Cara Membaca.ppt
Transcript of Cara Membaca.ppt
![Page 1: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/1.jpg)
1
Pendekatan Cerakin atau analisis
KAEDAH SELURUH PERKATAAN
![Page 2: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/2.jpg)
2
Ahli konstruktivist percaya yang kanak-kanak belajar dengan proses membina daripada pengetahuan sedia ada.
Jadi mereka percaya yang kanak-kanak mula belajar dari‘perkataan-perkataan’ yang memberi makna kepada mereka.
Oleh itu mereka percaya untuk mengajar kanak-kanak membaca haruslah menggunakan perkataan-perkataan kanak-kanak itu sendiri. Jadi timbullah pendekatan ‘word to sound’:
![Page 3: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/3.jpg)
3
‘Whole word’- mula popular 50an. Beberapa kaedah yang berkisar kepada pendekatan ‘whole word’ ini.
Diantara kaedah yang menggunakan pendekatan cerakinan ini ialah
Kaedah Perkataan
Kaedah Frasa
Kaedah Ayat.
![Page 4: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/4.jpg)
4
Kaedah Perkataan
Teknik Lihat dan sebutPengajaran membaca dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan-perkataan yang bermakna.
Guru-akan menyediakan gambar-gambar objek seperti meja, kerusi, bola dll.
Gambar-gambar ini dilabelkan.
![Page 5: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/5.jpg)
5
Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’ selepas guru menyebutnya.
Murid kemudiannya diminta menyebut perkataan dan menunjukkan gambarnya sekali.
Murid mengeja dan menyalin perkataan .Kemudian barulah dicerakinkan
perkataan-perkataan tersebut.
![Page 6: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/6.jpg)
6
Pencerakinan perkataan
Setelah murid dapat menyebut perkataan-perkataan yang diperkanalkan guru akan menunjukkan pencerakinan.
Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku kata dan huruf: ‘buku’ - ‘ bu ku’- ‘b u k u’
‘meja’ – ‘me ja’ – ‘m e j a’ ‘cawan’ --- ‘ca wan’ --- ‘c a w a n’Kemudian huruf dicantum dan dieja semula
secara ‘keseluruhan perkataan ‘meja’ , ‘ cawan’, ‘buku’
![Page 7: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/7.jpg)
7
Kaedah Frasa
Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini akan dapat menarik lebih banyak minat murid terhadap cerita yang mudah.
Frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah seperti:Ini meja, Ini kerusi. Itu buku.
![Page 8: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/8.jpg)
8
Frasa-frasa ini pula dipanjangkan untuk membentuk ayat-ayat mudah.
Semasa mengajar guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai dan pengulangan perkataan digalakkan agar memudahkan murid mengingati dan membaca.
Peningkatan dalam proses pengajaran daripada yang senang kepada yang susah.
Dengan cara ini perkataan-perkataan baru juga dapat diperkenalkan.
Antara kaedahnya ialah picture word inductive method.
![Page 9: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/9.jpg)
9
Teknik berasaskan gambar
Guru menunjukkan gambar kepada murid. Minta murid sebutkan apa yang terdapat
dalam gambar.
Ini meja.
Ini kerusi. Ajar murid menulis dan membaca
perkataan yang disebutnya tadi.
![Page 10: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/10.jpg)
10
ATAU Jika murid boleh menceritakan mengenai
gambar guru boleh menuliskan cerita tersebut.
Ini meja guru.
Ini kerusi saya.Kemudian menguna beberapa perkataan
dalam cerita itu untuk mengajar murid mengejanya (pencerakinan) dan ‘membaca’nya.
![Page 11: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/11.jpg)
11
Kaedah kalimat/ayat
Murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan kalimat atau ayat-ayat pendek yang bermakna.
Guru akan membacakan satu kalimat beberapa kali.
Murid mengulangi kalimat yang disebut guru.
Kemudian kalimat itu akan dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf.
![Page 12: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/12.jpg)
12
Di antara kaedah yang berasaskan kaedah kalimat ialah:
Teknik menggunakan buku cerita dan
Teknik berasaskan pengalaman
![Page 13: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/13.jpg)
13
Teknik menggunakan buku cerita
Pilih satu cerita yang disukai oleh kanak-kanak.
Bacakan cerita tersebut.Minta kanak-kanak sebutkan perkataan-
perkataan yang mereka ingati daripada pembacaan tadi.
Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanak-kanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi.
![Page 14: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/14.jpg)
14
ATAU berdasar bahasa berirama atau lagu yang kanak-kanak tahu.
Galakkan kreativiti kanak-kanak untuk menukar senikata lagu tersebut mengikut tema yang disukainya.
Fokus kepada perkataan-perkataan baru yang ditukar oleh mereka.
Cerakinkan perkataan tersebut.Nyanyikan semula lagu baru.
![Page 15: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/15.jpg)
15
Teknik berasaskan pengalaman kanak-kanakGuru membuat ‘brainstorming’ kepada
murid mengenai pengalaman mereka.Jika murid minat untuk melukis minta
murid melukis di atas kertas.Jika tidak cukuplah dengan mendengar
danmenulis semula cerita tersebut.
![Page 16: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/16.jpg)
16
Guru menulis cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak menggunakan ayat asal kanak-kanak.
Guru bacakan cerita kepada kanak-kanak.Kanak-kanak cuba membaca cerita yang
dibuatnya sendiri.Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari
kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh mereka
Kemudian fokus kepada perkataan demi perkataan untuk dicerakinkan.
![Page 17: Cara Membaca.ppt](https://reader036.fdocuments.net/reader036/viewer/2022082402/563dba27550346aa9aa32431/html5/thumbnails/17.jpg)
17
Kekuatan kaedah cerakinan
Mengikut Multiple Intelligence oleh Howard Gardner kanak-kanak belajar melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui visal spatial(rakaman imej)
Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan tidak lengkap.
Kaedah ini juga boleh diajar apabila kanak-kanak telah menguasai pembacaan.