catan m'sia

33
A.i Latar Belakang Sejarah a) Catan Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga. Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti The Last Super dan imej Madonna and Child merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti. b) Catan Media Campuran Karya catan mixed media atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk Three Musicians antara 1910 hingga 1912. Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal mixed media lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama. Antara artis yang menggunakan mixed media adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya. Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda. Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art

description

catan malaysia

Transcript of catan m'sia

A.i Latar Belakang Sejaraha) CatanPada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti The Last Super dan imej Madonna and Child merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.b) Catan Media CampuranKarya catan mixed media atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk Three Musicians antara 1910 hingga 1912.Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal mixed media lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.Antara artis yang menggunakan mixed media adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda.Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk The Art of Asemblaj pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup dOeil, Jouets Surealistes.Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama Art of Asemblaj menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.d) Kajian Teori Yang BerkaitanDi dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya Tragic of Blue Night (1991).e) Jenis BahanBahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.e.i) Apa Itu Bahan ( Material)Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk chemical ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran darikoleksi lab.e.ii) Cara Memilih BahanDalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.A.ii PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYATerdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu yang baru.Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi. Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap beberapa pengolahan sahaja.A.ii.i CollageCollage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya yang membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi. Ia merupakan satu era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction' terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah menjadi segi empat.Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa sendiri.Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It was a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that for the first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no such thing as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini adalah sebagai satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya masih bersifat 2D.A.ii.ii AssemblageTidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi," the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu. Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan kembali.A.ii.iii Combine PaintingSeni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni Kontemporari.Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.A.ii.iv FabricFabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas. Dalam seni tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian. Manik-manik, jerami yang disulam dan dijadikan pakaian dan perhiasan. Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam seni semasa. Ianya kemudian telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan karyanya. Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali sutera sacking dan simen.Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah artis menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess of paint. painting picture each day and wiping them out each night . I finished with a massive pile of paint rags. mainly muslim baby napkins, covered with beautiful colours".17Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted and tied, weaving around sticks, weaving a treda mobile, design from string and nail dan feather.A.iii Lain-Lain PengolahanSetelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ terdapatnya beberapa pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya seperti Fumage, Brulage, Decoupage, Dechirage, Froissage dan Frottage. Di bawah ini diberikan ringkasan secara umum mengenai teknik dan kesan yang terhasil dari pemerosesannya.A.iv Jenis SubjekMotif yang digunakan motif motif abstrak contohnya motif yang digunakan oleh Zukifli Yusof motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi kebangsaan. Manakala Tan Chin Kuan juga banyak membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis muda seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah memperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malayisa. Penggunaan imej serta pembungkusan makanan tempatan terdahulu daripada ini dapat dihayati dalam karya-karya Hashim Hassan menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan semiabstrak bagi mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.B. KAJIAN TAMPAKB.i Rujukan Karya Dan ArtisDin OmarKepelbagaianBeliau merupakan salah seorang pelukis Malaysia yang menonjol dan bersifat inovatif dalam mengemukan simbol dalam karya media campuran. Dalam karyanya, persoalan gaya tidak terbatas dalam lingkaran permasalahan bentuk, tetapi meliputi aspek makna seperti tema dan subjek, sama ada secara representasi mahupun perlambangan. Karya media campuran Din Omar yang bertajuk Kepelbagaian ini pernah dianugerahkan hadiah kecil dalam pertandingan seni lukis Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1990. Dalam karya ini, Din Omar mengungkap kesatuan hidup masyarakat majmuk Malaysia menerusi imej nasi bungkus yang menjadi simbol yang memusnahkan perbezaan bangsa dan warna kulit. Nasi bungkus bersifat keMalaysiaan, diterima dan digemari oleh berbilang bangsa. Apa yang menarik dalam karya ini , beliau mengambil suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan lalu dipersembahkan dalam bentuk kesenian. Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan objek budaya pemakanan seperti nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Apa yang paling nyata menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang diolah sama ada secara papar ataupun dalam bentuk 3 dimensi. Usaha Din mengungkap mesej budaya dan kemasyarakatan pastinya berbeza daripada kencenderungan kebanyakan pelukis catan alam benda yang turut menampilkan objek budaya pemakanan, tetapi hanya berminat pada nilai keindahan yang tersurat semata-mata. "Kepelbagaian" serta karya lain daripada siri nasi bungkus itu cukup menarik dan menyegarkan, mencerminkan sensitiviti pelukis terhadap unsur biasa dalam persekitaran mereka yang dapat digarap sebagai simbol budaya. Pendekatan Din Omar dalam karya kepelbagaian ini mungkin bertalian dengan seni popular, tetapi pemilihan motif dan subjeknya bersifat tempatan. Pemindahan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya memperkaya penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia seni moden Malaysia di samping mengetengahkan isu-isu budaya tempatan.Mohd Fauzin MustafaThe Lost HorizonMohd Fauzin Mustafa antara pelukis Malaysia yang gemar menggunakan media campuran dalam berkarya. Karya-karya beliau banyak merujuk kepada alam sebagai subjek dan sumber inspirasi yang kaya. The Lost Horizon merupakan antara karya beliau yang terkenal. Dalam karya ini beliau menggunakan pelbagai campuran mediaseperti perca, kepingan timah, emas, kolaj dan akrilik. Tema yang cuba ditonjolkanoleh beliau dalam karya ini merujuk kepada alam flora dan fauna sebagai motif ukiran kayu dan batik. Motif pucuk rebung dan awan larat mengandungi makna simbolik yang kuat tentang peribadi dan kesopanan Melayu iaitu satu bangsa yang menghormati pemimpin serta tunduk kepada suruhan Tuhan. The Lost Horizon mempamerkan beberapa perbezaan dari segi pendekatan, pengolahan bentuk rakaman, dan terjemahan bahasa visual. Ini menjadikan karya beliau ini berbeza dengan pelukis lain. Karya Mohd Fauzin ini terbentuk menerusi pengolahan yang tidak mengongkong dan menyarankan alternatif baru terhadap eksploitasi media dan bahan. Pelbagai mdia campuran yang digunakan berjaya mengungkap kemungkinan yang mencabar dalam proses berkarya. Beliau menggunakan ciri semula jadi bahannya dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan kesan yang diidamkan. Warna perca yang sememangnya sudah menyerupai alam semula jadi dengan corak bebunga diperelok menerusi sentuhan dan campuran bahan yang lain. Hasilnya, kesan yang padu dapat dihayati dalam imej yang yang lebih menyerupai lanskap