Bumi Dan Angkasa OUM

16
ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan cuaca atau iklim dan bagaimana fenomena ini telah memberikan kesan kepada ciri-ciri geografi, sosial dan ekonomi di Pulau Pinang. Lima faktor perubahan iklim telah dikenal pasti iaitu aktiviti manusia, pemanasan global, kesan rumah hijau, El Nino dan La Nina dan penipisan lapisan ozon. Kesan-kesannya pula adalah kemusnahan sumber saliran air semula jadi, kemerosotan produktiviti dalam ekonomi, bencana alam, gangguan terhadap kegiatan harian dan penempatan manusia dan perubahan ekosistem. PENGENALAN Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Malaysia yang terletak di kawasan garisan khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit yang tidak berawan meskipun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. KAWASAN DAN KAEDAH KAJIAN Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Negeri ini terletak berhampiran dengan persisiran

description

OUM

Transcript of Bumi Dan Angkasa OUM

Page 1: Bumi Dan Angkasa OUM

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi perubahan cuaca atau iklim dan bagaimana fenomena ini telah memberikan

kesan kepada ciri-ciri geografi, sosial dan ekonomi di Pulau Pinang. Lima faktor perubahan

iklim telah dikenal pasti iaitu aktiviti manusia, pemanasan global, kesan rumah hijau, El Nino

dan La Nina dan penipisan lapisan ozon. Kesan-kesannya pula adalah kemusnahan sumber

saliran air semula jadi, kemerosotan produktiviti dalam ekonomi, bencana alam, gangguan

terhadap kegiatan harian dan penempatan manusia dan perubahan ekosistem.

PENGENALAN

Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan

hujan yang banyak. Malaysia yang terletak di kawasan garisan khatulistiwa amat jarang

sekali mempunyai keadaan langit yang tidak berawan meskipun pada musim kemarau teruk.

Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung

cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. Walaupun angin di Malaysia pada

amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan

angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat

daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.

KAWASAN DAN KAEDAH KAJIAN

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Negeri ini

terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang

terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai

yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Perak. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2

yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan

dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau

Pinang mempunyai anggaran bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang. Data suhu dan juga

kelembapan bandingan Pulau Pinang bagi tahun 2005 hingga 2010 dibekalkan oleh Jabatan

Meteorologi Malaysia manakala data gunaan tanah untuk pertanian dan hasil perikanan

mengikut daerah yang merangkumi tahun-tahun yang dikaji iaitu tahun 2009 hingga 2013

telah diperoleh daripada portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kajian ini telah

menggunakan data sekunder iaitu data suhu dan kelembapan bandingan daripada Laporan

Tahunan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Page 2: Bumi Dan Angkasa OUM

MONSUN BARAT DAYA DAN MONSUN TIMUR LAUT

Monsun barat daya kebiasaannya bermula pada pertengahan bulan Mei atau awal bulan Jun

dan tamat pada akhir bulan September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan

kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Monsun timur laut pula biasanya bermula pada

awal bulan November dan berakhir pada bulan Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah

dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negerinegeri pantai

timur di Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu lebih terjejas dengan tiupan

angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara

sejuk dari utara. Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan

lemah dan arahnya berubah-ubah. Dalam tempoh dari bulan April hingga November bila

mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi

Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi

lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.

Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas

corak tiupan angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang

yang terang cahaya mataharinya, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya

terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan

pendalaman. Dalam keadaan malam yang berlangit terang pula, proses sebaliknya berlaku di

mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai. Corak tiupan

angin bermusim bersama sifat topografi tempatan menentukan corak taburan hujan di

Malaysia. Semasa monsun timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan Pantai Timur

Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah

mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Kawasan pendalaman atau kawasan yang

dilindungi banjaran gunung sebaliknya bebas daripada pengaruh ini.

PERUBAHAN IKLIM

Dewasa ini, perubahan iklim yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu sering

diperkatakan, namun tidak banyak tindakan yang dilaksanakan untuk menangani masalah

yang semakin meningkat ini. Lebih malang lagi, para pencinta alam sekitar terpaksa

menentang golongan gergasi korporat yang mendiamkan para pembuat polisi melalui

sumbangan besar mereka dengan keuntungan yang diperoleh hasil daripada penerokaan alam

semula jadi. Perubahan iklim merupakan satu istilah yang digunakan untuk menerangkan

perubahan corak cuaca dalam sesuatu tempoh masa dan lazimnya berkait dengan perubahan

Page 3: Bumi Dan Angkasa OUM

alam sekitar seperti pemanasan global dan kesan rumah hijau, banjir besar dan juga ribut. Di

Malaysia, isu atau persoalan mengenai perubahan iklim dan kesannya kepada manusia serta

alam bukanlah topik yang digemari untuk diperkatakan berbanding isu lain seperti hal

ekonomi, sosial dan lebih-lebih lagi politik. Lazimnya, isu yang menyentuh soal alam sekitar,

cuaca atau iklim hanya mendapat perhatian rakyat secara bermusim, khasnya apabila terjadi

sesuatu bencana alam seperti tsunami pada tahun 2004, tanah runtuh, banjir dan kemarau.

