BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang...

8
Januari 2019. Bil. 1/2019 .. BULETIN PERDANA Pejabat Perdana Menteri KUALA LUMPUR, 28 Jan 2019 Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mo- hamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam. “Saya mohon kepada mereka yang ber- simpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. Keganasan bukanlah satu jawa- pan. Satu Strategi yang betul diperlu- kan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber- tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat keti- dakadilan dan penindasan yang dilaku- kan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun dikritik oleh mereka yang ber- cakap mengenai kebebasan dari ketida- kadilan dan ‘kedaulatan undang-undang’. “Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong kosong,” kata Perdana Menteri. [ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ] Sumber: BERNAMA Israel Negara Penjenayah yang Perlu Dikecam - PM 3 Nov : Pelancaran Gaya Hidup Aktif “When Active, Living Kicks!” 20 Nov: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ke- bangsaan Tahun 1440H 21 Nov: Lawatan Rasmi Perdana Menteri Pakistan 1 Dis: Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had di KL Sentral 4 Dis: Malaysia Car of the Year Award (COTY) 6 Dis: Lawatan Kerja Emir Qatar 7 Dis: Pertemuan Khas bersama Pasukan Harimau Malaya (Piala AFF Suzuki 2018) 9 Dis: Wacana Ilmu Ahli Jemaah Menteri dan Timba- lan Menteri Malaysia 10 Dis: Konvensyen Pemerkasaan PBT Malaysia 17 Dis: MIGHT Consultation 2018 8 Jan : Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil. 1 / 2019 10 Jan : Mengadap DYMM Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor 11 Jan : Kunjungan Hormat oleh Ahli Majlis Tertinggi MCCBCHST 12 Jan : Kunjungan Hormat Bekas Pengerusi Pres- idensi Bosnia-Hezergovina 14 Jan : Perhimpunan Bulanan JPM 17 Jan : Lawatan Kerja ke Senegal 22 Jan : “15 Years of the United Nations Convention against Corruption, Accomplishments and Prospects” at Vienna, Austria . November 2018 . . Disember 2018 . . Januari 2019 . AKTIVITI RASMI TUN DR MAHATHIR Imbasan Kembali www.facebook.com/TunDrMahathir @chedetofficial @chedetofficial www.pmo.gov.my Emelkan aduan atau cadangan anda di [email protected]

Transcript of BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang...

Page 1: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

Januari 2019. Bil. 1/2019 ..

BULETIN PERDANAPejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 28 Jan 2019 – Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mo-hamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.

“Saya mohon kepada mereka yang ber-simpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. Keganasan bukanlah satu jawa-pan. Satu Strategi yang betul diperlu-kan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya hari ini.

Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat keti-dakadilan dan penindasan yang dilaku-

kan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun dikritik oleh mereka yang ber-cakap mengenai kebebasan dari ketida-kadilan dan ‘kedaulatan undang-undang’.

“Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong kosong,” kata

Perdana Menteri.

[ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]Sumber: BERNAMA

Israel Negara Penjenayah yang Perlu Dikecam - PM

3 Nov : Pelancaran Gaya Hidup Aktif “When Active, Living Kicks!” 20 Nov: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ke-bangsaan Tahun 1440H21 Nov: Lawatan Rasmi Perdana Menteri Pakistan

1 Dis: Pelancaran Pas Perjalanan Tanpa Had di KL Sentral4 Dis: Malaysia Car of the Year Award (COTY)6 Dis: Lawatan Kerja Emir Qatar7 Dis: Pertemuan Khas bersama Pasukan Harimau Malaya (Piala AFF Suzuki 2018)9 Dis: Wacana Ilmu Ahli Jemaah Menteri dan Timba-lan Menteri Malaysia10 Dis: Konvensyen Pemerkasaan PBT Malaysia17 Dis: MIGHT Consultation 2018

8 Jan : Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil. 1 / 201910 Jan : Mengadap DYMM Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor11 Jan : Kunjungan Hormat oleh Ahli Majlis Tertinggi MCCBCHST12 Jan : Kunjungan Hormat Bekas Pengerusi Pres-idensi Bosnia-Hezergovina14 Jan : Perhimpunan Bulanan JPM17 Jan : Lawatan Kerja ke Senegal22 Jan : “15 Years of the United Nations Convention against Corruption, Accomplishments and Prospects” at Vienna, Austria

. November 2018 .

. Disember 2018 .

. Januari 2019 .

AKTIVITI RASMI TUN DR MAHATHIRImbasan Kembali

www.facebook.com/TunDrMahathir

@chedetofficial

@chedetofficial

www.pmo.gov.my

Emelkan aduan atau cadangan anda di [email protected]

Page 2: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

2 Buletin Perdana • Januari 2019 • Bil 1/2019

KUALA LUMPUR, 29 Jan 2019 (Bernama) -- Usaha kerajaan membangunkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) adalah bagi mencapai aspirasi supaya Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, kebanyakan rakyat Malaysia merasa mual dengan kejadian rasuah yang berleluasa dalam negara melibatkan kerajaan, digelar sebagai sebuah kleptokrasi di peringkat antarabangsa.

“Mereka menyalurkan kemarahan melalui peti undi yang membawa kepada perubahan ker-ajaan, menumbangkan parti/gabungan yang memerintah negara sejak kemerdekaan. Oleh itu, penting bagi kerajaan baharu untuk sentiasa diingatkan bahawa satu-satunya isu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan

yang berusia 61 tahun itu adalah amalan ra-suahnya,” katanya menerusi pernyataan visi dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan hari ini. [ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]Sumber: BERNAMA

GAMBAR KENANGAN BERSAMA TUN..

KATA-KATA HIKMAH

“Untuk perjuangan yang mulia ini, berkorban-lah apa sahaja. Hasil pengorbanan kita akan dihargai oleh anak cucu kita. Akan ber-katalah mereka, jika tidak kerana pengor-banan oleh kita, maka tertinggallah mere-ka di pinggir hutan, miskin papa di tanah air mereka sendiri.”

PM Mahu Malaysia Dikenali Kerana Integriti, Bukan Rasuah

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bergambar dengan murid-murid SK Taman Bukit Maluri selepas Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 di PICC.

Berminat untuk gambar kenangan anda bersama Perdana Menteri Malaysia di-siarkan di dalam Buletin Perdana? Sila kirimkan gambar anda di alamat emel [email protected]. Gambar yang terpilih akan disiarkan pada edisi akan datang.

-Dr. Mahathir, Majlis Perasmian Perhimpunan Agung

Tahunan Parti Bersatu Kali Kedua

2018, PICC, Putrajaya,

29 Disember 2018-

Page 3: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

3 Buletin Perdana • Januari 2019 • Bil 1/2019

Peranan Media Dalam Era Kerajaan Pakatan Harapan

Oleh: A. Kadir Jasin

SALAH satu teori komunikasi yang penting tetapi jarang disebut adalah apa yang diungkapkan dalam bahasa Inggeris sebagai “the medium is the message”.

Teori ini dikemukakan oleh ahli falsafah dan guru kewartawanan Kanada, Hebert Marshall McLuhan (1911-1980) pada tahun 1964.

Pada masa yang sama, setelah me-lihat perkembangan pesat dunia komu-nikasi dan media selepas Perang Dunia Kedua, beliau meramalkan yang ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan menyempitkan dunia menjadi se-buah kampung global (Global Village).

Di negara kita, ICT mendapat anjakan be-sar apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika menjadi Perdana Menteri pusingan pertama, memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 12 Februari 1996 sebagai sebahagian daripada inisiatif Wa-wasan 2020.

Teori “the medium is the message” ini amat relevan kepada setiap orang, sama ada untuk komunikasi peribadi apatah lagi komunikasi rasmi.

Diterjemahkan secara literal, “the medium is the message” bermaksud medium atau perantara itu adalah mesej. Dalam bahasa mudah, McLuhan bermaksud untuk men-gatakan bahawa medium atau perantara itu sendiri menyimpulkan maklumat atau pesanan yang disampaikan.

Contohnya, apabila kita menyebut nama sesebuah akhbar atau stesen televisyen, kita secara rambang boleh mengaitkan-nya dengan seseorang, sesebuah parti politik atau ideologi.

Maka dalam konteks yang sama, orang ramai akan secara spontan mengaitkan kakitangan kerajaan dengan kerajaan yang diwakilinya. Jadi kalau orang itu diyakini maka kerajaan yang diwakilinya akan turut diyakini.

Begitu jugalah sebaliknya. Kalau kerajaan tidak diyakini maka orang yang mewakilin-ya juga tidak diyakini.

Pertalian di antara kerajaan dengan kaki-tangannya bolehlah kita umpamakan den-gan aur dan tebing, saling sokong men-yokong.

KOMUNIKASI MALAYSIA BARU

Kerajaan Pakatan Harapan telah menjan-jikan kebebasan yang lebih luas kepada media massa sebagai sebahagian dari-pada hak bersuara dan menyatakan per-asaan.

Antaranya, kerajaan berjanji memansuh-kan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menyemak semula semua undang-undang berkaitan media dan meningkat-kan kebebasan serta profesionalisme Ra-dio Televisyen Malaysia serta Bernama.

Dengan itu kebebasan menjadi lebih lebar, komunikasi digital bertambah pantas, kos langganan semakin murah dan percambahan

platform media sosial tidak berhenti menawarkan kita peluang berkomunikasi yang lebih besar.

Tetapi seperti yang telah kita alami dan fahami, kewujudan peluang yang hampir tidak terbatas itu datang bersama-sama cabaran yang tidak kurang pula besarnya. Hari ini ruang berkomunikasi hampir-ham-pir tidak boleh dikawal lagi. Hatta hendak menyelia pun sukar.

Dalam persekitaran komunikasi dan me-dia tanpa sempadan ini, tidak kira jawatan apa pun yang kita pegang atau tugas apa yang kita lakukan, kita tidak dapat lari dari-pada komunikasi dan media.

Sama ada komunikasi itu kita lakukan se-cara peribadi atau rasmi ia akan menjadi sebahagian penting daripada kemajuan dan keberkesanan kerjaya kita.

Orang akan mengukur kita daripada cara

dan kemampuan kita berkomunikasi sama ada

secara lisan mahupun bertulis.

Ada orang dilahirkan dengan kemampuan komunikasi secara semula jadi manakala yang lain perlu belajar untuk menguasai kebolehan itu.

Penulis Tamu

Page 4: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

4 Buletin Perdana • Januari 2019 • Bil 1/2019

BERFIKIR DAN BERKOMU-NIKASI

Akan tetapi, sama ada seseorang itu di-lahirkan dengan bakat komunikasi yang tinggi atau tidak, kemampuannya berhu-jah dan berartikulasi bergantung kepada ilmu yang ada padanya.

Untuk berhujah dan berartikulasi secara berkesan kita perlu ada ilmu. Dan untuk menjadi orang yang berilmu kita mestilah rajin belajar daripada orang yang pakar, banyak membaca, menyelidik dan berfikir.

Kita di Malaysia amat bernasib baik kera-na untuk satu tempoh yang agak lama kita mempunyai ikon komunikasi yang sangat hebat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya tidak salah kita jadikan cara Dr Mahathir berkomunikasi sebagai acuan komunikasi massa yang produktif dan berkesan.

Apa yang membezakan Dr Mahathir dari-pada banyak pemimpin tanah air dan du-nia yang lain adalah beliau rajin memba-ca, berfikir dan berartikulasi.

Bagi saya inilah petua berkomunikasi ter-baik, iaitu kita membaca, memahami apa yang kita baca dan berkongsi ilmu yang kita peroleh dengan orang ramai dalam bahasa yang mudah mereka faham.

Kalau tidak membaca, mengkaji dan memerhati kita tidak boleh berfikir dan ka-lau kita tidak boleh berfikir kita tidak akan boleh berhujah dengan meyakinkan.

Maka dalam konteks itu Dr Mahathir lebih berupa seorang pemikir daripada ahli poli-tik biasa. Dan inilah yang membezakan beliau daripada pemimpin lain.

Jadi saya cadangkan kepada pembaca sekalian, khususnya pentadbir-pentadbir muda agar menjadikan amalan membaca, menyelidik, berfikir dan berhujah sebagai budaya dalam era Malaysia Baru ini.

Dr Mahathir mula menulis secara serius ketika berusia 21 tahun dan tulisannya mendapat pengiktirafan sehingga disiar-kan di dalam akhbar The Straits Times, Singapura mulai tahun 1946.

Artikel pertama beliau disiarkan pada 20 Julai 1947 bertajuk “Malay Women Em-power Themselves” (Wanita Melayu Beru-saha Berdikari). Ertinya sudah lebih 70 ta-hun beliau cergas dalam dunia penulisan dan penghujahan.

Selain itu, Dr Mahathir berjaya sebagai seorang komunikator sepanjang zaman kerana beliau bukan sahaja mahir berar-tikulasi tetapi juga kerana beliau berani menggunakan apa saja saluran teknologi untuk berkomunikasi dengan khalay-aknya.

Wallahuaklam.

Biodata Ringkas YBhg Datuk Abdul Kadir Jasin

Kelahiran : 23 August 1947;Kota Star, Kedah

Gelaran : Tukang cerita ‘versatile’

Karier awal bermula pada pada tahun 1969

sebagai pemberita kadet di Pertubuhan

Berita Nasional Malaysia (Bernama)

Jawatan yang pernah disandang :

1. Ketua Editor Majalah, Berita Publishing

Sdn Bhd

2. Ketua Pengarang Kumpulan NST Sdn

Bhd

Penulisan/ Karya :

1. Penulis kolum “Other Thots” dalam ma-

jalah Malaysian Business

2. Water Magic: Healing Bath Recopes for

the Body Spirit and Soul” (1995)

3. Biar Putih Tulang: Kunta Kunte (1998),

4. Other Thots – Opinions & Observations

1992-2001 (2001)

5. The Wings of an Eagle: A tribute to Dato’

Seri Dr. Mahathir Mohamad (2003)

6. Mencari Dugalia Huso (2006)

7. Damned That Thots (2006)

8. Blogger ‘The Scribe’ (2006)

9. PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008)

10. Komedi & Tragedi-Latest in Contempo-

rary Malaysian Politics (2009)

11. Membangun Bangsa dengan Pena

(2009)

12. Penterjemah buku tulisan Tun Dr Maha-

thir, “Doctor In The House” kepada bahasa

Melayu iaitu bertajuk “Doktor Umum”

Anugerah : Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

Rujukan :

1. https://kadirjasin.blogspot.com

2. https://www.mstar.com.my/lokal/sema-

sa/2012/07/17/kadir-jasin-tokoh-wartawan-

negara-2011/#hcdaeooQSXG3G1Jq.99

Page 5: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

5 Buletin Perdana • Januari 2019 • Bil 1/2019

Tahun Baharu, Malaysia Baharu dan Jiwa Baharu

Negara Malaysia telah menempuh tahun 2018 dengan pelbagai cabaran. Dalam masa 365 hari, banyak peristiwa yang telah berlaku, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Sebagai permulaan, marilah kita mengambil segala kejayaan dan kegagalan tersebut sebagai pengajaran. Ini kerana pengajaran mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik.

Detik 9 Mei 2018 telah menyaksikan rakyat membuka lembaran baharu dalam sejarah. Buat pertama kali rakyat telah menuntut perubahan. Ini satu perkara yang amat asing kepada negara apabila mandat telah diberikan kepada kerajaan baharu untuk mengambil-alih pentadbiran dan mencorakkan masa depan negara. Syukur kepada Tuhan, peralihan kuasa tersebut berlaku dengan aman dan tersusun, ini juga satu sejarah. Dunia telah menyaksikan amalan demokrasi berparlimen ditegakkan dengan tenteram dan sentosa di Malaysia.

Tetapi, perubahan bukan hanya berakhir di tarikh itu. Ia hanya satu detik permulaan untuk menjadikan negara kita lebih baik dan kembali berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.

Kini, terdapat usaha-usaha yang amat ketara untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul, kearah sebuah negara maju untuk semua lapisan masyarakat. Tetapi perlu diingat pembinaan Malaysia baharu ini tidak akan tercapai dalam masa yang singkat. Ia perlu hadir dengan usaha keras semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi penjawat awam.

Tahun Baharu, Malaysia Baharu dan Jiwa Baharu.

Ketiga-tiga perkara ini tidak akan mempunyai nilai jika tiadanya kesungguhan dan semangat bekerja yang baharu. Kita sering mendengar frasa kerja adalah satu ibadah. Bayangkan, jika frasa ini bukan setakat frasa tetapi turut diikuti dengan penghayatan dan amalan, betapa majunya negara dan diri kita di masa akan datang.

Perlu diingat semangat bekerja kuat itu perlu didampingi dengan semangat mendalami arus perubahan teknologi, automasi dan robotik yang kini mencakupi dalam segala urusan hidup kita. Penjawat awam, jika tidak mengadaptasi ‘permasalahan’ ini dengan baik, akan mengakibatkan diri mereka ketinggalan dan menjadi kurang relevan di mata masyarakat.

Selain itu, perlunya usaha segera untuk menghapuskan pertindihan kerja, mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, prosedur dan proses kerja berbantukan teknologi terkini.

Dengan adanya semangat, etika kerja dan penyesuaian teknologi dalam kerja sedemikian, negara kita akan sentiasa bersedia mendepani apa bentuk cabaran sekalipun. Perubahan dan semangat inilah yang akan meningkatkan integriti dan akauntabiliti ke arah mencapai satu sistem tadbir urus terbaik sekaligus mewarnai masa hadapan negara yang kita cintai ini.

“Selagi boleh bercakap, saya bercakaplah tentang

negara ini. Dah 93 (tahun) dah, tak berapa banyak (umur) lagi dah tinggal. Nak buat kerja

sampai mati (KSM). Itu bintang yang saya minati” - Tun Dr Mahathir,

Sungai Koyan, Cameron Highlands, 25 Januari 2019

Muhammad Razlan bin Rashid Ali Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri

Page 6: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

6 Buletin Perdana • Januari 2019 • Bil 1/2019

Page 7: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

Semasa mereka masih muda, mereka hendaklah diberitahu bahawa RASUAH ADALAH SATU JENAYAH.

Itulah pertahanan terbaik bagi memerangi rasuah.

ANDA MEMBESAR UNTUK MENOLAK RASUAH,

Barulah MASYARAKAT MENJADI LEBIH BAIK.

“Tun Dr Mahathir Mohamad,

7 November 2018, Sesi Dialog di Toyo University, Tokyo, Jepun

Page 8: BULETIN PERDANA - pmo.gov.my · dalam satu posting di blognya hari ini. Dalam satu tulisan yang agak keras ber-tajuk ‘A Genocidal State’, Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat

Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya,

MALAYSIA.