dan struktur bumi. Media-media ang digunakan berjaya menyerlahkan simbol yang merujuk kepada budaya tempatan. Tema dalam The Lost Horizon merupakan satu penghayatan dan penghargaan pelukis kepada alam ciptaan Tuhan. Karya ini melukiskan rakaman penghayatan beliau yang bersifat luaran dan dalaman. Menurut Mohd Fauzin sendiri, alam perlu dihayati zahir dan batinnya iaitu segala yang tersurat dan yang tersirat. Melalui penghayatan terhadap alam, akan mendorong kita mengenali kebesaran Tuhan.Alias YusoffThe Fest 1Pelbagai tema, pendekatan dan unsur formalistik digunakan oleh para pelukis diMalaysia dalam menghasilkan karya mereka. Setiap karya yang dihasilkan mempunyaikekuatan yang tersendiri menjadikan karya meraka itu unik dan berbeza dan mempunyaiidentiti yang tersendiri. Dalam karya Alias Yussof bertajuk The Fest 1 terserlah dalampenggabungan ciri-ciri formal yang disusun dengan unik dan menimbulkan kesan. Unsur-unsur rekaan seperti garis, bentuk, jalinan, warna dan rupa dihasilkan menerusi sensitiviti, melambangkan keperihatinan beliau terhadap agama, alam sekeliling, masyarakat dan budaya. Karya ini mengetengahkan kaedah penerokaan permukaan catan dengan memberi perhatian kepada komposisi dan dan permasalahan teknikal. Gagasan bahawa setiap sesuatu berhubung dan dihubungkan dengan sesuatu yang lain dalam alam ini menjadi titik tolak karya beliau. Di samping mencari perhubungan dan kesatuan pelbagai bahan, beliau cuba membentuk komposisi yang harmonis dalam karyanya menerusi percaturan dan perhubungan satah, bentuk, rupa, warna serta garisan. Unsur-unsur harmoni dan kontras dalam ciri formal seni lukis diolah dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan komposisi catan yang menarik dan mengukuhkan struktur yang tersirat. Di samping menyarankan aspek penerokaan bahan dan permukaan, karya Alias memperlihatkan sikap ketelitian dan disiplin yang tinggi dalam proses komposisi. Komposisi catan yang seperti ini tidak terbentuk secara kebetulan, tetapi memerlukan perancangan yang konstruktif dan teratur. Unsur-unsur keseimbangan dan pergerakan serta kadar bandingan umpamanya dikaji dengan teliti. Ini agak berbeza dengan karya abstrak ekpresionisme yang banyak bersandar pada unsur kespontanan dalam proses berkarya. Karya ini bukan sahaja mendukung kuat pendekatan formal yang berkaitan dengan bahan dan permukaan, tetapi juga turut menyarankan makna yang tersirat tentang perkembangan tamadun yang berlainan zaman serta konsep keharmonian alam.Ruzaika Omer Basaree1981Sri DungunMedia CampuranKarya ini menggabungkan motif seni bina ukiran Melayu tradisi dalam catan-catannya yang juga bersifat kearcaan. Pendekatannya telah memperluaskan pengertian catan yang lazimnya ditakrifkan sebagai aturan warna di atas permukaan dua dimensi semata-mata kepada karya yang bersifat tiga dimensi.Pelukis mendalami nilai-nilai estetika Islam dan menterjemahkan kefahamannya itu menerusi karya-karya yang selama ini dirujuk oleh pelukis yang memiliki makna tersirat yang berkaitan dengan Islam. Kedua-dua konsep yang terjelma dalam kesenian tradisi seperti seni ukiran kayu dan seni bina Melayu tradisi seterusnya meletakkan kesenian yang berkontekskan galeri seni.Pendekatan seperti ini sebenarnya berupaya mengetengahkan kesenian-kesenian tradisi itu sebelum memindahkannya dalam pengolahan yang baru. Ketidakfahaman terhadap makna asas serta prinsip-prinsip yang tersurat hanya akan merosakkan keindahan dan ketulenan seni tradisi apabila ia diucapkan dalam bahasa visual yang baru.Dalam karya di atas menggunakan bahan berupa kayu dan arkalik dimana kayu yang digunakan untuk membentuk daun pintu dan ukiran diwarnakan dengan arkalik.Pelukis menggunakan warna yang lembut dan kombinasi warnanya yang menunjukkan gambaran warna sewarna menyebabkan hasil ini nampak menarik dan teratur. Warna yang lebih gelap digunakan dibahgian tepinya un tuk menunjukkan pemidang pada hasil karya ini. Ia juga dapat menimbulkan bentuk 3 dimensi yang hendak di utarakan.Selain dari itu pelukis dapat menunjukkan ukiran yang mempunyai ukuran semetri dimana ukuran setiap ukiran adalah sama dan seimbang. Daun pintu juga mempunyai ukuran semetri dimana daun pintu itu itu boleh dibuka. Ciri-ciri tradisi melayu dapat ditonjolkan pada karya beliau.Louise Nevelson1962American DawnMedia CampuranKarya assemblage yang bertajuk American Dawn dihasilkan oleh arcawan Louise Nevelson pada tahun 1962. Tema karya ini berkaitan dengan kehidupan