Saintis mengesahkan perubahan iklim disebabkan oleh dua faktor utama iaitu

perubahan semula jadi pada bumi, lautan serta atmosfera dan disebabkan kegiatan manusia

yang menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau dan aktiviti penerokaan tanah untuk

pembangunan. Menurut laporan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM) pada tahun 2006, terdapat kemungkinan berlakunya kenaikan suhu di

Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2014 sehingga tahun 2050. Selain itu, implikasi

kenaikan suhu didapati mempunyai kaitan dengan paras air dan akan turut menjejaskan hasil

tanaman serta keselamatan makanan negara. Sebagai sebuah negara yang berasaskan

pertanian, hal ini akan mengakibatkan kerugian ekonomi dan seterusnya membawa kepada

masalah infrastruktur yang akan memerlukan kerja pembaikan dan pembinaan semula.

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN IKLIM

Jadual 1: Min suhu udara dan taburan hujan di Pulau Pinang (2005-2010)

Page 4: Bumi Dan Angkasa OUM

Jadual 1 di atas menunjukkan min suhu udara maksimum dan minimum serta taburan hujan

yang dicatatkan di dua buah tempat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan

Pengkalan Tentera Udara Butterworth bermula dari tahun 2005 hingga 2010.

Aktiviti dan kegiatan harian manusia di muka bumi ini merupakan salah satu faktor

penyebab berlakunya perubahan iklim terutama sekali kegiatan yang menjurus kepada

pemusnahan kawasan tadahan air semula jadi seperti aktiviti pembalakan, penerokaan tanah

dan pembangunan. Di Malaysia, selain kesan daripada perubahan iklim, kemerosotan sumber

air juga terjadi akibat aktiviti penebangan pokok dan menggondolkan bukit secara besar-

besaran untuk tujuan pembangunan sesebuah kawasan. Aktiviti-aktiviti sedemikian

sebenarnya sangat menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim di negara ini. Kegiatan

tersebut memberi kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan

iklim tanpa disedari.

Pemanasan global juga merupakan salah satu faktor perubahan iklim yang terjadi di

bumi ini. Pemanasan global merupakan peningkatan suhu di muka bumi baik di bahagian

permukaan daratan mahupun permukaan lautan. Aktiviti perindustrian merupakan punca

utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas

dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah

hijau terutamanya gas karbon dioksida. Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan

tenaga elektrik yang menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas

karbon dioksida yang mendadak dan berlebihan. Malaysia menggunakan hampir 80%

penjanaan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan

hidro elektrik. Selain itu, penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol

sebagai bahan api turut membebaskan gas karbon dioksida yang banyak.

Selain daripada itu, kesan rumah hijau turut merupakan faktor utama terjadinya

pemanasan global yang menyebabkan bumi ini mengalami perubahan iklim. Kesan rumah

hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semula jadi, kesan

rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan

karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan

manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar

udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol,

sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan chlorofluorocarbon (CFC)

juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Kesan rumah hijau berlaku apabila

Page 5: Bumi Dan Angkasa OUM

komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen

dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-

molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan memerangkap haba dan seterusnya

melambatkan proses pembebasan haba.

Seterusnya, faktor berlakunya perubahan iklim juga adalah kerana fenomena El Niño

dan La Niña. El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim

semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El Niño (El Niño-Southern Oscillation -

ENSO). Fenomena ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut yang

merintangi Lautan Pasifik. El Niño adalah proses terjadinya peningkatan suhu air laut di

kawasan Lautan Pasifik yang berupaya mengganggu dan memberi kesan kepada perubahan

iklim secara global. Peristiwa ini selalunya terjadi dalam tempoh dua hingga tujuh tahun

sekali. Manakala itu, fenomena La Niña pula adalah bertentangan dengan fenomena El Niño

di mana suhu air laut di kawasan Lautan Pasifik menjadi sejuk. Fenomena La Niña boleh

menyebabkan angin kencang, hujan lebat dan juga banjir.

Akhir sekali, penipisan lapisan ozon bumi juga merupakan faktor kepada perubahan

iklim dan cuaca. Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis dan membentuk lubang-

lubang yang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi secara terus

sehingga menyebabkan suhu meningkat. Salah satu daripada penyumbang kepada penipisan

lapisan ozon bumi ialah penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa,

penyembur aresol. Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian dan

pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen oksida turut menyumbang kepada

penipisan lapisan ozon. Aktiviti pembalakan yang beterusan juga rnenyebabkan kandungan

karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

KESAN-KESAN PERUBAHAN IKLIM

Kesan yang paling ketara akibat daripada perubahan iklim ialah kejadian bencana alam yang

semakin menjadi-jadi. Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut

kerana pencairan ais di kutub-kutub bumi, peningkatan suhu persekitaran dan kadar taburan

hujan yang tidak menentu merupakan antara kesan daripada perubahan iklim. Suhu bumi

yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar

berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas.

Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara

bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka. Keadaan

Page 6: Bumi Dan Angkasa OUM

cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan kejadian bencana.

Pengerusi Program Warga Hijau Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei

Aik berkata, perubahan iklim merupakan cabaran utama dan isu sejagat yang harus ditangani

bersama. “Walaupun ianya tidak terpencil, Pulau Pinang masih terdedah kepada perubahan

iklim, bencana alam sekitar dan risiko ancaman kerana dikelilingi laut,” ujar beliau pada

Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 anjuran Penang Green Council (PGC).

Contoh terbaik ialah kejadian bencana banjir kilat yang melanda Pulau Pinang pada

September 2014 akibat hujan lebat berterusan selama lebih daripada tiga jam telah

menyebabkan paras air naik sehingga hampir setengah meter.

Kesan yang kedua ialah gangguan sumber air semula jadi. Pembangunan pesat, proses

urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap sumber air terutamanya bagi

sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi rumah. Perubahan iklim telah

mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaitu Malaysia mengalami peningkatan taburan

hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan taburan hujan bermakna Malaysia terdedah

kepada fenomena banjir yang mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan

kehilangan nyawa. Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan

yang mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor pertanian

dan industri. Masalah kemarau juga berkait rapat dengan pengurangan sumber air. Apabila

berlaku pembangunan tidak terkawal dan berterusan, seperti hutan atau kawasan bukit yang

menjadi kawasan tadahan air semula jadi digondolkan, ia akan menjejaskan bekalan sumber

air semula jadi bawah tanah yang akan menjadi mata air dan mengalir ke sungai. Kawasan

hutan dan bukit ditarah menyebabkan masalah kekurangan sumber air di negara ini menjadi

bertambah kronik pada musim kemarau. Kemarau di Malaysia hari ini menyebabkan air di

kawasan empangan mengering dengan cepat. Ia disebabkan banyak kawasan tadahan air

khasnya kawasan hutan asli dan bukit yang menjadi sumber bekalan air bawah tanah ditarah

atau dimajukan sama ada dijadikan kawasan pertanian atau penempatan.

Page 7: Bumi Dan Angkasa OUM

Rajah 1: Keadaan di sekitar Pulau Pinang semasa musim kemarau pada Februari 2014

Seterusnya, kesan perubahan iklim juga sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi

negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya

dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan

serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat. Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam

negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana

alam dan persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan

negara berhadapan dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di

negara ini. Perubahan iklim turut mengakibatkan penurunan dalam pengeluaran hasil

pertanian dan perikanan di Pulau Pinang khasnya. Jadual 2 di bawah jelas menunjukkan

bahawa guna tanah untuk tujuan pertanian di Pulau Pinang telah semakin menurun sejak

tahun 2009 hinggalah tahun 2013. Jadual 3 pula menunjukkan bahawa hasil perikanan di

Pulau Pinang juga telah menurun sejak tahun 2009 sehingga tahun 2013. Penurunan dilihat

berlaku dengan mendadak apabila hasil negeri yang bernilai RM116,345.00 pada tahun 2009

telah menurun kepada RM76,477.00 pada tahun 2013. Meskipun perubahan iklim tidak

dilihat sebagai satu-satunya punca berlaku penurunan ini, ia tetap merupakan salah satu

faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku kerana keadaan persekitaran yang mula

berubah dan kurang sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu seperti koko, tanaman kontan dan

tanaman rempah. Selain itu, perubahan iklim juga berkemungkinan telah mengganggu

ekosistem laut di sekitar perairan Pulau Pinang.

Page 8: Bumi Dan Angkasa OUM

Jadual 2: Guna tanah pertanian mengikut tanaman di Pulau Pinang (2009-2013)

Jadual 3: Hasil perikanan mengikut daerah di Pulau Pinang (2009-2013)

Selain daripada itu, perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam

keselamatan dan kesihatan penduduk setempat. Menurut World Health Organization (WHO),

perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000

kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Walaupun negara tidak terkesan secara jelas,

namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa

manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit

katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan

iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan

pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Kesan cuaca panas sebenarnya amat

Page 9: Bumi Dan Angkasa OUM

kritikal. Seseorang yang terdedah kepada suhu panas yang melampau mungkin terdedah

kepada risiko keletihan dan strok haba. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di

beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami

heatstroke atau strok haba yang boleh mengakibatkan kematian.

Kesan daripada perubahan iklim juga mengganggu ekosistem yang ada. Peningkatan

aras laut mampu menghasilkan ombak dan gelombang yang mengancam persisiran pantai dan

struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan

kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik. Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara

turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram,

pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan

antara kegiatan yang menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi

pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai

perangkap dan pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada

ekosistem menyebabkan bencana. Bukan itu sahaja, perubahan iklim ini juga telah memberi

kesan yang ketara kepada penigkatan paras air laut di seluruh dunia, pencairan glasier di

kutub, perubahan bentuk pemendapan dan meningkatnya peristiwa kejadian suhu melampau.

Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim seluruh bumi terganggu. Apa yang

lebih membimbangkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam jangkamasa yang singkat ini

akan menimbulkan masalah kepada kebanyakan spesies hidupan untuk menyesuaikan diri

dan sekaligus akan memberi masa depan yang suram kepada nasib biodiversiti kita.

Rajah 2: Suasana di kawasan Gelugor pada April 2014 yang seperti musim bunga

Selain itu juga, kegiatan harian dan penempatan manusia juga turut terganggu.

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan

kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam

seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak

Page 10: Bumi Dan Angkasa OUM

langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka. Penempatan

penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang

mungkin akan menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak

mustahil akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada

peta Malaysia dalam tempoh 50 tahun akan datang.

KESIMPULAN

Tuntasnya, tidak dinafikan bahawa kesedaran masyarakat tempatan terhadap isu perubahan

iklim dan impaknya kepada kehidupan manusia pada hari ini serta pada masa akan datang

boleh dikatakan masih rendah atas pelbagai faktor. Antaranya, masyarakat tempatan tidak

didedahkan dengan kesan perubahan iklim secara meluas dan kurang mengambil berat

terhadap hal ehwal mengenai alam sekitar di samping mempunyai persepsi bencana alam

berskala besar tidak mungkin berlaku di Malaysia seperti dialami banyak negara lain di

dunia. Alasannya, Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik. Hakikatnya, sama ada

disedari atau tidak, iklim yang melitupi Malaysia sebenarnya sudah mengalami perubahan

yang mana telah memberikan kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada cuaca

serta alam sekitar di negara ini.

(2701 patah perkataan)

RUJUKAN

Iklim Malaysia. (n.d.). Retrieved from Laman Web Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia:

http://www.met.gov.my/index.php?

option=com_content&task=view&id=75&Itemid=1089

Noorazuan Md Hashim (2010). Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek

dayahuni bandar di Malaysia. Bangi: GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of

Society and Space 6 Issue 2 (72-88).

Norshahida Yusoff (2014, Jun 16). Masyarakat perlu cakna isu alam sekitar sejagat.

Retrieved from Buletin Mutiara: http://www.buletinmutiara.com/masyarakat-perlu-

cakna-isu-alam-sekitar-sejagat/

Page 11: Bumi Dan Angkasa OUM

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin (n.d.). Ancaman Terhadap Biodiversiti. Retrieved from

Laman Web Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia: http://www.ikim.gov.my/

index.php/ms/artikel/7619-ancaman-terhadap-biodiversiti

Siti Fadzilatulhusni Mohd Sani dan Main Rindam (2011). Analisis taburan hujan dan

impaknya kepada sumber air di Pulau Pinang. Pulau Pinang: GEOGRAFIA

Online Malaysia Journal of Society and Space 7 Issue 1 (65-75).

Siti Paujiah dan Yusri Ab. Malik. (1995). Iklim. Petaling Jaya: Penerbit Setiamas.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang: http://www.penang.gov.my/index.php/2013-03-

16-04-43-10/2013-03-25-03-08-13/2013-03-25-03-09-51