Cabaran Komunikasi Media Baru

download Cabaran Komunikasi Media Baru

of 5

description

Cabaran Komunikasi Media Baru

Transcript of Cabaran Komunikasi Media Baru

  • CABARAN KOMUNIKASI MEDIA BARU

    Pn. Zarita Bt Hj. Kasim

    Felo Pusat Perundingan & Latihan IKIM (PPLI)

    [email protected]

    017-3661496

    PENGENALAN

    Komunikasi merupakan intisari sosial. Selagi hidup, manusia menghabiskan banyak

    waktu untuk berkomunikasi dalampelbagai cara dan situasi. Dalam proses

    komunikasi, manusiaseringkali perlu menggunakan media sebagai alat untuk

    berkomunikasi terutamanya dalam penyampaian maklumat dan informasi.

    Untuk memperoleh informasi yang cepat dan terbaru, Internet merupakan media

    komunikasi yang membuka era baru dengan membolehkan penggunanya

    menghantar dan menerima informasi dari serata tempat ke seluruh dunia. Dalam

    proses interaksi dan komunikasi, internet menyediakan beberapa laman sesawang

    yang dinamakan sebagai media sosial. Media sosial yang dimaksudkan adalah media

    dalam talian dan laman sesawang yang menyediakan layanan untuk berbagai

    informasi berbentuk tulisan,gambar, video dan sebagainya. Blog, Facebook, Twitter,

    Wordpress, LinkedIn, Google+, Instagram dan banyak lagi adalah di antara lawan

    sesawang di Internet yang menyediakan layanan komunikasi secara dalam talian

    (online).

    Kemaraan komunikasi di media-media sosial, dihangatkan lagi dengan

    perkembangan teknologi yang membolehkan ianya diakses dengan mudah iaitu

    sama ada melalui komputer, telefon pintar atau gajet selainnya yang mampu

    mengakses internet yang kini digelar media baru. Masyarakat menggunakan media

    baru sebagai alat komunikasi untuk mempererat hubungan di antara satu sama lain

  • dan menambah jaringan perhubungan. Komunikasi melalui media baru ini menjadi

    gaya hidup yang tidak dapat dihindarkan masyarakat sama ada di rumah, sekolah,

    mahupun dalam organisasi. Bahkan penggunanya dari tahun ke tahun juga semakin

    meningkat bukan sahaja di kalangan orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Ia juga

    membawa pengaruh yang besar dan membentuk budaya baru dalan berkomunikasi.

    Komunikasi secara face -to-face telah berubh kepada komunikasi di alam maya.

    Persepsi dan emosi juga telah mendahului kesahihan dan kebenaran fakta.

    MEDIA LAMA VS MEDIA BARU Media lama (Old Media), merupakan media yang menyampaikan maklumat secara bertulis melalui buku , majalah dan surat khabar , dan disampaikan melalaui televisyen dan radio yang disampaikan secara lansung atau ditonton secara lansung. Kelebihan media lama ialah media lama mengupas semua isu-isu yang berlaku daripada pelbagai sudut dan dapat memganalisis berita dengan lebih kritis yang mana menyebabakan pembaca mampu melihat sesuatau dangan lebih mendalam. Media lama lebih banyak digunakan oleh golongan tua kerana golongan ini tidak pandai menggunakan media baru dan media lama lebih mudah didapati oleh mereka untuk mengetauhi berita semasa .Selain itu media lama ini lebih murah berbanding media baru dan mudah untuk didapati,media lama ini juga mamapu untuk menghasilkan generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membincangkan tentang sesuatu topik. MEDIA BARU Media baru (New Media) merujuk kepada kandungan yang tersedia atas permintaan melalui internet, boleh diakses di mana-mana peranti digital, biasanya mengandungi maklum balas pengguna secara interaktif dan penyertaan yang kreatif. Contoh media baru termasuk laman web seperti akhbar dalam talian , blog, atau wiki, permainan video, dan media sosial. Media baru seperti internet ,blog, telepon ,i-pod, dan radio satelit, merupakan media yang amat berkesan menyampaikan maklumat berbanding media lama kerana ianya memainkan peranana yang amat penting dalam pasaran masa kini.Dengan kewujudan negara yang berdaya saing , kewujudan media baru ini amat penting dan perlu bagi memudahkan masyarakat untuk mengetauhi maklumat,berita ,serta perkembangan terkini dengan kadar yang segera .Oleh sebab itu media lama ditafsirkan tidak lagi releven pada masa kini ,selain itu media baru ini juga menyebabakan terjejasnya kualiti media lama seperti radio , television, akhbar, majalah dan surat khabar kerana kepantasan media baru ini. Sebanyak 92% rakyat malaysai pembaca media baru seperti laman sosial seperti facebook , twitter dan lain- lain lagi . MOBILE MEDIA Perkembangan teknologi secara umumnya telah banyak mengubah kehidupan manusia. Dalam hal ini, saintis sains sosial percaya bahawa penyebaran teknologi adalah satu daripada keadaan yang menyebabkan berlakunya perubahan budaya dalam sesebuah masyarakat. Sejak budaya ICT khususnya mobile media tersebar kepada kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, sektor pekerjaan adalah satu daripadanya yang mengalami perubahan dari segi corak penggunaan dan cara hidup secara amnya. Perubahan ketara yang dapat dilihat

