CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA.pdf

download CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA.pdf

of 41

Transcript of CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA.pdf

  • CAHAYA ISLAM BERSINAR DI KOREA SELATAN

  • Salam Doktor! Saya Ahnaf Abdul Qais dari Seoul, Korea. Boleh doktor

    datang ke sini untuk memenuhi jemputan kami sebagai penceramah?

    Komuniti masyarakat Malaysia di Korea akan mengadakan program

    kemuncak Demi al Aqsa pada Novemver 2011 ini? Begitulah di antara teks ringkas yang saya terima daripada saudara Ahnaf Qais, seorang jurutera

    Malaysia yang kini bekerja di Seoul, Korea Selatan.

    Ini adalah kunjungan sulung saya ke Korea Selatan bagi memenuhi

    undangan ceramah di sana disamping membuat liputan mengenai

    perkembangan Islam di bumi Sonata ini.

  • Seoul, Ibu kota Korea Selatan yang merupakan kawasan metropolitan yang ke 2 besar di

    dunia.

    Alhamdulillah, rancangan ini menjadi kenyataan apabia saya mula

    bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang

    mengambil masa selama 7 jam. Saya selamat mendarat di awal pagi pada

    jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang

    mencecah 5C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

    Seoul Central Mosque, Itaewon.

  • Setelah berehat buat seketika di penginapan yang disediakan, saya

    memulakan lawatan ke Korea ini dengan bersolat Jumaat di Seoul Central

    Mosque di Itewon. Subhanallah, masjid ini merupakan sebuah Pusat Islam

    dan masjid jamek yang besar lagi tersergam indah di atas sebuah bukit di

    tengah-tengah ibu kota Korea ini.

    Saya terpaksa mencuri peluang masuk dengan berhimpit sebelum berjaya

    ke dalam dewan solat masjid kerana jemaah yang hadir telah pun memenuhi ruang solat sehingga melimpah ke bahagian luar masjid.

    Kelihatan khatib tempatan yang bernama Ustaz Sulaiman sedang

    berkhutbah dengan penuh bersemangat di dalam bahasa ibunda iaitu

    bahasa Korea. Para Jemaah yang hadir kelihatan khusyuk mendengar

    khutbah yang disampaikan.

    Khutbah Jumaat di Seoul Central Mosque.

    Jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai asal latar-belakang yang

    berbeza, seolah-olah kami sedang berada di sebuah perhimpunan umat

    Islam antarabangsa. Selain daripada masyarakat tempatan dari Korea,

    ramai juga kelihatan orang-orang Islam yang berketurunan Pakistan,

    Bangladesh, Turki, Arab, Malaysia dan Indonesia. Selepas solat Jumaat, saya

    mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan masyarakat Islam di sini.

    Saya juga bersempatan melawat Seoul Central Mosque dengan lebih dekat

    lagi. Pejabat operasinya nampak kemas dan kakitangannya sentiasa

    kelihatan mesra menyambut kedatangan tetamu dari dalam dan luar

  • Negara. Kelihatan juga sebuah sekolah rendah Islam yang telah

    dibangunkan bagi memberikan pendidikan Islam secara khusus kepada

    anak-anak Muslim terletak di perkarangan kawasan masjid ini.

    Majoriti penduduk Korea Selatan yang berjumlah seramai 48.8 juta orang ini

    secara rasminya tidak menganut sebarang agama. Manakala umat Islam

    pula adalah kaum yang begitu minoriti di sini. Namun begitu, syiar Islam

    semakin hari semakin terserlah perkembangannya. Pada setiap minggu dan bulan, semakin ramai rakyat Korea yang membuat keputusan untuk memilih

    Islam sebagai agama mereka.

    Kini, penduduk beragama Islam di negara yang terkenal dengan produk

    ginseng itu dianggarkan mencecah kira-kira 140,000-150,000 orang

    termasuk pelajar dan pekerja yang menetap di situ. Daripada jumlah ini,

    kira-kira 35,000 orang adalah Muslim daripada kalangan rakyat tempatan

    Korea Selatan.

