Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

5
BELALANG YANG DEGIL Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur, cempaka dan bermacam-macam lagi. Taman bunga itu berwarna- warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan terbang dengan riang hati sambil menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka semua berkawan baik dan sering bermain di taman itu bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan- rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung kerana musim hujan semakin tiba. Belalang tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan

Transcript of Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

Page 1: Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

BELALANG YANG DEGIL

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur, cempaka dan bermacam-macam lagi. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan terbang dengan riang hati sambil menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka semua berkawan baik dan sering bermain di taman itu bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung kerana musim hujan semakin tiba. Belalang tidak percaya hujan akan turun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan sangat lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah

Page 2: Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat keadaan belalang yang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Sejak kejadian itu, belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita hendaklah mendengar nasihat orang lain dan tidak berlagak sombong dengan orang lain.

Page 3: Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

SENOHONG YANG PEMBOHONG

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal yang bernama Senohong. Senohong tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan ikan-ikan yang lain. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Senohong akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan yang mendengar jeritan senohong itu akan ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Senohong akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang besar dan ganas itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Senohong menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Senohong sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Senohong, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Senohong.

Pada suatu hari, Senohong menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Senohong tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Senohong tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mempermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Hahaha, ketawa Senohong dengan bongkaknya. Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Senohong lagi.

Page 4: Cerita Kanak-kanak (Belalang Yang Degil)

Namun, Jerung itu terus berenang dan menghampiri Senohong. Senohong tidak sempat melarikan diri. Lalu dia dimakan oleh sang jerung yang ganas itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita janganlah bercakap bohong dan menipu orang lain kerana sesungguhnya kita pasti akan menerima hukumannya pada suatu hari nanti.