Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

41

Click here to load reader

description

Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015- Tontonan umum & rujukan shj- Complete - Lawat Contoh Viva di blog eerasdiary.blogspot.com

Transcript of Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

Page 1: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya Dayang Syahirah Izzaty

binti Mohd Anuar bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,

nyawa dan tenaga yang diberikan kepada saya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus

yang bertajuk ‘Kajian Perbandingan Inflasi Antara Negara Malaysia dengan Amerika

Syarikat dari Tahun 2006 hingga 2012’ dengan jayanya.

Saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada kedua ibu bapa saya,

Mohd Anuar bin Hj. Ahmad dan Suzana binti Hj. Md Nor kerana mereka sentiasa

menitipkan doa, memberi semangat dan memberi kemudahan kepada saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Pengetua Pusat

Tingkatan Enam SMK Seri Ipoh, Dr. Ahmad Jaafar bin Hj. Musa dan Penolong Kanan

Tingkatan Enam, En. Jamlus bin Ahmad kerana telah memberi kebenaran kepada saya

untuk menghasilkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih kepada

guru mata pelajaran Ekonomi saya, Pn. Rahayu binti Mat Rashid kerana dengan izin

Allah, beliau sudi meluangkan masanya untuk menunjuk ajar dan membimbing saya

dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

sekelas yang sanggup berkongsi ilmu dan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan

kepada mereka. Oleh itu, segala bantuan kalian amat saya hargai. Saya berharap jasa baik

kalian diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Akhir sekali, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja

yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak. Kesudian anda

amat saya hargai. Terima kasih.

Page 2: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

Abstrak

Inflasi merupakan peningkatan harga yang berterusan secara umum. Inflasi ialah faktor yang membolehkan kemelesetan ekonomi dan nilai wang merosot di mana kuasa beli pengguna akan jatuh apabila tingkat harga umum meningkat. Pelbagai sumber telah digunakan bagi menghasilkan kajian ini dengan jayanya melalui data sekunder. Kajian dilakukan dengan mengunjungi perpustakaan untuk melakukan penyelidikan merujuk kepada buku yang berjudul 9 Naga Pemasaran dan Kamus Dewan Edisi Ketiga bagi mencari definisi inflasi dan data. Seterusnya, kajian menggunakan sumber internet untuk menganalisis maklumat dan data Indeks Harga Pengguna dari Jabatan Perangkaan Malaysia, BBC News Online dan sebagainya. Bagi memperoleh data kajian, kadar inflasi diperoleh melalui Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia, Laman The World Bank dan sebagainya. Kajian mendapati bahawa negara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak lari dengan isu inflasi. Arah aliran inflasi di Malaysia menunjukkan ketidakstabilan termasuk Amerika Syarikat dari tahun 2006 hingga 2012. Pelbagai faktor yang menyebabkan arah aliran kadar inflasi bagi kedua-dua buah negara ini berlaku. Faktor majoriti yang menyebabkan inflasi berlaku adalah disebabkan harga minyak petrol dan makanan yang mengalami turun naik dalam tempoh 7 tahun tersebut. Namun demikian, pemerhatian bagi kadar inflasi bagi kedua-dua negara ini dalam tempoh 7 tahun majoritinya didapati kurang daripada 4 peratus kecuali pada tahun 2008 di Malaysia di mana kadar inflasinya merosot iaitu melebihi 4 peratus dan Amerika Syarikat pernah mengalami deflasi pada tahun 2009. Keadaan inflasi yang baik adalah di antara 3 hingga 4 peratus. Oleh itu, terdapat beberapa langkah bagi penambahbaikan dan mengawal inflasi di negara Malaysia. Sebagai sedia maklum, negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dan akan menjadi negara maju menjelang Wawasan 2020 yang boleh menjadikan negara Amerika Syarikat sebagai ‘role-model’. Negara Amerika Syarikat merupakan negara maju yang nilai wangnya tinggi dan banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh negara dalam aktiviti jual beli. Oleh itu, pelbagai maklumat dapat dinyatakan berkaitan dengan inflasi di negara Malaysia dan Amerika Syarikat. Kajian ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat dan rujukan kepada para pengkaji ekonomi, pelajar-pelajar, pengurus syarikat, ahli-ahli perniagaan, pengguna, semua masyarakat dan generasi-generasi yang akan datang.

Page 3: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1

2

3

4

5

6

1.0 Latar Belakang Kajian

2.0 Penyataan Masalah

3.0 Objektif Kajian

4.0 Kaedah Kajian

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan

5.1 Arah Aliran Kadar Inflasi di Malaysia dari Tahun 2006

hingga 2012.

5.2 Perbandingan Kadar Inflasi di Negara Malaysia

dengan Amerika Syarikat dari Tahun 2006 hingga

2012.

6.0 Cadangan

6.1 Kerajaan perlu meluaskan kempen ‘Belilah

barangan Buatan Malaysia’.

6.2 Kerajaan perlu memperkasakan undang-undang

terhadap pengawalan harga barangan.

