Coursework Group Ob 2015 Powerp

21
ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR IN EDUCATION DR. MUHAJIR TASLIKHAN SGDU6033 ZAINAL ARIFFIN B. ZAINUDDIN (818075) HASMIZI B. HASHIM (818186) SYED AHMAD BADLI B. SYED ABD. AZIZ (818232) SAIFUL AZMI B. MOHD NOR (818209) MOHD AFFAN B. SALLEH (818064) KUMPULAN M.i-5 KEBERKESANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERAM

description

Kerja kursus kumpulan untuk paper Organizational Behaviour

Transcript of Coursework Group Ob 2015 Powerp

Page 1: Coursework Group Ob 2015 Powerp

ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR IN EDUCATION

DR. MUHAJIR TASLIKHAN

SGDU6033

ZAINAL ARIFFIN B. ZAINUDDIN (818075)

HASMIZI B. HASHIM (818186)

SYED AHMAD BADLI B. SYED ABD. AZIZ (818232)

SAIFUL AZMI B. MOHD NOR (818209)

MOHD AFFAN B. SALLEH (818064)

KUMPULAN M.i-5

KEBERKESANAN AKTIVITI KOKURIKULUM

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERAM

Page 2: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Terengganu Utara.

Page 3: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Pengenalan• Aktiviti kokurikulum di sekolah adalah sebahagian

dari sistem pendidikan negara. Ianya adalah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di malaysia.

• Setiap pelajar wajib menjalani aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan dan kegiatan sukan. Aktiviti kokurikulum adalah penting dalam membina pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, dan intelek (JERI).

• Aktiviti kokurikulum juga akan dapat memupuk perpaduaan dikalangan pelajar berbilang bangsa di malaysia

Page 4: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Definisi Kokurikulum• Kegiatan atau gerakerja kokurikulum merupakan aktiviti

pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah berasas dan lanjutan sesi persekolahan. (Mok Soon Sang, 2011).

• Apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. (Peraturan-peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997).

• Sementara Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah

Page 5: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Penyataan Masalah

• Permasalahan yang ingin ditimbulkan ialah mengenai keberkesanan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di SMK Jeram, Kuala Terengganu.

• Semua sekolah wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum sebagaimana arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu keberkesanan aktiviti kokurikulum di sekolah dirasakan perlu dikenalpasti dan dibuat penambahbaikan supaya impian kementerian pendidikan melalui objektif dan matlamat aktiviti kokurikulum di sekolah dapat direalisasikan dan menjadi realiti.

Page 6: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Latar Belakang Kajian• Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran dan

pembelajaran bagi sekolah–sekolah di negara ini telah berubah.

• Pembentukan diri pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perwatakan pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar bilik darjah iaitu aktiviti kokurikulum.

• Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar.

• Pengelolaan aktiviti kokurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang kokurikulum.

• Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman dan mendorong mereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

Page 7: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Objektif Kajian

• Meningkatkan keberkesanan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.

• Membantu guru-guru di sekolah untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah dengan lebih berkesan dan tersusun.

• Menarik kembali minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum.

• Memberikan usul dan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan jabatan yang berkaitan.

Page 8: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Persoalan Kajian• a) Apakah tahap keberkesanan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di SMK Jeram, Kuala Terengganu.• b) Apakah tahap kemahiran dan pengetahuan guru dalam proses

P&P aktiviti kokurikulum di SMK Jeram, Kuala Terengganu.• c) Apakah tahap penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum

yang dilaksanakan di SMK Jeram, Kuala Terengganu.• d) Apakah pandangan pelajar dan ibubapa mereka terhadap aktiviti-

aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di SMK Jeram, Kuala Terengganu.• e) Apakah faktor-faktor yang menghalang keberkesanan aktiviti-

aktiviti kokurikulum yang dijalankan di SMK Jeram, Kuala Terengganu.

Page 9: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Metodologi

• Kajian ini akan dijalankan di SMK Jeram Kuala Terengganu. Polulasi kajian melibatkan 50 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

• Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik. (Deskriptif Min)

• Kaedah tinjauan digunakan untuk menjawab persoalan seperti sejauhmanakah keberkesanan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah dalam kawasan yang dikaji.