    Perkembangan Islam di situ dapat dilihat dengan jelas apabila semakin

    banyak masjid dan surau dibina di beberapa penempatan penduduk Islam.

    Ia bukan hanya berfungsi sebagai tempat menunaikan solat, bahkan sebagai

    pusat pengajian dan penyebaran Islam. Apa yang jelas, dakwah yang

    dijalankan oleh imam dan pemimpin agama terdahulu dan sekarang terutamanya di kalangan rakyat tempatan telah berjaya menyedarkan

    masyarakat Korea untuk memilih agama Islam dengan rela hati.

    Menurut sejarah, Islam telah mula bertapak di Korea sejak ratusan tahun

    dulu tetapi subur bercambah di antara tahun 1950-1953 yang lalu ketika

    negara itu berada di dalam kancah peperangan dan rakyatnya berada di

    dalam keadaan yang sangat miskin. Risalah Islam mula dibawa dan

    kemudiannya disebarkan oleh beberapa orang tentera dari battalion

    ketenteraan Turki yang bertugas di Korea.

    Kini, penyebaran agama Islam di negara ginseng ini banyak dibantu oleh

    Korean Muslim Federation (Persekutuan Korea Muslim KMF ) yang telah ditubuhkan bagi menangani kebajikan dan dakwah kepada masyarakat

    Islam setempat serta kepada rakyat Korea yang lainnya.

    Seoul Central Mosque yang merupakan masjid yang pertama dibina di Korea Selatan iaitu pada 1976, telah dipilih oleh KMF sebagai pusat dakwah dan

    pusat pendidikan Islam kepada penduduk setempat di situ.

  • Pendakwah dari Turki yang memiliki BA, MA dan PhD dalam Bahasa Korea.

    Saya sempat menemui saudara Dr Hussein Janj, pegawai eksekutif KMF

    yang berketurunan Turki yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan

    kedoktoran (PhD) di bidang bahasa Korea. Dr Hussein yang telah berdakwah

    selama 16 tahun di Korea menyatakan bahawa semakin hari semakin ramai

    rakyat Korea yang memilih Islam sebagai agama mereka. Saban hari dan di

    hujung minggu terutamanya, semakin ramai rakyat tempatan yang datang ke masjid untuk mempelajari Islam dengan lebih dekat dan kemudiannya

    memeluk Islam. Melalui kelas pengajian What Is Islam? yang dijalankan di Seoul Central Mosque sahaja telah berjaya menarik kira-kira seramai 150

    orang memeluk Islam pada setiap tahun.

  • Masjid Chongju.

    Sehingga kini perkembangan Islam di Korea Selatan cukup membanggakan

    apabila 10 buah masjid, 40 buah surau dan lima buah Pusat Islam telah

    didirikan di seluruh negara. Di antara masjid yang ada di Korea Selatan ialah

    di Seoul (1976), Pusan (1979), Anyang (1986), Jeonju (1986), Ansan

    (2001), Incheon Bupyong (2004), Paju (2005), Pochean (2005) dan

    Gwangju (2005).

    Masjid di Pusan.

  • Ada di antara surau-surau di negara itu yang dibina oleh para pekerja yang

    datang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh tetapi ianya cukup

    bermakna kepada pembangunan Islam di negara Sonata ini.

    Kekuatan umat Islam yang paling ketara ialah apabila setiap hari Jumaat,

    lebih 1,000 orang jemaah berhimpun menunaikan solat Jumaat di setiap

    masjid utama di seluruh Korea Selatan termasuklah rakyat asing dan

    pelajar-pelajar universiti yang datang dari negara luar.

    KMF bukan hanya berperanan membimbing umat Islam, malah menyediakan

    perkhidmatan membekalkan daging lembu, kambing dan ayam untuk

    diedarkan di restoran yang menyajikan hidangan halal di seluruh Korea

    Selatan.

    Kebanyakan daging lembu serta kambing yang dibekalkan oleh KMF

    biasanya diimport dari New Zealand dan Australia. Jadi masyarakat dan

    pelancong Islam tidak perlu merasa bimbang untuk mendapatkan makanan

    halal kerana KMF memainkan peranan mereka dengan baik.

