Ceri Tarak Yat 2012

28
CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

Transcript of Ceri Tarak Yat 2012

PENDAHULUAN

Isi kandungan

muka surat

Tema/ Tajuk

1

Penghargaan

2

Objektif

3

Pelaksanaan

4~Definisi

~Jenis-jenis

~Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan

Cerita rakyat A

6Cerita rakyat B

8Penutup

10

~Refleksi

~Lampiran

~Rumusan

~Rujukan

TEMA DAN TAJUK

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

Tajuk : Kompilasi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan, ibu bapa dan guru sivik yang telah membantu saya menyediakan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada guru sivik saya Puan Jasmin yang telah banyak membantu dan membimbing saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF

Cerita rakyat disampaikan adalah untuk menjadi tauladan bagi kita semua dalam memilih sesuatu perkara yang baik atau buruk.

Cerita ini merupakan suatu warisan budaya yang harus diiingati oleh kita semua.

Segala manfaat yang diperoleh menjadi contoh kepada kehidupan kita seharian.

Cerita rakyat adalah sastera dan menjadi kebanggaan sesuatu masyarakat dan Negara .cerita rakyat biasanya disampaikan dari mulut ke mulut dan berdasarkan kehidupan masyarakat setempat. Cerita rakyat biasanya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat . penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam cerita tersebut.

1. Cerita asal usul

2. Cerita jenaka

3. Cerita legenda

4. Cerita kepahlawanan

5. Cerita binatang

6. Cerita mitos

1. Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan

2. Memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat

3. Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat

4. Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian5. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum.

6. Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan

SANG KANCIL DENGAN MONYET

Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil.

Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.

"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.

Pengajaran

Sikap bodoh boleh mengundang padah.

Jangan terlalu lurus.

Sikap kedekut merugikan diri sendiri.

Nilai-nilai Murni

Jangan kedekut

Jangan menipu

NAKHODA TANGGANG

Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang ibunya. Ibunya segera dating untuk menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merindui anaknya itu. Namun begitu, Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya. Ini kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur. Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya.

Ibunya, si Daruma berasa sangat sedih dan pilu kerana anak yang dilahirkan dan disusukan telah melukakan hatinya. Dia memandang ke langit sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dan berseru, Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.

Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.

Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Pengajaran

Kita haruslah sentiasa mengenang jasa ibu bapa kita.

Janganlah kita lupa diri dan asal-usul kita.

Janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa kita.

Nilai-Nilai Murni

Mengenang jasa

Jangan lupa diri

Menghormati orang yang lebih tua.

REFLEKSI

BORANG REFLEKSI

Projek Buku Skrap

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Nama

: Nur Hidayah Binti HamdanTingkatan: 1 LavenderTajuk

: Cerita Rakyat Pelbagai Kaum1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Faedah dan kesan yang saya diperolehi daripada cerita rakyat ialah:

I. saya dapat mengetahui pelbagai cerita rakyat dari pelbagai kaum

II. cerita rakyat tersebut boleh dijadikan panduan, teladan dan sempadan kepada generasi hari ini seperti saya

2. Cadangan saya untuk mengekalkan warisan cerita rakyat ialah dengan membukukan cerita tersebut dan mengadakan pertandingan bercerita di sekolah.

3. Apresiasi saya terhadap cerita rakyat ialah sangat menarik dan banyak manafaatnya kerana saya dapat mengetahui tentang sebab-sebab sesuatu kejadian seperti sejarah asal- usul tempat dan pengajaran yang saya perolehi.

LAMPIRAN

RUMUSAN

Sebagai rumusan dari cerita rakyat tersebut, saya dapati bahawa cerita rakyat ini ada pelbagai jenis dan dari pelbagai kaum. Banyak pengajaran yang baik untuk saya contohi seperti cerita Si Tanggang, saya mesti berbuat baik kepada ibu, jangan menderhaka kepadanya dan jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Cerita Sang Kancil menjadi hakim pula mengingatkan saya supaya kita perlulah mengenang jasa orang yang menolong kita.

RUJUKAN

1. Buku Teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Tingkatan 1

2. http://www.ceritarakyat.comCERITA RAKYAT

PELBAGAI KAUM

NAMA: NUR HIDAYAH BINTI

HAMDAN

KELAS : 1 LAVENDER

TEMA DAN TAJUK

PENGHARGAAN

OBJEKTIF

PENDAHULUAN

CERITA RAKYAT

BAHAGIAN A

Sang kancil terliur hendak makan jambu

Monyet sedang memanjat pokok

CERITA RAKYAT BAHAGIAN B

Ibu Si tanggang segera menemui Si Tanggang kerana terlalu rindu akan Si Tanggang

PENUTUP