Geometri datar : Layang-layang (Explanation, formula, question and answer, and excercise)
Cara Menerbangkan Layang-Layang
-
Upload
faunaizah-yaacob -
Category
Documents
-
view
130 -
download
2
description
Transcript of Cara Menerbangkan Layang-Layang
Cara Menerbangkan Layang-layang
Untuk menerbangkan sebuah layang-layang, maka dua orang peserta
diperlukan. Seorang memegang gulungan tali dan seorang memegang layang-
layang (menganjung). Untuk mnerbangkannya penganjung perlu membawa layang-
layang tersebut sejarak kira-kira satu rantai. Ia cuba menganjung atau
melambungkan layang-layang tersebut setelah diisyaratkan berbuat demikian, oleh
orang yang mengendalikan layang-layang tersebut. Apabila layang-layang itu mula
terbang ke udara, maka orang yang mengendalikanya menyentak sambil menghulur
benang dalam lilitan sehingga layang-layang itu terbang tinggi dan menghabiskan
kesemua sekali yang ada di dalam lilitannya. Setelah berada tinggi di angkasa maka
layang-layang tersebut akan melenggang-lenggok mengikut daya angin.
Jika satu pertandingan diadakan maka mutu penerbangan sesuatu layang-
layang dikira dari ketenangan dan ketegakan sesuatu layang-layang. Jika tali
sesuatu layang-layang menghampiri sudut tegak maka penerbangannya adalah
kurang baik. Dalam pertandingan memutuskan tali layang-layang maka peserta yang
Berjaya memutuskan tali layang-layang lawan adalah dikira menang.
Masa Bermain Layang-Layang
Pada kebiasaannya, musim bermain layang-layang adalah selepas menuai
padi, lazimnya pada musim ini angin bertiup kencang. Biasanya angin betara (angin
yang bertiup dari utara) bertiup pada masa ini.
Tempat
Oleh kerana pada musim menuia adalah musim panas dan sawh-sawah tidak
berair, maka sawah-sawah padi yang kosong itu dijadikan kawasan menaikkan
layang-layang. Pada masa dahulu tiada terdapat kawasan-kawasan yang lapang
selain dari sawah padi untuk menaikkan layang-layang.