    Anggota Tentera korea yang memilih Islam sebagai agama.

    Walaupun setakat ini Islam tidak disekat atau dihalang di sini, namun ianya

    mempunyai cabaran tersendiri termasuklah hijab bagi wanita yang bekerja,

    makanan halal dan pendidikan Islam untuk generasi anak-anak mereka.

    Umumnya, rakyat Korea adalah masyarakat yang mempunyai daya saing

    yang tinggi yang telah menjadi budaya kerja dan budaya hidup mereka.

    Rata-rata di kalangan mereka bekerja dengan penuh kesungguhan sejak

  • awal pagi dan hanyalah pulang ke rumah menjelang lewat malam. Kesannya

    kini terbukti bahawa Korea Selatan begitu terkenal dengan kejayaan mereka

    yang telah menempah nama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai

    bidang termasuklah teknologi, ekonomi, sukan dan lain-lain lagi.

    Kadar bunuh diri tertinggi di dunia.

    Namun begitu, kebanyakan rakyatnya jelas di dapati merasai kekosongan

    dari sudut rohaninya. Majoriti daripada mereka tidak mempercayai

    kewujudan tuhan dan tidak menganut sebarang agama. Sebagai contohnya,

    kadar membunuh diri di kalangan rakyat Korea adalah merupakan kadar

    yang tertinggi di dunia bersama Negara Jepun. Di sini, jelas kelihatan

    bahawa kemajuan dunia yang hebat tidak mempunyai apa-apa erti yang

    besar jauh apabila rohani masyarakatnyanya kosong daripada petunjuk

    Ilahi. Dengan berlalunya masa, cahaya Islam dilihat oleh masyarakat

    tempatan Korea semakin jelas mempunyai jawapan kepada erti kehebatan dan kecemerlangan kehidupan yang sebenar.

    Cuba saksikan beberapa tayangan yang membuktikan betapa cahaya Islam

    semakin berkembang di bumi Sonata ini.

    1. Anak muda Korea membaca al Quran

    2. Islam di Korea

  • Semakin terbukti bahawa cahaya Islam kian mekar berkembang ke seluruh

    pelusuk alam dengan dakwah Islamiah yang disebarkan.

    Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar

    Salam perjuangan

    Seoul yang sejuk tetapi hangat dengan perkembangan Islam.

    __________________________________________________

    Penghargaan:

    Dr Hussein Janj, KMF Executive, Seoul Central Mosque, Itaewon, Seoul

    En Abdullah Zawawi Tahir, Deputy Chief of Mission, Embassy of

    Malaysia, Seoul

    Sdr Ahnaf Abdul Qais, Pengerusi ISMA Korea & komuniti Malaysia di

    Korea

    Ditulis Oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin

    Sumber; http://www.islamituindah.my/

  • Perkongsian Artikel:

    Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Tagged: perkembangan islam | Leave a Comment

    PERUNTUH MASJID BABRI MEMELUK ISLAM

    Posted on March 4, 2012 by irfanirsyad

    1 Vote

    BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992?

    Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat

    dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak

    pelampau Hindu.

    Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu

    dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

  • Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan

    Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu

    daerah di mana terletaknya masjid itu.

    Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab

    suci untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

    Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh

    Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai

    4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

    Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk

    Islam yang lain.

    Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara

    India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

    Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah

    besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu.

    Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan

    keseluruhan masjid tersebut.

    Mereka melaung-laungkan perkataan Ram! Ram! sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

    Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid

    Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka

    yang bernama Rama.

  • Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri

    itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas kejahatan beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon

    Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

    Kuasa Allah

    Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar

    namanya kepada Mohammed Mustafa.

    Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7

    Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

    Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya,

    Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit

    secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

  • Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah

    sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun

    ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang

    amat besar.

    Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan

    bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab

    Bersatu (UAE).

    Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan

    suasana yang baru di negara itu.

    Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang

    jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid

    berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat

    mengikuti khutbah itu dengan jelas.

    Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang

    khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu

    mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

    Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap

    masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini

    menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

    Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan

    hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah

    lagi dapat dimaafkan.

  • Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah

    akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau

    tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan

    terancam.

    Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan

    Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan

    mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

    Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan

    beliau seorang manusia baru yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah

    dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

    Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk

    ahli-ahli keluarganya sendiri.

    Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

    Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya

    dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan, ujarnya sayu.

    Susunan SITI AINIZA KAMSARI

    dipetik dari Utusan Online

    Perkongsian Artikel:

  • Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Tagged: masjid | Leave a Comment

    PELUK ISLAM MELALUI IKLAN

    Posted on February 12, 2012 by irfanirsyad

    1 Vote

    Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan

    iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka

    lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat

    Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17

  • orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

    Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun

    mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia

    melihat iklan GainPeace di badan bas.

    Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, kata Toole.

    Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang

    lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari

    brochure itu. Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca, Toole menceritakan.

  • Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya, sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority

    (CTA) bertuliskan Got Questions? Get Answers dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

    Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap

    syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang

    memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

  • Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea

    yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama

    Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

    Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, kata Toole.

    GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk

    para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup

    seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

  • GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010 - Flickr Yahoo Photo GainPeace.com

    Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri

    bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan

    perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah

    yang benar, tambah Toole.

    Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal

    jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

    Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25

    bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima

    ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan

    al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad

    serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

  • Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk

    menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat

    membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

    Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di

    New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu

    di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab

    tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.

    Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan

    agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

    Flickr Photo GainPeace Bus and Train Campaign, Chicago 2010

    Sumber : www.isuhangat.net

    Perkongsian Artikel:

    Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Tagged: Islam, perkembangan islam | Leave a Comment

    MENGAPA MEREKA MEMILIH ISLAM?

    Posted on December 23, 2011 by irfanirsyad

  • 2 Votes

    Dr. Murad Hofmann

    Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau

    memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD

    dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau

    memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah

    Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau

    dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.

    Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara

    sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera

    Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut

    kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang

    memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini

    kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula

    mengkaji al-Quran tanpa henti.

    Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran

    Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang

    Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan,

    kata belilau, St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?

  • Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam

    keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan

    nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa Anak Tuhan perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri

    lakukan.

    Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali

    tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan

    seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

    Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

    Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

    Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama

    Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity

    College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya

    yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila

    beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya

    menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan

    ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-

    unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya.

    Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik

    sebanyak tiga kali.

    Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di

    Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam.

  • Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang

    serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya.

    Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik

    perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya

    menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama

    Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa

    kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau

    menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

    Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang

    merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau

    berkata, Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan

    berterima kasih kepada Allah.

    Rujukan:http://www.arabnews.com/?page=1ion=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=

    kingdom.jpg&category=Kingdom

    Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

    Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di

    University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid

    Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai

    dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki.

    Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam.

    Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya,

    beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

  • Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang

    Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan

    untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam.

    Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan

    kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu

    semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk

    bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama

    Islam.

    Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai

    Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and

    Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik

    menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

    Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

    Jang (Bangsa China)

    Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf Islam Online bahawa

    perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa

    pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan

    membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati

    beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit.

    Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan

    mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan

    manusia.

    Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut

    jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

    Artikel : Dr Danial Zainal Abidin

    Sumber artikel: One Ummah.net

    Perkongsian Artikel:

    Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Tagged: memeluk islam | Leave a Comment

  • CORETAN PENGISLAMAN ANELKA

    Posted on November 29, 2011 by irfanirsyad

    Rate This

    Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

    Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan

    nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di

    depan gawang lawan. Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta

    peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership

    League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol.

    Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

  • Nicolas Anelka dan Didier Drogba

    Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga

    Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan

    antara bintang bola sepak dunia. Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang

    lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang

    tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu

    bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.

    Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang

    tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu

    lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal.

    Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk

    dan emosional.

    Memeluk Islam

    Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan

    tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa

    sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak

    mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang

    perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.

    Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah

    agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam, kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.

  • Franck Ribery

    Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti

    rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu

    berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan

    benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.

    Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai, terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang

    umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

    Bilakah Anelka Memeluk Islam?

    Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun

    2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh

    Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang

    Muslim.

    Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di

    Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi

    seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang

    penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya

    benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama,

    Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun, katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.

    Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya

    mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan

    dirinya. Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini.

  • Anelka semasa kanak-kanak

    Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan

    positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap

    rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di

    atas padang. Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi, katanya.

    Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di

    Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di

    luar padang.

    Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.

    Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun

    2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti.

    Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah

    berlakon dalam filem berjudul Le boulet sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.

    Tetap Berpuasa

    Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan

    berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya

    di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap

    berusaha menjalankan ibadah puasa.

    Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang

    Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan

    puasa. Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya

    mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.

    Bersyahadat di Fenerbache

  • Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah

    mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada

    agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

    Anelka menyarung jersi Fenerbahce

    Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah

    ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka

    kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta

    pound.

    Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan

    Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan

    nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim

    dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka

    mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris.

    Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai

    perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea

    dengan nilai 15 juta pound.

    Biodata Anelka

    Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka

    Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka

    Tempat Lahir: Versailles, Perancis

    Tarikh Lahir: 14 Mac 1979

    Isteri: Barbara Tausia

    Kelab Sekarang ini: Chelsea FC

    Masuk Islam: 2004

    Kerjaya Profesional:

  • 1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)

    2. Arsenal (Inggeris)

    3. Liverpool (Inggeris)

    4. Real Madrid (Sepanyol)

    5. Manchester City (Inggeris)

    6. Fenerbahce (Turki)

    7. Bolton Wonderes (Inggeris)

    Sumber: http://siasahkini.blogspot.com

    Perkongsian Artikel:

    Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Tagged: memeluk islam | Leave a Comment

    PROFESSOR JEFFERY LANG TEMUI HIDAYAH

    MELALUI AL-QURAN

    Posted on November 24, 2011 by irfanirsyad

    1 Vote

    Professor Jeffrey Lang, Temui Hidayah melalui al-Quran

    Saya pernah berkata, saya tidak percaya kewujudan Tuhan! Namun al-Quran telah merubah pegangan dan pendirian saya. Di bilik solat itu saya bersyahadat tiada Tuhan yang layak

    disembah melainkan Allah.

    Perjalanan setiap insan di muka bumi Allah ini berbeza-beza. Seperti Prof Jeffrey Lang, kisah

    pengislamannya agak unik dan menarik untuk dikongsikan. Professor Matematik ini mendapat

  • Hidayah melalui perantaraan mahasiswa bimbingannya di kampus University of San Francisco,

    AS. Ketika itu dia telah dihadiahkan sebuah kitab al-Quran yang diakuinya sebagai sebuah kitab

    suci yang sangat mengagumkan.

    Suatu hari, secara tidak sengaja dia telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja di

    kampusnya. Setelah diamati, dia mendapati ruang kecil itu sebenarnya digunakan oleh para

    mahasiswanya yang beragama Islam untuk menunaikan waktu solat lima waktu. Tambah

    menarik, di ruang yang sama juga Prof Jeffrey Lang telah bersyahadat buat kali pertama. Ikuti

    kisah selengkapnya.

    Prof Dr Jeffrey Lang bertugas sebagai pensyarah dan penyelidik dalam bidang matematik di

    Universiti Kansas, salah sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat. Dia dilahirkan dalam

    sebuah keluarga penganut fahaman Katolik Roma di Bridgeport, Connecticut pada 30 Januari

    tahun 1954.

    Kemudian dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah beraliran Katolik

    Roma di tempat kelahirannya.

    Hampir 18 tahun lamanya saya menghabiskan masa kecil saya di sekolah yang berlatar belakangkan ajaran Katolik. Namun, saya belum menemukan jalan untuk menyelesaikan

    masalah yang selama ini saya hadapi. Terutamanya persoalan tentang Tuhan dan philosophy

    ajaran Kristian, tuturnya ringkas.

    Jeffrey, dalam catatan hariannya banyak mengisahkan tentang perjalanannya mencari Islam.

    Seperti kebanyakan anak-anak kecil dengan penuh keceriaan. Bezanya, tika itu saya sudah mulai banyak bertanya tentang nilai-nilai kehidupan, politik, sosial dan keagamaan. Bahkan saya

    sering bertengkar dan bertikam lidah dengan ramai orang terutamanya ketua gereja Katolik, ungkapnya.

    Beranjak ke usia remaja, pendirian Prof Jeffrey mulai berubah. Akuinya lagi, dia sudah mula

    tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

    Jika Tuhan itu ada, dan punyai belas kasihan dan kasih sayang, mengapa terdapat pelbagai penderitaan di atas muka bumi ini? Mengapa kita tidak dimasukkan terus ke dalam syurga? Dan

    mengapa dia menciptakan setiap manusia itu dengan pelbagai penderitaan?. Selama bertahun-tahun pertanyaan itu terus menghantui fikirannya.

    Bertemu Mahasiswa Muslim

    Persoalan yang terbuku akhirnya terlerai setelah Prof Jeffrey temui jawapannya di kota San

    Francisco. Ceritanya bermula ketika dia dilantik sebagai salah seorang pembantu pensyarah di

    Jabatan Matematik, Universiti San Francisco. Pertanyaan tentang wujudnya Tuhan terjawab

    setelah dia menemui beberapa orang mahasiswa yang beragama Islam.

  • Ketika pertama kali saya menyampaikan kuliah di Universiti San Francisco, saya telah bertemu dengan seorang mahasiswa Muslim yang mengambil subjek matematik. Kami menjadi semakin

    akrab, begitu juga dengan keluarganya. Ketika itu, agama belum lagi menjadi topik perbincangan kami. Sehinggalah sampai satu saat, saya dihadiahkan sebuah kitab suci al-Quran, ceritanya lagi.

    Mahmoud Qadeel, jejaka kelahiran Arab Saudi ini telah membuka mata Prof Jeffrey untuk

    mengenali Islam. Menariknya, setiap perbincagan mereka banyak berkisarkan tentang sains dan

    teknologi.

    Kami pernah berdiskusi tentang ilmu kedoktoran, dan dia dapat menjawab dengan sempurna sekali. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga hebat, ceritanya kagum.

    Hadiah al-Quran

    Ketika majlis perpisahan, semua pensyarah dan mahasiswa diwajibkan hadir. Waktu itu, saya sangat terkejut apabila Mahmoud menghadiahkan saya sebuah al-Quran dan beberapa buah buku

    agama. Atas inisiatif sendiri, saya cuba mempelajari isi al-Quran tersebut. Bahkan buku-buku

    agama yang diberikannya itu juga saya baca sehingga habis.

    Saya begitu kagum dengan al-Quran, dua juz pertama dari al-Quran berjaya membuatkan saya seperti dipukau. Saban malam, saya terus dihimpit dengan pelbagai pertanyaan, namun saya berjaya menemui jawapannya pada keesokan harinya. Seakan ada yang membaca fikiran saya

    dan menulisnya di setiap baris al-Quran, ujar Jeffrey lagi.

    Bersyahadah di Surau Kampus

    Sekitar tahun 80-an belum ramai lagi pelajar Muslim yang melanjutkan pelajaran di Universiti San Francisco. Berpeluang bertemu dengan mahasiswa beragama Islam, merupakan sesuatu yang

    istimewa dan mengejutkan, akui Prof Jeffrey.

    Ada cerita menarik tatkala saya sedang menulusuri kampus, secara tak diduga saya telah menemui sebuah ruang kecil di tingkat bawah gereja. Rupa-rupanya ruang tersebut digunakan

    oleh beberapa mahasiswa Muslim untuk menunaikan solat lima waktu, ceritanya lagi.

    Tika itu, benak fikirannya terus disesakkan dengan pelbagai pertanyaan dan perasaan ingin tahu.

    Dia segera melangkah masuk ke dalam ruang solat tersebut. Waktu itu para mahasiswa sedang

    bersiap untuk menunaikan solat zohor dan dia juga diajak untuk berjemaah bersama. Dia berdiri

    di belakang mereka, lalu mengikuti setiap gerakannya. Air matanya menitis perlahan membasahi

    pipi.

