Citralife Malay Testimonies

10
MINUMAN HERBA CITRALIFE UNTUK KESIHATAN 1.0 PRESKRIPSI DAN JANGKA MASA KEBERKESANAN SERAI CITRALIFE BAGI PELBAGAI PENYAKIT Manfaat kesihatan yang luar biasa dari Citralife untuk pengambilan harian - 1 cawan herba aromatik setiap hari dapat menyegarkan permulaan hari anda. - Lebih dari 2 cawan sehari menjadikan terapi tambahan dan ubatan herba. Keberkesanan minuman serai Citralife bagi pelbagai penyakit telah didokumentasi berdasarkan testimoni daripada pengguna Citralife. Ujian pragmatik yang dijalankan ini telah membawa kepada preskripsi (penggambilan) minuman serai Citralife bagi pelbagai penyakit dan masa yang diperlukan untuk sembuh/bertambah sihat. Data yang diperolehi telah dirumuskan di dalam jadual di bawah. * Dalam konteks kesihatan, keberkesanan merujuk kepada kapasiti perubahan positif (atau kesan terapeutik) dengan rawatan sedia ada (ubat, rawatan, pembedahan atau perubatan umum). No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Penyakit Masalah Penghadaman & Pedih Ulu Hati Simpanan Air Berlebihan Darah Tinggi Darah Rendah Sembelit Kurang Stamina Kawalan Kencing Ruam, gatal & Ekzema Sakit bahu Artritis Buasir Berat Badan Kandungan Asid Urik yang Tinggi Menstruasi Barah/Kanser Pengambilan Citralife Sehari 1 cawan 1 cawan 2 cawan 3 cawan 2 cawan 1 cawan 1 cawan 3 cawan 2 cawan 3 cawan 3 cawan 2 - 3 cawan 2 cawan 2 cawan 5 - 10 cawan Jangka Masa Pemulihan Beberapa jam 2 - 3 hari 1 hingga 4 minggu 10 hari 1 minggu 1 minggu 2 minggu 2 minggu 2 minggu 2 hingga 4 minggu 1 bulan 1 bulan 2 minggu Kurang 1 bulan 3 6 bulan

Transcript of Citralife Malay Testimonies

Page 1: Citralife Malay Testimonies

MINUMAN HERBA CITRALIFE UNTUK KESIHATAN

1.0 PRESKRIPSI DAN JANGKA MASA KEBERKESANAN SERAI CITRALIFE BAGI PELBAGAI PENYAKIT

Manfaat kesihatan yang luar biasa dari Citralife untuk pengambilan harian - 1 cawan herba aromatik setiap hari dapat menyegarkan permulaan hari anda. - Lebih dari 2 cawan sehari menjadikan terapi tambahan dan ubatan herba.

Keberkesanan minuman serai Citralife bagi pelbagai penyakit telah didokumentasi berdasarkan testimoni daripada pengguna Citralife. Ujian pragmatik yang dijalankan ini telah membawa kepada preskripsi (penggambilan) minuman serai Citralife bagi pelbagai penyakit dan masa yang diperlukan untuk sembuh/bertambah sihat. Data yang diperolehi telah dirumuskan di dalam jadual di bawah. * Dalam konteks kesihatan, keberkesanan merujuk kepada kapasiti perubahan positif (atau kesan terapeutik) dengan rawatan sedia ada (ubat,

rawatan, pembedahan atau perubatan umum).

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9

10 11 12 13 14 15

Penyakit Masalah Penghadaman & Pedih Ulu Hati Simpanan Air Berlebihan Darah Tinggi Darah Rendah Sembelit Kurang Stamina Kawalan Kencing Ruam, gatal & Ekzema Sakit bahu Artritis Buasir Berat Badan Kandungan Asid Urik yang Tinggi Menstruasi Barah/Kanser

Pengambilan Citralife Sehari 1 cawan 1 cawan 2 cawan 3 cawan 2 cawan 1 cawan 1 cawan 3 cawan 2 cawan 3 cawan 3 cawan

2 - 3 cawan 2 cawan 2 cawan

5 - 10 cawan

Jangka Masa Pemulihan Beberapa jam

2 - 3 hari 1 hingga 4 minggu

10 hari 1 minggu 1 minggu 2 minggu 2 minggu 2 minggu

2 hingga 4 minggu 1 bulan 1 bulan

2 minggu Kurang 1 bulan

3 – 6 bulan

Page 2: Citralife Malay Testimonies

2.0 PENGGUNAAN SERAI CITRALIFE SEHARI

Pengguna boleh minum 1 hingga 2 cawan Citralife sehari untuk kesihatan. Pengguna yang mengalami masalah kesihatan yang ringan pula digalakkan untuk minum 2 hingga 3 cawan sehari selama 2 minggu bagi peningkatan kesihatan. 3.0 KEBERKESANAN SERAI

Rapat Nusantara Sdn Bhd telah menjalankan ujian pragmatik selama lebih dari 18 bulan kepada pelanggan setia Citralife. Hanya hasil yang konsisten sahaja (iaitu keputusan yang sama mengikut kategori penyakit) yang dihebahkan sebagai testimoni. Kami menyiarkan hasil ujian ini ke atas keberkesanan serai bagi beberapa jenis penyakit dengan cara:

- testimoni secara bertulis daripada para pelanggan seperti yang terpapar di blog kami. - testimoni secara lisan daripada pelanggan setia kami. Serai merupakan tumbuhan herba tradisional di mana kadar keberkesanannya adalah perlahan jika dibandingkan dengan ubatan moden. Minuman Serai Citralife telah dikategorikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diiktiraf status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 4.0 POTENSI CITRALIFE

Minuman terapeutik serai Citralife telah memberi manfaat dan menyembuhkan pesakit-pesakit yang menderita pelbagai penyakit dalam jangka masa yang singkat sahaja. Mereka bertanya kepada kami, apakah yang menjadikan Citralife lebih baik daripada serai segar. Bagi menghasilkan kualiti terbaik dan memelihara potensi Citralife, kami:

Memilih spesis serai yang terbaik.

Memiliki ladang serai yang hanya menggunakan baja organik untuk memelihara kualiti serai.

Menggunakan hanya bahagian serai yang terbaik dalam penghasilan Citralife (80gram Citralife terhasil daripada 1kg serai segar).

Menggunakan tenaga hijau untuk memproses Citralife bagi memelihara alam sekitar.

Mengoptimumkan masa pemprosesan pada suhu yang sesuai bagi memelihara khasiat serai.

Menjalankan kitaran pemprosesan yang singkat bermula daripada penuaian hingga pembungkusan bagi memastikan kandungan citral yang tinggi.

