Contoh Dokumen
Transcript of Contoh Dokumen
1
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
PERKHIDMATAN TV STREAMMING SECARA SEWAAN
BAGI TEMPOH DUA BELAS (12) BULAN
Untuk
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
TARIKH PELAWAAN
3 NOVEMBER 2016 (RABU)
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
7 NOVEMBER 2016 (ISNIN)
DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL
NOMBOR SEBUT HARGA: 19/2016
2
ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
1. Kenyataan Tawaran
1.1 Sebut Harga Perkhidmatan TV Streamming Secara Sewaan bagi tempoh dua
belas (12) bulan adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di bawah salah satu kod bidang seperti berikut:
Kod Bidang
210101 Peralatan/Kelengkapan Komputer : Personal Computer and Related Peripheral and Services; ATAU
210201 Peralatan Perhubungan: Communication Device; ATAU
210104 Perisian/Perisian : Software Product and Services; ATAU
210105 Peralatan/Kelengkapan Komputer : Other computer related services
1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan
Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.
1.3 Tarikh Tutup
1.3.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 7 November 2016 (Isnin) sebelum
atau pada jam 12.00 tengah hari
1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
2. Dokumen Sebut Harga
Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-lampiran
seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.mampu.gov.my.
3. Penyerahan Dokumen Tawaran Sebut Harga
3.1 Penyebut harga WAJIB menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga (Lampiran
1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:
3
3.2 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan
secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Perolehan)
3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran
Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
4. SYARAT-SYARAT AM Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma
yang ditetapkan apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat
dan terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan
dipertimbangkan.
JADUAL 1
Lampiran 1 Borang Tawaran Harga
Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa
Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga
Lampiran 6
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Wajib);
Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);
Penyata bank satu bulan yang terkini (September 2016/Oktober 2016) (Wajib); dan
Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Jika Ada)
4
4.3 Pembiayaan
Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan
penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan bertanggungjawab
di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.
4.4 Keperluan Penyertaan Sebut Harga
4.4.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi
komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber
manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri
4.4.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk
kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.
4.5 Tempoh Sahlaku Tawaran
4.5.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup
sebut harga;
4.5.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,
MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan
dan jawapan akan dilakukan secara bertulis
4.5.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau
diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk
melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.
4.6 Penyebut harga Yang Berjaya
4.6.1 Penyebut harga yang berjaya perlu untuk menandatangani Surat Setuju
Terima (SST) dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Surat
Setuju Terima dikeluarkan dan satu dokumen kontrak boleh disediakan oleh
Kerajaan bersama Penyebut harga yang berjaya.
4.6.2 Bila mana kontrak dipersetujui untuk disediakan, penyebut harga yang
enggan menandatangani kontrak yang telah disetuju terima atau yang
menarik balik tawaran sebelum tawaran dipertimbangkan atau menolak
tawaran setelah tawaran dibuat atau tidak meneruskan perbekalan perlu
dikenakan tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut:-
5
a. Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;
b. Lima (5) tahun bagi kesalahan kedua;
c. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya;
d. Senarai syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya akan diedarkan
untuk perhatian semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun dari
semasa ke semasa. Bagi syarikat yang dibatalkan pendaftaran, nama
pengarah-pengarah termasuk pemegang saham terbesar akan turut
disenaraihitamkan.
4.6.3 Penyebut harga yang berjaya perlu melaksanakan aktiviti pembekalan,
penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan perkakasan dan
perisian yang ditawarkan sehingga dapat beroperasi sepenuhnya dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima Tawaran.
Sekiranya pihak Penyebut harga yang berjaya GAGAL berbuat demikian,
tawaran yang diserahkan akan DIBATALKAN
4.6.4 Bila mana kontrak dipersetujui untuk disediakan, penyebut harga yang
berjaya perlu menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan. Sementara
dokumen perjanjian diuruskan dan dirasmikan, Surat Setuju Terima Tawaran
dan dokumen eBidding ini perlulah menjadi kontrak yang mengikat antara
Kerajaan dan Penyebut harga. Walau bagaimanapun Kerajaan boleh
memanggil Penyebut harga yang berjaya melalui mesyuarat atau
perbincangan bagi menyediakan syarat-syarat kontrak sebagai tambahan
kepada syarat-syarat yang dilampirkan. Sekiranya demikian, syarat-syarat
tambahan atau yang diubahsuai itu tidaklah boleh disifatkan sebagai
dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada Penyebut harga
menyatakan syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu adalah
diterima.
4.6.5 Apabila dipersetujui, maka satu kontrak disifatkan sebagai telah dibuat di
antara Kerajaan Malaysia dengan Penyebut harga mengikut syarat-syarat
kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang
diubahsuai yang tersebut itu, jika ada) dan tiadalah apa-apa perjanjian atau
syarat lain walau dari apa jenis boleh disifatkan sebagai termasuk dalam
kontrak itu.
4.7 Harga Tawaran
4.7.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang
berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran, cukai atau
6
duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan pembekalan yang
ditawarkan.
4.7.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama
dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut
harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan
berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.
