Ciri2 tamadun

15
CIRI-CIRI TAMADUN 1)Adanya penempatan i-Petempatan Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran. Posted by MuBaroque ii-Petempatan Tamadun Mesir Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah hadiah daripada Sungai Nil . Ini adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean iii-Petempatan Tamadun Indus / India Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di Lembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi. iv-Petempatan Tamadun China Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek- aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara. 2)Perbandaran i-Perbandaran Tamadun Mesopotamia Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun Mesopotamia. Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar

description

history of malaysia

Transcript of Ciri2 tamadun

Page 1: Ciri2 tamadun

CIRI-CIRI TAMADUN

1)Adanya penempatan

i-Petempatan Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamia diberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh orang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran. Posted by MuBaroque

ii-Petempatan Tamadun Mesir

Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir. Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalah kerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean

iii-Petempatan Tamadun Indus / India

Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di Lembah Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.

iv-Petempatan Tamadun China

Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM - 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.

2)Perbandaran

i-Perbandaran Tamadun Mesopotamia

Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun Mesopotamia. Selepas 2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-

Page 2: Ciri2 tamadun

kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash ( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara terancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan dengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah ziggurat ( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi mereka daripada serangan musuh.

ii-Perbandaran Tamadun Mesir

sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi pertanian yang pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatan kecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul seperti Kahirah dan Memphis. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya, Karnak dan Luxor.

iii-Perbandaran Tamadun Indus / India

Terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Mohenjo Daro ( di Sind) dan Harappa (di Punjab). Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama.

Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus.

iv-Perbandaran Tamadun China

di lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada

Page 3: Ciri2 tamadun

tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.

3) Organisasi Sosial

i- Organisasi Sosial Tamadun Mesopotamia

Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama.Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran. Orang dari kelas mushkinu diberi kebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri, harta benda suaminya dan ayahnya ddn boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepada orang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

ii-Organisasi Sosial Tamadun Alam Melayu

Di Alam Melayu juga menampakkan organisasi sosial yang mementingkan kelas. Terdapat 2 kelas manusia. Kelas teratas mengandungi raja dan bangsawan. Kelas kedua pula terdiri daripada rakyat jelata yang menjadi hamba kepada golongan pertama tadi. Hiraki sosial yang membeza-bezakan taraf manusia ini sebenarnya adalah bertolak dari ajaran kasta Hindu. Di Srivijaya misalnya, terdapat dua kelas yang utama iaitu kepas pemerintah dan kelas diperintah. Kelas-kelas ini dibahagikan pula kepada 4 golongan ( golongan raja, bangsawan, orang merdeka dan hamba abdi). Kedudukan wanita di alam Melayu tidak dipandang rendah, malah ada di kalangan mereka berpeluang menjadi pemerintah seperti yang berlaku di Majapahit dan di Bali. Apabila Islam mula mengambil tempat di alam Melayu, perbezaan taraf manusia mula dikikis tetapi mengambil masa yang agak lama.

iii-Organisasi Sosial Tamadun China

Page 4: Ciri2 tamadun

Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri daripada tiga lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan menduduki hiraki yang tertinggi dalam sistem feudal yang diwujudkan oleh Dinasti Chou. Melalui sistem feudal, Dinasti Chou memberi kuasa kepada golongan bangsawan mentadbir sesatu wilayah secara mutlak. Golongan atasan menghabiskan masa lapang mereka dengan berburu, mengadakan jamuan besar dan mendengan muzik. Selepas golongan bangsawan ialah golongan petani. Golongan ini merupakan golongan terbesar dalam masyarakat Shang. Semasa pemerintahan Dinasti Chou, sebilangan petani yang bekerja di sawah-sawah kecil telah menjadi hamba berhutang kerana gagal mengeluarkan hasil yang mencukupi. Selepas golongan petani terdapat golongan artisan, peniaga dan askar. Kaum wanita dipandang rendah.

iv-Organisasi Sosial Tamadun Barat / Eropah

Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman pertengahan Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan itu dianggap sebagai zaman gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang kurang maju perpecahan politik, kemersotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian terhadap masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal) dan yang dipimpin ( rakyat biasa / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi, diikuti lapisan kedua iaitu golongan bangsawan/vassal dan ahli agama. Golongan rakyat biasa itu terdiri daripada petani dan rakyat biasa. Mereka bukanlah hamba tetapi mereka tidak bebas sepenuhnya. Mereka bekerja untuk tuan mereka iaitu golongan pada lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Kedudukan mereka adalah di antara hamba dengan orang bebas. Sistem begini dipanggil sistem feudal. Apabila zaman pertengahan itu berakhir, zaman moden Eropahpun bermula pada sekitar tahun 1500M. Organisasi sosial Eropah turut berubah dengan kemerosotan sistem feudal. Peningkatan pertanian dagangan, perkembangan bandar dan sektor perusahaan telah memberi peluang kepada golongan serf ini bebas dari belenggu tuan tanahnya. Ada di antara mereka yang melarikan diri ke bandar untuk menjadi buruh upahan.

4)Kepercayaan

Kepercayaan dan Agama

Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam kehidupan manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalam kemunculan sesuatu tamadun seperti yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus dan Hwang Ho. Pemerintah menanggung perbenlanjaan yang tinggi untuk perkara-perkara keagamaan. Sejumlah besar kutipan cukai dikhaskan untuk keperluan agama dan untuk membina tempat-tempat ibadat seperti kuil dan sebagainya. Masyarakat tamadun awal mempercayai kewujudan banyak tuhan atau polytheistic. Unsur alam semula jadi dijadikan sesuatu untuk disembah bagi tujuan menjauhkan malapetaka. Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi setiap aspek kehidupan. Contohnya, dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam untuk mendapatkan hasl yang banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.

Page 5: Ciri2 tamadun

i- Kepercayaan Tamadun Mesopotamia

Agama orang Sumeria bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan atau dewa dewi yang mempunyai ciri-ciri bentuk manusia. Dewa dewi ini dipercayai mendatangkan kebaikan atau keburukan. Mereka tidak menyembah raja mereka tetapi menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.Tuhan utama orang Sumeria ialah Anu (dewa/tuhan langit), Enlil (tuhan bumi),Enki (tuhan air). Menurut kepercayaan orang Sumeria, nasib negara, rakyat dan kejadian alam ditentukan oleh dewa-dewa. Contohnya, dewa Dumumi dan dewa Inanna menentukan musim bungaan danmusim salji. Orang Sumeria tidak percaya kepada kehidupan selepas mati. Menurut orang Sumeria, tuhan-tuhan mereka tidak pernah berkuasa ke atas kehidupan di akhirat. Penyembahnya berddoa meminta rahmat kebendaan dan dipanjangkan umur. Mereka percaya bahawa bencana alam seperti banjir dan kebuluran merupakan hukuman yang ditimpa ke atas mereka. Mereka juga percaya bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati akan bangkit merayau-rayau di lorong-lorang untuk mencari makanan. Mereka sangat takut kepada hantu orang mati.Sebab itulah mereka sangat mengambil berat tentang pengkebumian orang mati. Mayat yang ditanam dibekalkan dengan makanan yang diisi dalam takar. Mayat lelaki dibekalkan dengan kail dan senjata, mayat perempuan pula dibekalkan cermin yang dibuat dari tembaga. Barang-barang lain yang dibekalkan ialah seperti kereta kuda, barang perhiasan dan barang-barang lain yang dimiliki olehnya temasuk orang gaji. Mereka mengkebumikan mayat di bawah lantai rumah supaya roh simati tidak berasa diketepikan dan dapat bersama dengan keluarganya ketika menyembah tuhan keluarga mereka. Orang Sumeria menyembah tuhan yang dipercayai turun ke bumi untuk melindungi negara kota mereka. Dengan itu mereka membina ziggurat ( kuil yang berbentuk piramid yang bertingkat-tingkat setinggi 6 atau 7 tingkat). Ziggurat ini berbentuk menara dan lebih tinggi dari bangunan-bangunan lain yang ada di dalam kota. Kuil ini biasanya dibina di atas bukit. Oleh kerana ziggurat itu tinggi, ia boleh kelihatan berbatu-batu jaraknya. Kuil merupakan bangunan yang paling penting di dalam sesebuah bandar. Pejabat-pejabat perniagaan dan pentadbiran dan gudang terletak di dalam perkarangan kuil. Tempat pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil. Mereka menjalankan upacara pemujaan tuhan bagi mengelakkan malaa petaka yang dianggap sebagai hukuman tuhan. Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur untuk tuhan Enlil. Ketua sami juga merupakan ketua bandar. Ini kerana dasar pemerintahan Sumeria berbentuk teokrasi ( agama sebagai dasar pemerintahan). Setiap kota di Sumeria mempunyai sebuah kuil. Setiap negara kota mempunyai dewa penaung (patron deity).Mereka percaya, tuhan yang dipuja oleh sesebuah bandar menetap di menara kuil. Di antara upacara agama yang dijalankan ialah pemujaan dan pengorbanan. Upacara pemujaan dijalankan di dalam ziggurat. Pengorbanan dibuat hanya apabila raja-raja meninggal dunia. Apabila raja-raja meninggal dunia, pengiring-pengiringnya turut mengiringi kematian itu ( mati bersama/dibunuh). Dalam tugu-tugu diraja dijumpai bersama mayat itu ialah barang-barang hiasan seperti emas dan perak. Mayat raja/permaisuri dipakaikan pakaian yang lengkap dan serba indah, lengkap dengan barang kemas yang bertatahkan permata.

ii- Kepercayaan /Agama Tamadun Arab

Zaman sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul bagi menyebarkan agama Islam di bumi Arab, terdapat berbagai agama. Agama di situ terbahagi kepada dua iaitu agama Ilahi/Wahyu (agama Hanif, Nasrani dan Yahudi) dan agama ciptaan manusia ( menyembah berhala, menyembah cakrawala, menyembah padang pasir,

Page 6: Ciri2 tamadun

menyembah api/majusi. Apabila Islam disebarkan di Mekah pada tahun 610M agama Islam mula mengambil tempat agama-agama yang sedia ada di situ dan selepas kira-kira 23 tahun Islam disebarkan ( selepas pembukaan Kota Mekah) seluruh bumi Arab menerima agama Islam. Agama-agama Yahudi dan Nasrani mula lenyap dari bumi Arab.

iii-Kepercayaan/Agama Tamadun Alam Melayu

Agama yang mula-mula sekali meresap masuk ke alam Melayu ialah agama Hindu ( sebelum abad pertama Masihi lagi), diikuti oleh agama Buddha. Setelah lebih dari 7 abad, Alam Melayu mula menerima ajaran Islam yang disebarkan oleh pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam dari Arab dan Gujerat. Apabila kuasa-kuasa Barat seperti Portugis ( abad ke-16M), Belanda dan Inggeris menjajah negeri-negeri di Alam Melayu, agama Kristian pula mula disebarkan.

iv-Kepercayaan Tamadun Indus / India

Masyarakat tamadun Lembah Indus juga percaya kepada banyak tuhan (politeisme).Mereka menyembah dewa dewi. Salah satu tuhan atau dewa yang mereka sembah ialah Tuhan Bermuka Tiga (Mother - Goddess). Ada ahli sejarah yang berpendapat bahawa Tuhan Bermuka Tiga itu adalah Siva. Bagi masyarakat Lembah Indus, dewi yang paling utama ialah Dewi Alam atau Tuhan Ibu. Bilangan patung yang banyak dijumpai menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus menyembah binatang dan pokok. Kehadiran simbol swastika ( ) dan roda membuktikan orang Indus menyembah tuhan matahari. Terdapat juga tanda-tanda bahawa mereka memuja alat kemaluan lelaki sebagai pembawa benih atau zuriat yang dinamakan linga yang kemudian dikaitkan dengan Dewa Hindu Siva. Sebutir batu hitam yang menyerupai Sivalingam telah ditemui di Lembah Indus. Selepas kedatangan orang-orang Aryan pada tahun 1500 SM, mereka membawa kepercayaan menyembah pelbagai tuhan. Antaranya ialah tuhan Indra (tuhan perwira), Vayu, Agni ( tuhan api), Dyaus (tuhan langit) dan varuna (tuhan hujan). Orang Aryan percaya bahawa tuhan mereka akan melindungi daripada segala kejahatan dan menghukum sesiapa yang bersalah. Ahli-ahli arkeologi belum menemui kuil-kuil pemujaan. Ini menunjukkan upacara pemujaan dijalankan di rumah kediaman. Mereka menjalankan upacara mengorbankan binatang tetapi tidak termasuk lembu kerana lembu dianggap suci terutama lembu jantan. Sebab itulah lembu jantan disembah. Pemujaan terhadap batu bata, pokok dan sungai atau boleh jadi roh juga diamalkan. Kepercayaan animisme ini merupakan penyembahan terhadap Nages, Yaksoas yang dianggap penjelmaan roh. Bukti-bukti menunjukkan kepercayaan ini diamalkan di Mohenjo Daro. Masyarakat Indus juga menjalankan upacara pengkebumian dan pembakaran mayat. Orang yang mati akan ditanam bersama-sama dengan alat-alat tembikar dan barang-barang perhiasan. Air dianggap suci dan mandi adalah satu upacara yang penting. Di bandar besar terdapat tempat mandi awam untuk menjalankan upacara agama.

v-Kepercayaan / Agama Tamadun China

Tamadun ChinaAgama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat China

Page 7: Ciri2 tamadun

yang telah dibawa masuk ke China dari Sri Lanka.

Fahaman kedua yang tersebar luas di negara China ialah Confuciusnisme. Ia berdasarkan ajaran Confucius/Kung Fu Tze (551-479SM) yang hidup pada zaman Dinasti Chou. Ajaran Confucius terdapat dalam buku klasik berjodol Analekta yang ditulis oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan (ada 5 kebaikan di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati). Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ni kemudian telah menjadi falsafah rasmi negara China. Confucius juga menekankan 5 jenis hubungan yang baik iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, Ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

Di negara China juga tersebar faham Taoisme. Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tzu dan Chuang Tzu yang hidup dalam Dinasti Chou. Ia dapat diperolehi dalam buku Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud ‘cara’ atau ‘jalan’ untuk seseorang individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia. Ajaran ini menyarankan manusia supaya tidak mementingkan dunia. Taoisme mementingkan kesederhanaan, perdampingan dengan alam semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam. Ajaran ini tidak mendapat sambutan dari kalangan terpelajar. Ia berpengaruh di kalangan rakyat di luar bandar. Sumbangan penting ajaran ini ialah sami-saminya telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional, mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Selain dari ajaran-ajaran tadi, tersebar juga faham Mohisme oleh Mo Ti atau Mo Tzu yang hidup sezaman dengan Confucius. Doktrin utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna untuk setiap manusia. Satu lagi faham yang tersebar ialah Legalisme yang muncul serentak dengan Mohisme. Ia dipengaruhi oleh idea dan falsafah Hsun Tzu. Faham ini lebih mementingkan masyarakat dari individu. Falsafah ini menganggap semua individu adalah jahat. Faham ini amat berpengaruh pada zaman Dinasti Chin terutama pada masa pemerintahan Shih Huang Ti.

5)Pembentukan Negara Kota

Kawasan Kajian : Yunani, Rom, Arab dan Melayu

Kandungan kajian : Ciri-ciri Negara Kota Dan Proses dan perkembangannya.

Maksud Negara Kota ialah: bandar yang juga merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka. Selain daripada Yunani, Rom, Arab dan Kepulauan Melayu ( kawasan kajian kita), Negara Kota juga terdapat di negara-negara lain seperti di Memphis (Mesir), Ur, Urech, Kish, Babyon (Mesopotamia), Mohenjo Daro dan Harappa (India) dan Anyang ( China).

i-Pembentukan Empayar Tamadun India / Indus

Di India terdapat sebuah empayar yang besar di bawah Dinasti Maurya. Dinasti ini wujud apabila Chandragupta Maurya berjaya menggulingkan empayar Magadha ( sebuah empayar Aryan) pada tahun 321 SM. Empayar Maurya ini wujud ekoran daripada usaha-usaha Chandragupta Maurya menyatukan beberapa buah kerajaan kecil di Utara India bagi menghadapi ancaman Yunani. Penyatuan ini membentuk Empayar Maurya yang terbentang luas dari Teluk Benggala ke pergunungan Hindu Kush dengan ibu kotanya di Pataliputra.. Kuasa Chandragupta pada masa itu tiada