5.0 KENAPA MEMILIH CITRALIFE?

Serai segar baik untuk kesihatan manakala Citralife mudah, jimat dan mempunyai kualiti yang tetap berbanding serai

segar dari pasar-pasar.

PERBANDINGAN SERAI KERING CITRALIFE SERAI SEGAR

Jangka hayat Lebih dari 1 tahun Kurang dari 1 minggu

kandungan Citral 280% lebih kandungan Citral

berbanding serai segar

1 cawan Citralife = 3 cawan serai segar

Perbandingan

Berat

80 gm Citralife = 1 kg serai segar

Nisbah : 1:11 (kering : segar)

1 kg serai segar = 80 gm Citralife

Nisbah : 11:1 (segar : kering)

Fleksibel Rumah, Pejabat, Perjalanan. Bila-bila

masa di waktu siang atau malam.

Kegunaan di rumah sahaja kerana memerlukan

masa penyediaan yang lebih panjang.

Masa

Penyediaan

pengekstrakan Citral dalam masa 5

minit sahaja menggunakan Citralife

60 minit untuk memotong, membasuh dan

merebus. Pengekstrakan Citral lebih susah dan

mengambil masa lebih lama untuk rebus. Kos

penyediaan juga lebih tinggi.

Keberkesanan Ramai pengguna menyatakan bahawa

Citralife lebih berkesan berbanding

serai segar.

Kandungan jisim atau berat Citral yang rendah

dan memerlukan masa yang lebih lama untuk

mengekstrak Citral dari serai segar.

Kualiti Produk Produk Citralife menggunakan bahan

semulajadi dan terjamin kualitinya

Kualiti bergantung kepada spesis serai yang

ditanam oleh pengeluar.

Harga Harga Citralife berbanding serai segar

adalah mengikut nisbah 1:11 (Citralife:

segar)

Bergantung kepada kualiti dan pembekal.

Nisbah : 11:1 (segar : Citralife)

Kemudahan Sangat mudah untuk penggunaan yang

sedikit mahupun penggunaan yang

banyak.

Perlukan kerja yang banyak walaupun hanya

untuk menghaslikan secawan minuman.

Page 3: Citralife Malay Testimonies

6.0 PESAKIT KANSER / BARAH Kajian universiti di Timur Tengah mendapati bahawa elemen citral di dalam serai mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan

sel-sel lain. Citral adalah salah satu komponen di dalam serai yang memberikan aroma dan rasa pada serai.

Kajian juga mendapati bahawa citral boleh menyebabkan sel-sel kanser „membunuh diri‟ atau berlaku apoptosi iaitu mekanisme yang dikenali sebagai program mematikan sel barah. Dengan hanya meminum 1 gram serai , kuantiti citral sudah mencukupi untuk menyebabkan sel-sel barah „membunuh diri‟ di dalam tabung uji. Sesetengah doktor yang mengetahui khasiat dan kebaikan serai telah mencadangkan pesakit kanser untuk mengambil minuman serai. Pesakit kanser digalakkan untuk mengambil 5 hingga 10 cawan sehari untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Bilangan Neutrophil Mutlak –Absolute Neutrophil Count (ANC) digunakan untuk menilai dan menentukan tahap sistem imunisasi selepas menjalani rawatan kemoterapi. ANC menunjukkan bilangan sel darah putih pesakit di mana sel-sel ini penting untuk melawan penyakit. ANC yang normal adalah melebihi 2,500 sel per microliter (2500 sel/µL) dan sekurang-kurangnya 1000 sel/µL diperlukan untuk melawan penyakit. Selepas menjalani rawatan kemoterapi, BMT dan radiasi, bacaan ANC pesakit selalunya 0 sel/µL. Apabila ANC bawah daripada 500 sel/µL, pesakit akan diasingkan daripada orang ramai bagi mengelakkan diri daripada jangkitan kuman kerana kurang system imunisasi.

Kebanyakkan pesakit kanser yang mengambil minuman serai selepas rawatan kemoterapi menunjukkan kadar baik pulih yang lebih cepat dalam bacaan ANC masing-masing (3 kali lebih cepat). Berdasarkan keputusan tersebut, serai mampu memecutkan kadar pemulihan dalam sistem imun selepas rawatan kemoterapi. Peningkatan dalam bacaan ANC yang normal adalah 2 hingga 3 bulan untuk pesakit-pesakit kanser. Manakala pesakit-pesakit kanser yang meminum teh serai hanya mengambil masa 3 minggu untuk baik pulih berdasarkan kepada testimoni yang banyak dari pesakit kanser.

7.0 KISAH BENAR PESAKIT LEUKEMIA

Seorang anak yang berumur 16 tahun disahkan menghidap leukimia 2 tahun lalu, ayahnya telah berhenti kerja demi memberi penjagaan yang terbaik dan sokongan untuk anaknya yang perlu menjalani rawatan kemoterapi selama 3 tahun. Pesakit-pesakit kanser yang lain telah mencadangkan pengambilan serai untuk membantu rawatan kanser. Maka, ayahnya membuat kajian mengenai kebaikan serai dalam merawat kanser. Beliau mengambil masa yang lama membuat penyelidikan terhadap khasiat serai. Belau bertanya dengan pakar kanser dan institusi perubatan berkenaan serai sebagai rawatan herba untuk leukimia. Apabila doktor tidak membantah ideanya menggunakan serai sebagai ubat alternatif untuk anaknya, beliau membeli serai segar dari pasar, membersihkannya, memotongnya, mencincangnyai dan memasukannya ke dalam air panas. Kemudian beliau merebus serai dalam periuk besar dan menghidangkan minuman serai kepada anaknya untuk diminum setiap hari. Semasa rawatan kemoterapi, dia member anaknya minum beberapa cawan serai, begitu juga selepas menjalani kemoterapi. Tujuan ini untuk meningkatkan kadarnya pemulihan sistem imunnya. Laporan ANCnya menunjukkan pemulihan lebih cepat iaitu 3 minggu berbanding dengan tempoh biasa selama 2 hingga 3 bulan. Doktor terkejut dengan laporan ANCnya dan bertanya padanya, “Adakah anda memberi anak perempuan anda minuman serai?” dan dia menjawab “YA”. Semenjak itu, dia telah memberi anaknya,minuman serai sebelum menjalani rawatan kemoterapi selama 2 tahun. Sesetengah pakar kanser menasihati pesakit-pesakit kanser supaya tidak mengambil ubat cina semasa menjalani rawatan kemoterapi bagi mengelakkan gangguan rawatan yang diberikan oleh sistem. Sesetengah ubatan cina mengandungi ramuan dan sifat serupa dengan ubatan kimia. Oleh kerana serai merupakan sejenis tumbuhan, beliau percaya serai tidak memberi kesan negatif ke atas rawatan kemoterapi anaknya yang kini menjalani rawatan di hospital untuk tahun yang ke 3. Melalui kajian yang dijalankan di Timur tengah dan testimoni pesakit-pesakit kanser mengenai bacaan ANC mereka, kami percaya bahawa serai mempu membina sistem pertahanan badan dengan lebih cepat selepas menjalani rawatan kemoterapi.

8.0 BAGAIMANA SERAI BERTINDAK? Serai memperbaiki peredaran darah dalam badan kita dan ini membantu kepada peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang penting (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imunisasi kita untuk menentang penyakit dan mencegah pelbagai jangkitan. 8.1 DETOKSIFIKASI Serai herba Citralife mengandungi elemen Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing. Pembuangan asid dan toksik daripada badan dapat membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil dan lemak yang berlebihan dari badan juga membantu menurunkan berat badan.

Page 4: Citralife Malay Testimonies

8.2 PENGHADAMAN Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan selepas makan. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan mudah untuk membuang angin. 8.3 PENGURANGAN TEKANAN DARAH Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai Citralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah. 9.0 KRISIS PENYEMBUHAN, TINDAK BALAS PEMBERSIHAN ATAU TINDAK BALAS PENYAHTOKSIKAN Setelah mengambil minuman herba serai Citralife, sesetengah orang (kira-kira 10% daripada pengguna Citralife) mungkin mengalami fasa Krisis Penyembuhan (Healing Crisis), Tindak Balas Pembersihan atau Tindak Balas Penyahtoksikan. Krisis Penyembuhan berlaku apabila badan kita cuba membuang toksik pada kadar yang lebih cepat berbanding pada badan yang mampu diterima. Sesetengah orang berasa sakit dan tidak selesa semasa proses pembersihan berlaku kerana badan membuang toksin ke saluran darah untuk dibuang keluar daripada badan. Semasa proses ini berlaku, anda mungkin mengalami masalah (sakit tekak, cirit-cirit, sakit dan sengal sendi, demam, kerap membuang air kecil) yang lebih teruk dari yang sedia ada dan anggap bahawa rawatan ini tidak berkesan. Tetapi sebaliknya, ini menunjukkan keberkesanan rawatan dan menunjukkan badan anda sedang menjalani proses pembersihan dan penyahtoksikan. Sakit- sakit yang dialami ini hanya bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 hingga 3 hari. Krisis penyembuhan adalah salah satu hasil daripada tindak balas badan yang berfungsi untuk membuang toksin dan bahan buangan daripada badan dan memperbaiki semula sistem badan. Kesannya, tisu-tisu lama digantikan dengan yang baru. Penyaktoksikan berlaku menyebabkan organ di dalam badan (terutamanya hati, yang menyimpan lebihan sisa dadah dan racun) untuk membuang lebihan sisa racun dan dadah yang tersimpan. Selepas krisis penyembuhan dan pembersihan toksin dari dalam badan. Anda akan merasa lebih segar dan sihat. 10.0 BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KHASIAT CITRALIFE? Merujuk kepada testimoni daripada pengguna kami yang pertama kali menggunakan Citralife, mereka mengatakan

Citralife adalah ubatan alternatif yang baik dan efektif dan ia harus seiring dengan perubatan professional diagnosis dan

rawatan di Hospital.

Tetapi ada sebahagian daripada pengguna Citralife memberitahu, keberkesanan Citralife pada kesihatan mereka

berkurang selepas kerap minum Citralife setiap hari. Ini kerana mungkin sistem badan telah imun kepada elemen yang

terdapat dalam herba Citralife. Cadangan kami, mereka berhenti menggunakan Citralife selama seminggu untuk

membentuk kembali sistem imunisasi kepada Citralife. Selepas itu selang selikan jadual untuk meminum Citralife

mengikut kesesuaian sistem badan pengguna.

Anda dicadangkan minum Citralife selama 4 hari berterusan dan berhenti mengambilnya selama 3 hari mengikut kitaran 1 minggu. 11.0 PERHATIAN Testimoni adalah petunjuk yang baik dan perlu seiring dengan nasihat dari doktor bertauliah, diagnosis, dan rawatan moden. Jangan tangguh atau mengabaikan nasihat dari pakar perubatan professional terutama untuk sakit yang serius dan kritikal Gunakan maklumat yang di dapati daripada Citralife sebagai penunjuk dan dapatkan pendangan kedua dari doktor jika anda ada sebarang keraguan untuk menggunkan Citralife. Jika anda masih dalam rawatan tertentu atau mempunyai gejala-gelaja penyakit berterusan, sila dapatkan nasihat.

Page 5: Citralife Malay Testimonies

12.0 MOTIVASI Hidup adalah hadiah yang berharga daripada Tuhan. Kualiti kehidupan kita bergantung kepada kesihatan fizikal kita. Kesihatan adalah satu asset yang tidak ternilai. Kesihatan kita bergantung pada gaya hidup seimbang seperti pemakanan, tabiat tidur, senaman, aktiviti harian dan lain-lain. Serai merupakan salah satu minuman terapeutik yang ringkas atau mudah untuk mengekalkan kesihatan, menyembuhkan pelbagai penyakit dan mengembalikan kesihatan normal. Bila ayah saya didiagnoskan dengan kanser prostat peringkat 3, keluarga kami putus harapan. Sejak itu, ayah saya menjalani rawatan radiasi dan kini menjalani rawatan hormon. Apabila saya dimaklumkan tentang kajian yang telah membuktikan serai mampu memebunuh sel-sel kanser secara invitro, saya melakukan penyelidikan dan membina sebuah mesin sistem tenaga hijau (renewable energy) bagi memproses serai untuk dijadikan minuman herba. Sistem ini mampu memanjangkan jangka hayat serai untuk rosak dari seminggu ke 2 tahun. Kebetulan, ayah saya turut mendapati bahawa sakit ada lututnya (akibat sakit artritis) telah berkurang setelah mengambil minuman serai Citralife selama beberapa minggu. Pelbagai pandangan yang menakjubkan dari testimoni telah mendorong kami untuk menjalankan penyelidikan dengan lebih mendalam lagi terhadap keberkesanan serai. Kami mula kumpul dan semak data statistik dari pelanggan yang mengambil minuman serai Citralife. Semasa kami mendokumentasikan testimoni tersebut, testimoni daripada para pengguna Citralife adalah konsisten/selaras dan kami mengambil keputusan untuk berkongsi dengan masyarakat umum dengan harapan lebih ramai lagi yang akan tampil memberi testimoni, sokongan atau membuktikan yang sebaliknya mengenai penyelidikan kami. Kami sanggup membiayai sebarang penyelidikan di universiti dan hospital berkenaan khasiat serai.

Lawatilah laman blog kami di http://lemongrassherbal.blogspot.com SERAI – PENAWAR HERBA

Dr Gertrude Kow (MB. ChB, Universiti Liverpool) ialah seorang pengamal perubatan am di Malaysia yang mempunyai kecenderungan dalam perubatan. Beliau juga mempunyai Diploma Sarjana dalam bidang Perubatan Herba dari Australia.

Seorang pesakitnya mengalami masalah pra-tekanan darah tinggi, Dr Kow menggunakan minuman serai Citralife, sebagai sebahagian dari modifikasi terapi, untuk mengembalikan tekanan darah kepada normal.

Dr Gertrude Kow kerap menjadikan Citralife sebagai terapi adjunktif untuk pesakitnya, terutamanya mereka yang suka kepada ubatan tradisional. (Terapi adjunktif adalah rawatan yang diamalkan bersama rawatan moden. Tujuannya adalah untuk membantu rawatan moden.)

TESTIMONI PENGGUNA MINUMAN HERBA SERAI CITRALIFE

ORANG KANSER

En. Gan Chin Kim, 78 tahun, Malaysia (012-6991570), (KANSER PROSTAT, ARTRITIS) Saya menghidapi kanser prostat sejak tahun 2000. Saya telah menjalani terapi radiasi dan ubat hormon untuk mengawal

kanser prostat saya. Saya megambil minuman serai Citralife kerana ia boleh membunuh sel kanser di dalam badan saya.

Nilai PSA (penunjuk aras kanser) saya telah menurun semenjak saya mangambil minuman serai Citralife bermula pada Jun

2009. Minuman serai Citralife juga mengurangkan kesakitan pada lutut dan kebas pada jari saya

Pn Khoo Poh Choo, 63 tahun, Malaysia, (KANSER, KEKEMBUNGAN,ASCITES) Puan Khoo telah didapati menghidapi kanser usus pada April 2010. Beliau telah menjalani dua kali rawatan kemoterapi. Kansernya telah merebak ke lobus hatinya. Beliau mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Kanser itu juga telah mengakibatkan ascites di mana terdapat lebihan air terkumpul pada paru-paru, abdomen, pinggang, kaki, dan jari. Ini mengakibatkan beliau terpaksa berkerusi roda dan tidak mampu berjalan. Keadaannya semakin kritikal selepas 2 minggu. Kemudian, beliau mencuba minuman serai Citralife dan selepas 2 hari, cecair di dalam badannya berkurang melalui sistem perkumuhan dan semua bengkak pada abdomen, pinggang, kaki dan jari beliau beransur pulih. Minuman serai Citralife telah membantunya sembuh dari ascites dalam 2 hari sahaja dan semenjak itu beliau telah mengambil minuman serai Citralife secara rutin sebagai sebahagian dari rawatan kansernya.

Page 6: Citralife Malay Testimonies

ARTHRITIS, ANGIN BADAN

En. James Perere, 85 tahun, Malaysia En. Perere menderita sakit arthritis pada lututnya selama 4 tahun ( kesakitan berpanjangan dan terpaksa menggunakan

penyokong lutut semasa berjalan) dan menderita sakit pedih ulu hati selama 6 bulan.Ssetelah mengambil minuman serai

Citralife selama 3 hari, sakit pedih ulu hatinya hilang dan setelah mengambil minuman tersebut berterusan selama 2 minggu,

sakit arthritis nya hilang dan beliau mampu berjalan dengan normal sekarang.

Pn. Chon Yue Moy, 61 tahun, Malaysia Sakit artritis pada lutut saya berkurangan setelah saya mengambil minuman serai Citralife selama seminggu. Herba

semulajadi yang sangat menakjubkan!

Pn. Lai Yook Yin, 72 tahun, Malaysia, (ARTRITIS, ANGIN BADAN, RUAM) Saya mempunyai masalah kesihatan seperti artritis, sengal-sengal di jari, lutut, bahu dan belakang, kesukaran untuk membuang air kecil, sakit ketika membuang air dan kembung perut. Setelah mengambil minuman serai Citralife, beberapa kesan positif dirasai seperti mudah dan kerap membuang air tanpa merasa sakit; Boleh minum banyak air untuk membuang toksik dari badan; Angin badan berkurangan dan berasa lebih selesa; Ruam badan berkurangan; kebas di jari jemari, lutut, bahu dan belakang hilang dengan segera; Salur darah yang membengkak di sekitar lutut kembali normal dan Tidur lebih nyenyak dan selesa. Saya menambah sedikit halia dalam minuman serai Citralife dan meminumnya selepas makan malam untuk menjaga kesihatan.

Ms Satiyem, 41 tahun, Brunei Saya mengalami pelbagai sakit sendi di tubuh badan dan telah mencuba pelbagai ubat. Tetapi semuanya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dalam masa hanya 2 minggu saya meminum Citralife, saya telah sembuh sepenuhnya. Saya lebih yakin dengan produk ini dan akan terus menggunakannya untuk kesihatan saya.

Cik Lanny Ooi, United Kingdom Cik Lanny menghidap artritis pada lutut kanan selama 3 tahun, dan kembung perut akibat gangguan pencernaan makanan berasaskan susu 7 tahun yang lalu. Setelah minum serai Citralife selama 1 minggu (4 cawan setiap hari), dia mendapati bahawa rasa sakit pada lutut kanannya hilang dan tidak lagi mengalami gangguan sistem pencernaan selepas makan. Ibu Lanny juga dapat mengurangkan berat badan selepas minum Citralife dan dia lebih bertenaga sekarang.

SISTEM IMUN YANG LEMAH, TERDEDAH KEPADA ALAHAN, MASALAH PENGHADAMAN

Cik Elaine Lee, 50 tahun, Malaysia, (MASALAH PENGHADAMAN, RUAM, KEMBUNG PERUT) Saya mempunyai sistem imun yang lemah, terdedah kepada alahan dan masalah penghadaman. Setelah mengambil

minuman serai Citralife, beberapa kesan positif dapat dilihat seperti Mudah membuang air kecil untuk menyahtoksik dari

badan; Lebih selesa dan tiada lagi angin dalam badan; Tiada lagi Ruam pada badan;Sistem penghadaman yang lebih baik

dan kembung perut berkurangan; Tidur lebih lena dan merasa lebih cergas di waktu pagi. Saya mengambil minuman serai

Citralife setiap hari untuk menjaga kesihatan (sekali atau dua kali sehari, kadang-kadang diminum dengan menambah sedikit

halia dan madu untuk rasayang lebih sedap).

Pn Rahimah, 30 tahun, Malaysia Pn Rahimah menghidapi demam denggi 2 kali semasa beliau berumur 25 dan 28 tahun. Beliau mempunyai sistem

pertahanan badan yang lemah dan terdedah kepada selesema sebanyak 8 ke 12 kali setahun terutamanya semasa tempoh

haidnya. Setelah melahirkan anak pertamanya 2 tahun yang lepas, beliau mulai rasa angin dalam perut dan kakinya cepat

lenguh. Setelah mengambil minuman serai Citralife selama 2 minggu (1 cawan setiap pagi dan petang), angin dalam

perutnya berkurangan dan kini beliau lebih cergas.

Pn. Angeline Pang, 30+ tahun, Malaysia, (GANGGUAN SISTEM PENCERNAAN) Saya mempunyai ystem pencernaan yang lemah. Apabila saya makan terlalu banyak makanan berkanji/ produk tenusu,

perut saya merasa kurang selesa dan kadang-kadang mengalami cirit-birit. Rasa tidak selesa ini segera hilang apabila saya

mengambil minuman serai Citralife. Kini, saya selalu meminumnya untuk menjaga kesihatan dan memperbaiki peredaran

darah.

GANGGUAN SISTEM PENCERNAAN, SESAK DADA

En. Ali Shehab, 44 tahun, Tunisia, (SESAK DADA, MASALAH PENGHADAMAN) Orang-orang Arab suka makan pada lewat malam. Saya mendapati bahawa pedih ulu hati dan ketakcernaan disebabkan

hidangan-hidangan berat waktu malam. Setiap kali saya minum minuman Citralife, ketakcernaan dan pedih ulu hati saya

hilang segera.

En. Dan Pn. Yeoh Beng Keat, 50+ tahun, (MASALAH PENGHADAMAN) Selepas makan, kami merasa tidak selesa di bahagian perut disebabkan oleh masalah penghadaman. Minuman serai

Citralife membantu melegakan perut kami. Semasa saya melancong ke Australia pada tahun 2009, saya mengalami masalah

penghadaman yang teruk disebabkan oleh pengambilan produk tenusu yang berlebihan. Oleh kerana itu, saya terpaksa

mengambil ubat yang banyak untuk mengatasi masalah ini. Walaubagaimana pun, semasa saya melancong ke New Zealand

dan Australia, saya tidak mengambil sebarang ubat penghadaman. Pada waktu ini, saya telah mula mengambil minuman

serai Citralife dan saya membawa beberapa pek Citralife bersama-sama. Setiap malam saya mengambil secawan minuman

serai Citralife sebelum tidur. Pada masa yang sama, saya juga mengambil produk tenusu setiap hari sepanjang tempoh

melancong tetapi saya tidak ada lagi masalah penghadaman. Saya ingin mengesyorkan, bawalah sebungkus minuman serai

Citralife (uncang) bersama anda walau ke mana jua anda pergi. Kami juga ingin mengatakan bahawa, PERJALANAN LEBIH

SELESA DENGAN CITRALIFE.

Cik Maa Ajmalaisyatu Illani, 23 tahun, Malaysia Semasa berpuasa di bulan Ramadhan, Cik Maa biasanya mengalami kekembungan perut semasa berbuka puasa. Apabila

beliau mengambil minuman serai Citralife semasa bersahur, tiada lagi angin dalam perutnya. Minuman serai Citralife juga

mengurangkan suhu badannya semasa beliau menghidapi demam. Apabila beliau mengalami masalah pencernaan, secawan

minuman serai Citralife sudah mampu melegakan perutnya dalam masa 30 minit sahaja.

Page 7: Citralife Malay Testimonies

En. Chu Ching, 73 tahun, Malaysia , (MASALAH PENGHADAMAN) Saya mengalami masalah jantung dan memerlukan ubatan setiap hari. Ubatan yang diambil menyebabkan saya kerap berasa

tidak selesa perut dan dada terasa berat bila terjaga pada waktu pagi. Selepas mengambil minuman serai Citralife selama 2-3

hari sahaja, segala rasa tak selesa pada dada saya telah hilang.

Pn. Elizebeth Ng, 53 tahun, Malaysia, (GANGGUAN SISTEM PEMCERNAAN) Pn Ng mengalami masalah pencernaan merasa mual selepas makan. Masalah ini berlanjutan selama beberapa tahun.

Setelah mengambil minuman serai Citralife selama 2 minggu, beliau tidak lagi mengalami masalah pencernaan dan tidak lagi

merasa mual. Beliau mengambil minuman serai Citralife setiap pagi sebelum sarapan dan secawan lagi selepas makan

malam untuk penjagaan kesihatan. Setelah pengurangan air yang berlebihan dalam badan beliau, kini beliau mampu berjalan

dan bergerak dengan lebihbaik.

SEMBELIT

Cik Norlaila Mok, 23 Tahun, Malaysia, (SEMBELIT) Saya mengalami masalah sembelit, tetapi selepas saya mengambil minuman serai Citralife, tiada lagi masalah sembelit.

Pn. Cheah, 41 Tahun, Malaysia, (SEMBELIT) Pn. Cheah mengandung 5 bulan (anaknya yang ke 5). Dia mengalami sembelit dan penyakitnya menjadi semakin teruk sejak mengandung. Dia mengambil minuman serai Citralife sehari sekali dan mendapati sembelitnya berkurangan setelah 3 hari pengambilan Citralife.

TEKANAN DARAH TINGGI, KOLESTEROL TINGGI

Pn Ngor Ah Kwui, 71 tahun, Malaysia, (TEKANAN DARAH TINGGI, MENAMBAH STAMINA) Saya mempunyai penyakit tekanan darah tinggi bertahun-tahun lamanya dan muka saya selalu kemerah-merahan. Setelah

meminum Citralife selama sebulan, tekanan darah saya telah berkurang dan muka saya tidak lagi kemerah-merahan. Dalam

pada masa yang sama, kulit saya tidak lagi kering seperti sebelumnya dan rambut hitam saya tumbuh semula. Mata saya

juga kurang berair semenjak mengambil minuman Citralife dan merasa lebih bertenaga.

Pn. Lai Meng, 83 tahun, Malaysia (DARAH TINGGI, TINGGI KOLESTEROL, DIABETES, KEBAS) Beliau menderita akibat darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes dan kebas pada jari jemari. Setelah mengambil minuman serai

Citralife selama 2 minggu, beliau tidak lagi merasa kebas pada jari jemari dan lebihan air di bahagian jarinya juga sudah

berkurangan melalui kekerapan membuang air. Selepas lebihan air di badannya berkurang, beliau telah boleh berjalan

dengan lebih baik dan beliau lebih mudah untuk bergerak.

Pn. KY Cheong, 38 tahun, Malaysia, (TEKANAN DARAH TINGGI) Saya menghidap tekanan darah tinggi bertahun lamanya. Sejak mengambil minuman serai Citralife, tekanan darah saya

berkurangan selepas beberapa hari.

Pn Doris Tan, 66 tahun, Malaysia Pn Doris mempunyai kandungan air berlebihan dalam abdomen dan kakinya selama beberapa bulan, diabetis, kandungan protein yang tinggi dalam air kencing, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi selama 10 tahun. Setelah mengambil minuman serai Citralife selama 2-3 hari, kandungan air berlebihannya berkurangan secara mendadak. Beliau sangat gembira dengan hasil daripada pengambilan minuman serai Citralife.

Ms Nurraya Amalyna Nur Al-Islam Bte Kamis, 36 tahun, Brunei Setelah mengambil minuman herba Citalife selama 3 hari, saya lebih kerap membuang air kecil.Saya juga berpeluh lebih banyak untuk membuang air berlebihan dalam tubuh badan. Selepas 2 minggu, saya kehilangan berat badan dan perut saya menjadi lebih kempis. Saya merasa lebih waspada sekarang dan tekanan darah tinggi saya telah berkurangan daripada 190/100 menjadi 130/90. Saya akan terus menggunakan Citralife dan akan memberitahu rakan-rakan saya dan saudara manfaat dan keberkesanan Citralife.

TEKANAN DARAH RENDAH, KOLESTEROL TINGGI

Pn. Suzanne Lee, 50 tahun, Malaysia, (KEMBUNG PERUT, DARAH RENDAH) Pn. Lee pempunyai kembung perut selama 9 bulan ini, tekanan darah rendah, tinggi kolesterol, kebas pada lengan dan jari

jemari. Beliau mengambil 3 cawan minuman serai Citralife sehari. Dalam masa 10 hari, angin dalam badannya berkurangan

dan tekanan darah beliau kembali normal. Kini, beliau mengambil minuman serai Citralife setiap hari untuk menjaga

kesihatan.

Cik Yap Yee Mih, Malaysia Biasanya Pn Yap mengambil masa sebanyak 10 hari untuk pulih dari selsema akibat daripada sistem imunisasi yang lemah. Setelah mengambil minuman serai Citralife, selsema beliau pulih dalam masa 3 hari sahaja. Minuman Serai Citralife membantu mempercepatkan kadar penyembuhan dan memperbaiki sistem imunisasi beliau. Beliau juga mengalami kekakuan pada bahagian bahu dan setelah mengambil minuman serai Citralife selama 2 minggu, saraf di jari jemarinya kembali normal. Cik Yap mengalami tekanan darah rendah untuk sekian lama. Setelah mengambil minuman herba serai Citralife selama satu bulan, dia mendapati tekanan darahnya kembali kepada normal.

ORANG SAKIT MENSTRUASI

Cik Norhasni Abdullah, 48 tahun, Brunei Dalam masa 2 ke 3 hari selepas minum Citralife, saya membuang air kecil lebih kerap dan berpeluh lebih banyak dari biasa. Kadang-kadang saya juga berasa loya dan muntah kerana proses detoksifikasi pada badan, namun saya terus minum Citralife. Selepas 2 minggu, saya berasa lebih cergas dari sebelum ini. Untuk partama kalinya dalam hidup saya, saya tidak berasa sakit semasa menstruasi dan ini khasiat dari minum CItralife.

ORANG RUAM, EKZEMA, BUASIR

Pn. Lau Siew Lan, 79 tahun, Malaysia (BUASIR)

Pn. Lau menderita akibat buasir selama 40 tahun kerana enggan menjalani pembedahan. Setelah mengambil minuman serai

Citralife selama 2 bulan, buasirnya pulih sepenuhnya.

Page 8: Citralife Malay Testimonies

En. Chu Kam, 76 tahun, Malaysia (RUAM) Saya menderita ekzema (gatal & ruam) selama 30 tahun yang meyebabkan ketidakselesaan dan kadangkala amat memeritkan. Melalui ubat yang dibekalkan doktor, kesakitan saya hanya dapat diredakan untuk 2 minggu sahaja. Namun, selepas mengambil minuman serai Citralife selama 2 hari, kegatalan tiada lagi. Ini adalah amat menakjubkan. Sebelum ini, kaki saya sering terasa berat bila untuk berjalan tetapi setelah mengambil minuman ini, kaki terasa lebih ringan dan saya mampu berjalan dengan normal serta selesa.

En. Ho Kok Hoi, 60 tahun, New Zealand, (BUASIR, EKZEMA) Saya menderita kerana menghidap buasir bertahun-tahun dan telah menjalankan 2 pembedahan di New Zealand. Walau bagaimana pun, luka daripada pembedahan tidak dapat sembuh sepenuhnya. Setelah mengambil minuman serai Citralife selama beberapa bulan, luka tersebut sembuh dan kaki saya tidak lagi merasa sakit. Citralife sungguh menakjubkan kerana memberi banyak faedah kesihatan dan harganya juga murah. Saya juga menghidap ekzema dan sengal pada kaki selama 10 tahun yang menyebabkan kulit kaki pecah, luka, berdarah dan merasa sakit. Setelah mengambil minuman serai Citralife selama 2 minggu, luka dikaki saya kering dan kembali tertutup, pendarahan juga telah berhenti dan kulit kembali pulih.

En. Wanjit Gani, 75 Tahun, Indonesia (EKZEMA) En. Wanjit menghidap ekzema selama lebih setahun. Doktornya di Jakarta memberi ubat yang bertindak sementara sahaja. Setelah mengambil minuman serai Citralife sehari sekali selama seminggu, kegatalan kulitnya tiada lagi dan kulitnya yang kering kini kembali normal. Kini dia mengambil minuman serai Citralife sehari sekali bagi meningkatkan sistem pertahan badannya. Dia juga mempunyai kolesterol yang tinggi dan Citralife menbantu mengurangkan tahap kolesterol beliau.

