Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
-
Upload
pelangi-kasih -
Category
Documents
-
view
219 -
download
0
Transcript of Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
1/13
[Type the company name]
[Year]
[Type the document title][Type the document subtitle]
UserXP
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
2/13
1
1.0 CADANGAN PEMBENTUKAN GAGASAN MALAYSIA
Ibrahim Haji Yaakob, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ahmad Boestamam adalah
antara tokoh yang awal yang mengemukakan cadangan untuk menggabungkan tanah
jajahan British sebagai satu gagasan yang diberi nama Melayu Raya ataupun Malaysia
sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Namun, hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan
kerana perkembangan politik. Awal Disember 1958, hasrat penubuhan tersebut
disuarakan semula oleh Tunku Abdul Rahman secara tidak rasmi kepada Malcolm
MacDonald. Menurut Tunku, gagasan tersebut bukan sahaja menyumbang kepada
pembangunan ekonomi, malah, dapat menyelesaikan masalah Singapura dan
mengukuhkan lagi pertahanan rantau Asia Tenggara daripada ancaman komunis.
Kemudiannya, cadangan tersebut diucapkan Tunku Abdul Rahman secara umum di
Kelab Wartawan di Singapura pada 27 Mei 1961. Menurut Tunku, sebagai satu bangsa,
Malaya hari ini sedar bahawa dia tidak dapat berdiri sendiri dan hidup bersendirian.1
Sehubungan dengan itu, Tunku telah mencadangkan agar wilayah Sarawak dan
Borneo Utara hendaklah dicantumkan bersama sekiranya Gagasan Malaysia ingin
ditubuhkan. Sekali lagi pada 26 Jun 1961, Tunku telah mengemukakan memorandum
mengenai pembentukan Malaysia kepada Harold MacMillan, Perdana Menteri British.
Dalam memorandum tersebut Tunku mencadangkan wilayah Borneo dimasukkan ke
dalam Persekutuan dahulu, kemudiannya disusuli Singapura. Manakala, pangkalan
tentera British di Singapura akan dijadikan pangkalan tentera Komanwel.
Namun begitu, pelbagai reaksi dan tentangan tercetus akibat cadangan
pembentukan Malaysia oleh Tunku. Indonesia dan Filipina merupakan negara paling
kuat menentang gagasan tersebut. Alasan Indonesia ialah Tanah Melayu merupakan
neokolonisme yang akan menguatkan lagi kedudukan British di rantau Asia, manakala,
Filipina berpendapat Borneo Utara adalah hak milik negara mereka. Oleh yangdemikian, bagi mendapatkan pandangan dan sokongan penduduk-penduduk wilayah
Borneo mengenai penubuhan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk.
1Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. hlmn 38
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
3/13
2
Suruhanjaya ini telah dipengerusikan Lord Cobbold dan memulakan tinjauannya pada
Februari 1962.
Dalam laporannya, Suruhanjaya Cobbold telah membuat kesimpulan bahawa dua
pertiga daripada rakyat Sabah dan Sarawak ingin menyertai Malaysia, manakala
bakinya menyokong pemerintahan British (Nik Anuar Nik Mahmud, 2009). Hasil
siasatan dan laporan yang dibuat PBB dalam U Thant pada 14 September 1963, juga
mengesahkan bahawa majoriti penduduk Borneo bersetuju untuk bergabung dengan
Tanah Melayu. Tanpa menghiraukan tentangan yang dilakukan oleh Indonesia dan
Filipina, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan penubuhan Malaysia yang terdiri
daripada Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 16 September
1963.
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
4/13
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
5/13
4
kegiatan politik orang Cina bertambah kuat berikutan dengan kemunculan gerakan-
gerakan komunis dan penubuhan Parti Komunis Malaya pada awal tahun-tahun 1930-
an. Malah, menurut Mohamad Rodzi Abd Razak (2002), Tunku antara lain
mengumumkan kebimbangan terhadap perluasan kuasa pengaruh komunis di Asia dan
Asia Tenggara dengan mengambil contoh terhadap kejayaan gerakan komunis di Laos.
Melalui percantuman Tanah Melayu bersama Brunei, Sarawak, Borneo Utara dan
Singapura, Tunku berharap satu resolusi dapat dicapai oleh semua pihak bagi
menyingkir kemaraan komunis di rantau Asia Tenggara ini.
Membangun dan memajukan wilayah Borneo juga merupakan antara faktor
penubuhan Malaysia perlu direalisasikan. Sir William Goode, Gabenor Borneo Utara
dan Sir Alexander Waddell, Gabenor Sarawak sendiri tidak yakin wilayah-wilayah
tersebut dapat berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan Tanah Melayu. Jadi, dengan
penggabungan wilayah-wilayah tersebut dengan Tanah Melayu, ia bukan sahaja dapat
memajukan Borneo Utara dan Sarawak serta mempercepatkan proses pembangunan,
malah dapat menikmati kemajuan ekonomi bersama.
Melalui pembentukan Malaysia, ia juga dapat mempercepatkan proses
kemerdekaan bagi negara-negara yang akan terlibat dalam penggabungan tersebut.
British telah berjanji akan membebaskan Sarawak, Borneo Utara, Brunei dan Singapura
sekiranya penubuhan Malaysia terbentuk. Hasil pembentukan ini akan menamatkan
penjajahan British di rantau Asia Tenggara serta menjamin kedaulatan negara daripada
ancaman pihak luar. Tunku juga menyatakan hasratnya kepada Geofroy Tory iaitu
Pesuruhjaya Tinggi British supaya membenarkan wilayah Borneo digabungkan dengan
Tanah Melayu agar hasrat Filipina dan Indonesia untuk mengambil alih wilayah tersebut
dapat dihalang. Malah, Tunku sekali lagi mengingatkan Lord Home dan Lord Perth
pada 3 dan 10 Jun 1960, mengenai kemungkinan wilayah British di Borneo dirampas
Indonesia sekiranya wilayah tersebut tidak bercantum dengan Tanah Melayu.
Seperkara lagi yang diharapkan melalui percantuman Borneo Utara dan Sarawak
dengan Tanah Melayu adalah dapat mengimbangi kadar penduduk. Sekiranya hanya
Singapura sahaja yang bercantum dengan Tanah Melayu akan menyebabkan masalah
ketidakseimbangan kaum kerana kaum Cina menjadi majoriti. Tetapi, sekiranya wilayah
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
6/13
5
Borneo dicantumkan bersama, jumlah keseluruhan kaum Cina hanyalah 42% sahaja
(Nik Anuar Nik Mahmud, 2009). Ini kerana 70% penduduk Borneo Utara adalah
bumiputera.
Ringkasnya, cadangan Tunku mengenai pembentukan Malaysia ini bukan sahaja
memberikan keuntungan kepada Tanah Melayu, tetapi, kepada negara-negara yang
terlibat. Pembebasan wilayah-wilayah British daripada belenggu penjajahan,
menyelamatkan kerajaan pimpinan Lee Kuan Yew, mengimbangi penduduk dan
memperkukuhkan perpaduan serta memajukan ekonomi serantau antara kelebihan
yang diperolehi andainya pembentukan Malaysia dapat dicapai.
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
7/13
6
3.0 REAKSI MENGENAI PEMBENTUKAN MALAYSIA
Cadangan Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan Malaysia bukan sahaja
menerima reaksi daripada negara-negara yang terlibat, malah menerima tentangan dan
sokongan daripada negara-negara jiran terdekat selain pihak British sendiri. Indonesia
dan Filipina adalah antara negara yang paling kuat menentang gagasan tersebut
daripada terlaksana.
