CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
-
Upload
ezzayrezzay -
Category
Documents
-
view
250 -
download
1
Transcript of CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
1/8
PENGENALAN
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima. Manakala teknologi komunikasi ICT pula terdiri daripada
perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan Mengakses maklumat.
Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf, modem dan
sebagainya. Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek tele
yang bermaksud sangat jauh. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh
tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan
maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam
masa yang sama (synchronous)melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu
dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif
dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan
etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.
Kaye dan medoff (2001) (dlm. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad 2004)
telah mengenal pasti lima ciri teknologi komunikasi iaitu khalayak, masa, paparan dan
penyebaran, jarak dan penyimpanan.
KHALAYAK
Kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang memerlukan interaksi dua
hala secara bersemuka. Hari ini penggunaan Twitter,Facebook, talian bimbit, ruang chatting,
emel dan perkongsian maklumat menerusi pelbagai sumber media massa telah menjadi satu
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
2/8
fenomena dan kewajipan. Dari orang dewasa hingga kepada anakanak disekitar umur 67
tahun, kebanyakkannya kini wajip mempunyai sebuah talian bimbit bagi tujuan komunikasi.
Ini yang dinamakan sebagai teknologi komunikasi itu telah menular dan menjadi keutamaan
dalam masyarakat hari ini. Persoalannya sekarang, bagaimana perkembangan teknologi
komunikasi ini memberi sumbangan dan impak yang positif dalam pembangunan keluarga
hari ini.
Dewasa ini dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020 dan matlamat Gagasan 1Malaysia,
maka istilah istilah satu rumah satu komputer, sebuah talian internet untuk setiap
keluarga, program pemberian netbook percuma kepada pelajar tingkatan enam dan lima di
setiap sekolah merupakan fenomena lazim yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam
usaha melahirkan masyarakat yang celik IT. Ini membuktikan bahawa kemajuan talian
komunikasi hari ini perlu selari dan sejajar dengan pemikiran dan kebolehserapan masyarakat
hari ini untuk menerima kemajuan aplikasi aplikasi tersebut. Usahausaha ini dijalankan
agar kita tidak tertinggal dalam capaian menikmati perubahan teknologi komunikasi terutama
sekali yang melibatkan internet yang mana semakin hari semakin pantas kemajuan dan
teknologi yang dialami. Ini kerana kemajuan yang dikecapi oleh media dan teknologi
komunikasi mempunyai kesan dan impak positif yang sangat jelas terhadap pembangunan
keluarga hari ini.
MEMUDAHKAN KOMUNIKASI ANTARA KELUARGA
Diantara sumbangan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga ialah
memudahkan komunikasi antara keluarga. Sebagaimana kita tahu, dalam komunikasi aspek
terpenting ialah perhubungan interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu, kekerapan
berkomunikasi antara keluarga akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada. Sebagaimana
contoh yang kerap dipaparkan melalui iklan iklan menjelang perayaan Aidi Fitri. Iklan
memaparkan walau jauh mana pun jarak seseorang anak, dengan kemudahan jaringan
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
3/8
telekomunikasi hari ini, jarak tidak lagi menjadi satu kekangan atau halangan dalam interaksi.
Anak masih boleh berhubung dengan kedua ibu bapa atau adik beradik yang lain melalui
telefon atau pun sidang video melalui perisian web. Antara web yang menyediakan
kemudahan berinteraksi secara sidang video di website ialah Yahoo.
Ini akan menghilangkan rasa rindu, mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian
kekeluargaan. Dengan nilai kos perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk
dikendalikan, teknologi komunikasi telah menjadi aspek penting dalam pembangunan
keluarga hari ini terutama dari segi perhubungan. Paparan iklan itu merupakan realiti sebenar
yang berlaku dalam masyarakat. Ibu bapa dan anak saling berhubungan. Walaupun berada
jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung jawap diantara
keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam suasana yang mudah.
Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan kemajuan teknologi
komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat hari ini.
PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN BERITA
Kemajuan yang dikecapi melalui perkembangan teknologi maklumat hari ini turut
memudahkan perkongsian maklumat dan berita dalam usaha menambah ilmu pengetahuan.
Proses pembelajaran anak anak semakin mudah dalam mendapatkan maklumat tambahan
selain apa yang mereka perolehi melalui pendidikan secara formal di sekolah dan institusi
pengajian.
PEMBERI ATAU PENYEBAR MAKLUMAT
Liputan media serta jaringan telekomunikasi yang baik pada hari ini juga akan berinteraksi
sebagai pemberi atau penyebar maklumat. Ini akan dapat dijadikan panduan dan pedoman
dalam pembangunan masyarakat. Maklumatmaklumat seperti penyakit, kesan jenayah dan
anasir anasirnya, boleh menjadi satu pembimbing atau peringatan kepada masyarakat. Ini
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
4/8
akan menghasilkan keluarga dan masyarakat yang peka kepada isu semasa dan keadaan
persekitaran.
SEBAGAI WADAH HIBURAN
Media hari ini hasil daripada kemajuan teknologi maklumat turut menjadi satu wadah hiburan
untuk seisi keluarga. Contoh paling mudah ialah pengenalan segmen Astro First yang
dijalankan oleh pihak Astro iaitu penayangan filem filem terkini dipanggung wayang
melalui medium televisyen. Ini membolehkan seisi keluarga menonton bersama di rumah.
Dapat mengelakkan anakanak berpeleseran di panggungpanggung wayang. Ruang untuk
bersama ini sebenarnya boleh digunakan untuk mengeratkan lagi talian kekeluargaan sedia
ada dalam usaha pembangunan keluarga yang lebih ampuh dan mampan. Ruang untuk anak
dan ibu bapa untuk bersama lebih terbuka dan luas.
MASA
Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses
perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan
dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat
dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga
ke gaya hidup masyarakat. Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon
bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan
kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Antara kebaikan
teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan
jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru.
Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga
membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling
bergantung antara satu sama lain.
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
5/8
Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat
mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam
Global Village dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju
seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga
bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.
Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi proses komunikasi telah menjadi lebih murah,
cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga
membuka peluang untuk berhubung secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di
seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video
conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut
serta menghadiri mesyuarat. Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah
membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut
mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang
berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana
meningkatkan keuntungan kepada perniagaan. Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang
mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu
masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan
membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan
mengurangkan prejudis. Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi
maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di
seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana-
mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat
juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu. Mencipta peluang
pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
6/8
peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan
dengan kehadiran teknologi iaitu Computer Programmers, System Analyzers,Hardware
and Software Developersdan Web Designer.
PAPARAN DAN PENYEBARAN
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja
seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai
ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan
sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen
atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam
bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang
penting. Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya
kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem
video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang
menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera
padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan
terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai
walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling
berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan
maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi
penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi
maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak
jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui
media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk
-
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
7/8
diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat,
kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu
berleluasa.
JARAK
ICT memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ICT
mempercepat hubungan antarabangsa. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan
wujudnya ICT. Kita dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata
sekali mengukuhkan ungkapan Dunia Tanpa Sempadan. Kita dapat berhubung dengan
sesiapa sahaja sama ada di laman sembang, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan
sebagainya. Kita juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan
menggunakan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, perkembangan semasa yang berlaku di
seluruh dunia juga dapat diikuti dengan serta-merta seperti siaran langsung konsert artis
popular, perlawanan bola sepak dunia dan siaran berita mutakhir. Acara sukan, persidangan
dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea di Jepun mahupun di
Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat
ditonton melalui Internet dan Astro, telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video
bergantung pada ICT untuk membolehkan kita merasai nikmat ini. Internet dan komputer riba
turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT merupakan pembuka
laluan yang luas kepada masa depan yang gemilang.
PENYIMPANAN
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah:
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi -
8/13/2019 CIRI2 TEKNOLOGI KOMUNIKASI
8/8
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras
(HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam
proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Perisian komputer seperti
sistem operasi (OS) yang popular termasukLinux,UNIX,Mac OS danWindows dan aplikasi
produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti
pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan
besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak
digunakan oleh pengguna komputer setiap hari.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Pengoperasianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Linuxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/UNIXhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mac_OShttp://ms.wikipedia.org/wiki/Windowshttp://ms.wikipedia.org/wiki/OpenOfficehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Internethttp://ms.wikipedia.org/wiki/OpenOfficehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Windowshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mac_OShttp://ms.wikipedia.org/wiki/UNIXhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Linuxhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Pengoperasian