Chenta bakery temu bual

42
CHENTA BAKERY 1.0 PENGENALAN 1.1 Ringkasan Eksekutif Chenta Bakery ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuatandan pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik iaitu di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Padang Tembak, Kelantan. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di sekitar lembah klang. Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan bulanan yang Page 1

Transcript of Chenta bakery temu bual

Page 1: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

1.0 PENGENALAN

1.1 Ringkasan Eksekutif

Chenta Bakery ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuatandan

pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan

yang dipilih terletak di lokasi yang strategik iaitu di Kawasan Perindustrian Pengkalan

Chepa II, Padang Tembak, Kelantan.

Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan

melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek

serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di

sekitar lembah klang.

Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk

mempertingkatkan status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada

pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven, 1 buah

heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan. Ini adalah

sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus

syarikat yang bijak dan berkalibar.

Page 1

Page 2: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan

berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi

pendorong kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya

dipelopori oleh kaum bukan bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang

kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang

mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang

lain.

Page 2

Page 3: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

1.2 Visi

Membuka sebuah galeri kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan

bentuk selain membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang keperluan membuat

kek dan roti yang dijual dengan harga yang murah.

1.3 Misi

Memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan

bakeri yang diyakini halal. Berlandaskan motto ”BERSIH DAN DIYAKINI”, ianya

dapat menarik minat konsumer daripada kalangan orang Islam khususnya membeli

produk yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi

peratusan orang Melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.

Page 3

Page 4: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

2.1 Tujuan

2.1.1 Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiayan

kewangan dariinstitusi kewangan.

2.1.2 Menyediakan garis panduan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini

berjalan danberkembang mengikut seperti yang di rancang.

2.1.3 Sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-pembekal bahan

mentah akankeupayaan perniagaan.

2.2 Nilai Pembiayaan

2.2.1 Nilai pembiayaan yang dipohon bagi memulakan perniagaan adalah

sebanyak RM 30 000.

Page 4

Page 5: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

3.1 Nama Perniagaan : Chenta Bakery

3.2 Alamat Berdaftar : Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa

II,

Padang Tembak 16100

Kelantan Darul Naim

3.3 Alamat Perniagaan : Kawasan Perindustrian Pengkalan

Chepa II, Padang Tembak 16100,

Kelantan Darul Naim

3.4 No. Telefon : 09 7653510

3.5 No. Daftar Perniagaan : CB764378

3.6 Tarikh Pendaftaran : 11 Januari 2012

3.7 Aktiviti Perniagaan : Membuat dan mengedar kek dan roti.

3.8 Bentuk Perniagaan : Perseorangan.

3.9 Modal Permulaan : RM 10,000

3.10 Bank berurusan : Bumiputra Commerce Bhd.

3.13 Bidang Kerja Didaftarkan : Menjual kek dan roti, bahan kek dan

minuman ringan

3.14Nama Pemilik : Farhana Hariesa binti Ariffin

3.15No.K/P : 830422-01-5262

Page 5

Page 6: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

4.1 NamaPemilik : Farhana Hariesa binti Ariffin

4.2 Jawatan : Pengurus

4.3 Alamat Tetap : Lot 651, Lorong Kubur Pinang,

Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim

4.4 Telefon : 0199456776

4.5 E-mel : [email protected]

4.6 No.Kad Pengenalan : 830422-03-5262

4.7 Tarikh Lahir : 22hb April 1983

4.8 Bangsa : Melayu

4.9 Agama : Islam

4.10 Taraf Perkahwinan : Bujang

4.11 Kelulusan Akademik : Diploma Pengajian Perniagaan

4.12 Pengalaman Kerja :Pernah Bekerja Di Kilang Roti Dan Kek

4.13 Kursus Dihadiri : i) Latihan Sangkut Kerja (LSK)

:ii)Asas Usahawan

Page 6

Page 7: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.0 RANCANGAN PENGURUSAN

5.1 Struktur Dan Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi peringkat atasan

hingga bawahan. Secara keseluruhannya, struktur organisasi bagi syarikat adalah seperti

berikut :

JADUAL 1

Page 7

PENGURUS

Page 8: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.2 Fungsi Dan Tanggungjawab

Fungsi dan tanggungjawab yang telah ditentukan adalah bagi melicinkan perjalanan

sesebuah syarikat.

5.2.1 PENGURUS : FARHANA HARIESA BINTI ARIFFIN

i. Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan

syarikat

ii. Mengurus perjalanan dan aktiviti syarikat.

iii. Mengurus hal ehwal pekerja .

iv. Menentukan jumlah,jenis dan mengawal mutu produk.

v. Mengambil dan merekod pesanan.

vi. Urusan bank.

5.2.2 PENGURUS PENTADBIRAN :SITI FARAHHANI BINTI RASHID

i. Melaksanakan urusan pejabat termasuk kemaskini semua rekod pejabat.

ii. Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara

dengan baik dan selamat digunakan.

Page 8

Page 9: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.2.3 PENGURUS PENGELUARAN : NUR AIN SYAZWANI BINTI ZAKARIA

i. Mengurus keluar/masuk bahan mentah.

ii. Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada tahap

yang terbaik.

iii. Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

5.2.4 PENGURUS PEMASARAN :NUR SYAZANA BINTI MD JAMAL

i. Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.

ii. Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di lingkungan

kawasan sasaran.

iii. Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas

pengguna terhadap kualiti produk.

iv. Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk

diperkenalkan kepada pelanggan.

v. Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat

dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

vi. Memperkenal dan mempelbagaikan keluaran produk sedia ada.

Page 9

Page 10: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.2.5 PENGURUS KEWANGAN :NURUL FARAH WAHIDA BINTI MD NAWAI

i. Mengurus hal ehwal kewangan

ii. Bertanggungjawab mengemaskini segala aliran keluar masuk wang

perniagaan

iii. Urusan bank

5.2.6 PENYELIA KEDAI :HASLINDA BINTI ROSLI

i. Mengambil dan merekod pesanan

ii. Memastikan perjalanan kedai berjalan dengan baik

iii. Mengawal kebersihan persekitaran kedai

iv. Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi

dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

5.2.7 PENYELIA PENGHANTARAN :SITI NUR ‘ALWANI BINTI SYEDDIN

i. Menjalankan urusan pengangkutan yang berkaitan dengan pernigaan.

ii. Lain-lain tugas

iii. Memantau lokasi yang sesuai bagi tujuan mencari pasaran baru

Page 10

Page 11: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.3 Gaji Dan Ganjaran

Anggaran gaji dan ganjaran pekerja sebulan

JADUAL 2 : ANGGARAN GAJI DAN GANJARAN SEBULAN

JADUAL 3 : KOS PENGURUSAN

Page 11

Page 12: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

5.4 STRATEGI PENGURUSAN

Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Menerap semangat kerja berpasukan di antara para pekerja demi kebaikan

bersama.

ii. Mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pihak pengurusan dan

pelaksanaan dalam memberi pendapat atau cadangan bagi mempertingkatkan

produktiviti.

iii. Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan.

Page 12

Page 13: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

iv. Mengikuti latihan ikhtisas lanjutan seperti kursus-kursus yang berkaitan untuk

mempertingkatkan kamahiran dan kepakaran dalam bidang pembuatan kek

v. Memberi nasihat dan bimbingan kepada semua yang terlibat supaya sentiasa

menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan mesra pelanggan yang cemerlang.

vi. Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni

dalam diri setiap yang terlibat dengan bakeri ini.

6.0 RANCANGAN TEKNIKAL PERKHIDMATAN

6.1 Harta Tetap Dan Peralatan Yang Dimiliki

JADUAL 4 : SENARAI ASET TETAP

Page 13

Page 14: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

6.2 Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan

JADUAL 5 : ASET TETAP YANG DIPERLUKAN

6.3 Stok Bekalan/ Barangan

JADUAL 6 : KOS BAHAN MENTAH SELAMA SEBULAN

Page 14

Page 15: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

6.4 Senarai Pembekal Bahan-Bahan Mentah

HOUSE OF INGREDIENTS

No 3, Jalan Gangsa SD5/3E,

Sri Damansara,52200

Kuala Lumpur.

(Tel 03-6274262)

BIBUN FOOD SDN BHD

No 2, Jalan Bidara 2/4,

Page 15

Page 16: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Taman Bidara,Selayang Bharu

68100 Selangor

(Tel 603-6138928)

BAKE WITH YEN

No 33 Lorong Haji Taib Satu,

50350 Kuala Lumpur.

(Tel 03-2692623)

6.5 Carta Aliran Proses Kerja

Carta Aliran Pemprosesan Kek

Page 16

Page 17: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Langkah Memproses Kek

Page 17

Page 18: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Carta Aliran Pemprosesan Roti

Page 18

Page 19: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Langkah Pembuatan Roti

Page 19

Page 20: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

6.6 Kos Operasi

Page 20

Page 21: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

JADUAL 8

6.7 Ramalan Belian Bahan Mentah Selama 3 Tahun

JADUAL 9

6.8 Strategi Perkhidmatan

Page 21

Page 22: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Strategi perkhidmatan merupakan elemen penting dalam menentukan peningkatan

sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian, beberapa strategi perkhidmatan telah disusun:

1) Memberi perkhidmatan berkualiti dan menangani segala masalah dan

teguranpelanggan dengan penuh keikhlasan.

2) “Layanan perkhidmatan berserta senyuman ikhlas” yang akan diterapkan ke

atassemua pekerja.

3) Menyiapkan kerja tempahan mengikut masa yang telah tetapkan oleh pelanggan.

4) Membuat penghantaran ke lokasi dan tempat pada waktu yang dijanjikan.

7.0 ASPEK PEMASARAN

Page 22

Page 23: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

7.1 Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan

JADUAL 10 : SENARAI HARGA BAGI KEK-KEK KONTINENTAL

JADUAL 11 : SENARAI HARGA BAGI ROTI 50 GRAM

7.2 Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Page 23

Page 24: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

i. Menyediakan ‘hamper’pada musim perayaan dan pada hari-hari tertentu. Harga

dan produk ditentukan oleh pelanggan.

ii. Mengadakan pekej perkahwinan kepada bakal pengantin.

7.3 Kumpulan Sasaran

Antara kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti menjadi bakal pelanggan adalah :

i. Butik-butik pengantin (menawarkan pakej kepada bakal-bakal pengantin)

ii. Kantin-kantin sekolah.

iii. Kedai-kedai kek.

iv. Restoran-restoran.

7.4 Anggaran Jualan

Page 24

Page 25: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

JADUAL 12

Sekolah = RM 180 x 20 (hari) = RM 3,600.00

3 sekolah = 300 roti x 0.60 = RM 180.00

Kedai kek = RM 6.000 sebulan x 30 % = RM 1,800.00

RM 6.000 - RM 1.800 = RM 4,200.00

7.5 Kos Pemasaran

Page 25

Page 26: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

JADUAL 13

7.6 Strategi Pemasaran

Page 26

Page 27: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

7.6.1 Barangan

i. Memastikan kesegaran produk terjamin,dimana tarikh luput akan

dipaparkan pada setiap bungkusan untuk rujukan pelanggan.

ii. Mempelbagaikan keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak

pilihan.

iii. Mengutamakan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah

bermutu tinggi

iv. Mewujudkan produk baru dipasaran.

7.6.2 Promosi

i. Memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi

menggalakkan jualan.

ii. Mengadakan pakej atau pek istimewa khususnya kepada bakal-bakal

pengantin.

iii. Memberi pek percubaan pada harga yang rendah bagi produk baru.

7.6.3 Tempat

Page 27

Page 28: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

i. Memasarkan produk ditempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai.

ii. Membuat pemantauan keatas lokasi dan kekerapan pelanggan yang datang

berkunjung.

iii. Membuat kaji selidik terhadap golongan sasaran seperti pekerja

pejabat,pelajar dan lain-lain.

7.6.4 Harga

i. Memberi potongan harga istimewa bagi setiap musim perayaan dan hari-hari

tertentu.

ii. Memberi harga pengenalan bagi setiap produk baru yang dikeluarkan.

iii. Memberi komisyen kepada pembeli secara berperingkat-peringkat.

(Contoh setiap jualan RM500 keatas 20% komisyen,RM700 keatas 25%

komisyen)

8.0 ASPEK KEWANGAN

Page 28

Page 29: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

8.1 Kos Pelaburan Projek

JADUAL 14

8.1.1 : HARTA TETAP

8.1.2 : HARTA SEMASA

8.1.3 : MODAL PUSINGAN

8.2 Sumber Pembiayaan Projek

Page 29

Page 30: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

8.3 Jadual Susut nilai Aset Tetap

Page 30

Page 31: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

JADUAL 15

8.4 Pengiraan Pembiayaan Dan Nilai Ansuran Bulanan

Page 31

Page 32: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

JADUAL 16

9.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Page 32

Page 33: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

9.1 Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah

dibentangkan, Chenta Bakery amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang

diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran

yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif

kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana

promosi dan pemasaran baru dilancarkan.

9.2 Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan

perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran

keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat Chenta Bakery amat optimis

dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di

masa hadapan.

9.3 Oleh itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang

sewajarnya daripada pihak MARA dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan

dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya

menyumbang kepada ekonomi Negara.

10.0 LAMPIRAN

Page 33

Page 34: Chenta bakery temu bual

CHENTA BAKERY

Susun Atur Kedai

Page 34