Page 8: Ciri2 tamadun

siapa yang berani mencabar. Kuasa Maurya tegak dengan sokongan 700,000 orang tentera. Tentera kerajaannya sangat cekap dan tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat dan penduduk bandar sentiasa diganggu oleh pegawai-pegawai, inspektor dan tali barut pemerintah. Kezalimannya jelas apabila kesalahan mencuri yang kecil dikenakan hukuman mati dan selalunya disiksa terlebih dahulu. Empayar Maurya mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Raja-raja Maurya terus meluaskan pengaruhnya ke seluruh India kecuali India Selatan (India.Selatan diperintah oleh orang Dravidian yang berbahasa Tamil). Anak Chandragupta telah menambah sebahagian dari Decca ke dalam empayarnya. Empayar yang besar ini seterusnya diwarisi oleh pemerintah ketiganya iaitu Asoka pada tahun 273 SM (ada ahli sejarah berpendapat pada 269 - 232 SM), seorang raja yang terkemuka dan berperikemanusiaan. Beliau memerintah selama 40 tahun. Sistem pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat (sentralisasi). Dinasti Maurya mencapai kemuncak perluasannya di bawah Asoka.. Di awal pemerintahannya, beliau menyerang wilayah Orissa. Melihat penderitaan penduduk menjadikan beliau insaf dan menghentikan peperangan sebagai senjata yang agresif. Selepas itu beliau menggunakan kekayaan untuk mengurangkan penderitaan rakyat dan penyebaran agama Buddha.Kematian Asoka menandakan kemerosotan Dinasti Maurya. Lima puluh tahun selepas kematian Asoka iaitu pada tahun 232 SM, empayar yang semakin lemah itu akhirnya terlepas dari tangan pengganti-penggantinya yang lemah ( 185 SM). Untuk 5 abad kemudiannya, India kehilangan kesatuan politiknya yang selama ini diberikan oleh keturunan Maurya. India mula berpecah.Dalam keadaan perpecahan ini, India terdedah dengan serangan asing seperti orang Aryan dari Asia Tengah dan orang Kushan dari China. Selepas 5 abad India berada dalam kekacauan dan perpecahan, empayar agung kedua muncul di tebing Sungai Ganges dan dapat menyatukan semula bahagian utara India. Ibu kotanya di Pataliputra dan pengasasnya mengambil nama Chandragupta sebagai penghormatan kepada Chandragupta dari Dinasti Maurya dulu. Baginda adalah raja Magadha. Walau bagaimanapun orang India lebih menyanjung pemerintah keduanya yang bernama Samudragupta(300-375M). Beliau digelar ‘Nepoleon India’.Beliau meluaskan empayarnya ke barat menghala ke Sungai Indus dan ke selatan sampai ke Deccan. Walaupun kuasa dan pengaruhnya lebih kecil jika dibandingkan dengan Asoka tetapi pemerintahannya sangat kukuh. Pengganti-penggantinya menguasai empayar itu lebih dari satu abad. . Zaman ini telah mencapai kegemilangan dalam bidang seni, sains dan agama. Perkembangan empayar di wilayah India Selatan tidak mempunyai banyak catatan oleh pengkaji sejarah kerana ahli-ahli sejarah lebih menumpukan perhatian kepada wilayah utara India. Wilayah selatan India terdiri daripada Pandyas (di selatan sekali yang beribu negerikan Madura), Cheras dan Chola. Negeri-negeri di selatan India ini telah disatukan di bawah empayar sekurang-kurangnya 2 kali. Di bawah kerajaan Pallava (pertengahan kurun ke-6 hingga pertengahan kurun ke-8) semua negeri-negeri tua di situ berjaya ditundukkan di bawah kekuasaannya. Di bawah kerajaan Pallava, sejarah seni bina dan seni ukir selatan India bermula. Kerajaan Pallava telah dikalahkan oleh kerajaan Chola dan kerajaan Chola telah menawan empayar kerajaan Pallava.Kerajaan ini telah menyerang Ceylon. Orang-orang Chola memasuki zaman gemilangnya semasa diperintah leh Raja-Raja Agong ( 985-1018) iaitu terdiri daripada anak Asoka dan pengganti beliau. Mereka telah menawan seluruh bahagian timur India, Ceylon, Pulau-pulau Andaman dan Pulau-pulau Nicobar, Pegu (Burma), Kedah (1025), Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara( Perak). Kerajaan Chola jatuh pada kurun ke-14.

ii-Negara Kota Tamadun Rom

Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di sebelah pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad ke-8 datang

Page 9: Ciri2 tamadun

pula orang Greek yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan tanah). Di sebelah selatan kawasan orang Etruscan iaitu di dataran Sungai Tiber tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka membentuk komuniti yang berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika mempertahankan diri dari serangan orang Etruscan. Penyatuan inilah yang menjadi asas pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM. Bertahun-tahun lepas itu Rom berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di tengah-tengah jalan selatan ke utara dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu menjadi pelabuhan yang terbaik di pantai barat. Dengan itu, ia menjadi kunci masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang terletak di atas bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatan Etruscan yang bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja akan menyerang mereka. Penduduk Rom ini pada hakikatnya adalah bersifat tentera dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam usaha-usaha ketenteraan. Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang raja yang juga menjadi padri besar, jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda menentukan peraturan-peraturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewa, orang asing dan antara satu sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap setarafdengan baginda. Antara penduduknya terdapat golongan bangsawan (Patrician) dan yang lain-lain dipanggil Plebeian.. Golongan Plebeian ini bekerja untuk mereka dan berharap akan mendapat perlindungan daripada mereka. Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang mengandungi orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke atas pelantikan raja baru. Apa yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir sepanjang masanya berperang dan rajanya membuktikan diri mereka sebagai pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu menentang orang Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja bangsa Etruscan yang terkenal dengan pemerintahan yang zalim itu. Orang-orang Rom menggelar mereka sebagai Tarquin Sombong. Walau bagaimanapun mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungi semua komuniti dan dianggap sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran dan mencantikkan bandar itu dengan membina rumah-rumah berhala. Mereka menyusun semula angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka. Mereka hanya sempat memerintah Rom tidak sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah bangkit menentang dan menghalau mereka.Tragedi ini dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah menghantui perasaan orang-orang Rom untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang Rom telah menubuhkan pemerintahan berbentuk republik.