Amerika / sosial budaya di Amerika.Material yang digunakan untuk menghasilkan karya ini termasuk pelbagai jenis kayu dan penggunaan cat yang minimum.Dari aspek formalistik, didapati tindanan kayu atau susunan kayu telah memberi kesan pergerakan yang dinamik. Contohnya reka letak kayu di bahagian tengah disusun dari rendah ke tinggi dan antara setiap unit kecil juga terdapat pergerakan yang ketara di mana kayu di susun secara horizontal dan vertikal.Objek yang terdapat di tengah-tengah karya ini dianggap sebagai penegasan bagi keseluruhan komposisi, kerana ia terletak di titik tumpuan audien. Penggunaan warna yang berbeza di sebahagian unit kecil juga berfungsi sebagai penegasan.Seniman telah menggunakan warna yang minimum dan ia dapat dibuktikan di sebahagian kecil karya tersebut. Warna yang dipilih (grey) juga merupakan warna yang lembut. Seniman cuba mengekalkan warna asal kayu dan ini telah memberi kesan harmoni.Karya ini telah mewujudkan satu ruang realiti. Sebahagian daripada karya tersebut lekat pada dinding , keadaan ini menyebabkan objek tersebut kelihatan bersaiz kecil. Kadar banding antara unit belakang dan depan telah mewujudkan satu perspektif yang menuju ke dalam.Berdasrkan gambar yang dikaji, unsur jalinan sentuh jelas dilihat tetapi jalinan kayu (urat kayu) tidak kelihatan kerana tidak dikaji secara dekat.Rupa organik dan geometri digabungkan dalam karya ini. Kontra pertentangan dan gabungan antara dua unsur ini telah memberi konsep kesatuan kepada karya tersebut.Hamidi Ahmad Basaar1991Bas MiniMedia CampuranKarya ini merupakan karya mixed media yang menggunakan cat minyak dan bentukkadbod relief yang dikompos bersama dengan karya atas panel.Isu kesesakan di kotamenjadi tema kajian pengkarya.Cornell Joseph1943PharmacyMedia CampuranCornell menggunakan barang-barang terbuang untuk dikompos menjadi karya beliau.Botol-botol diisi dengan pelbagai jenis bahan memberi gambaran farmasi.Cornell, Joseph1936Soap Bubble SetMedia CampuranJoseph menggunakan bahan terbuang atau waste material seperti kulit telur, bekas-bekas sabun dan gambar globe untuk dikompos menjadi karya.Artis antarabangsa iaitu pelukis wanita dari Argentina Luciana Abait dengan karyanya Hong Kong Windows(2000)http://www.artnutASIA.htmMaslin Md Ramly2000Fly Away My Cakubor91.5 X 91.5 cm.Rujukan : Anugerah Seni lukis Malaysia&Asean Art Awaeds 2003 PhilipmorrisSyed Alwi Syed Abu Bakar2000What Is This .... Teacher?86 x 86 cmMedia CampuranRujukan :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 PhilipmorrisGan Sian Wei2000Win Search Of Identity106 x 106 cmMedia CampuranRujukan : Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 PhilipmorrisKarya rujukan bertajuk Mata Duitan yang dihasilkan oleh En. Shamsu Mohamad. Mata Duitan adalah daripada media campuran iaitu porselin, duit syiling, resin dan glaze. Karya ini berukuran 60.7 x 79.9 cmRUJUKAN: :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 PhilipmorrisDin Omar1991Nasi Bungkus : Antara Dua HidanganMedia Campuran214 x 107 cmTan Chin Kuan1989Blue Night IIMedia CampuranNoor Azizan Rahman Paiman1993Coming Back From North Island Series VMedia CampuranMohd Azhar b. Abd. MananSarawak-September 89 : Documentation VIMedia Campuran308 x 556 cmAhmad Shukri Mohamed1992Cabinet SeriesMedia Campuran183 x 183 cmTan Chin Kuan1991Tragic of Blue NightMedia Campuran450 x 300 cmThay Tzyh HaurIf You Are HimOil on recycled paper95cm x 95 cmZulkifli YusofUntitled 1Media campuran1988C. PENYATAAN MASALAH / ISUC.i Permasalahan Semasa dari Intipati Teks Hikayat Umar UmaiyahDalam Hikayat Umar Umaiyah (HUU), menceritakan tentang kehidupan masyarakat zaman jahiliah iaitu sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab. Dalam HUU ini ia mengisahkan seorang anak jati Kota Mekah yang mengembara mencari pengalaman hidup di rantau orang. Namun apa yang jelas ditonjolkan dalam hikayat ini ialah semangat mempertahankan kedaulatan tanah air yang dipaparkan melalaui watak utama (Umar Umaiyah) yang sentiasa membela dan menunjukkan kelebihan dan kehebatan tanah kelahirannya kepada masyarakat luar. Ini jelas apabila Umar enggan mengiktiraf kaabah Yaman yang dibina oleh Raja Abrahah hinggakan beliau sanggup memusnahkan kaabah tersebut dan mengotorinya dengan najis.Begitu juga dengan masyarakat Mekah yang sanggup bergadai nyawa dan tinggalkan segala kemegahan, anak isteri, kekayaan dan sebagainya semata-mata mahu mempertahankan kota Mekah dari serangan tentera musuh. Dalam HUU ini juga ditonjolkan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sanggup bekerja sama membantu mempertahankan tanah kelahiran mereka walaupun kebanyakkannya tidak tahu teknik berperang mahupun menunggang kuda. Namun, semangat serta kasih sayang terhadap tanah air, maka mereka sanggup menentang dan mempertahankannya walaupun dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.C.ii TemaTema yang dapat saya ketengahkan melalui hikayat ini adalah MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR DAN PENGARUHNYA.Mempertahankan bermaksud melindungi serta mengawal tanah air dari sebarang ancaman, pencerobohan , penaklukan dan serangan oleh pihak luar yang berniat jahat dan tidak baik. Kedaulatan pula merupakan satu kemuliaan, kesucian dan keagungan yang terdapat dalam sesebuah negara yang mesti dipelihara dan dilindungi. Tanah air merupakan negeri, tempat kelahiran, kawasan jajahan atau juga satu penempatan yang didiami oleh sesuatu masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan. Pengaruh pula merupakan satu kekuasaan, ideologi, agama, fahaman dan sesuatu yang dapat menunjukkan identiti sesebuah kaum dan masyarakatnya.D. KAJIAN ANALITIKALD.i Peta MindaMEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR SERTA PENGARUHNYAMEMELIHARA KESELAMATAN KAABAHERATKAN HUBUNGAN DIPLOMATIKMENENTANG MUSUHMENYEBARKAN FAHAMAN DAN IDEOLOGITEGAKKAN UNDANG2PERTAHANKAN DARI SERANGANHAPUSKAN SAINGANTENTANG UNDANG2 ZALIMTENTERA ABRAHAHPEMBESAR ZALIMGURU AGAMANASIHATPERLAKUANTELADAN/ CERITA BAIKRAJAPEMBESARMASYARAKATBANI KALBANPEMBESAR QURAISYPENGHULUPENDUDUK DUSUNINDIVIDUTENTERA BERGAJAHKAABAH YAMANLAKSANA HUKUMBERPERANGMEMPERTAHANKAN NEGARAIKONPEDANGPERISAIKOTAPAGARASKARPAHLAWANRAJATOMBAKBELANTAND.ii Ikon yang akan digunakanPedangPerisaiKubu / KotaPerisaiPintu KotaKuda dan PahlawanRajaPermaisuriAskarE. CADANGAN - KONSEP DAN IDEAE.i. Aspek PraktikalLakaran yang mengandungi buah catur.Buah Catur melambangkan satu sistem pertahanan yang terdiri dari pelbagai peringkat lapisan iaitu raja, permaisuri, menteri, askar dan juga unsur-unsur lain seperti kuda, kota dan sebagainya. Semua ini memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan kawasan atau tanah air yang dikuasainya.Bentuk-bentuk perisai yang pelbagai digunakan bagi menunjukan tentang isu pertahananKedudukan ikon buah catur yang dalam keadaan statik dan mempunyai unsur-unsur pergerakan.Karya yang menjadi pilihan. Setelah membuat pelbagai penyesuaian dan penambahan, maka lakaran ini telah diluluskan.F. PROSES- PERKEMBANGAN KERJAF.i. Pemilihan bahan dan alatan yang akan digunakan! Kepingan besi setebal 3 mm. Bentuk bulat. Diameter 40 cm x 4 keping. Bentuk bulat. Diameter 28 cm x 4 keping.! Mangkuk besi setebal 1 mm. Bentuk bulat dan melengkung. Diameter 7 cm x 4 biji.! Kayu 2 inci x 2 inci. 2 inci x 2 inci x 100 cm x 6 batang. 2 inci x 2 inci x 190 cm x 5 batang.! Papan lapis. Setebal 1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping.! Skru .10 mm. 10 mm x 4 inci x 20 batang. 10 mm x 2 inci x 24 batang. 10 mm x 2 inci x 26 batang. 10 mm x 1 inci x 12 batang. 10 mm x 1 inci x 48 batang.! Papan lapis untuk membentuk imej buah catur.F.ii. Proses KreativitiGambaran saiz, bentuk dan kedudukan bahan dalam karya.Kepingan besi. Diameter 40 cmKepingan besi.Diameter 28 cm.Skru 10mm x 2 inciSkru 10 mm x 4 inciSkru 10 mm x 1 inciPapan lapis;1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 kepingSkru 10mm x1 inciSkru 10 mm x2 inciKayu 2 inci x 2 inci x 100cmKayu 2 inci x 2 inci x 190 cmBentuk ikon buah catur yang telah diubah suaikan dengan memasukkan unsur-unsur pergerakan.INILAH LUKISAN KARYA YANG AKAN DIBUAT NANTI.F.iii. Proses Artistik!Bahagian kayu yang diluakkan / tanggamMemotong kayu 2 inci x 2 inci. Kayu dipotong sepanjang 100 cm sebanyak 6 batang dan 190 cm sebanyak 5 batang. Selepas itu kayu dibuat tanggam supaya berada dalam keadaan lebih kukuh dan stabil apabila dipasangkan. Teknik ini dinamakan teknik tanggam.Bahagian kayu yang ditanggam. Permukaan kayu di grinder supaya menghasilkan kesan jalinan yang ketara.Bahagian kayu disatukan menggunakan skru supaya lebih kukuh dan menanpakkan kesan kekuatan agar sesuai dengan tema.Bahagian kayu disapukan dengan pewarna kayu untuk tujuan kekemasan dan menampakkan kesan kekuatan.Seterusnya saya melakukan kerja-kerja menebuk lubang pada kepingan besi. Saya menggunakan kepingan besi yang telah sedia ada seperti kuali roti jala. Ini memudah dan menjimatkan