4.7.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara
elektronik sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta
atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam
Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem eP.
4.8 Publisiti
Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam
sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan / media massa
kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.
4.9 Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut
harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia
sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul
mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
4.10 Hak Menerima Atau Menolak
4.10.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan
membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada
bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa
tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa
memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab
demikian kepada penyebut harga yang terlibat.
4.10.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga
sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah
atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.
7
4.10.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga
yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun.
Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan
untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga.
4.9 Penyediaan kontrak
4.9.1 MAMPU akan mengeluarkan surat setuju terima kepada penyebut harga
yang berjaya dilantik.
4.9.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah
dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut harga.
4.10 Penamatan Kontrak
MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila
masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut
harga mengikut perjanjian.
4.11 Pembetulan Kesalahan
4.11.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebut
harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan
sama sekali.
4.11.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga
ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:-
a. Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan
perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira.
b. Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang didapati
daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang
dicatitkan akan diambilkira.
c. Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh IPN
mengikut prosidur di atas bagi pembetulan kesalahan dan penyebut
harga adalah terikat atas perubahan ini.
4.12 Hak Milik dan Deliverables
8
4.12.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak
boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain tanpa
kebenaran MAMPU.
4.12.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja
disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4.13 Rasuah
4.13.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).
4.13.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai
polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan
suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694).
4.13.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694).
4.13.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4.14 Integrity Pact
Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat
yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat
Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan
9
Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah
seperti di LAMPIRAN 4.
4.15 Pertanyaan
Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen
sebut harga boleh merujuk kepada:
i. Encik Badrul Hisham bin Abu Bakar
No. Tel : 03-8872 3073
ii. Encik Mohd Hafedzy bin Mohd Nasir
No. Tel : 03-8892 7452
10
LAMPIRAN 1
BORANG TAWARAN HARGA
Spesifikasi Perkhidmatan TV Streamming bagi tempoh dua belas (12) bulan secara sewaan
SPESIFIKASI
KETERANGAN PRODUK/
PENYELESAIAN YANG
DITAWARKAN
KUANTITI HARGA SEUNIT
HARGA (RM)
1. Perkhidmatan TV Streamming bagi tempoh dua belas (12) bulan secara sewaan
Merangkumi: i. Sistem TV Tuner
ii. Sistem TV Decoder
iii. Sistem Video Encoder
2. Support Service (1-Year)
i. 8.30am – 5.30pm unlimited
phone/email/web support and
remote
troubleshooting/consultation
(working days)
ii. Onsite troubleshooting
(8.30am – 5.30pm working
days)
iii. 4-hours response onsite visit
for critical servers incident
(Unlimited)
3. Preventive Maintenance (4 kali
setahun)
4. Administrator Training
1 Lot
HARGA SEWAAN SEBULAN (TANPA 6% GST)
HARGA KESELURUHAN SEWAAN UNTUK 12 BULAN (TANPA 6% GST)
RINGGIT MALAYSIA :
11
LAMPIRAN 2
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual
ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebut Harga
berkenaan tidak dipertimbangkan.
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
A. Spesifikasi Umum
1 Tempoh Lesen selama dua belas (12) bulan
M
2 Real time multichannel streamer, integrated RF receiver, and transcoder yang direka khas untuk menerima pancaran satellite and terrestrial RF signals termasuk SDI Video input/s
M
3 Boleh melaksanakan stream sehingga melebihi 1,000 RTMP, DASH or HLS secara serantak
M
4 Boleh menerima transport streams dengan beberapa kaedah dan seterusnya melaksanakan transcodes menjadi H.264 atau H.265 secara opsyen, dan meng”outputs”kannya ke rangkaian IP (IP network)
M
5 Boleh menerima transport streams, demultiplexes the requested services dan men”streams” perkhidmatan berkenaan menggunakan UDP, RTP, RTMP, RTSP, DASH, Adaptive streaming, atau HTTP via IP networks sama ada IP multicast or IP unicast streams
M
6 Selects all required PIDs and multiplexes the demultiplexed transport stream packets into IP packets
7 Provides PID filtering of all unwanted traffic, increasing system performance and the number of channels which can be transmitted per unit
M
B. Spesifikasi Terperinci
1 Menyokong HTTP adaptive Smooth dan Live streaming protocol untuk peralatan
M
12
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
mobile
2 Inputs: Simultaneous choices from HD-SDI, SDI, DVB-S-S2, Encrypted DVB-S-S2, 8VSB, QAM (digital or analog), DVB-C,DVB-T+T2, DVB-ASI, ISDB-Tb, DTMB, Analog (CVBS), atau GigE dan IP (H.264, MPEG-2, or VC-1)
M
3 Outputs: Simultaneous SDI, HD-SDI, IP, or ASI
M
4 IP output protocols: UDP, RTP, RTSP, RTMP (Open Flash), HTTP, with DLNA support
M
5 Supports logo insertion and text overlay on outputs
M
6 Performs AES-128 encryption M
7 Optional built-in server supports 1,000+ simultaneous HLS, DASH, and/or RTMP users
8 Transcoding bit rates: .1 to 15 Mbps M
9 Resolutions: QHD, H.264up, SQVGA, QCIF, QVGA, CIF, or any custom size up to 1080p. Also supports all computer resolutions.
M
10 Transcodes up to 15 720p60 HD streams, or 10 1080i/p HD streams, or 40 SD streams from MPEG-2 to H.264, or vice-versa
M
11 Menyokong Variable Bit Rate (VBR) encoding maximizes adaptive streaming video quality and bandwidth efficiency
M
12 - Tested to work with Atlas™, Wowza®, and Adobe® Flash® media servers
- Tested to work with Akamai, Tulix, Edgecast, etc. CDN's
M
13 Tested compatible with major brands of IP devices including Amino™, Roku®, Dune HD™, Telergy, Android™, and Apple iPad® and iPhone®
M
14 Menyokong jenis-jenis Audio: AAC, Embedded pass-through, Ogg Vorbis, MPEG-1 Layer II, optional MP3, and/or optional “SurCode for Dolby Digital” AC-3
M
15 Based on embedded Linux® M
16 Redundant power supply
13
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
Penyebutharga perlu melaksanakan khidmat seperti berikut bagi MAMPU:
1 Installation and complete configuration of the system
M
2 Ground installation and complete configuration DVB-T2 and Video Ingest
M
3 To setup configurable and sample setup for MAMPU Streaming platform
M
4 Penyebutharga mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman mengendalikan penyelesaian yang ditawarkan. Sila kemukakan senarai pengalaman.
M Ya
5 Kesemua perkhidmatan berkaitan hendaklah hanya dijalankan oleh kakitangan teknikal penyebutharga yang bertauliah dalam pengendalian perisian ditawarkan. Sila kemukakan Carta Organisasi projek, senarai kakitangan teknikal serta sijil pentauliahan.
M Ya
6 Prepare Final Acceptance Test (FAT)/User Acceptance Test (UAT) upon completion
M Ya
H. Perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan/Preventive Maintenance (PM) Berkala
1 Keperluan kekerapan : 4 kali setahun M
2 Sila kemukakan cadangan jadual penyelenggaraan dalam bentuk Gantt Chart.
M
3 Penyebutharga perlulah mengeluarkan laporan Preventive Maintenance (PM) dan diserahkan kepada MAMPU dalam tempoh 1-minggu selepas setiap kali penyelenggaraan disempurnakan.
M
I. Khidmat Sokongan & Meja Bantuan
Penyebutharga perlulah memberi khidmat sokongan dan mempunyai kemudahan meja bantuan seperti berikut di sepanjang tempoh kontrak :
1 Pembekal mesti mempunyai Sistem Helpdesk dan Pelan Perkhidmatan Penyelenggaraan yang lengkap.
M
2 Khidmat sokongan yang ditawarkan hendaklah meliputi hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang
M
14
No Spesifikasi Mandatori Pematuhan
(Ya/Tidak)
Keterangan
Penyebutharga
3 Sila kemukakan cadangan support procedure (flow chart) atau deraf Service Level Agreement (SLA) yang menyatakan dengan jelas respon masa dan saluran khidmat sokongan bagi setiap jenis kes.
M
15
LAMPIRAN 3
SURAT AKUAN PEMBIDA
Kepala Surat
Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili
….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti
di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti
di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau
balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
16
LAMPIRAN 4
SURAT PERWAKILAN KUASA
Kepala Surat Syarikat
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA Tarikh:
Tuan,
PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:………………………………
selaku pemilik Syarikat………………………………………………………………akan
menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga
Perkhidmatan Tv Streamming Secara Sewaan Bagi Tempoh Dua Belas (12) Bulan untuk
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau
mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut
iaitu:
Nama : …………………………………………
Alamat : …………………………………………
Jawatan : ………………………………………
No. I/C : …………………………………………
No Telefon : …………………………………………
Emel : …………………………………………
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak
kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi
perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
………(Tandatangan)…........
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat:
* potong yang mana tidak berkenaan.
17
LAMPIRAN 5
KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT
1. Nama Syarikat : ……………………………………………………………………
2. Alamat Syarikat : ……………………………………………………………………
3. No.Telefon : ……………………………………………………………………
4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : ……………………………………………………………………
5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………………..
6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………………..
7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..
Bil Nama No. K/P Warganegara
1.
2.
3.
8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.
Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %
Bumiputera
Bukan Bumiputera
9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..
10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..
18
11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………
Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
Eksekutif
Teknikal
Perkeranian
Buruh/Kaki
tangan
Rendah
12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………………….
Nama : ………………………………………………………….
Jawatan Rasmi : …………………………………………………………
No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………
No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………
Emel : …………………………………………………………
Cop Rasmi Syarikat : …………………………………………………………
19
LAMPIRAN 6
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (wajib);
Sijil Akuan Bumiputera (jika ada); dan
Penyata Bank satu bulan yang terkini (Bulan Spetember 2016/Oktober 2016)
(wajib); dan
Sijil Pendafaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (jika ada).