Cik Vi Nie Guo, 14 tahun, Malaysia Cik Vi Nie mengidap ekzima sejak 4 tahun lalu dari umur 10 tahun lagi. Bila dia mengambil makanan laut, dalam masa beberapa jam sahaja dia mengalami kegatalan pada kulit kepala. Dia juga sensitif pada sinaran matahari dan perlu menggunakan sabun untuk kulit sensitif. Selepas mengambil minuman Citralife selama 2 minggu (2 ke 3 cawan sehari), dia telah sembuh dari ekzima dan kini dia boleh makan makanan laut. Dia juga mendapati saiz pinggangnya mengecil selepas minum minuman Citralife.

Cik Norkhairiah Kasim, 18 tahun, Brunei Cik Norkhairiah telah mencuba pelbagai jenis krim untuk menghilangkan kegatalan pada kulit ibunya (Pn Isah tengah,44 tahun) tetapi tidak berjaya. Puan Isah menggunakan rawatan mandian serai Citralife yang dibeli oleh Cik Norkhairiah. Rawatan mandian serai Citralife telah menghilangkan kegatalan kulit Puan Isah dalam masa sehari sahaja!

Mr Sahde, 35 tahun, Indonesia, (GATAL & RUAM) Saya mengalami gatal, ruam dan kulit mengelupas pada kedua-dua belah tangan selama 3 minggu kerana alahan/sensitif. Akibatnya, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak selama 3 minggu kerana kegatalan pada tangan dan jari jemari. Saya mencuba rawatan mandian serai Citralife dengan merendamkan tangan pada air rendaman serai Citralife dan dalam masa sehari sahaja 50% kegatalan kulit saya telah hilang. Saya sudah boleh tidur selepas sehari rawatan mandian dan ruam pula hilang pada hari kedua rawatan tersebut. Kulit saya sembuh sepenuhnya setelah 7 hari rawatan.

Cik Lusia, 24 tahun, Indonesian, (GATAL, RUAM) Saya mengalami ruam selama 2 minggu dan tidak boleh tidur kerana kegatalan yang serius. Saya membasuh lengan dengan mandian herba serai Citralife 2 kali sehari untuk merawat kegatalan. Selepas sehari rawatan, saya sudah boleh tidur lena kerana kegatalan sudah hilang.

Cik Rosmini Bte Tamin, 33 tahun, Brunei Saya mempunyai masalah kulit kaki selama lebih dari setahun dan telah mencuba pelbagai ubat tetapi tiada hasil yang positif. Selepas menggunakan mandian herba Citralife selama 2 minggu, saya mendapati bahawa masalah kulit di kaki semakin berkurang. Saya terus menggunakan mandian herba ini dan selepas sebulan, masalah kulit di kaki saya telah sembuh.

Puan Hjh Rosnawi, 35 tahun, Brunei Saya mengalami ekzima, iaitu penyakit kulit sejak bertahun-tahun. Saya telah menghabiskan banyak wang dan mencuba pelbagai jenis rawatan untuk mengubati penyakit ini termasuklah pergi ke Indonesia untuk rawatan. Tetapi penyakit ini masih tidak dapat dirawat. Saya agak terkejut dan tidak percaya bahawa Mandian Herba Citralife dapat menyembuhkan masalah ekzima pada kulit saya.

SAKIT BAHU

Pn. Sow Aai Hing, 61 tahun, Malaysia, (SAKIT BAHU) Saya mempunyai bahu kiri yang sakit selama setahun di mana membataskan pergerakan tangan kiri saya. Setelah

mengambil minuman serai Citralife selasa 2 minggu, bahu saya kini boleh bergerak dengan normal.

SELESEMA, DEMAM

Cik Maryam, 23 tahun, Malaysia Saya mengalami demam dan cuba menyembuhkannya dengan mengambil minuman serai Citralife. Saya membuat segelas

minuman menggunakan seuncang Citralife. Keesokkan harinya, demam saya hilang sepenuhnya. Menakjubkan! Deman

saya hilang dalam tempoh semalaman sahaja.

Cik Najwa Mohd Nor, 25 tahun, Malaysia Cik Najwa mengalami demam dan selesema. Beliau mengambil 1 cawan minuman serai Citralife dan demamnya hilang pada hari berikutnya.

ASMA, SINUS, KESUKARAN MEMBUANG AIR KECIL

En. Lee Yun San, 47 tahun, Malaysia, (RUAM, TURUN BERAT) Saya mempunyai angin dalam badan yang berpunca daripada asma dan mengalami kesukaran membuang air kecil. Saya tidak pernah mengambil sebarang program penyahtoksikan sebelum ini. Saya mengambil minuman serai Citralife dan merasai perubahan seperti proses penyahtoksikan lebih mudah; Melawaskan pembuangan air kecil dan badan saya lebih kurus, kuat dan sihat; Menyembuhkan ruam pada badan (fung mok); Merasa lebih bertenanga dan tidak mudah penat serta Tiada lagi batuk akibat asma. Saya mengambil minuman Citralife setiap petang untuk penjagaan kesihatan yang berterusan.

Mr Richard B, 43 tahun, Australia Richard mengalami kesulitan untuk membuang air kecil beberapa bulan lepas disebabkan stress (anxiety). Penyakit ini juga dikenali sebagai „urinary hesitancy‟ atau kesukaran membuang air kecil. Setelah mencuba minuman herba CItralife selama sebulan, Richard mendapati lebih senang untuk membuang air kecil. Richard juga mendapati minuman Citralife sangat

Page 9: Citralife Malay Testimonies

menyegarkan dan beruntung kerana mencuba produk ini

En. Ho Shou Yick, 8 tahun, New Zealand (ASMA, SINUS) Pn. Heng berkata bahawa anaknya menghidap sakit asma dan masalah resdung. Selepas memberinya minuman serai Citralife, keadaannya baik pulih dan lebih terkawal. Beliau memberi anaknya minum berterusan selama 4 hari dan berhenti minum untuk 3 hari bagi mengurangkan tindakbalas sistem imunisasi terhadap minuman serai tersebut.

MASALAH PUNDI KENCING

En. Tan Hong Sai, 73 tahun, Malaysia (MASALAH PUNDI KENCING) Saya mengalami masalah untuk mengawal pundi kencing bertahun-tahun dan terpaksa kerap ke tandas. Ini menyebabkan kesukaran semasa perjalanan jarak jauh. Setelah meminum teh serai Citralife untuk jangka masa yang pendek, kawalan pundi kencing saya kembali normal. Citralife mampu memperbaiki sistem peredaran darah seterusnya memperbaiki kawalan pundi kencing saya.

Pn Madeline Tan, 37 tahun, Malaysia (MASALAH PUNDI KENCING) Saya mempunyai masalah mengawal pundi kencing menyebabkan saya kerap ke tandas. Keadaan ini menyukarkan saya pada waktu malam dan ketika perjalanan jarak jauh. Apabila saya meminum air sebelum tidur, saya pasti terjaga di tengah malam untuk ke tandas. Tetapi, selepas mengambil minuman Citralife setiap malam, saya tidak lagi perlu pergi ke tandas di tengah-tengah malam. Minuman serai Citralife membantu memulihkan kawalan pundi kencing saya seperti normal. Maka, rutin harian saya kembali normal.

ORANG MASALAH AIR BERLEBIHAN, KEMBUNG

Cik Karen Selvarajah, 30+ tahun, Malaysia Pn Karen menghadapai masalah metabolisme lactose (penghadaman) selama 20 tahun bermula sejak remaja dan ini menyebabkan masalah seperti kembung dan senak perut setiap kali selepas makan. Beliau juga mempunyai masalah air berlebihan di dalam badannya. Setelah mengambil minuman serai Citralife, dalam masa sehari sahaja kembung perutnya telah berkurangan. Sejak mengambil minuman Citralife serai setiap hari, kembung perutnya telah hilang dan air berlebihan di dalam badannya telah berkurangan. Pn Karen yang bertugas sebagai peramugari juga mempunyai kegatalan pada tangan dan kakinya kerana masa penerbangan yang lama. Setelah mengambil minuman serai Citralife, kegatalan pada tangan dan kakinya telah banyak berkurangan.

Cik Jenny Wong, 50+ tahun, Malaysia

Cik Jenny mengalami lebih berat badan kerana lebihan air di badan dan dia kerap ke bilik air 3-4 kali pada waktu tengah

malam. Dalam masa 2 hari setelah mengambil minuman serai Citralife, beliau telah turun berat badan dan hanya ke bilik air

1-2 kali pada waktu malam. Beliau tidur dengan lebih baik. Citralife telah berjaya mengurankan lebihan air di badan dan lebih

mampu mengawal pundi kencing

Cik Lim Geok Choo, 30+ tahun, Malaysia

Puan Lim mengalami lebihan air di perutnya. Beliau meminum Citralife 3 cawan sehari. Beliau turun 3 kg dalam masa 3

bulan tanpa mengubah diet permakanannya. Kini beliau minum Citralife secara konsisten untuk mengekalkan beratnya.

TERLEBIH BERAT

En. Nicholas Heng, 40 tahun, Malaysia, (PENGURANGAN BERAT) Rambut saya kembali hitam setelah mengambil minuman serai Citralife selama 4 bulan. Saya seorang yang berbadan besar tetapi Citralife dapat membantu saya mengurangkan berat badan serta memberi saya lebih tenaga untuk bekerja. Sengal-sengal di bahu juga hilang setelah saya mengambilnya.

PIGMENTASI WAJAH

Pn. Heng Lee Chan, 46 tahun, New Zealand (MASALAH SENDI) Setelah mangambil minuman serai Citralife selama 2 hingga 3 hari, sendi-sendi saya lebih fleksibel dan kulit saya menjadi lebih halus dan lembut. Kuku saya juga kembali seperti normal.

STAMINA Cik Asni Abdullah, 51 tahun, Brunei

Saya selalu kepenatan apabila sampai di rumah selepas seharian bekerja. Dalam masa 1 minggu selepas minum Citralife, saya lebih kerap membuang air kecil berbanding hari biasa. Kini saya lebih bertenaga dan tidak kepenatan seperti sebelum ini.

En. Akir, 28 tahun, Indonesia Prestasi kerja saya di Malaysia meningkat selepas mengambil minuman serai Citralife selama 7 hari berterusan. Saya

merasa segar dan lebih fokus untuk bekerja setiap hari. Citralife adalah minuman serai yang ekonomi dan berkesan.

En. Fiktor Kamlasi, 21 tahun, Indonesia Saya mula mengambil minuman serai Citralife setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan di Malaysia. Saya merasai perubahan pada tubuh dan kesihatan dengan hanya meminumnya selama 2 hari sahaja. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga untuk bekerja setiap hari.

En Roinald Elias Sine, 21 tahun, Indonesia Sejak saya datang ke Malaysia, saya selalu melakukan kerja-kerja berat. Setelah mengambil minuman serai Citralife , saya

lebih cergas semasa bekerja.

BATUK

En. Tjandra Wantjik, 35 Tahun, Indonesia En. Tjandra mengalami batuk berpanjangan selama 5 tahun kerana kualiti udara yang rendah di Jakarta. Setelah mengambil minuman serai Citralife selama seminggu, batuknya telah berkurangan secara mendadak tanpa mengambil ubatan moden yang lain. Kini, dia mengmbil minuman serai Citralife setiap hari untuk meningkatkan sistem pertahanan badannya.

Page 10: Citralife Malay Testimonies

Gan Khai Chung, B. Eng (Hons), PhD (Melbourne University) Pengarah Penyelidikan

Gan Khai Chung, Pengarah Penyelidikan Dr Gan Khai Chung mendapat Ijazah Kejuruteraan (Kepujian Kelas Pertama) pada tahun 1982 dan PhD dalam Kejuruteraan di Melbourne Universiti pada tahun 1986. Beliau mendapat tajaan daripada Kerajaan Victoria, Australia untuk pengajian lanjut peringkat sarjana kedoktoran. Beliau merupakan eksekutif dalam dunia korporat selama 15 tahun di Malaysia dan Indonesia sehingga pada tahun 2001 sebelum beliau fokus pada penyelidikan dan pembangunan. Beliau adalah seorang penyelidik dalam teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan industri berasaskan pertanian dan ubat herba selama 10 tahun. Beliau telah membentangkan pelbagai kertas kerja dan merupakan penceramah semasa persidangan berkenaan bidang yang berkaitan.

DIABETICS

Cik Ho, 60 tahun, Malaysia Cik Ho mengidap penyakit diabetis dengan kadar gula dalam darah lebih dari 7.0 mmol/liter dan selalu mengalami kekejangan otot kaki pada waktu malam. Selepas mengambil minuman Citralife dalam masa satu hari sahaja kekejangan otot kaki telah hilang. Selepas 2 minggu (2 cawan setiap hari), kadar gula dalam darahnya pada paras antara 5 hingga 6 mmol/liter. Citralife mampu mengawal kadar gula dengan effektif dan boleh diambil bersama ubat.