REAKSI INDONESIA
Selepas mengumumkan cadangan penubuhan Malaysia pada 27 Mei 1961, Tunku
Abdul Rahman mengambil keputusan memberitahu Indonesia tentang cadangan
tersebut atas sebab-sebab tertentu. Antaranya, menghormati Indonesia sebagai negara
jiran dan tidak mahu timbulnya masalah di kemudian hari. Pada mulanya, Dr. Subandrio
menyatakan bahawa Indonesia tidak mempunyai sebarang masalah dengan
pembentukan Malaysia dan telah disokong oleh Lt. Jeneral Djatikumoso kerana pada
pendapat beliau penubuhan tersebut adalah baik sekiranya membawa kestabilan politik
dan menjamin keselamatan wilayah-wilayah di rantau tersebut.
Namun begitu, penentangan terhadap penubuhan Malaysia mula kedengaran
melalui akhbar-akhbar, parti-parti politik dan individu seperti Bintang Timor, Parti
Komunis Indonesia (PKI), Dr. Ali Sastroamidjojo dan Presiden Soekarno. Alasannya,
penubuhan Malaysia ini akan menguatkan lagi ketenteraan British serta akan
memonopoli bahan mentah yang terdapat di Asia Tenggara. Penentangan ini semakin
menjadi-jadi apabila berlakunya pemberontakan di Brunei yang dipimpin oleh A.M.
Azahari yang pada pendapat beliau, British memaksa Brunei untuk menyertai Malaysia.
Kesempatan ini diambil Indonesia dengan menghasut penduduk tempatan supaya tidak
menyertai penubuhan Malaysia.
Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan pihak Tanah Melayu seterusnya
menyebabkan berlakunya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Kenyataan ini
diisytiharkan sendiri oleh Dr. Subandrio pada 20 Januari 1963 yang menjelaskan
bahawa Tanah Melayu adalah alat kepada pihak British untuk mendapatkan Indonesia.
Kemuncak pergolakan antara Indonesia dan Tanah Melayu berlaku apabila anggota
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
8/13
7
Tentera Nasional Indonesia bertindak menyerang balai polis di Tebedu, Sarawak.
Namun, ianya tidak terhenti di situ sahaja.
REAKSI FILIPINA
Filipina pada asalnya menyokong penubuhan Malaysia, namun, menentang
kemasukan Borneo Utara ke dalam gagasan tersebut atas alasan wilayah Borneo Utara
adalah hak republik tersebut serta khuatir Malaysia tidak mampu menghadapi ancaman
komunis sekiranya Borneo Utara tidak lagi ditadbir oleh British. Ia disuarakan waris
Kesultanan Sulu yang menyatakan bahawa wilayah Borneo Utara itu hanya dipajakkan
kepada Baron Overbeck pada 1878 tetapi telah dianggap kerajaan British sebagai
pajakan yang berkekalan. Malah, Macapagal iaitu Senator Filipina sendiri telah
mengumumkan tuntutan ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962. Sedangkan, tuntutan-
tuntutan ini bukan sahaja tidak diterima pihak British, bahkan, Tunku sendiri
menjelaskan Tanah Melayu tidak akan melayan karenah Filipina dan akhbar-akhbar
Borneo Utara juga mengganggap tuntutan tersebut sebagai rubbish.
REAKSI BRUNEI
Berbeza dengan Indonesia dan Filipina, Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali
Saifuddin berminat menyertai penubuhan Malaysia kerana pada pandangan baginda
ianya akan memberikan perlindungan yang diperlukan Brunei dari segi pertahanan.
Malah, menurut Mohamad Rodzi Abd Razak (2003), baginda beranggapan bahawa
Malaysia adalah jambatan bagi merapatkan perhubungan agama, adat resam dan
kebudayaan antara negeri di samping sebagai langkah untuk meningkatkan kekuatan
pertahanan negeri-negeri berkenaan.
Namun, berlainan pula dengan A.M. Azahari yang menentang keras usul Tunku.
Faktor utama yang menyebabkan beliau dan Parti Rakyat Brunei mengambilpendekatan sedemikian didorong oleh keinginan menyatukan semula Sarawak dan
Sabah di bawah kuasa Kesultanan Brunei di samping membentuk wilayah yang lebih
luas bersama Indonesia dan Filipina sebagai Melayu Raya (Mohamad Rodzi Abd
Razak, 2003).
