya menawan Kanpur.
6Kebangkitan yang berlaku di kawasan India Tengah adalah dibawah pimpinan
Tantia Topi. Beliau adalah seorang Maratha Brahman. Tantia topi berjaya
mengumpulkan 20 000 orang pengikutnya dan melancarkan serangan keatas Gwalior.
Dalam pada itu, pasukan Nana Saheb berjaya menawan Peshawar. Walaupun demikian,
pasukan tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertundak balas keatas tentera dahagi. Pada
bulan Mac 1858 pasukan British dibawah pimpinan Sir Hugh Rose menyerang Jhansi dan
berjaya menawannya pada bulan April 1858. Pasukan ini juga berjaya mengalahkan
pasukan Tantia topi di Betwa. Rani Lakshibhai mengundur diri dan bergabung pula
dengan pasukan tantia Topi. Kedua- dua pasukan ini mara ke Gwalior. Sir Hugh Rose
mengarahkan pasukannya menyerang Gwalior. Pasukan Nritish berjaya mengalahkan
pasukan ini di Morar dan Kotah. Rani Lakshmidhai terbunuh dalam pertempuran pada 17
Jun 1858, manalaka Tantia Topi telah ditawan.Namun begitu, Nana Saheb berjaya
mengundurkan diri ke Nepal.
6 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, ” Dahagi 1857 ”, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 279
KAWASAN BERLAKUNYA DAHAGI 1857
7 Seterusnya Dahagi India telah dapat dihapuskan pada 8 Jun 1858. ini adalah
serba sedikit cerita tentang peristiwa dahagi yang berlaku di India dalam tahun 1857.
Akhirnya dahagi India berakhir dengan kegagalan. Berbagai- bagai faktor yang
mendorong kepada kegagalan penentangan terhadap British ini antaranya adalah mereka
yang terlibat dalam dahagi mempunyai matlamat yang berlainan, misalnya ada kumpulan
berjuang hanya untuk gaji, agama, dan berkaitan dengan kehilangan tanah. Selain itu,
berbanding dengan pasukan British, pasukan dahagi mempunyai banyak kekurangan
dalam pelbagai aspek termasuklah disiplin, kelengkapan senjata dan kemahiran teknik
peperangan.
Peristiwa dahagi ini adalah sebagai lambang penentangan penduduk tempatan
bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pembaharuan yang dibuat oleh
7 Sanjay Yadav, “ The War Of 1857”, The Indian Mutiny of 1857: Why Britain succed and the Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 (199 ), 2, Hanassowitz Verlag, Germany, ms.149
pihak British.8 Punca terjadinya peristiwa ini beloh dibahagi kepada empat faktor iaitu
politik, ekonomi dan sosial, agama dan ketenteraan. Terdapat banyak ketidakpuasan yang
menyebabkan berlakunya dahagi seperti pengambil alihan Oudh dan campurtangan
dalam agama serta dalam adat kebiasaan tentera Benggala.9 Sebab- sebab lain yang tidak
diragukan lagi adalah oleh proses pembaratan yang dibuat oleh British. Pentadbiran
Syarikat Hindia Timur itu sendiri telah memperluaskan pengaruh Barat ke India.
Hasilnya adalah beberapa contoh bentuk campurtangan British kedalam adat resam
penduduk tempatan seperti pemulihan adat (suttee) pembakaran janda- janda,
pembunuhan kanak- kanak perempuan dan sebagainya secara tidak langsung telah
menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati penduduk tempatan.
8 RC Majumdar, “Causes of The Revolt”, An Advanced History Of India, Mc Mullian, 196, ms. 7659 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, ” INDIA ”, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, Tahun 2000, ms. 250
Lukisan yang menunjukkan sewaktu pemberontakan Dahagi 1857 berlaku
10Selain itu, British juga memperkenalkan agama Kristian di India hal ini telah
melahirkan kebimbangan kepada penganut-penganut agama lain terutamanya penganut
agama Hindu dan juga Islam. Perubahan yang dibuat oleh British juga telah menjejaskan
sistem kasta Hindu di India. Tumpuan penjajah adalah untuk memberi kesamarataan
kepada semua orang dari pelbagai aspek termasuklah kehakiman mahupun undang-
undang dan tidak lagi mngikut kasta- kasta Hindu seperti yang diamalkan sebelum ini.
10 Neil Ryan, “ Pemberontakan Tahun 1857 ”, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms. 3
Aktiviti mubaligh Kristian yang semakin aktif beserta dengan kemudahan sistem
pembelajaran Inggeris menambahkan kebimbangan penduduk tempatan. Sebab terakhir
adalah disebabkan bertambahnya kuasa dan perluasan kawasan yang dibuat oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris dimana wilayah Punjab diambil alih pada tahun 1849 selepas dua
peperangan menentang kaum- kaum Sikh. Hal ini juga terjadi pada wilayah Kashmir
seterusnya pengambil aihan negeri- negeri kecil terutamanya semasa Dalhouse menjadi
Gabenor Jeneral.