6.3 Kerajaan perlu megurangkan perbelanjaan.

6.4 Kerajaan harus menyediakan banyak peluang

1

2 - 3

3

4 - 5

6 - 15

16 - 18

Page 4: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

7

8

9

pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Penutup

Senarai Rujukan

Lampiran

19

20 - 21

Page 5: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

1

1.0 Latar Belakang Kajian

Inflasi ialah peningkatan harga yang berterusan secara umum. Inflasi menyebabkan kuasa

beli pengguna berkurang akibat daripada kenaikan harga barang. Harga barang yang ada

pada masa akan datang belum tentu dapat membeli jumlah barang yang sama dengan

harga barang yang sama pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003),

inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh

bertambahnya kuasa membeli. Nassrul Hakim (2009) pula berkata inflasi ialah kenaikan

harga bagi kebanyakan barangan dalam pasaran.

Inflasi dan kemerosotan ekonomi pernah berlaku pada pertengahan 1970-an di

kebanyakkan negara seluruh dunia, yang juga memberi kesan kepada Malaysia. Pada

tahun 1997/1998, stagflasi berlaku di beberapa negara Asian ekoran daripada krisis mata

wang Asia Timur. Malaysia rata-rata boleh dianggap sebuah negara yang tidak dibebani

dengan masalah inflasi. Antara tahun 1973 hingga kini kadar inflasi tahunan purata di

Malaysia adalah sebanyak 3.75 peratus, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi 23.90

peraztus setahun pada Mac 1974 dan terendah -2.40 peratus pada Julai 2009. Di Amerika

Syarikat (AS), pada tahun 1964, kadar inflasi diukur sedikit lebih daripada 1 peratus

setahun. Ia telah berada di sekitar ini sejak enam tahun sebelumnya. Inflasi mula menaik

pada pertengahan 1960-an dan mencapai lebih daripada 14 peratus pada tahun 1980. Ia

akhirnya turun kepada purata hanya 3.5 peratus pada separuh kedua tahun 1980-an. AS

ialah negara yang memiliki ekonomi yang maju. Mata wang US Dollar banyak digunakan

sebagai alat pembayaran oleh penduduk seluruh dunia kerana nilainya yang sangat tinggi.

Suatu kejadian buruk pernah berlaku iaitu terdapat beberapa masalah yang menyebabkan

kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut jatuh. Namun begitu, negara AS pada hari

ini masih stabil dan dikategorikan sebagai negara maju.

Kesimpulannya, kajian memfokuskan tentang arah aliran kadar inflasi yang berlaku di

Malaysia dan perbandingan arah aliran kadar inflasi antara Malaysia dengan AS pada

Page 6: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

2

tahun 2006 hingga 2012 untuk dikaji bagi tujuan mengetahui faktor-faktor

mempengaruhi inflasi terhadap ekonomi bagi kedua-dua negara ini.

2.0 Penyataan Masalah

Indeks Harga Pengguna telah mencatatkan peningkatan sejak dilanda krisis kewangan

Asia pada tahun 1997/1998. Kadar inflasi di Malaysia menunjukkan kadar yang tidak

konsisten iaitu mengalami turun naik pada setiap tahun. Hal ini bermakna terdapat

beberapa punca yang menjadikan ekononomi negara tidak stabil dan tidak konsisten.

Tidak dinafikan bahawa tidak semua barang mengalami kenaikan harga. Namun,

kebanyakan barang mengalami kenaikan harga di Malaysia.

Kajian inflasi ini amat penting untuk mengetahui punca inflasi yang berlaku di negara

Malaysia agar pihak-pihak yang terlibat dapat bertindak dengan segera jika berlakunya

ketidakstabilan ekonomi. Hal ini akan membantu rakyat Malaysia untuk mencapai negara

maju pada tahun 2020 nanti. Sebagai negara yang sedang membangun, negara maju iaitu

Amerika Syarikat (AS) diambil sebagai model untuk menjejaki kemajuan negara tersebut.

Penguasaan pengetahuan tentang inflasi dalam bidang ekonomi ialah antara keperluan

penting bagi seseorang yang bergelar rakyat atau pengguna. Kajian ini dilakukan

bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam tentang ilmu ekonomi iaitu inflasi yang

berlaku di dalam negara. Kebanyakan masyarakat memandang inflasi ini sesuatu perkara

yang remeh dan tidak berkepentingan bagi mereka. Hari ini kita masih beruntung kerana

negara kita masih aman, dan penggunaan kemudahan infrastruktur yang selesa.

Seterusnya, dalam keadaan pemulihan kadar inflasi yang melebihi 4 peratus, kajian ini

diharapkan dapat membantu nilai inflasi menjadi lebih kecil dalam tempoh yang

Page 7: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

3

terdekat. Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani inflasi

yang menyebabkan ekonomi negara tidak stabil bagi mengurangkan bebanan masyarakat

yang hidup di negara ini. Tekanan harga barangan import harus dikawal ketat untuk

memastikan tidak berlaku lambakan dalam pasaran tempatan.

Kesimpulannya, inflasi telah mewujudkan pelbagai punca dan mendatangkan kesan

kepada negara sama ada yang buruk mahupun baik. Selain itu, hasil kajian ini diharapkan

dapat menyumbangkan banyak maklumat tentang inflasi yang berlaku di negara Malaysia

dan AS pada 2006 hingga 2012. Kajian ini juga dapat memberi penghuraian tentang

perbandingan arah aliran inflasi antara negara Malaysia dengan AS. Penyelidikan ini

turut memberi panduan dan rujukan umum kepada para pengkaji bidang ekonomi, para

ilmuan, pelajar-pelajar ekonomi, syarikat-syarikat perniagaan, pengkaji-pengkaji lain dan

terutamanya pengguna.

