contoh buletin PPKI SUPER.pdf

2
Terbitan : Unit Dokumentasi PPKI SUPER Tahniah! Pada 24-25 April, Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Sungai Puteri telah menghantar seorang peserta iaitu Muhammad Syafiq bin Ismail bagi acara Hafazan al-Quran bagi mewakili daerah Rompin di Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Pahang 2015 yang berlansung di SMK Tengku Kudin, Raub, Pahang. Bagi acara Hafazan al-Quran, peserta ini telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan. Hadiah dan sijil disampaikan oleh En. Ameir Hisyam bin Awang, Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Edisi APRIL 2015 1 April Kejohanan balapan & padang Peringkat Daerah. 10 April Kejohanan balapan & padang Peringkat Negeri. 17 April Program Indahkan Pantai. 24-25 April MTQ Pendidikan Khas Peringkat Negeri. 29 April Program Pembelaja- ran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti. 14 pingat dimenangi atlet PPKI SUPER Nadirah Syukri 7 daripada 11 orang atlet yang mewakili SMK Sungai Puteri telah berjaya mendapat pingat bagi acara masing-masing. Kejohanan Balapan dan Pa- dang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Rompin ini berlangsung di SK Bukit Ridan dan SMK Muadzam Shah. 4 emas, 3 perak dan 7 gangsa berjaya dibawa pulang. Syukri(gambar) 2 emas bagi acara lontar pe- luru dan lempar cakera, manakala Nadirah (gambar) 2 emas bagi acara lari 100m dan lompat jauh. Sambung muka 2….

Transcript of contoh buletin PPKI SUPER.pdf

Page 1: contoh buletin PPKI SUPER.pdf

Terbitan : Unit Dokumentasi PPKI SUPER

Tahniah! Pada 24-25 April, Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Sungai Puteri telah menghantar seorang peserta iaitu Muhammad Syafiq bin Ismail bagi acara Hafazan al-Quran bagi mewakili daerah Rompin di Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Pahang 2015 yang berlansung di SMK Tengku Kudin, Raub, Pahang.

Bagi acara Hafazan al-Quran, peserta ini telah berjaya mendapat tempat k e t i g a k e s e l u r u h a n . Hadiah dan sijil disampaikan oleh En. Ameir Hisyam bin Awang, Penolong Pengarah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Edisi APRIL

2015

1 April Kejohanan balapan & padang Peringkat Daerah.

10 April Kejohanan balapan & padang Peringkat Negeri. 17 April

Program Indahkan Pantai. 24-25 April

MTQ Pendidikan Khas Peringkat Negeri.

29 April Program Pembelaja-ran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti.

14 pingat dimenangi atlet PPKI SUPER

Nadirah Syukri

7 daripada 11 orang atlet yang mewakili SMK Sungai Puteri telah berjaya mendapat pingat bagi acara masing-masing.

Kejohanan Balapan dan Pa-dang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Rompin ini berlangsung di SK Bukit Ridan dan SMK Muadzam Shah.

4 emas, 3 perak dan 7 gangsa berjaya dibawa pulang. Syukri(gambar) 2 emas bagi acara lontar pe-luru dan lempar cakera, m a n a k a l a N a d i r a h(gambar) 2 emas bagi acara lari 100m dan lompat jauh. Sambung muka 2….

Page 2: contoh buletin PPKI SUPER.pdf

Terbitan : Unit Dokumentasi PPKI SUPER 2

4 orang atlet ke peringkat Negeri Pahang 10-11 April 2015, bertempat di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah UiTM cawangan Jengka, Kejohan-an Balapan dan Padang

Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pahang berlangsung bertujuan melahirkan insan yang sihat, cergas dan cerdas.

4 orang atlet dari PPKI SMK Sungai Puteri telah dipilih mewakili Daerah Rompin dalam acara lontar peluru, lompat jauh, lempar cakera, lari 100m dan 200m. Semua atlet telah menunjukkan kesunggu-han dan pencapaian lebih baik dari tahun sebelumnya.

Mencintai Alam Sekitar tingkat jati diri pelajar Program gotong royong (3R) Kelab Kitar Semula

PPKI SMK Sungai Puteri dengan Kerjasama PPSPPA telah diadakan di Pantai Hiburan Rompin. Kawasan pantai dibersihkan dengan mengutip semua sampah dan pelajar akan mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula.

Program ini memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mempertahankan khazanah alam semulajadi ini. Nilai ini perlu dipupuk ketika mereka di bangku sekolah lagi.

Kenangan bersama pihak PPSPPA Rompin

Pelajar gigih membersih kawasan pantai

Pendaiwaian soket

Apam aiskrim

Puding mexico

Menjahit

kecantikan

Kolej Komuniti Rompin telah mengadakan program pembelajaran sepanjang hayat yang mem-berikan kursus yang berkai-tan dengan kemahiran sep-erti kursus pendawaian soket, membuat apam aiskrim, puding mexico, menjahit sarung bantal dan kecantikan muka.

Tujuan pelajar PPKI SU-PER terlibat dengan pro-gram ini adalah untuk

mendedahkan pelajar kepada persekitaraan sebenar dalam mening-katkan kemahiran yang diperlukan dalam diri setiap pelajar.

24 orang pelajar PPKI SMK Sungai puteri yang menyertai program ini berjaya memperoleh sijil penyertaan setelah tamat kursus ini dengan jayanya.

Kemahiran menarik minat pelajar untuk belajar

….dari muka 1 14 pingat tersebut disumbang dari :

1. Mohammad Syukri b. Ismail—Emas lontar peluru dan lempar cakera

2. Nur Saidatul Nadirah bt. Osman—Emas lari 100m dan lompat jauh, perak lari 200m

3. Mohammad Sabri b. salleh—Perak lari 100m dan lari 200m

4. Mohammad Shafiq b. Ismail—Gangsa lari 200m, lontar peluru dan lompat jauh

5. Nurul Jannah bt. Mazlan—Gangsa lari 100m dan lompat jauh

6. Nur Aisyah bt. Wahab—Gangsa lontar peluru

7. Rodida a/p Rashid—Gangsa lari 100m

Begitu besar nikmat Allah tidak menguji kita dengan memberi kita anak anak bergelar istimewa

dan begitu besar nikmat Allah memilih kita untuk beroleh pekerjaan hanya diamanahkan untuk

mendidik anak anak istimewa ini.

Nadirah: acara lompat jauh