iii-Negara Kota Tamadun Alam Melayu

Di kawasan Alam Melayu telah memunculkan beberapa buah negara kota seperti Langkasuka, Chieh-Cha ( Kedah), Kalah ( dipercayai terletak di utara Kedah) dan lain-lain lagi. Langkasuka terletak di Patani, Thailand. Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal abad ke-2M ( tahun 100 M). Langkasuka menjalankan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia Barat, India, China dan kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan Melayu. Kerajaan ini dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Bagaimanapun, pada abad berikutnya,ia dilanggar oleh Funan. Sejak itu Langkasuka tidak putus-putus dijajah oleh kuasa luar dan maju mundurnya ditentukan oleh faktor ini. Meskipun kedudukannya yang terletak di jalan perdagangan antarabangsa antara India dan China dan juga kekayaan hail buminya itu merupakan faktor dalaman yang membawa kemajuannya, namun faktor luarlah sebenarnya yang lebih dominan dalam menentukan semuanya itu. Bagaimanapun pada abad ke-5M, Langkasuka dapat memulihkan kemerdekaannya dan apabila

Page 10: Ciri2 tamadun

Funan mengalami kemunduran pada abad ke-6M, Langkasuka mencapai zaman keagungannya. Pada ketika inilah dikatakan wilayah taklukannya meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu. Namun dengan kebangkitan Srivijaya pada abad ke-7M, Langkasuka tertakluk di bawahnya pula. Kemudian menjadi jajahan Majapahit dan apabila Melaka ditawan Portugis (1511) kerajaan Langkasuka turut lenyap dalam sejarah kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 dari India Selatan.. Kerajaan Kedah ( Kedah Tua) wujud dari kurun ke-5M hingga kurun ke-14M di Lembah Bujang. Kerajaan ini muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang penting pada kurun ke-5M. Pelabuhannya disinggahi kapal dagang dari India, China dan Asia Barat. Pusat pentadbirannya terletak di Kampung Sungai Emas (kurun ke-5 hingga 10M) dan Pangkalan Bujang (kurun ke-10 hingga 14M). Penduduknya dipengaruhi agama Hindu dan Buddha. Menjelang tahun 695M kerajaan ini menjadi tanah jajahan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini mula merosot pada abad ke-11 kerana diserang oleh Raja Chola, Rajendra 1 pada tahun 1025M.

6)Pendidikan

i- Pendidikan Dalam Tamadun India / Indus

Tamadun Indus adalah tamadun terawal yang muncul di India ( berkembang antara tahun 3000 SM hingga 25000 SM dan lenyap pada kira-kira tahun 1500 SM). Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.Pendidikan pada zaman itu berteraskan pelajaran yang terkandung di dalam beberapa veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama. Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu pelajar tersebut akan menghafal semua veda dan belajar tentang astronomi. Apabila dia tua maka pengetahuan itu ditinggalkan dan hiduplah dia dalam alam pertapaan untuk mendapatkan tingkat nirvana. Bahasa yang digunakan ialah Sanskrit. Apabila tamadun Indus runtuh pada kira-kira tahun 1500 SM ( ada beberapa sebab seperti kerana banjir dan pemusnahan hutan yang menambahburukkan lagi bencana banjir dan juga serangan dan pembinasaan oleh orang-orang Arya) muncul pula tamadun Vedik orang Aryan (1500 SM hingga 450 SM). Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges dan tersebar ke selatan dan barat India itu telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun. Pendidikan ini menolong meluaskan pengetahuan tentang kesusasteraan, agama dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Hasil kesusasteraan yang paling terkemuka ialah Dharma Sutra yang menyentuh tentang adat istiadat, tingkah laku dan undang-undang semasa. Perkara ini menjadi asas kepada buku perundangan Manu moden. Apabila agama Buddha berkembang di India, kuil-kuil memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Buddha khususnya semasa diperintah oleh Asoka. Perkemabangan pesat dalam bidang agama ini telah memunculkan sebuah universiti di Nalanda, India Selatan yang menjadi tumpuan pengkaji agama ini bukan sahaja di sekitar India malah dari luar India seperti dari Nusantara .

ii- Pendidikan Di Alam Melayu

Sebelum kedatangan Islam, Alam Melayu menampakkan kejahilan dari segi pendidikan. Ilmu tidak dipentingkan. Pengaruh Hindu dan Buddha meresap ke dalam kehidupan sehari-hari masyarakat di samping pengamalan kepercayaan animisme.

Page 11: Ciri2 tamadun

Pelajaran tidak formal diajar di rumah tentang kehidupan sehari-hari. Pendidikan di sini lebih kepada pendidikan tidak formal ke arah penguasaan cara hidup atau mendapatkan kemahiran menerusi pengamatan dan latihan. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan dalam bidang pertanian, perikanan, pertukangan dan kraftangan. Kanak-kanak juga diajar perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan, kelakuan, adat resam, sopan santun dan cara berkawan. Nilai-nilai budaya murni diajar kepada kanak-kanak melalui cerita-cerita lisan. Kanak-kanak mempelajari tentang pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial. Kanak-kanak diajar supaya tidak bersikap sombong, tamak atau berbohong. Pendidikan informal juga diberi melalui pantun, peribahasa dan teka teki..Ada juga yang mendalami agama Buddha di kuil. Srivijaya pernah muncul sebagai pusat agama Buddha di rantau ini dan menjadi tapak untuk melangkah ke pusat pengajian tinggi di India. Pendidikan secara formal mula diperkenalkan apabila Islam berkembang di rantau ini dan ditegaskan lagi semasa Barat menguasai tempat ini.