3.0 Objektif Kajian

a) Mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.

b) Mengkaji perbandingan kadar inflasi antara negara Malaysia dengan Amerika Syarikat

dari tahun 2006 hingga 2012.

4.0 Kaedah Kajian

Page 8: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

4

Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. Kaedah

yang digunakan dalam menghasilkan kajian ini ialah data sekunder. Berdasarkan Kamus

Dewan Edisi Ketiga (2003), data sekunder merupakan maklumat sampingan yang boleh

digunakan dalam melaksanakan kajian. Penyelidik telah menggunakan beberapa sumber

untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini seperti buku-buku ilmiah dan internet.

Kaedah sekunder yang digunakan adalah mengunjungi perpustakaan Tun Abdul Razak

dan menggunakan kemudahan Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT).

Kajian kepustakaan penting untuk memperoleh beberapa maklumat tentang inflasi.

Selain itu, banyak maklumat daripada sumber internet yang diperoleh bagi mengkaji

kajian ini di mana data kadar inflasi dimuat turun dari Laman The World Bank bagi

mengetahui arah aliran inflasi di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Data indeks harga

pengguna (IHP) bagi negara Malaysia diperoleh dari Laporan Jabatan Perangkaan

Malaysia dan IHP bagi negara AS diperoleh dari Laporan Statistik Kewangan

Antarabangsa untuk dijadikan sebagai rujukan bagi memperoleh kadar inflasi.

Setelah memperoleh data dengan kaedah di atas, indeks harga pengguna (IHP)

digunakan bagi menghitung kadar inflasi di Malaysia melalui rumus di bawah. IHP ialah

suatu angka yang dibentuk untuk mengukur perubahan purata harga sekumpulan barang

dan perkhidmatan dalam pasaran dalam tempoh masa tertentu. IHP mempunyai hubungan

langsung dengan inflasi iaitu semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi. Kadar

inflasi di Malaysia dan AS dianalisis untuk membandingkan arah aliran kadar inflasi di

antara kedua-dua buah negara tersebut dari tahun 2006 hingga 2012. Berikut merupakan

contoh perhitungan bagi menganalisis kadar inflasi di Malaysia.

Rumus Kadar Inflasi :

Sebagai contoh,

Page 9: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

5

Tahun

Indeks Harga Pengguna di Malaysia(2010=100)

Indeks Harga Pengguna (IHPо)

Indeks Harga Pengguna (IHP₁)

2006 87.7 90.86

2007 90.86 92.7

(Sumber: Diubahsuai daripada Indeks Harga Pengguna

(2010=100), Jabatan Perangkaan Malaysia,

Tahun 2006 hingga 2012)

.5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan

Hasil kajian ini membincangkan tentang inflasi dari segi penganalisisan, perbandingan

Kadar Inflasi 92.7 - 90.86di Malaysia = ————— × 100Tahun 2007 90.86 = 2 %

Kaedah Perhitungan :

Page 10: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

6

dan rumusan bagi arah aliran inflasi bagi negara Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.

5.1 Arah Aliran Kadar Inflasi di Malaysia dari Tahun 2006 hingga 2012

TahunKadar Inflasi di Malaysia dari Tahun 2006 hingga 2012

(%)

2006 3.6

2007 2.0

2008 5.4

2009 0.6

2010 1.7

2011 3.2

2012 1.7

Jadual 1: Kadar Inflasi di Malaysia dari Tahun 2006 hingga 2012

(Sumber: Diubahsuai daripada Kadar Inflasi,

Kementerian Kewangan Malaysia,

Laporan Ekonomi Tahun 2006

hingga 2012)

Page 11: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

7

Graf 1: Arah Aliran Kadar Inflasi di Malaysia dari Tahun 2006 hingga 2012

Perkembangan inflasi dapat dinilai melalui indeks harga pengguna tahun sebelumnya

dan semasa. Indeks harga pengguna (IHP) bagi tahun asas berdasarkan tahun 2006 hingga

2012 ialah 2010 (2010=100). Jadual 1 menunjukkan IHP dan kadar inflasi di Malaysia

dari tahun 2006 hingga 2012 manakala Graf 1 menunjukkan arah aliran kadar inflasi di

Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012. Arah aliran kadar inflasi di Malaysia bagi tahun

2006 hingga 2012 menunjukkan ketidakstabilan.

Kadar inflasi pada tahun 2006 mencatatkan 3.6 peratus. Menurut Gabenor Bank

Negara Malaysia BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2006), kadar semasa IHP negara

pada bulan Julai 2006 ialah 4.1 peratus berbanding 3.9 peratus pada bulan Jun 2006. Hal

ini disebabkan oleh sumbangan harga minyak mentah dunia yang jatuh pada pertengahan

Page 12: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

8

tahun pada waktu itu iaitu ke paras sekitar AS$60 setong berbanding hampir AS$80.