• Kaedah soal selidik digunakan untuk menjawab persoalan berkaitan dengan pandangan serta tanggapan pelajar dan ibubapa mereka terhadap perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah

Page 10: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Kepentingan Kajian• Untuk membantu kementerian pendidikan malaysia dan jabatan yang berkaitan

dalam merancang program kokurikulum di sekolah

• Untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti aktiviti kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisien

• Kajian ini boleh menambah pengetahuan tenaga pengajar serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum sukan agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih bermakna.

• Kegiatan kokurikulum yang menarik dan memberi manafaat kepada pelajar akan dapat menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum dijalankan.

Page 11: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Dapatan Kajian• Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Hasil

dapatan kajian dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu :

• Bahagian A, perbincangan adalah berdasarkan statistik dekriptif yang akan menyentuh aspek latar belakang responden yang melibatkan jantina, peringkat umur, tempoh belajar dan penglibatan dalam unit kokurikulum di sekolah.

• Bahagian B pula merupakan bahagian Penilaian Input di mana kajian memfokuskan kepada tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum di SMK Jeram.

• Bahagian C iaitu bahagian penilaian proses menfokuskan kepada tahap penglibatan dan penerimaan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Jeram.

• Bahagian D, fokus kajian adalah terhadap tahap pencapaian dan pembentukan peribadi pelajar SMK Jeram dalam aktiviti kokurikulum.

Page 12: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Latar Belakang Responden

• 50 orang pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima terlibat dalam kajian ini. Ringkasan maklumat latar belakang responden ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di sebelah ini.

Page 13: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Alat Pengukuran• Jadual Markat Persepsi Purata yang digunakan oleh pengkaji Yoong

Suan, Universiti Sains Malaysia, 2004 seperti jadual 4.2 di bawah dirujuk bagi menentukan tahap kekuatan min amalan pengurusan kokurikulum menurut persepsi guru sekolah.

Page 14: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Bahagian B : Penilaian InputTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Kokurikulum di SMK Jeram.

• Dengan merujuk kepada jadual 4.3, secara keseluruhannya, purata skor min bagi dimensi tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum adalah 4.02. Ini menunjukkan tahap tersebut berada pada status tinggi.

Page 15: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Bahagian C : Penilaian ProsesTahap Penglibatan Dan Penerimaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di SMK Jeram

• Dengan merujuk kepada jadual 4.4 di bawah ini, secara keseluruhannya, purata skor min bagi dimensi tahap penglibatan dan penerimaan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam aktiviti kokurikulum di SMK Jeram adalah 3.92. Ini menunjukkan tahap tersebut berada pada tahap tinggi.

Page 16: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Bahagian D : Penilaian ProdukTahap Pencapaian Dan Pembentukkan Peribadi Pelajar SMK Jeram dalam aktiviti Kokurikulum.

• Dengan merujuk kepada jadual 4.5 di bawah ini, secara keseluruhannya, purata skor min bagi dimensi tahap pencapaian dan pembentukan peribadi pelajar smk Jeram dalam aktiviti kokurikulum adalah 4.42. Ini menunjukkan bahawa tahap penilaian tersebut berada pada tahap sangat tinggi.

Page 17: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Perbincangan• DAPATAN BAHAGIAN B

Saya sedia mengeluarkan wang sendiri bagi melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sukan yang dianjurkan pihak sekolah.• TINGGI• Pelajar berminat dengan aktiviti kokurikulum walaupun dikenakan bayaran.• Seperti program lawatan atau program perkhemahan . • Penglibatan Ibubapa turut memberi impak maksima kepada penglibatan pelajar.• Daya usaha pelajar yang secara sambilan bekerja untuk mendapatkan duit poket.

• Guru memiliki kemahiran teknikal dan taktikal dalam aktiviti kokurikulum yang diajar.• RENDAH • Bebanan Tugas guru secara paksarela.• Murid telah mengenali guru dalam jangkamasa yang lama.• Guru kurang mendapat latihan daripada pihak berkaitan dalam meningkatkan kemahiran

kokurikulum.• Guru bersikap acuh tak acuh dengan tugas yang diberi.

Page 18: Coursework Group Ob 2015 Powerp

• DAPATAN BAHAGIAN C

Kedatangan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum sangat menggalakkan.

TINGGI• 1. Sistem pengurusan ko kurikulum yang mantap dan tegas.• 2. Kesedaran pelajar tentang kepentingan ko kurikulum yang menyumbang

markah sebanyak 10% daripada pencapaian keseluruhan prestasi pelajar sepanjang persekolahan mereka.

• 3. Pengaruh rakan sebaya di sekolah dan juga daripada pelajar di sekolah berdekatan seperti SMK Manir dan SMK Belara mewujudkan persaingan sihat antara pelajar-pelajar.

Penjadualan aktiviti kokurikulum sangat membebankan.

RENDAH• 1. Pelajar tertekan dengan peraturan sekolah.• 2. Kemahiran dan pengurusan masa yang rendah.• 3. Bebanan kerja akademik yang banyak pada hari kokurikulum

dijalankan.

Page 19: Coursework Group Ob 2015 Powerp

DAPATAN BAHAGIAN D

Aktiviti kokurikulum berjaya menyemai kesedaran pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Allah.

TINGGI• Membuka minda pelajar dengan bantuan guru melalui aktiviti ko kurikulum.• Pendedahan ilmu agama dan hubung kait dengan kebesaran Allah.• Ilmu kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti ko seperti ekpedisi, membersih masjid,

gotong-royong membersih kubur, lawatan rumah orang tua, lawatan ke penjara, lawatan ke hospital dan sebagainya.

 

Aktiviti kokurikulum berjaya mewujudkan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan.

RENDAH• Aktiviti kokurikulum memupuk disiplin pelajar melalui peraturan-peraturan dalam beraktiviti

seperti pemakaian uniform, ketepatan masa kehadiran, tolong –menolong dan sebagainya.• Aktiviti kokurikulum yang kreatif seperti kelab robotic, kelab roket air, pertandingan

papan kenyataan, pertandingan membina taman, pertandingan membina logo dan mural. • Aktiviti kokurikulum dapat mengubah perilaku pelajar ke arah kebaikan dan

berkeperibadian mulia, contohnya pemilihan pelajar untuk menyertai unit ataupun kelab kokurikulum dengan mengenakan syarat dan peraturan.

Page 20: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Cadangan Penambahbaikan• Kementerian pelajaran boleh mewujudkan ujian atau peperiksaan kokurikulum

yang wajib diduduki oleh semua pelajar dan silibusnya digubal untuk memudahkan pelajar menduduki peperiksaan. Dengan yang demikian pelajar akan lebih bersungguh-sungguh dalam aktivti kokurikulum.

• Mewajibkan setiap pelajar tingkatan 5 atau 4 menjalani pendidikan aktiviti luar (Outdoor Activities) sebagaimana yang diwajibkan kepada pelajar perguruan di maktab-maktab perguruan juga dilihat mampu untuk melibatkan pelajar sekolah menengah kepada aktivit kokurikulum.

• Perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah perlu dimantapkan dengan penambahbaikan seperti modul atau silibus untuk setiap aktiviti unit iaitu kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan permainan.

• Markah kokurikulum perlu dicatatkan dalam sijil pelajaran malaysia(SPM) seperti lulus ujian lisan yang telah diperkenalkan sebelum ini. Pelajar akan merasa lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan dan mendapat markah yang baik dalam sijil mereka.

Page 21: Coursework Group Ob 2015 Powerp

Kesimpulan• Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah amat penting dalam

usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti kokurikulum sebenarnya merupakan lanjutan daripada aktiviti yang dipelajari dalam bilik darjah.

• Misalnya aktiviti sukan dan permainan merupakan lanjutan daripada mata

pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam bilik darjah. Penglibatan pelajar secara menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelajar menghayati falsafah.

• Pengelolaan aktiviti kokurikulum yang teratur dan sistematik akan memberi keberkesanan dalam mencapai hasrat FPK. Aktiviti yang teratur dan menarik akan menyebabkan para pelajar memberi tumpuan seperti mana yang berlaku terhadap bidang akademik. Hal ini adalah kerana penyertaan dan penglibatan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum adalah dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah