Buku Pendaftaran Pelajar

download Buku Pendaftaran Pelajar

of 42

description

buku je

Transcript of Buku Pendaftaran Pelajar

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 1

    Kata Alu-aluan Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan saudara-saudari melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara-saudari seharusnya berbangga menjadi warga baru universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan para pejuang bangsa yang berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi beracuankan budaya kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah universiti komprehensif yang dapat memberikan pelbagai pengalaman istimewa kepada pelajar. Suasana pembelajaran menuntut para pelajar berinisiatif sendiri; mencipta dan meneroka peluang mendalami ilmu pengetahuan tinggi; mendampingi para ilmuwan dan intelektual; mengenal potensi diri; mengembangkan minat dan bakat; membentuk keupayaan memimpin; dan membina interaksi sosial yang sihat. UKM sebagai universiti penyelidikan, akan sentiasa memberi dorongan kepada para pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dalam merintis segala hasrat yang boleh dikembangkan untuk membina masa hadapan saudara-saudari yang cemerlang. Bertepatan dengan tuntutan negara yang ingin menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mampan, para pelajar dicabar untuk mendukung hasrat tersebut. Pola pemikiran dan pendekatan dalam bertindak bagi era inovasi ini pastinya berbeza. Oleh itu, para pelajar harus memanfaatkan aliran perkembangan ini dengan memahami dan menghayati sistem pendidikan berasaskan eko-sistem ilmu di UKM. Pembangunan modal insan yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada pendidikan berkualiti di dalam dewan kuliah mahupun makmal sahaja, ianya juga adalah hasil penerokaan ilmu serta potensi diri yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan mulia, berkeupayaan mencipta peluang baru serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Saya menyeru agar sepanjang keberadaan saudara-saudari di Universiti ini, manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menjadi modal insan dambaan negara. Saudara-saudari juga diharapkan agar dapat memberi sumbangan bermakna untuk membangunkan dan menjayakan peranan UKM sebagai Guardian of The Nation. Sekian, terima kasih.

    Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 2 FALSAFAH, MISI, WAWASAN DAN MATLAMAT UKM FALSAFAH Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. MISI Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. WAWASAN UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Matlamat Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang; Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu; Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia; Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan Menjana teknologi yang bermanafaat kepada masyarakat. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) UKM Graduan Beraspirasi Kebangsaan dan Berkompeten Graduan UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat. Graduan Beraspirasi kebangsaan Graduan UKM memahami dan menghayati aspirasi negara, serta nilai dan budaya yang mendasari pembangunan negara bangsa. Graduan Berkompeten Graduan UKM mempunyai ilmu terkini dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan kompetensi, bersesuaian dengan kehendak semasa dan masa depan. Graduan Berdaya Saing & Inovatif Graduan UKM mempunyai daya inovasi, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang menjadi pilihan utama majikan dan pihak berkepentingan.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 3 KANDUNGAN PERKARA MS

    I Senarai Semakan Untuk Pendaftaran Diri 4

    II Maklumat Penting

    1.0 Yuran Kemasukan Pengajian Sesi Akademik 2015-2016 6

    2.0 Tarikh-Tarikh Sesi Akademik 2015-2016

    13

    3.0 Atur Cara Minggu Mesra Pelajar Baru Sesi Akademik 2015-2016 17

    4.0 Pengumuman Larangan Deraan (Ragging) 19

    5.0 Pembiayaan Pendidikan PTPTN 20

    6.0 Peraturan Penting 25

    7.0 Maklumat Umum 27

    8.0 Info Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA Kementerian Pengajian Tinggi

    36

    9.0 Peraturan Pakaian & Kemasan Diri Pelajar UKM 39

    10.0 Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM 40

    III Borang-Borang Berkaitan 41

    1.0 Borang Pengesahan Menggunakan Perkhidmatan Bas UKM

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 4 I. SENARAI SEMAKAN UNTUK PENDAFTARAN DIRI

    (Sila tandakan pada kotak yang berkenaan)

    A. Sekiranya saudara/i menerima tawaran, sila ambil tindakan berikut; 1. Tindakan Segera

    Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web

    http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 12 hingga 30 Ogos 2015. Sila muat naik dokumen berikut:-

    a) Slip keputusan SPM b) Slip keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf c) Slip keputusan MUET/TOEFL/IELTS d) Laporan Pemeriksaan Kesihatan

    Pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem.

    Sila kemaskini Maklumat Terkini Muat naik gambar berukuran paspot (berwarna) secara atas talian dengan

    SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran.

    Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran, di bank berikut:-

    1) Bank Islam Malaysia Berhad 2) CIMB Bank

    Sila rujuk kaedah bayaran di muka surat 11

    Lakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (sila cetak borang yang disediakan di lampiran). Sekiranya kesuntukan masa, saudara/i boleh terus mendaftar diri tetapi pendaftaran akan hanya disahkan selepas laporan kesihatan dikemukakan.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 5

    2. Keperluan Semasa Pendaftaran

    Sila berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar diri seperti pada panduan Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM yang disertakan dalam buku ini.

    Sediakan 6 keping gambar (berwarna) terbaru ukuran pasport dan di belakangnya catatkan nama, fakulti dan nombor pendaftaran (tidak termasuk gambar yang diperlukan pada Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan)

    Sediakan pakaian berikut untuk mengikuti Acara Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

    Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan - 2 atau 3 helai baju kemeja

    lengan panjang warna putih - Seluar panjang berwarna gelap - Baju sukan lengan pendek

    berkolar - Kasut sukan

    - 2 atau 3 helai baju kurung berwarna kebiruan (corak pilihan sendiri)

    - Baju sukan lengan panjang/pendek berkolar

    - Kasut sukan

    Sediakan keperluan seperti bantal, sarung bantal, selimut, cadar dan keperluan peribadi yang lain.

    Sila bawa Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah disempurnakan berserta filem X-ray. Pelekat filem x-ray hendaklah ditampal pada sudut atas sebelah kiri sampul X-ray.

    Sila bawa salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB Bank).

    Sila isi Borang Pengesahan Menggunakan Perkhidmatan Bas UKM dan faks atau hantar kepada Unit Kenderaan UKM jika memerlukan perkhidmatan bas UKM untuk datang mendaftar. (sekiranya datang menaiki kapal terbang / bas / komuter).

    3. Senarai Tempat Penginapan

    Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM ada pada lampiran buku ini (muka surat 40 ) sekiranya ibu / bapa / penjaga memerlukan penginapan semasa hari pendaftaran.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 6

    B. Sekiranya saudara/i menolak tawaran, sila ambil tindakan berikut dengan SEGERA:

    Sahkan penolakan tawaran melalui laman web

    http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 12 hingga 30 Ogos, 2015.

    MAKLUMAT PENTING 1. Yuran Kemasukan/Pengajian Sesi Akademik 2015-2016 Yuran bagi pelajar prasiswazah terbahagi kepada lima komponen seperti berikut:-

    1.1 Yuran Pendaftaran Yuran Pendaftaran dikenakan sekali sahaja kepada pelajar baru sepanjang pengajian di universiti. Yuran Pendaftaran hendaklah dibayar sebelum pelajar mendaftarkan diri ke universiti. Fakulti Warganegara (RM) Bukan Warganegara (RM) 1. Yuran Pendaftaran Semua Fakulti 1,290.00 1,400.00 1.2 Yuran Pengajian Yuran pengajian dikenakan kepada pelajar pada tiap semester, bayaran hendaklah dibuat satu bulan selepas pelajar mendaftar. kadar yuran pengajian mengikut fakulti adalah seperti berikut:- Fakulti Warganegara (RM) Bukan Warganegara (RM) 1. Fakulti Pengajian Islam 510.00 3,200.00 2. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 510.00 4,000.00 3. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 550.00 2,600.00 4. Fakulti Undang-Undang 550.00 3,600.00 5. Fakulti Pendidikan 550.00 2,200.00 6. Fakulti Sains Kesihatan 600.00 5,600.00 7. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600.00 4,600.00 8. Fakulti Sains dan Teknologi 600.00 4,000.00 9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 700.00 6,900.00 10. Kejururawatan 660.00 5,600.00 11. Fakulti Farmasi 850.00 6,500.00 12. Fakulti Pergigian 850.00 17,000.00 13. Fakulti Perubatan 900.00 16,600.00

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 7

    1.3 Yuran Berulang Setiap Semester Yuran ini dikenakan pada setiap semester kepada semua pelajar UKM. Pecahan jenis yuran berulang ini adalah seperti berikut:- Jenis Yuran Warganegara (RM) Bukan Warganegara (RM) 1. Kesihatan 75.00 100.00 2. Kebajikan dan Insuran 25.00 165.00 3. Perpustakaan 50.00 50.00 4. Tabung Aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 20.00 20.00 Jumlah 170.00 335.00

    1.4 Bayaran Urusan imigresen dan Bon Persendirian Semua urusan imigresen pelajar antarabangsa akan diuruskan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS) dan bagi pelajar baru bayaran yang dikenakan ialah seperti berikut:-

    Perkara

    One year

    RM

    Two years

    (Indonesian only)

    RM

    1. Yuran Pemprosesan 1,060.00 1,209.00

    2. i-kad 53.00 106.00

    3. Pass/Sticker 60.00 120.00

    4. Multiple Entry Visa 50.00 100.00

    Jumlah 1,223.00 1,535.00 Berdasarkan kepada Peraturan Imigresen Malaysia Bon Persendirian akan dikenakan kepada pelajar antarabangsa mengikut negara. Bon Persendirian hendaklah dibayar sebelum mendaftar sebagai pelajar baru. Bon Persendirian boleh dituntut semula setelah pelajar menamatkan penggajiannya di UKM dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Imigresen Malaysia. RM 2000.00 Canada USA Colombia

    RM1500.00 Saudi Arabia Africa Australia

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 8 Angola Burkina Faso Burundi Cameroon Central African Republic Republic Congo Republic Democratic Congo Cote D'Ivoire Djibouti Equatorial Guinea Eritrea Ethiopia Guinea-Bissau Ghan Liberia Mali Mozambique Niger Nigeria Rwanda Western Sahara

    British C.I Brunei China Europe Iran Iraq Portugal C.I Taiwan Tunisia Vietnam

    RM1000.00 Japan South Korea Macao Hong Kong Japan South Korea Macao

    RM 750.00 Bangladesh Phillipines India Myanmar Nepal Pakistan Sri Lanka

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 9 Hong Kong

    RM500.00 Indonesia RM300.00 Thailand RM200.00 Singapore Fee for other countries is

    RM1500.00

    1.5 Yuran Kolej Penginapan Yuran kolej penginapan akan dikenakan kepada setiap pelajar apabila pelajar mendaftar di kolej. Kadar yuran kolej penginapan adalah berbeza mengikut jenis bilik dan kolej seperti jadual dibawah. Bayaran hendaklah dibuat satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar di Kolej penginapan. i: Yuran penginapan Kolej Pra Siswazah Pasca Siswazah Jenis Penginapan Warga Negara Bukan Warga Negara Warga Negara Bukan Warga Negara Sehari / Seorang Sehari / Seorang Dato Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Idris Al-Marbawi Tun Hussein Onn Ibu Zain Keris Mas Pendeta Zaba

    3.50 7.00

    6.00 9.00

    Asrama Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir 4.00 7.00 6.00 9.00 Dato Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn

    5.00 7.50

    6.50 11.00

    Pangsarama Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir 6.00 7.50 6.50 11.00

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 10 Kolej Pra Siswazah Pasca Siswazah Jenis Penginapan Warga Negara Bukan Warga Negara Warga Negara Bukan Warga Negara Sehari / Seorang Sehari / Seorang Dato Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn Ibu Zain Keris Mas Pendeta Zaba

    5.00 8.50

    7.50 12.00

    Pangsasiswa Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir 6.00 8.50 7.50 12.00 Ibu Zain Tun Syed Nasir 8.00 11.00 9.00 13.00 Eksekutif II: Kadar Yuran Penginapan Pelbagai Jenis Yuran (RM) Yuran Utiliti 25.00 Yuran Aktiviti Kolej 50.00 Yuran kemudahan 45.00 Jumlah 120.00

    Bagi tujuan pendaftaran diri pelajar baru, bayaran yang perlu dijelaskan hanyalah yuran pendaftaran dan bayaran imigresen (bagi pelajar antarabangsa) sahaja dan hendaklah dijelaskan sebelum pelajar datang pada hari pendaftaran.

    1.0 YURAN PELAJAR ASASI PINTAR UKM Yuran bagi pelajar asasi pintar adalah seperti berikut:- Jenis Yuran (RM) Yuran Pendaftaran 665.00 Yuran Pengajian 700.00 Jumlah 1,365.00

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 11 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum pelajar datang mendaftar diri ke universiti. Yuran penginapan bagi program asasi pintar adalah sama seperti pelajar prasiswazah yang dinyatakan dalam perkara 1.5 diatas. 2.0 KAEDAH BAYARAN Pelajar dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum tarikh pendaftaran, sila rujuk jadual kaedah bayaran untuk membuat pembayaran. Untuk makluman bayaran secara tunai adalah tidak diterima. Bagi pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan dikehendaki menghantar salinan surat tawaran kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari. TARIKH DIRI/TANGGUH PENGAJIAN Bagi pelajar yang menarik diri atau menangguh pengajian bayaran boleh dipulangkan kepada pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut:- Tempoh Kadar Bayaran Balik Sebelum tarikh pendaftaran 100% 2 minggu selepas tarikh pendaftaran 70% 6 minggu selepas tarikh pendaftaran 50% Selepas 6 minggu dari tarikh pendaftaran Tiada

    KAEDAH BAYARAN i) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment) Bayaran boleh di buat dimana-mana kaunter cawangan BIMB Isi Slip Pembayaran Bil Bayaran kepada UKM Nyatakan No. Matrik Masukkan amaun bayaran Serah slip dan bayaran di kaunter Bank Simpan slip bayaran ii) Mesin Auto-Teller (ATM) (BIMB sahaja) Masukkan kad ATM Pilih Ada akaun BIMB Masukkan kad ATM Pilih Menu Lain-lain Pilih Pembayaran Bil IPT Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak Masukkan no. kad pengenalan Pilih No. Matrik pelajar Masukkan amaun bayaran Pastikan transaksi Berjaya dan simpan slip bayaran iii) I-TAP BIMB Pelajar perlu ada akaun BIMB dan telefon bimbit. Dapatkan cip I-TAP dan daftar di mana-mana cawangan BIMB

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 12 KAEDAH BAYARAN

    Pilih Bank Islam I-TAP Pilih Menu Bayaran Bil Pilih Direktori Pilih Yuran IPT Pilih Pembayaran Masukkan No. Matrik Masukkan Jumlah Pilih Akaun Semak pembayaran dan klik OK Masukkan kata laluan (6 digit) dan klik OK Pilih Hantar atau hantar dan simpan untuk tamatkan transaksi iv) Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB- pelajar tidak perlu ada akaun BIMB Pilih lain-lain Pilih Pembayaran Bil IPT Masukkan no. kad pengenalan Pilih No. Matrik pelajar Masukkan duit dalam mesin Sahkan bayaran Pastikan transaksi Berjaya dan simpan slip bayaran i) CIMBclicks Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank .

    Dapatkan e-pin no dimana-mana mesin ATM CIMB Sign-Up di dalam laman web CIMB Clicks Untuk membuat bayaran Login Pilih paybills Masukkan/Pilih Universiti Kebangsaan Malaysia- Yuran Pelajar Masukkan no. matrik dan no kad pengenalan/paspot(bukan warganegara) Masukkan amaun bayaran Klik proceed to payment Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak Bank Pastikan status transaksi adalah successful dan cetak penyata iii) CIMB MyMobile Pelajar perlu ada akaun dengan CIMB Bank dan telefon bimbit Daftar My Mobile di mesin ATM CIMB Bank Sign-Up di dalam laman web CIMB Clicks Untuk membuat bayaran Dial *500*800# Pilih Bank 1. CIMB, masukkan pin no. CIMB Banking services akan di paparkan Pilih 5- bill payment, 2 education Pilih UKM Masukkan no. matrik, kad pengenalan / Pasport Masukkan amaun bayaran.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 13 2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2015-2016 KAMPUS INDUK BANGI & FAKULTI SAINS KESIHATAN Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

    1 6 Sept. 2015 1 minggu

    Sesi Pembelajaran 7 Sept. 6 Nov . 2015 9 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 7 15 Nov. 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 16 Nov. 18 Dis. 2015 5 minggu Cuti Ulangkaji 19 27 Dis. 2015 1 minggu Peperiksaan 28 Dis. 2015 15 Jan.

    2016 3 minggu

    Cuti Semester 16 Jan. 21 Feb. 2016 5 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 22 Feb. - 8 April 2016 7 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 9 17 April 2016 1 minggu Sesi Pembelajaran 18 April 3 Jun 2016 7 minggu Cuti Ulangkaji 4 12 Jun 2016 1 minggu Peperiksaan 13 1 Julai 2016 3 minggu Cuti Semester 2 Julai 4 Sept. 2016 9 minggu Semester III AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 11 Julai 26 Ogos 2016 7 minggu Peperiksaan 29 Ogos 2 Sept 2016 1 minggu Semester I Cuti Hari Malaysia 16 September 2015 (Rabu) Cuti Hari Raya Aidil Adha 24 September 2015 (Khamis) Cuti Tambahan 25 September 2015 (Jumaat) Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) 14 Oktober 2015 (Rabu) Cuti Hari Deepavali 10 November 2015 (Selasa) Cuti Keputeraan Sultan Selangor 11 Disember, 2015 (Jumaat) Cuti Maulidur Rasul 24 Disember 2015 (Khamis) Cuti Hari Krismas 25 Disember 2015 (Jumaat) Cuti Hari Tahun Baru 1 Januari 2016 (Jumaat) Cuti Thaipusam 23 Januari 2016 (Sabtu) Cuti Hari Tahun Baru Cina 8 & 9 Februari 2016 (Isnin & Selasa)

    Semester II Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2016 (Ahad) Cuti Hari Wesak Mei 2016 Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 4 Jun 2016 (Sabtu) Cuti Hari Raya Aidil Fitri 7 & 8 Julai, 2016 (Khamis & Jumaat) Cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos, 2016 (Rabu)

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 14 2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2015-2016 FAKULTI PERGIGIAN Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

    31 Ogos 6 Sept. 2015 1 minggu

    Sesi Pembelajaran* 7 Sept. 8 Nov. 2015 9 minggu Cuti 9 15 Nov 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran ** 16 Nov. 2015 17 Jan

    2016 9 minggu

    Ujian Semester 18 24 Jan 2016 1 minggu Cuti *** 25 Jan 7 Feb. 2016 2 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran *** 8 Feb. 10 April 2016 9 minggu Cuti 11 17 April 2016 1 minggu Sesi Pembelajaran ***** 18 April 19 Jun 2016 9 minggu Minggu Ulangkaji 20 26 Jun 2016 1 minggu Peperiksaan Profesioanl Pertama 27 Jun 10 Julai 2016 2 minggu Cuti ***** 11 Julai 4 Sept. 2016 8 minggu Peperiksaan Profesional Pertama (Ulangan) 8 21 Ogos 2016 2 minggu Catatan: *(Termasuk Cuti Hari Malaysia, Cuti Hari Raya Aidil Adha, Cuti Deepavali dan Cuti Awal Muharam **(Termasuk Cuti Krismas, Cuti Tahun Baru dan Cuti Maulidul Rasul) ***(Termasuk Cuti Thaipusam dan Cuti Hari Wilayah Persekutuan) ****(Termasuk Cuti Tahun Baru Cina) *****(Termasuk Cuti Hari Pekerja dan Cuti Hari Wesak) ******(Termasuk Cuti Hari Raya Aidil Fitri dan Cuti Hari Kebangsaan) TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2015-2016 FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH DOKTOR PERUBATAN TAHUN 1) Semester 1 AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

    1 4 Sept. 2015 1 minggu

    Minggu Mesra Pelajar Fakulti / Kem PPD 7 11 Sept. 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 14 Sept. 06 Nov. 2015 8 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 9 13 Nov. 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 16 Nov. 8 Jan. 2016 8 minggu Cuti Ulangkaji 11 15 Jan. 2016 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 1 18 29 Jan 2016 2 minggu Cuti Akhir Semester / Cuti Perayaan 1 12 Feb. 2016 2 minggu

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 15 Semester 2 AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 16 Feb. 10 April 2016 8 minggu Cuti Pertengahan Semester 13 17 April 2016 1 minggu Sesi Pembelajaran 20 April 12 Jun 2016 8 minggu Cuti Ulangkaji 15 19 Jun 2016 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 2 22 Jun 3 Julai 2016 2 minggu Cuti Semester / Cuti Perayaan 6 Julai 31 Julai, 2016 4 minggu Peperiksaan Ulangan Sem I & II 3 14 Ogos 2016 2 minggu JUMLAH MINGGU 50 Catatan: Cuti Hari Malaysia 16 September 2015 (Rabu) Cuti Hari Raya Aidil Adha 24 Oktober 2015 (Khamis) Cuti Hari Deepavali 10 Nov. 2015 (Selasa) Cuti Maulidur Rasul 24 Disember 2015 (Khamis) Cuti Hari Krismas 25 Disember 2015 (Jumaat) Cuti Tahun Baru 1 Januari, 2016 (Jumaat) Cuti Hari Tahun Baru Cina 8 & 9 Februari 2016 (Isnin & Selasa) Cuti Awal Ramadhan 6 Jun 2016 Cuti Hari Raya Puasa 6 & 7 Julai, 2016 (Khamis & Jumaat)

    TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2015-2016 FAKULTI PERUBATAN (SARJANAMUDA KEJURURAWATAN) Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

    1 6 Sept. 2015 1 minggu

    Sesi Pembelajaran 7 Sept. 2 Okt. 2015 4 minggu Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 5 9 Okt. 2015 1 minggu Sesi Pembelajaran 12 Okt. 6 Nov. 2015 4 minggu Klinikal 9 Nov. 15 Jan. 2016 10 minggu Cuti Ulangkaji 18 Jan 22 Jan 2016 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 1 25 Jan 5 Feb 2016 2 minggu Cuti Semester 8 18 Feb 2016 2 minggu Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH Sesi Pembelajaran 22 Feb 25 Mac 2016 5 minggu Cuti Pertengahan Semester II 28 Mac 1 April 2016 1 minggu Sesi Pembelajaran 4 22 April 2016 3 minggu Klinikal 25 April 17 Jun 2016 8 minggu Seminar / Pembentangan Penyelidikan 20 24 Jun 2016 1 minggu Cuti Ulangkaji 27 Jun 1 Julai 2016 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester II/ Peperiksaan Iktisas Akhir 4 15 Julai 2016 2 minggu Cuti Semester / Perayaan ** 18 Julai 12 Ogos 2016 4 minggu

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 16 Cuti Semester / Peperiksaan Ulangan Semester I & II 15 26 Ogos 2016 2 minggu JUMLAH MINGGU 52 Semester I Cuti Hari Malaysia 16 September 2015 (Rabu) Cuti Hari Raya Aidil Adha 24 September, 2015 (Khamis) Cuti Hari Deepavali 24 Oktober, 2015 (Selasa) Awal Muharam (Maal Hijrah) 10 November, 2015 (Selasa) Cuti Hari Krismas 25 Disember 2015 (Jumaat) Cuti Tahun Baru Cina 8 & 9 Februari, 2016 (Isnin & Selasa) Cuti Hari Raya Aidil Fitri 6 & & Julai, 2015 (Rabu & Khamis)

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 17

    Atur Cara Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2015 - 2016

    UKM Pendaulat Amanah Negara (Guardian Of The Nation)

    Tarikh/ Masa

    5.00 pg 7.00 pg

    7.00 pg - 8.00 pg 8.00 pagi - 12.30 tengahari 12.30 tengahari - 4.30 petang

    4.30

    - 5.3

    0 M

    inum

    Pet

    ang,

    Sol

    at d

    an P

    erge

    raka

    n ke

    Lok

    asi

    5.30 ptg - 7.00 mlm

    7.00 mlm - 8.30 mlm

    8.30 mlm- 10.30 mlm

    SELASA 1.9.2015

    Persediaan Diri

    Pendaftaran Pelajar *(Kecuali pelajar dari Negeri Sembilan, Melaka,

    Selangor, Purajaya dan WP KL)

    Pendaftaran Pelajar *(Hanya pelajar dari Negeri Sembilan,

    Melaka, Selangor, Purajaya dan WP KL)

    Aktiviti di Kolej

    Kediaman

    Sola

    t &

    Mak

    an M

    alam

    `Malam Ramah Mesra (Aktiviti di Kolej Kediaman)

    RABU 2.9.2015

    Sola

    t / T

    azki

    rahS

    ubuh

    / Ce

    ram

    ah M

    oral

    (K

    olej

    )

    Sara

    pan

    9.00 pg 12.30tghri 12.30 tghri 2.30 ptg 2.30 ptg 5.00 ptg

    UKM

    Sih

    at

    Suka

    n Pe

    rsah

    abat

    an

    `Tautan Ukhwah (Aktiviti di Kolej Kediaman)

    3M@Fakulti (Fakulti masing-masing)

    Makan Tghri

    bersama Dekan

    (FAKULTI)

    3M@Fakulti (Fakulti masing-masing)

    KHAMIS 3.9.2015

    UKM Style dan Kempen Badan

    Beruniform (Dewan Gemilang)

    Eksplorasi Kampus

    Solat, Rehat, Makan Tghri

    Lihat Kampus Ku Yang Tenang (Aktiviti Kolej Kediaman)

    7.00 mlm 10.30 mlm

    Tahlil Kesyukuran dan Kemerdekaan (Masjid UKM) Ceramah Kerohanian & Kenegaraan (DECTAR)

    JUMAAT 4.9.2015

    9.00 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.00 tghri

    Solat, Rehat, Makan Tghri

    3.00 ptg 4.30 ptg

    Sola

    t, R

    ehat

    , M

    akan

    Mal

    am

    Malam Tunas Seni (Sekitar Kampus Bangi)

    Guardian of The Nation

    (DECTAR)

    Majlis Ikrar Pelajar

    (DECTAR)

    Tak Kenal Maka Tak Cinta Bersama Menteri Mentor

    (DECTAR)

    SABTU 5.9.2015

    9.30 pagi 12.30 tghri Solat, Rehat, Makan Tghri

    2.30 ptg 4.30 ptg

    Persiapan Kenduri

    UKM

    Sola

    t, &

    reha

    t 8.30 mlm 10.30 mlm

    Memasyarakatkan Universiti (HEJIM) Saya Sayang UKM bersama HEPA

    Kenduri UKM

    (Dataran Gemilang) Hari Inovasi(HEPI)

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 18 PeringatanKhas: Pelajar baru DIWAJIBKAN menghadiri Acara Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Pengecualian menghadiri Acara MMM hanya diberikan oleh Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM.

    1. Penyediaan makan dan minum pelajar baru bermula pada hari Isnin 1 September 2015 (minum petang dan makan

    malam). Manakala dari 2 September 2015 (Selasa) hingga 6 September 2015 (Sabtu), sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam disediakan.

    2. Makan tengahari bersama dengan Dekan di Fakulti pada 2 September 2015 (Rabu) diuruskan oleh Fakulti. 3. Urusan pendaftaran kursus bertempat di Fakulti masing-masing.

    4. Ibubapa/Penjaga yang datang awal untuk mengiringi anak mereka ke UKM dan memerlukan kemudahan tempat

    tinggal sila hubungi Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM di No. Telefon 03-89215060 / 03-89215312 / 03-89214531.

    5. UKM akan menyediakan kemudahan pengangkutan (bas) untuk membawa pelajar ke Kampus Induk UKM Bangi seperti Jadual di bawah. Ketibaan pelajar baru di tempat menunggu akan disambut oleh Pemudahcara (PC) yang dilantik oleh UKM.

    Tarikh Masa Tempat Menunggu

    31 Ogos 2015

    (Isnin)

    7.00 pagi

    10.00 pagi

    1.00 tengahari

    4.00 petang 7.00 malam

    10.00 malam

    KLIA / KLIA2 / Stesen Komuter UKM / Hentian Bas Kajang / Terminal

    Bersepadu Selatan / Hentian Duta

    1 September 2015

    (Selasa)

    7.00 pagi 10.00 pagi 1.00 tengahari 4.00 petang 7.00 malam 10.00 malam

    KLIA / KLIA2 / Stesen Komuter UKM / Hentian Bas Kajang / Terminal

    Bersepadu Selatan / Hentian Duta

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 19 PENGUMUMAN LARANGAN DERAAN (RAGGING) Kepada, Semua Pelajar (Baru dan Lama) Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara/i, DERAAN (RAGGING) ATAU PERKARA YANG SEUMPAMANYA Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa deraan fizikal, mental termasuk perbuatan dan perkataan yang menjatuhkan air muka, maruah dan kehormatan diri seseorang pelajar dalam apa jua bentuknya yang boleh ditafsirkan sebagai DERAAN (RAGGING) adalah DIHARAMKAN di Universiti ini. DERAAN (RAGGING) IALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB YANG MANA IANYA MERUPAKAN PERBUATAN YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI DAN TIDAK HARUS MENJADI BUDAYA MAHASISWA UNIVERSITI. 2. PIHAK UNIVERSITI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG MELAKUKAN KERJA MENDERA INI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP MEEKA DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT TERMASUK DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI. (KEPUTUSAN PERSIDANGAN NAIB CANSELOR KE 22 PADA 21 JULAI 1989). 3. Semua pihak yang melihat dan mengetahui adanya deraan ke atas mahasiswa berlaku di mana-mana sahaja, hendaklah melaporkan kepada pihak Pengetua Kolej atau pihak Keselamatan UKM dengan segera. Pihak Pengetua dan pihak Keselamatan selepas menerima aduan hendaklah serta merta menyiasat dan memanggil mereka yang terlibat dan membuat laporan bagi dakwaan. Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya. Ibu bapa / penjaga kepada pelajar yang terlibat akan dihubungi mengenai kes ini. 4. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAJAR, MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM) AKAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2015 DAN BERAKHIR PADA 6 SEPTEMBER 2015. MANA-MANA PELAJAR ATAU KUMPULAN PELAJAR YANG TERLIBAT MENGADAKAN SUAIKENAL / ORIENTASI SELEPAS TARIKH INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Sekian, terima kasih. ARAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 20 PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian

    secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut; a. Diploma b. Ijazah Sarjana Muda c. Ijazah Sarjana d. Doktor Falsafah (PhD) e. Kursus Profesional

    2. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal

    menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi.

    3. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

    4. Pelajar yang menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain

    boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah; a. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat

    pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):- Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN.

    b. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama:- Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

    5. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain.

    6. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 21 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;

    2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

    3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana

    mata pelajaran;

    4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;

    5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti

    kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPTA (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementarian Pengajian Tinggi;

    6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi

    dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;

    7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian

    Pengajian Tinggi untujk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (v) di atas;

    8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu tahun;

    9. Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan

    bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira umur dan pendapatan penjamin;

    10. Tidak mempunyai penaja lain, dan;

    11. Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.

    PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN 1. Sebelum membuat permohonan, pelajar baru perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank

    Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.

    2. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi UKM menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 22

    KAEDAH PERMOHONAN 1. Permohonann boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my.

    Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walau bagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN.

    2. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian beserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing.

    3. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah

    seperti berikut; a. Salinan Kad Pengenalan pemohonan (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka

    surat yang sama); b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

    (Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai.);

    c. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja.);

    d. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit / Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini diperlukan sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah);

    e. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANAMUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER); (Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan traskrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);

    f. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan (Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Pengesahan Tidak Bekerja IBU BAPA / PENJAGA / PEMOHON / PASANGAN PEMOHON;

    g. Salinan Kad Pengenalan / Salinan Paspot ibu dan bapa kandung sebagai penjamin; h. Salinan Sijil Kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal

    dunia atau tidak dapat dikesan; i. Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat

    Zakat / sekiranya pemohon / ibu bapa kandung / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;

    j. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos.

    4. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:-

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 23

    i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dari IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar;

    ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

    5. Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disahkan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

    6. Pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:- i. Wakil Rakyat / Senator ii. Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) iii. Pengamal Undang-Undang iv. Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai v. Pengetua / Guru Besar (Sekolah kerajaan sahaja) vi. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf

    dan ke atas vii. Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim /

    Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) viii. Untuk Sabah dan Sarawak Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai

    Taman Sabah.

    (Penting: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Jawatan Pegawai dan Jabatan / Alamat di mana pegawai bertugas)

    PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran

    pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN.

    2. Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan PNGK 2.00 dan ke atas.

    PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan PNGK kurang daripada 2.00;

    2. Menangguhkan pengajian; dan

    3. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 24 PENAMATAN/ PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

    1. Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dibuat apabila pelajar gagal / behenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. Pelajar dikehendaki membayar balik pembiayaan yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

    2. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web htp://www.ptptn.gov.my. PTPTN HOTLINE 03-20804455 untuk sebarang kemusykilan. Sebarang aduan / pertanyaan sila emel kepada; [email protected] Alamat Surat Menyurat; PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur. INFO CENTER PTPTN SARAWAK Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kuching) Bangunan Haji Abdul Rasit Lot 173, 174, 175 Jalan Muda Hashim 93400 Kuching, Sarawak. INFO CENTER PTPTN SABAH Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kota Kinabalu) Wisma BSN Sabah Jalan Kemajuan, Karamunsing 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah; i. Pertanyaan dan Aduan ii. Rundingcara iii. Bayaran balik pinjaman iv. Pembukaan akauan SSPN v. Penambahan deposit SSPN vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 25 PERATURAN PENTING Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan UKM termasuk perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: 1. Undang-Undang Universiti

    Pelajar dikehendaki mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti, Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar 1999), Statut dan Peraturan, dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

    2. Pemakaian Kad Kampus Kad Kampus merupakan pengenalan diri bagi seluruh warga UKM. Setiap pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan kad kampus semasa berada di dalam kampus.

    3. Larangan Membawa dan Memandu Kenderaan Bermotor Pelajar Tahun 1 Sesi Akademik 2015-2016 dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor kecuali motosikal di dalam kawasan Kampus UKM, Bangi. Berbasikal adalah digalakkan.

    4. Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pekaian dan kemasan diri untuk pelajar UKM demi menjaga nama baik Universiti dalam membentuk suasana kampus yang tenteram dengan pelajar yang bermoral, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Universiti sebagai institusi pendidikan dan pusat ilmu.

    5. Kawasan Larangan Merokok Kampus UKM merupakan kawasan larangan merokok. Larangan dikuatkuasakan kepada semua pelawat dan warga UKM semasa berada di dalam kampus.

    6. Pembayaran Yuran Pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.

    7. Ujian MUET Pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2015-2016 yang belum menduduki Malaysia University English Test (MUET) DIWAJIBKAN mengambilnya pada penghujung tahun 2015 atau sebelum Sesi Akademik 2015-2016 berakhir. (Khas kepada pelajar bukan warganegara.)

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 26 8. Prosidur Penanguhan Pengajian / Penggantungan Diri

    Sekiranya pelajar ingin menangguhkan pengajian, disebabkan sakit atau menghadapi masalah lain sehingga boleh menjejaskan pengajian pada semester berkenaan, sila ambil tindakan seperti berikut;

    Mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan Pendaftaran Diri Pelajar Baru Sesi Akademik 2015-2016 dan dihantar kepada Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Akademik untuk disampaikan kepada Dekan Fakulti; dan

    Menjelaskan yuran penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri sebanyak RM50.00.

    Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk pelajar membuat penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri adalah dua (2) semester kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Penangguhan yang disebabkan oleh masalah kesihatan hendaklah disertakan dengan surat perakuan doktor dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

    9. Wang dan Barang Kemas Pelajar-pelajar baru dinasihatkan tidak membawa wang yang banyak serta memakai barang kemas semasa menjalani MMM bagi mengelakkan kejadian kecurian dan kehilangan barang. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang dan barang semasa MMM.

    10. Pertukaran Program Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 27 MAKLUMAT UMUM 1. Kampus Universiti

    Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga (3) kampus iaitu; a. Kampus Induk di Bangi b. Kampus Kuala Lumpur, dan c. Kampus Cheras

    Kampus Induk Bangi menempatkan; i. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ii. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan iii. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina iv. Fakulti Pendidikan v. Fakulti Pengajian Islam vi. Fakulti Sains dan Teknologi vii. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat viii. Fakulti Undang-Undang ix. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) x. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) xi. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) xii. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) xiii. Institut Kajian Oksidental (IKON) xiv. Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) xv. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) xvi. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) xvii. Institut Sel Fuel xviii. Institut Islam Hadhari (HADHARI) xix. Institut Kajian Etnik (KITA) xx. Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEAPRI UKM) xxi. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) xxii. Institut Perubahan Iklim (IPI)

    Kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz menempatkan; i. Fakulti Perubatan (Tahun 1 dan 2) ii. Fakulti Pergigian iii. Fakulti Farmasi iv. Fakulti Sains Kesihatan.

    Kampus Cheras di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur menempatkan; i. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - hospital pengajar ii. Fakulti Perubatan (Tahun 3 5) iii. Institut Perubatan Molekul (UMBI)

    Antara bangunan yang menjadi mercu tanda Universiti ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Masjid Universiti yang indah. Terletak bertentangan antara satu saia lain berhampiran pintu masuk utama, DECTAR mengingatkan semua akan peranan Universiti sebagai

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 28

    kemuncak kecemerlangan akademik, sementara masjid ialah tempat beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah; kedua-duanya menjadi pengakuan sepanjang kenyataan falsafah Universiti iaitu; Paduan antara iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti Dengan asas yang mantap ini, UKM akan mengorak langkah dengan lebih yakin untuk menangani cabaran alaf baru melalui Pelan Strategik 2000-2010.

    2. Unit Kebajikan Pelajar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

    Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit Kebajikan Pelajar dalam usaha membantu pelajar yang menghadapi masalah sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah:

    i. Tabung Kebajikan Pelajar

    Mengurus urusan permohonan Tabung Kebajikan Pelajar berkaitan Kematian Pelajar atau Waris, Rawatan Hospital, Insurans dan Kes-kes Khas seperti kebakaran, kecurian, bencana dan sebagainya.

    Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

    ii. Pinjaman/Biasiswa

    Mengurus urusan penyerahan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian PTPTN dan JPA.

    Menguruskan urusan Perlanjutan PTPTN/JPA. Borang perlanjutan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar. Bagi pelajar tajaan PTPTN borang perlanjutan boleh didapati di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

    Mengurus urusan kenaikan kadar PTPTN bagi pelajar yang mendapat pembiayaan sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian. Penentuan jumlah pembiayaan sama ada pembiayaan penuh, pembiayaan sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian adalah berdasarkan pendapatan bersih ibu/bapa/penjaga pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan pelajar atau di laman web http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

    iii. Orang Kurang Upaya (OKU)

    Mengurus kebajikan orang kurang upaya(OKU) seperti menguruskan borang Tuntutan Bantuan Yuran Pengajian Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT, dan borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di facebook UKP https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-UKM/296902280375320

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 29

    iv. Tabung Kewangan Pelajar

    Pelajar yang menghadapi masalah kewangan, pinjaman/biasiswa boleh memohon Tabung Kewangan Pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

    v. Senarai penaja yang menawarkan pinjaman/biasiswa

    Bil. Nama Penajaan

    1. Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)

    2. Biasiswa Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang

    Di-Pertua-Yang Di Pertua Negeri

    3. Biasiswa Pelajar Orang Asli Di Bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

    4. Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) Hadiah Biasiswa Tunku Abdul Rahman

    5. Khazanah Watan Scholarship Programme

    6. Titijaya Scholarship Fund

    7. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

    8. Ken Foundation

    9. Biasiswa Samling

    10. Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK)

    11. Putrajaya Perdana Berhad Scholarship Awards

    12. Tan Sri Lee Loy Seng Foundation

    13. CIMB Foundation

    14. Yayasan Wah Seong Scholarship Awards

    15. Yayasan Proton Scholarship Awards

    16. LITRAK Scolarship Awards

    17. Biasiswa Yayasan Sime Darby

    18. Pinjaman Pengajian Tinggi TAPEM

    19. Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

    20. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (Pengajian Dalam Negara)

    21. Biasiswa Sukan Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

    22. Samsung Scholarship Awards

    23. United Malacca University Shcolarship Awards

    24. Chen Moi Education Foundation Scholarship Awards

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 30

    25. Yayasan TELEKOM

    26. Biasiswa Bank Negara

    27. Pinjaman Negeri Kedah

    28. Pinjaman Negeri Perak

    29. Pinjaman Yayasan Perak

    30. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang

    31. Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

    32. Pinjaman Yayasan Selangor

    33. Pinjaman Kerajaan Negeri Melaka

    34. Yayasan Pahang

    35. Yayasan Negeri Sembilan

    36. Yayasan Sabah

    37. Pinjaman Kerajaan Negeri Sabah

    38. Pinjaman Pelajaran MARA

    39. Pinjaman Yayasan Sarawak

    40. Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

    41. Biasiswa MAYBANK

    42. Biasiswa Di Bawah Skim Pengajian Tinggi Pra-Perkhidmatan Angkatan Tentera

    Malaysia Kementerian Pertahanan

    43. Biasiswa FELDA

    44. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia

    45. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

    46. Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

    47. Biasiswa Boleh Ubah PETRONAS

    48. Biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB)

    49. Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

    50. Biasiswa / Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu

    (Yayasan Terengganu)

    51. Yayasan Kuok Foundation

    52. Biasiswa Sarawak SHELL

    53. Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik / Kolej Komuniti / Teknikal KPM

    54. Biasiswa Perlis

    55. Biasiswa Majlis Raja-Raja

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 31

    56. Jepun Air Line (JAL)

    57. Pinjaman India High Commission Of India

    58. Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN)

    59 Biasiswa Canon Opto (M) Sdn. Bhd

    60 IGB Scholarship Awards

    61. Biasiswa Mudajaya Group Berhad

    62. Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad

    63. Biasiswa MSCB Group

    64. Biasiswa / Dermasiswa /Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman

    65. Yayasan Felcra

    66. Pusat Perubatan UKM

    67. Bursa Malaysia Berhad

    68. Honda Malaysia Fund

    69. Yayasan Scomi

    70. Urusetia Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

    Sebarang hebahan atau maklumat untuk pengetahuan berkaitan Pinjaman/Biasiswa akan dibuat melalui lamen web e-pelajar, Fakulti/Kolej dan di Page Facebook Unit Kebajikan Pelajar (https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-UKM/296902280375320). Keterangan lanjut berkenaan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) boleh diperolehi melalui talian 03-89213575/4367/4368/5316 atau faks 03-89214451 atau email [email protected].

    3. Pusat Sukan UKM Pusat Sukan UKM sentiasa berusaha membangun serta melaksanakan program dan aktiviti sukan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang telah menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan peluang belajar kepada atlit sukan. Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab memberi garis panduan dalam usaha penyelarasan keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan pencapaian dalam bidang sukan di IPT. Pusat sukan mempunyai 3 Bahagian besar iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan dan Bahagian Pembangunan dan dipecahkan kepada unit-unit dibawahnya mengikut peranan dan tanggungjawab kerja yang seusia selaras dengan Dasar Sukan IPT yang menekankan pembangunan sukan ke peringkat lebih tinggi. Di bawah Bahagian Pentadbiran mempunyai Unit Kewangan & Pentadbiran, Unit Kualiti dan Unit Pembangunan Kompetensi. Bahagian Pengurusan mempunyai dua unit iaitu Unit Pengurusan Acara dan Unit Prasarana Sukan & ICT. Manakala Bahagian Pembangunan mempunyai Unit Pembangunan Kampus Cawangan, Unit Pembangunan Atlet dan Unit Aktiviti IPT.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 32

    Objektif Pusat sukan adalah merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan universiti serta menjalankan aktiviti dan program sukan dan rekreasi bagi pelajar, kakitangan dan memberi perkhidmatan penganjuran sukan bagi pihak luar. Pusat Sukan juga menyediakan kemudahan dan prasarana sukan yang lengkap dan berkesan. Pusat Sukan turut menyediakan latihan dan kursus bagi meningkatkan kopentensi kakitangan dalam bidang sukan. Perkhidmatan penggunaan dan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti adalah di bawah tanggungjawab Pusat Sukan. Kemudahan-kemudahan sukan yang dimaksudkan adalah seperti Stadium Universiti, balapan sintetik, padang bola sepak, padang ragbi, gelanggang skuasy, padang hoki dan sebagainya yang perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keterangan lanjut mengenai kemudahan sukan ini boleh diperlolehi melalui talian 03-89213097/3071 atau email ke [email protected].

    4. Perpustakaan UKM Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang yang merupakan perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan lima Perpustakaan Cabang iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Undang-Undang (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kuala Lumpur), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (Cheras) dan Perpustakaan Lingkungan Kedua (Bangi). Perpustakaan UKM menyediakan perkhidmatan sumber maklumat dan ilmu kepada warga universiti untuk pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan inovasi. Perpustakaan dilengkapi dengan pelbagai koleksi yang terdiri daripada bahan dalam bentuk bercetak dan juga elektronik seperti buku, jurnal/majalah berjilid, bahan media, e-buku dan e-jurnal. Sehingga 31 Disember 2013, Perpustakaan mempunyai jumlah bahan dalam bentuk bercetak 2,112,500 naskhah, koleksi e-buku, e-tesis dan e-jurnal sebanyak 548,999 judul dan bahan media 407,456 salinan. Perkhidmatan kepada sumber maklumat elektronik terdiri daripada katalog awam dalam talian, pangkalan data dalaman, CD-ROM dan pangkalan data dalam talian menerusi internet yang meliputi pelbagai bidang perkara/pengajian dalam bentuk teks penuh/abstrak/bibliografik. Maklumat-maklumat ini boleh diakses dari dalam dan juga luar kampus UKM. Dalam usaha Perpustakaan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk pelanggan, antaranya ialah perkhidmatan pinjaman/pemulangan, sistem pembekalan penerbitan, bimbingan dan pendidikan pelanggan, rujukan dan khidmat nasihat, salinan foto, perkhidmatan internet, jurnal elektronik, bilik karel, bilik perbincangan dan bilik tayangan. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar OKU seperti menyediakan bilik khas yang menempatkan komputer yang mempunyai perisian Jaws Professional, lif, tempat meletak kereta dan tandas untuk pelajar OKU.

    5. Unit Perumahan Pelajar

    Unit Perumahan Pelajar merupakan sebuah unit berperanan sebagai menyelaras penempatan semua pelajar untuk 12 kolej kediaman di UKM, sepuluh darinya terletak di Kampus Bangi manakala sebuah di Kampus Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Pusat Perubatan UKM. Terdapat lebih kurang 13,000 kemudahan bilik penginapan disediakan untuk pelajar pelbagai peringkat pengajian dan pelajar tahun pertama (prasiswaza h) diwajibkan menginap di kolej kediaman.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 33

    Setiap bilik pelajar disediakan kemudahan asas lengkap seperti katil, tilam, kerusi dan meja studi, almari pakaian dan mini papan notis. Disamping itu juga, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelajar seperti kafeteria, ruang riadah, bilik TV, ruang bacaan, surau dan bilik aktiviti pelajar. Kemudahan Wi-fi juga disediakan untuk pelajar yang menginap di kolej kediaaman bagi memastikan mereka menikmati segala kemudahan yang diperlukan. Kategori bilik penginapan yang terdapat di kolej kediaman ialah bilik seorang dan bilik kongsi berdua dengan kadar sewa bilik berdasarkan kepada jenis dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar. Bagi pelajar yang bekeluarga, Unit Perumahan Pelajar menyediakan rumah pelajar berkeluarga berkonsepkan apartment 2 dan 3 bilik dengan kadar sewa yang berpatutan RM500 hingga RM1000 sebulan. Lokasi rumah pelajar berkeluarga terletak di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Pangsapuri Taman Tenaga dan Pangsapuri UKM Blok 6. Perumahan pelajar berkeluarga dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Perumahan Pelajar dan urusan permohonan untuk mendapatkan kediaman tersebut perlu dimajukan ke Unit berkenaan. Tanggungjawab mentadbir urus kolej kediaman adalah seperti di jadual berikut:-

    KOLEJ PENGETUA TELEFON EMEL KAMPUS INDUK BANGI Kolej Dato Onn (A) Prof Madya Dr. Jasri Jamal 03-89215921 [email protected] Kolej Aminuddin Baki (B) Dr. Mohd. SuzerenBin Md. Jamil 03-89215915 [email protected] Kolej Ungku Omar (C) Encik Nik Hairi Omar 03-89213148 [email protected] Kolej Burhanuddin Helmi (D) Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa 03-89215467 [email protected] Kolej Ibrahim Yaakob (E) Prof. Madya Dr. Ruslin Amir 03-89214088 [email protected] Kolej Rahim Kajai (F) Dr. Roslee Rajikan 03-89215629 [email protected] Kolej Ibu Zain (F) En. Anuar Ahmad 03-89215600 [email protected] Kolej Keris Mas (H) Prof. Madya Dr. Muhammad bin Hussin 03-89214009 [email protected] Kolej Pendeta Zaba (L) Prof. Madya Ahmad Sunawari Long 03-89216849 [email protected] Kolej Tun Hussein Onn (Z) Prof. Madya Dato Samsu Adabi Mamat 03-89215953 [email protected] KAMPUS KUALA LUMPUR Kolej Tun Syed Nasir (W) Dr. Shazali Ezzat bin Ghazali 03-

    92897000/303/ 26927828

    [email protected]

    KAMPUS CHERAS Kolej Tun Dr. Ismail (V) Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin 03-91456270 [email protected]

    Unit Perumahan pelajar juga ada mengurus dan menyelaras permohonan penginapan pihak luar yang ingin menganjurkan aktiviti di dalam dan luar kampus UKM. Status pernmohoan bergantung kepada kekosongan bilik penginapan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Universiti. Pelajar baru akan mengikuti Program Minggu Pendaftaran dan Suaikenal Bulan Mesra Pelajar dan akan ditempatkan di kolej kediaman masing-masing. Pertukaran kolej adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, permohonan untuk berbuat demikian hendaklah dikemukakan kepada Pengetua Kolej berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan berhubung dengan kemudahan penginapan dan ruang di premis Unit Perumahan Pelajar boleh emelkan ke alamat : [email protected] dan untuk mendapatkan maklumat sila layari www.ukm.my/perumahan.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 34 6. Kesihatan

    Pelajar diwajibkan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa pendaftaran di Universiti. Kemudahan perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar disediakan kepada semua pelajar yang telah mendaftar sepenuh masa. Skim ini membolehkan pelajar mendapatkan rawatan pesakit luar (perubatan dan pergigian) di Pusat Kesihatan. Pada waktu pejabat perkhidmatan ambulans dan kecemasan juga ada disediakan untuk pelajar. Kes-kes yang tidak dapat ditangani sepenuhnya akan dirujuk ke Hospital Kerajaan. Rawatan di hospital swasta atau klinik swasta tidak ditanggung di bawah skim tersebut. Sebarang pertanyaan perkhidmatan boleh dihubungi melalu talian 03-89214555 / 5115 / 5087 (waktu pejabat) atau melalui emel: [email protected]. Bagi perkhidmatan kecemasan atas panggilan on-call sila hubungi talian 012-6485541 / 012-6485542. Pelajar juga layak mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di Klinik Panel seperti berikut; a. Kampus Kuala Lumpur

    Klinik Reddy (03-40423173)

    b. Kampus Bangi (luar waktu pejabat sahaja) Klinik UKM Kesihatan (Seksyen 15) (03-89266330)

    7. Badan Pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia)

    Pelajar Universiti boleh menjadi ahli kepada Badan Pelajar. Pendaftaran badan pelajar diuruskan oleh Pejabat Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan pelajar digalakkan menajadi ahli mana-mana persatuan, kelab atau urusetia yang diiktiraf oleh Universiti. Pendaftaran sebagai ahli baru boleh dilakukan semasa Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar dan Pengambilan Ahli Baru ayng dianjurkan oelh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (sekali dalam setahun). Proses ini diadakan di Pusanika dan fakulti-fakulti. Kelulusan kegiatan dan bantuan kewangan untuk aktiviti dalam dan luar negara anjuran pelajar hendaklah melalui Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar (UPSP), Jabatan Perkhidmatan Pelajar. Bimbingan dalam hal berkaitan penganjuran aktiviti atau program kegiatan pelajar boleh diperolehi di unit ini. Para pelajar UKM boleh mengikuti latihan pengurusan organisasi, kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang disediakan oleh UPSP. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 03-89213146 atau e-mail: [email protected]/ [email protected].

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 35 8. Pusat Aneka Kemudahan (PUSANIKA)

    Pusanika merupakan pusat kemudahan untuk pelajar. Pelajar boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pos, kafeteria, kiosk, kedai buku, kedai gambar, kedai serbaneka, fotostat, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan perbankan, bilik-bilik badan pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia), Auditorium Siswa dan lain-lain lagi. Di Pusanika juga terdapat perkhidmatan berkaitan dengan hal-ehwal pelajar yang boleh diperolehi melalui pejabat Timbalan Pendaftar JPPel, Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar, Unit Perumahan Pelajar, Unit Kaunseling, Unit Kebajikan Pelajar, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Pusat Khidmat Pelajar (SSC) dan Bahagian Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa (ISSD, PHA). Di bangunan Pusanika juga terdapat ruang aktiviti dan kegiatan pelajar seperti di ruang Aras 3, Aras 5, kawasan Parkir Aras 6, Dataran Pusanika Aras 6 dan Ruang Santai Pelajar Aras 7.

    9. Portal Learning Care UKM Portal Learning Care UKM dibina untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di UKM. Ia boleh dilihat sebagai penambah nilai kepada cara pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang telah sedia dipraktikkan di UKM. Portal ini terbahagi kepada dua (2) sistem utama iaitu Learning Care dan GroupWeb. Learning Care adalah komponen e-learning yang membolehkan pensyarah menempatkan bahan pengajaran seperti nota kuliah, dokumen dan sebagainya di web untuk dicapai oleh pelajar masing-masing. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan untuk pensyarah dan pelajar berkomunikasi dengan lebih baik di atas talian. GroupWeb pula adalah sistem pengurusan maklumat peribadi atas talian. Ia mempunyai komponen seperti e-mail, forum, to do list, calendar, peristiwa dan sebagainya. GroupWeb, seperti juga Learning Care, boleh dicapai dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian ke internet dan perisian penyusur web Internet Explorer 5.5 ke atas. Portal Learning Care UKM boleh dicapai di http://portal.ukm.my

    10. Koperasi UNIKEB Koperasi Unikeb menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar untuk kehidupan dan pembelajaran di kampus universiti. Kedai-kedai Koperasi iaitu Kedai Buku Unikeb dan U-Mart terdapat di Kampus Induk UKM Bangi, Kampus Cheras dan Kampus Kuala Lumpur. Masa beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Diantara keperluan yang disediakan adalah; Keperluan Pembelajaran

    Buku-buku teks dan alat tulis, alatan aksesori komputer, majalah dan akhbar, pakaian dan cenderamata berlogo UKM.

    Keperluan Harian Barangan minuman dan makanan, produk pencucian dan kebersihan, barang jagaan badan dan solekan, barangan alatan bilik (bantal/baldi/penyapu dan lain-lain)

    Keperluan Alatan Elektrik, Komputer dan Komunikasi Barangan elektrik, komputer (termasuk komputer riba) dan aksesori, telefon dan kupon telefon prabayar.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 36

    Keperluan Pengangkutan Tiket bas ekspres Transnasional ke semua destinasi, tiket kapal terbang Air Asia, Insurans kenderaan Takaful dan Uni Asia, dan Basikal

    INFO BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 1. Latarbelakang

    Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kumpulan pelapis tenaga akademik IPTA akan datang dengan peluang tajaan di peringkat pasca ijazah khususnya dalam bidang sains tulen.

    2. Bidang Tajaan a. Sarjanamuda Sains Kimia; b. Sarjanamuda Sains Fizik; c. Sarjanamuda Sains Biologi; d. Sarjanamuda Sains Matematik; dan e. Sarjanamuda Senibin.

    3. Syarat-Syarat Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA

    a. Syarat-syarat Asas

    i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 21 tahun semasa memohon; iii. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama

    (semester 1) dalam bidang-bidang yang ditetapkan; iv. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja,

    pemohon perlu menghentikan tajaan asas; v. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan

    institusi pengajian tinggi awam atau dengan Kerajaan Malaysia sselepas tamat pengajian (sekiranya ditawarkan).

    b. Syarat-syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut; i. Mendapat tempat sebagai pelajar baru di Tahun Pertama, Semester Satu Sesi 2015-

    2016 ii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A1/A2) di peringkat SPM dengan

    kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf; iii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 di peringkat asasi

    IPTA/Matrikulasi/STPM; iv. Penerima biaya hendaklah mengekalkan prestasi akademik sekurang-kurangnya

    PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini);

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 37

    v. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;

    vi. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CFPA di bawah 2.75 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditamatkan pembiayaannya.

    c. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon

    i. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang

    ditetapkan; ii. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau

    diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi; iii. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains /

    Pra Universiti / Alpha / Foundation. iv. Pelajar / pegawai yang mengikuti program / kursus Jarak Jauh / separuh masa.

    4. Kontrak Pelajar yang menerima biasiswa perlu menandatanganii biasiswa berkhidmat dengan kerajaan (IPTA) sekiranya berjaya dilantik dengan tempoh kontrak selama 4 5 tahun.

    5. Gantirugi Biasiswa Pelajar boleh dikenakan gantirugi jika melanggar kontrak perjanjian sebanyak RM100,000.00 hingga jumlah sebenar jika ada elemen pengajian di luar negara.

    6. Cara Permohonan (Sesi Akademik 2015-2016) Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut; i. Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui laman web KPT serentak dengan

    pengumuman keputusan kemasukan peringkat Ijazah Pertama oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP);

    ii. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 2 kali untuk mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

    iii. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2015 sebagai bukti telah dibuat;

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 38

    iv. Borang permohonan yang telah dibuat secara online hendaklah dicetak dan didapatkan pengesahan dari pihak pentadbir Fakulti (Dekan/Timbalan Dekan / Ketua Jabatan). Borang yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dokumen sokongan sebelum tarikh tutup permohonan di alamat berikut;

    Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya. (Unit Pinjaman dan Bantuan Kewangan) Tel: 03-8884 4600 / 4606 / 4695 / 4661 / 4660 Faks: 03-8884 4701 url : www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/bkta

    7. Permohonan Permohonan akan dibuka secara online melalui laman web kementerian 2 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di umumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Tarikh tutup permohonan ialah 3 minggu selepas permohonan dibuka. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutut tidak akan dipertimbangkan.

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 39 PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 40 SENARAI TEMPAT PENGINAPAN SEKITAR UKM

    Prescott Metro Inn Kajang

    Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel:03-8737 5555 Faks: 03-8737 6666

    Hotel Smart (Seksyen 7)

    No. 62-1-2, Jalan 7/7B, Seksyen 7 43600, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan (3 km dari kampus induk) Tel: 03-8927 3277 Faks: 03-6142 6277

    Hotel Smart (Seksyen 9)

    22-1-1, Jalan Medan, Pusat Bandar 4A Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (5 km dari kampus induk) Tel: 03-8926 7273 Faks: 03-6141 7726

    Oriental Crystal Hotel

    Lot 13, Jalan S10/3, Seksyen 10 Off Jalan Bukit, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan (7 km dari kampus induk) Tel:03-8739 1888 Fax: 03-8739 1999

    New City Hotel

    Lot 116-117, Seksyen 7 Off Jalan Bukit, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel: 03-8733 3699 Faks: 03-8733 5699

    Palm Garden Hotel

    IOI Resort 62502 Putrajaya (10 km dari kampus induk) Tel: 03-8943 2233 Faks: 03-8943 1122

    Hotel Bangi Putrajaya

    Off Persiaran Bandar 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (4 km dari kampus induk) Tel: 03-8210 2222 / 8925 1111 Faks: 03-8210 2888

    Puri Pujangga UKM

    43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. (dalam kampus induk) Tel: 03-8921 3361/03-89222891 Faks: 03-8922 2891

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 41

    BORANG PENGESAHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS UKM

    (diisi oleh pelajar yang datang menaiki kapal terbang/bas/komuter dan ingin mendapatkan perkhidmatan bas UKM)

    Kepada: Eksekutif nit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia Tuan, PENGESAHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS UKM

    Tempat Menunggu

    Sila tanda pada yang berkenaan

    Tarikh

    Sila tanda pada yang berkenaan

    Masa

    Sila tanda pada yang berkenaan

    1. KLIA / KLIA 2 (paras bawah - parking bas)

    31 Ogos 2015 dan 01 Sept

    2015

    7.00 pagi

    10.00 pagi

    1.00 tgh.

    4.00 ptg

    2. Stesen Komuter UKM

    Setiap hari

    (Bas Kampus

    UKM Zon 6)

    Setiap 1/2 jam,

    mulai dari 7.30 Pagi- 11.00 Malam

    3. Hentian

    Bas Kajang

    31 Ogos 2015 dan 01 Sept

    2015

    6.00-6.30 pagi

    dan 5.30-6.00 ptg

    4. Hentian

    Jalan Duta

    31 Ogos 2015 dan 01 Sept

    2015

    6.00-6.30 pagi

    dan 5.30-6.00 ptg

    UKM/PPPS/B/P02/AK07/7 Tarikh Kuat kuasa : 04-01-2010 (Semakan 2)

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2015-2016 42

    5. Terminal

    Bersepadu

    31 Ogos 2015 dan 01 Sept

    2015

    6.00-6.30 pagi

    dan 5.30-6.00 ptg

    Nota: Pihak UKM akan Menyediakan kemudahan pengangkutan pada 31 Ogos 2015 dan 01 Sept 2015

    SAHAJA.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

    Nama Tel. Pejabat Tel. Bimbit E-mail UKM KAMPUS BANGI

    1 En. Mohd Zaili Bin Mohd Nor 03-8921 4531 019-239 0499 [email protected] 2 Pn. Mariam Abu Amrin 03-8921 5060 017-665 4365 [email protected]

    UKM KAMPUS KUALA LUMPUR 1 En. Fairuz Mohd Rafdzi 03-9289 7003 019-279 4698 [email protected] 2 En. Raduan Abdul Rahman 03-9289 7028 016-233 9874 [email protected]

    PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM) 1 En. Mohamad Aris Hassan 03-9145 5134 [email protected] 2 En. Ahmad Faizal Mohd Ariffin 03-9145 5120 019-207 9062 [email protected]

    SILA FAKS BORANG INI KE 03-8921 4534 (UKM BANGI), 03-9145 6623 (PPUKM), 03-2691 2659 (KKL) DENGAN SEGERA

    MAKLUMAT PELAJAR

    Nama: ________________________________________________ No. Pendaftaran : A________________ No. Penerbangan: ______________________________________ Dari: ___________________________