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
9/13
8
4.0 KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada mulanya cadangan pembentukan Malaysia agar sukar dilaksanakan kerana
menerima pelbagai tentangan dan tekanan daripada pelbagai pihak. Namun, Malaysia
tetap dibentuk pada 16 September 1963. Inisiatif ini dilakukan Tunku kerana beliau
beranggapan bahawa pembentukan Malaysia memberi banyak manfaat kepada bukan
sahaja Tanah Melayu, bahkan, wilayah Borneo dan juga Singapura. Rentetan
penubuhan Malaysia ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua
pihak yang terlibat.
Salah satunya adalah konfrontasi yang dilancarkan Indonesia. Umum mengetahui
Indonesia adalah negara yang paling kuat menentang penubuhan Malaysia. Ia
disebabkan akan menggagalkan hasrat Sukarno menubuhkan Indonesia Raya serta
perasaan kecewa beliau terhadap tindakan Tunku yang tidak memaklumkan dan
berbincang dengannya tentang cadangan penubuhan Malaysia. Agak malang bagi
Malaysia kerana ketidakpuasan hati ini berlarutan sehingga berlakunya serangan demi
serangan yang dilakukan oleh Partai Komunis Indonesia dan gerila Indonesia.
Serangan pertamanya adalah pada 12 April 1963 di Tebedu Sarawak yang
dilakukan oleh Tentera Nasional Indonesia. Seterusnya sehinggalah kepada
pencerobohannya ke Tanah Melayu menjelang Ogos 1964 di beberapa buah negeri
termasuklah di Labis, Johor. Tindakan-tindakan yang dilakukan Indonesia ini telah
menyebabkan Malaysia mengambil keputusan membawa masalah tersebut ke
pengetahuan PBB untuk diambil tindakan. Hasilnya, setelah Suharto mengambil alih
tampuk kepimpinan Indonesia daripada Sukarno, Perjanjian Damai dapat dimeterai
pada 11 Ogos 1966 di Bangkok antara Indonesia dan Malaysia. Menurut Mohamad
Rodzi Abd Razak (2001), perkara penting yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut
ialah;
i. Satu pilihan raya bebas akan diadakan bagi menentukan pendirian penduduk
Sabah dan Sarawak terhadap kedudukan mereka dalam Malaysia.
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
10/13
9
ii. Kedua-dua negara menyatakan persetujuan memulihkan hubungan diplomatik
dan pertukaran diplomat antara kedua-dua negara akan dilaksanakan secepat
mungkin.
iii. Sebarang bentuk permusuhan antara Malaysia dan Indonesia akan ditamatkan.
Manakala menurut Mezerik (1965), kerajaan Filipina juga telah mengemukakan
kepada kerajaan Tanah Melayu perasaan kekecewaannya berhubung dengan
keputusan untuk memasukkan Borneo Utara, wilayah yang dituntut itu, ke dalam
gagasan Malaysia.2
Akibatnya, Filipina tidak mengiktiraf Borneo Utara dalam
penubuhan Malaysia dan cubaannya membawa isu tersebut ke PBB tidak mendapat
sokongan. Namun, pada Jun 1966 Filipina tetap mengiktiraf Persekutuan Malaysia hasil
daripada usaha-usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan persengketaan antara dua
pihak.
Di Singapura pula, keadaan yang tegang antara Singapura dan Kuala Lumpur
berlaku selepas penubuhan Malaysia. Lee Kuan Yew dikatakan duri dalam daging dan
musuh masyarakat Melayu kerana ingkar dengan ikrar yang dibuatnya iaitu tidak akan
melibatkan People Action Party untuk bertanding dalam pilihanraya di Semenanjung.
Keadaan semakin tegang disebabkan sikap Lee Kuan Yew yang dikatakan cuba
merampas keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera melalui penubuhan
Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang berslogankan Malaysian Malaysia. Pada
9 Ogos 1965, Tunku mengambil keputusan berpisah dengan Singapura atas sebab-
sebab tertentu. Tegas Tunku:
We have tried everything possible to avoid the separation of Singapore from the
rest of Malaysia. In the end, we find that there are only two courses open us : (1) is
to take repressive measures against the Singapore Government or their leaders for
the behaviour of some of their leaders; and (2) is the course of action, which we aretaking now, to severe connection with the State Government of Singapore that has
ceased to give even a measure of loyalty to the Central Government.
2Nik Anuar Nik Mahmud. 2009. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. hlmn 92
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
11/13
10
Kesimpulannya, walaupun pada mulanya Tanah Melayu menerima tentangan hebat
daripada negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Tunku tetap tidak berputus
asa untuk meneruskan perjuangannya. Sokongan daripada pelbagai pihak seperti
British, Thailand serta pemimpin dan rakyat Malaysia sendiri banyak membantu Tunku
menjayakan hasratnya membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
12/13
11
5.0 KESIMPULAN
Cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku telah menimbulkan berbagai reaksi
daripada dalam dan luar Tanah Melayu. Walaupun Tunku telah menjelaskan faktor-
faktor penubuhan Malaysia akan memberikan banyak kelebihan kepada negara-negara
yang terlibat, namun, ada segelintir pihak yang cuba merosakkan rancangan
penubuhan tersebut. Antaranya adalah Indonesia dan Filipina. Salah satu sebab
Indonesia menentang penubuhan tersebut kerana akan menggagalkan rancangan
mereka untuk menubuh Indonesia Raya. Manakala, Filipina pula merasakan Borneo
Utara adalah milik negaranya.
Namun, Tunku tidak mengendahkan tentangan-tentangan tersebut dan telah
mengisytiharkan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang dianggotai Tanah
Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura. Kesannya, telah menyebabkan
Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu, Filipina tidak mengiktiraf
kemasukan Borneo Utara dalam Malaysia dan perpisahan Singapura daripada
Malaysia. Walaupun begitu, penubuhan Malaysia telah mempercepatkan proses
kemerdekaan wilayah Borneo, meningkatkan dan memajukan ekonomi serantau di
samping menghalang kemaraan komunis ke Asia Tenggara.
-
7/31/2019 Cadangan Pembentukan Gagasan Malaysia
13/13
12
6.0 BIBLIOGRAFI
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2001). Gestapu Dan Penyelesaian Konfrontasi Malaysia-
Indonesia dalam Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies, 28 . pp. 75-106. ISSN 2180-0251. Retrieved from;
http://journalarticle.ukm.my/417/1/1.pdf
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2002). Gagasan Malaysia Dan Penglibatan British: Satu
Tinjauan dalam Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies, 29 . pp. 109-122. ISSN 2180-0251. Retrieved from;
http://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf
Mohd Rizal Mohd Yaakop. (2009). Isu Pemisahan Singapura-Malaysia: Rasional
Keselamatan Politik dalam Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and
Strategic Studies, 36 . pp. 62-89. ISSN 2180-0251. Retrieved from;
http://journalarticle.ukm.my/360/1/1.pdf
Nik Anuar Nik Mahmud. (2009). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Oong Ching. (1990). Kerjasama British Dengan Parti Komunis Malaya Dan Kuomintang:
Kesan-Kesannya Terhadap Dasar-Dasar British Di Tanah Melayu (1941-45)
dalamJebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 18 . pp.
129-144. ISSN 2180-0251. Retrieved from;
http://journalarticle.ukm.my/469/1/1.pdf
Said Zahari. (2001). Meniti Lautan Gelora:Sebuah Memoir Politik. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://journalarticle.ukm.my/417/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/417/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/360/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/360/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/469/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/469/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/469/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/360/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdfhttp://journalarticle.ukm.my/417/1/1.pdf