Cabaran Bilik Darjah
-
Upload
haziq-azree -
Category
Documents
-
view
226 -
download
0
Transcript of Cabaran Bilik Darjah
-
7/29/2019 Cabaran Bilik Darjah
1/2
HAZIQ AZREE BIN YAZID MAC 2013
Dalam mengurus bilik darjah, guru-guru menghadapi tiga cabaran besar iaitu kerenah
murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Bincangkan
bagaimanakah guru boleh berjaya menghadapi cabaran tersebut secara berkesan di dalam
bilik darjah?
Dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin moden ini, dunia kian bergerak pantas dan
cabaran yang dihadapi juga semakin besar. Sedar atau tidak peranan guru juga turut berkembang
dan semakin besar. Mana tidaknya, guru kini bukan sahaja bertindak sebagai tenaga pengajar
malahan perlu mendidik anak didiknya menjadi manusia. Ia bukanlah perkara mudah kerana
dengan waktu yang terbatas guru perlu memainkan dua tanggungjawab. Justeru, beberapa
persediaan perlu dilakukan khususnya pada mereka bakal guru.
Pertama, persediaan dari dari segi mental dan fizikal. Persediaan mental dan fizikal
merupakan elemen utama yang perlu dibentuk dalam diri sejak mereka dilatih menjadi guru lagi.Ini kerana kognitif iaitu pemikiran saling mempengaruhi tingkah laku dan afektif. Oleh itu, guru
perlu meletakkan mind setbahawa setiap pelajar boleh berubah dan berkembang menjadi baik.
Hal ini dinyatakan oleh Rogers dalam Ee Ah Meng (1997). Rogers menekankan bahawa emosi-
emosi marah dan benci akan wujud jika manusia tidak diterima. Misalnya, dalam pengajaran di
kelas pelajar terdapat pelbagai kerenah murid dan ada kalanya membuatkan guru marah dengan
tindakan mereka seperti ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan dan melawan cakap guru.
Perasaan ini akan terbawa-bawa hingga kadangkala menyebabkan guru melabel semua pelajar
bermasalah. Perasaan ini sebenarnya muncul apabila guru tidak bersedia dari segi mental dan
terlalu mengharapkan semuanya berjalan lancar. Namun, apabila berlaku hal sebaliknya guru
akan rasa kecewa dan putus asa. Oleh itu, bagi mengelakkan situasi ini berlaku para guru harusmengubah mind set mereka. Misalnya sebelum masuk ke kelas, guru berfikir positif dan apa jua
kerenah murid dia akan cuba atasi sebaik mungkin. Dengan ini perasaan guru tidak mudah
terganggu jika murid bersikap negatif malahan guru akan diterima oleh murid berkenaan
perlahan-lahan kerana guru dapat menyelami isi hatinya yang inginkan perhatian.
Kedua, guru tersebut perlu menguasai subjek pengajarannya secara mendalam. Sekiranya
guru yang mengajar mempunyai penguasaan penuh dalam subjek diajarnya, sudah pasti dia akan
boleh menghuraikan, merumuskan serta memastikan keperluan utama untuk diajar. Misalnya,
dalam subjek matematik tambahan, guru yang mahir akan tahu kaedah paling mudah untuk
membolehkan pelajarnya memahami penyelesaian masalah dengan mudah dan disesuaikandengan tahap kebolehan pelajarnya. Hal ini akan menjimatkan masa kerana pelajar diajar dengan
cara penyelesaian yang pantas dan mudah tanpa perlu belajar kaedah yang panjang seperti
kaedah easy-math. Dengan itu, masa yang ada boleh diperuntukkan bagi memperbaiki sahsiah
pelajar.
-
7/29/2019 Cabaran Bilik Darjah
2/2
Kesimpulannya, persediaan guru dilihat merupakan asas utama dalam menghadapi dan
melayan pelbagai kerenah pelajar dengan masa yang terhad. Persediaan mental, fizikal dan
persediaan ilmu itu sendiri dilihat mampu menjadikan guru lebih tabah dan berjaya menangani
segala masalah yang timbul.