7)Pembangunan

i- Pembangunan Ekonomi Tamadun India / Indus

Sistem pengangkutan pada peringkat awal ialah dengan menggunakan unta, gajah, kuda, keldai iaitu secara kafilah menggunakan jalan darat. Apabila perdagangan berkembang, jalan laut yang menggunakan kapal digunakan. Perdagangan dijalankan dengan Mesopotamia. India terkenal dengan sistem timbangannya yang seragam sejak zaman tamadun awal lagi. Dari segi cukai, pada zaman Asoka dari Dinasti Maurya, Asoka telah memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil seperti cukai pengeluaran pertanian, cukai pengeluaran barang-barang dagangan, cukai jalan, dan cukai pinjaman. Cukai-cuckai itu ditetapkan dengan kadar tertentu. Misalnya, cukai pengeluaran ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran dan mungkin akan berubah kadarnya. Hasil cukai itu digunakan untuk pembinan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan, tempat-tempat adat di samping sebagai sumber kepada raja.

ii-Pembangunan Ekonomi Tamadun Rom dan Greek

Rom terkenal dengan sistem jalan rayanya yang baik dan ini membolehkan perdagangan berjalan lancar. Di setiap daerah, maharaja membaiki dan membina rangkaian jalan raya yang diturap. Pada zaman Augustus iaitu zaman Rom berada dalam keadaan aman, perdagangan berjalan dengan baik. Perdagangan berlaku antara Laut Hitam dengan Sepanyol. Bandar-bandarnya berbentuk kosmopolitan. Bandar-bandar di Rom menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Pelabuhan-pelabuhan Rom menyediakan limbungan kapal dan kemudahan pelabuhan yang baik untuk kapal-kapal yang berlabuh. Rom telah mengenakan cukai ke atas kawasan-kawasan yang ditawan.

Tamadun GreekAthens mengenakan cukai import dan eksport yang rendah.. Sebahagian besar perdagangan Athens dilakukan melalui jalan laut kerana jalan-jalan darat ketika itu amat mundur.

Page 12: Ciri2 tamadun

8) Perundangan

i-Ilmu Undang -Undang

Dalam bidang undang-undang, ketika Mesopotamia di bawah pemerintahan Hammurabi, beliau amat terkenal dengan ‘Kanun Hammurabi’ nya. Kanun ini diterbitkan setelah Hammurabi mengumpul dan menyusun semula undang-undang lama negerinya serta meluluskan undang-undangnya sendiri. Hukuman yang dikenakan mengikut undang-undang ini adalah berat, ada kemungkinan hukuman ini tidak dilaksanakan. Seorang padri perempuan yang dijumpai masuk ke kedai arak akan dikenakan hukuman bunuh. Hukuman yang sama juga dikenakan ke atas isteri yang boros dan orang yang melakukan kesalahan yang lebih berat. Satu sistem keadilan termasuk mahkamah majistret, mahkamah hakim dan mahkamah ulang bicara telahpun wujud pada zaman itu. Seseorang itu boleh membuat rayuan terakhir kepada raja.Di Rom kanak-kanak diajar ‘Undang-Undang Dua Belas’. Dengan itu jelaslah bahawa Rom juga menyalurkan ilmu undang-undangnya melalui pendidikan dari peringkat kanak-kanak lagi.

9)Kesenian

i-Kesenian Tamadun China

KesusasteraanSun –tsu (awal kurun ke-4 SM) telah mengarang buku ‘ The Art of The War yang menyentuh tentang strategi peperangan. Banyak kajian dan karya telah dihasilkan pada zaman Dinasti Han. Tokoh penting yang hidup pada zaman Dinasti Han ialah Ssu Ma Chien yang juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.Puisi juga mendapa tempat di negara China. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) penyair-penyair agungnya mendapat sanjungan yang tinggi di negara China jika dibandingkan pada zaman-zaman yang lain. Antara penyair yang terkenal ialah Tu Fu dan Li Po. Nada puisi ialah kesayuan dan kegembiraan.Pada zaman Dinasti Yuan bidang novel berkembang dengan pesat dan setengah-setengah novel telah mencapai kepada tahap mutu yang tinggi walaupun pada mulanya tidak dianggap sebagai kesusasteraan dalam erti kata yang sebenar.

Seni binaDalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian utara negeri China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China yang panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.

Seni Ukir, seni pahat dan seni halusUkiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk

Page 13: Ciri2 tamadun

mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang mahir. Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat seramik.Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan.Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak memainkan peranan. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-kuil. Patung-patung yang masyhur ialah ‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuik kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan China.

Seni LukisLukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita metos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja, negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai, gunung ganang. Batu-batu dan salji.

MuzikAlat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China.Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu ‘hu-Chin’ atau kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).Dinasti Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi. Nyanyian China seolah-olah mendapat ilham dari bangsawan Eropah apabila pada tahun 720 seorang daripada maharaja Dinasti Tang telah mengasaskan Kolej Pear Garden di perkarangan istananya. Beratus-ratus pelajar muda diberi latihan. Kolej ini meletakkan asas dalam latihan wayang bangsawan orang China. Lagu memainkan peranan penting dalam keseluruhan bangsawan. Diolog diucapkan berasingan dari persembahan.

DramaPembentukan dan kebangkitan drama China berlaku pada zaman Dinasti Yuan.Banyak drama dihasilkan dan ada di antaranya masih dipentaskan pada zaman China moden. Kemungkinan drama pada zaman Dinasti Yuan (Mongol) ini berkembang kerana mengisi masa lapang yang banyak memandangkan Mongol tidak memberi peluang kepada orang China mengisi jawatan kerajaan.Telah menjadi kebiasaan bahawa drama China disertakan dengan muzik. Terdapat juga drama komidi yang berunsur sindiran atau teguran terhadap maharaja. Watak dalam drama China melaungkan riwayat hidupnya, pemikirannya dan pekerjaannya pada babak pertama. Dari segi dasar, cara ini sama seperti korus orang Greek.

TeaterBidang ini hanyak berkembang di kalangan kaum bangsawan kerana mereka

Page 14: Ciri2 tamadun

merupakan golongan intelek.