    Kami berdiskusi tentang masalah agama. Saya utarakan semua pertanyaan yang selama ini terbuku dalam kepala. Sungguh luar biasa, saya benar-benar terkejut dengan penjelasan yang

    diberikan oleh mereka. Masuk akal dan mudah untuk diterima dan difahami. Ternyata

    jawapannya ada dalam ajaran Islam, tuturnya.

  • Lebih istimewa, melangkahnya aku dari ruang bilik itu, aku sudah pun mengucapkan dua kalimah syahadah!, tutur Prof Jeffrey jujur.

    Kenapa Kita Solat Ayah?

    Prof Jeffrey tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, bahkan ibadah yang wajib ini

    memberikan ketenteraman jiwa yang sangat luar biasa. Akuinya lagi, solat Subuh merupakan

    ritual yang sangat indah dalam Islam, dan dia dapat merasakan kesan yang mendalam dari solat

    Subuh. Suatu hari anak perempuannya Jameelah bertanya, Ayah, mengapa kita harus solat?

    Saya benar-benar tersentak dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka dengan pertanyaan itu. Saya tidak menyangka anak kecil yang baru berusia lapan tahun itu boleh bertanya tentang

    solat. Ikutkan hati, mahu sahaja saya menerangkan padanya tentang kelebihan dan kenikmatan

    solat. Tapi adakah anak kecil itu mampu mengerti? Akhirnya saya menjelaskan padanya bahawa

    solat itu perintah Allah, terang Professor.

    Tapi ayah, apa yang boleh kita peroleh dengan menunaikan solat?

    Anakku, ia begitu sulit untuk kamu fahami. Suatu hari nanti, jika kamu sudah istiqamah dengan solat lima waktu, ayah yakin kamu pasti akan dapat jawapannya, terang Prof Jeffrey bijak.

    Apakah solat mampu membuatkan kita rasa bahagia ayah? tanya si kecil Jameelah.

    Sayangku, solat merupakan salah satu penawar penenang jiwa. Sekali kita bersentuhan dengan kasih sayang Allah di dalam solat, maka itulah kenikmatan yang luar biasa. Bahkan segala

    keletihan bekerja itu hilang selepas ayah menunaikan solat anakku.. jelasnya lagi meyakinkan si anak.

    Prof Jeffrey Lang juga telah dilantik sebagai Pembangun Persatuan Mahasiswa Islam, dan ia

    bertujuan untuk menghubungkan pelajar Muslim ini dengan universiti. Bukan itu sahaja, dia turut diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek agama Islam kepada pelajar.

    Sumber: One Ummat.net

    Perkongsian Artikel:

    Google

    Bookmark

    More

    Like this:

    Filed under: Hidayah Allah | Leave a Comment

  • MALCOLM X DAN ISLAM

    Posted on October 2, 2011 by irfanirsyad

    Rate This

    Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa

    oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang

    Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan

    merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul.

    Malcolm X

    Kisah hidup Malik el- Shabbaz menjadi pengajaran kepada kita bagaimana teguhnya

    memperjuangkan kebenaran, melawan taghut kebatilan dan penyelewengan, serta kembali

    kepada ajaran Islam yang suci dan bebas daripada unsur Jahiliah.

    Kehidupan Awal

  • El Hajj Malik el Shabazz, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan

    Muslim Amerika. Dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925.

    Beliau adalah anak keempat daripada lapan kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang

    pendakwah Kristian, dan Louise, seorang wanita West Indies.

    Ibu bapa Malcolm X

    Ayahnya telah dibunuh oleh pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya,

    Malcolm terpaksa menanggung kebencian pelampau kulit putih yang sangsi dengan asalnya,

    sama seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh. Kesukaran hidup dalam arus

    perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan ibubapa,

    Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa. Beliau terlibat dalam aktiviti haram

    yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari 1946 dan dipenjarakan di

    Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada 27 Febuari 1946.

    Islam Mengubah Hidupnya

    Hidupnya berubah setelah saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa

    oleh Elijah Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang

    cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman dan juga

    mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor yang memberi mereka

    status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm membuat keputusan untuk memeluk

    Islam dan menganuti doktrin itu.

