BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem...
Transcript of BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016 - moe.gov.my Integriti... · yang boleh menjejaskan sistem...
Perpaduan Teras
Utama Dasar Negara
“
”
Integriti dan Keselamatan Dokumen
BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2016
Terbitan: Unit Integriti
Keselamatan; Isu Yang Tiada Penghujung
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT Nazli Rasyid bin Haji Sulong
PENYELARAS / PENGARANG Abdul Majid bin Abdul Rahim
Shahriman bin Ali Pitchay
Mustapa bin Daud
Mohd Rafee bin Mohamad
Sharifah Nurshafazillah binti Rosli
Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad
Wan Muhamad bin Wan Junoh
Burhanuddin bin Mahmud
Nurul Dalila binti Daud
ALAMAT: Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 dan 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88847999
03-88847922
http://www.moe.gov.my
Buletin diterbitkan oleh Unit Integriti KPM dan
sebarang pandangan serta cadangan adalah
dialu-alukan.
INFO
Tahukah Anda
1
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
Nazli Rasyid bin Haji Sulong
PENYELARAS PENGARANG
Abdul Majid bin Abdul Rahim Shahriman bin Ali Pitchay
Mustapa bin Daud Mohd Rafee bin Mohamad
Sharifah Nurshafazillah binti Rosli Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad
Wan Muhamad bin Wan Junoh Burhanuddin bin Mahmud
Nurul Dalila binti Daud
Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 dan 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03 - 8884 7999
03 - 8884 7922
http://www.moe.gov.my
Buletin ini diterbitkan oleh Unit Integriti KPM dan sebarang pandangan serta cadangan adalah dialu-alukan.
Seorang penjawat awam secara rasminya adalah
terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang wajib
dipatuhi. Lampiran D iaitu Perakuan Untuk
Ditandatangani Oleh Penjawat Awam Berkenaan
Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 telah menyatakan
bahawa penjawat awam tidak boleh
membocorkan, menyiarkan atau
menyampaikan maklumat rasmi sama ada secara lisan atau bertulis kepada sesiapa jua
dalam apa jua bentuk kecuali bagi tugas rasmi.
I N T E G R I T I D A N
K E S E L A M A T A N D O K U M E N
Sering kali kita mendengar mengenai isu
kebocoran maklumat di jabatan dan
agensi kerajaan. Mengapa isu ini berlaku? Adakah
kerana kurangnya rasa integriti dalam kalangan
penjawat awam?
Keselamatan negara dan kerahsiaan kerajaan yang
sepatutnya perlu dijaga agar tidak terlepas ke
tangan musuh kini boleh didedahkan begitu sahaja
tanpa rasa bersalah oleh pihak-pihak tertentu melalui
pelbagai cara. Kebiasaannya, kebocoran maklumat
boleh berpunca daripada penjawat awam sendiri,
badan bukan kerajaan, pengintip dan badan politik
yang boleh menjejaskan sistem pertahanan,
keselamatan, perdagangan, hubungan antarabangsa
serta memberi impak negatif terhadap pengurusan
kerajaan.
Sebanyak 4 kes kebocoran maklumat direkodkan
pada tahun 2015 iaitu 1 kes berlaku di laman sosial
serta 3 kes di laman web dan blog. Pada tahun
2014, terdapat 15 kes kebocoran maklumat iaitu
sebanyak 8 kes berlaku di laman sosial, 3 kes di
laman web dan blog, serta 4 kes melalui kenyataan
media.
Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan,
Nik Azlan Abas menyatakan bahawa Arahan
Keselamatan bagi jabatan
kerajaan akan dipinda dalam
usaha mendidik penjawat awam
melindungi data-data dan
maklumat sulit kerajaan bagi
menangani kebocoran maklumat rahsia di laman-
laman sosial. Lebih 180 arahan akan dimuatkan
berbanding 95 arahan pada masa ini dengan
menekankan kepada bab lima dan enam yang
melibatkan keselamatan siber.
Oleh: Nurul Dalila binti Daud, UI KPM
2
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/arahan-keselamatan-
dipinda-8232-tangani-kebocoran-rahsia-kerajaan-1.134479
Keselamatan dokumen bermaksud
kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen
rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran.
Peringkat atau pengelasan dokumen dan maklumat
Rahsia Rasmi Kerajaan terdiri daripada Rahsia, Rahsia
Besar, Sulit dan Terhad. Pengurusan dan kawalan
keselamatan dokumen terperingkat meliputi menerima,
memproses, menyimpan dan menghantar.
Dokumen haruslah disimpan di dalam tempat yang
selamat dan berkunci mengikut kategori pengelasannya.
Dokumen Terperingkat termasuk buangan, draf, bahan-
bahan lain, disket, filem, pelan dan sebagainya
hendaklah dirincih atau dibakar di tempat yang
dibenarkan dan selamat sekiranya ingin dimusnahkan.
Bagi memastikan keselamatan dokumen dijaga dengan
baik, kerajaan wajar mengubal semula undang-undang
supaya hukuman ke atas mereka yang membocorkan
atau menjual rahsia kerajaan dikenakan tindakan
setimpal tanpa mengira pangkat dan jawatan individu
yang berkenaan.
Dewasa ini, isu keselamatan sering menjadi bualan hangat
dan topik perbincangan masyarakat. Runtuhnya keutuhan
nilai dan berlakunya kebejatan akhlak yang kritikal
mencetuskan pelbagai bentuk isu dan ancaman
keselamatan yang merungsingkan masyarakat.
Ancaman luaran dan dalaman seperti serangan
pengganas, jenayah terancang,
ideologi melampau, ancaman
kimia, ancaman ekonomi dan
jenayah siber merupakan sebahagian daripada
fenomena masa kini yang mendatangkan impak jangka
panjang kepada faktor keselamatan. Lebih menakutkan
lagi apabila pelbagai bentuk ancaman ini telah bertukar
menjadi „satu cara atau trend hidup‟ hingga gagal
dicegah.
Di manakah peranan integriti dalam menangani
fenomena yang semakin meruncing ini? Integriti yang
membawa maksud keutuhan nilai perlu dilihat dengan
lebih holistik dan tidak hanya membabitkan isu rasuah,
penyelewengan atau salah guna kuasa. Integriti sangat
berperanan dalam mengawal dan mengurangkan bahaya,
risiko serta ancaman keselamatan, sama ada terhadap
manusia mahupun sistem.
3
Oleh: Shahriman bin Ali Pitchay, UI KPM
Terdapat beberapa mekanisme dan strategi
yang telah dirintis oleh kerajaan dengan
kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.
Antaranya adalah mekanisme
yang bersifat pencegahan
dan kawalan yang berterusan
berfungsi untuk mengekang sebarang unsur-
unsur yang menyebabkan pelanggaran
integriti.
Mekanisme selanjutnya pula adalah
aktiviti pemulihan bagi yang telah
terjebak dengan pelanggaran integriti.
Pelaksanaan aktiviti pemulihan perlu bersifat
menyeluruh dengan menyentuh dan
menitikberatkan aspek spiritual, emosi, mental
dan fizikal.
Justeru, kedua-dua pendekatan atau
mekanisme ini perlu dipantau pelaksanaannya
dari semasa ke semasa supaya berjalan tanpa
diragui dan berupaya mengekang segala
bentuk pelanggaran integriti serta
ditambahbaik pula aspek kualitinya mengikut
keperluan semasa.
“Runtuhnya keutuhan
nilai dan berlakunya
kebejatan akhlak
yang kritikal
mencetuskan
pelbagai isu dan
ancaman
keselamatan yang
merungsingkan
masyarakat”.
Tidak dapat dinafikan seiring
dengan kedua-dua pendekatan
atau mekanisme tersebut, sasaran
strategik sangat diperlukan
supaya matlamatnya sampai
kepada generasi penerus.
Antara sasarannya adalah
melahirkan modal insan
berintegriti dengan memiliki
pegangan agama yang mantap,
berkeupayaan membudayakan
serta menghayati nilai-nilai luhur
agama dan integriti dalam
kehidupan secara konsisten dan
meningkatkan keberkesanan
sistem penyampaian
perkhidmatan melalui tadbir urus
yang terbaik dan efisyen secara
menyeluruh di segenap peringkat
organisasi.
Walau apapun pendekatan, strategi, pelan atau mekanisme yang disusun atur, ia tetap merupakan satu bentuk
perancangan dan usaha. Akhirnya ia akan berbalik kepada individu tersebut.
Maka di sini tunjangnya adalah memiliki kekuatan ilmu dan
penghayatan agama yang tulen menerusi
pendekatan wasatiyyah (berimbang dan syumul)
dalam segenap bidang kehidupan individu dan masyarakat. Itulah acuannya dalam memastikan isu-isu integriti
dalam konteks keselamatan yang seolah-olah tiada penghujungnya ini sentiasa berada dalam kawalan.
4
Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
KITA TIDAK SERIKKEBANYAKAN daripada RAKYAT MALAYSIA sering menjadi mangsa kes penipuan skim cepat kaya. Itu adalah satu
daripada beratus-ratus contoh penipuan nyata yang akhirnya membawa kepada penyesalan yang tiada guna lagi. Walau
bagaimanapun, mungkin perasaan tidak pernah serik dan tidak mengambil iktibar daripada bermacam-macam kes
penipuan skim cepat kaya yang berlaku sebelum ini menyebabkan ia terus diwarisi hingga ke alaf ini. Mereka mudah
terpengaruh dengan skim tersebut yang hanya dikatakan menjanjikan pulangan wang yang lumayan.
Laporan tentang 7,600 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket skim cepat kaya terbaharu dikenali sebagai Federal
Reserve Chicago Bond. Lebih malang lagi, dilaporkan kira-kira RM90 juta wang milik mereka hangus dalam sekelip mata
dalam tempoh empat bulan. Mereka ini telah dijanjikan pulangan lumayan sehingga menjangkau AS$2 bilion (RM8 bilion)
bagi wang yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat. (Sumber: Utusan Malaysia; 19 Mei 2016).
Beberapa tahun yang lalu, negara juga pernah
digemparkan dengan satu skim cepat kaya dikenali sebagai
Swiss Cash atau Swiss Mutual Fund. Dianggarkan lebih
50,000 pelabur dalam kalangan rakyat Malaysia telah
menjadi mangsa skim berkenaan yang menjanjikan pulangan
wang berganda dalam tempoh 15 bulan.
Tidak dapat dinafikan keadaan itu berlaku disebabkan
“sikap individu yang tamak” dalam mencari kekayaan.
Mereka “suka mengambil jalan mudah” untuk kaya dalam
masa singkat dan di antara jalan mudah adalah dengan
menyertai skim cepat kaya. Mereka langsung tidak
memikirkan kesan serta risiko yang akan dihadapi. Lebih
sadis, bagi Muslim yang dalam fikiran mereka hanyalah duit,
kekayaan dan keuntungan semata-mata, lantas melakukan
pelaburan melalui skim cepat kaya tanpa memikirkan kesan,
halal dan haram di sisi Islam. Adakah penipuan seperti ini
perkara baharu? atau kita tidak serik?
Telah diberi peringatan kepada kita berdasarkan al-Quran
surah al-Munafiqun (ayat 9); yang bermaksud: “Wahai
orang-orang beriman, janganlah harta dan anak-anak
kamu melalaikan kamu daripada mengingat Allah dan
ingatlah sesiapa yang berbuat demikian, maka mereka
itulah orang-orang yang rugi”. Kita telah diingati
(ditegah) dengan kerugian, agar tidak tamak dalam
mengejar harta benda sehingga sanggup melanggar
perintah-Nya. Sedarlah bahawa sesuatu yang tidak
diberkati itu akan membawa kerugian yang amat besar
dipenghujung akhirnya.
Walau bagaimanapun, dengan tidak menafikan apa yang
berlaku itu boleh disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
masyarakat mengenai pelaburan. Mereka mudah
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang menyertai skim cepat
kaya tanpa menyelidik kesahihannya. Selepas menyedari
diri telah ditipu barulah mulai ingin sedar dan menyesal.
Amat malang kerana “sesal ketika itu tiada gunanya lagi”.
Masyarakat yang lebih berhati-hati perlu sedar dengan apa
sahaja yang menjanjikan pulangan menguntungkan
sedangkan hakikatnya umpama “menanam tebu di tepi
bibir”. Jika kita tidak mengetahui atau kurang yakin tentang
sesuatu perkara, jangan segan untuk bertanya dan mintalah
penjelasan dengan mereka yang lebih arif tentangnya.
Justeru, sebagai masyarakat yang bertamadun dan menuju
tahap pemikiran tinggi, seharusnya kita tidak lagi
membiarkan sesuatu perkara
yang kadang-kadang “sangat
mudah diatasi” mempengaruhi
kehidupan. Jangan biarkan
pepatah “sudah terhantuk, baru
tengadah” menjadi teman dalam perjalanan
kehidupan kita. Yakinlah, dengan langkah berjaga-jaga dan
berfikir rasional, sudah tentu (dengan izin-Nya) kita akan
terselamat daripada perkara-perkara yang merugikan diri,
keluarga dan masyarakat.
5
YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Nor Mamat Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM
6
7
UTAMAKAN INTEGRITI SEMASA MEMANDU
Mengikut statistik, pada 2014 sebanyak 6,674 kes kematian
di jalan raya dicatatkan. Berdasarkan statistik ini, berlaku 18
kematian sehari, bermakna setiap 80 minit seorang rakyat
Malaysia terbunuh di jalan raya. Kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) yang melibatkan semua negara, Malaysia
berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian
tertinggi iaitu seorang bagi setiap 100,000 penduduk.
Berdasarkan 25 kematian bagi setiap 100,000 penduduk
tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia
adalah lima kali lebih tinggi berbanding Singapura, Sweden
dan Belanda. Di Indonesia angka kematian hanyalah 17 bagi
setiap 100,000 penduduk. Kemalangan mengakibatkan
ekonomi Malaysia kehilangan kira-kira RM10 bilion tahun lalu
daripada segi kehilangan nyawa dan cedera. Menurut Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),
motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60%
dan 20% kematian di jalan raya. Sementara kadar
kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang
berumur antara 16 hingga 25 tahun.
Senarai sebab yang menyumbang kepada kemalangan
memang banyak. Antara faktor utama ialah tidak mengikut
peraturan jalan raya, tidak menghormati atau tidak
berhemah ketika memandu, khususnya di kawasan
persimpangan, melanggar lampu isyarat, memotong di
selekoh, pemanduan melebihi had laju dibenarkan,
memotong di garisan berkembar, memotong barisan,
menggunakan lorong kecemasan, membaca dan
menghantar mesej malah ada yang memandu tanpa lesen
yang sah. Sesetengah pemandu tidak sabar serta tidak
mempunyai integriti apabila memegang stereng kenderaan
di mana ada yang mahu memotong tanpa memberi isyarat
yang betul. Memecut untuk tiba di destinasi. Pemandu yang
memotong di lorong kecemasan selalunya akan terlibat
dalam kemalangan.
Kajian Kementerian Pengangkutan menunjukkan kira-kira
50% pemandu dan penumpang akan selamat jika
menggunakan atau memakai tali pinggang keledar. Tali
pinggang penumpang belakang boleh menyelamatkan
antara 25% hingga 75% nyawa manakala kerusi kanak-
kanak boleh menyelamatkan sehingga 50%. Kebanyakan
kecelakaan jenis ini dianggarkan terjadi kerana anak-anak
kecil ini didukung oleh ibu bapa dan tidak diletakkan di
kerusi keselamatan kanak-kanak. Menurut statistik MIROS,
pada 2013 sahaja sebanyak 59 bayi berusia kurang
setahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami
akibat kemalangan jalan raya. Meskipun Malaysia
mempunyai undang-undang yang ketat mengenai
pemakaian tali pinggang keselamatan tidak kira bagi
pemandu kereta atau penumpang namun tidak ramai yang
peka mengenai kepentingan kerusi keselamatan kanak-
kanak.
Sebagaimana telah dijelaskan, terdapat banyak punca
yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes
kemalangan jalan raya di negara kita. Justeru, langkah
utama dalam mengurangkan angka kemalangan jalan
raya sudah pastilah dengan mendidik para pemandu
khususnya pemandu pengangkutan awam supaya lebih
berdisiplin dan bersopan-santun ketika memandu. Kerajaan
perlu melihat secara mendalam sukatan ujian memandu.
Ujian pada masa akan datang bukan sahaja harus
memberi tumpuan terhadap aspek perundangan, tetapi
juga sikap ketika memandu. Sistem kita perlu ada aspek
yang boleh menguji kesabaran dan sikap tolak ansur
ketika memandu. Perubahan yang dimaksudkan ini
seharusnya memasukkan sukatan yang menekankan
modul adat, berintegriti, berhemah ketika
di jalan raya dan menghormati peraturan.
Sudah tiba masanya kerajaan mengenakan kadar saman
yang maksimum ke atas mereka yang melakukan
kesalahan lalu lintas. Sistem KEJARA perlu diperkenalkan
semula. Pihak berkuasa perlu bertegas ke
atas pemandu yang melakukan
kesalahan terutama sekali repeat
offenders. Polis Diraja Malaysia sentiasa berusaha
mengambil langkah sewajarnya dalam mengurangkan
kadar kemalangan dan memastikan pengguna jalan raya
sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang jalan
raya. Agensi penguat kuasa termasuk Jabatan
Pengangkutan Jalan perlu bertindak tegas ke atas
pemandu-pemandu yang menghulur rasuah bagi mengelak
diambil tindakan. Langkah ini sudah pasti akan
meningkatkan tahap integriti dan mengelak perlakuan
rasuah. Berkenaan dengan perubahan sikap, setiap
pemandu perlu merancang perjalanan mereka. Kini kita
hidup di persekitaran pelbagai kemudahan teknologi yang
membolehkan kita merancang perjalanan dengan baik.
Adakah kita menggunakan kelebihan teknologi bagi tujuan
ini?
Oleh: Ahmad Faiz bin Ahmad Fuad, UI KPM
Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/utamakan-integriti-
semasa-memandu-1.115238
8
Ayuh kita menyusur titian masa, Dasar Ekonomi Baru,
cetusan idea Allahyarham Tun Abdul Razak. Hasratnya,
untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih
saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian
dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik dan agama. Dasar
Pembangunan Nasional cetusan idea Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang berfokuskan pembangunan seimbang
dan membawa kepada lahirnya Wawasan 2020 melalui
Dasar Wawasan Negara. Dasar ini, memberi penekanan
kepada pembangunan masyarakat berasaskan
pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara
maju menjelang 2020. Episod bersilih ganti,
diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi
oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Di bawah lembayung Dasar
Transformasi Nasional menerusi Rancangan Malaysia ke
11, lahirnya 6 program utama dengan perpaduan adalah
agendanya.
Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program
Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan
Program Transformasi Fiskal. Hakikatnya, menerusi
rancangan Malaysia, kita tidak pernah leka dan alpa,
sentiasa meletakkan perpaduan sebagai teras pembinaan
Negara. Hari ini, kita mampu tersenyum lebar, kerap
bertanya khabar, berkat rancangan Malaysia yang hebat
ditebar, rakyat dan Negara berpisah tiada. Bak kata
pepatah, “ibarat telur dua sebandung, pecah sebiji pecah
keduanya”. Sedarlah wahai rakyat semua, Perpaduan
Negara sentiasa diutama terutama dalam pembentukkan
Rancangan Malaysia.
pabila menyebut Bajrangi Baijaan
pasti kita semua tersenyum. Sebuah
filem arahan Salman Khan yang penuh
dengan mesej perpaduan antara agama,
negeri dan dua negara. Teresak-esak kita
tatkala Munni iaitu Syahida pulang ke
pangkuan keluarga dan Pawan pulang ke
negara tercinta. Buktinya, kita masih cintakan
perpaduan.
Beralih pula ke filem Ola Bola yang
mengetengahkan mesej perpaduan dan
patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mendapat jolokan filem pecah panggung, aksi
Ali, Tauke, Muthu dan Ah Cai yang sangat
menyentuh perasaan terutamanya babak
dalam bilik persalinan. Rakyat Malaysia
tersentuh dan berkobar-kobar dalam
memupuk semangat cintakan negara.
Buktinya, kita masih cintakan perpaduan.
Rentetan daripada bukti-bukti inilah, maka
perlu hadir kepada anda untuk kita sama-
sama berbicara dan beralih cerita dalam
maudhu‟ yang sama “Perpaduan Teras Utama
Dasar Negara”.
Perpaduan bukan sahaja
melibatkan perpaduan
kaum, perpaduan bangsa
mahupun perpaduan
agama tetapi juga
perpaduan negeri,
keluarga mahupun negara.
Dalam membina dasar negara sudah ada
tunjangnya. Bagi negara Malaysia Perpaduan
merupakan tunjang utama. Persoalannya,
bagaimanakah yang dikatakan perpaduan
merupakan teras utama dasar negara?
A “Rancangan Malaysia Ke Arah
Mensejahterakan Rakyat”
9
Oleh: Mohd Rafee bin Mohamad, UI KPM
Pragmatik pertama adalah:
Atas dasar perpaduan yang dijadikan teras utama
maka cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mula
dilaksanakan pada kadar 6% bermula 1 April 2015.
Lihat sudah berkerut muka semua. GST dan
perpaduan? Macam tiada kaitan.
Mari kita imbas kembali ketika perjuangan mencapai
kemerdekaan, Tanah Melayu tidak mempunyai
pendapatan. Tunku Abdul Rahman yang mengetuai
Parti Perikatan tetap teguh dan penuh keberanian.
Maka, atas bukti perpaduan penduduk Tanah Melayu
bersatu hati, emas perhiasan ditabur tanpa sangsi,
wang sara hidup seharian dikorbankan tanpa
mengharap ganti, akhirnya belayarlah Tunku untuk
membuat perjanjian hingga terhasil kedamaian yang
kemudian dirasakan. Kini, negara sudah mempunyai
pendapatan. Kejayaan Petronas dengan menyerahkan
royalti kepada negara akhirnya mampu
menggerakkan bajet tahunan untuk anak watan.
Tapi, sedar atau tidak, Disember 2016, dengan
kejatuhan harga minyak. Royalti mewah tidak lagi
dirasa. Negara terduduk seketika, berfikir bagaimana
untuk tidak mengalah dan rakyat tidak merana.
Dengan royalti yang berkurangan GST hadir
membawa bantuan. Akibat kejatuhan harga minyak,
banyak negara yang merana tetapi tidak Malaysia.
Kita masih merasa bantuan rakyat 1 Malaysia,
kenaikan gaji tahunan kali kedua, juga pendidikan
yang dibiaya. Inilah wadah, apabila perpaduan
dijadikan teras utama dalam dasar negara, walau
rakyat tidak sedari, walau watan tidak fahami, tetapi
kerana niat murni kerajaan yang kita cintai, tuhan hadir
menguji dan di bantu dengan kejayaan yang hakiki.
Perpaduan dirai, negara pertiwi.
“Sesungguhnya, bajet yang diangkat kali ini, merupakan
bahagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11.
Bajet ini adalah yang pertama dalam rantaian lima Bajet,
sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi
sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya‟Allah.”
YAB Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan bajet
2016. Melalui peruntukkan RM267 billion, mengangkat 5
tunjang utama. Memperteguh ketahanan ekonomi negara,
meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau,
mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera,
dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Rakyat yang samar penglihatan pemikiran pasti akan
mempersoalkan di mana letaknya perpaduan? Apa yang
kaum cina inginkan? Apa lagi orang melayu perlukan? Apa
yang kaum india harapkan? Sabah untuk Sabahan? Sarawak
untuk Sarawakian? Hakikatnya, bantuan persekolahan, baucer
buku 1 Malaysia, bantuan rakyat 1 Malaysia, perumahan
rakyat 1 Malaysia, khusus untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum dan agama. Klinik Bergerak 1 Malaysia khusus
untuk pendalaman Sarawak dan Sabah, Peruntukkan MARA
khusus untuk Bumiputera, RM115 juta khusus bagi Program
Khas Bumiputera Sarawak dan Sabah. RM100 juta TEKUN
dan RM50 juta SME Bank khusus untuk usahawan kecil India,
RM90 juta pinjaman mikro kredit pula kepada penjaja dan
peniaga kecil kaum Cina, RM300 juta pula tidak dilupa
kepada masyarakat Orang Asli kita. Lihatlah, kerajaan
sentiasa membuktikan, bekerja khusus demi perpaduan, ibarat
“menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung
tidak berselerak”. Akhirnya, rakyat dan negara berpisah
tiada. Perpaduan teras utama bajet tahunan negara.
“Bajet Tahunan Persekutuan
Berpaksikan Rakyat”
10
Kesimpulannya, telah terpacul 1001 langkah dan usaha, inisiatif kerajaan yang berwibawa, peluang dan ruang
yang tersedia khusus untuk perpaduan rakyat tercinta. Seringkali kita dengari, dan kadang kala dari mulut kita
sendiri, apakah sumbangan kerajaan kepada kita? Ke mana pergi wang kita? Apa yang layak kita terima?
Tetapi, tepuklah dada tanyalah minda, apakah sumbangan kita kepada negara? Cukup
sekadar kita sama-sama berusaha, rakyat dan pemimpin bersatu usaha agar tercapai hasrat negara ibarat
“rentak sedegam langkah sepijak”. Diolah berdasarkan karya asal Teks Pidato 1 Malaysia Mohd Rafee bin Mohamad, UI KPM
11