Marina izham (a143327) and nur amalina binti ahmad yamin (a143354)
Checklist Perniagaan Ebook oleh Neal Izham
-
Upload
universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia -
Category
Education
-
view
441 -
download
2
description
Transcript of Checklist Perniagaan Ebook oleh Neal Izham
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 1
Checklist Perniagaan Ebook
Langkah demi langkah membina ebook.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 2
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 3
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin,
dilahirkan di Kluang, Johor. Mendapat
pendidikan awal di Negeri Johor dan
mendapat peluang melanjutkan
pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar
kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang pada peringkat PMR
dan SPM seterusnya menyambung
pengajian ke peringkat matrikulasi di
Tangkak. Masakini beliau merupakan
pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia
perniagaan. Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di
peringkat sekolah lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang
perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-
buahan.
Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.
Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan
paradigma baginya untuk terus maju. Pengalaman-pengalaman ini
menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT dalam membantu selok-
belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk
memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 4
Kegunaan checklist perniagaan ebook.
Kini, perniagaan ebook telah menjadi antara salah satu kerjaya pilihan bagi
rakyat Malaysia. Ada ebook yang menjadi dan menjana ribuan ringgit, ada juga
yang kurang berjaya dan ada juga yang sedang-sedang sahaja pendapatannya.
Semuanya bergantung kepada permintaan orang ramai dan strategi yang di
gunakan oleh pemilik ebook.
Ada di kalangan penulis ebook terlalu gopoh untuk menjana pendapatan melalui
jualan ebook. Mereka tulis dan terus sahaja melakukan promosi, ada juga yang
tidak semena-mena terus membuat cabaran. Semua perkara memerlukan flow
yang betul atau langkah demi langkah untuk mencapai kesempurnaan.
Seperti manusia, kita perlu belajar untuk merangkak sebelum belajar bagaimana
hendak berjalan. Kemudian barulah kita boleh belajar bagaimana untuk berlari.
Setiap perkara memerlukan langkah demi langkah untuk memastikan kita berada
dalam landasan yang betul dan tepat.
Checklist perniagaan ebook di olah untuk mengajar anda bagaimana untuk
memastikan perniagaan ebook yang anda usaha berada dalam landasan yang
betul dan tepat. Setiap langkah akan di sertakan tips dan teknik terbaik untuk
anda jayakannya.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 5
Checklist Perniagaan Ebook
Berikut adalah checklist untuk perniagaan ebook.
Senarai Checklist perniagaan ebook
Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan idea yang
anda ada.
Beli domain untuk perniagaan anda.
Beli Hosting.
Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda membina
produk yang anda telah rancang.
Bina produk anda
Order minisite atau buat sendiri minisite untuk produk anda.
Tulis surat jualan
Bina halaman terima kasih serta halaman download untuk ebook
anda.
Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan bina order page.
Muat naik segala data laman web ke dalam hosting.
Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda.
Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi pada list anda
untuk membina pendapatan pasif.
Lakukan promosi secara berkala.
Ulang kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 6
Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan
dengan idea yang anda ada.
Tidak perlu saya hurai dengan panjang lebar, untuk menghasilkan ebook yang
mempunyai nilai harga yang tunggu, anda perlu ada pembeli. Oleh itu, pastikan
ebook yang anda tulis mempunyai
Permintaan yang ramai.
Orang ramai sanggup mengeluarkan wang untuk mendapatkan ebook
tersebut.
Anda mempunyai pengetahuan walaupun sedikit mengenai bidang yang
anda ingin tulis.
Walaupun ciri ketiga adalah bersifat pilihan, saya percaya anda perlu ada sedikit
pengetahuan sekurang-kurangnya supaya mudah di kemudian hari. Jika anda
tiada idea untuk menulis ebook mengenai apa, anda boleh cuba untuk cari idea
dari diri anda sendiri.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan manusia mempunyai keinginan yang
sama. Maka, apa yang anda inginkan juga di ingini oleh sekelompok manusia
yang lain. Apa yang anda perlu fikirkan adalah adakah sekelompok manusia itu
sanggup untuk membayar untuk memiliki ebook yang anda tulis.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 7
Untuk panduan anda, saya sertakan beberapa topik yang sentiasa ada
permintaan dari orang ramai.
