CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

12
CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

description

CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID. APAKAH FLUIDS (BENDALIR) ???. Fluid ( bendalir ) adalah bahan yang sentiasa berubah bentuk ( aliran ) di bawah tegasan ricih yang digunakan . Terdiri daripada gas, dan cecair . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

Page 1: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

Page 2: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

APAKAH FLUIDS (BENDALIR) ???

• Fluid (bendalir) adalah bahan yang sentiasa berubah bentuk (aliran) di bawah tegasan ricih yang digunakan.• Terdiri daripada gas, dan cecair.• Mengandungi partikel-partikel yang boleh

berubah kedudukan antara satu sama lain.• Mengambil bekas yang mengandunginya.

Page 3: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

KONSEP BENDALIR

• Mekanik bendalir adalah satu bahagian dalam mekanik gunaan yang berkaitan tentang pergerakan cecair atau gas.

• Kajian yang berkaitan dengan bendalir dalam keadaan rehat atau pegun disebut bendalir statik, dan sebaliknya bendalir dinamik.

• Cecair boleh ditakrifkan sebagai satu bahan yang boleh berubah bentuk berterusan akibat tegasan ricih yang dikenakan. Ikatan molekulnya cecair atau gas adalah longgar.

Page 4: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID
Page 5: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

GAS

Page 6: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

•Jarak pemisah antara molekul-molekul gas amat besar menyebabkan ia dapat dimampatkan dengan mudah.

•Daya lekitan antara molekul-molekul sangat lemah dan boleh diabaikan, menyebabkan molekul-molekul gas bergerak secara rawak.

•Gas tidak mempunyai isipadu tetap, dan mengambil isi padu bekas yang mengandunginya.

•Molekul gas tidak tersusun dan bergerak bebas dalam semua arah

Page 7: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

CECAIR

Page 8: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

•Jarak pemisah antara molekul-molekul cecair lebih besar daripada jarak antara molekul-molekul pepejal.

•Daya lekitan antara molekul-molekul cecair adalah lebih lemah berbanding dengan daya lekitan antara molekul-molekul pepejal.

•Molekul cecair bebas bergerak dan menggelongsor di antara satu sama lain

•Cecair boleh mengalir dan tidak mempunyai bentuk tetap. Ia mengambil bentuk bekas yang mengandunginya

Page 9: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

PEPEJAL

Page 10: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

•Susunan molekul adalah rapat dan padat dalam corak teratur.

•Daya lekitan (tarikan) dan daya tolakan antara molekul amat kuat kerana jarak pemisah antara molekul – molekul sangat kecil.

•Molekul hanya bergetar pada kedudukan tetap. Oleh itu mempunyai bentuk dan isipadu yang tetap.

•Tidak mudah dimampatkan.

Page 11: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

PERBANDINGANCIRI-CIRI GAS CECAIR PEPEJAL

SUSUNAN ZARAH

Sangat jauh BerjauhanRapatPadat

Teratur

PERGERAKAN ZARAH

Bergerak bebas dengan laju Bergerak bebas

Bergetar dalam kedudukan yang

tetap

BENTUK Mengikut bekas Mengikut bekas Tetap

ISIPADU Mengikut bekas Tetap Tetap

Page 12: CHARACTERISTICS BETWEEN GAS, LIQUID & SOLID

Samb….CIRI-CIRI GAS CECAIR PEPEJAL

Kandungan tenaga

Tinggi Sederhana Rendah

Ketumpatan Rendah Sederhana Tinggi

Daya tarikan Lemah Sederhana Sangat kuat

Keupayaan mampatan

Boleh Tidak boleh Tidak boleh