Menurut laporan BNM (2006), sebab berlakunya inflasi pada tahun ini ialah peningkatan

kos pengangkutan dan kategori barang utama. Penambahan nilai kadar pertukaran ringgit

pada tahun itu juga mengurangkan tekanan inflasi melalui pengurangan kos barangan

yang diimport. Harga runcit produk petroleum domestik telah dinaikkan pada bulan

Februari 2006 yang mengakibatkan kadar inflasi melonjak kepada 4.8 peratus pada bulan

Mac 2006 dengan purata kadar inflasi pada keseluruhan tahun 2006 sebanyak 3.6 peratus.

Berpandukan graf di atas, arah aliran kadar inflasi pada tahun 2006 iaitu 3.6

peratus menurun kepada 2 peratus pada tahun 2007. Prestasi ekonomi yang kukuh dicapai

dalam persekitaran inflasi yang secara relatifnya rendah. Menurut Akhbar Utusan pada 27

Mac 2008, kadar inflasi keseluruhan pada tahun 2007 meningkat pada kadar yang lebih

perlahan iaitu cuma dua peratus. Menurut Laporan BNM (2007), peningkatan harga

dalam kategori makanan dan minuman tidak beralkohol mencakupi 47.1 peratus daripada

kadar inflasi keseluruhan berbanding 29.7 peratus pada tahun sebelumnya. Harga

makanan dalam negeri sebahagian besarnya dipengaruhi oleh harga komoditi makanan

dunia yang lebih tinggi, termasuk makanan asas isi rumah seperti beras, tepung gandum

dan minyak masak berasaskan minyak masak. Harga makanan global yang lebih tinggi

disebabkan oleh faktor struktur dan kitaran termasuk permintaan yang lebih kukuh

terhadap komoditi makanan daripada ekonomi pasaran sedang membangun seperti India

dan China, penggunaan tanaman makanan bagi pengeluaran bahan api alternatif seperti

biodiesel dan etanol, permintaan spekulatif dan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar

utama seperti Australia. Akibatnya, sumbangan harga makanan kepada inflasi

keseluruhan dalam kebanyakan negara lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Harga

makanan dalam negeri juga terjejas oleh pembelian secara bermusim pada musim

perayaan dan cuaca buruk yang menjejaskan aktiviti perladangan. Kategori restoran dan

hotel serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan mencatat sumbangan lebih tinggi

kepada kadar inflasi keseluruhan disebabkan kenaikan harga penginapan hotel dan pakej

pelancongan meningkat ekoran permintaan yang bertambah sempena kempen Tahun

Melawat Malaysia 2007. Selain itu, minuman keras dan tembakau juga menyumbang

Page 13: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

9

kepada IHP lebih tinggi selepas kerajaan mengenakan duti eksais tambahan terhadap

keluaran tembakau pada bulan Julai 2007. Seperti tahun-tahun sebelumnya, peningkatan

dalam kadar inflasi keseluruhannya dikurangkan oleh penurunan harga barangan dalam

kategori komunikasi, pakaian dan kasut berikutan persaingan global dan dalam negeri

yang sengit.

Seterusnya, kajian mendapati kadar inflasi bagi tahun 2008 mencatatkan 5.4

peratus. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2008) berkata kadar inflasi pada bulan Jun 2008

melonjak naik disebabkan kenaikan harga minyak berbanding kadar inflasi pada bulan

Mei 2008. Menurut Laporan BNM (2008), inflasi menaik pada lima bulan pertama tahun

2008 ekoran peningkatan dalam harga makanan dan bahan api global, hingga mencecah

paras tertinggi pada pertengahan tahun.

Pada tahun 2009, Graf 1 menunjukkan arah aliran kadar inflasi bagi tahun tersebut

menurun kepada 0.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Akhbar Utusan pada

20 Mei 2009, kadar inflasi pada bulan April 2009 disebabkan penurunan indeks harga

makanan dan minuman bukan alkohol serta pengangkutan, pelbagai barangan dan

perkhidmatan. Menurut Laporan BNM 2009 dua faktor utama yang yang menyebabkan

inflasi ini ialah kejatuhan ketara harga komoditi dunia, terutamanya harga minyak

mentah, dan ekonomi yang semakin lembap apabila kemelesetan global bertambah buruk.

Kejatuhan harga yang besar ini telah memberi kesan langsung kepada inflasi melalui

harga runcit bahan api yang lebih rendah di seluruh dunia. Kos tenaga dan harga pelbagai

input berkaitan minyak yang lebih rendah juga membolehkan pengeluar mengurangkan

harga jualan mereka.

Kadar inflasi bagi tahun 2010 telah meningkat kepada 1.7 peratus berbanding

tahun sebelumnya. Menurut Akhbar Bernama pada 24 Januari 2011, kenaikan itu

disebabkan langkah penstrukturan semula subsidi ke atas petrol dan gula berikutan

Page 14: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

10

kenaikan harga pengangkutan dan makanan pada Disember 2010. Menurut Laporan

BNM (2010), peningkatan inflasi pada tahun ini didorong oleh faktor penawaran yang

berpunca daripada harga makanan dan komoditi yang lebih tinggi serta pelarasan yang

ditadbir.

Pada tahun 2011, kadar inflasi bagi tahun ini menurun kepada 3.2 peratus berbanding

tahun sebelumnya. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee (2014), kadar

inflasi didapati meningkat kepada disebabkan kesan kenaikan harga minyak mentah dan

komoditi makanan yang ketara di pasaran dunia sejak pertengahan 2010. Menurut

Laporan BNM (2011), peningkatan inflasi terutamanya separuh tahun pertama

disebabkan faktor penawaran iaitu kenaikan harga makanan dan pelarasan menaik ke atas

harga ditadbir. Kadar inflasi memuncak kepada 3.5 peratus pada bulan Jun 2010 sebelum

stabil pada separuh kedua tahun 2011 disebabkan kesan daripada pelarasan menaik

terhadap harga produk petroleum dan gula pada bulan Julai dan Disember 2010 luput.

Menurut Laporan BNM (2012), pada tahun 2011, harga makanan naik mendadak

disebabkan oleh kenaikan harga ayam yang berpunca daripada kenaikan harga makanan

ternakan, dan harga sayur-sayuran disebabkan oleh hasil tuaian dalam negeri yang rendah

dan kekurangan pekerja.

Bagi tahun 2012, kadar inflasi pada tahun ini menurun iaitu 1.7 peratus

berbanding pada tahun sebelumnya. Menurut Laporan BNM (2012), inflasi menurun

dengan ketara disebabkan keadaan bekalan makanan dalam negeri yang lebih baik

daripada jangkaan dan inflasi dalam pengangkutan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Penurunan ini juga disebabkan tekanan harga global yang lebih perlahan serta kesan asas

daripada inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011. Penurunan daripada paras yang

tertinggi pada Ogos 2012 disebabkan harga komoditi yang lebih rendah dan kelemahan

pasaran buruh yang tidak menggalakkan peningkatan upah. Tekanan harga global yang

lemah ekoran pertumbuhan global yang lebih perlahan serta kesan asas daripada inflasi

yang lebih tinggi pada tahun sebelumnya turut menyumbang kepada inflasi yang lebih

rendah pada tahun itu.

Page 15: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

11

5.2 Perbandingan Kadar Inflasi di antara Negara Malaysia dan Amerika

Syarikat (AS) dari tahun 2006 hingga 2012

TahunKadar Inflasi (%)

Malaysia Amerika Syarikat

2006 3.6 3.22007 2 2.92008 5.4 3.82009 0.6 - 0.42010 1.7 1.62011 3.2 3.22012 1.7 2.1

Jadual 2: Kadar Inflasi di antara Negara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari Tahun 2006 hingga 2012

(Sumber: Diubahsuai daripada Kadar Inflasi,

Malaysia dan Amerika Syarikat,

Kementerian Kewangan Malaysia,

Laporan Ekonomi Tahun 2006

hingga 2012)

Page 16: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

12

Graf 2: Perbandingan Kadar Inflasi di antara Negara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari Tahun 2006 hingga 2012

Berdasarkan rajah di atas, Jadual 1 menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan

Amerika Syarikat AS dari tahun 2006 hingga 2012. Graf 2 pula menunjukkan

perbandingan kadar inflasi di anatara negara Malaysia dengan AS dari tahun 2006 hingga

Page 17: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

13

2012.

Pada tahun 2006, Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 3.6 peratus

manakala AS mencatatkan 3.2 peratus. Kadar inflasi di Malaysia lebih tinggi daripada

kadar inflasi di AS. Menurut Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2006), IHP menurun pada

Julai 2006 berbanding pada Jun 2006 disebabkan sumbangan harga minyak mentah dunia

yang jatuh pada pertengahan tahun ketika itu. Menurut Laporan BNM (2006), sebab lain

bagi kadar inflasi pada tahun tersebut ialah peningkatan kos pengangkutan dan kategori

barang utama. Menurut BBC News pada 31 Januari 2007, inflasi AS keseluruhan

mencatatkan peningkatan terbesar dalam tiga dekad pada bulan November didorong oleh

harga minyak yang lebih tinggi. Menurut Bekas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben

Page 18: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

12

Bernanke (2006), memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi AS yang

semakin perlahan pada bulan Julai 2006, kenaikan harga minyak boleh menambah

tekanan inflasi. Secara ringkasnya, kadar inflasi yang mencecah 3 peratus ke atas bagi

kedua-dua negara ini dipengaruhi oleh peningkatan harga minyak mentah dunia.

Pada tahun 2007, kadar inflasi sebanyak 2 peratus telah dicatatkan oleh Malaysia

manakala AS mencatatkan 3.2 peratus. Kadar inflasi di Malaysia lebih rendah daripada

kadar inflasi di AS. Menurut Laporan Tahunan Perindustrian Kecil Sederhana BNM

(2007), penyumbang utama kepada inflasi pada tahun 2007 ialah kenaikan harga dalam

kategori makanan dan minuman tidak beralkohol akibat banjir dan keadaan cuaca buruk.

Menurut pihak Jabatan Buruh AS (2007), harga makanan dan tenaga meningkat lebih

daripada dua kali ganda keuntungan pada bulan April 2007. Komponen komoditi dalam

Indeks Harga Pengeluar merupakan penyumbang utama bagi peningkatan ini berikutan

kenaikan harga yang lebih tinggi bagi komoditi seperti minyak mentah, getah dan minyak

sawit mentah. Menurut BBC News 15 Jun 2007, inflasi meningkat lebih cepat daripada

yang dijangkakan pada bulan Mei 2007, kos petrol yang lebih tinggi mencecah harga

pengguna. Menurut Bekas Ketua Rizab Persekutuan AS, Bern Bernanke (2007), AS

mengekalkan kadar faedah dasar pada paras yang tinggi sedikit daripada paras neutral

sepanjang bahagian awal tahun 2007. Secara ringkasnya, kadar inflasi di Malaysia

disebabkan kenaikan harga dalam kategori makanan dan minuman tidak beralkohol

manakala di AS pula disebabkan harga miyak meningkat selain harga makanan.

Kadar inflasi yang dicatatkan oleh negara Malaysia ialah 5.4 peratus manakala AS

mencatatkan kadar inflasinya sebanyak 3.8 peratus pada tahun 2008. Kadar inflasi di

Malaysia pada tahun ini lebih tinggi daripada di AS. Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2008)

berkata kadar inflasi melonjak naik disebabkan kenaikan harga minyak. Menurut BBC

News pada 24 Julai 2008, ekonomi AS menghadapi tekanan inflasi yang ketara kerana

kenaikan harga petrol dan minyak pemanas. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia

(2009), kadar inflasi yang meningkat sejak awal tahun 2008 disebabkan kenaikan harga

Page 19: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

13

makanan dan bahan api. Menurut BBC News pada 29 Februari 2008, perbelanjaan

pengguna AS meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Januari 2007.

Peningkatan ini melebihi keuntungan pengeluar. Menurut Pihak Jabatan Perdagangan AS

(2008), perbelanjaan peribadi meningkat kepada 0.4 peratus pada bulan Januari 2008

disebabkan pembeli berbelanja lebih untuk makanan dan bahan api. Pihak tersebut

berkata perkara ini membahayakan kerana berlakunya ‘stagflasi’ di mana suatu keadaan

ekonomi tidak berkembang dan diiringi oleh inflasi yang tinggi. Secara ringkasnya,

kenaikan harga barang dan minyak menyebabkan kadar inflasi Malaysia dan AS

meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2009, Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 0.6 peratus

bersamaan manakala AS mencatatkan –0.4 peratus. Kadar inflasi di Malaysia lebih tinggi

daripada kadar inflasi di AS. Menurut Laporan BNM (2009), dua faktor utama yang yang

menyebabkan inflasi ini ialah kejatuhan ketara harga komoditi dunia, terutamanya harga

minyak mentah, dan ekonomi yang semakin lembap apabila kemelesetan ekonomi

bertambah buruk. Kos tenaga dan harga pelbagai input berkaitan minyak yang lebih

rendah juga membolehkan pengeluar mengurangkan harga jualan mereka. AS telah

mengalami deflasi secara teknikal sejak awal tahun lagi disebabkan oleh kejatuhan harga

komoditi dan penurunan permintaan. Ekonomi AS kehilangan sebanyak 8.4 juta

pekerjaan antara akhir tahun 2007 hingga akhir tahun 2009, dan kadar pengangguran

mencecah 10 peratus pada bulan Disember 2009. Ketua Ekonomi di Portfolio First Trust,

Brian Wesbury (2009) berkata kadar inflasi yang rendah di AS adalah disebabkan oleh

harga minyak jatuh dari paras tertinggi rekod tahun lepas. Secara ringkasnya, kadar

inflasi di AS menjadi negatif disebabkan harga minyak yang lebih rendah manakala kadar

inflasi di Malaysia disebabkan kejatuhan ketara harga komoditi dunia, harga minyak

mentah dan ekonomi yang semakin lembap apabila kemelesetan ekonomi bertambah

buruk manakala di AS disebabkan harga minyak jatuh dari paras tertinggi rekod tahun

lepas, harga komoditi dan penurunan permintaan menurun lebih rendah.

Page 20: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

14

Page 21: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

14

Seterusnya, kadar inflasi di negara Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 1.7

peratus manakala AS mencatatkan sebanyak 1.6 peratus pada tahun 2010. Kadar inflasi di

Malaysia pada tahun ini lebih tinggi daripada kadar inflasi di AS. Menurut Akhbar

Bernama pada 24 Januari 2011, kenaikan itu disebabkan langkah penstrukturan semula

subsidi ke atas petrol dan gula berikutan kenaikan harga pengangkutan dan makanan pada

Disember 2010. Pihak Jabatan Buruh AS (2010) berkata harga petrol dan pakaian

menurun manakala kos makanan meningkat. Menurut CNN Money News pada 14

Januari 2011, pengguna AS menyaksikan harga sewa, makanan dan gas meningkat bulan

lalu apabila tekanan inflasi di seluruh dunia menjalar lebih tinggi. Secara ringkasnya,

kadar inflasi di Malaysia disebabkan langkah penstrukturan semula subsidi ke atas petrol

dan gula berikutan kenaikan harga pengangkutan dan makanan manakala di AS

disebabkan harga petrol menurun, kos makanan, sewa dan pakaian meningkat.

Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus bersamaan dengan AS yang

juga mencatatkan 3.2 peratus pada tahun 2011 berdasarkan graf di atas. Menurut Laporan

Ekonomi BNM (2011), peningkatan inflasi teras di AS disebabkan oleh kos sewa dan

pakaian yang semakin meningkat. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee (2014)

berkata kadar inflasi meningkat pada tahun 2011 disebabkan kesan kenaikan harga

minyak mentah dan komoditi makanan yang ketara di pasaran dunia sejak pertengahan

2010. Menurut BBC News pada 13 Mei 2011, inflasi di AS perlahan pada bulan April

2011 disebabkan oleh kenaikan harga yang lebih kecil dalam bahan api dan makanan.

