Buku Peraturan Sekolah) (1)

63
Nama Murid : ……………………………………………………………… Alamat Rumah : ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ……………………………………………………………… No. Tel (Rumah) : ……………………………………………………………… Nama Ibu : ……………………………………………………………… Bapa : ……………………………………………………………… Penjaga : ……………………………………………………………... No Tel Bimbit : ……………………………………………………………… E-mel ibu bapa : ……………………………………………………………… 1 GAMBAR

description

Peraturan sekolah

Transcript of Buku Peraturan Sekolah) (1)

GAMBAR

Nama Murid : Alamat Rumah : No. Tel (Rumah) : Nama Ibu : Bapa : Penjaga : ...No Tel Bimbit : E-mel ibu bapa :

IKRAR PELAJAR

Bahawa kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bukit Rahman Putra berikrar akan belajar dengan tekun, berakhlak mulia, berdisiplin, menghormati guru, taat kepada ibu bapa, mengekalkan keharmonian, keindahan, kebersihan sekolah, menjaga harta benda sekolah dan meningkatkan kecemerlangan akademik , sahsiah, dan kokurikulum serta mengharumkan nama sekolah.

RUKUN NEGARAMAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

ETIKA MURID1. Bersedia menerima pelajaran dan pendidikan agar menjadi rakyat yang berguna di samping mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Berdisiplin tinggi, kreatif, inovatif, serius dalam setiap usaha, berkeyakinan tinggi dan berketerampilan.

3. Menghormati ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan ahli masyarakat.

4. Sentiasa menjunjung tinggi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang Negara, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

5. Sentiasa menjaga kesihatan mental dan fizikal agar dapat berbakti kepada sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.

LENCANA SEKOLAH

TIGA JALUR : Pertemuan tiga jalur melambangkan kesatuan dan keharmonian menuju satu wawasan;

BUKU TERBUKA : Sikap suka membaca dan cintakan ilmu pengetahuan untuk kebaikan dunia dan akhirat;

TIGA BULATAN : Kepentingan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum;KOMPUTER : Kecemerlangan ilmu melalui penggunaan sains dan teknologi moden;

KELOPAK BUNGA : Prasarana sekolah yang bersih, ceria dan indah;TAHUN PENUBUHAN : 2001 Masihi, 1412 Hijrah.

BAHAGIAN A1. MAKSUD DISIPLIN

Disiplin bermaksud:

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib.

Kesanggupan menghormati hak individu.

Kesanggupan mengamalkan tindakan yang baik di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong.

Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yangt membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

2. MATLAMAT DISIPLIN SEKOLAH

Matlamat utama disiplin sekolah adalah untuk melahirkan individu (modal insan) yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara. Disiplin diri adalah factor penting dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, harmoni, domokratik, adil, liberal, dan progresif mengikut prinsip-prinsip Rukunegara.BAHAGIAN BPERKARA 1: KEHADIRAN1.1 Semua murid SMK Bukit Rahman Putra diwajibkan hadir ke sekolah pada hari-hari persekolahan.

1.2 Masa persekolahan :- Sesi Pagi : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis : 7.30 pagi 1.10 tengahari Jumaat : 7.30 pagi 12.30 tengahari

Sesi Petang : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis : 1.10 tengahari 6.45 petang Jumaat : 2.15 petang 6.45 petang

1.3 Semua murid dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit lebih awal sebelum waktu pertama bermula untuk menghadiri perhimpunan harian di dataran perhimpunan. Kehadiran melebihi masa yang ditetapkan iaitu 7:20 pagi (Sesi Pagi) dan 1:00 tengahari [Isnin - Khamis] dan 2:05 petang [Jumaat] untuk Sesi Petang akan dianggap lewat. (Rujuk Perkara 3 : LEWAT HADIR)1.4 Murid-murid TIDAK dibenarkan masuk ke kelas, sebelum waktu loceng waktu pertama berbunyi kecuali murid yang bertugas membersih kelas pada hari tersebut atau hari hujan / perhimpunan dibatalkan selepas dimaklumkan oleh guru bertugas mingguan atas arahan pengetua / penyelia petang.

1.5 Murid-murid wajib hadir menjalani aktiviti kokurikulum sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kehadiran mesti dicatat di dalam kad kehadiran kokurikulum

1.6 Murid-murid juga wajib hadir bagi mengikuti sebarang kelas tambahan, Kelas PAFA ,Kelas ganti, Kelas pemulihan, Kelas tuisyen, Kelas tahanan dan kelas/ bengkel persediaan peperiksaan yang diarahkan oleh guru-guru pentadbir sekolah.

1.7 Tindakan disiplin boleh diambil sekiranya murid-murid tidak mematuhi peraturan kehadiran ke sekolah tanpa sebab atau datang lewat atau pulang awal (ponteng) tanpa alasan yang munasabah.

1.8 Murid-murid juga tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada hari-hari bukan persekolahan. Kehadiran untuk tujuan-tujuan tertentu hendaklah bersama-sama dengan guru dan mendapat kebenaran pengetua / guru-guru pentadbir sekolah.

1.9 Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa masuk rakan-rakan luar ke sekolah dan menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah tanpa kebenaran.

1.10 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pengetua / penolong-penolong kanan / penyelia petang / ketua-ketua petang. Permohonan keluar sekolah boleh diperolehi dengan mengisi borang keluar / Balik awal (BKBA) dari pejabat sekolah. Setelah mendapat kebenaran nama murid berkenaan hendaklah dicatatkan oleh guru bertugas mingguan di dalam Buku Catatan Pelajar Balik Awal yang diletakkan di pejabat sekolah. Murid berkenaan juga perlu melaporkan diri di pondok mengawal keselamatan sekolah untuk direkodkan dengan menunjukkan BKBA.]

PERKARA 2: KETIDAKHADIRAN2.1 Bagi murid-murid yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, ibu bapa / penjaga murid mestilah menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti ketidakhadiran ke sekolah atas makluman ibu bapa / penjaga.

2.21 Sakit Mesti ada sijil sakit / surat pengesahan doctor / pegawai perubatan

2.22 Kematian Mesti ada surat pengesahan kematian daripada hospital / balai polis / penghulu / ibu bapa / penjaga.

2.23 Upacara / sebab-sebab tertentu seperti mengikut ibu bapa bercuti / mengerjakan umrah atau Haji atau perkara perkara lain yang munasabah. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah menulis surat permohonan cuti murid kepada Pengetua atau datang sendiri memaklumkan kepada Pengetua / Penyelia Petang / Penolong Kanan HEM Permohonan boleh dibuat lebih awal dari tarikh permohonan cuti. 2.2 Surat makluman ketidakhadiran yang ditandatangani sendiri oleh murid berkenaan tidak akan diterima oleh pihak sekolah.

2.3 Ketidakhadiran tanpa makluman dari ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai PONTENG SEKOLAH.

2.4 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tindakan-tindakan disiplin berikut akan diambil sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Rujukan: Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah, Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, KPM, 1994)

Tindakan DisiplinTidak Hadir Berturut-Turut (Ponteng Sekolah)Tidak Hadir Bukan Berturut-Turut (Ponteng Sekolah)

Amaran Pertama & Kaunseling2 hari berturut-turut (10 mata demerit)Hari ke 10 (10 mata demerit)

Amaran kedua & Kaunseling Perjanjian7 hari selepas amaran pertama (20 mata demerit)10 hari selepas Amaran Pertama(20 mata demerit terkumpul)

Amaran terakhir & Kaunseling7 hari selepas amaran kedua(20 mata demerit)20 hari selepas Amaran Kedua (20 mata demerit)

Buang Sekolah14 hari selepas Amaran Terakhir (50 mata demerit terkumpul)20 hari selepas Amaran Terakhir(50 mata demerit terkumpul)

Jumlah Hari Tidak Hadir31 hari60 hari

2.5 Murid-murid yang diberikan surat amaran juga akan dikenakan mata demerit dan dikehendaki menandatangani Surat Perjanjian (selepas Amaran Kedua) Pemberian mata demerit adalah seperti dalam jadual 1 di atas.PERKARA 3: LEWAT HADIR3.1 Semua murid mesti berada di dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 10 minit lebih awal sebelum masa pertama bermula iaitu 7.20 pagi untuk sesi pagi dan 12.50 tengahari / 2.05 petang (Jumaat) untuk sesi petang.3.2Kehadiran lewat bermaksud murid yang hadir selepas pukul 7.30 pagi (sesi pagi) dan 1.10 tengahari / 2.20 petang (Jumaat) untuk sesi petang. Tindakan disiplin boleh diambil oleh guru yang bertugas ketika itu seperti berikut :3.2.1 Lewat Kali Pertama - Nama direkod di dalam Borang Rekod Kehadiran Lewat (BRKL)

- Mendapatkan Slip Kebenaran Masuk Kelas (SKMK) dari guru Disiplin / Pentadbir di bilik Disiplin.3.2.2 Lewat Kali Kedua - Nama direkod di dalam BRKL / Didenda kerja amal /

- Mendapatkan SKMK dan diberi amaran / surat Pemberitahuan kepada ibu bapa / Penjaga / dikenakan mata penalti.

3.2.3 Lewat kali ketiga - Nama direkod di dalam BRKL / mendapatkan SKMK / rotan atau kerja amal / diberi mata penalti.

3.2.4 Lewat melebihi 3 kali - Nama direkodkan di dalam BRKL / mendapatkan SKMK /

- Dirotan / Diberi mata penalti / dirujuk kepada kaunselor

- Ibu bapa / penjaga diminta menjawab surat tunjuk sebab /

- Dirujuk kepada lembaga disiplin

3.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tidak boleh terus masuk ke kelas. Mereka perlu mendapatkan Slip Kebenaran Masuk Kelas (SKMK) daripada guru yang bertugas di bilik disiplin. Guru matapelajaran dikehendaki meminta murid berkenaan ke bilik disiplin sekiranya ada murid yang lewat dan masuk ke kelas tanpa ada SKMK yang sah.3.4 Murid yang memalsukan / mencuri / menipu tanda tangan guru pada SKMK akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya. SKMK yang sah mesti mengandungi tandatangan dan cop nama guru yang bertugas.PERKARA 4: PERHIMPUNAN4.1 Perhimpunan Harian4.1.1 Semua murid dikehendaki menghadiri perhimpunan setiap hari di dataran ilmu. murid sesi pagi perhimpunan bermula dari 7.20 pagi hingga 7.30 pagi , manakala sesi petang bermula 1.00 tengahari hingga 1.10 tengahari / 2.05-2.20 petang (jumaat).

4.1.2 Murid-murid tidak boleh lewat atau ponteng perhimpunan harian. Mereka dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing.

4.2 Perhimpunan Rasmi (SPI Bil. 23/1996)4.2.1 Perhimpunan rasmi diadakan setiap hari isnin dari jam 7.20 hingga 8.10 pagi bagi sesi pagi, manakala sesi petang bermula pada pukul 6.05 hingga 6.45 petang. Perhimpunan boleh dibatalkan jika hari hujan atas arahan pengetua / Penolong Kanan Petang.

4.2.2 Semua murid wajib menghadiri perhimpunan rasmi. Murid yang lewat atau ponteng perhimpunan akan diambil tindakan.

4.2.3 Murid-murid dikehendaki berbaris dengan luris mengikut kelas yang telah ditetapkan. Murid lelaki berbaris dihadapan manakala murid perempuan dibahagian belakang. Ketua kelas mestilah berdiri di hadapan sekali.

4.2.4 Beg-beg hendaklah diletakkan di sisi sebelah kiri murid.4.2.5 Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau bercakap cakap / bergurau senda / bersorak semasa perhimpunan dan murid-murid dikehendaki memberikan sepenuh perhatian, tertib dan tekun.

4.2.6 Setelah dibenarkan duduk oleh guru-guru yang bertugas, murid-murid dikehendaki mengeluarkan buku harian / buku catatan perhimpunan untuk mencatat perkara-perkara penting yang disampaikan semasa perhimpunan.

4.2.7 Semasa upacara menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu Rasmi Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya, murid-murid mestilah menyanyikan dengan penuh bersemangat patriotik di samping memberi penghormatan kepada bendera kebangsaan, negeri dan sekolah yang sedang dinaikkan, berdiri tegak dan tangan diletakkan di sisi badan dengan lurus.

4.2.8 Murid-murid juga dikehendaki membaca ikrar pelajar dan ikrar Rukun Negara dengan penuh penghayatan dan memahami ikrar tersebut.

4.2.9 Murid-murid yang lewat ke tapak perhimpunan dan ketika itu mendengar lagu-lagu kebesaran sedang dinyanyikan , hendaklah berdiri tegak dan turut sama menyanyi.

4.2.10 Murid-murid yang lewat hadir , tidak dibenarkan masuk ke barisan kelas masing-masing sebaliknya, hendaklah mengambil tempat dibahagia belakang sekali dengan berbaris menghadap ke depan. Nama akan direkodkan dan dendaan yang sewajarnya seperti kerja amal akan dikenakan oleh guru disiplin dan guru bertugas.

4.2.11 Selesai perhimpunan, murid-murid dikehendaki jalan mengikut barisan, masuk ke kelas masing-masing dalam keadaan teratur, senyap dan sopan.

4.2.12 Biasanya, selepas perhimpunan diadakan pemeriksaan kekemasan diri murid. Oleh itu, murid-murid dinasihatkan supaya mereka berada dalam keadaan yang kemas dari segi pakaian dan penampilan diri mereka.

PERKARA 5: PENAMPILAN DIRI MURID, KEKEMASAN DAN KERAPIAN BERPAKAIAN (SPI Bil. 2/1996)

5.1 Peraturan Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983)

5.1.1 Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa berada di kawasan sekolah pada hari-hari persekolahan.

5.1.2 Pakaian Badan Beruniform yang telah dibenarkan oleh pihak sekolah, perlu dipakai pada setiap hari Rabu minggu pertama.

5.2 Pakaian Seragam Murid Lelaki (Tingkatan Peralihan 1, 2, 3, 4 dan 5)

5.2.1 Murid lelaki sekolah ini hendaklah memakai baju kemeja putih berlengan pendek dengan satu poket di sebelah kiri dan bahagian lengan melebihi siku. Rujuk Lampiran A

5.2.2 Baju mesti dibutangkan dengan kemas dan tidak boleh dipakai di luar seluar.

5.2.3 Seluar yang dipakai oleh murid lelaki ialah seluar panjang bewarna hijau kehitam-hitaman (dark olive), potongan biasa. Seluar mestilah labuh. Kaki seluar sekurang kurangnya ke paras buku lali dan tidak boleh dikelepetkan. Lilitan seluar tidak boleh terlalu kecil atau terlalu besar (bell-bottom) iaitu lilitan seluar tidak kurang dari 18 inci atau 46 cm.

5.2.4 Seluar juga tidak boleh diletakkan kocek kecil disisi atau mempunyai butang besi di kocek belakang. Seluar yang dibuat mengikut fesyen yang dilihat tidak sesuai sebagai seorang murid sekolah tidak dibenarkan.

5.2.5 Murid lelaki hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas warna hijau sahaja semasa berada dalam kawasan sekolah.

5.2.6 Murid lelaki yang dilantik menjadi pengawas sekolah/ pengawas pusat sumber / koperasi hendaklah memakai pakaian seragam yang telah dipersetujui oleh pengurusan sekolah. Mereka hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas berwarna hitam sahaja.

5.3 Pakaian Seragam Murid perempuan Tingkatan Peralihan 1, 2, 3, 4 dan 5 (Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983)

5.3.1 Murid-murid perempuan memakai baju kurung teluk belanga kain sarung bewarna biru muda atau turquoise. Lengan baju tidak boleh dilipat dan panjangnya hendaklah sampai ke pergelangan tangan. Rujuk Lampiran A

5.3.2 Kain sarung mestilah dipakai bersama kain dalam. Kain sarung mestilah tidak terlalu labuh atau singkat dan menutup buku lalai sahaja.

5.3.3 Baju kurung yang dipakai mestilah dikancing pada lehernya dan belah baju dileher mestilah tidak melebihi 10 cm panjang. Lengan baju tidak boleh dilipat.

5.3.4 Murid-murid islam yang memakai baju kurung digalakkan memakai tudung atau mini telekung berwarna putih tanpa corak-corak bunga atau manik-manik (tudung kosong). Tudung mestilah menutup sampai ke paras dada, melepasi bahu berbentuk 3 segi dua sama tanpa berkerawang / berbunga-bunga. Anak telekung juga mestilah berwarna putih. Rujuk lampiran B

5.3.5 Murid-murid perempuan yang tidak memakai tudung atau mini telekung mestilah memakai baju dalaman yang panjang (camisole)

5.3.6 Murid perempuan, bukan islam boleh memakai blouse putih berlengan dan pinnafore tunic berwarna biru muda (turquoise) melepasi paras lutut mengikut potongan A. Rujuk Lampiran A

5.3.7 Semua pakaian murid perempuan adalah dari jenis kain kapas.

5.3.8 Murid-murid yang memakai stoking tangan hendaklah berwarna hitam.

5.4 Pemakaian Pakaian Pasukan Beruniform/ Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum (Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 8/2007)

5.4.1 Murid-murid mesti memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu minggu pertama setiap bulan pada waktu persekolahan mengikut peraturan-peraturan pemakaian yang dipersetujui oleh pengurusan sekolah.

5.4.2 Pakaian seragam pasukan badan beruniform tersebut hendaklah yang lengkap.

5.5 Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani Dan Aktiviti / Latihan Sukan / Permainan

5.5.1 Murid lelaki dan perempuan mestilah berseluar panjang / trek hitam / biru tua. Penggunaan seluar sukan yang mempunyai logo SMKBRP yang dijual di koperasi adalah digalakkan.

5.5.2 Baju T PJK berlogo SMKBRP, berlengan panjang atau pendek seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

5.5.3 Murid perempuan digalakkan memakai baju T putih, berlogo SMKBRP berlengan panjang atau yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

5.5.4 Tudung atau mini telekung berwarna putih tidak bersulam / berkerawang.

5.5.5 Murid murid mestilah memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti berkenaan.

5.5.6 Pakaian sukan PJK dibenarkan sepanjang hari sekiranya pada hari tersebut mempunyai mata pelajaran PJK.

5.6 Pakaian Seragam SemasaMenghadiri Kelas Tambahan dan Aktiviti Kokurikulum.

5.6.1 Murid-murid dibenarkan memakai baju T sekolah berlogo SMKBRP atau baju T putih (tanpa gambar dan tulisan) dan seluar trek berwarna hitam atau biru tua / gelap serta berkasut sekolah atau kasut sukan sahaja.

5.6.2 Baju T berkolar yang dicekak dengan dengan nama pasukan atau kelab/ persatuan di bahagian belakang dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri) , hendaklah digunakan sewaktu aktiviti kelab dan persatuan sahaja.

5.7 Pakaian Murid Islam Pada Hari Jumaat

5.7.1 Murid-murid lelaki islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat, berwarna putih danbersamping biru muda serta bersongkok hitam.

5.8 Kasut dan Stokin Sekolah

5.8.1 Kasut kanvas berwarna putih potongan biasa. Kasut potongan tinggi (high cut) , berfesyen tidak dibenarkan. Selipar adalah dilarang sama sekali. Manakala tali kasut tidak dibenarkan dililit.

5.8.2 Murid-murid yang menjalankan aktiviti sukan atau kokurikulum dibenarkan memakai kasut sukan atau kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.

5.8.3 Murid-murid yang dilantik menjadi pengawas sekolah / pusat sumber dan koperasi boleh memakai kasut kanvas / pvc atau kulit berwarna hitam.5.8.4 Kasut kulit hitam yang ditetapkan oleh guru pasukan beruniform, kelab dan persatuan boleh digunakan semasa pemakaian pakaian pasukan beruniform pada setiap hari Rabu.

5.8.5 Murid-murid dibenarkan memakai stokin pendek berwarna putih (tanpa jalur) dan dipakai melebihi buku lali. Pengawas sekolah memakai stokin berwarna hitam.

5.9 Lencana dan Tanda Nama

5.9.1 Murid-murid sekolah ini wajib memakai lencana sekolah dan tanda nama pada baju sekolah masing-masing semasa berada di sekolah, semasa balik dari sekolah , mengikuti rombongan atau menghadiri mana-mana upacara / majlis yang berkaitan dengan pendidikan di bawah anjuran atau kelolaan sekolah.

5.9.2 Murid lelaki dikehendaki melekatkan / menjahit dengan benang putih lencana sekolah atas poket sebelah kiri baju kemeja dan tanda nama pada poket baju. Manakala murid perempuan pula pada sebelah atas kiri pinafore / tudung / mini telekung dan tanda nama berada di bawah lencana.

5.9.3 Nama pada tanda nama murid mestilah merupakan nama sendiri , seperti nama pada kad pengenalan murid. Penggunaan nama ringkas atau nama gelaran adalah dilarang.

5.9.4 Tanda nama juga perlu disemat pada baju sekiranya murid-murid memakai pakaian seragam badan beruniform atau kokurikulum.

5.10 Beg Sekolah

5.10.1 Hanya beg sekolah / beg galas yang sesuai dengan penampilan seorang pelajar sekolah sahaja yang dibenarkan digunakan oleh semua murid. Beg sandang /beg kepit tidak dibenarkan.

5.10.2 Beg tidak boleh terlalu kecil atau terlalu besar. Anggaran saiz beg hendaklah lebih kurang 30cm x 30cm besar.

5.10.3 Beg yang ketara berfesyen atau memaparkan imej-imej yang tidak sesuai/ ganas/ lucah mengandungi kata-kata tidak sopan tidak boleh digunakan.

5.11 Barang Perhiasan

5.11.1 Murid-murid lelaki tidak dibenarkan memakai barang-barang perhiasan seperti anting-anting, subang, cincin, rantai leher, tangan atau dari apa-apa jenis sekali pun.

5.11.2 Murid murid perempuan juga tidak digalakkan memakai barang perhiasan atau barang kemas. Sebarang kehilangan atau kecurian sekiranya dipakai tidak menjadi tanggungjawab pihak sekolah.

5.11.3 Saiz muka jam tangan mestilah tidak melebihi saiz duit syiling 50 sen.

5.12 Potongan Rambut Murid-murid (SPI Bil.2/1976)

Peraturan potongan rambut Murid Lelaki (rujuk lampiran B (2))

5.12.1 Murid lelaki sekolah ini mestilah sentiasa berambut pendek dan potongannya tidak berfesyen.

5.12.2 Rambur bahagian belakang kepala mestilah nipis dan panjangnya tidak mencecah kolar baju atau tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.

5.12.3 Bahagian pelipis (sideburn) mestilah nipis, panjangnya tidak melebihi 1 cm di telinga. Rambut yang menutup kedua-dua telinga atau sebahagiannya dianggap panjang

5.12.4 Bahagian depan rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi.

5.12.5 Bahagian tengah rambut (dari tengah ke dahi) tidak boleh melebihi daripada 12 cm (6 inci panjang)

5.12.6 Rambut tidak boleh dikerintingkan kecuali rambut semulajadi, diwarnakan atau menggunakan sebarang bahan untuk tujuan berfesyen seperti penggunaan gel.

5.12.7 Rambut fesyen blonde, punk, jambul burung, Trojan atau seumpamanya adalah dilarang sama sekali. Murid-murid dilarang membotakkan kepala kecuali dengan tujuan keagamaan dengan mendapat kebenaran khas daripada pengetua.

Peraturan Rambut Murid Perempuan (rujuk lampiran B (3))5.12.8 Rambut murid perempuan hendaklah didandan kemas dan rambut tidak boleh menutup dahi atau jatuh ke bahu.

5.12.9 Murid-murid perempuan dinasihatkan tidak menyimpan rambut terlalu panjang. Jika ada murid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, rabun tersebut hendaklah diikat dengan reben berwarna hitam supaya tidak nampak jatuh ke bahu. Reben berwarna lain atau berwarna-warni adalah dilarang.

5.12.10 Rambut fesyen blonde, punk, jambul burung, Trojan atau seumpamanya adalah dilarang sama sekali. Murid perempuan yang memakai tudung mestilah memakai anak tudung agar rambut tidak terkeluar.

5.12.11 Rambut tidak boleh dikerintingkan kecuali rambut semulajadi, diwarnakan atau menggunakan sebarang bahan untuk tujuan berfesyen seperti penggunaan gel.

5.13 Kuku / Misai / Jambang atau Pelipis (sideburn) / Bulu Kening Dan Janggut. (SPI Bil. 2/1976)

5.13.1 Semua hendaklah berkuku pendek pendek dan bersih sepanjang masa.

5.13.2 Kuku tangan tidak boleh dicat / diwarnakan dengan apa juga kosmetik termasuk inai.

5.13.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai / menyimpan misai, janggut, pelipis (sideburn) dan jambang.

5.13.4 Murid-murid dilarang mencukur / mencabut atau menggunting bulu kening.

5.13.5 Murid-murid dilarang menggunakan celak mata atau mascara atau apa-apa juga alat solek.PERKARA 6: WAKTU REHAT MURID DAN WAKTU SOLAT6.1 Setiap murid dikehendaki mematuhi peraturan waktu rehat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan berada atau berehat di dalam kelas sewaktu masa rehat.

6.2 Sila patuhi arahan mengosongkan kelas oleh pengawas sekolah yang bertugas menjaga blok.6.3 Semua murid dibenarkan makan dan minum di kantin sekolah sahaja semasa waktu rehat.6.4 Murid-murid dikehendaki segera kembali ke kelas masing-masing apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan di kantin.

6.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas selepas waktu rehat. Urusan ke tandas atau sebagainya hendaklah dibuat semasa rehat.

6.6 Waktu rehat akan dipinda oleh pihak sekolah pada bulan Ramadhan.PERKARA 7: TATA CARA PENGGUNAAN KANTIN SEKOLAH7.1 Murid-murid dibenarkan menggunakan kantin untuk berehat,makan dan minum di kantin pada masa-masa berikut :

a) sebelum waktu persekolahan

b) waktu rehat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Jadual Waktu Rehat)c) selepas waktu sekolah

7.2 Murid-murid dikehendaki menggunakan semua kemudahan di kantin dengan cermat.

7.3 Murid-murid hendaklah sentiasa memastikan kebersihan, kekemasan dan keceriaan kantin.

7.4 Barang-Barang makanan dan minuman hanya boleh dibeli dari kantin sekolah sahaja. Murid-murid dilarang menjual makanan dan dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah semasa berada di dalam kawasan sekolah.

7.5 Barang makanan yang dibeli dari kantin dan bekalan makanan yang dibawa dari rumah boleh dimakan di kantin sekolah sahaja.

7.6 Murid-murid hendaklah beratur dan tidak membuat bising semasa membeli makanan dan minuman.

7.7 Murid-murid juga hendaklah mematuhi arahan pengawas sekolah yang bertugas di kantin.

7.8 Murid-murid dikehendaki duduk di meja yang telah disediakan ketika minum dan makan di kantin.

7.9 Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau ditempat mencuci tangan / sinki.

7.10 Masukkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan di kantin. Pinggan, sudu, cawan, botol atau apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh murid hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.

7.11 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di bilik rehat guru.

7.12 Murid-murid dilarang berludah dan membuang sampah di sekitar kawasan kantin.

7.13 Dilarang menyelitkan pembungkus makanan di celah-celah meja / bangku sekolah, pokok-pokok bunga dan longkang.

7.14 Murid-murid dilarang merosakkan harta benda dan peralatan pengusaha kantin.

7.15 Murid-murid boleh membuat aduan mengenai perkhidmatan kantin sekolah dengan berhubung dengan guru bertugas mingguan, guru AJK kantin, Penyelia Petang, Penolong Kanan HEM. Aduan bertulis juga boleh dibuatdengan memasukkannya ke dalam peti aduan yang diletakkan di pejabat sekolah.

PERKARA 8: KESOPANAN DAN KESUSILAAN MURID8.1 Tatacara Murid Di Dalam Kelas Dan Di Dalam Kawasan Sekolah8.1.1 Sebelum loceng pertama dibunyikan murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas untuk meletakkan beg dan buku kecuali mereka yang bertugas sahaja. Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan kantin sahaja.

8.1.2 Murid-murid di dalam sesuatu kelas metilah mematuhi jadual bertugas yang telah ditetapkan oleh guru kelas masing-masing.

8.1.3 Ketua dan Penolong Ketua Kelas mestilah memastikan perkara-perkara berikut sebelum seseorang guru masuk di dalam kelas berkenaan, iaitu :

a) memastikan papan tulis atau white board berada dalam keadaan bersih.b) mengemas dan membersihkan lantai, meja guru, cermin dari kotoran sampah.c) memastikan kapur tulis atau white board marker pen disediakan.d) susunan meja dan kerusi mengikut susunan teratur.e) rakan sedarjah duduk di tempat masing-masing dan tidak membuat bising.f) memastikan buku pergerakan pelajar untuk bulan berkenaan ada dan di jaga dengan rapi.

8.1.4 Murid-murid di dalam sesuatu kelas hendaklah mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh Ketua atau Penolong Ketua Kelas.

8.1.5 Sekiranya guru tidak datang ke kelas dalam masa 5 minit. Ketua / Penolong Ketua Kelas dikehendaki bertanya di pejabat untuk mendapatkan guru ganti.

8.1.6 Semua murid hendaklah memberi salam apabila guru masuk ke dalam kelas diketuai oleh Ketua atau Penolong kelas.

8.1.7 Semua murid Islam dikehendaki membaca doa selepas memberi salam. Sementara bagi murid-murid bukan Islam hendaklah turut berdiri dan berdoa ataupun bertafakur mengikut ajaran agama masing-masing. Doa hendaklah dibaca dengan betul dan penuh kesedaran. 8.1.8 Semua murid bertanggungjawab menjaga peralatan di dalam kelas. Ketua kelas mesti melaporkan dengan segera kepada guru tingkatan jika berlaku kerosakan.

8.1.9 Semasa pembelajaran, murid tidak dibenarkan keluar daripada kelas tanpa kebenaran Guru/Pas Keluar Kelas.

8.1.1 Murid yang hendak masuk kelas dan guru sedang mengajar, dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan menerima kebenaran masuk.

8.1.11 Murid mestilah bangun apabila guru-guru atau pelawat masuk ke dalam kelas dan memberikan ucapan (Salam / Selamat Sejahtera) dan hendaklah bangun apabila mereka keluar dari kelas dan mengucapkan terima kasih.

8.1.12 Murid-murid yang lewat hadir ke sekolah mestilah mengetuk pintu dan meminta kebenaran masuk daripada guru dan memberitahu sebab-sebab kelewatannya.

8.1.13 Murid-murid diwajibkan menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

8.1.14 Semua murid diwajibkan mengambil ujian-ujian bulanan, peperiksaan sekolah dan peperiksaan PMR dan SPM.

8.1.15 Semua murid diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan.8.1.16 Apabila hendak bercakap atau hendak mengemukakan pertanyaan, murid mestilah mengangkat tangan. Apabila dibenarkan bercakap, berdirilah dengan betul iaitu kedua-dua tangan lurus ke bawah bukannya dimasukkan ke dalam poket atau bercekak pinggang.

8.1.17 Murid dikehendaki memberi hormat ucap salam, selamat sejahtera, selamat pagi dan sebagainya kepada guru-guru, warga sekolah dan tetamu ketika berada di sekolah.

8.1.18 Murid tidak digalakkan pergi ke tandas sewaktu kelas sedang dijalankan atau semasa pertukaran waktu pelajaran. Seboleh-bolehnya murid dikehendaki membiasakan diri pergi ke tandas sebelum loceng waktu pertama atau sewaktu rehat.

8.1.19 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan harta benda milik sendiri atau barangan berharga di dalam kelas.

8.1.20 Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam kelas dan semasa perhimpunan sekolah. Murid-murid hanya dibenarkan minum selepas waktu pendidikan jasmani dengan pengawasan guru.

8.1.21 Para pelajar hendaklah sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah.8.1.22 Sebelum meninggalkan kelas untuk pulang ke rumah masing-masing, setiap murid hendaklah memastikan bilik darjah berada dalam keadaan kemas dan teratur. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah :

a) membersihkan papan tulisb) menyusun / mengangkat kerusi ke atas meja dengan perlahan.c) menutup suiz lampu dan kipas

d) tidak meninggalkan buku teks , buku latihan atau sebagainya di dalam meja masing-masing

e) membuang sampah yang ada

f) menutup pintu kelas

8.2 KESOPANAN DI LUAR SEKOLAH (SPI Bil.9/2001)8.2.1 Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap semasa menghadiri sebarang kursus, seminar, lawatan atau pertandingan luar sekolah.

8.2.2 Murid hendaklah sentiasa berkelakuan sopan dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

8.2.3 Murid hendaklah menjaga nama baik dan imej sekolah semasa berada di tempat-tempat awam ketika memakai pakaian seragam sekolah.

8.2.4 Murid tidak dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah ketika hendak membeli belah di pasaraya atau ke pusat-pusat hiburan atau ke taman-taman rekreasi.

PERKARA 9: KELUAR/ MASUK KAWASAN SEKOLAH (SPI Bil.8/1999)9.1 Keluar Dari Kawasan Sekolah

9.1.1 Hanya ibu bapa/ penjaga yang sah murid sahaja yang dibenarkan membawa keluar murid dari kawasan sekolah sekiranya berlaku kecemasan dengan pengetahuan pihak sekolah.

9.1.2 Murid mesti mengisi borang kebenaran keluar yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga dan diserahkan kepada PK.HEM / Guru Disiplin / Guru Bertugas.

9.1.3 Murid yang menyertai aktiviti di luar sekolah, ibu bapa/ penjaga mesti menandatangani surat kebenaran mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau NGO.

9.1.4 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam tempoh pembelajaran yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada pihak sekolah.

9.1.5 Murid yang memerlukan rawatan perubatan ke klinik/ hospital dengan ditemani ibu bapa, mesti mendapatkan surat kebenaran dari sekolah yang ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan / Penyelia Petang / PK.HEM. Setelah selesai mendapatkan rawatan pelajar dikehendaki mengembalikan keratin surat tersebut yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan / Doktor yang telah merawat murid berkenaan kepada guru sebagai membuktikan telah dirawat.

9.1.6 Mana-mana murid yang keluar dari kawasan sekolah tanapa kebenaran, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap murid tersebut.

9.1.7 Sekiranya murid sakit atau mengalami kecederaan semasa berada di sekolah ibu bapa/ penjaga dikehendaki mengambil murid tersebut. Sekiranya ibu bapa/ penjaga tidak dapat dihubungi , maka guru boleh menghantar murid tersebut ke hospital dengan kebenaran Pengetua / Penyelia Petang.

9.1.8 Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi borang kebenaran pulang, sebagai bukti perakuan membawa balik anak di bawah jagaan atas urusan seperti kematian saudara mara atau kes-kes kecemasan.

9.2 Masuk Ke Kawasan Sekolah9.2.1 Murid hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada hari persekolahan / kokurikulum dan acara / majlis rasmi.

9.2.2 Kenderaan orang luar / pelawat termasuk ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan semasa menghantar anak ke sekolah kecuali semasa hujan / kecemasan dengan kebenaran pengawal keselamatan.

9.2.3 Setiap pelawat / ibu bapa/ penjaga dilarang sama sekali terus menemui anak di bawah jagaan mereka di dalam kelas.

9.2.4 Setiap pelawat / ibu bapa / penjaga yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti mendapatkan pas kebenaran masuk daripada pengawal keselamatan dan perlu mencatat tarikh, hari, masa , nama, kad pengenalan, dan tujuan lawatan di buku rekod keluar masuk ke kawasan sekolah. Borang berkenaan perlulah ditandatangani oleh pentadbir sekolah dan diserahkan kembali kepada pengawal keselamatan.

9.2.5 Setiap pelawat / ibu bapa / penjaga yang ingin masuk ke kawasan sekolah / berurusan dengan guru atau sebagainya mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.

PERKARA 10: UJIAN DAN PEPERIKSAAN 10.1 PERATURAN AM 10.1.1 Semua murid diwajibkan menduduki ujian bulanan dan peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajran Daerah / Negeri dan Kementerian.

10.1.2 Murid-murid yang mempersendakan ujian dan peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun akan dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

10.1.3 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari dewan atau bilik peperiksaan sebelum waktu ujian / peperiksaan tamat kecuali atas kebenaran pihak yang berkenaan.

10.1.4 Semua murid mestilah bersifat jujur dan dilarang melakukan penyelewengan / penipuan dalam ujian / peperiksaan.

10.1.5 Semua murid hendaklah mematuhi aratah Unit Peperiksaan Sekolah / Lembaga Peperiksaan Malaysia / Majlis Peperiksaan Malaysia sewaktu menduduki peperiksaan semester / PMR / SPM dan STPM.

10.1.6 Murid yang didapati memalsukan tandatangan ibu bapa / penjaga atau markah di dalam Buku Rekod Kemajuan Murid dengan niat menipu ibu bapa / penjaga / guru adalah dianggap satu kesalahan.

10.1.7 Murid yang tidak menghadirkan diri untuk menduduki ujian / peperiksaan tanpa dokumen kepada pihak sekolah akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

10.1.8 Tidak ada peperiksaan / ujian ulangan bagi murid yang tidak hadir menduduki ujian bulanan atau peperiksaan semester kecuali dengan sebab-sebab yang munasabah.

10.2 PERATURAN KHUSUS SEMASA UJIAN / PEPERIKSAAN RUJUK LAMPIRAN TANDATANGAN TIDAK PERLU.

10.2.1 Dilarang membawa masuk sebarang buku ,nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi , kotak pensel, beg dan jadual Waktu Peperiksaan ke dalam dewan / bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

10.2.2 Dilarang membawa masuk kalkulator yang diprogram ke dalam dewan/ bilik peperiksaan.

10.2.3 Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan / bilik peperiksaan.

10.2.4 Dilarang membuat rujukan di luar dewan / bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

10.2.5 Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di luar atau di dalam dewan/ bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.

10.2.6 Dilarang mendedahkan kertas soalan atau/ dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.

10.2.7 Dilarang menukar kertas soalan atau / dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.

10.2.8 Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan.

10.2.9 Dilarang membawa keluar kertas soalan dari dewan / bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

10.2.10 Dilarang membawa keluar skrip jawapan peperiksaan dari dewan / bilik peperiksaan.

10.2.11 Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum ataupun yang telah digunakan.

10.2.12 Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan / bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

10.2.13 Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Salah laku ertinya menipu, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai salah laku yang serius. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas, keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan. PERKARA 11: KEGIATAN KOKURIKULUM 11.1 PENGLIBATAN MURID 11.1.1 Semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum. Ketidakhadiran murid dalam kokurikulum dianggap sebagai ponteng sekolah.

11.1.2 Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum sekolah dalam bidang-bidang berikut :

a) Satu gerak kerja pasukan Badan Beruniformb) Satu gerak kerja Persatuan / Kelabc) Satu gerak kerja Sukan dan Permainan 11.1.3 Setiap kali perjumpaan murid hendaklah membawa buku rekod gerak kerja kokurikulum dan diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani dan akan diserahkan kembali kepada murid pada hari yang sama.

11.1.4 Semua butiran murid hendaklah diisi oleh Guru Tingkatan dan lain-lain maklumat mengenai kegiatan murid mengenai kegiatan pelajar diisi oleh Guru Penasihat.

11.2 PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN / KELAB

11.2.1 Semua persatuan / kelab dikehendaki mempunyai Perlembagaannya yang sendiri yang telah diluluskan oleh Pengetua.

11.2.2 Semua persatuan / kelab hendaklah menyerahkan secara bertulis Perlembagaan masing-masing kepada Pengetua.

11.2.3 Semua persatuan / kelab dikehendaki menyerahkan satu salinan senarai perancangan tahunan, senarai nama-nama AJK, dan ahli-ahli persatuan / kelab kepada Guru Kanan Kokurikulum.

11.2.4 Semua murid dikehendaki menjelaskan yuran persatuan / kelab / unit beruniform yang dianggotainya seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan masing-masing.

11.2.5 Semua murid hendaklah mematuhi peraturan sekolah dan peraturan-peraturan gerak kerja kokurikulum sekolah.

11.2.6 Sebarang lawatan di dalam atau ke luar negeri yang dianjurkan oleh persatuan / kelab / Unit pihak sekolah adalah dianggap sebagai rombongan yang rasmi dan semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan sekolah demi menjaga nama baik sekolah.

11.2.7 Setiap persatuan / kelab / unit beruniform yang menaja sesebuah lawatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak sekolah.

11.2.8 Semua murid juga dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga sebelum mengikuti mana-mana lawatan/ rombongan dengan mengisi Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga melalui Guru Penasihat program.

PERKARA 12: PENGAWAS SEKOLAH 12.1 PERATURAN AM 12.1.1 Pengawas sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas.

12.1.2 Semua pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik.

12.1.3 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikut dan dipatuhi oleh semua pelajar SMK Bukit Rahman Putra.

12.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan untuk menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan pengawas sekolah.

12.1.5 Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan Perlembagaan Pengawas SMK Bukit Rahman Putra.

12.1.6 Membantu pihak sekolah melakukan pemeriksaan mengejut (spot check) ke atas murid-murid.

12.1.7 Pengawas sekolah juga mesti hadir lebih awal ke sekolah berbanding murid-murid lain.

12.1.8 Semua pengawas wajib menjaga nama baik sekolah dan Lembaga Pengawas Sekolah.

PERKARA 13: PERATURAN DAN TATACARA PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS 13.1 MAKMAL SAINS (SPI Bil.1/1974) 13.1.1 Makmal dan Bilik Persediaan adalah kawasan larangan kepada murid-murid.

13.1.2 Murid-murid mestilah beratur untuk bergerak ke makmal sains yang di tetapkan. Sila patuhi arahan guru atau Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan seperti berikut:

a) tidak membuat bising, mengusik dan mengganggu murid lain sepanjang pergerakan dari makmal ke kelas.

b) bergerak dengan teratur dan tertib dalam barisan.

c) tidak berhenti atau singgah di mana-mana tempat

13.1.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru mata pelajaran. Sila beratur di luar makmal jika guru belum sampai.

13.1.4 Beg-beg murid,makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

13.1.5 Sebelum memulakan latihan amali di makmal, murid-murid hedaklah mematuhi amaran guru.

13.1.6 Peralatan Sains, bahan Kimia dan bahan Biologi di dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. Bahan-bahan tersebut hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.

13.1.7 Semua peralatan Sains, Kimia dan Biologi yang digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya kembali.

13.1.8 Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

13.1.9 Eksperimen atau latihan amali tidak boleh dilaksanakan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

13.1.10 Setiap kerosakan,kemalangan / kecederaan atau alatan pecah perlulah dilaporkan kepada dengan segera kepada guru ataupun pembantu makmal yang bertugas.

13.1.11 Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam makmal.

13.1.12 Tidak dibenarkan berpindah tempat duduk ke tempat lain tanpa kebenaran guru.

13.1.13 Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah berada dalam keadaan bersih dan kemas setiap kali selepas menggunakan makmal.

13.1.14 Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen.

13.1.15 Kayu mancis, dan benda-benda lain yang masih menyala mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

13.1.16 Kayu mancis, kertas turas, ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam atau ke bawah sinki tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

13.1.17 Air paip di dalam makmal tidak boleh diminum.

13.1.18 Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

13.2 BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP dan MPV (SPI Bil.1/96) 13.2.1 Bengkel dan kawasan persekitarannya adalah kawasan larangan kepada murid-murid.

13.2.2 Murid-murid mestilah beratur untuk bergerak ke bengkel yang telah ditetapkan.

13.2.3 Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.

13.2.4 Murid mestilah memakai pakaian yang sesuai atau yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

13.2.5 Murid-murid mestilah berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

13.2.6 Melaporkan dengan segera kepada guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan di dalam bengkel.

13.2.7 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.

13.2.8 Murid-murid mesti berhenti membuat kerja amali 10 minit sebelum waktu tamat untuk mengemas bengkel.

13.2.9 Murid dilarang berlari atau bermain / bergurau di dalam bengkel. 13.2.10 Murid-murid dilarang menyentuh, mengusik, mengubah alatan atau bahan yang sedia ada Tanpa kebenaran guru.

13.2.11 Memulangkan kembali segala peralatan yang diguna ke tempat asal.

13.2.12 Melakukan kerja yang diarahkan oleh guru sahaja.

13.2.13 Mematikan semua suis peralatan elektrik sebelum meninggalkan bengkel.

13.3 PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) SMK BUKIT RAHMAN PUTRA 13.3.1 Peraturan Am1. Pusat Sumber dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

2. Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku REKOD PINJAMAN/PENGGUNAAN.

3. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan / penggunaan sedia ada dan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

4. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.

5. Bahan yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik.

6. Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah dilletakkan di tempat asalnya.

7. Laporkan sebarang kerosakan dengan kadar segera kepada Penyelaras bilik yang berkenaan atau Guru Perpustakaan & Media.

8. Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.

9. Guru hendaklah memastikan suis dan punca elektrik, kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari bilii- bilik berkenaan.

10. Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber.

11. DILARANG duduk berdua-duaan (lelaki dan perempuan) Pusat Sumber.

12. Beg, fail, makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis. Keselamatan barang berharga adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

13. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua pengguna. 13.3.2 PERATURAN BILIK PERPUSTAKAAN 1.Perpustakaan dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga Jumaat padajam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

2. Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Perpustakaan.

3. Beg, fail, makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis.

4. Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku pada satu masa untuk tempoh selama 7 hari.

5. Semua pinjaman hendaklah dibuat di KAUNTER PINJAMAN.

6. Pemulangan yang lewat akan didenda (sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulangan buku).

7. Guru dan kakitangan dibenarkan meminjam 5 buah buku setiap kali pinjaman.

8. Sekiranya berlaku kerosakan pada buku pinjaman, pengguna hendaklah melaporkan kepada Guru Perpustakaan untuk tindakan seterusnya.

9. Buku yang dirosakkan perlu diganti.

10. Segala pinjamam buku, penggunaan bilik dan peralatan hendaklah direkodkan di dalam buku yang ditetapkan.

11. Guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran boleh membuat pinjaman buku secara pukal (berkelompok. Pinjaman dan pemulangan mestilah dilaporkan kepada Guru Perpustakaan).

13.3.3 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

1. Peminjaman dan pemulangan buku boleh dibuat mengikut waktu operasi.

2. Setiap murid mempunyai kad keahlian boleh meminjam sebanyak 2 buah buku sahaja. TIDAK DIBENARKAN menggunakan kad keahlian orang lain.

3. Pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pengawas PSS, guru (pinjaman pukal) dan guru Perpustakaan yang bertugas.

4. Pinjaman buku hanyalah melalui system automasi kecuali jika berlaku gangguan system (system breakdown).

5. Pemulangan hendaklah dibuat pada tarikh yang dicatatkan kecuali cuti am.

6. Peminjam perlu meninggalkan kad keahlian pada pengawas betugas bagi urusan fotostat buku rujukan terhad. Bahan yang dipinjam untuk difotostat hendaklah dipulangkan semula dalam masa tidak lebih dari 1 jam.

7. Peminjam yang menghilangkan atau merosakkan buku akan dikenakan denda dengan membayar mengikut harga buku tersebut.

13.3.4 PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)1. Sila tanggalkan kasut sebelum memasuki BBM.

2. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah direkodkan dalam buku REKOD PINJAMAN.

3. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil dan dipulangkan oleh GURU sendiri. Tempoh pinjaman selama 2 hari.

4. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN meminjam, memulang atau mengambil keluar bahan dari bilik ini.

5. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.

6. Bahan-bahan yang diambil hendaklah diletakkan di tempat asalnya.

7. Tidak boleh makan atau minum dalam bilik ini.

8. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab semua pengguna.

9. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan barang atau alatan, guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada penyelaras BBM.

10. Untuk alatan ko-kurikulum (permainan dalaman), pastilkan setiap set adalah lengkap ketika dipulangkan.13.3.5 PERATURAN KECEMASAN PUSAT SUMBER SMK BUKIT RAHMAN PUTRATindakan murid: 1. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.

2. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja.

3. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.

4. Elakkan daripada membuat bising atau berebut-rebut.

5. Berkumpul dan beratur di tempat yang ditetapkan.

13.3.6 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MEDIA (Bilkik Tayang) SMK BUKIT RAHMAN PUTRA1. Bilik Media boleh digunakan setiap hari kecuali hari cuti umum dan hari Ahad.

2. Penggunaan Bilik Media hendaklah dengan membuat tempahan di kaunter perpustakaan atau melalui Guru Bilik Media sekurang-kurangnya sehari sebelum penggunaan.

3. Guru boleh mendapatkan kunci di pejabat.

4. Murid hanya dibenarkan masuk ke Bilik Media dengan kehadiran guru.

5. Murid tidak dibenarkan membuat bising, makan dan minum, atau bermain-main semasa menggunakan bilik ini.

6. Murid tidak boleh membawa masuk beg sekolah kecuali alatan menulis dan buku latihan sahaja.

7. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil, merosakkan atau mengalihkan barang-barang dari bilik ini.

8. Setiap penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran hendaklah terlebih dahulu mempelajarinya daripada Guru Bilik Media.

9. Setiap penggunaan alatan dari bilik ini hendaklah direkodkan dalam buku penggunaan.

10. Guru hendaklah meletakkan alatan yang digunakan di tempat asalnya.

11. Pastikan kerusi-kerusi tersusun dengan kemas dan bilik bersih sebelum meninggalkannya.

12. Pastikan suis dan punca elektrik lain seperti kipas, lampu dan penghawa dingin ditutup sebelum keluar dari bilik ini.

13. Guru hendaklah memastikan pintu bilik ditutup, dikunci rapi dan memulangkan kunci ke pejabat.

13.4 KOPERASI SEKOLAH13.4.1 Murid-murid digalakkan menjadi ahli Koperasi SMKBRP Berhad dan membeli barang keperluan sekolah di koperasi sekolah.

13.4.2 Kedai Buku dan Koperasi Sekolah dibuka untuk guru-guru dan murid-murid dari hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja.

13.4.3 Murid-murid hanya boleh membeli di koperasi pada waktu rehat sahaja atau sebelum atau selepas waktu persekolahan. Oleh itu, murid-murid tidak dibenarkan berada di koperasi dan kawasan sekitarnya semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

13.4.4 Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam koperasi. Urusan belian hendaklah dibuat dengan bantuan Pengawas Koperasi.

13.4.5 Hanya Pengawas Koperasi atau ALK Koperasi bertugas pada hari tersebut sahaja dibenarkan berada di kedai koperasi, kecuali mendapat kebenaran guru koperasi.

13.4.6 Murid- murid yang dilantik menjadi Pengawas Koperasi atau ALK Koperasi mestilah menjalankan tanggungjawabnya dan menjaga keselamatan barang-barang di koperasi.

13.4.7 Murid-murid hendaklah beratur dan mengikut giliran ketika membeli barangan di koperasi.

13.4.8 Mencuri dan menipu koperasi sekolah akan dikenakan tindakan yang tegas mengikut peraturan-peraturan sekolah.

13.4.9 Murid-murid dilarang berebut-rebut dan membuat bising di kawasan koperasi. Setelah membeli hendaklah segera beredar untuk mengelakkan kesesakan.

13.5 SURAU SEKOLAH 13.5.1 Surau sekolah digunakan untuk bersolat, Kelas Amali Fardhu Ain (PAFA), pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam, majlis-majlis keislaman, tadarus Al-Quran dan aktiviti-aktiviti Persatuan Agama Islam yang bersesuaian dengan kebenaran pentadbir sekolah. 13.5.2 Murid-murid sesi petang perlulah mematuhi peraturan semasa berada di surau. Murid boleh ke surau setelah mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran untuk sembahyang Zohor dan Asar.

13.5.3 Murid-murid adalah dilarang melakukan perkara berikut semasa berada di dalam surau: 1. Berbual, berlonggok, membuat bising, membuat kerja kerja sekolah atau tidur.

2. Makan dan minum.

3. Membuat / meninggalkan sampah di dalam surau.

4. Membawa keluar sebarang bahan atau peralatan surau kecuali dengan kebenaran guru.

5. Berada di dalam surau semasa p&p di kelas.

6. Membuat pembaziran air atau elektrik ketika menggunakan alat elektrik seperti kipas dan lampu di dalam surau.

7. Bersembahyang melebihi masa yang sewajarnya sehingga lewat masuk semula ke kelas.

13.5.4 Murid-murid dikehendaki mengamalkan adab dan tatacara di surau seperti berikut: a) Sebelum masuk ke surau:

i) Mendapat kebenaran / pas dari guru. ii) Tanggal, letak dan susun kasut/ stokin di tempat yang disediakan.

iii) Masuk dan melangkah ke dalam surau menggunakan kaki kanan. iv) Membaca doa.

v) Memakai pakaian menutup aurat.

b) Semasa di dalam surau:

i) Mengambil wuduk dan duduk dengan tertib.

ii) Menjaga tingkahlaku / pebuatan dan percakapan.

iii) Menumpukan perhatian sekiranya ada majlis ilmu.

iv) Memberi ruang kepada murid lain yang masuk kemudian.

v) Menunaikan solat sunat beriktiqaf.

c) Selepas menggunakan surau: i) Memastikan semua sejadah / telekung dan bahan-bahan yang digunakan disusun semula ditempat asal setelah digunakan.

ii) Memastikan keadaan surau dalam keadaan bersih dan kemas.

iii) Bersalam / memberi salam dengan Jemaah lain yang masih ada di dalam surau.

iv) Membaca doa ketika keluar surau dengan mendahului kaki kanan dalam keadaan senyap, tidak berebut dan menepati masa untuk aktiviti seterusnya.

13.5.5 Murid-murid hendaklah menjaga keselamatan di surau dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:

i) Memastikan penggunaan air secara berhemah agar lantai tidak basah dan licin.

ii) Keringkan kaki dengan alas kaki yang disediakan.

iii) Mengelakkan dari memetik suis ketika tangan basah.

iv) Mengelakkan dari berebut-rebut, bergurau atau berlari-lari semasa berada di ruang mengambil air sembahyang / wuduk dan dewan sembahyang.

13.6 MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH 13.6.1 Keselamatan 1. Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke makmal computer dengan kebenaran dan pengawasan guru.

2. Barang-barang berharga seperti beg duit dan kalkulator saintifik boleh dibawa masuk ke dalam makmal.

3. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Fasilitator / Bilik Server dan Bilik Stor tanpa kebenaran guru.

4. Murid-murid juga tidak dibenarkan membuka suis utama dan suis-suis elektrik yang lain tanpa mendapat arahan dari guru. 5. Sebarang kehilangan peralatan computer, hendaklah diberitahu kepada guru mata pelajaran. Jika disiasat dan didapati berlaku kecurian, tindakan disiplin akan dikenakan oleh pihak sekolah.

13.6.2 Kebersihan dan Keceriaan

1. Murid-murid tidak dibenarkab makan dan minum di dalam makmal komputer. 2. Sepanjang berada di dalam makmal, pastikan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

3. Sebelum keluar dari makmal komputer, susun peralatan komputer dan kerusi dengan kemas.

13.6.3 Masa dan tempoh

1. Murid-murid mesti berada di makmal komputer mengikut waktu pengajaran & pembelajaran yang telah ditetapkan.

2. Murid-murid juga tidak dibenarkan keluar / masuk tanpa kebenaran guru semasa pengajaran & pembelajaran berlangsung.

3. Pengajaran dan pembeljaran akan ditamatkan 10 minit lebih awal untuk membolehkan murid-murid beredar dan balik ke kelas masing-masing.

13.6.4 Penggunaan

1. Lengkapkan buku rekod penggunaan komputer setiap kali menggunakan komputer tersebut.

2. Pastikan komputer dibuka dan ditutup dengan langkah-langkah yang betul seperti berikut:

Membuka komputer Menutup komputer

1. Buka Suis Utama2. Buka Suis AVR3. Buka Suis CPU4. Buka Suis MONITOR1. Tekan Butang :START2. Pilih SHUTDOWN3. Pilih OK4. Tutup Suis AVR5. Tutup Suis Utama6. Buka Plug

13.6.5 Kekemasan

1. Susun beg dan kasut di luar makmal dengan teratur. 2. Sebelum keluar dari makmal, pastikan kerusi dan peralatan komputer disusun dengan kemas.

3. Jangan merosakkan, mengoyak, mengambil carta, model dan paparan yang ditampal di dalam makmal komputer.

13.7 TANDAS 13.7.1 Murid-murid mestilah menggunakan tandas mengikut jantina masing-masing seperti yang ditetapkan.

13.7.2 Kebersihan dan keceriaan tandas mestilah dijaga.

13.7.3 Jangan menconteng dinding dan merosakkan peralatan di dalam tandas. Jika berlaku kerosakan murid boleh mengadu kepada guru bertugas mingguan.

13.7.4 Jangan membuang kertas pembalut makanan, plastik air, tin minuman dan sampah ke dalam lubang sampah.

13.7.5 Gunakan kemudahan yang terdapat di dalam tandas dengan cara yang betul dan berhemah. Semasa berada di dalam tandas, jangan bertolak-tolak dan membuat bising.

13.7.6 Murid-murid hanya dibenarkan ke tandas pada masa masa yang telah ditetapkan sahaja dengan kebenaran guru.

13.7.7 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

13.8 BILIK GURU

13.8.1 Semua murid dilarang masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.

13.8.2 Murid yang hendak masuk, hendaklah mengetuk pintu / memberi salam dan mendapatkan kebenaran guru yang ada untuk masuk dan berurusan di bilik guru.

13.8.3 Murid-murid dilarang berada di dalam bilik guru terlalu lama dan hendaklah beredar segera setelah selesai sesuatu perkara.

13.8.4 Murid dilarang berkeliaran atau membuat bising di sekitar bilik guru.

13.8.5 Murid-murid dilarang mengusik atau mengubah peralatan peralatan yang ada di dalam bilik guru.

13.9 BILIK SENI

13.9.1 Kebersihan

1. Murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik seni.

2. Setiap murid bertanggungjawab melaksanakan jadual tugasan kebersihan yang telah ditetapkan.

3. Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan tersusun.

13.9.2 Keselamatan

1. Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa pengawasan guru.

2. Pastikan Bilik Seni sentiasa dalam keadaan selamat.

3. Setiap aktiviti yang dilakukan mestilah dibawah pengawasan guru.

4. Guru perlu membuat tindakan segera sekiranya terdapat sebarang kemalangan.

5. Murid hendaklah berhati-hati ketika membawa alatan tajam dan peralatan elektrik untuk mengelakkan kemalangan.

6. Gunakan peralatan mengikut peraturan yang di tetapkan.

13.9.3 Keceriaan

1. Murid-murid dilarang menconteng meja dan kerusi serta merosakkan alatan bilik seni.

2. Murid-murid juga dilarang menyentuh kerja seni yang dipamerkan.

13.9.4 Masa / Tempoh

1. Murid-murid hanya dibenarkan memasuki bilik seni mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Murid dibenarkan keluar 10 minit lebih awal sebelum kelas berakhir.

13.9.5 Adab dan Tatacara

1. Murid mestilah beratur sebelum dan ketika meninggalkan bilik seni.

2. Beri Salam / ucap selamat sebelum kelas bermula disusuli dengan bacaan doa.

3. Selepas kelas berakhir, murid hendaklah bangun dengan teratur dan ucap terima kasih sebelum meninggalkan bilik seni.

13.9.6 Penggunaan

1. Rekod segala pengambilan dan penggunaan alatan dan bahan di bilik seni.

2. Segala peralatan yang hendak digunakan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru.

3. Laporkan segera kepada guru jika berlaku kerosakan alatan.

4. Simpan segala alatan dan bahan yang telah digunakan di tempat yang disediakan selepas digunakan.

13.10 PEJABAT SEKOLAH

13.10.1 Murid-murid dilarang masuk ke pejabat tanpa kebenaran.

13.10.2 Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam bagi mendapatkan kebenaran masuk melalui kakitangan pejabat.

13.10.3 Murid-murid hendaklah beredar segera dari pejabat sekolah setelah urusan selesai.

13.10.4 Semua murid yang hendak berurusan di pejabat sekolah mestilah berpakaian sekolah yang lengkap dan kemas. Jika urusan pada hari bukan persekolahan hendaklah juga berpakaian kemas dan sesuai. Urusan hendaklah dilakukan pada waktu pejabat sahaja.

13.10.5 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan pejabat dan membuat bising.

13.10.6 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan peralatan pejabat seperti telefon, komputer atau sebagainya tanpa mendapat kebenaran telebih dahulu.

13.10.7 Murid-murid juga dilarang menggunakan tangga di hadapan pejabat sebagai laluan ke makmal, bilik-bilik khas dan sebagainya.

13.11 DEWAN SEKOLAH

13.11.1 Murid-murid tidak dibenarkan untuk mengambil, memegang dan memulangkan kunci dewan.

13.11.2 Murid hanya dibenarkan masuk ke dewan dengan kebenaran guru.

13.11.3 Murid perlu beratur dalam barisan di luar dewan sebelum masuk ke dalam dewan.

13.11.4 Murid perlu duduk dalam barisan di luar dewan seperti yang diarahkan oleh guru.

13.11.5 Murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan alatan yang ada di dalam dewan.

13.11.6 Murid tidak dibenarkan bermain atau berbuat bising semasa berada dia dalam dewan.

13.11.7 Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam dewan.

13.11.8 Murid perlu memastikan dewan dalam keadaan bersih sebelum meninggalkan dewan.

13.11.9 Pastikan kerusi / meja disusun semula, suis kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan dewan.

13.12 BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

13.12.1 Murid-murid yang mempunyai urusan sahaja yang dibenarkan berada di bilik kaunseling setelah membuat temu janji atau mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kaunselor sekolah.

13.12.2 Murid yang tiada temu janji mesti mendapatkan kebenaran guru mata pelajaran untuk berjumpa kaunselor. Nama murid berkenaan hendaklah dicatat di dalam Buku Pergerakan Murid oleh guru berkenaan.

13.12.3 Setelah selesai urusan kaunseling dengan kaunselor, murid hendaklah mendapatkan slip masuk ke kelas dari kaunselor dan menyerahkannya kepada guru mata pelajaran yang berada di dalam kelas ketika itu.

13.12.4 Murid dikehendaki membuka dan menyusun kasut dengan kemas di tempat yang disediakan.

13.12.5 Murid mesti mencatatkan nama dan kelas di dalam buku log kehadiran.

13.12.6 Murid tidak dibenarkan membuat bising, bermain, melepak, berbual-bual, makan dan minum di dalam bilik kaunseling.

13.12.7 Murid-murid mesti menjaga kebersihan bilik kaunseling dan memastikan bahan bacaan yang telah digunakan disimpan semula di tempat yang disediakan.

13.12.8 Peralatan dan bahan-bahan kepunyaan bilik kaunseling mestilah dipulangkan semula setelah dipinjam.

13.13 BILIK SUMBER SUKAN (BSS)

13.13.1 Bilik Sumber Sukan adalah kawasan larangan bagi semua murid.

13.13.2 Murid-murid dilarang masuk ke dalam bilik sumber sukan tanpa kebenaran guru sukan atau mata pelajaran PJPK.

13.13.3 Murid-murid dilarang mengambil alatan sukan atau peralatan lain tanpa kebenaran guru.

13.13.4 Alatan yang diambil dan dipulangkan mestilah direkod oleh guru berkenaan. 13.13.5 Pengambilan dan pemulangan alatan sukan mestilah di bawah pengawasan guru dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

13.13.6 Hanya dua orang muriod atau pengawas sukan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik sumber sukan pada satu-satu masa.

13.13.7 Guru bertanggungjawab penuh terhadap peralatan sukan yang dipinjam.

13.13.8 Guru hendaklah merekodkan segala peralatan sukan yang dipinjam/ digunakan dikeluarkan ke dalam buku rekod penggunaan.

13.13.9 Guru mestilah mengetahui tentang cara penggunaan alatan sukan yang dipinjam supaya tidak membahayakan murid.

13.13.10 Semua alatan sukan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dan disusun semula mengikut label rak yang telah ditetapkan.

13.13.11 Murid tidak dibenarkan menggunakan peralatan sukan yang sudah rosak atau yang telah digunakan.

13.13.12 Murid-murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru yang berkenaan jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan yang digunakan.

13.13.13 Murid dan guru-guru yang menggunakan bilik sumber sukan hendaklah memastikan bilik berkenaan sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa.

13.14 BILIK PENGAWAS

13.14.1 Murid-murid yang dialntik sebagai Pengawas Sekolah mestilah memahami peraturan penggunaan bilik pengawas yang ditetapkan.

13.14.2 Jika didapati terdapat sebarang kerosakan, jangan cuba perbaiki atau menyentuhnya. Laporkan segera kepada guru yang bertanggungjawab atau pihak pentadbir.

13.14.3 Pastikan bilik digunakan dengan betul dan mengikut peraturan.

13.14.4 Pengawas hanya boleh menggunakan bilik pengawas dengan kebenaran guru berkenaan.

13.14.5 Penggunaan bilik mestilah dengan kehadiran guru pengawas.

13.14.6 Setiap penggunaan mesti dicatat dalam buku penggunaan bilik pengawas.

13.14.7 Pengawas bertugas mesti mencatakan laporan tugasan mingguan ke dalam buku laporan tugasan.

13.14.8 Bilik mestilah berada di dalam keadaan kemas dan bersih selepas digunakan.

13.14.9 Semua suis mestilah dimatikan sebelum meninggalkan bilik.

13.14.10 Pastikan bilik dikunci semula selepas penggunaan.

13.14.11 Kunci bilik mesti diserah semula kepada exco bilik pengawas.

13.14.12 Perabot dan peralatan di dalam bilik pengawas mestilah dijaga dengan baik dan cermat.

13.15 BILIK DISIPLIN

13.15.1 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik disiplin tanpa kebenaran guru disiplin. Bilik disiplin adalah kawasan larangan kepada murid. Menceroboh masuk bilik disiplin adalah kesalahan besar yang boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat. 13.15.2 Murid-murid yang keluar atau dipangggil ke bilik disiplin mestilah mendapat kebenaran keluar dari guru mata pelajaran di kelas masing-masing.

13.15.3 Setelah selesai urusan di bilik disiplin mestilah kembali dengan segera ke kelas masing-masing dan mendapatkan slip kebenaran masuk kelas daripada guru disiplin yang mengendalikan kes disiplin berkenaan.

13.15.4 Murid-murid tidak dubenarkan mengambil atau membawa keluar alatan dan bahan-bahan dari bilik disiplin tanpa kebenaran.

PERKARA 14: PERATURAN PERGI DAN BALIK KE KAWASAN SEKOLAH

14.1 Pergi dan Balik Menggunakan Kenderaan Awam (Bas, Teksi, Van, LRT, Komuter)

1. Murid-murid hendaklah memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik dari kenderaan.

2. Murid-murid hendaklah beratur dan tidak berebut-rebut semasa turun atau menaiki kenderaan awam.

3. Sekiranya terpaksa menyeberang jalan, pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan.

14.2 Pergi dan Balik dengan Menggunakan Kenderaan Sendiri

14.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan memandu kereta sendiri atau kepunyaan keluarga ke sekolah.

14.2.2 Kenderaan ibubapa yang menghantar anak tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran pengawal keselamatan dan pihak sekolah.

14.2.3 Sekiranya menggunakan motorsikal, murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas di jalanraya dan peraturan-peraturan sekolah seperti berikut:

1. Pastikan motosikal mempunyai insuran dan cukai jalan. Motorsikal mestilah berada dalam keadaan baik dan lengkap.

2. Mempunyai lesen memandu yang sah.

3. Menggunakan topi keledar dengan betul. 4. Memandu dengan mematuhi peraturan-peraturan jalan raya. Tidak membawa pembonceng lebih dari seorang atau berlumba-lumba.

5. Meletakkan motorsikal di tempat yang disediakan.

6. Memohon pelekat daripada pihak sekolah bagi membolehkan motorsikal diletakkan di tempat motorsikal sekolah.

7. Mengunci motorsikal masing-masing.

8. Pihak sekolah tidak boleh bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan motorsikal yang diletakkan di dalam sekolah.

9. Topi keledar tidak boleh dibawa masuk ke dalam kelas atau kemana-mana di dalam kawasan sekolah. Hanya boleh diletakkan di atas motorsikal sahaja.

10. Sekiranya berlaku kemalangan , minta bantuan orang terdekat dan laporkan kepada pihak sekolah atau guru yang bertugas.

14.2.3 Sekiranya menggunakan basikal, murid-murid hendaklah memastikan basikal dalam keadaan baik, tidak membawa pembonceng , jangan bergurau senda atau bersaing/ bergandingan.

14.2.4 Murid-murid hendaklah mematuhi dan mengamalkan tatacara dan manual keselamatan pelajar yang disediakan oleh pihak sekolah bersama-sama buku peraturan ini.

PERKARA 15: PERATURAN-PERATURAN KECEMASAN DI SEKOLAH (SPI Bil. 7/2000)

15.1 Loceng akan dibunyikan lebih kurang satu minit sebanyak 3 kali.

15.2 Semua murid mesti berhenti membuat kerja di dalam kelas.

15.3 Murid mesti keluar dari kelas dan beratur mengikut arah yang telah ditetapkan. Mula bergerak mengikut pelan perjalanan ke tapak perhimpunan yang telah ditetapkan.

15.4 Guru yang mengajar di dalam kelas akan mengiringi murid dalam kelas masing-masing ke tapak perhimpunan yang telah ditetapkan.

15.5 Semua pelajar mestilah beratur di tapak perhimpunan mengikut kelas masing-masing seperti pada perhimpunan biasa dan yang telah ditetapkan dalam pelan kecemasan kebakaran.

15.6 Guru kelas bersama Ketua kelas atau penolong akan menyemak kehadiran murid. Jika terdapat murid yang hilang laporkan kepada penyelia perhimpunan.

15.7 Sila ikut arahan penyelia perhimpunan sama ada di tapak perhimpunan sehinggalah dibenarkan balik ke kelas masing-masing atau sebagainya.

PERKARA 16: PERATURAN AM

16.1 Murid-murid tidak dibenarkan membawa senjata tajam ke sekolah (seperti pisau, gunting dan lain-lain tanpa kebenaran)

16.2 Murid-murid tidak dibenarkan membawa / menggunakan telefon bimbit ke sekolah (surat pekeliling Bil 11/2005). Jika mempunyai urusan penting, murid bolehlah menggunakan telefon awam atau telefon pejabat dengan kebenaran. Sebarang kehilangan telefon bimbit pelajar tidak menjadi tanggungjawab pihak sekolah.

16.3 Murid-murid tidak dibenarkan memasuki zon larangan, tempat letak kereta guru / tempat letak motorsikal dan tempat-tempat tersorok.

16.4 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di kantin semasa P&P sedang dijalankan.

16.5 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan daripada pengawas, dilarang menentang atau melawan / engkar arahan pengawas.

16.6 Semua murid hendaklah mempunyai sifat tanggungjawab dan sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja dan lain-lain dengan baik. 16.7 Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang berlebihan (kecuali untuk membuat bayaran tertentu kepada sekolah). Wang tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas dan sebarang kehilangan tidak menjadi tanggungjawab pihak sekolah.

16.8 Murid-murid tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah.

16.9 Murid-murid dan ibu bapa diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan Manual Keselamatan Pelajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

16.10 Murid-murid dan ibu bapa boleh menyalurkan aduan dan masalah-masalah yang dihadapi kepada pihak sekolah melalui peti aduan yang disediakan di pejabat sekolah, melalui PIBG Sekolah atau terus kepada pentadbir sekolah.

16.11 Murid-murid dan ibu bapa mestilah mengemukakan butir-butir peribadi, alamat kediaman dan nombor telefon yang sah kepada sekolah melalui guru tingkatan masing-masing.

16.12 Hanya ibu bapa dan penjaga sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan pihak sekolah berkaitan dengan hal-hal persekolahan anak.

16.13 Murid-murid dilarang berada di kawasan-kawasan zon larangan seperti kawasan rumah guru / kuarters , bengkel-bengkel Kemahiran hidup dan MPV , makmal Sains (di luar masa p&p) kawasan tempat letak kereta guru, tempat letak motorsikal (semasa p&p) , sekitar surau sekolah, kantin (hanya semasa rehat dan luar waktuy p&p sahaja dibenarkan) dan belakang Blok.

memo3