1. Diet dan cara untuk kuruskan badan.
2. Kesihatan.
3. Hubungan dan cinta.
4. Buat duit di internet dan perniagaan.
5. Ibu bapa
6. Kewangan
7. Kecantikan.
Beli domain untuk perniagaan anda.
Perkara kedua yang anda perlu lakukan adalah membeli domain untuk ebook
anda. Kadang-kadang perkara yang menghalang kita dari berjaya adalah
kegagalan kita untuk melakukan tindakan pertama. Maka, pembelian nama
domain untuk perniagaan anda menunjukkan anda sedang serius dalam
perniagaan anda.
Antara perkara yang anda perlu perhatikan ketika hendak membeli domain
adalah:
1. Pastikan nama domain yang anda beli senang untuk di baca dan di ingat
oleh sesiapa yang membacanya.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 8
2. Kalau boleh pastikan nama domain anda seringkas mungkin. Paling
panjang pun mungkin dua perkataan.
3. Tiada nombor atau tanda „-„ dalam nama domain anda. Ini untuk
memastikan, peminat ebook anda tidak tersalah taip ketika mereka ingin
melawat laman web anda.
4. Pastikan nama domain itu juga ada kaitan dengan nama produk anda.
5. Kalau boleh, pastikan nama domain anda berakhir dengan com.
Saya syorkan anda untuk membeli domain dari sini. Kerana harganya yang
murah.
Beli hosting.
Selepas membeli domain, anda beli hosting untuk menempatkan domain yang
anda beli tadi.
Awas!!! Pastikan anda membeli dari syarikat hosting yang benar-benar ingin
berkualiti dan menjaga para pelanggannya. Sebagai langkah berjaga-jaga,
mungkin anda perlu lakukan beberapa perkara sebelum anda mengambil
keputusan untuk membeli hosting.
1. Cuba hantar ticket support ke syarikat hosting dan perhatikan sejauh mana
kepantasan mereka membalasnya.
2. Jika ada nombor telefon, cuba hubungi mereka dan tanya mengenai
syarikat hosting mereka.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 9
3. Tanya prestasi syarikat hosting tersebut di forum-forum.
Bagi saya, anda wajib untuk melakukan tindakan di atas bagi mengelakkan diri
anda susah pada kemudian hari. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan
ketika membeli hosting adalah
1. Bandwidth-semakin tinggi bandwidth, semakin lancar laman web anda
untuk loading nanti.
2. Database- anda perlukan beberapa database untuk memasang sistem
affiliate nanti.
3. Syarat-syarat syarikat hosting- fahami syarat-syarat mereka supaya anda
tidak akan di kenakan tindakan pada kemudian hari.
Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda
membina produk yang anda telah rancang.
Sekarang, anda ada idea. Anda juga ada rumah dan nama rumah iaitu hosting
dan domain. Sementara menunggu produk anda untuk siap, adalah lebih molek
untuk anda mengumpul list dahulu. Bina satu squeeze page dan pasang
autoresponder di squeeze page tersebut.
Ada dua cara untuk anda kumpul list.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 10
Pertama
Anda lakukan ia sendiri, anda promosikan laman web anda sendiri. Antara
pilihan pengiklanan yang ada adalah
1. Pengiklanan di forum-forum
2. Pengiklanan banner.
3. Pengiklanan teks.
4. Pengiklanan pay per click.
Kedua
Anda suruh orang lain atau lebih tepat menganjurkan Pay per lead. Setiap
affiliate yang membawa anda lead, anda akan bayar kepada mereka. Cara
sebegini lebih santai kerana anda boleh tumpukan 100% kepada pembangunan
produk.
List di kumpul supaya apabila produk anda siap sahaja, anda sudah boleh
melakukan promosi dan sudah tentu pendapatan akan mencanak naik.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 11
Bina produk anda
Ada beberapa cara untuk menulis ebook.
Pertama: Gunakan idea sendiri.
Lakukan kajian sendiri di internet atau sebagainya mengenai topik yang anda
ingin tulis. Kembangkan idea dan dapatkan pandangan pakar-pakar dalam
bidang yang anda ingin tulis.
Kedua: Gunakan idea orang lain.
Cari dan beli ebook atau artikel yang ada lesen PLR berkaitan dengan tajuk
ebook yang anda ingin tulis. Kembang atau gabungkan idea dari produk PLR
dan tulis ebook lengkap.
Ketiga : Upah orang lain untuk tulis.
Cari penulis bebas untuk menulis ebook tersebut bagi pihak anda. Anda cuba
bagi tajuk dan biar mereka tulis bagi pihak anda. Pastikan anda mendapat hak
sepenuhnya ebook tersebut. Peruntukkan 400 hingga 500 ringgit untuk penulis
bebas ini.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 12
Bina minisite untuk produk anda.
Sekarang bina minisite untuk produk anda. Jika anda pandai, anda boleh buat
sendiri, jika tidak, upah sahaja orang lain.
Grafik memainkan peranan penting ketika anda ingin lakukan promosi. Di
internet, manusia membeli di sebabkan grafik, kemudian barulah mereka menilai
kualiti produk anda. Pastikan grafik di minisite anda bersifat professioanal.
Tulis surat jualan.
Tulis surat jualan di minisite yang telah anda siapkan. Anda boleh tulis sendiri
atau upah orang lain. Ia terpulang kepada kreativiti anda. Jika anda tidak mahir,
jangan bazir masa, upah sahaja kepada mereka yang mahir. Dalam perniagaan,
jika anda lambat, anda akan berada di belakang.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 13
Bina halaman terima kasih serta halaman download
untuk ebook anda.
Bina halaman terima kasih untuk produk anda. Apabila pelanggan anda
melakukan tempahan, mereka akan di bawa ke halaman terima kasih. Halaman
terima kasih harus mengandungi perkara berikut:
1. Ucapan terima kasih.
2. Cara untuk hubungi anda.
Selepas itu, bina halaman download untuk produk anda. Di laman download,
anda harus meletakkan perkara-perkara berikut.
1. Bagaimana hendak hubungi anda.
2. Teknik untuk download.
3. Berikan panduan bagaimana hendak membuka file pdf.
4. Ucapan terima kasih.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 14
Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan
bina order page.
Sekarang, tentukan bagaimana anda hendak menerima bayaran. Pilih sekurang-
kurangnya dua bank tempatan. Jika mampu, masukkan pilihan membayar
menggunakan kad kredit. Masukkan juga pilihan bayaran melalui PayPal.
Bina order page. Pastikan borang yang anda pasang di order page berfungsi
dengan baik.
Muat naik segala data laman web ke dalam hosting.
Muat naik segala datan laman web anda iaitu minisite utama yang mengandungi
surat jualan, order page, halaman terima kasih dan halaman download ke dalam
hosting.
Gunakan teknik FTP atau lakukan secara manual di cpanel.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 15
Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda.
Apabila semuanya sudah sedia, ambil masa dua minggu untuk melakukan
promosi di list anda. Anda boleh pilih teknik promosi yang anda jangka boleh
memikat mereka. Antaranya:
1. Beri diskaun istimewa untuk list anda.
2. Beri bonus terhad pada list anda.
3. Beri apa sahaja tawaran istimewa yang anda dapat fikirkan untuk memikat
list anda untuk membeli.
Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi pada
list anda untuk membina pendapatan pasif.
Pasang sistem affiliate di minisite anda untuk memperoleh pendapatan pasif.
Jika ada modal, adakan cabaran affiliate. Sentiasa hidupkan affliater anda
dengan tawaran yang menarik.
Lakukan promosi secara berkala.
Jika anda rajin, anda boleh lakukan promosi secara berkala. Contohnya, setiap
bulan peruntukkan beberapa ratus untuk mengiklankan ebook anda.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 16
Ulang kembali langkah pertama untuk produk
seterusnya.
Sekarang, gunakan modal yang anda untuk ulang kembali proses di atas untuk
ebook seterusnya.
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 17
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
C h e c k l i s t P e r n i a g a a n E b o o k
Page 18
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com