Pihak Jabatan Buruh AS (2011) melaporkan bahawa kenaikan harga tenaga menyumbang

kepada lebih separuh daripada peningkatan tersebut. Harga petrol meningkat pada bulan

April 2011 berbanding tahun lalu. Harga makanan juga meningkat pada bulan April 2011.

Secara ringkasnya, kadar inflasi di Malaysia disebabkan kenaikan harga minyak dan

makanan manakala di AS disebabkan kenaikan harga minyak sahaja.

Pada tahun 2012, Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 1.7 peratus manakala

AS mencatatkan 2.1 peratus. Kadar inflasi di Malaysia rendah daripada kadar inflasi di

Page 22: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

15

AS pada tahun tersebut. Menurut Laporan BNM (2012), pada separuh pertama tahun

2012, inflasi menurun dengan ketara disebabkan keadaan bekalan makanan dalam negeri

yang lebih baik dan pengangkutan yang lebih rendah daripada jangkaan. Penurunan ini

juga disebabkan tekanan harga global yang lebih perlahan serta kesan asas daripada

inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2011. Menurut Laporan BNM 2012, perkembangan

inflasi keseluruhan di AS berubah seiring dengan turun naik dalam harga tenaga dan

komoditi, inflasi teras menjadi sederhana bagi keseluruhan tahun, menunjukkan ketiadaan

tekanan permintaan. Secara ringkasnya, kadar inflasi di Malaysia disebabkan keadaan

bekalan makanan dalam negeri yang baik dan pengangkutan yang rendah manakala di AS

disebabkan harga tenaga dan barang komoditi rendah.

Page 23: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

16

6.0 Cadangan

Inflasi sememangnya mendatangkan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara.

Berikut ialah beberapa cadangan tentang langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan di

negara Malaysia bagi mengatasi, mengawal atau menstabilkan inflasi.

Kerajaan perlu meluaskan kempen ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ bagi

mengatasi inflasi atau menstabilkan inflasi. Kempen ini perlu dijalankan setiap tahun

dengan melakukan promosi bagi semua jenis barangan tempatan. Dengan membeli

barangan tempatan, ia bukan sahaja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih

menggalakkan pembangunan industri tempatan. Rakyat mempunyai banyak pilihan

produk tempatan seperti barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan sehinggalah

kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Oleh itu, kerajaan dapat

mengurangkan aktiviti pengimportan. Contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Laporan

BNM 2006 bagi tahun 2006 di Malaysia, kos barangan import yang dikurangkan oleh

kerajaan menyebabkan nilai kadar pertukaran ringgit meningkat. Perkara ini

menunjukkan bahawa pengurangan aktiviti pengimportan dapat mengatasi masalah

inflasi.

Page 24: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

16

Bagi mengawal inflasi, harga barang ialah aspek penting yang perlu difokuskan oleh

kerajaan. Kerajaan perlu sentiasa melakukan pemantauan terhadap harga barangan

peruncit, peniaga, pengeluar dan sebagainya bagi mengawal harga barangan yang dijual

kepada pengguna. Harga barang yang perlu difokuskan ialah barang keperluan seperti

ayam, ikan, roti, minyak, bahan api dan sebagainya. Pemantauan ini dikuatkuasakan di

bawah Akta Kawalan Harga 1946 dan Peraturan Kawalan Bekalan 1961. Oleh itu, pihak

peniaga dan lain-lain tidak mudah mengenakan harga barangan yang tinggi kepada

pengguna pada bila-bila masa. Kuasa beli pengguna akan meningkat apabila pengguna

mampu beli sesuatu barangan terutamanya barangan keperluan. Contoh yang dinyatakan

pada tahun 2007 daripada Laporan Tahunan Perindustrian Kecil Sederhana BNM 2007 di

Malaysia, penyumbang utama kepada arah aliran inflasi yang menurun kepada 2 peratus

berbanding 3.6 peratus tahun sebelumnya ialah kenaikan harga dalam kategori makanan

dan minuman tidak beralkohol akibat banjir dan keadaan cuaca buruk. Hal ini

menjelaskan bahawa kuasa beli pengguna menurun akibat kenaikan harga barangan.

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan untuk mengatasi inflasi. Kerajaan perlu

mengurangan penggunaan wang dalam pemberian saguhati untuk penganjuran majlis

kerajaan yang membabitkan penjawat awam, mengurangkan penyediaan makanan dan

minuman semasa acara rasmi kerajaan, seminar, menutup suis lampu dan komputer

ketika tidak digunakan di suatu tempat dan sebagainya. Perkara ini dapat mengurangkan

perbelanjaan agregat dan mengurangkan permintaan agregat. Sebagai contoh di AS pada

tahun 2012, Laporan BNM 2012 menyatakan ketiadaan tekanan permintaan

menyebabkan kadar inflasi di negara tersebut menjadi sederhana. Hal ini disebabkan

harga guna tenaga dan barang komoditi rendah. Kadar inflasi di Malaysia ketika itu

disebabkan oleh keadaan bekalan makanan dalam negeri yang baik dan pengangkutan

yang rendah. Jelaslah bahawa harga guna tenaga dan harga barangan yang rendah akibat

kekurangan perbelanjaan kerajaan telah mengurangkan permintaan agregat. Hal ini dapat

menstabilkan kadar inflasi yang teruk. Sebagai bukti, kadar inflasi di Malaysia dan AS

menurun sedikit pada tahun 2012 berbanding tahun 2011 iaitu masing-masing

mencatatkan 3.2 peratus kepada 1.7 peratus dan 3.2 peratus kepada 2.1 peratus.

Page 25: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

17

Kerajaan harus meningkatkan aktiviti pengeluaran. Hal ini boleh dilakukan dengan

menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi terhadap pekerja terutamanya

graduan-graduan lepasan universiti, kolej kemahiran dan sebagainya. Kerajaan perlu

meningkatkan peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga buruh berpengetahuan serta

berkemahiran tinggi supaya banyak keluaran yang dihasilkan berkualiti yang seterusnya

dapat dieksport ke luar negara terutamanya sektor swasta yang sememangnya

mementingkan keuntungan dan kualiti. Hal ini dapat membangunkan ekonomi negara dan

meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat yang seterusnya dapat mengatasi

masalah pengangguran. Kadar pengangguran yang tinggi akan menyebabkan berlakunya

deflasi. Sebagai contoh, ekonomi AS kehilangan sebanyak 8.4 juta pekerjaan antara akhir

tahun 2007 hingga akhir tahun 2009 dan kadar pengangguran mencecah 10 peratus pada

bulan Disember 2009. Oleh hal yang demikian, AS mengalami deflasi manakala

Malaysia pula berada di tahap bawah 1 peratus. Di Malaysia pula, kos tenaga dan harga

pelbagai input berkaitan minyak yang lebih rendah menyebabkan pengeluar

mengurangkan harga jualan mereka. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan aktiviti

pengeluaran.

Page 26: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

18

Page 27: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

19

Penutup

Secara kesimpulannya, inflasi merupakan peningkatan harga yang berterusan secara

umum. Inflasi ialah faktor yang membolehkan kemelesetan ekonomi dan nilai wang

merosot di mana kuasa beli pengguna akan jatuh apabila tingkat harga umum meningkat.

Pelbagai sumber telah digunakan bagi menghasilkan kajian ini dengan jayanya. Kajian

mendapati bahawa negara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak lari dengan isu inflasi.

Arah aliran inflasi di Malaysia menunjukkan ketidakstabilan termasuk Amerika Syarikat

dari tahun 2006 hingga 2012. Kajian mendapati bahawa faktor majoriti yang

menyebabkan inflasi berlaku di Malaysia adalah disebabkan harga minyak dan makanan

yang mengalami turun naik dalam tempoh 7 tahun tersebut. Pemerhatian bagi kadar

inflasi bagi kedua-dua negara ini dalam tempoh 7 tahun majoritinya didapati kurang

daripada 4 peratus kecuali pada tahun 2008 di Malaysia di mana kadar inflasinya merosot

iaitu melebihi 4 peratus dan Amerika Syarikat pernah mengalami deflasi pada tahun

2009. Keadaan inflasi yang baik adalah di antara 3 hingga 4 peratus. Oleh itu, terdapat

beberapa langkah bagi penambahbaikan dan mengawal inflasi di negara Malaysia.

Sebagai sedia maklum, negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dan

akan menjadi negara maju menjelang Wawasan 2020 yang boleh menjadikan negara

Amerika Syarikat sebagai contoh atau ‘role-model’. Negara Amerika Syarikat merupakan

negara maju yang nilai wangnya tinggi dan banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh

negara dalam aktiviti jual beli. Oleh itu, pelbagai maklumat dapat dinyatakan berkaitan

dengan inflasi di negara Malaysia dan Amerika Syarikat. Kajian ini diharapkan dapat

memberi banyak manfaat dan rujukan kepada para pengkaji ekonomi, pelajar-pelajar,

pengurus syarikat, ahli-ahli perniagaan, pengguna, semua masyarakat dan generasi-

generasi yang akan datang.

Page 28: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

20

Senarai Rujukan

1) Nassrul Hakim Md Jani, 2009. 9 Naga Pemasaran. Selangor: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

2) Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Jabatan Perangkaan Malaysia (2005-2012), Indeks Harga Pengguna (2010=100).

Dicapai pada Jun 16, 2015, dari

https://www.statistics.gov.my/dosm/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia%

20me 20Series%202013/04Indeks_Harga_Pengguna.pdf

4) Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia (2008-2009), Persekitaran

Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi. Dicapai pada Jun 16, 2015, dari

http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0809/bab2.pdf

5) The World Bank (1980-2014), Kadar Inflasi Tahunan, Malaysia dan

Amerika Syarikat. Dicapai pada Jun 18, 2015, dari

http://data.worldbank.org/indicator/FP.CPI.TOTL.ZG

Page 29: Contoh Tesis Ekonomi STPM 2015

21

6) Utusan Online (2009), Kadar Inflasi Negara Menurun 0.2 Peratus. Dicapai pada

Jun 16, 2015, dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0521&sec=Dalam_

Negeri&pg=dn_30.htm

7) BBC News Online (2007), Kadar Faedah Amerika Syarikat Memegang 5.25

Peratus. Dicapai pada Jun 18, 2015, dari

http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/6318671.stm