KaligrafiSistem tulisan Shang adalah sistem tulisan Cina yang terawal di negara China. Mereka juga menggunakan tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu objek. Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk menggambarkan idea abstrak atau kompleks. Terdapat 3000 simbol pada zaman Dinasti Shang. Tulisan berbentuki simbol dikenali sebagai ‘ideogram’atau ‘ideografik’. Tulisan ideografik ini menjadi asas kepada tulisan Cina sekarang.. Pada zaman Dinasti Shang jurutulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis. Tulisan diguris di atas kepingan buluh, kulit siput, tulang,kulit kura-kura, batu jed, gangsa, kayu, tembikar dan sutera. Kepingan-kepingan buluh yang telah ditulis itu diikat untuk menjadi sebuah buku. Tulisan penting kerana ia boleh menjadi alat untuk memelihara perpaduan negara.

ii-Kesenian Tamadun India/Indus

KesusasteraanPerkembangan kesusasteraan tamadun India kebanyakannya diwarisi daripada Empayar Gupta. Raja-raja Gupta menjai penaung dan berminat dalam seni. Mereka menjemput ke istana mereka kumpulan penyair. Kaum bangsawan dan kalangan istana begitu berminat terhadap kesusasteraan.Nama sasterawan yang paling agung dan terkenal ialah Kalidasa dengan karyanya yang berjodol Sakuntala. Dia mempunyai daya pemikiran menggambarkan setiap emosi manusia yang tersembunyi. Dengan daya imaginasi dan penguasaan bahasa, minat terhadap kesusasteraan.Nama sasterawan yang paling agung dan terkenal ialah Kalidasa dengan karyanya yang berjodol Sakuntala. Dia mempunyai daya pemikiran menggambarkan setiap emosi manusia yang tersembunyi. Dengan daya imaginasi dan penguasaan bahasa Sanskrit telah meletakkan dirinya bersama penyair India yang lain dan dia melebihi penyair lain di mana-mana sahaja. Sakuntala mengandungi puisi klasik dan drama tentang sosial masyarakat Hindu.Orang Aryan dan bahasa Sanskrit turut memainkan peranan penting dalam perkembangan kesusasteraan India. Orang Arya telah menghasilkan Rig-Veda yang merupakan kumpulan sajak agama dan tradisi lisan. Karya ini telah ditulis pada tahun 1000 SM.India juga terkenal dengan dua buah epik iaitu Mahabharata dan Ramayana. Kedua-dua epik ini menceritakan kehidupan dalam tamadun awal India.Mahabharata mengandungi syair yang menceritakan tentang permusuhan Pandawa dan Kaurava. Ia ditulis oleh Vyasa. Ramayana pula menceritakan tentang pengembaraan Rama mencari isterinya Sita yang telah ditawan oleh Ravana. Ia ditulis oleh Valmiki.Di Selatan India, orang Dravidia menghasilkan corak kesusasteraan yang berbeza dengan orang Aryan di utara India. Mereka menghasilkan sastera berbentuk epik, prosa lirik dan sajak yang berunsur falsafah. Tulisan mereka menulis menggunakan bahasa Tamil. Karya-karya mereka yang terkenal ialah Ettuttokai, Pattuppattu, Tolkappiyam dan Tirukkural.

Seni BinaBangunan-bangunan yang dibina di bandar Mohenjo Daro begitu kukuh menggunakan batu bata yang mempunyai saiz yang sama. Bentuknya hampir seragam dan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai bilik mandi. Tempat mandi awam juga dibina. Di bandar ini juga terdapat tali air. Bangunan-bangunan yang didirikan itu menjadikan bandar Mohenjo Daro sebagai bandar terancang. Asoka juga terkenal dengan pembinaan kuil-kuil Buddha. Beliau juga membina tiang-tiang batu yang di atasnya dicatat perintah-perintahnya dengan menggunakan bahasa Prakrit. Antara tiang batu yang termasyhur ialah tiang yang mempunyai

Page 15: Ciri2 tamadun

ukiran 4 ekor singa yang menyokong Roda Undang-undang agama Buddha. Ia dijumpai di Sarnath. Patung yang terkenal yang dihasilkan pada zaman tamadun awal ini ialah patung Dewa Siva. Zaman tamadun awal India ini juga menghasilkan barang-barang kemas yang halus buatannya, tembikar dan barang keperluan rumah yang bermutu tinggi, membuktikan pencapaian tinggi dalam bidang kesenian dan kraftangan. Bukti-bukti menunjukkan bahawa tukang-tukang kraftangan telah menggunakan bahan yang dibawa dari kawasan yang jauh. Misalnya, bitumen dari Baluchistan, perak dari Afghanistan dan plumbum dari Rajasthan.

Tamadun Indus telah membina rumah-rumah yang menyerupai rumah-rumah moden yang lengkap dengan bilik makan, bilik mandi dan halaman.Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha mengembangkan agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha

Seni UkirPada zaman Dinasti Maurya iaitu semasa pemerintahan Asoka, tukang-tukang ukir yang mahir telah mengukir patung-patung dan membuat ukiran pada pintu-pintu gerbang gua. Di dalam gua-gua juga terdapat ukiran yang menggambarkan kehidupan Gautama Buddha. Asoka juga telah membuat ukiran yang berupa perintah-perintahnya pada tiang-tiang batu. Masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan.

Seni LukisLukisan didinding telah dijumpai di Ajanta yang dikatakan tiada tolok bandingnya pada zaman silam. Pendekata, seni Hindu adalah paling tinggi mutunya pada kurun ke-5 M.

KaligrafiTulisan tamadun Indus adalah berbentuk piktograf. Ia dikesan pada cap-cap yang ditemui. Kewujudan tulisan itu membuktikan bahawa masyarakat Indus telah maju dalam bidang intelektual.

iii-Kesenian Tamadun Melayu

Seni bina, seni lukis, seni ukirSeni bina di alam Melayu menampakkan pengaruh Hindu dan Buddha yang begitu kuat. Antara yang terkenal ialah Candi Borobudur di Jawa Tengah. Candi ini dibina berasaskan ajaran Buddha oleh raja-raja Sailendra antara tahun 778 – 850M. Candi ini dibina daripada batu gunung berapi berwarna kelabu dan memagari sebuah bukit kecil. Bentuknya seperti piramid bertangga dan terdiri daripada 8 tingkat. Kemuncaknya tediri daripada menara batu yang besar (stupa). Setiap tingkat mempunyai menara batu kecil. Dinding Borobudur dihiasi dengan pelbagai lukisan timbul tentang ajaran Buddha.Selain dari Candi Borobodur, terdapat banyak lagi candi di Jawa Tengah seperti Candi Gunung Wukir, Candi Badut, kelompok Candi Dieng, kelompok Candi Gedung Songo, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Mendut, kelompok Candi Sewu, Candi Plaoson dan Candi Laro Jonggrang. Di Jawa Timur terdapat Candi Kidal, Candi Jago, Candi Singasari, Candi Jawi, Candi Jabung, kelompok Candi Panataran, Candi Muara Takus

Page 16: Ciri2 tamadun

dan Candi-candi Gunung Tua. Satu lagi seni bina terkenal di Alam Melayu ini ialah Angkor Watt di Kemboja. Ia dibina oleh raja Angkor iaitu Suryavarman II (1113 – 1150 M). tujuan ia dibina ialah untuk menyembah dewa Visynu serta melambangkan kekuatan keajaan Suryavarman II. Ia juga merupakan makam Suryavarman II. Kawasan Angkor Wat berbentuk segi empat tepat dengan 15550 meter panjang dan 1400 meter lebar. Terdapat beberapa menara yang melambangkan puncak Gunung Meru (gunung dewa-dewa). Angkor wat mempunyai lukisan timbul yang menceritakan dua epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana.Di Lembah Bujang, Kedah terdapat banyak binaan candi untuk memuja Gautama Buddha serta dewa-dewi Hindu. Struktur binaannya seperti kuil-kuil di India Selatan. Reka bentuk candi-candi itu mempunyai tradisi seni bina tempatan. Antara candi-candi yang termasyhur ialah Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Pendiat. Candi Pendiat berbentuk 4 segi bujur, mempunyai dewan dan tempat penyembahan.Selain dari itu, terdapat juga bangunan-bangunan gapura di Jawa yang berbeza sifatnya tetapi terkenal dengan sebutan candi juga. Di antara gapura-gapura tersebut ialah Candi Jedong,CandiPlumbangan dan Candi Bujang Ratu.Seni pahat dan seni ukir dapat dilihat melalui perhiasan rumah, barang-barang perak dan tembaga ( arca, lampu, talam) , barang-barang perhiasan wanita ,kepala perahu dan patung-patung. Patung-patung dibuat sebagai lambang ketuhanan Hindu. Patung-patung seperti ini banyak terdapat di Funan dan di Jawa. Ukiran-ukiran juga dipat dilihat pada dinding-dinding candi dalam bentuk makhluk-makhluk ajaib, daun dan bunga. Seni lukis pula dapat dilihat di dinding-dinding gua, wau dan batik.

Wayang, Muzik, nyanyian.Bidang ini juga banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu terutamanya di Jawa. Permainan wayang telah wujud pada zaman pra-sejarah lagi. Permainan wayang merupakan kegiatan ritual, namun ia diselitkan dengan unsur-unsur drama, nyanyian dan sebagainya. Pada asalnya permainan wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa Kuno tetapi kemudiannya bercampur dengan bahasa Sanskrit (bahasa Kawi). Isi cerita juga mengalami perubahan. Asalnya berkisar pada cerita mitos nenek moyang, kemudian mencedok cerita-cerita yang bersumberkan epik Mahabharata dan Ramayana yang dianggarkan bermula pada zaman pemerintahan Rakai Pekatan (782-856) dari kerajaan Mataram di Jawa Tengah. Pada abad ke-11 M wayang tersebut telah menjadi drama yang menggetarkan kalbu apabila ia diselitkan dengan permainan gamelan dan nyanyian.

KesusasteraanDi kalangan masyarakat Melayu tradisional, kesusasteraan rakyat (kesusasteraan lisan) tersebar dengan meluas. Kesusasteraan lisan terawal ialah cerita asal usul (nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang), cerita binatang (berwatakkan binatang seperti Sang Kancil), cerita-cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Si Luncai dan Pak Belalang), cerita penglipurlara ( Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal), dan cerita-cerita moral ( Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tenggang).Selain dari bentuk prosa, masyarakat Melayu juga mempunyai kesusasteraan lisan yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka. Kesusasteraan Melayu mempunyai tujuan untuk berhibur di samping diselitkan unsur-unsur sindiran, nasihat dan cetusan rasa sedih atau gembira.Kesusasteraan di alam Melayu ini juga tidak dapat lari dari pengaruh asing terutama Hindu. Dua buah epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana telah disadur dari bahasa Sanskrit dan dijadikan hikayat Melayu. Hikayat-hikayat Melayu itu diberi nama Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Boma. Pengaruh kedua-dua epik Hindu itu juga kelihatan dalam kesusasteraan Jawa kuno seperti Nagarakertagama , Kanjarakarma, Sutasoma dan Arjunawiwaha. Beberapa buah cerita jenaka Melayu yang juga dipengaruhi oleh kitab-kitab Hindu ialah Jataka, Pancatantra dan Sukasapati.

Page 17: Ciri2 tamadun

KaligrafiHuruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba. Huruf Kawi iaitu huruf Jawa kuno telah wujud dalam kurun ke-8 M. Huruf ini asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf ini lenyap pada tahun 1400 M. Huruf Rencong iaitu huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu (batu bersurat). Pada tahun 1892 telah dijumpai tulisan kuno itu pada sebatang tiang batu di Kota Kapur ( Bangka Barat) .Apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu, tulisan Hindu iaitu tulisan Palava disebarkan melalui bahasa Sanskrit. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini sebenarnya terhad di kalangan golongan istana sahaja. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

Dikutip dari internet.