masa. Tambahan pula saiz dan bentuknya sesuai digunakan dengan karya saya.12Permukaan besi digrinder supaya lebih menampakkan kesan jalinannya.Kepingan besi ini dilekatkan menggunakan skru supaya kelihatan seperti bentuk perisai yang sebenar.Terdapat dua lapisan besi. Yang besar di bawah manakala yang kecil di bahagian atas.Proses memasang kepingan besi di atas panel. Skru digunakan supaya kedudukan setiap kepingan besi renggang sedikit.Kelihatan bahagian kayu yang di grinder untuk mendapatka kesan jalinan yang menarik.Pandangan sisi kedudukan kepingan besi di atas panel.Sisi tepiSisi atasKepingan besi diameter 40 cmKepingan besi diameter 28 cmMangkuk besi diameter 7 cmKedudukan kepingan besi yang telah siap dipasangkan. Bagi memastikan bahagian yang di grinder tidak mudah berkarat, spray Clear digunakan.Proses penghasilan ikon buah catur. Saya menggunakan papan lapis setebal 12mm. Terdapat enam ikon buah catur yang berlainan iaitu, raja, permaisuri, menteri, kota, kuda dan askar.MenteriAskarKotaRajaKudaPermaisuriImej diletakkan di atas papan lapis setebal 25mm. Imej di grinder supaya menghasilkan kesan jalinan.Bahagian papan lapis 1 inci x 25cm x 45 cm di grinder dan diwarnakan menggunakan warna poster Colour.Susunan imej catur di atas papan lapis. Setiap kedudukan imej berada pada latar warna yang memberikan maksudnya tersendiri.Bahagian belakang perisai dimasukkan dengan kepingan papan lapis dan diwarnakan dengan warna kuning. Ini akan memberikan kesan kontra dan imej perisai akan lebih menyerlahInilah karya saya yang telah siap sepenuhnya.G. DOKUMENTASI KARYA AKHIRG. i. Makna yang terdapat dalam karya1. PERISAIPerisai memberi erti satu alat mempertahankan diri apabila berperang. Ia merupakan alat pertahanan diri yang tradisional. Sesuai dikaitkan dengan hikayat yang dikaji. Perisai diletakkan di bahagian kiri dan kanan sebagai pengawal kepada isi yang terdapat di dalam karya tersebut. Terdapat di empat penjuru melambangkan empat arah mata angin (Utara, selatan, timur dan barat)2. IMEJ BUAH CATUR.Dalam permainan buah catur, terdapat watak seperti raja, Permaisuri, Kota, Askar dan sebagainya yang berperanan sebagai pengawal dalam permainan tersebut. Permainan catur adalah simbolik kepada mempertahankan kekuasaan dan memperluaskan pengaruhnya. Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, ia melibatkan pembabitan semua puhak. Setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan negara, agama dan pengaruhnya. Ia dilambangkan melalui warna latar imej catur tersebut.3. PAGARPagar merupakan salah satu ikon yang melambangkan pelindung. Ini bermakna jika sesuatu yang dipagar, maka sudah semestinya ia dilindungi dan sangat penting kepada pemiliknya. Pagar ini di masukkan kesan-kesan jalinan yang melambangkan kejerihan, kepayahan dan pahit getir dalam mempertahankan negara sehingga menghasilkan parut-parut dan luka-luka. Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, seseorang itu akan berdepan dengan halangan dan rintangan. Di bahagian belakang perisai terdapat warna kuning yang menunjukkan bahawa di dalam hikayat ini, kisahnya berlaku di kawasan gurun yang panas. Jesteru itu warna kuning melambangkan suasana yang panas mewakili kawasan berlakunya peristiwa tersebut.G.ii Pernyataan Tentang KaryaPERTAHANANMEDIA CAMPURAN100 CM X 190 CM2004SINOPSIS KARYAKedaulatan tanah air dan pengaruhnya adalah sesuatu yang penting dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat. Pencabulan dan pencerobohan orang asing yang mahu merosakkan dan menghuru-harakan bangsa haruslah ditentang. Dalam mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan pengaruhnya, maka penglibatan dari semua pihak haruslah dititik beratkan. Kewajipan dalam mempertahankan negara bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua individu. Inilah yang cuba dipaparkan dalam karya Pertahanan ini yang mana terdapatnya kesepaduan daripada semua pihak dalam memelihara dan mempertahankan kedaulatan tanah air.RujukanDavid Britt ( 1999). Modern art impressionisme to post modernism. London: ThamesHodson Ltd.Muliyadi Mahamood. ( 2001 ). Seni Lukis Moden Malaysia era pluralis hingga eraEra pluralis (1930 1990).Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors.Muliyadi Mahamood. (1991). A critical Appreciation of Malaysian Art in Relation toWorld Art. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Micheal Rush . ( 1999). New Media in Late 20th- Century Art. London: Thames& Hudson.