11Melalui faktor- faktor terjadinya dahagi India 1857 ini, maka dapat diketahui
bahawa penentangan yang dilakukan bukanlah atas dasar semangat kebangsaan yang
mahu memerdekakan negeri mereka tetapi hanyalah untuk memenuhi dan mendapatkan
kembali kepentingan masing- masing dimana kepentingan menjadi semakin berkurang
ekoran pembaharuan yang diketengahkan oleh British. Ternyata penentangan dahagi
lebih bersifat kawasan yang mana setiap kawasan memperjuangkan matlamat masing-
masing.
Sebagai contoh di kawasan India tengah, Tantia Topi sebagai pemimpin tentera
di kawasan itu, Nana Saheb di Kanpur, kebangkitan di Lucknow dibawah pimpinan
Begum Hazrat Mahal, Gurkha dibawah pimpinan Jang Bahadur dan lain- lain lagi.12 Hari
ini kebanyakan ahli sejarah India akan bersetuju dengan pendapat bahawa ’pemimpin-
pemimpin’ Dahagi mungkin mengembalikan masa yang telah lalu, mengenepikan
undang- undang serta peraturan baru seterusnya kembali kepada hari- hari kegemilangan 11 S. Moinul Haq, “ Was the Revolution of 1857 A National Movement? “, The Great Revolution Of 1857- 1858, 1990, ms. 541 12 S.N. Sen Eightenn Fifty- Seven Ministry of Information and Broadcasting, Government of India, New Delhi 1957
di masa lampau yang mana golongan bawahan tidak dapat mengharapkan keadilan yang
sama dengan golongan atasan, berdarjat. Tambahan lagi, mereka yang menyokong
kenyataan ini menghujahkan bahawa ”13 kita tidak akan dapat mengharapkan satu
peperangan nasional untuk memerdekakan India sama ada dalam tahun 1857 mahupun
pada masa sebelum itu, kerana nasionalisme atau patriotisme dalam ertikata yang sebenar
ketara tidak wujud di India sehingga pada satu tarikh kemudiannya....Adalah dijelaskan
bahawa tahun 1857 tidak menimbulkan apa- apa perasaan nasionalisme ketika itu dan
tidak pula ia dianggap sebagai satu peperangan nasional untuk kemerdekaan sehingga
kebangkitan kesedaran nasional pada penghujung abad ke sembilan belas”.
Apa yang dapat diperkatakan tentang peristiwa- peristiwa pada tahun 1857 ialah
ianya merupakan satu pergerakan yang popular secara serantau tetapi mereka
menceburkan diri mempunyai objektif- objektif yang terhad yang pentingnya untuk
mendapatkan kembali kedudukan- kedudukan kuasa yang telah hilang kepada British
serta untuk mengekalkan kesucian tradisi- tradisi agama Hindu.14 Oleh itu, kebangkitan
itu bukanlah contoh pertama nasionalisme baru yang akan membawa ke arah
kemerdekaan di India. Benih- benih semangat kebangsaan itu dan peristiwa- peristiwa
yang menyuburkannya mestilah dicari pada tempat dan waktu yang lain, bukannya
Dahagi India 1857.
Pada pendapat saya, dahagi adalah satu peristiwa yang dapat merangsang
kebangkitan penduduk tempatan menentang pihak British bahkan ia juga merupakan
13 R.C. Majumdar The Sepoy Mutiny and the Revolt of 1857, Calcutta 195714 David Hutchinson, “ The Burning Fuse “, Annal of the Indian Rebellion, London 1974, ms. 23
sebagai satu kesedaran kepada pihak British berkenaan dengan pembaharuan yang dibuat
mereka secara mendadak seterusnya membawa kepada ketidakpuasan masyarakat
tempatan. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat beberapa perubahan polisi British di
India selepas pemberontakan dahagi.
15Golongan terpelajar India berasa hampa kerana selepas peristiwa dahagi 1857,
sikap British terhadap India telah berubah. Di Britain, tanggapan ramai berkaitan faktor
berlakunya dahagi ialah kerana pengenalan pembaratan yang terlalu cepat dan terlalu
banyak campurtangan dalam adat- adat dan tradisi India.16 Oleh itu, semasa dalam tahun
1858 Syarikat Hindia Timur Inggeris itu dihapuskan manakala pentadbirannya
dipindahkan kepada kerajaan British, keputusan ini dibuat adalah untuk mengelakkan
lebih banyak pembaharuan dijalankan. Selepas dahagi 1857, pada tahun 1858 Ratu
Victoria telah mengumumkan perlindungan terhadap agama- agama Islam dan juga
Hindu dan penambahmilikan tanah juga tidak akan dibuat lagi. Segala perubahan akan
diperkenalkan secara perlahan- lahan dan beransur- ansur.