  • Elijah Muhammad

    Nation Of Islam Enam aspek dalam doktrin Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad.

    1. Islam ialah agama sebenar untuk golongan kulit hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu kulit putih.

    2. Kepercayaan bahawa Allah sebenarnya seorang kulit hitam dan orang kulit hitam itu tuhan.

    3. Kulit hitam ialah golongan terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran.

    4. Golongan kulit putih sebenarnya syaitan. 5. Pengasingan sosial dan politik daripada golongan kulit putih ialah keutamaan yang suci

    dan mulia.

    6. Keperluan perpaduan kaum dan dalam Islam di seluruh dunia adalah bertentangan dengan tanggapan yang dicipta oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua

    penduduk negara membangun ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal

    dari golongan Kaum Asal (Original People).

    Kehidupannya Bersama NOI

    Sejurus selepas menyertai Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada

    Malcolm X dan menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan

    falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke segenap

    ceruk komuniti kulit hitam di US.

    Kegiatan Malcolm bagi pihak NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada

    penghujung 50an dan awal 60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi

    sedang bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam

    kehidupan dan masyarakat Amerika.

  • Malcolm begitu lantang mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa

    kerugian besar kepada Kulit Hitam. Media golongan liberal Kulit Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X dengan label-label seperti penghasut dan pencetus masalah.

    Pidato Malcolm X sentiasa

    mendapat sambutan

    Hijrah Malcolm X

    Pada November 1963, berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah

    mengeluarkan satu kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.

    Beliau dilaporkan dalam satu akhbar US sebagai menyifatkan pembunuhan Presiden itu adalah

    contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka (masyarakat US) sendiri selama ini (frasa asal:

    chickens coming home to roost). Bagi Malcolm, masyarakat US ialah masyarakat yang kejam

    dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini

    tidak perlu dinafikan lagi kerana hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan

    yang tidak berperikemanusiaan.

    Malcolm telah digantung keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yang

    membenci cara kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus

    menjatuhkannya.

    Masa hadapan Malcolm bersama NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi

    dengan kesetiaan Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas

    memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan dua

    inspanidu ini.

    Pada perspektif seorang penganut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan

    Malcolm yang baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan

    dan menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar dalam

    diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.

  • Hidayah Ketika Haji

    Selepas berpisah dengan Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran

    El Hajj ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.

    Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya. Dengan memilih

    Sunni, beliau menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam

    beberapa pertemuan umum seluruh US, beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan

    penyelewengan dalam ajaran NOI.

    19 April 1964, Malcolm menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam

    di Telaga Zam Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia

    semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat mengatasi

    masalah perkauman.

    Perpaduan antara pelbagai warna kulit di Mekah memberi kesan kepada Malcolm X

    Bertitik tolak daripada pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan

    pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia Islam.

    Kesannya, beliau mula memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih

    di US. Perubahan Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin

    kepada kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.

    Era awal 1960an menjadi satu titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni

    ortodoks muncul di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim

    antarabangsa mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen

    inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

    Pembunuhan Malcolm X

  • Pada 21 Febuari 1965, di Manhattans Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu kekecohan dan seorang lelaki menjerit Keluarkan tangan kau dari poket aku! Jangan mengganggu poket aku!. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu bersama pengawal peribadinya.

    Fahaman Yang Sahih

    Beliau seorang yang berani, seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah

    contoh seorang manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada

    belenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan

    masyarakat Kulit Hitam US di kelompok terendah masyarakat.

    Beliau seorang Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk

    menentang ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya telah

    membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk menerima

    kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI setelah beliau mula sedar

    pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata Malcolm X, semua orang kulit hitam di

    Amerika Syarikat mengenali beliau kerana perjuangannya.

    Surat Malcolm X ketika sedang mengerjakan Haji

    Ketika beliau berada di Makkah, Al-Hajj Malik El-Shabazz menulis surat kepada penolong

    setianya yang berada di Harlem.