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/07/catan.html

PengenalanPerkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat-peringkat berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca. Melalui bidang seni halus ini, pelukis dapat meluahkan rasa hati untuk disampaikan kepada audiens. Secara umumnya, perkembangan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu:a. Zaman sebelum Perang Dunia Keduab. Zaman selepas Perang Dunia KeduaTahun 20anTerdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

Abdullah Ariff

Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran Impressionist dengan kesan-kesan cahaya yang kuat.

Yong Mun Seng

SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.Tahun 1930anPada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang.Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk menjayakan pameran ini.

Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua. Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan, aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya, pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941.

Tahun 1940anPada tahun 1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat. Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini.Lee Man Fong, pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun 1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan. Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China. Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of Art.Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.

Mohammad Hoessein Enas

Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang terkenal.Tahun 1950anPada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk mpat Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis ke Bali.Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat lawatan.Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.

Syed Ahmad Jamal

Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran.

Dzulkifli Buyong

Jolly Koh

Angkatan Pelukis Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran.Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi.Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit.

Chuah Thean Teng

Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.Tahun 1960anSeni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art.Tahun 1970anAwal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan ew Scene seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Redza Piyadasa

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Abdul Latiff Mohidin

Tahun 1980anPersatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis. Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini.

Pandangan tokoh msia terhadap seni :

Syed Ahmad Jamal, 1994

- Berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di alam yg asing.

- Seni itu suatu imej mental.

- Seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif.

Juhairi Said

- Dibentuk oleh penakulan demi mencapai hajat.

- Tujuan dan makna yang terkandung di dalam satu disiplin seni yang sangat teknikal.

- Ia memberi panduan dalam pelbagai perlakuan harian yang berkaitan dengan keindahan.

Abdullah Ariff

- Seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya.

- Mengajarkan Seni kepada masyarakat.

- Memberi kepuasan hati melalui pancaindera atau deria.

- Kesenian merupakan subsistem dari kebudayaan.

- Fungsinya serupa dengan kebudayaan adalah sebagai pendoman hidup sesuatu masyarakat.

sumbangan tokoh malaysia :

- perkembangan Balai Seni Lukis Negara.

- Sumbangan terhadap perkembangan seni catan di malaysia.

- sumbangan terhadap pembaharuan stail dan ideologi seni lukis negara.

- Pengaruh dan sumbangannya dalam cetakan.

- Penubuhan-penubuhan organisasi seni di Msia.

- Mengembangan lagi seni di Msia melalui galakan kepada masyarakat dalam menghayati karya-karya seni melalui pameran-pameran.

http://blogsenivisual.blogspot.com/p/pandangan-tokoh.html

http://senivisual1.blogspot.com/2012/06/perkembangan-seni-visual-di-malaysia.html