Walaupun campurtangan dalam adat dan tradisi di India tidak lagi digalakkan,
tetapi kemudahan- kemudahan material terus diutamakan seperti jalan kereta api dibina,
sistem jalanraya telah ditambah dan sistem telegraf diperluaskan. Secara tidak langsung
perkara inilah yang menyumbangkan kepada penyatupaduan rakyat. Penduduk tempatan
mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain seterusnya menggalakkan
perhubungan interaksi sesama mereka. Ras- ras yang berlainan dapat berbual bersama-
15 B. R. Nanola, ” The Revolt of 1857 and after”, The Making Of A Nation, Herper Collins, New Delhi, 1998, ms. 716 B. R. Nanola, ” The Revolt of 1857 and after”, The Making Of A Nation, Herper Collins, New Delhi, 1998, ms.10
sama di peringkat pertengahan kerana walaupun mereka datang dari Benggala atau
Punjab, dari Delhi atau Madras, mereka tetap bolah bertutur dalam bahasa Inggeris.
17Kesan selepas pemberontakan dahagi 1857 ini dapat dilihat dimana Britain tidak
begitu ingin lagi untuk berkongsi kuasa dengan orang India, kurang berminat terhadap
golongan yang berpendidikan barat yang menarik kepada Macaulay, dan lebih pasti
bahawa merekalah yang akan menjadi pemerintah India yang kekal. ”18 Kami tidak dapat
bayangkan masanya apabila berakhirnya pemerintahan kami tidak bermakna bermulanya
anarki serta huru- hara dan adalah jelas bahawa harapan India sekarang terletak kepada
berteusannya kerajaan yang dermawan dan kuat, yang terdiri daripada orang- orang
Inggeris”.
Kesimpulannya, Dahagi 1857 merupakan satu kebangkitan penduduk tempatan
menentang penjajah iaitu British dimana disebabkan sedikit demi sedikit hak dan
keistimewaan mereka terhakis ekoran beberapa pembaharuan drastik yang dilakukan oleh
British. Disamping itu, pemberontakan Dahagi 1857 telah memberi satu kesedaran
kepada kedua- dua belah pihak sama ada penduduk tempatan mahupun penjajah iaitu
British. Hal ini kerana dahagi India secara tidak langsung telah menyatu padukan
penduduk India walaupun kebanyakannya terdiri daripada wilayah utara untuk berjuang
menuntut hak dan tradisi India yang telah ’ dirampas’ oleh British. Walaubagaimanapun
gerakan dahagi ini bukanlah satu perjuangan kebangsaan ataupun semangat nasionalisme
untuk memerdekakan India, wah hal ia lebih kepada ketidakpuasan masyarakat tempatan
17 Neil Ryan, “ Polisi Selepas Tahun 1857 ”, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, Tahun 1978, ms.18 Sir John Strachey yang disebut dalam Porter op. cit. ms. 43
terhadap pembaharuan yang dijalankan oleh British. Bagi pihak yang lain pula iaitu
British, peristiwa ini telah menyedarkan mereka bahawa segala langkah pembaharuan
yang dijalankan adalah terlalu drastik dan cepat. Hal ini telah menaikkan kemarahan
penduduk India kerana kepentingan dan juga adat resam mereka telah terjejas. Namun
demikian, peristiwa Dahagi 1857 tetap dianggap sebagai satu pergerakan permulaan
penentangan bagi masyarakat India kearah penentangan yang lebih berbentuk radikal.
DAHAGI INDIA 1857
BIBLIOGRAFI
1. Neil Ryan, INDIA: Nasionalisme dan Kemerdekaan, 1978
2. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros,
Suffin Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
1800- 1963, 2000.
3. B. R. Nanola, The Making of A Nation, Haper Collins, New Delhi, 1998.
4. Sanjay Yadan, The Indian Mutiny of 1857: why Britain Succeed And The
Rebels Failed, Journal Of Asian History, 28 ( 199 ), 2, Hawassowitz
Verlag, Germany.
5. R. C Majumdar, An Advanced History Of India, Mc. Mullian, 1946.
6. S. Moinul Haq, “ The Great Revolution of 1857- 1858 “, Hakim
Mohamed Said ( eds). Road To Pakistan, Hawdard Foundation Pakistan,
Pakistan, 1990.
7. Bipan Chandra, India’s Struggle For Independence 1857- 1947, 1989.
8. David Hutchinson, Annal of the Indian Rebellion 1857- 58, London 1974.
Rangka Tugasan Muka depan A.selatanPengenalan : story secara ringkas bout dahagiIsi penting : bahawa kegagalan dahagi india berpunca drpd ketiadaan perpaduan dan tujuan yg sama
1. Perjuangan mereka berdasarkan kepentingan sendiri
-Jhansi rani berjuang untuk mendapatkan hak seorang putera-Nana sahib berjuang utk membalas dendam akibat kehilangan tanah dan estet bapa angkatnya, Baji Rao-Org muslim berjuang utk memperjuangkan untuk memulihkan empayar moghul-Sepoi-sepoi india berjuang atas sebab agama dan dasar diskriminasi inggeris yg mengancam kepentingan mereka.
2. Tidak melibatkan seluruh penduduk india3. Hanya tertumpu di tempat-tempat tertentu sahaja : Oudh & Rohilkand4. Sikap toleransi Lord Canning juga menjadi punca kegagalan dahagi India.5. Kekurgn pemimpin ideal dan peralatan senjata tidak maju serta strategi ketenteraan yg
jauh ketinggalan
PenutupLetak kesan dahagi India secara keseluruhan