  • dalam sejarah perkembangan sistem komunikasi telefon bimbit (mobile phone communication system) adalah daripada telefon yang besar dan berat yang pertama sekali digunakan kepada telefon yang kecil dan ringan pada masa sekarang. Dari segi kegunaan, telefon telah banyak mengalamai perubahan dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden serta canggih. Penggunaan telefon pintar sekarang bukan lagi untuk tujuan komunikasi semata-mata sebaliknya sudah mula digunakan untuk tujuan professional. Telefon pintar mempunyai potensi yang luas untuk digunakan dalam perniagaan khususnya dari segi menggalakkan autonomi, perhubungan, dan perkongsian pengetahuan, keadaan ini boleh meningkatkan kepuasan kerja dan penglibatan kerja seseorang individu. CABARAN MEDIA BARU DARI PERSPEKTIF ISLAM Perbincangan mengenai media baru sangat menarik kerana ia menawarkan pelbagai bentuk maklumat baru seperti dialog dan perkongsian maklumat, blog, forum, wiki, chat, rangkaian sosial, dan lain-lain perisian yang membolehkan pelbagai pilihan dilakukan. Di Malaysia, media baru mula memainkan peranan penting sebagai agen transformasi dakwah dan telah digunakan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran agama oleh masyarakat dengan keupayaannya menyediakan pelbagai maklumat mengenai Islam. Dalam kalangan sarjana Islam, kegusaran mengenai fenomena dakwah dari laman sesawang ini tetap ada. Medium dakwah ini mula berhadapan dengan perubahan ruang dan masa serta beberapa nilai baru yang muncul dalam khalayak manusia. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa teknologi adalah pemudah cara, keberadaan teknologi maklumat menjadikan dakwah dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan ia dilihat lebih pantas dalam menyampaikan sesuatu nasihat atau ilmu serta mampu dikongsikan kepada seluruh dunia lantas bersifat lebih global. Penggunaan teknologi dalam dakwah bukan semata-mata sebagai pengantara atau alat tetapi berfungsi lebih dari itu. Media dakwah berkembang secara evolusi menjalani fasa-fasa tertentu dan sehingga kini dilihat lebih sistematik dengan reka bentuk yang menarik dilengkapi dengan kombinasi sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan dakwah yang lebih efektif. Media sememangnya diperakui sentiasa memainkan peranan penting sebagai alat sebaran maklumat termasuklah media Islam. Kejayaan media Islam bergantung kepada usaha sejauh mana pengamalnya menguasai medium penyebaran maklumat pada zamannya. Apa yang dimaksudkan dengan media baru adalah alat untuk menyampaikan perkhabaran, isi dan pemikiran kepada sasaran yang juga dalam bahasa Arab merujuk kepada perkataan wasail. Alat dakwah haruslah digunakan sepenuhnya dalam aktiviti dakwah dan penentuan samada baik atau tidak adalah diserahkan kepada pengguna. Persoalan berkaitan media yang berfungsi sebagai medium pembelajaran agama perlu dibincangkan secara lebih terperinci. Agama berkait rapat dengan kepercayaan dan pokok utamanya ialah masalah kepercayaan serta keyakinan diri terhadap Allah swt. Kepercayaan dan keyakinan ini perlu direalisasikan dengan ibadat, akhlak serta tingkahlaku sosial. Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masakini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran utama yang menjadi perbahasan mengenai media baru dan dakwah serta pembelajaran dalam agama Islam.

