Contoh Ppa

35
PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES PENGHARGAAN Asalamualaikum w.b.t. Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda. Syukur kita kepada hadrat illahi dengan limpah dan kurniaaNya dapatlah sekali lagi saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit kerana telah memberi kelulusan kepada saya untuk melibatkan diri dan merasai suasana sebenar di Pejabat Kesihatan Daerah atau dilapangan yang mana ia sekali gus dapat memberi banyak ilmu pengetahuan malah dapat juga mengajar saya lebih berdisiplin dan menghormati sama ada berinteraksi dengan aggota Pejabat Kesihatan Daerah ataupun masyarakat sekeliling. Ribuan terima kasih juga kepada PPKP U32 En Haji Yusof selaku penyelia / preceptor kanan dan PPKP Unit Vektor En Mohd Hanip di atas keprihatinan dan tunjuk ajar beliau semasa saya berada di Pejabat Kesihatan Daerah dengan penuh keikhalasannya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada PPKP, PKA dan semua kakitangan unit vektor daerah Kota Bharu krana telah banyak membantu dan menolong kami dalam melaksanakan tugas serta memberi ilmu pengetahuan kepada kami tentang tugas T2S1 KKABR 3043 1

description

haha

Transcript of Contoh Ppa

Page 1: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

PENGHARGAAN

Asalamualaikum w.b.t.

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda. Syukur kita kepada hadrat illahi dengan

limpah dan kurniaaNya dapatlah sekali lagi saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit kerana telah memberi kelulusan

kepada saya untuk melibatkan diri dan merasai suasana sebenar di Pejabat

Kesihatan Daerah atau dilapangan yang mana ia sekali gus dapat memberi

banyak ilmu pengetahuan malah dapat juga mengajar saya lebih berdisiplin dan

menghormati sama ada berinteraksi dengan aggota Pejabat Kesihatan Daerah

ataupun masyarakat sekeliling.

Ribuan terima kasih juga kepada PPKP U32 En Haji Yusof selaku

penyelia / preceptor kanan dan PPKP Unit Vektor En Mohd Hanip di atas

keprihatinan dan tunjuk ajar beliau semasa saya berada di Pejabat Kesihatan

Daerah dengan penuh keikhalasannya.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada PPKP, PKA dan semua kakitangan

unit vektor daerah Kota Bharu krana telah banyak membantu dan menolong

kami dalam melaksanakan tugas serta memberi ilmu pengetahuan kepada kami

tentang tugas utama Pembantu Kesihatan Awam (PKA),samada di Pejabat

Kesihatan Daerah, dilapangan dan Klinik Kesihatan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan Unit Vektor

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu diatas kerjasama dan keprihatinan

dengan mengorbankan masa dan memberi tunjuk ajar dan sokongannya

sehingga ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kolej Kesihatan

Awam Batu Rakit dan semua warga kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota

Bharu samada secara langsung dan tidak langsung.

Sekian, terima kasih

T2S1 KKABR 30431

Page 2: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

PENGENALAN

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi

masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun

kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam

denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di

kebanyakan negara hari ini.Penyakit deman denggi dan denggi berdarah ini

sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk

Aedes aegypti dan Aedes albopictus dan penyakit ini amat ditakuti dan digeruni

rakyat di seluruh rakyat Malaysia.Kajian jentik-jentik dilakukan disebabkan kes

demam denggi semakin meningkat diseluruh negara

Antara penyebab kes demam denggi berlaku ialah disebabkan ketidak

perihatinan masyarakat tentang kebersihan alam sekeliling. Ini menyebabkan

berlakunya tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara tempat-tempat

pembiakanya ialah seperti tayar buruk, pasu bunga, tin-tin kosong dan bekas-

bekas yang boleh menakung air yang menyokong untuk pembiakan nyamuk .

Tujuan kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan risiko kes

demam denggi dan disamping itu boleh juga menghapuskan tempat-tempat

pembiakanya dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya

demam denggi pada hari ini dan mengubah tingkah laku masyarakat agar

bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan alam sekeliling.

Dalam kajian ini kami dari pasukan bakas 7 telah ditugaskan untuk

menjalankan kajian jentik-jentik di Jalan Hospital Berek 12 Kota Bharu Kelantan

kerana didapati kes demam denggi telah berlaku disitu.Tempat ini adalah salah

satu kawasan wabak denggi di sekitar Daerah Kota Bharu. Dalam kajian ini

terdapat satu rumah kediaman yang positif dan prosedur mengambil jentik-jentik

telah dilakukan.

T2S1 KKABR 30432

Page 3: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Dapat mengenali atau menggunakan peralatan yang diguna semasa

menjalankan kajian jentik-jentik Aedes disesuatu lokaliti yang

menyebabkan pembiakan jentik-jentik Aedes. Memberi pendedahan

mengenai prosedur kerja kajian yang betul terutama semasa menjalankan

aktiviti kajian jentik-jentik Aedes.

Dapat mempelajari bagaimana cara-cara atau prosedur bila berhadapan

dengan golongan masyarakat atau individu bila menjalankan kajian jentik-

jentik Aedes dan bagaimana berhadapan dengan masalah penyakit yang

disebabkan oleh nyamuk Aedes.

Dapat mengetahui tentang spesis nyamuk yang boleh mengakibatkan

penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah.

Dapat mengenali borang-borang atau dokumen-dokumen mengenai

aktiviti kajian jentik-jentik Aedes.

Dapat mempelajari cara pengisian borang kajian jentik

OBJEKTIF KHUSUS

Memastikan supaya kes demam denggi dan denggi berdarah dapat di

kurangkan kepada tahap yang lebih rendah dengan cara berperingkat-

peringkat pada tahun demi tahun.

Mengenalpasti tempat-tempat pembiakan spesis nyamuk Aedes yang

boleh membawa kepada penyakit demam denggi.

Memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang bahayanya

penyakit demam denggi melalui pendidikan kesihatan.

Untuk mengira atau mengetahui peratus Aedes Indeks dan Breateu

Indeks.

T2S1 KKABR 30433

Page 4: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

MAKLUMAT KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Berek 12 jalan hospital merupakan salah sebuah tempat kediaman

masyarakat terdiri daripada rumah kedai,rumah teres, dan rumah banglo di

daerah Kota Bharu yang terletak hampir dengan Bandar Kota Bharu iaitu ibu

Negeri Kelantan. Tempat ini terletak kira-kira 3km dari pusat Bandar Kota Bharu

merupakan salah sebuah kawasan bandar di Kota Bharu.

Kedudukan tempat ini yang agak padat dengan tempat-tempat

kediaman dan kedai penduduk disitu terdiri daripada golongan berniaga. Tempat

ini yang agak hampir dengan jalan raya besar dan begitu ramai masyarakat

yang menggunakan jalan ini. Ini kerana masyarakat dan penduduk disini

mencari rezeki dengan berniaga untuk menyara kehidupan mereka. Tidak semua

juga penduduk di sini berniaga ada juga bekerja di tempat kerajaan dan swasta.

T2S1 KKABR 30434

NO KES: (KB 897 )

PASUKAN: BAKAS 7

TARIKH: 02/07/2008

MASA: 9.30 A.M

ALAMAT/: BEREK 12 JALAN HOSPITAL 15200 KOTA BHARU LOKALITI KELANTAN

BERSAMA: ZAINAL ABIDIN BIN ALI (PKA) MAT YAACOB BIN AHMED (PRA) MOHD ROZIDI BIN IBRAHIM (PELATIH PKA)

Page 5: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Hampir 98% penduduk disini beragama islam dan selebihnya beragama

budha. Tempat ini juga banyak kemudahan awam yang disediakan malah tempat

ini amat hampir dengan hospital besar kerajaan, lebih kurang 0.8km dari tempat

ini.Tempat ini merupakan salah sebuah kampung atau bandar di bawah

tanggungjawab Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

Oleh itu jika berlaku sebarang wabak penyakit khasnya demam denggi

dan denggi berdarah, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu khasnya

Unit Vektor menjadi tanggungjawabnya untuk menjalankan pemeriksaan Aedes

yang mana bertujuan untuk mencegah penyakit ini agar tidak merebak menjadi

satu lokaliti yang berwabak serta memberi pendidikan kesihatan kepada

penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan sekitar premis masing-masing

agar pembiakan nyamuk Aedes dapat di hapuskan dengan serta merta.

T2S1 KKABR 30435

Page 6: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

DATA DAN MAKLUMAT DI PEJABAT

Bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Jun 2009, saya pelatih

Pembantu kesihatan Awam pengambilan julai 2007 dari Kolej Kesihatan Awam

Batu Rakit Terengganu, telah ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota

Bharu (PKDKB) selama setahun untuk tujuan menjalani kursus latihan Praktis

dan Klinikal secara profesional dan bersistematik.

Penempatan pertama yang bermula pada Julai dan berakhir pada Ogos

2008 ini telah menempatkan saya di Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor

(KPBV) ini kerana kes wabak Demam Denggi semakin meningkat di Daerah

Kota Bharu. Bertarikhkan pada 02 Julai 2008 bersamaan dengan hari Rabu dan

baru hari kedua saya berada di Unit ini telah di beri kesempatan dan

membenarkan saya mengikut satu gerak kerja bersama dengan kakitangan unit

Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk menjalankan satu kajian

jentik-jentik Aedes yang mana lokaliti ini telah berlaku satu wabak kes demam

denggi.

Sebelum gerak kerja dijalankan satu taklimat ringkas telah diadakan

bagi perlaksanaan sesuatu kerja di capai dengan lebih berkesan dan mencapai

matlamat dan bersistematik. Lebih kurang jam 8.30am semua kakitangan

khasnya Pembantu Kesihatan Awam dari unit KPBV telah diarahkan supaya

berkumpul di bilik gerakan denggi bagi mendengar taklimat ringkas yang

disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) En

Nik Li Bin Mustapha. Taklimat yang disampaikan adalah yang berkaitan dengan

pembahagian tugas mengikut pasukan yang telah ditetapkan tempat-tempat atau

lokaliti untuk membuat pemeriksaan kajian jentik-jentik Aedes dan dibahagikan

kepada 6 kumpulan besar yang mana satu kumpulan terdapat dua hingga tiga

pulak kumpulan kecil.

Beliau juga menegaskan atau mengingatkan kepada kumpulan supaya

peralatan untuk pemeriksaan jentik-jentik Aedes perlu di pastikan lengkap

sebelum ke sesuatu lokasi ini kerana untuk mengelakan daripada cacat-cela dari

T2S1 KKABR 30436

Page 7: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

sesuatu pemeriksaan,dan serta gerak kerja hendaklah mengikut prosedur yang

betul dan harus berhati-hati ini bertujuan bagi mengelakan perkara yang tidak

diingini berlaku di lokasi. Setelah taklimat selesai aktiviti kajian jentik-jentik Aedes

mula dijalankan dengan menyediakan peralatan kelengkapan. Senarai semak

peralatan digunakan bagi memastikan tiada sebarang peralatan yang tertinggal

sebelum operasi dijalankan. Peralatan kelengkapan adalah seperti berikut:

1. Kad kuasa

2. Borang-borang berkaitan seperti

Borang perakuan pungutan larva nyamuk dari premis

Borang kajian jentik-jentik Aedes

Borang laporan harian aktiviti kawalan wabak denggi

Borang perakuan mengambil bekas atau barang dari

premis

Borang pelan lokasi premis

3. Lampu suluh

4. Bateri

5. Kamera

6. Filem

7. Pipet

8. Botol universal

9. Lak rasmi KKM

10.Pita ukur

11.Klip board

12.Beg peralatan

13.Abate 1% s.g

14.Label

15.Risalah denggi dan risalah semburan fogging

T2S1 KKABR 30437

Page 8: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

DI LAPANGAN

Pada jam 9.30am semua warga unit vektor yang terlibat dalam kajian

jentik-jentik berkumpul di pekarangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

(PKDKB) sementara menunggu kenderaan jabatan tiba, dan ada juga waraga

unit vektor pergi dengan kenderaan sendiri.

Saya Mohd Rozidi Bin Ibrahim pelatih PKA 1/2007 dan kumpulan yang

saya ikuti ialah kumpulan Bakas 7 bersama pasukan Bakas 7 yang di ketuai oleh

PKA En. Zainal Abidin Bin Ali dan PRA En. Mat Yaacob Bin Ahmed, pergi

dengan kenderaan sendiri kerana lokasi kami agak dekat lebih kurang 3km dari

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu. Perjalanan ke lokasi yang di tetapkan

mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dari PKDKB. Setelah tiba di lokasi

kes pada jam 9.45am saya dan anggota kumpulan memilih tempat yang strategik

untuk meletak kenderaan kami bagi mengelakan kecurian berlaku dan perkara

yang tidak di ingini berlaku.Setelah siap meletakan kenderaan kami.

Kami semua terus ke lokasi yang telah ditetapakan semasa taklimat oleh PPKPK

pada pagi tadi. Dengan tidak melengahkan masa kami semua terus memulakan

kerja-kerja kajian jentik-jentikdari satu premis ke satu premis kediaman. Prosedur

kerja dijalankan dengan memperkenalkan diri dan menunjukan kad kuasa

kepada pemunya premis yang berada semasa lawatan dan menyatakan tujuan

sebenar kedatangan kami.

Pemeriksaan dijalankan keatas 27 buah rumah kediaman dan hasilnya

mendapati satu buah premis yang kediamanya di dapati positif (+ve).

T2S1 KKABR 30438

Page 9: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Data-data kes tersebut seperti di bawah:

Nama: Pn Sakinah Binti Ismail

No i/c: 650830-03-5486

Alamat: 4477 Jalan Hospital 15200 Kota Bharu Kelantan

Tempat pembiakan: Dalam bekas pencedok air ( warna merah)

jentik-jentik

Tarikh: 02-07-2008

Masa: 10:21 a.m

Larva tersebut telah di pungut dengan menggunakan pipet dan di

masukan ke dalam botol universal untuk tujuan spesimen kajian di makmal. Satu

kompaun telah di keluarkan di lokaliti berkenaan. Peta lakar tempat pembiakan

dilukis bagi bahan bukti. Kad pengenalan pemilik larva tersebut di minta untuk

tujuan diisi ke dalam borang perakuan pungutan larva nyamuk dan borang

kompaun. Penemuan kajian dan keputuasan analiasa yang dapat di buat disitu

menunjukkan 50% larva tersebut menunjukan larva nyamuk Aedes kerana ia di

jumpai dalam air bersih dan berada di tempat yang redup dan pengerakan larva

berbentuk huruf S ini boleh mengaitkan dengan ciri-ciri larva Aedes dan tempat

nyamuk Aedes bertelur dan membiak.

T2S1 KKABR 30439

Page 10: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

BERIKUT ADALAH PROSEDUR YANG DI JALANKAN DI

PREMIS BERKENAAN

PERINGKAT SEMASA

1. Memberi salam dan memperkenalkan diri dengan menunjukan kad kuasa

kepada pemilik premis berkenaan ( yang umur 18 tahun ke atas ) serta

menyatakan tujuan utama kedatangan pihak PKDKB.

2. Meminta kebenaran untuk memasuki dan memeriksa premis.

3. Menjalankan pemeriksaan bersama pembantu dan pemunya premis di

luar dan didalam premis.

4. Jika terdapat pembiakan, tunjukan tempat pembiakan kepada penduduk

atau pemunya premis berkenaan.

5. Ambil gambar tempat pembiakan tersebut (kamera digital tidak digalakan

kerana hasil gambarnya tidak diterima sebagai bahan bukti di makhamah.

6. Tunjukan botol kosong dan pipet kosong kepada pemunya premis

sebelum kerja memungut larva di jalankan.

7. Pungut sejumlah ( 3-5 ) ekor larva dan masukan kedalam botol universal

dan tunjukan kepada pemunya premis bersama pembantu.

8. Tutup botol universal dan lakkan dengan lak rasmi KKM bagi mengelak

sebarang penipuan dan meminta kad pengenalan daripada pemunya

premis untuk diisi kedalam borang perakuan pungutan larva nyamuk.

9. Mengisi borang perakuan pungutan jentik-jentik dalam 2 salinan sebagai

barang kes dan menyerahkan satu salinan kepada pemunya

10.Menyediakan peta lakar tempat pembiakan dan premis.

T2S1 KKABR 304310

Page 11: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

DATA-DATA YANG DIPEROLEHI

Bilangan rumah yang dilawati : 27 buah rumah

Bilangan rumah yang di periksa : 22 buah rumah

Bilangan rumah kosong : 1 buah rumah

Bilangan rumah yang berkunci : 4 buah rumah

Bilangan rumah yang positif : 1 buah rumah

Bilangan bekas yang positif : 1 bekas

Aedes indeks = Bilangan rumah yang positif X 100%

Bilangan rumah yang di periksa

= 4.54%

Breteu Indeks = Bilangan bekas yang positif X 100%

Bilangan rumah yang di periksa

= 4.54%

MASALAH SEMASA PEMERIKSAAN DIJALANKAN

Terdapat premis-premis kediaman yang berkunci kerana penghuninya

bekerja semasa pemeriksaan Aedes dijalankan.

Terdapat juga pemilik yang enggan bekerjasama dengan kakitangan

pejabat kesihatan.

Terdapat juga premis kosong yang tidak berpenghuni

Tiada orang dewasa semasa pemeriksaan di jalankan.

T2S1 KKABR 304311

Page 12: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH SEMASA

PEMERIKSAAN JENTIK-JENTIK DI JALANKAN

1. Menjalankan mopping-up di waktu petang bagi mengelakan

penghuni tiada di rumah dan rumah berkunci, dan di buat ketika

penghuni pulang dari tempat kerja.

2. Mengenal pasti tuan punya rumah kosong dan meminta beliau

membersihkan kawasan sekitar premis bagi mengelakan

terjadinya tempat pembiakan nyamuk aedes.

3. Sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan yang berpontensi menjadikan tempat pembiakan

nyamuk aedes serta memberi pendidikan kesihatan kepada

masyarakat tentang bahayanya nyamuk Aedes

4. Memupuk masyarakat agar bersikap tanggungjawab dan saling

bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan dalam

menjalankan pemeriksaan aedes ini kerana adalah salah satu

langkah bagi mengurangkan wabak denggi di sekitar daerah

berkenaan

5. Memberi tunjuk ajar dan pendidikan kesihatan kepada

masyarakat dengan lebih mendalam lagi bagi tujuan untuk

mengubah tingkah laku dalam menjaga kebersihan kawasan

tentang tempat-tempat yang berpontensi mejadi tempat

pembiakan nyamuk Aedes dan bahayanya penyakit demam

denggi pada masa kini.

T2S1 KKABR 304312

Page 13: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

KESIMPULAN

Daripada pemeriksaan yang telah di jalankan, saya sebagai seoarang

pelatih PKA dapat mengetahui peranan sebenar dan tugas sebagai seoarang

Pembantu Kesihatan Awam dalam tugas pemeriksaan kajian jentik-jentik dalam

unit vektor dan dapat mengetahui serba sedikit halangan-halangan yang akan

timbul semasa melakukan kajian jentik-jentik Aedes. Disamping iti juga dapat

mempelajari mengisi borang-borang yang berkaitan dengan kajian jentik-jentik

Aedes dan mengenali kelengakapan alat dalam pemeriksaan kajian jentik-jentik

dan dapat mengetahui kawasan-kawasan yang berpontensi menjadi tempat-

tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu juga pemunya premis dapat mengetahui dengan lebih

mendalam tentang bahayanya penyakit demam denggi dan denggi berdarah

melaui pendidikan kesihatan yang di sampaikan oleh kakitangan Pejabat

Kesihatan serta dapat mengubah tingkah laku masyarakat dan memberi

kesedaran kepada pemunya-pemunya premis ke tahap yang lebih tinggi lagi bagi

mengurangkan populasi wabak demam denggi di sekitar daerah dan negeri-

negeri yang dilanda penyakit ini.

T2S1 KKABR 304313

Page 14: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Semasa menjalankan aktiviti kajian pemeriksaan aedes, jika didapati terdapat

tempat pembiakan nyamuk di temui Pihak Pejabat Kesihatan terpaksa

mengambil larva jentik-jentik tersebut untuk dikaji samada larva tersbut

adalah jenis Aedes, Mansonia, Anopheles ataupun Culex dan sebagainya.

Gambar di lampiran menunjukan larva jentik-jentik yang siap diambil dari

premis dan dimasukan kedalam botol universal. Pada botol tersebut telah

dilekatkan dengan pelekat atau stiker, contoh larva nyamuk yang mana pada

pelekat tersebut terdapat:

butiran-butiran diri dari pemunya larva berkenaan,

tarikh

masa diambil

jenis bekas

nama pegawai yang mengambil larva

Pada penutup botol universal itu juga telah dilekatkan dengan pelekat Lak

rasmi KKM. Larva jentik-jentik tersebut akan di uji di makmal bagi mengenal

pasti spesisnya.

T2S1 KKABR 304314

Page 15: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

T2S1 KKABR 304315

Page 16: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Beberapa contoh tempat pembiakan nyamuk aedes yang di kenal pasti

T2S1 KKABR 304316

Page 17: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Contoh larva yang diambil ketika menjalankan kajian jentik-jentik untuk di

bawa ke makmal bagi mengenal pasti jenis spesisnya dengan pemerhatian

di bawah miskroskop

T2S1 KKABR 304317

Page 18: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Kerja mengenal pasti jentik-jentik dilakukan dengan pemerhatian di bawah

miskroskop bagi melihat jenis spesisnya, yang diambil ketika membuat

kajian jentik-jentik di lokaliti.

T2S1 KKABR 304318

Page 19: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Alat-alat dan contoh tempat-tempat untuk meletakan bekas ovitrap iaitu di

dalam rumah dan di luar rumah ketika memelakukan kerja ovitrap bagi

mengetahui jumlah kepadatan nyamuk Aedes dikawasan wabak atau

lokaliti yang telah di tetapkan.

T2S1 KKABR 304319

Page 20: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Semburan fogging semburan ULV

Semburan parit malaria Pakaian dan alat-alat keselamatan

T2S1 KKABR 304320

Page 21: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Abate 1% s.g Semburan mini gas fog 12-110

Pakaian keselamatan, alat-alat semburan dan racun bagi mengawal

pembiakan nyamuk Aedes dan membunuh nyamuk dewasa.

T2S1 KKABR 304321

Page 22: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Aktiviti kerja gotong-royong oleh masyarakat besama kakitangan Jabatan

Kesihatan memainkan peranan penting bagi mengawal tempat-tempat

pembiakan nyamuk Aedes di kawasan wabak.

Bancuhan racun dalam aktiviti-aktiviti semburan

Racun Reslin

10/10

Malathion

96% TG

A Resigen

EW /

Resigen EC

Sumithion

L40S

Pelarut Disel Disel Air /

Disel

Disel

Nisbah

Bancuhan

1 : 50 1 : 25 1 : 50 /

1 : 300

1 : 20

Kadar

Campuran

20 ml

Reslin

+

1 liter

disel

40 ml

Malathion

+

1 liter disel

20 ml /

3 ml

Resigen

+

1 liter disel

/ air

50 ml

Reslin

+

1 liter disel

Ingredien

Larutan

2 % 4 % 0.3 % 5 %

T2S1 KKABR 304322

Page 23: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

Akhir

Racun Abate

1 % SG

Abate 500EC Vactobac 12 AS Sumithion

50EC

Pelarut - Air Malathion 96 % TGAir

Nisbah

Bancuhan

- 1 : 1000 9 : 1 1 : 10

Kadar

Campuran

10 gm Abate

1 % SG

+

20 gelen air

1 ml Abate

500E

+

1 liter air

36 liter Vactobac

+

4 liter Malathion

96% TG

10 ml

Sumithion

50EC

+

1 liter air

T2S1 KKABR 304323

Page 24: Contoh Ppa

PROSEDUR KAJIAN JENTIK-JENTIK AEDES

T2S1 KKABR 304324