  • CABARAN DAKWAH MEDIA BARU 1. Kaedah Pembelajaran Kaedah pengajaran dan pembelajaran Islam sebelum ini secara berkesinambungan telah dilakukan mengikut tradisi yang penuh dengan nilai-nilai agama. Penyampaian berita dalam Islam pada asasnya telah dibuat dengan teliti dan disampaikan dari satu generasi kepada generasi berikutnya berdasarkan kitab-kitab muktabar yang diturunkan secara mutawatir. Masyarakat Islam menyanjung tinggi nilai kandungan maklumat keagamaan yang menyebabkan maklumat Islam itu sendiri sentiasa berada pada tempat yang paling berintegriti sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran melalui surah al-Hujuraat, ayat 6. Dalam menuju matlamat dakwah, kandungan maklumat agama melalui internet dilihat terlalu terbuka dan bebas tanpa tapisan serta boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan cara memuat turun berita secara bebas. Keadaan ini sudah tentu mencabar konsep mutawatir dan integriti maklumat dalam Islam. Maklumat yang benar dan tepat kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta . 2. Kebanjiran Maklumat & Kesahihan Sumber Ruang internet yang terbuka dan bebas sehingga boleh menjadikan semua penjelasan agama begitu mudah didapati menyebabkan berlakunya penumpukan maklumat agama secara berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran maklumat. Masalah kebanjiran maklumat boleh mewujudkan suasana huru-hara dalam mencari maklumat yang dapat dipercayai. Antara tanda-tanda lebihan muatan maklumat ialah rasa cemas (anxiety), kecewa, marah, lemah semangat, kacau bilau, keliru dan hilang kawalan diri bersangkutan maklumat. Justeru, alam media baru seperti wikis dan blog memerlukan ukuran dan metrik yang tepat untuk menentukan kewibawaan (credibility) maklumat dan tanggungjawab (trustworthy). Maklumat pengajaran Islam juga dilihat telah mengalami fasa ini di mana pengguna semakin dihimpit oleh timbunan maklumat agama atas talian secara tidak terkawal yang menyebabkan berlakunya kecelaruan maklumat agama yang membawa kepada implikasi fobia terhadap kandungan maklumatnya. Kegagalan menggunakan media baru dengan cara yang betul dan bermanfaat hanya akan menjerumuskan diri ke kancah kekeliruan dalam kehidupan. 3. Adab Islam adalah agama yang mementingkan adab berguru antara guru dan murid. Pengajaran dan pembelajaran Islam meletakkan masalah kepercayaan dan keyakinan diri terhadap Allah swt. sebagai pokok utama. Kepercayaan dan keyakinan ini perlu direalisasikan dengan ibadat, akhlak serta tingkahlaku social. Pendidikan Islam memerlukan proses dan sentuhan guru bagi menjamin dan menjaga adab pembelajaran sesuai dengan kehendak syariat dalam memberikan pendidikan terhadap anak didik. Walau bagaimanapun, media baru yang dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dewasa ini jelas tidak menggambarkan hubungan langsung adab berguru antara murid dengan guru sebagaimana yang ditekankan agama. 4. Pelayaran Web Negatif Melawati laman-laman web tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Pendidikan dan pengajian dalam Islam

  • jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Bagi pengguna yang mempunyai pengetahuan asas agama yang cukup sudah tentu mereka boleh membaca, membanding, membuat pertimbangan serta menganalisis maklumat berdasarkan ilmu agama yang dimiliki untuk diamalkan. Tetapi keadaannya berbeza dengan pengguna yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang minimum. Golongan ini dilihat menghadapi kesukaran tertentu untuk menilai maklumat agama menerusi media baru ini lebih-lebih lagi dalam menilai maklumat yang bermakna. Pendidikan akhlak menurut Islam membentuk jiwa dan peribadi Muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah.